• Tidak ada hasil yang ditemukan

PEER STUDY BAGI MENINGKATKAN PRESTASI P

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PEER STUDY BAGI MENINGKATKAN PRESTASI P"

Copied!
37
0
0

Teks penuh

(1)

1

PEER STUDY BAGI MENINGKATKAN PRESTASI PELAJAR TINGKATAN TIGA DALAM TOPIK ELEKTRIK DAN PERATUS KELULUSAN SUBJEK SAINS

DALAM PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR)

OLEH :

LING MEI TENG lingmeiteng@gmail.com

SEPTEMBER 2010

ABSTRAK

(2)

2

5.2 Analisis Tinjauan Masalah 8

5.3 Merancang Tindakan 9

5.3.1 Mendefinisikan konteks pentutoran 5.3.2 Mendefinisikan objektif

5.3.3 Mendefinisikan bidang kurikulum 5.3.4 Memilih dan memadankan peserta

5.3.5 Menentukan teknik pentutoran dan bilangan perjumpaan 5.3.6 Memilih bahan pentutoran

5.4 Melaksanakan Tindakan 11

5.4.1 Melatih tutor 5.4.2 Proses pentutoran

5.5 Pemerhatian dan Refleksi Kajian 13

5.5.1 Pemerhatian dan reflesi latihan tutor 1

5.5.2 Pemerhatian dan refleksi Proses Pentutoran 1 5.5.3 Pemerhatian dan reflesi latihan tutor 2

5.5.4 Pemerhatian dan refleksi Proses Pentutoran 2

5.6 Refleksi keputusan PMR 2010 dalam Subjek Sains 20

6. Cadangan Lanjutan 20

7. Kesimpulan 21

(3)

3

1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Merujuk kepada analisa keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2009, keputusan dalam mata pelajaran Sains bagi pelajar Tingkatan 2 adalah tidak memuaskan dan sangat lemah.

Kelas Bilangan pelajar yang lulus

Situasi ini sangat membimbangkan kami sebagai guru mata pelajaran Sains Tingkatan 3 yang akan membuat persediaan untuk pelajar-pelajar ini untuk menghadapi peperiksaan PMR pada tahun 2010. Guru pernah berbincang dengan guru-guru Tingkatan 2 yang mengajar kelas-kelas berikut dan maklum balas daripada guru-guru tersebut adalah seperti:

- “Mereka memang lemah, asas dalam sains sekolah rendah memang tidak baik.”

- “Mereka malas dan tidak memberi perhatian semasa guru mengajar.”

- “Mereka seringkali ponteng sekolah, ponteng kelas, tidak membuat latihan yang diberi dan mempunyai masalah displin yang lain.”

- “Mereka tidak berminat langsung terhadap mata pelajaran Sains.”

- “asas Matematik mereka lemah dan mereka tidak suka mengira.”

Guru juga berpeluang untuk mendapatkan maklum balas daripada pelajar-pelajar yang gagal dalam mata pelajaran Sains mereka semasa peperiksaan akhir tahun 2009. Maklum balas yang diberikan oleh mereka adalah:

- “Cikgu tidak pandai mengajar dan teknik pengajaran tidak menarik.”

- “Kami tidak faham konsep dan kandungan yang cikgu ajar.”

- “Kami tidak berminat dalam mata pelajaran Sains kerana asyik mendengar sahaja.”

- “Kami mempunyai masalah dalam Bahasa Inggeris, kami tidak faham apa yang cikgu cakap semasa dalam kelas.”

- “Kami tidak ingat fakta dan berasa susah untuk menghafal fakta.”

(4)

4

Saya diminta mengajar empat kelas tingkatan tiga yang akan menduduki PMR pada tahun 2010. Pelajar tingkatan tiga dalam keempat-empat kelas saya boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan, iaitu pelajar berkeupayaan tinggi, sederhana dan rendah.

Daripada pemerhatian yang dijalankan melalui keputusan ujian formatif, peperiksaan semester, excel PMR, Pra-PMR dan Percubaan PMR pada tahun 2010, keputusan pelajar memang dalam tahap yang sangat rendah bagi pelajar yang berkeupayaan rendah. Mereka tidak bermotivasi untuk belajar sains kerana mereka tidak faham konsep sains dan tidak mempunyai asas yang baik dalam sains.

Berdasarkan kertas soalan peperiksaan dan ujian, saya mendapati pelajar seringkali tidak menjawab soalan yang perlukan aplikasi seperti topik elektrik yang melibatkan pengiraan. Mereka juga tidak suka menjawab soalan yang berkaitan dengan eksperimen. Mereka sering tunggu jawapan dari guru dan takut mencuba kerana kurang keyakinan diri. Melalui soal jawab secara spontan dalam kelas, saya mendapati terdapat pelajar yang tidak tahu menggantikan nilai dalam formula, tidak tahu menukar unit, tidak tahu membaca skala dalam graf dan tidak dapat membaca alat pengukur seperti ammeter dan voltmeter.

Kegagalan murid mendapat markah pada graf dan pengiraan semasa peperiksaan amat merugikan. Jika murid-murid yang lemah dibimbing satu kepada satu oleh pelajar yang cemerlang, kedua-dua pihak mendapat kebaikan kerana pelajar yang lemah mendapat perhatian sepenuhnya dari tutornya dan pelajar yang cemerlang boleh mengukuhkan ingatan jangka masa panjang mereka sekiranya menerangkan sesuatu perkara berulang-ulang.

(5)

5

2. FOKUS KAJIAN

Dalam kajian ini, satu topik iaitu topik elektrik tingkatan tiga telah dipilih untuk dijadikan bahan program peer study. Topik elektrik merupakan topik yang popular dalam PMR dan setiap tahun, sekurang-kurangnya satu tiga soalan pengiraan yang berkaitan dengan topik ini keluar dalam kertas 1 atau kertas 2. Topik ini juga melibatkan eksperimen seperti hubungan antara voltan dan arus yang juga merupakan soalan yang sering muncul di kertas 2 soalan nombor 8 dalam PMR.

Daripada guru-guru Tingkatan dua dan pemerhatian saya sepanjang saya mengajar, pelajar Tingkatan Tiga 2010 memang lemah dalam mata pelajaran Matematik dan tidak suka mengira serta melukis graf. Sering kali, kesemua pelajar berkeupayaan rendah lemah juga dalam subjek Sains. Ada antara mereka yang tidak pernah lulus dalam subjek Sains. Antara faktor-faktor yang menyebabkan kegagalan tersebut adalah,

 Tidak menjawab soalan pengiraan (kertas 2)

 Memilih jawapan yang salah dalam soalan pengiraan (kertas 1)  Tidak membaca alat pengukur dengan betul.

 Tidak melukis graf dengan betul atau tidak menjawab soalan graf.

 Tidak memberi perhatian semasa guru memperkenalkan teknik menjawab soalan peperiksaan.

 Tidak bermotivasi untuk belajar dalam kelas yang mempunyai pelajar yang ramai

(6)

6

3. OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Umum

Meningkatkan kemahiran pengiraan dan melukis graf pelajar berkeupayaan rendah seterusnya meningkatkan peratus kelulusan PMR.

Objektif Khusus

i Meningkatkan kemahiran pemilihan formula arus, voltan dan rintangan dalam litar bersiri dan selari.

ii Meningkatkan kemahiran pengiraan arus, voltan dan rintangan dalam litar selari dan bersiri.

iii Meningkatkan kemahiran membaca alat pengukur dan memplot graf. iv Meningkatkan motivasi pelajar dalam mata pelajaran Sains.

v Meningkatkan peratus lulus pelajar bagi mata pelajaran Sains PMR.

4. KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 46 orang pelajar Tingkatan 3 SMK Bahang yang terdiri daripada 32 lelaki dan 14 perempuan. Pelajar dibahagi kepada dua kumpulan iaitu kumpulan berkeupayaan tinggi dan berkeupayaan rendah yang masing-masing terdiri daripada 23 orang pelajar.

Pelajar Lelaki Perempuan Jumlah

Berkeupayaan rendah (tutee)

16 7 23

Berkeupayaan tinggi (tutor)

16 7 23

(7)

7

5. PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Tinjauan Masalah

Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan, temu bual, pemerhatian, buku latihan murid, lembaran kerja dan soal selidik.

5.1.1 Hasil Temubual Dengan Murid

Temu bual dijalankan secara spontan dalam kelas secara berkumpulan. Guru membaca soalan temu bual dan pelajar memberi respon melalui cara angkat tangan dan berdiri.

5.1.2 Pemerhatian

Guru memerhati tingkah laku pelajar dari semasa ke semasa di dalam kelas semasa guru mengajar. Guru akan mengenalpasti sama ada mereka memberikan perhatian dalam kelas ataupun tidur dalam kelas. Satu senarai semak (Lampiran 1) akan disediakan untuk mencatat semua pemerhatian sebelum kajian dijalankan.

5.1.3 Tinjauan Buku Latihan Murid Dan Lembaran Kerja

Buku latihan disemak seminggu sekali untuk melihat perkembangan pelajar dalam Sains. Latihan elektrik diperiksa dengan terperinci.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

5.2.1 Temu bual

(8)

8

5.2.2 Pemerhatian

Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku pelajar berkeupayaan rendah semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian. 10/23 mengantuk dan 2/23 pelajar yang sering tidur dalam kelas. 4/23 membuat bising walaupun telah banyak kali ditegur oleh guru. Hanya 2/23 daripada pelajar yang duduk di hadapan memberi perhatian semasa guru mengajar dan memberi respon kepada guru. Hampir semua pelajar sering menunggu jawapan daripada guru semasa diberi latihan. Mereka sering memberi jawapan yang tidak tepat dan apabila guru mengulang soalan yang sama, mereka masih memberi jawapan yang salah walaupun sebelum itu jawapan yang betul telah diberitahu.

5.2.3 Tinjauan Buku Latihan Murid Dan Lembaran Kerja

Kelemahan murid dalam menjawab soalan pengiraan dan melukis graf juga ditinjau dengan terperinci melalui buku latihan murid. Sebahagian murid tidak dapat menjawab soalan latihan yang diberikan.

Kesilapan yang sering dilakukan oleh murid seperti berikut :

i) menggunakan formula yang salah untuk menyelesaikan soalan pengiraan.

ii) keliru tentang formula yang digunakan dalam litar siri dan selari. iii) tidak berupaya membaca ammeter, voltmeter dan skala pada graf. iv) tidak melukis graf yang dikehendaki oleh soalan, ramai yang keliru jenis

graf yang perlu dilukis (sama ada graf garis atau carta bar).

5.3 Merancang Tindakan

(9)

9

5.3.1 Mendefinisikan konteks pentutoran

Sebelum melaksnakan program ini, beberapa konteks perlu dikenalpasti dan diberi definisi. Tutor bermaksud pelajar berkeupayaan tinggi yang memberi bimbingan manakala tutee merupakan pelajar berkeupayaan rendah yang akan dibimbing. Pentutoran ini diadakan dalam konteks sekolah. “Peer study” merupakan satu strategi pengajaran yang digunakan untuk membantu pelajar berkeupayaan tinggi belajar daripada rakannya yang terdiri daripada pelajar berkeupayaan tinggi. Pembelajaran melalui rakan merupakan satu cara yang membolehkan komunikasi dua hala berlaku.

5.3.2 Mendefinisikan objektif

Terdapat beberapa objektif yang ingin dicapai melalui program “peer study” ini. Pada akhir program ini, tutee berupaya:

i. Menggunakan formula dengan tepat dalam penyelesaian masalah pengiraan dalam topik elektrik.

ii. Menyelesaian masalah yang bertahap mudah sehingga sederhana. iii. Membaca dengan tepat bacaan ammeter dan voltmeter.

iv. Melukis graf dengan tepat

v. Meningkatkan motivasi dalam Sains vi. Lulus dalam PMR 2010.

5.3.3 Mendefinisikan bidang kurikulum

Selepas menentukan objektif yang ingin dicapai, saya telah mendefinisikan bidang kurikulum yang ingin didalami. Topik elektrik telah dipilih dalam kajian ini kerana topik ini merupakan satu topik yang melibatkan banyak formula dan ini mengelirukan pelajar dalam pemilihan formula dalam menyelesaikan masalah yang berkaitn dengan litar selari dan litar bersiri. Selain itu, pelajar juga menghadapi masalah dalam membaca ammeter dan voltmeter. Oleh itu, graf yang dilukis juga tidak tepat.

Selain daripada akademik, kajian ini juga memfokus pada tingkah laku pelajar. Oleh kerana pelajar tidak dapat menumpukan perhatian dalam kelas dan tidak berupaya menjawab soalan dalam Sains, prestasi mereka rendah.

5.3.4 Memilih dan memadankan peserta

(10)

10

tutee. Tutor dan tutee akan diletakkan dalam bentuk pasangan yang sama jantina. Guru memberi sokongan kepada tutor dan tutee melalui maklum balas dan perbincangan semasa latihan tutor dan semasa bimbingan tutor-tutee. Pemilihan dan pemandanan peserta dibuat secara rawak, tutor dan tutee tidak memilih pasangan mereka.

5.3.5 Menentukan teknik pentutoran dan bilangan perjumpaan

Teknik yang digunakan dalam kajian ini adalah pembelajaran berpasangan. Bilangan perjumpaan ditentukan oleh guru. Guru memberi latihan kepada tutor pada hari Jumaat manakala tutor memberi bimbingan kepada tutee pada hari Isnin pada minggu yang seterusnya. Bimbingan tutor kepada tutee diberikan pada hari perjumpaan sahaja. Dalam kajian ini, bilangan perjumpaan tutor dan tutee adalah sebanyak 2 kali sebelum peperiksaan PMR. Setiap sesi mengambil masa sebanyak 2 jam iaitu dari pukul 1.30pm-3.30pm. Oleh kerana tutor dan tutee adalah dari kelas yang berlainan, maka perjumpaan hanya boleh dilakukan di luar siding iaitu selepas hari persekolahan.

5.3.6 Memilih bahan pentutoran

Beberapa bahan perlu disediakan dalam program ini. Antaranya adalah latihan dalam bentuk lembaran kerja (rujuk lampiran 2), borang pemantauan tutor-tutee (rujuk lampiran 3), kertas soalan ujian pra (rujuk lampiran 4) dan pos (rujuk lampiran 5), dan soal selidik (rujuk lampiran 6) yang mengukur motivasi pelajar terhadap subjek Sains. Alat pengukur motivasi diubahsuai dari Biology Motivtion Questionare (BMQ) yang digunakan oleh Glynn dn Koball (2005).

5.4 Melaksanakan Tindakan

5.4.1 Latihan tutor

23 orang tutor dikumpulkan dalam satu kelas untuk diberi bimbingan. Tutor dibahagikan kepada 6 kumpulan yang terdiri daripada 3-4 orang dalam satu kumpulan. Guru mengedarkan lembaran kerja 1 (rujuk lampiran 1) kepada semua tutor, tutor dikehendaki menjawab soalan dalam lembaran kerja 1 dalam masa 15 minit.

(11)

11

dipelajari hari tersebut kepada tutee. Pada akhir sesi latihan, tutor diberi peluang untuk mengemukakan soalan kepada guru tentang kesukaran mereka dalam menerangkan cara penyelesaian dan guru memberi latihan secara spontan.

5.4.2 Sesi bimbingan tutor

Pada hari Isnin, 23 orang tutor berjumpa dengan 23 orang tutee. Mereka duduk dalam pasangan dan berada dalam kelas yang sama. Guru berperanan sebagai fasilitator yang mengawal displin dan memastikan semua pasangan tutor dan tutee tidak membincangkan perkara yang keluar daripada topik pembelajaran.

Proses pentutoran terbahagi kepada tiga fasa utama iaitu sebelum pentutoran, semasa pentutoran dan selepas pentutoran.

a. Sebelum pentutoran

Tutor memberi lembaran kerja kepada tutee dan meminta tutee melengkapkan lembaran kerja tersebut dalam masa 30 minit. Selepas tutee menyelesaikan lembaran kerja tersebut, tutor diminta menyemak lembaran kerja tersebut berdasarkan skema yang diberikan semasa latihan tutor dan markah pra dicatatkan dalam borang pemantauan tutor-tutee.

b. Semasa pentutoran

Tutor memberi bimbingan dengan menerangkan semula apa yang mereka belajar semasa latihan tutor. Mereka hanya dibenarkan menggunakan Bahasa Inggeris dalam sesi bimbingan. Tutor hendaklah memastikan tutee faham dan boleh menjawab soalan yang hampir sama dengan tepat. Pentutoran mengambil masa selam 45 minit bagi satu sesi.

c. Selepas pentutoran

Tutor memberi kertas ujian pos kepada tutee. Soalan dalam kertas ujian pos hampir sama dengan pra, cuma susunan soalan telah diubah. Tutee diberi masa 30 minit untuk menyiapkan ujian pos dan tutor menyemak ujian pos tersebut. Markah pos dicatatkan dalam borang pemantauan tutor-tutee. Tutor diminta memberi kata-kata semangat kepada tutee.

(12)

12

motivasi dengan memuji pelajar yang menunjukkan peningkatan dan memberi semangat kepada pelajar yang masih berada pada tahap yang sama. Guru juga membuat analisis terhadap markah pra dan pos yang didapati pada hari tersebut dan rombakan tutor dan tutee dibuat. Rombakan dibuat untuk membolehkan tutor yang baik berpeluang untuk memberi bimbingan kepada tutee yang lain.

5.5 Pemerhatian dan refleksi 1

5.5.1 Pemerhatian dan reflesi latihan tutor 1

a. Pemerhatian

Tutor berasa risau dan kurang yakin semasa latihan tutor. Tutor masih belum bersedia dari segi mental dan emosi bahawa mereka bakal memberi bimbingan kepada tutee yang datang dari kelas yang berbeza. Mereka juga ragu-ragu terhadap keupayaan diri dalam menerangkan cara penyelesaian dalam Bahasa Inggeris. Terdapat tutor yang memberi respon bahawa mereka boleh memahami konsep tersebut tetapi tidak tahu bagaimana menerangkan konsep tersebut kepada orang lain.

b. Refleksi

Oleh kerana pemerhatian tidak begitu memuaskan, guru bercadang untuk membuat satu lagi kitar pentutoran. Guru mendapati kebanyakan tutor kurang mahir dalam menerangkan langkah kerja pengiraan dengan menggunakan Bahasa Inggeris. Maka pada kitar kedua, guru memberitahu tutor bahawa mereka boleh menggunakan bahasa yang lebih senang difahami oleh mereka sendiri dan tuteenya dalam membuat penerangan.

Selain itu, tutor tidak berupaya untuk menerangkan semula apa yang telah dipelajari. Untuk menyelesaiakan masalah ini, guru telah membahagikan 23 orang tutor kepada 5 kumpulan yang terdiri daripada 4-5 orang setiap kumpulan. Tutor diminta menerangkan semula konsep Sains dalam kumpulan kecil tersebut kepada rakan-rakan tutor yang sama kumpulan dengannya. Rakan-rakan tutor yang lain diminta membetulkan kesilapan konsep atau penerangan secara spontan semasa perbincangan dalam kumpulan.

(13)

13

5.5.2 Pemerhatian dan refleksi sesi bimbingan tutor 1

a. Pemerhatian

Daripada pemerhatian, tutor berasa segan untuk bertegur sapa dengan tuteenya pada awal sesi pentutoran kerana masing-masing datang dari kelas yang berlainan. Tutor diperhatikan kurang yakin dalam menerangkan sesuatu, terutamanya soalan yang melibatkan pengiraan. Oleh kerana tutee juga lemah dalam matematik, tutor cenderung untuk memberi jawapan kepada tutee tanpa memberi bimbingan. Respon daripada tutee menyatakan mereka kurang yakin kepada jawapan yang diberikan oleh tutornya kerana setiap tutor memberi cara penyelesaian yang berbeza.

b. Refleksi

Melalui analisis ujian pra dan ujian pos, guru mendapati tutee masih tidak menunjukkan peningkatan gred yang ketara. Terdapat dua pelajar yang menunjukkan peningkatan yang paling banyak iaitu lebih daripada 20 markah. Setelah menemubual kedu-dua pelajar tersebut, mereka menyatakan bahawa tutor mereka menerangkan jawapan dengan menggunakan bahasa yang mereka faham, tutor yakin kepada jawapan dan tutor memberi motivasi kepada mereka semasa sesi bimbingan.

Secara keseluruhannya, walaupun terdapat peningkatan, tetapi dapatan masih belum mencapai objektif yang ditetapkan. Masih terdapat tutee yang tidak tahu memilih formula dan tidak berupaya menyelesaikan soalan yang kompleks. Oleh itu, guru telah membuat keputusan untuk fokus kepada latihan tutor kerana tutor yang tidak yakin pada diri sendiri tidak berupaya menyampaikan mesej dengan berkesan kepada tuteenya. Maka, kitaran kedua telah dilakukan.

(14)

14

Jadual 1 menunjukkan markah ujian pra dan ujian pos bagi tutee.

BIL.

(15)

15

Rajah 1: Gred Tutee dalam ujian pra dan ujian pos dalam kitar 1.

5.5.3 Pemerhatian dan reflesi latihan tutor 2

a. Pemerhatian latihan tutor 2

Selepas berbincang dalam kumpulan tutor, tutor menjadi lebih yakin tentang apa yang dipelajari oleh mereka. Mereka juga lebih bermotivasi dan bersemangat untuk belajar cara menyelesaikan soalan pengiraan kerana mereka perlu tahu cara penyelesaian sebelum mampu menurunkan ilmu kepada tuteenya.

Terdapat tutor yang boleh menyelesaikan soalan pengiraan bertahap tinggi dalam topik elektrik dengan menggunakan formula yang betul. Tutor berupaya untuk menjawab soalan tanpa merujuk kepada buku rujukan seperti apa yang dilakukan masa latihan tutor 1.

b. Refleksi latihan tutor 2

Kesediaan mental dan emosi juga membolehkan tutor berasa seronok dalam menjawab soalan dalam lembaran kerja. Mereka berbincang dalam kumpulan tentang cara yang paling baik untuk membolehkan tutee memahami langkah kerja jawapan. Teguran daripada tutor lain dalam kumpulan membolehkan tutor membaiki cara penerangan secara spontan. Dengan itu, tutor boleh menjawab soalan yang lebih tinggi tahapnya kerana mereka membimbing antara satu sama lain dalam kumpulan.

0 5 10 15 20 25

A B C D E TH

(16)

16

5.5.4 Pemerhatian dan refleksi Proses Pentutoran 2

a. Pemerhatian sesi bimbingan 2

Keselesaan tutor menggunakan bahasa yang difahami oleh dirinya dan tuteenya, tutor berasa yakin dalam membimbing tutee. Hubungan antara tutor dan tutee menjadi lebih mesra dan tutor tidak lagi malu membimbing tuteenya. Kesemua pasangan tutor dan tutee menumpukan perhatian sepenuhnya dalam sesi bimbingan ini.

Tutee juga memberi respon bahawa mereka lebih faham dan berupaya menyelesaian soalan berbentuk pengiraan dalam topik elektrik. Mereka kelihatan seronok dan gembira apabila berjaya menjawab soalan dengan betul selepas mendapat bimbingan daripada tutornya.

b. Refleksi pencapaian dalam sesi bimbingan tutor 2

Gred tutee selepas ujian pos 2 adalah amat menggalakkan. Dalam ujian pra 2, semua pelajar gagal menjawab soalan dalam lembaran kerja walaupun mereka mempunyai pengetahuan sedia ada kerana topik ini telah diajar oleh guru dan dibimbing oleh tutor dalam proses pentutoran 1. Walau bagaimanapun, selepas bimbingan, tutee berjaya menjawab soalan dengan baik dan akhirnya tiada seorang pelajar pun yang gagal dalam ujian pos 2. Selain daripada itu, tutee bukan sahaja berjaya lulus dalam ujian pos 2 tetapi terdapat 14 orang yang berjaya mendapat gred B. Peningkatan markah yang tertinggi adalah sebanyak 50 markah.

(17)

17

Jadual 1 menunjukkan markah ujian pra dan ujian pos bagi tutee kitar 2.

BIL. NAMA PELAJAR

16 MILAH SUZANA JURIN

25 E 65 B +40

(18)

18

Rajah 2: Perbandingan gred ujian pra dan ujian pos dalam kitar 2.

c. Refleksi motivasi pelajar terhadap sains dalam sesi bimbingan tutor 2

Analisis soalan selidik telah dibuat dan diringkatkan dalam Jadual 3.

Jadual 3: Analisis soal selidik motivasi pelajar terhadap subjek Sains. Bil 2 Sekiranya saya menghadapi masalah dalam

mempelajari Sains, saya cuba mencari puncanya.

0 0.0 0 0.0 2 9.1 17 77.3 3 13.6

3 Saya percaya bahawa saya boleh menguasai pengetahuan dan kemahiran dalam subjek Sains

0 0.0 0 0.0 3 13.6 15 68.2 4 18.2

4 Mendapat keputusan yang baik dalam Sains adalah penting bagi saya.

0 0.0 0 0.0 0 0.0 21 95.5 1 4.5

5 Saya yakin saya boleh lulus dalam ujian Sains sekolah.

0 0.0 0 0.0 2 9.1 19 86.4 1 4.5

6 Saya yakin saya boleh lulus subjek Sains dalam PMR.

0 0.0 0 0.0 0 0.0 22 100.0 0.0

7 Saya ingin mendapat keputusan yang lebih baik daripada rakan-rakan saya.

0 0.0 0 0.0 0 0.0 21 95.5 1 4.5

8 Saya kagum dengan rakan saya yang mendapat markah lebih baik daripada saya.

0 0.0 1 4.5 1 4.5 18 81.8 2 9.1

9 Saya suka menduduki ujian Sains 2 9.1 4 18.2 7 31.8 9 40.9 0 0.0 10 Saya sering terfikir bagaimana untuk

menggunakan Sains yang telah saya pelajari.

(19)

19

Guru mendapati pelajar mempunyai motivasi yang tinggi terhadap Subjek Sains. Lebih daripada 90% pelajar meminati subjek Sains dan 100% yakin bahawa mereka boleh lulus subjek Sains dalam PMR. Mereka juga bersemangat untuk bersaing dengan rakan-rakannya untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik dan mempunyai perasaan kagum sekiranya rakan mereka mendapat keputusan lebih baik. Walau bagaimanapun, tutee tidak suka menduduki ujian dan peperiksaan.

Ini memberi impak yang sangat baik kepada sekolah kerana pelajar yang bermotivasi tinggi akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat. Oleh itu, guru sangat yakin bahawa pelajar yang hadir program ini boleh lulus dalam PMR.

5.6 Refleksi keputusan PMR 2010 dalam Subjek Sains

Selepas beberapa bulan, keputusan PMR telah keluar. Guru mendapati kesemua pelajar berkeupayaan rendah yang mengikuti program peer study telah lulus dalam PMR, hanya seorang pelajar yang langsung tidak pernah datang ke kelas bimbingan “peer study” gagal dalam PMR. Keputusan tutee yang baik telah membantu sekolah meningkatkan peratus kelulusan subjek Sains dari 97.9% kepada 99.00%.

Bil Mata kemahiran seperti kefahaman dan pengiraan. Program ini tidak semestinya sesuai digunakan dalam subjek Sains sahaja, tetapi juga sesuai untuk subjek yang lain seperti Matematik, Bahasa (baca teks dan ejaan) dan Sejarah.

(20)

20

belajar melalui tuteenya. Tutor hendaklah faham terlebih dahulu sebelum mengajar orang lain. Maka, ini secara tidak langsung menjadi dorongan dan motivasi kepada mereka untuk terus belajar Sains.

Di samping itu, program ini adalah lebih berkesan sekiranya bermula dari awal tahun kerana perkembangan pelajar dapat dikesan dengan lebih teliti.

7. Kesimpulan

Guru tidak mengharapkan keputusan yang cemerlang daripada golongan pelajar yang berkeupayaan rendah. Ini kerana terdapat pelajar yang langsung tidak tahu membaca dan menulis dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, kemahiran pengiraan dan melukis graf boleh dilatih. Dengan latihan yang berulang-ulang dan dibimbing oleh rakan yang memahami punca ketidakfahaman mereka, pelajar berkeupayaan rendah sebenarnya boleh menjawab segelintir soalan dalam PMR.

Oleh itu, guru tidak patut berputus asa untuk mengajar kelas yang dikatakan lemah dan bermasalah disiplin dan susah diajar. Guru perlu tahu keperluan pelajar dan punca masalah timbul dalam bilik darjah yang menyebabkan pengajaran tidak berkesan. Sehubungan dengan itu, strategi yang lebih baik diperlukan untuk membolehkan pelajar belajar dan menuntut ilmu.

Senarai rujukan

Dufrene, B., Reisener, C., Olmi, D., Zoder-martell, K., Mcnutt, M., & Horn, D.. (2010). Peer Tutoring for Reading Fluency as a Feasible and Effective Alternative in Response to Intervention Systems. Journal of Behavioral Education, 19(3), 239-256. Retrieved March 11, 2011, from ProQuest Education Journals. (Document ID: 2124502441).

Maheady, L., & Gard, J.. (2010). Classwide Peer Tutoring: Practice, Theory, Research, and Personal Narrative. Intervention in School and Clinic, 46(2), 71. Retrieved March 11, 2011, from ProQuest Education Journals. (Document ID: 2207020381).

Miller, D., Topping, K., & Thurston, A.. (2010). Peer tutoring in reading: The effects of role and organization on two dimensions of self-esteem. British Journal of Educational Psychology, 80(3), 417. Retrieved March 11, 2011, from ProQuest Education Journals. (Document ID: 2114504241).

(21)

21

Lampiran 1 Senarai Semak Pemerhatian Tingkah laku Pelajar dalam Kelas

Arahan: Tandakan (/) bagi tingkah laku yang wujud dan (x) bagi tingkah laku yang tidak wujud

Tingkah laku (/) atau (x) Catatan

1. Pelajar tidak mengantuk dalam kelas. 2. Pelajar tidak membuat bising dalam kelas.

3. Pelajar memberi perhatian semasa guru mengajar.

4. Pelajar memberi respon kepada guru semasa guru mengajukan soalan. 5. Pelajar berani mencuba latihan yang

diberikan.

6. Pelajar sering memberi jawapan yang tepat. 7. Pelajar berasa bosan dalam kelas.

8. Pelajar memberi kerjasama kepada guru.

9. Pelajar tidak menunggu jawapan dari guru. 10. Pelajar bermotivasi untuk belajar Sains.

Tingkah laku lain yang tidak tersenarai dalam jadual di atas, sila tuliskan.

(22)

22

Lampiran 2 Lembaran kerja

Bahagian A: Menguji Kefahaman

1. Diagram 1 shows the electrical energy transmission and distribution system. Rajah 1 menunjukkan penghantaran dan pengedaran tenaga elektrik.

Which of these is labelled correctly?

Antara berikut, yang manakah dilabel dengan betul?

A P National Grid Network (Rangkaian Grid Nasional) B Q Step-down transformer (Transformer injak-turn) C R Switch zone (Lapangan suis)

D S Step-up transformer (Transformer injak-naik)

2. Diagram 2 shows an electric circuit. Rajah 2 menunjukkan satu litar elektrik.

Diagram 1

Rajah 1

Which statement explains the circuit correctly?

Pernyataan yang manakah menerangkan tentang litar itu dengan betul?

A. When bulb M1 burns out, the reading of voltmeter V increases

Apabila mentol M1 terbakar, bacaan voltmeter V akan bertambah

B. Reading of ammeter A1 is the sum of ammeter readings A2 and A3

Bacaan ammeter A1 ialah jumlah bacaan ammeter A2 and A3 C. When bulb M2 burns out, reading of ammeter A3 increases

Apabila mentol M2 terbakar, bacaan ammeter A3 bertambah D. When bulb M2 burns out, bulb M1 will be dimmer

Apabila mentol M2 terbakar, mentol M1 akan menjadi lebih malap

(23)

23

3. Three compasses are placed near a bar magnet as shown in diagram 3.

Tiga kompas diletakkan berdekatan satu magnet bar seperti yang ditunjukkan pada rajah 3.

Which of the following shows the correct direction of the compasses P, Q and R?

Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan arah yang betul bagi kompas P, Q dan R?

4. What is the reading of the ammeter in the diagram 5 below? Apakah bacaan ammeter dalam rajah 5?

Diagram 5 / Rajah 5

5. Seven dry cells are connected as shown in the diagram 6. The voltage of each dry cell is 1.5V. Tujuh sel kering disambung seperti yang ditunjukkan dalam rajah 6. Voltan untuk setiap sel kering adalah 1.5 V.

What is the voltmeter reading? Apakah bacaan voltmeter?

Diagram 6 / Rajah 6

A. 1 A B. 6 A C. 12 A D. 36 A

Diagram 3 /

Rajah 3

(24)

24

6. If the switch is tuned on in the circuit shown in the diagram 7, what will be the ammeter

readings (n ammeters), given all the bulbs are made from the same materials.

Sekiranya suis dibuka dalam litar dalam rajah 7, apakah bacaan ammeter-ammeter, diberikan setiap mentol dibina daripada bahan yang sama.

Diagram 7 / Rajah 7

7. Three resistors with resistances of 10 Ω, 20 Ω and 30 Ω are connected in series. What is the

total resistance produced?

Tiga perintang dengan rintangan 10 Ω, 20 Ω dan 30 Ω disambungkan dalam litar bersiri. Apakah

rintangan keseluruhan yang dihasilkan?

A. 6 Ω C. 20 Ω

B. 30 Ω D. 60 Ω

8. A 3 kW water heater is switched on 3 hours a day. How much is the cost if the water heater is used for 30 days? The charge of one unit of electrical energy is RM 0.30

Sebuah pemanas air yang berkuasa 3 kW dipasang selama 3 jam sehari Berapakah kos

penggunaan pemanas air ini apabila digunakan selama 30 hari? Kos satu unit tenaga elektrik ialah RM 0.30

A RM 2.70 C RM 27.00

B RM 9.00 D RM 81.00

9. Three resistors with resistances of 2 Ω, 2 Ω and 4 Ω are connected in parallel. What is the total resistance produced?

Tiga perintang dengan rintangan 10 Ω, 20 Ω dan 30 Ω disambungkan dalam litar selari. Apakah

rintangan keseluruhan yang dihasilkan? A. 1.25 Ω C. 0.8 Ω B. 2.25 Ω D. 8 Ω

10. A radio resistance is 2 Ω, current pass through it is 25A. What is the voltage of the oven?

A. 25 V C. 50 V

(25)

25

11. Diagram 4 shows the ammeter reading of the above experiment with the different thickness of

copper wire.

Rajah 4 menunjukkan bacaan ammeter dari eksperimen di atas dengan ketebalan wayar kuprum yang berbeza.

The thickness of copper wire = 2 mm Ketebalan wayar kuprum = 2 mm

The thickness of copper wire = 4 mm Ketebalan wayar kuprum = 4 mm

The thickness of copper wire = 3 mm Ketebalan wayar kuprum = 3 mm

The thickness of copper wire = 5 mm Ketebalan wayar kuprum = 5 mm

(a) Complete table 4 by recording the ammeter reading on the respective thickness of copper wire. Lengkapkan jadual 6.3 dengan mencatatkan bacaan ammeter yang sepadan dengan ketebalan wayar kuprum.

(4 marks) Table 4 / Jadual 4

(26)

26

(3 marks) b. State the variables involved in this experiment.

Nyatakan pemboleh ubah yang terlibat dalam eksperimen ini.

(3 marks)

(27)

27

Lampiran 3

Borang pemantauan tutor-tutee

Nama tutor : _______________________

Nama tutee : _______________________

Markah ujian

pra

Gred ujian pra Markah ujian

pos

Gred ujian pos Perbezaan

markah ujian pra dan ujian

pos

Komen dan cadangan tutor:

____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________

Komen dan cadangan tutee:

____________________________________________________________________________

(28)

28

Lampiran 4 Ujian Pra dan Ujian Pos 2 (30 min)

Bahagian A: Menguji Kefahaman

1. Diagram 1 shows the electrical energy transmission and distribution system. Rajah 1 menunjukkan penghantaran dan pengedaran tenaga elektrik.

Which of these is labelled correctly?

Antara berikut, yang manakah dilabel dengan betul?

A P National Grid Network (Rangkaian Grid Nasional) B Q Step-down transformer (Transformer injak-turn) C R Switch zone (Lapangan suis)

D S Step-up transformer (Transformer injak-naik)

2. Diagram 2 shows an electric circuit. Rajah 2 menunjukkan satu litar elektrik.

Diagram 1

Rajah 1

Which statement explains the circuit correctly?

Pernyataan yang manakah menerangkan tentang litar itu dengan betul?

E. When bulb M1 burns out, the reading of voltmeter V increases

Apabila mentol M1 terbakar, bacaan voltmeter V akan bertambah

F. Reading of ammeter A1 is the sum of ammeter readings A2 and A3

Bacaan ammeter A1 ialah jumlah bacaan ammeter A2 and A3 G. When bulb M2 burns out, reading of ammeter A3 increases

Apabila mentol M2 terbakar, bacaan ammeter A3 bertambah H. When bulb M2 burns out, bulb M1 will be dimmer

Apabila mentol M2 terbakar, mentol M1 akan menjadi lebih malap

(29)

29

3. Three compasses are placed near a bar magnet as shown in diagram 3.

Tiga kompas diletakkan berdekatan satu magnet bar seperti yang ditunjukkan pada rajah 3.

Which of the following shows the correct direction of the compasses P, Q and R?

Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan arah yang betul bagi kompas P, Q dan R?

4. Diagram 4shows the pieces of paper attracted by the plastic ruler which is rubbed with a piece of woolen cloth.

Rajah 4 menunjukkan cebisan-cebisan kertas ditarik oleh pembaris plastik yang telah digosok dengan kain bulu

What is the force causes this phenomena?

Apakah jenis daya yang menyebabkan fenomena tersebut? A. Electrostatic force

Apakah yang dimaksudkan dengan label ‘13 A’ pada fius?

A. The fuse needs a current of 13 A to function.

Fius memerlukan arus sebanyak 13 A untuk berfungsi B. The fuse generates a maximum current of 13 A

Fius menghasilkan arus maksimum sebanyak 13 A

C. The fuse allows a minimum current of 13 A to flow though it Fius membenarkan arus minimum sebanyak 13 A melaluinya D. The fuse allows a maximum current of 13 A to flow through it

Fius membenarkan arus maksimum sebanyak 13 A melaluinya

Diagram 3 /

Rajah 3

(30)

30

6. Diagram 8.2 shows the ammeter reading of the above experiment with the different thickness of

copper wire.

Rajah 8.2 menunjukkan bacaan ammeter dari eksperimen di atas dengan ketebalan wayar kuprum yang berbeza.

The thickness of copper wire = 2 mm Ketebalan wayar kuprum = 2 mm

The thickness of copper wire = 4 mm Ketebalan wayar kuprum = 4 mm

The thickness of copper wire = 3 mm Ketebalan wayar kuprum = 3 mm

The thickness of copper wire = 5 mm Ketebalan wayar kuprum = 5 mm

(i) Complete table 6.1 by recording the ammeter reading on the respective thickness of copper wire. Lengkapkan jadual 6.3 dengan mencatatkan bacaan ammeter yang sepadan dengan ketebalan wayar kuprum.

(31)

31

(4 marks)

7. Diagram 5 shows polystyrene balls, J, K, L and M that have been charged through friction and hung in pairs.

Rajah 5 menunjukkan bebola polisterina, J, K, L dan M yang telah dicaskan secara geseran dan digantung secara berpasangan.

What conclusion can be made about the charges of balls J, K, L and M? Apakah kesimpulan yang boleh dibuat tentang cas bebola J, K, L dan M?

8. What is the reading of the ammeter in the diagram 5 below? Apakah bacaan ammeter dalam rajah 5?

Diagram 5 / Rajah 5

9. Seven dry cells are connected as shown in the diagram 6. The voltage of each dry cell is 1.5V. Tujuh sel kering disambung seperti yang ditunjukkan dalam rajah 6. Voltan untuk setiap sel kering adalah 1.5 V.

Diagram 5 /

Rajah 5

(32)

32

What is the voltmeter reading?

Apakah bacaan voltmeter?

Diagram 6 / Rajah 6

10. If the switch is tuned on in the circuit shown in the diagram 7, what will be the ammeter readings (n ammeters), given all the bulbs are made from the same materials.

Sekiranya suis dibuka dalam litar dalam rajah 7, apakah bacaan ammeter-ammeter, diberikan setiap mentol dibina daripada bahan yang sama.

Diagram 7 / Rajah 7

11. Three resistors with resistances of 10 Ω, 20 Ω and 30 Ω are connected in series. What is the

total resistance produced?

Tiga perintang dengan rintangan 10 Ω, 20 Ω dan 30 Ω disambungkan dalam litar bersiri. Apakah

rintangan keseluruhan yang dihasilkan?

A. 6 Ω C. 20 Ω

B. 30 Ω D. 60 Ω

12. A 3 kW water heater is switched on 3 hours a day. How much is the cost if the water heater is used for 30 days? The charge of one unit of electrical energy is RM 0.30

Sebuah pemanas air yang berkuasa 3 kW dipasang selama 3 jam sehari Berapakah kos

penggunaan pemanas air ini apabila digunakan selama 30 hari? Kos satu unit tenaga elektrik ialah RM 0.30

A RM 2.70 C RM 27.00

B RM 9.00 D RM 81.00

(33)

33

Number of dry cells

Bilangan sel kering

1 2 3 4 5

Voltmeter reading (V) Bacaan voltmeter (V)

1.5 3.0 4.5 6.0 7.5

Ammeter reading (A) Bacaan ammeter (A)

0.2 0.4 0.6 0.8 1.0

Table 2 / Jadual 2 a. Using Table 8.3, draw a graph of current against voltage.

Menggunakan Jadual 8.3, lukiskan graf arus melawan voltan.

(3 marks) b. State the variables involved in this experiment.

Nyatakan pemboleh ubah yang terlibat dalam eksperimen ini.

(34)

34

Lampiran 6

Soal Selidik Motivasi terhadap Sains

Bahagian A: Demografi

No. pelajar : _________________

Jantina : Lelaki / Perempuan

Umur : _________ tahun

Gred Percubaan PMR 2010 : A / B / C / D / GAGAL

Bahagian B: Motivasi Pelajar terhadap Sains

Bil Soalan Respon

1 Saya suka belajar Sains

Saya berusaha untuk mempelajari Sains.

2 Sekiranya saya menghadapi masalah dalam mempelajari Sains, saya cuba mencari puncanya.

3 Saya percaya bahawa saya boleh menguasai pengetahuan dan kemahiran dalam subjek Sains 4 Mendapat keputusan yang baik

dalam Sains adalah penting bagi saya.

(35)

35

6 Saya yakin saya boleh lulus

subjek Sains dalam PMR.

7 Saya ingin mendapat keputusan yang lebih baik daripada rakan-rakan saya.

8 Saya kagum dengan rakan saya yang mendapat markah lebih baik daripada saya.

9 Saya tidak suka menduduki ujian Sains

(36)

36

Lampiran

7

Gambar-gambar

(37)

Gambar

Table 4 / Jadual 4
Table 6.1 / Jadual 6.1
Table 2 / Jadual 2

Referensi

Dokumen terkait

Selanjutnya lebih tingginya peningkatan daya serap MDF terhadap formaldehida dibandingkan terhadap kloroform (CHCl ) dimana keduanya bersifat polar, diduga terjadi karena

Berdasarkan hasil uji koefisien determinasi Nilai Adjusted R Square yang dihasilkan pada penelitian ini adalah sebesar 0,795 atau 79,5% yang berarti bahwa variabel Motivasi,

Kemudian pelaksanan pembelajaran tahfidz di kelas regular yaitu biasanya guru Pendidikan Agama Islam membuka pelajaran dengan menyuruh kepada para siswa untuk

Penyusunan Sistem Informasi Revisi Online (SIRO) Dengan Pemanfaatan Aplikasi Sbox yang akan dilakukan merupakan gagasan baru yang belum pernah dilakukan di Satuan Kerja

1) Siswa bersama guru mengambil simpulan atas jawaban dari pertanyaan. 2) Siswa diberi kesempatan untuk menanyakan hal-hal yang belum dipahami. 3) Guru memberikan penjelasan

Fungsi afektif berkaitan erat dengan fungsi keluarga, yang merupakan basis kekuatan keluarga. Fungsi afektif berguna untuk pemenuhan kebutuhan psikososial. Keberhasilan

Membayar RM200 untuk setiap enam (6) jam penuh dan berturut-turut atas kelewatan jika anda tidak dibenarkan menaiki pesawat pengangkutan udara komersial berjadual akibat