• Tidak ada hasil yang ditemukan

Laporan MDG NBD 2010 Mal

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2019

Membagikan "Laporan MDG NBD 2010 Mal"

Copied!
112
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

Diterbitkan oleh Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri

Bandar Seri Begawan

© Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi, Kerajaan Negara Brunei Darussalam, 2011. Hakcipta terpelihara.

Cetakan Pertama November 2011 ISBN 99917-918-3-3

Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi

Jabatan Perdana Menteri, Blok 2A, Jalan Ong Sum Ping, Bandar Seri Begawan BA1311, Brunei Darussalam. www.depd.gov.bn

United Nations Development Programme Wisma UN, Blok C, Kompleks Pejabat Damansara,

Jalan Dungun, Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur, Malaysia. www.undp.org.my

Kandungan boleh diterbitkan semula untuk tujuan bukan komersial, dengan penghargaan kepada pemegang hakcipta. Peta-peta di dalam buku ini tidak autoritatif pada sempadan.

Foto-foto ialah sumbangan dari Kerajaan Negara Brunei Darussalam dan Agensi-agensi lainnya.

Reka bentuk oleh Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam. Reka bentuk kulit buku oleh Adison Marketing Services.

(3)

Negara Brunei Darussalam masih meneruskan komitmennya untuk mencapai Matlamat

Pembangunan Milenium

(Millennium Development Goals)

bagi mendokong nilai-nilai

kemanusiaan

universal

, hak terhadap pendidikan dan kesihatan asas, pembasmian kelaparan

dan tanggungjawab bersama kepada generasi akan datang.

Sejak laporan pertama pada tahun 2005, kemiskinan tegar dan penyakit-penyakit berjangkit

telahpun dibasmikan di Negara ini. Kita sedang berusaha meningkatkan pencapaian

pendidikan rendah yang

universal

, memastikan alam sekitar yang mampan, memperbaiki

pengagihan pendapatan dan mengukuhkan kerjasama antarabangsa.

Dalam Perencanaan Kemajuan Jangka Panjang, Wawasan Brunei 2035, kita akan

meneruskan usaha untuk mempelbagaikan ekonomi dengan menggalakkan pelaburan,

meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita

dan mempertahankan tahap

governance

yang tinggi di sektor awam dan swasta.

Justeru itu, Perencanaan ini akan menjadi panduan kita bagi tempoh 25 tahun akan datang.

Perkara ini memerlukan bukan sahaja langkah-langkah pentadbiran yang efektif, malahan

juga penglibatan padu sektor swasta. Pada masa ini, kita sedang berusaha mengukuhkan

komponen penting ini.

Beta sukacita merakamkan penghargaan kepada Jawatankuasa Penyelarasan Kebangsaan

dan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) di atas penyediaan

Laporan ini dan sekali lagi menekankan dokongan Negara Brunei Darussalam terhadap

matlamat-matlamat MDG dan kerjasama kita kepada ahli-ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa

Bersatu.

Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

(4)

Kata Pendahuluan

ii

S

eramai 189 pemimpin dunia telah membuat komitmen semasa Sidang Kemuncak Milenium di New York pada tahun 2000 untuk mengurangkan kemiskinan dan menggalakkan pembangunan inklusif dan mampan menjelang tahun 2015. Komitmen ini menjadi asas bagi Millenium Development Goals (MDGs) yang dijadikan sebagai panduan dan jadual bagi merealisasikan aspirasi global ini. Pada tahun ini, para pemimpin dunia akan berkumpul lagi di Ibupejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York bagi menghadiri Sidang kemuncak MDG PBB di hujung bulan September 2010 bertujuan untuk meninjau kemajuan, mengenalpasti halangan dan jurang, serta mencapai persetujuan bagi strategi dan tindakan konkrit yang diperlukan untuk mencapai lapan matlamat MDGs menjelang tahun 2015.

Pada saat ini, Negara Brunei Darussalam terus mencapai hampir kesemua matlamat MDGs. Berdasarkan laporan MDGs pada tahun 2005, Negara ini sudah menunjukkan kemajuan yang signifikan dalam hampir kesemua matlamat MDGs, khususnya yang berkaitan dengan kesihatan. Laporan 2010 telah mengesahkan pencapaian Negara, dengan menggunakan pangkalan data yang telah dikemaskini.

Negara Brunei Darussalam terus mengekalkan pendapatan per kapita yang tinggi, yang telah menyumbang terhadap ketiadaan kemiskinan ekstrem di negara ini. Ketidaksamaan dalam agihan pendapatan keseluruhan isi rumah juga terus menurun. Brunei Darussalam juga telah menetapkan sasaran yang lebih tinggi dengan penetapan sasaran nasional kemiskinan sifar. Sasaran nasional ini haruslah dicapai melalui pembangunan dan pengukuhan inisiatif baru dan padu, termasuk dasar keselamatan makanan yang terus menjadi perhatian bagi Negara. Walau bagaimanapun, dalam mencapai matlamat kemiskinan sifar, beberapa langkah perlu dilakukan seperti mengenal pasti dan mengukur perkara-perkara yang menyebabkan kemiskinan. Tanpa langkah-langkah ini, adalah sukar atau mustahil bagi memastikan tahap kemiskinan relatif dan kesaksamaan bagi Negara ini.

Brunei Darussalam juga terus membuat pencapaian besar dalam pendidikan bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan, serta pengekalan kadar pendaftaran dan penamatan sekolah rendah yang melebihi 95 peratus. Data terkini yang menunjukkan sama ada terdapat peningkatan tahap celik huruf hanya akan dapat diperolehi selepas banci penduduk seterusnya, iaitu pada tahun 2011. Walau bagaimanapun, tahap celik huruf pada tahun 2001 sudahpun menunjukkan 93.7 peratus. Adalah menjadi keperluan untuk memastikan semua data yang relevan dikemaskini secara tetap. Ini dapat memastikan pemantauan yang bersesuaian bagi kadar celik huruf dan menilai sekiranya kadar tersebut dapat dikekalkan dan dipertingkatkan untuk tahun-tahun yang akan datang. Perkara ini dikira sangat penting kerana Brunei Darussalam merancang: untuk memperluaskan definisi celik huruf dalam memperkukuhkan kemahiran dan pangkalan sumber manusia Negara; mengembangkan ekonomi yang pelbagai dan lebih responsif; dan memberikan peluang pekerjaan bagi semua.

(5)

Kata Pendahuluan

iii

Secara keseluruhan, petunjuk kesihatan Negara Brunei Darussalam amat impresif dalam segala aspek. Ia menunjukkan kadar mortaliti yang rendah bagi anak damit, kanak-kanak dan keibuan serta pengawalan yang baik terhadap penyakit berjangkit. Walaupun kadar mortaliti keibuan yang tidak menentu bukan suatu perkara yang membimbangkan, tetapi ini merupakan cabaran di masa depan untuk memastikan kadar yang rendah pada masa ini terus berkekalan. Kadar HIV/AIDS masih berada di peringkat rendah juga. Namun, kadar ini telah menunjukkan peningkatan dalam tempoh lima tahun lalu dan punca peningkatan ini perlu diselidiki dan diawasi secara ketat, terutama kerana banyak jangkitan baru tidak lagi melalui penggunaan suntikan dadah tetapi melalui jangkitan heteroseksual.

Kerajaan Negara Brunei Darussalam terus menjamin kemampanan alam persekitaran Negara dengan mengintegrasikan prinsip-prinsip pembangunan mampan ke dalam semua dasar dan program Negara dan menyertai konvensyen serantau dan antarabangsa. Hutan di Negara ini membentuk 76.0 peratus daripada kawasan litup tanah. Negara Brunei Darussalam juga telah mencatat rekod yang membanggakan di mana Negara ini telah berjaya menghapuskan penggunaan Chlorofluorocarbon (CFC) pada bulan Januari 2010. Kesan positif daripada perubahan tersebut, walau bagaimanapun sangat sukar untuk diukur kerana maklumat tentang kesan pelaksanaan beberapa dasar alam persekitaran negara adalah berpecah-pecah dan tersebar kepada agensi kerajaan yang berlainan.

Negara Brunei Darussalam juga meneruskan usaha pengukuhan kerjasama sejagat untuk pembangunan dengan meningkatkan perhubungan antarabangsa, serantau dan sub-serantau melalui perjanjian perdagangan dua hala dan pelbagai hala; dan dengan menyediakan bantuan kewangan dan teknikal ke sejumlah negara-negara membangun.

Secara keseluruhan, Negara Brunei Darussalam harus diberi ucapan tahniah kerana terus mencapai matlamat dan sasaran MDGs dan kini telah bersedia untuk menetapkan beberapa matlamat-matlamat yang lebih tinggi, melampaui pencapaian MDGs pada tahap agregat. Namun demikian, cabaran pembangunan kapasiti utama masih wujud bagi Negara ini, bagi Kerajaan dan rakyatnya, termasuk kapasiti yang akan diperlukan untuk menguatkan pangkalan data dan maklumat nasional bagi memantau kemajuan Negara dalam mencapai MDGs dan dalam mencapai rangka kerja pembangunan 30 tahun Negara iaitu Wawasan Brunei 2035. Rangka kerja ini berupaya untuk memberikan garispanduan bagaimana memperkukuhkan dan mempelbagaikan lagi keupayaan sumber manusia, meningkatkan kualiti hidup masyarakat dan mengembangkan ekonomi yang dinamik dan berdayatahan. Wawasan dan usaha-usaha kepimpinan Negara yang telah menyediakan rangkakerja pembangunan yang berpandangan jauh memang patut dihargai, namun tujuan-tujuan ini hanya akan dicapai jika Negara Brunei Darussalam memastikan pengukuhan perancangan, pemantauan dan proses penilaian, serta dasar-dasar, institusi dan mekanisma dan kapasiti pelaksanaan. Ianya juga perlu merumuskan langkah-langkah dasar yang bersesuaian dan berkesan yang menggalakkan pelaburan dan peluang-peluang pembangunan ekonomi yang lebih luas dan berpelbagaian bagi Negara dan rakyatnya. UNDP sedia membantu Negara Brunei Darussalam dalam menangani kesemua bidang ini.

Sebelum membuat kesimpulan, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan dan Jawatankuasa Penyelarasan Kebangsaan bagi penyediaan Laporan MDG bagi Negara Brunei Darussalam bagi kerjasama yang telah diberikan kepada UNDP dan sumbangan dalam penyediaan laporan ini.

Kamal Malhotra

Wakil Tetap UNDP bagi Negara Brunei Darussalam

(6)

Penghargaan

iv

Jawatankuasa Penyelarasan Kebangsaan bagi Matlamat Pembangunan

Milenium Negara Brunei Darussalam

Penasihat

Dato Paduka Haji Murni bin Haji Mohamed

Setiausaha Tetap, Jabatan Perdana Menteri

Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri

Ahli

Haji Amer Hamzah bin POKAP Dato Seri Setia Haji Awang Zakaria

Pegawai Pentadbir Kanan, Jabatan Perdana Menteri

Haji Irwan bin Dato Paduka Haji Rashid

Pegawai Kewangan, Kementerian Kewangan

Florence Chong

Pemangku Pengarah, Jabatan Pertubuhan-Pertubuhan Antarabangsa, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan

Hajah Rashidah binti Haji Mohd Hanifah

Ketua Penyelidikan dan Perkembangan, Kementerian Hal Ehwal Ugama

Hajah Asmah binti Haji Saman

Pengarah Dasar dan Perancangan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama

Pg Md Yusof bin Pg Haji Jeludin

Ketua Unit Perlaksanaan RKN dan Pengkorporatan, Kementerian Perhubungan

Pg Haji Mohiddin bin Pg Badarudin

Pegawai Pentadbir Kanan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri

Hajah Zahrah binti Dato Paduka Haji Hashim

Pemangku Pengarah Dasar dan Perancangan, Kementerian Kesihatan

Haji Zakaria bin Haji Serudin

Pengarah Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, Kementerian Pembangunan

Dr. Haji Kassim bin Haji Daud

Pengarah Perancangan, Perkembangan dan Penyelidikan, Kementerian Pendidikan

Datin Hajah Shireen binti Haji Mustapha

Pemangku Pengarah Perkhidmatan Sosial, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

Urusetia

Abd Amin bin Haji Hashim

Pemangku Pengarah Perancangan, Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi

Hairol Nizam bin Haji Abd Hamid

Pegawai Ekonomi Kanan, Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi

Nur Edzalina binti Haji Idris

Pegawai Ekonomi, Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi

Dk Norhanidah binti Pg Haji Masshor

Pegawai Ekonomi, Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi

Hajah Hamidah binti Haji Yahya

Pemangku Penolong Pegawai Ekonomi, Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi

Penyunting

P.A. Mansurah Izzul Bolkiah

Pegawai Penyelidik, Jabatan Pertubuhan-Pertubuhan Antarabangsa, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan

Dr. Hajah May Fa’ezah binti Haji Ahmad Ariffin

Pemangku Pengarah Dasar dan Penyelarasan, Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi

Haji Mohd Yusra bin Haji Mohd. Salleh

Timbalan Pengarah, Jabatan Pertubuhan-Pertubuhan Antarabangsa, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan

Dk Rooslina Weti binti Pg Haji Kamaludin

Pemangku Timbalan Pengarah, Jabatan Pertubuhan-Pertubuhan Antarabangsa, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan

Hajah Amimah binti OKSW Haji Abdullah

(7)

Penghargaan

v

Dk Hajah Siti Nirmala binti Pg Haji Mohammad

Penolong Pengarah Perancangan, Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi

Hajah Mariah binti Haji Yahya

Penolong Pengarah Perangkaan, Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi

Hasmiron bin Haji Mohd Taib

Pemangku Penolong Pengarah Pentadbiran dan Teknologi Info-Komunikasi

Noor Ashikin binti POKSSP DP Haji Mohd Tahir

Pemangku Penolong Pengarah Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi

Normah binti Haji Ali

Pegawai Ekonomi Kanan, Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi

Hajah Zureidah binti Haji Abit

Pegawai Ekonomi Kanan, Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi

Mohd Munawir Shazali bin Haji Md Idris

Pegawai Ekonomi, Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi

Hajah Rina binti Haji Ghani

Pegawai Ekonomi, Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi

Siti Maisarah binti Haji Majid

Pegawai Ekonomi, Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi

Daisy Han Yee Hwe

Pegawai Ekonomi, Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi

Mohd Edwin Khalid bin Haji Mohd Salleh

Pegawai Perangkaan, Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi

Norizan binti Abdullah

Pegawai Perangkaan, Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi

Dk Yusdinah binti Pg Haji Amjah

Merinyu Kanan Sukatan dan Timbangan, Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi

Norhasnizan binti Haji Abdul Razak

Penolong Pegawai Ekonomi, Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi

Hajah Norfatiniwati binti Haji Muhammad

Penolong Pegawai Ekonomi, Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi

Nadiah binti Dato Paduka Haji Muslim

Penterjemah, Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi

Haji Farhan bin POKPM Dato Paduka Haji Abdul Ghani

Pegawai Penyelidik, Jabatan Pertubuhan-Pertubuhan Antarabangsa, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan.

Dk Seri Hasreena binti Pg Haji Hashim

Setiausaha Kedua, Jabatan Pertubuhan-Pertubuhan Antarabangsa, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan.

Ahli-ahli Penerbitan

Dr Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong

Pengarah Penerangan, Jabatan Perdana Menteri

Pg Haji Zainal Abidin bin Pg Seri Wijaya Pg Dato Paduka Haji Ahmad Pemangku Pengarah Percetakan, Jabatan Perdana Menteri

Hajah Adina Hazri binti Haji Azahari

Pegawai Projek, Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi.

Mohammad Zulfadhli bin Haji Hussin

Pegawai Projek, Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi.

Lai Yea Liang

Penolong Pegawai Ekonomi, Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi.

Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) Kamal Malhotra

Wakil Tetap UNDP untuk Negara Brunei Darussalam.

James Chacko

Penolong Wakil Tetap UNDP untuk Negara Brunei Darussalam.

Anita Ahmad

Pengurus Program, UNDP Malaysia

Perunding Dr M.H. Suryanarayana

Profesor, Institut Pembangunan Penyelidikan Indira Gandhi, Mumbai, India.

(8)

Prakata ...i

Kata Pendahuluan ...ii

Penghargaan ...iv

Jadual ...vii

Peta...vii

Rajah ...vii

Kotak ...viii

Singkatan ...viii

Pengenalan ...1

Brunei Darussalam: Profil Negara ...2

Matlamat dan Strategi Pembangunan ...3

Trend Kependudukan ...5

Prestasi Makroekonomi ...11

MDG 1 Membasmi Kemiskinan dan Kebuluran Ekstrem...19

MDG 2 Mencapai Pendidikan Rendah Universal ...32

MDG 3 Meningkatkan Persaman Jantina dan Memperkasakan Wanita ...40

MDG 4 Mengurangkan Mortaliti Kanak-Kanak ...50

MDG 5 Meningkatkan Kesihatan Keibuan ...56

MDG 6 Memerangi HIV/AIDS, Malaria dan Penyakit-Penyakit Lain ...64

MDG 7 Memastikan Kemampanan Alam Sekitar ...72

MDG 8 Membangunkan Kerjasama Sejagat Untuk Pembangunan ...84

Cabaran ...93

Sumber Rujukan ...95

Matlamat Pembangunan Milenium: Sasaran dan Petunjuk...96

vi

(9)

Rajah

Rajah 1: Struktur penduduk mengikut taraf penduduk

Rajah 2: Kadar pertumbuhan penduduk mengikut taraf penduduk Rajah 3: Struktur penduduk mengikut kumpulan komuniti (2009) Rajah 4: Penduduk mengikut kumpulan umur

Rajah 5: Penduduk mengikut kumpulan umur dan jantina

Rajah 6: Penduduk mengikut kumpulan umur, jantina dan taraf penduduk Rajah 7: Jumlah pekerjaan di Negara Brunei Darussalam

Rajah 8: Pekerjaan di sektor swasta

Rajah 9: Profil pekerjaan bagi pekerja-pekerja sektor swasta (2009) Rajah 10: Pertumbuhan KDNK pada harga tetap

Rajah 11: Sumbangan sektoral kepada KDNK nominal dan purata harga minyak mentah Negara Brunei Darussalam Rajah 12: KDNK nominal per kapita

Rajah 13: Imbangan perdagangan Rajah 14: Struktur pengeluaran ekonomi

Rajah 15: Perubahan Indeks Harga Pengguna Negara Brunei Darussalam Rajah 16: Perdagangan luar

Rajah 17: Pasaran eksport terpilih Rajah 18: Pasaran import terpilih

Rajah 19A: Profil perbelanjaan isi rumah mengikut sektor-sektor (2005) Rajah 19B: Profil perbelanjaan isi rumah mengikut sektor-sektor (2005)

Rajah 20: Perumahan, pengangkutan dan makanan mengikut kelas-kelas perbelanjaan pilihan (2005) Rajah 21: Perubahan dalam Indeks Harga Pengguna (IHP) yang terpilih, 2004 - 2009

Rajah 22: Pengurangan dalam ketidaksamaan pendapatan isi rumah Rajah 23: Penerima bantuan kebajikan dan Zakat

Rajah 24: Kadar pendaftaran dalam pendidikan rendah Rajah 25: Kadar survival ke Gred 5 mengikut jantina

Rajah 26: Kadar tamat pendidikan rendah

Rajah 27: Tahap celik huruf: Berumur sembilan tahun dan ke atas Rajah 28: Tahap celik huruf: Dimensi jantina

Rajah 29: Tahap celik huruf

Rajah 30: Indeks pariti jantina (Gender Parity Index)

Rajah 31: Tenaga kerja wanita di sektor swasta (2008) Rajah 32: Pekerja kerajaan mengikut jantina dan bahagian

Rajah 33: Kadar mortaliti anak damit dan kanak-kanak di Negara Brunei Darussalam Rajah 34: Kadar mortaliti di bawah 5 tahun setiap 1,000 kelahiran hidup

Rajah 35: Punca teratas kematian di bawah 5 tahun Rajah 36: Liputan imunisasi

Rajah 37: Lawatan antenatal

Rajah 38: Peratus kelahiran yang dikendalikan oleh kakitangan terlatih Rajah 39: Bilangan kematian keibuan dan nisbah mortaliti keibuan

Rajah 40: Nisbah mortaliti keibuan dan rawatan profesional semasa kelahiran Rajah 41: Kadar jangkitan HIV/AIDS rendah tetapi meningkat sejak 2005

Rajah 42: Jumlah kumulatif kes HIV mengikut umur semasa didiagnosis, 1986 – 2009 Rajah 43: Kaedah jangkitan AIDS, 2005 – 2009

Rajah 44: Kes Malaria

Rajah 45: Kes Tuberkulosis: Rendah dan stabil Rajah 46: Penyebab kematian, 2005 - 2009

Rajah 47: Keluasan hutan di Negara Brunei Darussalam Rajah 48: Peratus keluasan hutan simpan

Rajah 49: Penggunaan CFC Annex A bagi Negara Brunei Darussalam

Rajah 50: Kadar penduduk yang menggunakan kemudahan sanitasi yang telah diperbaiki Rajah 51: Penganugerahan biasiswa kepada penuntut-penuntut luar negara

Rajah 52: Trend bagi langganan telefon landline dan telefon bimbit Rajah 53: Trend bagi langganan internet dan pengguna internet

Jadual

Jadual 1: Profil pekerja bagi industri di sektor swasta mengikut taraf penduduk: 2008

Jadual 2: Pertumbuhan purata tahunan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) menurut perbelanjaan pada harga tetap

Jadual 3: Struktur pengeluaran menurut industri, 1986 – 2009 (% daripada KDNK nominal) Jadual 4: Struktur perdagangan luar, 1990 – 2009 (% perkadaran)

Jadual 5: Jumlah kes Malaria

vii

Peta

Peta 1: Negara Brunei Darussalam

(10)

Kotak

Kotak 1: Wawasan Brunei 2035

Kotak 2: Peluang-Peluang Pekerjaan Bagi Pencari Kerja Tempatan dan Pekerja Asing

Kotak 3: Ekonomi Berteraskan Pengetahuan Bagi Menangani Kelembapan Pertumbuhan Berasaskan Sektor Perlombongan Kotak 4: Usaha Membasmi Kemiskinan

Kotak 5: Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Kotak 6: Keselamatan Makanan

Kotak 7: Program Kebajikan Sosial: Peluang, Pengupayaan dan Keselamatan Kotak 8: Program Berorientasikan Pertumbuhan

Kotak 9: Jaringan Jaminan Sosial Yang Mampan

Kotak 10: Memastikan Kemantapan Kewangan Penduduk Kotak 11: Satu Kampung Satu Produk

Kotak 12: SPN 21 – MDG2 dan Selepasnya Kotak 13: ‘Pendidikan untuk Semua’

Kotak 14: Jentera Kebangsaan Bagi Pembangunan Wanita Kotak 15: Perlindungan Wanita: Peruntukan Undang-Undang Kotak 16: Persamaan Jantina

Kotak 17: ‘Buku Panduan Ibu-Bapa dan Anak’ Kotak 18: Visi Kesihatan 2035

Kotak 19: Rakyat Yang Menerima dan Mengamalkan Gaya Hidup Sihat Kotak 20: Pengurusan Hutan yang Mampan

Kotak 21: Pemuliharaan Hutan Melalui Inisiatif Nadi Borneo (HoB)

Kotak 22: Penyelenggaraan Taman Perhutanan dan Biodiversiti Yang Berkaitan Kotak 23: Komitmen Di Bawah Konvensyen Vienna dan Protokol Montreal Kotak 24: Pengurusan Perikanan Mampan

Kotak 25: Pelan Induk Bandar Seri Begawan (BSB)

Kotak 26: Meningkatkan Kesedaran dan Mengatasi Pembangunan Yang Tidak Dirancang Kotak 27: Inisiatif Untuk Program Integrasi ASEAN (IAI)

Kotak 28: Bantuan Kemajuan Pembangunan Ekonomi/Manusia

Kotak 29: Teknologi Maklumat dan Komunikasi Di Negara Brunei Darussalam

viii

Singkatan

AAG - Asia-America Gateway (Gerbang Asia-Amerika)

AANZFTA - ASEAN-Australia-New Zealand Free Trade Agreement (Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN Australia-New Zealand)

ACW - ASEAN Committee on Women (Jawatankuasa Wanita ASEAN)

ACWC - ASEAN Commission on the Promotion and Protection of the Rights of Women

ACWO - ASEAN Confederation of Women’s Organisations (Persekutuan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita ASEAN)

ADB - Asian Development Bank (Bank Pembangunan Asia) AEC - ASEAN Economic Community (Komuniti Ekonomi ASEAN) AFAS - ASEAN Framework Agreement on Services

AICHR - ASEAN Intergovernmental Commission on Human Rights (Suruhanjaya Antara-kerajaan ASEAN bagi hak asasi manusia)

AITI - Info-communications Technology Industry (Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi) AJCEP - Agreement on Comprehensive Economic Partnership among Japan and Member States of the

Association of Southeast Asian Nations

AK-FTA - ASEAN-Republic of Korea Free Trade Area

AMEICC - AEM-METI Economic and Industrial Cooperation Committee APEC - Asia Pacific Economic Cooperation (Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik) APTK - Agensi Pekerjaan Tempatan dan Pembangunan Tenaga Kerja

ARV - Antiretroviral drugs

ATIGA - ASEAN Trade in Goods Agreement ASEAN - Association of Southeast Asian Nations

ASEAN 6 - Negara-negara generasi pertama ASEAN (Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Philippines, Singapore dan Thailand)

ASEAN+3 - ASEAN, China, Korea dan Jepun.

(11)

ix

BEDB - Brunei Economic Development Board (Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei) BGS - Jualan Besar-besaran Brunei

BIG - Brunei International Gateway Sdn Bhd

BIMP-EAGA - Brunei-Indonesia-Malaysia-Philippines East ASEAN Growth Area

BJEPA - Brunei-Japan Economic Partnership Agreement (Perjanjian Perkongsian Ekonomi Brunei-Jepun) BND - Brunei Dollars (Ringgit Brunei)

BPFA - Beijing Declaration and Platform for Action for the Advancement of Women (Deklarasi Beijing dan Platform bagi Tindakan untuk Kemajuan Wanita)

Brunei EYE - Brunei Environmental Youth Envoy (Program Belia Alam Sekitar Brunei) BSB - Bandar Seri Begawan

CBD - Convention on Biological Diversity (Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Kepelbagaian Biologi)

CEDAW - Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination against Women (Konvensyen Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita)

CFC - Chlorofluorocarbon

CFTC - Commonwealth Fund for Technical Cooperation

CIQS - Harmonisation of Customs, Immigrations, Quarantine and Security Procedures

CITES - Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora (Konvensyen Perdagangan Antarabangsa mengenai Fauna Dan Flora Liar Terancam)

CLMV - Negara-negara Cambodia, Lao PDR, Myanmar dan Viet Nam

CTI - Coral Triangle Initiative on Coral Reefs, Fisheries, and Food Security (Inisiatif Segi Tiga Batu Karang untuk Terumbu Karang, Perikanan dan Keselamatan Makanan)

CWBD - Council of Women of Brunei Darussalam (Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam) DAAF - Department of Agriculture and Agri-Food (Jabatan Pertanian dan Agri-Makanan)

DOTS - Directly Observed Treatment Short-course (Rawatan Pengawasan Secara Langsung - kursus pendek) EIA - Environment Impacts Assessment (Penilaian Impak Alam Sekitar)

EU - European Union (Persatuan Negara-Negara Eropah)

eBLF - e-Business Leadership Forum (Forum Kepimpinan e-Perniagaan) eSLF - e-Society Leadership Forum (Forum Kepimpinan e-Masyarakat) FJCCIA - Federation of Japanese Chambers of Commerce and Industry in ASEAN GBP - Matawang Great Britain / Pound Sterling

HDI - Indeks Pembangunan Manusia

HIV/AIDS - Human Immunodeficiency Virus / Acquired Immunodeficiency Syndrome HoB - Heart of Borneo Initiative (Inisiatif Nadi Borneo)

H1N1 - Influenza A subtype H1N1 (The H stands for Hemagglutinin while the N stands for Neuraminidase) IAI - Initiative for ASEAN Integration (Inisiatif Untuk Integrasi ASEAN)

IDU - Intravenous Drug Use (Suntikan Dadah Intravena) ICRC - International Committee of the Red Cross

ICT - Info-Communication Technologies IHP - Indeks Harga Pengguna

ITB - Institut Teknologi Brunei

JAPEM - Jabatan Pembangunan Masyarakat

JPKE - Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi

KBE - Knowledge-Based Economy (Ekonomi Berteraskan Pengetahuan) KDNK - Keluaran Dalam Negeri Kasar

KHEDN - Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri KKBS - Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan KKW - Kementerian Kewangan

KPIs - Key Performance Indicators (Petunjuk Prestasi Utama) KPK - Kajian Perbelanjaan Keluarga

KPSSU - Kementerian Perindustrian dan Sumber-sumber Utama

LDCs - Least Developed Countries (Negara-Negara Kurang Membangun) LLDCs - Landlocked Developing Countries (Negara-negara Dikelilingi Daratan) LNG - Liquefied Natural Gas (Gas Cecair Asli)

LTDP - Long-Term Development Plan (Perencanaan Kemajuan Jangka Panjang) MCH - Maternal and Child Health (Kesihatan ibu-ibu mengandung dan kanak-kanak) MDG - Millennium Development Goals (Matlamat Pembangunan Milenium)

MDRTB - Multiple Drug Rresistant Tuberculosis MIB - Melayu Islam Beraja

MMR - Maternal Mortality Ratio (Nisbah Mortaliti Keibuan)

MoU - Memorandum of Understanding (Memorandum Persefahaman) MUIB - Majlis Ugama Islam Brunei

(12)

x

NGOs - Non-Government Organisations (Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan)

NTCC - National Tuberculosis Coordinating Centre (Pusat Penyelarasan Nasional Tuberkulosis) NTP - National Tuberculosis Control Programme

ODS - Ozone Depleting Substances (Bahan Penipisan-Ozon) OIC - Organisation of Islamic Conference

OSPD - Outline of Strategies and Policies for Development (Rangka Strategi dan Dasar bagi Pembangunan) PCT - Skim Persaraan Pencaruman Tambahan

PKS - Perusahaan-perusahaan Kecil dan Sederhana

POPs - Persistent Organic Pollutants (Bahan Pencemar Organik yang kekal) PPB - Pusat Pembangunan Belia

PPP - Public-Private Partnership (Perkongsian sektor awam-swasta) PPP - Purchasing Power Parity (Persamaan Kuasa Membeli) PROPAZ - Program Pengupayaan Asnaf Zakat

PUI - Pengetahuan Ugama Islam RELA - Reading and Language Acquisition RIPAS - Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha PPB - Pusat Pembangunan Belia

P4 - The Trans-Pacific Strategic Economic Partnership Agreement (Perjanjian Perkongsian Strategik Ekonomi Trans-Pasifik)

RKN - Rancangan Kemajuan Negara

RTIA - Regional Trade and Investment Area (Kawasan Perdagangan dan Pelaburan Serantau) SARS - Severe AcuteRrespiratory Syndrome

SIDS - Small Island Developing States (Negara-Negara Kepulauan Kecil yang Sedang Membangun) SKSP - Projek Satu Kampung Satu Produk

SPN21 - Sistem Pendidikan Negara Abad Ke-21 SSB - Hospital Suri Seri Begawan

STI - Sexually Transmitted Infections (Infeksi Berjangkit Melalui Seks) TAP - Tabung Amanah Pekerja

TB - Tuberculosis (Batuk Kering)

TIG - Trade in Goods Agreement (Perjanjian Perdagangan Barangan) Tbit - terabits

UBD - Universiti Brunei Darussalam

UNCCD - United Nations Convention to Combat Desertification (Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Menangani Ketandusan Tanah)

UNDP - United Nations Development Programmes (Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu)

UNESCO - United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation (Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu)

UNFCCC - United Nations Framework Convention on Climate Change (Rangkakerja Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Perubahan Iklim)

UNICEF - United Nations Children’s Fund (Tabung Kanak-Kanak PBB)

UNIFEM - United Nations Development Fund for Women (Dana Pembangunan Komanwel dan PBB untuk Wanita)

UNISSA - Universiti Islam Sultan Sharif Ali

USD - US Dollars

WBC - Women’s Business Council (of Brunei Darussalam) (Majlis Perniagaan Wanita Negara Brunei Darussalam)

WHO - World Health Organisation (Pertubuhan Kesihatan Sedunia)

(13)
(14)

1 Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali

Pengenalan

N

egara Brunei Darussalam adalah sebuah negara kesultanan yang merdeka sepenuhnya bersandarkan kepada Perlembagaan Bertulis yang diisytiharkan pada tahun 1959 dan kemudiannya dipinda pada tahun 1984 dan 2004. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam memegang teraju pemerintahan dan mempunyai kuasa tertinggi di dalam pentadbiran Negara. Pemerintahan Kerajaan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri, Majlis Mesyuarat Agama Islam, Majlis Mesyuarat Diraja, Majlis Mengangkat Raja dan Majlis Mesyuarat Negeri. Negara Brunei Darussalam terus menikmati kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi yang sebahagian besarnya disebabkan oleh pelaburan dalam prasarana sosio-ekonomi hasil dari pendapatan Sektor Minyak dan Gas. Strategi sedemikian telah membantu Negara menjadi salah sebuah negara yang mempunyai tahap pendapatan per kapita dan taraf kehidupan yang tertinggi di Asia.

Kerajaan dengan kerjasama Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) telah menyediakan Laporan Pertama Matlamat Pembangunan Milenium Negara Brunei Darussalam (MDG) yang dilancarkan pada Ogos 2005.

Laporan ini mempunyai dua tujuan: maklumat awam dan pengerahan sosial. Ini telah mencatatkan Negara Brunei Darussalam telah mencapai hampir kesemua sasaran MDG.

Laporan kedua ini bertujuan untuk menyokong lagi pencapaian-pencapaian dan menangani cabaran-cabaran dalam pelaksanaan MDG melalui perspektif yang kritikal. Ini telah menyediakan sokongan intelektual dan material yang diperlukan.

Pada dasarnya, MDG merujuk kepada matlamat pembangunan antarabangsa bagi pengurangan deprivasi dalam pelbagai dimensi. Laporan ini merupakan rencana terperinci yang dipersetujui oleh semua negara ahli Bangsa-Bangsa Bersatu bagi memenuhi keperluan masyarakat yang termiskin di dunia. Strategi yang digunakan adalah melalui pengurangan deprivasi secara berperingkat. Sasaran pada peringkat pertama ditakrifkan dari segi penurunan peratusan bagi pelbagai penunjuk menjelang tahun 2015 dengan merujuk kepada tahun asas 1990. Bagaimanapun, bagi Negara Brunei Darussalam, yang telah hampir membanteras deprivasi dalam pelbagai dimensi, langkah yang berkenaan adalah bagi mengesahkan kejayaannya dalam menyelesaikan tugas-tugas, dan seterusnya menyepadukan pencapaian-pencapaian tersebut seperti yang telah dinyatakan di dalam laporan ini.

(15)

N

egara Brunei Darussalam terletak di Kepulauan Melayu dengan pesisiran pantai sepanjang 161 km dan keluasan tanah 5,765 kilometer persegi, di mana 75.0 peratus daripada keluasan ini diliputi oleh hutan. Kawasan di sebelah barat terdiri daripada tanah rendah berbukit, bukit-bukau yang berceranggah di sebelah timur, dan dataran paya pasang surut di kawasan pantai. Negara ini dikurniai dengan sumber minyak dan gas asli. Ia mempunyai iklim tropika dengan turunan hujan tahunan antara 2,500 mm dan 7,500 mm.

Negara ini mempunyai empat daerah: Brunei-Muara, Tutong, Belait dan Temburong. Ibu negeri adalah Bandar Seri Begawan, yang terletak di Daerah Brunei-Muara, iaitu daerah yang terkecil dan mempunyai jumlah penduduk paling ramai.

Peta 1: Negara Brunei Darussalam

Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali 2

Brunei Darussalam: Pr

(16)

N

egara Brunei Darussalam mengamalkan perancangan sosio-ekonomi bersepadu dan sistematik sejak awal tahun 1950-an, melalui lapan siri Rancangan Kemajuan Negara (RKN) lima tahun. Strategi pembangunan di sepanjang tempoh RKN ini merupakan kunci kepada kemewahan ekonomi, peningkatan taraf kehidupan rakyat, kestabilan politik, dan mengekalkan persekitaran yang bersih dan sihat.

Sungguhpun demikian, kemewahan, pencapaian sosio-ekonomi, kestabilan dan keadaan persekitaran baik yang telah dicapai selama ini difikirkan belum mencukupi dan berdaya tahan bagi generasi akan datang, memandangkan objektif pembangunan lain yang sama mustahak seperti mengekalkan gunatenaga penuh, memperluaskan industri bukan minyak dan gas asli, dan meningkatkan kemajuan Rakyat Melayu menjadi peneraju industri dan perniagaan belum tercapai sepenuhnya.

Kerajaan menyedari betapa mustahak dan mendesaknya keperluan bagi ekonomi serta rakyat dan penduduk negara ini untuk berdaya saing, produktif dan inovatif. Keperluan bagi mewujudkan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi dan berfikiran keusahawanan semakin meningkat. Keperluan ini penting bagi menyesuaikan dengan iklim ekonomi global masa kini yang sangat berdaya saing dan cepat berubah.

Dengan mengambil kira keadaan ini, LTDP meliputi tempoh 2007-2035 telah digubal. Ianya mengandungi Wawasan Brunei 2035 di mana beberapa siri RKN terkandung dalam Rangka Strategi dan Dasar bagi Pembangunan (OSPD) yang meliputi tempoh yang lebih panjang, dan kajian separa penggal diadakan pada pertengahan setiap RKN lima-tahun.

K

erajaan telah merumus satu rangka kemajuan jangka panjang bagi tempoh 30 tahun bermula pada tahun 2007 supaya pencapaian selama ini dapat dipertahan dan dipertingkatkan. Rangka ini mengandungi Wawasan Negara, OSPD dan RKN.

Wawasan Negara yang dikenali sebagai Wawasan Brunei 2035 mempunyai matlamat yang jelas: Menjelang tahun 2035, Negara Brunei Darussalam akan dikenali sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat yang berpendidikan dan berkemahiran tinggi yang diukur melalui piawaian tertinggi antarabangsa; taraf kehidupan yang tergolong di kalangan 10 negara teratas dunia; dan ekonomi yang dinamik serta berdaya tahan dengan pendapatan per kapita yang tergolong antara 10 negara teratas dunia.

Bagi merealisasikan Wawasan Brunei 2035, Negara Brunei Darussalam telah mengenal pasti lapan strategi yang merangkumi pelbagai dimensi pembangunan. Strategi tersebut ialah: (i) strategi pendidikan; (ii) strategi ekonomi; (iii) strategi keselamatan; (iv) strategi pembangunan institusi; (v) strategi pembangunan perniagaan tempatan; (vi) strategi pembangunan prasarana; (vii) strategi jaminan sosial; dan (viii) strategi alam sekitar. Strategi ini mempunyai konsep-konsep yang berikut:

1. Strategi pendidikan yang akan mempersiapkan belia untuk pekerjaan dan pencapaian di dunia yang semakin berdaya saing dan berteraskan ilmu pengetahuan.

2. Strategi ekonomi yang akan mewujudkan pekerjaan baru bagi penduduk dan meluaskan peluang perniagaan di Negara Brunei Darussalam melalui penggalakan pelaburan (asing dan domestik), dalam industri hiliran dan juga kelompok ekonomi di luar industri minyak dan gas.

3. Strategi keselamatan yang akan memelihara kestabilan politik dan kedaulatan negara serta menghubungkan keupayaan pertahanan dan diplomatik dan juga persediaan dalam menangani ancaman penyakit dan bencana alam.

4. Strategi pembangunan institusi yang akan mempertingkatkan tatacara pentadbiran di sektor awam dan swasta, perkhidmatan awam yang berkualiti tinggi, rangka perundangan dan peraturan yang moden dan pragmatik, dan prosedur Kerajaan yang cekap dengan halangan birokrasi (red tapes) yang minimum.

5. Strategi pembangunan perniagaan tempatan yang akan mempertingkatkan peluang bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan serta membolehkan Rakyat Melayu Brunei untuk menjadi peneraju dalam perniagaan dan industri melalui peningkatan kekuatan daya saing. 6. Strategi pembangunan prasarana yang akan memastikan pelaburan berterusan oleh Kerajaan

dan menerusi perkongsian sektor awam-swasta (PPP) dalam membangun dan mengekalkan prasarana bertaraf dunia, dengan memberi keutamaan dalam bidang pendidikan, kesihatan dan industri.

3 Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali

Sambung ke muka surat 4...

Matlamat dan Strategi Pembangunan

(17)

Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali 4

Matlamat dan Strategi Pembangunan

7. Strategi jaminan sosial yang akan memastikan negara terus makmur, dan setiap warganegara akan sentiasa mendapat perhatian yang wajar.

8. Strategi alam sekitar yang akan memastikan alam semula jadi dan habitat kebudayaan dilindungi dan dipelihara dengan sempurna. Ini akan menjamin kesihatan dan keselamatan selaras dengan amalan antarabangsa yang tertinggi.

OSPD pertama (2007-2012) telah memperjelaskan 8 strategi di bawah Wawasan Brunei 2035 melalui 50 haluan-haluan dasar. Haluan-haluan-haluan ini akan memimpin penggubal dan pelaksana dasar dalam menyediakan atau melaksanakan program-program atau projek-projek pembangunan dalam tempoh 10 tahun, bagi merealisasikan matlamat Wawasan.

Dengan mengambil kira dasar dan program Kerajaan yang bersifat cross-cutting, 50 haluan dasar yang terdiri daripada pelbagai aspek, dan keperluan bagi penyusunan semua dasar dan program yang bersesuaian, program dan projek dalam RKN 2007–2012 dibentuk berpandukan kepada empat teras pembangunan. Teras tersebut ialah: (i) meluaskan teras ekonomi dan mengukuhkan asas bagi Ekonomi Berteraskan Pengetahuan (KBE); (ii) mempercepatkan pembangunan sosial dan mengekalkan kestabilan politik; (iii) meningkatkan bilangan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi; dan (iv) memperkukuhkan kapasiti institusi.

Kerajaan juga telah menyediakan Sistem Pemantauan dan Penilaian bagi LTDP dengan menggunakan petunjuk prestasi utama (KPI).

(18)

Sejak tahun 1971, jumlah penduduk telah meningkat secara tetap tetapi pada kadar yang menurun. Pertumbuhan purata tahunan sebanyak 3.5 peratus telah dicatatkan semasa tempoh antara banci 1971-1981 dan menurun kepada 3.0 peratus (tempoh 1981-1991). Walaupun kadar pertumbuhan purata menurun lagi kepada 2.5 peratus (tempoh 1991-2001), ianya masih tinggi mengikut piawaian global. Walau bagaimanapun, dalam tempoh 2001-2005, kadar pertumbuhan meningkat pada kadar purata tahunan sebanyak 2.7 peratus dan kemudian menurun dari paras tertinggi 2.7 peratus kepada 2.3 peratus (tempoh 2005-2009).

Pertambahan Penduduk

S

aiz penduduk telah bertambah disebabkan pertumbuhan semula jadi dan penghijrahan masuk. Pertumbuhan Rakyat dan Penduduk Tetap, adalah kira-kira 2.4 peratus setahun bagi tempoh 2001-2009. Bagi Penduduk Sementara dan Lain-lain, kebanyakannya pekerja asing, kadar purata pertumbuhan tahunan setinggi 6.4 peratus pada tempoh 1971-1981 menurun kepada 2.3 peratus semasa tempoh 1991-2001. Pertumbuhan ini, walau bagaimanapun meningkat kepada 2.8 peratus semasa tempoh 2001-2009 selaras dengan pertumbuhan ekonomi (Rajah 2).

5 Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali

Penduduk

Trend Kependudukan

J

umlah penduduk Negara Brunei Darussalam pada pertengahan tahun 2009 dianggarkan seramai 406,000 orang berbanding 370,100 orang pada tahun 2005. Hampir tiga suku atau 64.8 peratus (262,900 orang) adalah Warganegara Brunei, 8.1 peratus (32,800 orang) Penduduk Tetap dan selebihnya sebanyak 27.2 peratus (110,500 orang) Penduduk Sementara yang terdiri dari penduduk kelahiran asing, kebanyakannya pekerja sementara dan keluarga mereka (Rajah 1). Nisbah jantina lelaki berbanding perempuan bagi penduduk tahun 2009 adalah 53:47.

450!

Sumber: Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri!

Penduduk (Ribuan)

(19)

Profil Kaum

N

egara Brunei Darussalam mempunyai penduduk berbilang etnik yang dikategorikan kepada tiga komuniti utama iaitu Melayu, Cina dan Lain-lain. Pada tahun 2009, etnik Melayu membentuk 66.3 peratus daripada keseluruhan penduduk sementara etnik Cina meliputi 11.0 peratus, dan Lain-lain 22.7 peratus. Kebanyakan penduduk dalam kategori Lain-Lain adalah pendatang atau pekerja asing (Rajah 3).

Komposisi umur

K

omposisi umur bagi penduduk Negara Brunei Darussalam telah berubah sepanjang satu dekad lepas. Terdapat penurunan pada kadar penduduk berumur di bawah 15 tahun daripada 43.0 peratus pada tahun 1971 kepada 26.0 peratus pada tahun 2009. Ini mencerminkan penurunan tahap kesuburan bagi Rakyat dan Penduduk Tetap. Peningkatan besar adalah bagi penduduk pada umur bekerja 15-59 tahun, iaitu daripada 52.0 peratus kepada 69.0 peratus dalam tempoh yang sama yang sebahagiannya menunjukkan kemasukan pendatang asing. Secara relatif, sebahagian kecil penduduk negara ini, antara 4.0 dan 5.0 peratus, berumur 60 tahun ke atas. Walau bagaimanapun, sejak tahun 2001 kadar ini menunjukkan peningkatan yang perlahan (Rajah 4).

Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali 6

Penduduk

RAJAH 3!

Sumber: Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri!

RAJAH 4!

Peratus penduduk (%)

!

(20)

Piramid penduduk bagi Rakyat dan Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam adalah bertapak lebar (broad-based), iaitu perkadaran yang tinggi bagi kanak-kanak dan perkadaran rendah bagi warga tua (Rajah 5). Kadar kemasukan pekerja asing juga menunjukkan trend yang tetap. Piramid penduduk bagi Penduduk Sementara (Rajah 6) mengalami pemesongan bagi lingkungan umur 25 hingga ke 34 tahun dan didominasi oleh profil pekerja bagi sektor swasta yang sedang meningkat.

7 Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali

(21)

Pekerjaan

W

alaupun terdapat penurunan dalam kadar agihan pekerjaan dari kira-kira 38.0 peratus pada tahun 1990 kepada 30.0 peratus pada tahun 2008, Kerajaan masih merupakan majikan utama di Negara Brunei Darussalam.

Menurut perangkaan tahun 2008 bagi sektor swasta, pekerjaan bagi sektor swasta adalah tertumpu dalam Sektor Pembinaan (kira-kira 20.0 peratus daripada jumlah pekerjaan), diikuti oleh Sektor Perdagangan Borong dan Runcit, Hotel dan Restoran (18.0 peratus), dan Sektor Kuari, Pembuatan dan Pemprosesan Bukan Minyak dan Gas (10.0 peratus). Perubahan ketara yang dilihat antara tahun 1990 dan 2008 ialah peningkatan peratusan bagi Sektor Perdagangan Borong dan Runcit, Hotel dan Restoran dan juga Sektor Perkhidmatan Kewangan, Insurans dan Perniagaan, dan penurunan peratusan agihan bagi Sektor Pembinaan dan Pengeluaran Minyak dan Gas Cecair Asli (LNG) (Rajah 7).

Profil pekerja di sektor swasta

P

ada tahun 2001, 53.7 peratus dari penduduk yang bekerja adalah Warganegara Brunei dan Penduduk Tetap, manakala selebihnya (46.3 peratus) adalah Penduduk Sementara dan Lain-Lain. Pada tahun 2008, hampir 70.0 peratus dari pekerja adalah Penduduk Sementara kecuali bagi Sektor Minyak dan Gas Cecair Asli dan Sektor Kewangan, Insurans dan Perkhidmatan Perniagaan (Jadual 1).

Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali 8

Pekerjaan

Nota: Jumlah bagi perkhidmatan kerajaan tidak termasuk Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Polis Diraja Brunei dan pekerja bergaji hari.!

2! 3!

1!

Agihan jumlah pekerja (%)

!

Lain-lain Aktiviti Komuniti, Sosial dan Persendirian!

Pembinaan!

Perdagangan Borong dan Runcit, Hotel dan Restoran!

Lain-lain Kuari, Pembuatan dan Pemprosesan!

Perkhidmatan Kewangan, Insurans dan Perniagaan!

Pengangkutan, Penyimpanan dan Perhubungan!

Pengeluaran Minyak dan Gas Cecair Asli!

Pertanian, Perhutanan dan Perikanan!

RAJAH 7!

Sumber: Jabatan Buruh, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri!

Warganegara !

Jadual 1: Profil pekerja bagi industri di sektor swasta mengikut taraf penduduk: 2008!

Sumber: Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri!

!

! !

!

!

Lain-lain Aktiviti Komuniti, Sosial dan Persendirian!

Pembinaan!

Perdagangan Borong dan Runcit, Hotel dan Restoran!

Lain-lain Kuari, Pembuatan dan Pemprosesan!

Perkhidmatan Kewangan, Insurans dan Perniagaan!

Pengangkutan, Penyimpanan dan Perhubungan!

Pengeluaran Minyak dan Gas Cecair Asli!

Pertanian, Perhutanan dan Perikanan!

!

(22)

A

gensi Pekerjaan Tempatan dan Pembangunan Tenaga Kerja (APTK) di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) memantau peluang-peluang pekerjaan di sektor swasta dan memastikan para pencari kerja tempatan diberi keutamaan untuk mengisi jawatan-jawatan kosong. Agensi ini memberi latihan dan kemahiran kepada para pencari kerja untuk meningkatkan peluang mereka mendapatkan pekerjaan. Di samping itu, agensi ini juga mengendalikan skim-skim pekerjaan khas untuk para siswazah yang mencari pekerjaan dan para pencari kerja di bawah Dana Pembangunan Sumber Manusia di bawah Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi (JPKE). Beberapa siri kursus pendek bagi pembangunan asas keusahawanan, Bahasa Inggeris bagi perniagaan, sesi motivasi, kursus persediaan sebelum bekerja dan kemahiran berkomunikasi juga diadakan. Sejak tahun 2007, pesta kerjaya tahunan telah dianjurkan bagi menggalakkan pekerjaan di sektor swasta, menyebarkan maklumat mengenai peluang-peluang pekerjaan di samping mempermudahkan interaksi antara pencari kerja dan bakal majikan.

Dasar pengambilan pekerja asing sentiasa diimbangi dengan dasar peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Pengambilan pekerja asing adalah bagi mengisikan jawatan-jawatan yang tidak dapat diisikan oleh penduduk tempatan. Jabatan Buruh mempunyai unit untuk menangani isu-isu buruh yang timbul dari pengambilan pekerja tempatan dan asing. Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang di jabatan ini berperanan dalam memastikan hak pekerja di bawah Perintah Pekerjaan 2009. Hak-hak ini termasuklah gaji, bayaran lebih masa dan cuti. Majikan boleh didakwa jika mereka gagal mematuhi undang-undang di bawah bidang kuasa Jabatan Buruh.

Pembahagian pekerjaan di sektor swasta

K

adar agihan pekerjaan dalam Sektor Lain-lain Perlombongan, Kuari dan Pembuatan telah menurun dari 20.0 peratus pengambilan pekerjaan bagi sektor swasta pada tahun 2004 kepada 13.0 peratus pada tahun 2008. Pada tempoh yang sama, kadar agihan pekerjaan bagi Sektor Pembinaan meningkat dari 25.1 peratus kepada 28.3 peratus, sementara kadar agihan Sektor Perdagangan Borong dan Runcit meningkat dari 15.4 peratus kepada 16.0 peratus dan Sektor Perkhidmatan Kewangan, Insurans dan Perniagaan juga meningkat dari 7.0 peratus kepada 8.0 peratus. Lebih separuh dari pekerjaan di sektor swasta adalah di Sektor Pembinaan; Perdagangan Borong dan Runcit; dan Lain-lain Aktiviti Komuniti, Sosial dan Persendirian (Rajah 8).

9 Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali

Kotak 2: Peluang-peluang Pekerjaan Bagi Pencari Kerja Tempatan dan

Pekerja Asing

Pekerjaan

2004! 2005! 2006! 2007! 2008!

Pekerja (%)

!

Lain-lain Aktiviti Komuniti, Sosial dan Persendirian! Perkhidmatan Kewangan, Insurans dan Perniagaan! Kilang Papan dan Pemprosesan Kayu Balak! Pengeluaran Minyak dan Gas Cecair Asli! Pertanian, Perhutanan dan Perikanan!

RAJAH 8!

(23)

Profil pekerjaan di sektor swasta

S

ebahagian besar pekerjaan dalam ekonomi adalah di sektor swasta. Pekerjaan-pekerjaan yang berkemahiran tinggi seperti Penggubal Undang-Undang, Pegawai Pentadbir dan Pekerja berkaitan, Ahli Profesional dan Pekerja berkaitan, dan Juruteknik dan Ahli Profesional Bersekutu dan Pekerja berkaitan adalah kumpulan pekerjaan yang menunjukkan peningkatan yang cepat. Antara 2004 dan 2008, kumpulan pekerjaan ini telah meningkat pada kadar purata 6.0 peratus setahun (Rajah 9).

Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali 10

Pekerjaan

Pekerja Perkhidmatan, Kedai,! Pasar, Pertanian, Perikanan! dan Lain-lain!

Pembersih, Buruh! & Pekerja berkaitan!

Penggubal Undang-Undang,! Pegawai Pentadbir &! Pekerja berkaitan!

Ahli Profesional! & Pekerja berkaitan!

Juruteknik !

& Ahli Profesional Bersekutu! Kerani &! Pekerja berkaitan!

RAJAH 9!

(24)

Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)

K

adar pertumbuhan ekonomi Negara Brunei Darussalam sepanjang dua dekad terakhir adalah sederhana, kecuali pada akhir tahun 1990an berikutan pengeluaran minyak yang rendah dan kegiatan ekonomi domestik yang perlahan serta pada 2007 dan 2009 dengan penurunan pengeluaran minyak dan gas (Rajah 10). Sektor Bukan Minyak dan Gas telah mencatatkan pertumbuhan secara berperingkat, pada kadar purata tahunan 4.0 peratus setahun dalam tempoh 2005-2009, berbanding dengan pertumbuhan purata di bawah 3.0 peratus setahun sebelum tempoh berkenaan. Dalam Sektor Minyak dan Gas, penurunan pengeluaran minyak dan gas sejak tahun 2007 telah menyebabkan kelembapan di sektor berkenaan dalam beberapa tahun ini, berbanding dengan pertumbuhan purata tahunan yang sederhana sebelumnya. Hal ini menyebabkan ekonomi Negara Brunei Darussalam berkembang pada kadar pertumbuhan KDNK yang agak perlahan sebanyak 0.2 peratus setahun dalam tempoh 2005-2009.

1 Kadar pertukaran di pasaran bagi setiap unit USD kepada BND ialah 1.4545 pada 2009.

11 Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali

Pr

estasi Makr

oekonomi

(25)

Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali 12

Pr

estasi Makr

oekonomi

Perbelanjaan penggunaan bagi persendirian dan Kerajaan, meningkat dengan stabil dalam tempoh 1990-2009, walaupun permintaan penggunaan lebih rendah disebabkan oleh kelembapan dalam kegiatan pembinaan bermula pada tahun 1997 telah memberi kesan kepada penggunaan persendirian dan Kerajaan dalam tempoh 1995-1999 (Jadual 2). Pada tahun 2009, kadar pertumbuhan perbelanjaan penggunaan meningkat kepada 5.0 peratus, disebabkan oleh peningkatan kedua-dua perbelanjaan penggunaan persendirian dan kerajaan. Pertumbuhan perbelanjaan penggunaan Kerajaan telah disebabkan oleh peningkatan perbelanjaan gaji kakitangan. Bagi perbelanjaan penggunaan persendirian, pertumbuhan didorong oleh harga komoditi pengguna yang lebih rendah.

Dalam tempoh 1990-1996, perbelanjaan pelaburan agak kukuh, meningkat sebanyak 17.0 peratus setahun. Ianya bergolak dalam tempoh 1997-2000, disebabkan oleh pelaburan swasta dan Kerajaan yang rendah, dan telah mempengaruhi pelaburan dalam tempoh 1995-1999 dan 2000-2004 (Jadual 2). Pada tahun 2009, peningkatan pelaburan Kerajaan telah dicapai melalui peningkatan perbelanjaan kapital Kerajaan termasuk projek yang dibiayai RKN. Pelaburan swasta juga kukuh disebabkan oleh pelaburan langsung asing dalam Projek Loji Metanol yang mana eksport pertamanya dilakukan pada bulan Mei 2010.

Eksport meningkat pada kadar yang sederhana sebanyak 3.0 peratus setahun dalam tempoh 1990-2004, akan tetapi mencatat penurunan dalam tempoh 2005-2009, seiring dengan kelembapan dalam Sektor Minyak dan Gas pada waktu yang sama (Jadual 2). Tempoh ini juga selari dengan kelembapan ekonomi global yang telah memberi kesan kepada kedua-dua eksport minyak dan gas serta perkhidmatan. Pada tahun 2009, eksport minyak mentah Negara Brunei Darussalam menurun sebanyak 3.1 peratus disebabkan oleh pengeluaran minyak mentah yang lebih rendah sebanyak 4.2 peratus. Eksport gas cecair asli juga menurun sebanyak 7.9 peratus kerana berkurangnya pengeluaran gas cecair asli sebanyak 8.0 peratus. Eksport bukan minyak dan gas yang terbesar, pakaian siap pakai, juga mencatatkan kemerosotan dalam pengeluaran sebanyak 39.8 peratus pada tahun 2009.

Perbelanjaan penggunaan yang rendah dalam tempoh 1999 dan penurunan pelaburan dalam tempoh 1995-1999 dan 2000-2004 selaras dengan penurunan import barangan dan perkhidmatan dalam tempoh 1995-1995-1999 dan pertumbuhan import barangan dan perkhidmatan yang perlahan dalam tempoh 2000-2004 (Jadual 2). Namun, dalam tempoh 2005-2009, import barangan dan perkhidmatan mencatatkan pertumbuhan yang kukuh sebanyak 5.9 peratus setahun. Sebahagian besar pertumbuhan ini adalah disebabkan oleh pertumbuhan yang lebih tinggi bagi import barangan. Walau bagaimanapun, pada tahun 2009, import barangan dan perkhidmatan telah mencatatkan penurunan, sebahagian besarnya disebabkan oleh menurunnya import barangan pengguna seperti makanan dan binatang hidup, minyak sayur-sayuran dan lemak binatang, dan barang-barang keluaran perkilangan. Meskipun demikian, Negara Brunei Darussalam terus menikmati peningkatan lebihan imbangan perdagangan berjumlah BND6.9 bilion pada tahun 2009 (Rajah 13).

(26)

Struktur pengeluaran ekonomi mengalami perubahan minimum sepanjang tempoh 1990 dan 2009 (Rajah 14). Sektor industri tetap merupakan sektor utama dengan peningkatan sumbangannya dalam ekonomi daripada 62.0 peratus KDNK nominal pada tahun 1990 kepada 65.0 peratus pada tahun 2009. Ini adalah disebabkan oleh peningkatan sumbangan industri minyak dan gas, daripada 57.0 peratus pada tahun 1990 kepada 60.0 peratus pada tahun 2009, berikutan kenaikan harga dan pengeluaran minyak dan gas.

Sektor industri bukan minyak dan gas juga mencatat sedikit peningkatan, daripada 4.0 peratus pada tahun 1990 kepada 5.0 peratus pada tahun 2009, disebabkan oleh peningkatan kecil di sektor perkilangan. Sementara itu, sektor pembinaan, elektrik dan air tidak mencatatkan sebarang perubahan.

Kadar peratusan sektor perkhidmatan pula telah menurun daripada 37.0 peratus KDNK nominal pada tahun 1990 kepada 34.0 peratus pada tahun 2009. Pada tahun 2009, sektor tersebut termasuk perkhidmatan kerajaan (42.0 peratus daripada jumlah sektor perkhidmatan), perdagangan (11.0 peratus), kewangan (11.0 peratus), pengangkutan dan perhubungan (11.0 peratus), dan hartanah dan pemilikan tempat kediaman (8.0 peratus). Tiada perubahan signifikan dalam sektor perkhidmatan di antara tahun 1990 dan 2009, walaupun penurunan kadar peratusan sektor perdagangan telah dicatatkan.

Sumbangan sektor Pertanian, Perhutanan dan Perikanan kepada KDNK nominal sepanjang tempoh 1990-2009 masih kecil sebanyak 1.0 peratus (Jadual 3). Namun Negara Brunei Darussalam aktif melaksanakan pelbagai langkah bagi mempertingkatkan tahap sara diri dalam pengeluaran produk pertanian, terutama dalam pengeluaran beras tempatan pertama dalam bulan April 2009, dikenali sebagai Beras Laila. Dalam mempertingkatkan tahap sara diri negara, sejumlah BND30 juta telah diperuntukkan dengan penekanan bagi mempertingkatkan hasil pengeluaran padi, penggunaan teknologi penanaman padi terkini dan penyediaan prasarana. Lebih daripada 4,900 hektar tapak baru juga telah dikenalpasti dan diperuntukkan bagi inisiatif beras.

Sumber: Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri!

(27)

Indeks Harga Pengguna (IHP)

K

adar inflasi yang diukur dengan IHP, adalah sederhana sepanjang dua dekad terakhir (Rajah 15). Namun, pada tahun 2008, harga pengguna di Negara Brunei Darussalam telah meningkat ke paras tertinggi seperti 13 tahun yang lampau, iaitu sebanyak 2.7 peratus. Ini adalah disebabkan oleh kenaikan harga pelbagai jenis barangan di seluruh dunia terutama makanan dan minyak, yang disebabkan oleh permintaan tinggi dari ekonomi baru, kekurangan bekalan dalam jangka pendek, dan keadaan cuaca yang tidak menentu di negara pengeluar utama makanan.

Kadar inflasi menurun kepada 1.8 peratus pada tahun 2009 berikutan kelembapan ekonomi global yang disebabkan oleh krisis kewangan dan ekonomi. Kos Makanan dan Minuman Ringan (dengan kewajaran terbesar sebanyak 28.8 peratus daripada keseluruhan bakul IHP) adalah penyumbang terbesar kepada kadar inflasi Negara Brunei Darussalam dalam tempoh 2007-2009. Kenaikan mendadak harga makanan asas dunia telah memberi kesan signifikan kepada inflasi Negara Brunei Darussalam khususnya pada tahun 2008 memandangkan lebih 80.0 peratus keperluan makanan diimport dari negara luar.

Memandangkan negara ini banyak bergantung kepada barangan import, sebarang perubahan dalam harga barangan import akan secara langsung mempengaruhi paras harga secara am.

Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali 14

Pr

estasi Makr

(28)

Perdagangan Luar

Negara Brunei Darussalam merupakan sebuah ekonomi yang secara relatif terbuka di mana pertumbuhan ekonominya mempunyai kaitan erat dengan perdagangan luar. Eksport barangan menyumbang sekitar 61.0 dan 64.0 peratus daripada KDNK nominal, masing-masing pada tahun 1990 dan 2009. Produk minyak dan gas menyumbang sebanyak 97.0 peratus pada tahun 1990 dan 96.0 peratus pada tahun 2009 daripada jumlah keseluruhan eksport.

Jumlah eksport meningkat sepanjang dua dekad terakhir, bernilai BND59.4 bilion dalam tempoh 2005-2009, iaitu tiga kali nilai yang dicapai dalam tempoh 1990-1994 (Rajah 16). Namun jumlah import pula meningkat dengan perlahan, bernilai BND15.4 bilion dalam tempoh 2005-2009, berbanding dengan BND12.0 bilion dalam tempoh 1990-1994.

Perkembangan ini menyebabkan peningkatan jumlah perdagangan luar sebanyak lebih dua kali ganda, daripada BND31.1 bilion dalam tempoh 1990-1994 kepada BND74.9 bilion dalam tempoh 2005-2009. Lebihan imbangan perdagangan telah dinikmati secara berterusan, bernilai BND44.0 bilion dalam tempoh 2005-2009 berbanding BND7.1 bilion dalam tempoh 1990-1994 (Rajah 16).

15 Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali

Pr

estasi Makr

oekonomi

(29)

Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali 16

Pr

estasi Makr

oekonomi

Perubahan komposisi eksport ini adalah kesan daripada bertambahnya sumbangan eksport pakaian siap pakai dalam tempoh 1990-1999. Komoditi ini merupakan barangan utama eksport pelbagai barang keluaran kilang. Namun, dalam tempoh 2004-2009, sumbangan tersebut semakin menurun sejak mansuhnya Perjanjian Pelbagai-Serat (Multi-Fibre

Agreement) pada tahun 2005. Eksport Jentera dan Kelengkapan Pengangkutan serta Barang-Barang Keluaran Kilang mengikut bahan pembuatannya, juga mengalami perubahan yang sama (Jadual 4).

Komposisi import juga tidak mencatatkan perubahan signifikan (Jadual 4). Barang-Barang Keluaran Kilang, Jentera dan Kelengkapan Pengangkutan, dan Pelbagai Barang Keluaran Kilang, merangkumi sekitar 51 peratus daripada jumlah keseluruhan import pada tahun 2009, iaitu satu peningkatan daripada 45.0 peratus pada tahun 1990. Sumbangan Makanan dan Binatang Hidup, Minuman dan Tembakau, dan Minyak Sayur-sayuran dan Lemak Binatang menurun daripada 19.0 peratus pada tahun 1990 kepada 15.0 peratus pada tahun 2009.

Negara Jepun, negara-negara Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) dan Korea Selatan masih merupakan destinasi utama eksport Negara Brunei Darussalam, khususnya minyak mentah dan gas cecair asli (Rajah 17). Beberapa trend dapat dilihat termasuk penurunan peratus kadar peratusan eksport ke Jepun daripada 58.1 peratus dalam tahun 1990 kepada 48.3 peratus pada tahun 2009, negara-negara ASEAN daripada 20.9 peratus dalam tahun 1990 kepada 13.3 peratus pada tahun 2009, dan peningkatan peratusan bagi India, Australia, New Zealand dan China.

Negara-negara ASEAN, Amerika Syarikat, negara-negara Kesatuan Eropah (EU) dan Jepun masih merupakan sumber utama import (Rajah 18). Import dari negara-negara ASEAN dan China telah mencatatkan peningkatan. Sebaliknya, import dari negara-negara EU dan Jepun pula telah menurun secara perlahan.

Peratus Bahagian (%)! RAJAH 17!

Sumber: Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri!

Peratus Bahagian (%)! RAJAH 18!

(30)

Kotak 3: Ekonomi Berteraskan Pengetahuan Bagi

Menangani Kelembapan Pertumbuhan Berasaskan

Sektor Perlombongan

Kerajaan menyedari akan batas keupayaan pembangunannya yang penyebab utama menurunnya prestasi pertumbuhan ialah kerana berkurangnya penghasilan pendapatan dalam sektor perlombongan. Dengan perkataan lain, proses pembangunan yang bergantung pada sektor tunggal yang berasaskan simpanan minyak dan gas yang terbatas, sudah pasti mempunyai had. Keperluan untuk melaksanakan strategi pembangunan yang berdaya tahan, lebih-lebih lagi dengan adanya ‘Krisis Ganda Tiga Global - Kewangan, Makanan dan Perubahan Iklim’ menjadikan negara terdedah kepada pergolakan harga luaran.

Bagi merealisasikan objektif Wawasan Brunei 2035, Kerajaan telah menggubal RKN dengan empat teras pembangunan: (i) meluaskan asas ekonomi dan mengukuhkan asas bagi ekonomi yang berteraskan pengetahuan dengan memberikan keutamaan kepada pengetahuan, kreativiti dan inovasi; (ii) mempercepatkan pembangunan sosial dan mengekalkan kestabilan politik bagi memperbaiki taraf kehidupan, mengekalkan alam sekitar yang mapan dan bersih, mempertingkatkan keselamatan negara dan mewujudkan masyarakat berdisiplin dan penyayang; (iii) meningkatkan bilangan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi; dan (iv) memperkukuhkan keupayaan institusi.

Pr

estasi Makr

(31)
(32)

Matlamat 1: Membasmi Kemiskinan dan Kebuluran Ekstrem

M

atlamat MDG 1 adalah berkaitan dengan pembasmian kemiskinan dan kebuluran ekstrem. Untuk mencapai matlamat ini, satu sasaran realistik telah ditetapkan iaitu untuk mengurangkan separuh dari kadar kemiskinan, di antara tahun 1990 hingga 2015, yang disukat oleh petunjuk-petunjuk seperti (i) perkadaran orang yang berpendapatan kurang daripada satu dolar sehari; (ii) penurunan pendapatan bagi orang-orang miskin; dan (iii) bahagian kuintil termiskin dalam perbelanjaan negara. Perkara ini perlu untuk dicapai melalui penggunaan tenaga penuh dan produktif, serta pekerjaan yang wajar untuk semua, termasuk wanita dan remaja. Sasaran yang berkaitan adalah untuk mengurangkan separuh perkadaran orang yang menderita daripada kebuluran.

Negara Brunei Darussalam telah mengalami tahap pendapatan per kapita yang tinggi dan peningkatan dalam agihan pendapatan hasil daripada kemajuan ekonomi dan pembangunan manusia jangka panjang. Sejak tahun 2005, kadar pengangguran adalah stabil pada tahap kurang daripada empat peratus. Kerajaan telah melaksanakan pelbagai program jaringan keselamatan sosial bagi memastikan tidak ada seorang rakyat pun menghadapi kekurangan keperluan asas. Ini telah menyumbang kepada ketiadaan kemiskinan ekstrem yang diukur dengan merujuk kepada norma pendapatan sara hidup minimum bagi Pariti Kuasa Beli (PPP) USD1.25 per kapita sehari.2

Pihak Kerajaan akan mempertahankan pencapaian ini melalui peruntukan kebajikan dan langkah-langkah dasar yang berorientasikan pertumbuhan. Bagi tujuan ini, pihak Kerajaan telahpun menubuhkan satu Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Isu Kemiskinan, salah satu daripada enam Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan di bawah Majlis Kebangsaan peringkat Menteri bagi menangani Isu Sosial. Penubuhan jawatankuasa ini akan memantapkan usaha membasmi kemiskinan dengan lebih berkesan. Ia juga bertujuan untuk mempertahankan pencapaian dalam keselamatan makanan dengan menetapkan sasaran sara diri bagi barangan makanan asas dan malah telah memantapkan lagi Jabatan Pertanian menjadi Jabatan Pertanian dan Agri-Makanan (DAAF), Kementerian Perindustrian dan Sumber-sumber Utama (KPSSU) bagi memudahcarakan dasar-dasar yang berkesan.

_____________________________

2 Negara-negara berbeza dari segi unit mata wang dan nilai sukatannya. Oleh itu, pendapatan negara-negara berkenaan dibandingkan

dengan merujuk secara am kepada pasaran pertukaran asing antara mata wang masing-masing. Walau bagaimanapun, pasaran pertukaran asing hanya berdasarkan kepada perdagangan barangan dan perkhidmatan sahaja, oleh itu, tidak menunjukkan kuasa beli. Untuk mengatasi batasan ini, kaedah pariti kuasa beli yang mengambil kira harga-harga bagi perkhidmatan dan barangan dagangan dan bukan dagangan, juga akan digunakan untuk penukaran dan perbandingan mata wang antara negara-negara berkenaan.

(33)

Kemiskinan dan kebuluran ekstrem: Pembasmian di

Negara Brunei Darussalam

B

erdasarkan kepada Kajian Perbelanjaan Keluarga Negara Brunei Darussalam yang dijalankan pada tahun 2005, tiada kemiskinan ekstrem di Negara ini. Pada tahun 2005, purata pendapatan isi rumah di Negara Brunei Darussalam ialah BND4,661 (USD2,808) sebulan. Bagi isi rumah di kawasan bandar, purata pendapatan ialah BND4,868 (USD2,933) sebulan manakala bagi isi rumah di kawasan luar bandar, purata pendapatan ialah BND4,075 (USD2,455) sebulan3. Ini menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan purata pendapatan yang

ketara antara kawasan bandar dan luar bandar (Rajah 19A).

_____________________________

3 Kawasan bandar dan luar bandar ditakrifkan sebagaimana dalam Banci Penduduk dan Perumahan tahun 2001. Kawasan bandar bererti semua

kawasan yang terletak dalam lingkungan Bandaran dan semua kawasan di luarnya yang mempunyai ramai penduduk dan yang bergantung kepada bandar berkenaan bagi pekerjaan, pendidikan, hiburan dan kemudahan-kemudahan lain. Ini digunakan sebagai garis panduan dalam

mengklasifikasikan sesebuah kampung sebagai kawasan bandar atau luar bandar.

4 Kadar pertukaran PPP bagi setiap unit USD kepada BND pada tahun 2005 ialah 1.079 (http://data.un.org/Dataaspx?d=MDG&seriesRowD%3A699)

Manakala kadar pertukaran di pasaran bagi setiap unit USD kepada BND pada tahun 2005 ialah 1.66.

Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali 20

Pada tahun yang sama, purata pendapatan bagi 10 peratus isi rumah termiskin ialah BND994 (USD599) sebulan manakala purata perbelanjaan isi rumah ialah BND975 (USD587) sebulan atau BND33 (USD20) sehari. Pada harga PPP, perbelanjaan isi rumah termiskin secara purata ialah sebanyak PPP USD903 sebulan4. Ini menunjukkan

bahawa keluarga tersebut berbelanja secara purata sebanyak PPP USD30 sehari. Memandangkan saiz purata 10 peratus isi rumah termiskin ialah 6.6, ini menunjukkan bahawa perbelanjaan per kapita PPP ialah sebanyak USD4.6 sehari. Angka ini melebihi norma antarabangsa PPP iaitu USD1.25 sehari bagi kemiskinan pendapatan mutlak.

(34)

K

umpulan isi rumah termiskin membelanjakan kira-kira dua pertiga daripada perbelanjaan isi rumah mereka untuk Makanan dan Minuman Ringan dan Perumahan, Air, Elektrik, Gas dan Lain-Lain Bahan Api

(Rajah 20). Oleh yang demikian, adalah penting untuk mengekalkan kadar inflasi yang rendah khususnya bagi

makanan dan perumahan, untuk memastikan taraf kehidupan yang stabil bagi golongan miskin.

Makanan dan perumahan menguasai bajet isi rumah yang relatif

miskin

Perumahan, pengangkutan dan makanan: barangan utama

bajet penggunaan isi rumah

D

engan adanya dasar-dasar Kerajaan yang berperspektif kebajikan, sama ada makro mahupun mikro, kefahaman mengenai profil penggunaan isi rumah adalah penting. Ini adalah bertepatan khususnya dalam konteks ‘Krisis Ganda Tiga Global - Kewangan, Makanan dan Perubahan Iklim’, inflasi harga makanan dan kepentingan MDG mengenai taraf kehidupan dan keselamatan makanan.

Menurut Kajian Perbelanjaan Keluarga tahun 2005, secara purata satu pertiga daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan isi rumah adalah untuk perbelanjaan perumahan, air, elektrik, gas dan lain-lain bahan api. Perbelanjaan pengangkutan dicatatkan kira-kira satu perenam daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan isi rumah, manakala perbelanjaan makanan pula kira-kira satu pertujuh. Kesimpulannya, ketiga-tiga kumpulan ini merupakan komoditi utama yang menguasai profil perbelanjaan isi rumah mengikut sektor di Negara Brunei Darussalam (Rajah 19B).

Sumber: Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri!

Referensi

Dokumen terkait