M
DG5 ialah berkaitan dengan mempertingkatkan kesihatan ibu-ibu mengandung dan melahirkan. Sasaran- sasarannya adalah untuk (i) mengurangkan nisbah mortaliti keibuan sebanyak tiga per empat antara tahun 1990 dan 2015, dan meningkatkan penjagaan kesihatan dari segi rawatan semasa melahirkan; dan (ii) mencapai akses universal kepada kesihatan reproduktif.Hasil daripada penyediaan penjagaan kesihatan yang efektif dan komprehensif kepada orang ramai, Negara Brunei Darussalam telah mencapai tahap maksimum bagi petunjuk kesihatan ibu-ibu mengandung dan melahirkan. Petunjuk ini termasuk nisbah kematian ibu-ibu mengandung dan melahirkan, kadar kelahiran yang ditangani oleh kakitangan kesihatan yang mahir dan liputan penjagaan selepas melahirkan. Perkembangan sistem penjagaan kesihatan berdasarkan kepada penjagaan kesihatan asas yang bertujuan untuk menyediakan penjagaan kesihatan dan perkhidmatan dokongan pencegahan, promosi, penyembuhan, pemulihan yang menyeluruh untuk memenuhi keperluan orang ramai. Ia juga memberi penekanan tentang pentingnya kebersamaan dan penyertaan masyarakat sebagai intipati mencapai sebuah negara yang sihat.
D
alam mendukung Wawasan Brunei 2035, Kementerian Kesihatan telah merumuskan Visi 2035 - ‘Bersama Ke Arah Negara Sihat’. Visi ini ialah kesinambungan Perancangan Penjagaan Kesihatan Kebangsaan (2000- 2010) yang menjurus kepada empat prinsip:o Memastikan akses menyeluruh ke arah penjagaan kesihatan yang lebih baik;
o Membolehkan akses yang saksama terhadap perkhidmatan kesihatan yang komprehensif; o Menggalakkan kerjasama dan penyertaan orang awam dalam konsep penghasilan bersama
perkhidmatan kesihatan yang efektif dan efisien untuk semua; dan
o Memastikan sistem perkhidmatan kesihatan yang mapan dalam keupayaan institusi dan sumber kewangan Kementerian Kesihatan.
Visi ini bertujuan untuk memberikan pendekatan yang holistik dan komprehensif dalam memberikan perkhidmatan penjagaan kesihatan dengan lebih giat, jelas dan proaktif, di samping mendukung matlamat utama untuk memberikan penjagaan kesihatan yang efisien, saksama, mudah diperolehi dan berkualiti kepada semua penduduk. Strategi kesihatan yang baharu dirumus kepada lima tema strategik:
(i) Sistem Penjagaan Kesihatan Menyeluruh yang Menekankan Kecemerlangan Perkhidmatan: • Menyediakan penjagaan kesihatan yang menyeluruh kepada orang ramai;
• Menggunakan pendekatan holistik dalam penyediaan penjagaan kesihatan dengan menumpukan kepada promosi, pencegahan, penyembuhan dan pemulihan;
• Mencapai kecemerlangan perkhidmatan melalui: Perkhidmatan berpusatkan orang ramai, memastikan pesakit, keluarga dan masyarakat diberikan penjagaan ehsan dan penuh perhatian dan pemedulian dan dengan itu memastikan keyakinan orang ramai. Perkhidmatan yang konsisten dan berkualiti dan keselamatan, hak yang berterusan pada produk dan teknologi perubatan;
• Mengembangkan bidang kecemerlangan yang terpilih dalam penjagaan kesihatan; • Meningkatkan kecekapan teras – memastikan piawaian profesionalisme dan etika; • Memastikan perkembangan profesional yang berterusan;
• Menggunakan pendekatan, intervensi dan amalan yang berasaskan bukti; dan
• Meningkatkan kerjasama dan mewujudkan perkongsian dengan agensi/organisasi lain. (ii) Negara yang Menerima dan Mengamalkan Gaya Hidup Sihat:
• Menumpukan pada masalah obesiti, barah, sakit jantung, kencing manis, pengawalan tembakau, kesihatan mulut, penyakit berjangkit yang baru muncul dan muncul semula dan faktor risiko lain yang boleh dicegah;
• Menggalakkan dan memperkasa kesihatan termasuk kesihatan fizikal dan mental; • Mendukung persekitaran kesihatan yang kondusif;
• Memberikan pendidikan berkenaan pilihan yang sihat melalui komunikasi– menjadikannya lebih mudah, senang diperolehi dan mampu didapatkan;
• Mewujudkan persekitaran yang sihat (kampung, rumah kediaman, tempat kerja dan tempat awam);
• Menggalakkan penyertaan masyarakat, perkongsian sesama sektor; dan • Menggalakkan gaya hidup sihat semasa tua.
(iii) Kemapanan melalui Pengoptimuman Sumber, Inovasi dan Kecemerlangan: • Membuat pembaharuan bagi mengatasi cabaran sumber;
• Membina model yang mapan melalui sistem pembiayaan penjagaan kesihatan perkongsian alternatif yang memastikan perlindungan sosial untuk semua;
Kotak 18: Visi Kesihatan 2035
57 Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali
• Memperoleh dan memastikan penggunaan dana dan sumber yang efisien; • Meningkatkan produktiviti dan keberkesanan kos;
• Mengurangkan pembaziran; dan
• Menggunakan pelbagai ubat-ubatan secara wajar.
(iv) Dasar dan Peraturan yang efektif yang memastikan Perlindungan untuk Semua:
• Meneliti semula dan mengembangkan dasar strategi yang efektif bagi menangani cabaran semasa dan selaras dengan hala tuju kementerian;
• Memastikan pelaksanaan undang-undang/peraturan yang efektif: kesediaan dalam mengawal, komunikasi dan sosial, menggalakkan kawalan diri melalui pendidikan dan kesedaran; dan
• Bertindak balas terhadap perubahan dan cabaran dalaman dan luaran. (v) Tadbir Urus yang Telus dan Proaktif:
• Memastikan ketelusan dan akauntabiliti dalam semua perkhidmatan; • Meletakkan tanda aras pada amalan terbaik dalam tadbir urus; • Memastikan kesiapsediaan dan kebajikan masyarakat tempatan;
• Memastikan ketelusan dalam pentadbiran, komunikasi dan perbelanjaan yang sistematik; • Mengkaji semula peranan dan tanggungjawab; dan
• Mengukuhkan tadbir urus yang menekankan pada penguatkuasaan dasar, garis panduan dan piagam pelanggan.
P
erkhidmatan MCH ialah perkhidmatan penjagaan kesihatan asas yang wujud di Negara Brunei Darussalam sejak beberapa dekad yang lalu dan telah melalui perkembangan yang pesat. Objektifnya adalah untuk menyediakan penjagaan kesihatan yang optimum kepada semua kanak-kanak di bawah umur lima tahun dan semua wanita mengandung semasa tempoh sebelum dan selepas bersalin.Perkhidmatan MCH termasuk penjagaan sebelum dan selepas bersalin, penjagaan kesihatan anak damit, klinik kesihatan wanita dan pendidikan kesihatan, rawatan bagi penyakit ringan, rawatan dan penjagaan ke rumah- rumah. Ia disediakan secara meluas dan mudah diperolehi di keempat-empat daerah. Perkhidmatan pasukan perubatan udara disediakan di kawasan pedalaman. Ibu-ibu menerima rawatan lepas bersalin sehingga enam minggu selepas melahirkan yang termasuk perawatan di rumah oleh bidan-bidan kerajaan semasa minggu- minggu awal tempoh berpantang.
Perkhidmatan kecemasan obstetrik yang komprehensif disediakan di hospital-hospital kerajaan seperti Hospital RIPAS di Daerah Brunei-Muara dan Hospital SSB di Daerah Belait. Dua buah hospital di Daerah Tutong dan Temburong hanya menyediakan perkhidmatan kecemasan obstetrik asas dengan akses terus ke hospital sekunder/tertiari utama di ibu negara.
Perkhidmatan penjagaan kesihatan akan terus menyediakan akses kepada penjagaan sebelum bersalin yang berkualiti, perkhidmatan yang mahir semasa melahirkan termasuk rawatan kecemasan obstetrik dan rawatan selepas bersalin di seluruh negara untuk mengekalkan kadar kematian ibu-ibu mengandung pada tahap yang rendah.