• Tidak ada hasil yang ditemukan

Litupan hutan dan langkah-langkah pemuliharaan

Dalam dokumen Laporan MDG NBD 2010 Mal (Halaman 88-94)

L

itupan hutan membentuk sekitar 75.0 peratus daripada kawasan negara ini (Rajah 47). 235,520 hektar daripada 438,000 hektar (41.0 peratus) telah pun diwartakan sebagai Hutan Simpan. Sebanyak 15.0 pera- tus lagi telah dicadangkan untuk diwartakan. Ini menjadikan sekitar 55 peratus dari jumlah kawasan keselu- ruhan dijadikan sebagai hutan simpan.

Dengan pembentukan undang-undang hutan yang konservatif dan dasar hutan yang berkaitan, negara ini telah berjaya mempertahankan sebahagian besar kawasan hutan seiring dengan keperluan untuk memelihara dan melindungi biodiversiti hutan yang mewakili pelbagai flora dan fauna endemik. Dengan demikian, Negara Brunei Darussalam terus kekal sebagai antara 10 negara teratas di dunia yang dipenuhi dengan hutan. Pengurusan dan pentadbiran sumber hutan dikawal oleh Akta Perhutanan (Undang-Undang Negara Brunei Darussalam Penggal 46), Dasar Hutan Negara 1989 serta beberapa undang-undang yang berkaitan. Sebagai tambahan kepada perundangan ini, rancangan pelan strategik jangka panjang 20 tahun (2004-2023) Jabatan Perhutanan juga berfungsi sebagai rangka perancangan strategik untuk sektor perhutanan negara ini. Ia memfokuskan kepada keperluan untuk mengimbangi pembangunan ekonomi serta pemuliharaan alam sekitar.

75 Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali

Peratus (%)

!

Sumber: Jabatan Perhutanan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-sumber Utama!

Antara inisiatif utama yang dilaksanakan oleh Jabatan Perhutanan untuk menguatkan pengurusan hutan ialah Deklarasi Inisiatif HoB. Deklarasi tersebut ditandatangani pada 12 Februari 2007. Secara umum, pelaksanaan Inisiatif HoB melengkapi dan mengukuhkan usaha-usaha jabatan yang sedia ada dalam memastikan supaya sumber hutan dikendalikan dan dikembangkan secara berterusan. Dengan pengiktirafan antarabangsa dan anugerah yang diterima, ia menambah nilai bagi usaha-usaha pemuliharaan yang sedang dijalankan.

Kategori hutan simpan mengikut fungsinya adalah seperti yang berikut (Rajah 48):

(i) Hutan Pengeluaran (218,650 hektar atau 46.6 peratus) merujuk kepada kawasan yang ditetapkan bagi pengeluaran kayu balak.

(ii) Hutan Perlindungan (18,562 hektar atau 3.9 peratus) ialah sebahagian daripada hutan simpan yang mempunyai tanah sensitif dan ekosistem hutan yang sangat rapuh.

(iii) Hutan Pemuliharaan (31,684 hektar atau 6.8 peratus) adalah kawasan hutan yang dimaksudkan untuk dipelihara dan dilindungi biodiversiti hutannya.

(iv) Hutan Rekreasi (4,445 hektar atau 0.9 peratus) adalah kawasan yang dimajukan untuk rekreasi bagi meningkatkan kesejahteraan orang ramai dari segi sosial, psikologi, fizikal, dan ekonomi.

(v) Taman Negara (48,854 hektar atau 10.4 peratus) merujuk kepada kawasan pemuliharaan utama yang mempunyai nilai intrinsik pemuliharaan biodiversiti hutan dan landskap biologi yang terpelihara baik.

Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali 76

Sumber: Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, Kementerian Pembangunan!

K

erajaan meneruskan misi dalam memajukan, melindungi dan menguruskan sumber hutan untuk memberikan faedah sosio-ekonomi dan persekitaran kepada masyarakat, melalui Pengurusan Hutan Mampan, dengan objektif-objektif seperti yang berikut:

(i) Hutan untuk Generasi akan datang dan Kemakmuran

Tujuan strategik ini adalah untuk memelihara dan memulihara hutan yang tidak tercemar untuk kepentingan generasi akan datang.

(ii) Hutan untuk Pengeluaran Mampan

Ini bertujuan untuk menjadikan sumber hutan terus produktif dalam keadaan mampan, optimal dan mesra alam. Ini adalah untuk memastikan bekalan kayu terus dapat dibekalkan bagi memenuhi keperluan domestik. Pada masa yang sama, usaha penanaman hutan akan diteruskan demi mengurangkan kebergantungan, dan tekanan ke atas semulajadi bagi bekalan kayu balak. (iii) Hutan untuk Pengukuhan Ekonomi

Dihasratkan untuk memaksimumkan sumbangan sektor perhutanan ke dalam usaha untuk mempelbagaikan ekonomi negara. Fokus utama di bawah agenda ini adalah untuk meningkatkan lagi sumbangan sektor perhutanan terhadap KDNK negara, melalui pembangunan pemprosesan hiliran dan industri nilai tambah serta melalui ‘Penggunaan Hutan dengan impak rendah’ seperti eko pelancongan dan industri bioteknologi.

(iv) Hutan untuk Penglibatan dan Keseronokan Orang Awam

Bagi memajukan tapak-tapak yang berpotensi untuk dijadikan taman rekreasi dan Taman Negara. Gagasannya adalah untuk membangun dan menaiktarafkan prasarana dan kemudahan taman untuk menjadikannya taman yang lebih selesa dan menarik bagi pengunjung.

(v) Hutan untuk Prestij Antarabangsa

Bagi menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai model bertaraf dunia di dalam bidang perhutanan. Kejayaan menjaga 76.0 peratus hutan dalam keadaan yang tidak tercemar boleh mempromosikan negara untuk berada di peta dunia sebagai salah sebuah negara yang komited dalam memelihara warisan kehijauan dan mengamalkan pengurusan perhutanan yang baik.

I

nisiatif Nadi Borneo (HoB) adalah untuk memelihara sumber hutan, terutama hutan hujan tanah tinggi di kawasan pergunungan utama Borneo hingga ke kaki bukit berdekatan tanah rendah dengan mengekalkan sambungan ekologi. Cadangan ini berdasarkan kerjasama dan penyertaan sukarela dari tiga buah negara iaitu Negara Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia. Inisiatif ini mempunyai ciri istimewa kerana ini merupakan pemuliharaan hutan hujan tropika yang terbesar di rantau ini. Komitmen negara adalah untuk memperuntukkan sebanyak 58.0 peratus (346,000 hektar) daripada kawasan tanah negara di bawah pengurusan HoB.

Serentak dengan ini, Kerajaan telah meneruskan dasar-dasar untuk menggalakkan perhutanan melalui langkah-langkah yang berikut:-

(i) ‘Dasar kurang tebang’ berkuat kuasa sejak 1990 bagi mengurangkan kadar pembalakan tahunan sehingga 50.0 peratus (dari 200,000 m3 kepada 100,000 m3);

(ii) ‘Penambahan keluasan hutan simpan’ untuk pemuliharaan biodiversiti dengan mendedikasikan sekurang-kurangnya 55.0 peratus daripada kawasan negara sebagai hutan simpan;

(iii) Menghadkan pengeluaran lesen/permit pembalakan; (iv) Mengharamkan eksport balak mentah;

(v) Meningkatkan kesedaran orang awam; (vi) Meningkatkan produktiviti hutan; (vii) Mewujudkan kawasan pemuliharaan;

(viii) Memajukan Pusat Tropikal Biodiversiti Brunei; dan (ix) Memperkukuhkan kerjasama serantau dan antarabangsa.

Kotak 21: Pemuliharaan Hutan Melalui Inisiatif Nadi Borneo

(HoB)

Kotak 22: Penyelenggaraan Taman Perhutanan dan Biodiversiti

Yang Berkaitan

Peraturan dan Akta Perhutanan

Peraturan dan Akta Perhutanan juga dikenali sebagai Perintah Akta Perhutanan (Pindaan) 2007 dan Peraturan Hutan (Pindaan) 2007, iaitu dasar undang-undang bagi pentadbiran dan pengurusan hutan negara. Dengan memperkenalkan peruntukan pentadbiran dan pengurusan yang baharu, serta denda dan hukuman yang lebih berat, pegawai-pegawai penguatkuasa akan dapat membuat pengawalan yang lebih berkesan dan seterusnya mengurangkan aktiviti haram perhutanan.

Dasar Perhutanan Negara 1989

Dasar Perhutanan Negara yang pertama telah dibentuk pada tahun 1951, dan kali terakhir dikemaskinikan pada tahun 1989. Antara lain, dasar tersebut menghuraikan prinsip-prinsip dan strategi untuk menpromosikan pemuliharaan biodiversiti. Salah satu peruntukan khususnya adalah komitmen untuk mendedikasikan hutan simpan kekal, meliputi sekurang-kurangnya 55.0 peratus daripada kawasan negara kepada Hutan Perlindungan, Hutan Pengeluaran, Hutan Rekreasi, Hutan Pemuliharaan dan Taman Negara.

Akta Perlindungan Hidupan Liar

Akta ini menetapkan pemuliharaan dan perlindungan hidupan liar, dan untuk mewujudkan kawasan perlindungan hidupan liar di negara ini. Pihak berkuasa bagi hidupan liar negara adalah Jabatan Muzium di bawah KKBS.

Akta lain yang Berkaitan

Suratcara Perundangan lain seperti Kod Tanah, Akta Memiliki Tanah, Akta Antik dan Harta Karun, Akta Perikanan, Akta Perancang Bandar dan Desa, dan Perintah Flora dan Fauna Liar (CITES national law) juga berperanan sebagai asas perundangan bagi pentadbiran dan pengurusan perhutanan negara.

Kotak 23: Komitmen Di Bawah Konvensyen Vienna dan Protokol

Montreal

Selain itu, Negara Brunei Darussalam juga telah mengesahkan Pindaan London, Pindaan Copenhagen, Pindaan Montreal dan Pindaan Beijing pada 3 Mac 2009.

Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali 80

S

ebagai warga global, Negara Brunei Darussalam ikut serta dalam menangani isu-isu pencemaran rentas-

sempadan melalui kerjasama dengan badan-badan serantau dan antarabangsa. Negara Brunei Darussalam telah melaksanakan langkah-langkah yang berikut:

• Sebagai negara yang tidak menghasilkan atau mengeksport bahan susut ozon (ODS), Negara Brunei Darussalam mengimport ODS untuk kegunaan domestik, terutama dalam penghawa dingin kereta, komersil dan domestik serta peti sejuk.

• Negara Brunei Darussalam telah mengawal import ODS sejak bulan Jun 2005. Pengimport ODS yang berdaftar diberikan kuota khas untuk mengimport ODS. Pengimport yang tidak berdaftar dan pengimport baru hanya dibenarkan untuk mengimport bahan bukan-ODS.

• Jabatan Kastam dan Eksais, Kementerian Kewangan telah memperkenalkan lesen import ODS sejak 20 April 2006.

• Persetujuan telah dicapai melalui Memorandum Persetujuan bagi Kerjasama Dua Hala Mengenai Alam Sekitar pada tahun 2008 berhubung import dan eksport ODS. Di bawah persetujuan ini, negara pengeksport harus mendapat kebenaran terlebih dahulu untuk mengeksport ODS daripada pihak berkuasa yang relevan di negara pengimport.

• Negara Brunei Darusssalam telah berjaya menghapuskan penggunaan Chlorofluorocarbon (CFC) pada bulan Januari 2010 (Rajah 49).

Kotak 24: Pengurusan Perikanan Mampan

H

ad Perikanan Brunei (Penggal 130) dan Perintah Perikanan 2009 menyediakan prasarana perundangan bagi pengurusan aktiviti perikanan dan kawasan penangkapan serta rizab marin dan taman marin. Dasar menyeluruh ialah untuk membangunkan industri perikanan mampan yang telah diterjemahkan ke dalam program-program pengurusan peringkat operasi dan lapangan untuk memastikan:

i) perlindungan sumber daripada penangkapan ikan yang berlebihan dan aktiviti penangkapan ikan yang membinasakan;

ii) perlindungan dan promosi pengambilan dan pemulihan kawasan pembiakbakaan (batu karang dan bakau); dan

iii) promosi penangkapan ikan yang bertanggungjawab dan penggunaan teknologi mesra alam.

Sebahagian daripada amalan pengurusan peringkat kawasan lapangan termasuk:

i) Menetapkan perkakas menangkap ikan yang dibenarkan, peralatan menangkap ikan dan peralatan saiz mata pukat dan pukat tunda;

ii) Mengenakan moratorium mengenai kegiatan penangkapan ikan di Zon 1 (0~3 batu nautikal, yang dikenal pasti sebagai kawasan pembiakbakaan dan batu karang) dan kegiatan penangkapan ikan menggunakan pukat dalam Zon 2 (3~20 batu nautikal);

iii) Menetapkan kawasan untuk kegiatan akuakultur dan menetapkan zon penimbal 50 meter tanpa putus; dan

iv) Larangan menggunakan perkakas penangkapan ikan yang membinasakan dan aktiviti seperti menangkap ikan menggunakan sianida dan penggunaan bahan letupan.

Dalam dokumen Laporan MDG NBD 2010 Mal (Halaman 88-94)