• Tidak ada hasil yang ditemukan

Komitmen bagi pembangunan dan pemerkasaan jantina

Dalam dokumen Laporan MDG NBD 2010 Mal (Halaman 56-59)

N

egara Brunei Darussalam terus meningkatkan peluang yang sama bagi wanita di negara ini dengan lelaki. Wanita mempunyai hak yang sama untuk mendapatkan pendidikan dan perkhidmatan kesihatan. Di samping itu, mereka juga diberikan layanan yang sama dari segi pekerjaan di sektor awam dan swasta. Negara ini juga melihat wanita telah mula memasuki bidang pekerjaan yang dikuasai oleh kaum lelaki seperti kejuruteraan, pertahanan dan penerbangan. Wanita juga mula menyumbang secara aktif dalam proses membuat keputusan dan menjawat jawatan tinggi dalam bidang perundangan, politik, kewangan dan pengurusan. Pencapaian di peringkat tertinggi termasuk jawatan Peguam Negara setaraf dengan Menteri, Timbalan Menteri dan beberapa pegawai eksekutif kanan di sektor awam dan swasta. Wanita juga menjawat jawatan eksekutif di institusi pengajian tinggi Islam dan sebagai Pendakwa di Mahkamah Syariah. Perkembangan ini telah menunjukkan penyertaan wanita dalam merumus dan melaksanakan dasar Kerajaan di semua peringkat.

Di antara tahun 2004 dan 2008, saiz tenaga kerja wanita telah meningkat sebanyak 11.0 peratus, iaitu daripada 63,500 kepada 70,600 orang. Lebih separuh daripada mereka bekerja dalam sektor swasta (Rajah 31). Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) menyumbang 92.0 peratus peluang pekerjaan dalam sektor swasta; lebih dari separuh PKS dimiliki oleh kaum wanita.

Dari segi undang-undang dan prosedur pemilikan tanah dan perumahan, tidak terdapat sebarang sekatan bagi wanita untuk memiliki tanah dan rumah di Negara Brunei Darussalam.

43 Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali

Pekerja Perkhidmatan,! Kedai, Pasar, Pertanian dan! Operator Mesin, dan! Pekerja berkaitan!

Pembersih, Buruh dan! Pekerja berkaitan! Penggubal Udang-

Undang, Pegawai Pentadbir dan Pekerja berkaitan! Ahli Professional dan!

Pekerja berkaitan! Juruteknik dan Ahli! Professional Bersekutu dan Pekerja berkaitan!

Perkeranian dan Pekerja berkaitan!

RAJAH 31!

Kotak 14: Jentera Kebangsaan Bagi Pembangunan Wanita

T

umpuan utama kebangsaan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengan isu-isu wanita ialah JAPEM. Unit Wanita ialah salah satu bahagian di bawah jabatan tersebut. Objektif jabatan tersebut yang berkaitan dengan hal ehwal wanita ialah:-

• melaksanakan dan menyelaras program-program dan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan hal ehwal wanita;

• melaksanakan penyelidikan dalam pembangunan wanita; • mengumpul dan menyebarkan maklumat mengenai wanita;

• melaksanakan program kesedaran mengenai isu-isu wanita termasuk hak dan tanggungjawab wanita sebagai ejen pembangunan termasuk tanggungjawab dalam mengukuhkan unit kekeluargaan untuk mencapai keharmonian hidup berkeluarga, dalam masyarakat dan negara ;

• melaksanakan program kesedaran yang dibentuk bagi menghapuskan diskriminasi terhadap wanita seperti keganasan terhadap wanita, undang-undang, penyeludupan dan sebagainya; dan

• menggalakkan penyertaan wanita dalam pembangunan kebangsaan tanpa menjejaskan kestabilan perkahwinan/kehidupan berkeluarga.

Fungsi jabatan yang berkaitan dengan wanita termasuk:

• untuk menyediakan perlindungan, kaunseling dan khidmat nasihat kepada wanita dan kanak-kanak perempuan yang menjadi mangsa keganasan rumahtangga/penderaan, penganiayaan seks, penyalahgunaan dadah dan gejala sosial yang lain;

• untuk menyediakan bantuan kebajikan, bantuan kecemasan, bimbingan pembelajaran, latihan dan tempat tinggal sementara kepada wanita yang miskin, tua, balu, janda, kurang upaya atau mangsa bencana alam;

• untuk menganjurkan dan melaksanakan program berdikari/keusahawanan dalam membantu wanita untuk menjadi seorang yang berdikari dari segi ekonomi; dan

• untuk memantau aktiviti-aktiviti pertubuhan wanita di negara ini bagi memastikan mereka selaras dengan objektif pembangunan negara.

Kotak 15: Perlindungan Wanita: Peruntukan Undang-Undang

Beberapa undang-undang telah diperuntukkan bagi melindungi kebajikan wanita di negara ini termasuk: • Akta Perlindungan Wanita dan Gadis (Penggal 120) dengan memberikan perlindungan kepada wanita

dan kanak-kanak perempuan dengan menetapkan tindakan undang-undang apa jua perbuatan yang akan membahayakan mereka termasuk perbuatan:

• Menjual atau mengupah wanita dan kanak-kanak perempuan untuk tujuan pelacuran; • Menahan wanita dan kanak-kanak perempuan bagi tujuan penipuan;

• Menubuhkan pusat pelacuran;

• Mengurung wanita dan kanak-kanak perempuan di pusat pelacuran atau apa jua jenis tempat pelacuran;

• Penyeludupan wanita dan kanak-kanak perempuan; dan • Tinggal atau berniaga dalam pelacuran.

Akta Perempuan Bersuami (Penggal 190) mentadbir hak wanita yang berkahwin dan juga hak bagi nafkah, harta, pembaikan, tindakan sivil dan perwakilan undang-undang dan perlindungan pasangan yang cedera dari segi fizikal. Walau bagaimanapun, akta ini tidak boleh digunakan bagi pasangan yang beragama Islam.

Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali 44

Perintah Undang-undang Keluarga Islam 1999 dengan menyediakan undang-undang khusus untuk keluarga beragama Islam dari segi perkahwinan, penceraian, nafkah, hak penjagaan anak dan lain- lain. Perintah ini menyediakan perlindungan kepada wanita dan kanak-kanak dengan mengekalkan dan menjaga/memelihara hak dan kepentingan bagi menjamin dan meningkatkan kebajikan mereka seperti: • Nafkah dan penyediaan tempat tinggal bagi wanita yang berkahwin;

• Pembahagian bagi harta sepencarian selepas bercerai; • Perlakuan yang jahat terhadap isteri atau suami; • Nafkah tanggungan; dan

• Hak penjagaan anak.

Kanun Hukuman Jenayah (Penggal 22) menyediakan perlindungan untuk wanita secara umum daripada perbuatan jenayah yang menyebabkan kecederaan, rogol, sumbang mahram, memalukan/merendahkan maruah wanita dan dengan sengaja menyebabkan wanita mengandung keguguran. Ia juga mengandungi peruntukan bagi melindungi kanak-kanak yang terbabit dalam kes jenayah. Kanun hukuman jenayah juga melindungi kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah dengan tidak mengambil kira perbuatan yang dibuatnya sebagai suatu jenayah. Oleh itu kanak-kanak tersebut dikecualikan daripada tindakan undang- undang kerana masih dibawah umur dan kurang pemahaman akibat daripada perbuatannya. Kanun hukuman jenayah juga mendenda perbuatan jenayah terhadap kanak-kanak termasuk:

• Membunuh anak damit, mendedahkan dan meninggalkan kanak-kanak;

• Persetubuhan dengan gadis dibawah umur dan mendatangkan kanak-kanak perempuan dari negara lain bagi tujuan persetubuhan haram secara paksa atau rogol;

• Penculikan kanak-kanak;

• Penjualan dan pembelian kanak-kanak untuk tujuan pelacuran; dan • Rogol dan sumbang mahram dengan kanak-kanak.

Kanun Peraturan Jenayah (Penggal 7) menyediakan peruntukan khusus untuk wanita seperti

pengecualian hukuman mati untuk wanita mengandung sekiranya sabit kesalahan utama, larangan hukuman sebat untuk wanita, dan tatacara pemeriksaan terhadap wanita harus dilakukan oleh sesama wanita secara sopan.

Aturan Penjara (di bawah seksyen 62 dari Akta Penjara) (Penggal 51) yang menetapkan peruntukan untuk melindungi kesejahteraan dan kebajikan wanita dari segi tempat tinggal, pekerjaan, pendidikan dan kesihatan.

Perintah Pekerjaan 2009 yang menyediakan peraturan pekerjaan termasuk untuk pekerja asing. Peruntukan tertentu yang berkaitan dengan pekerjaan untuk wanita, belia dan kanak-kanak disediakan di bawah akta ini.

Perintah Pengedaran dan Penyeludupan Manusia 2004 yang menetapkan kegiatan pengedaran dan penyeludupan manusia, dan eksploitasi mangsa penyeludupan termasuk wanita adalah dianggap jenayah. Perintah ini juga menetapkan adalah menjadi suatu jenayah jika menjalankan pengedaran kanak-kanak sama ada merekrut, mengangkut, memindah, menyembunyikan atau menerima kanak-kanak dengan apa jua cara dengan matlamat untuk mengeksploitasi.

Akta Pesetubuhan Haram (Penggal 29) yang melindungi kanak-kanak perempuan daripada eksploitasi seks dan menjadikannya suatu kesalahan untuk melakukan hubungan seks dengan seorang gadis di bawah umur 16 tahun.

Akta Pendaftaran Kebangsaan dan Akta Imigresen 2002 yang membolehkan anak-anak kepada wanita yang berkahwin dengan warganegara asing diberikan warganegara tempatan (Brunei) jika memohon. Pada 26 Jun 2010, peruntukan berkaitan dengan Keganasan Rumahtangga telah diwartakan di dalam Perintah Undang-undang Keluarga Islam dan Akta Perempuan Bersuami yang sedia ada.

D

i antara tahun 2004 dan 2008, bilangan wanita dalam perkhidmatan awam meningkat 13.0 peratus dari 20,088 kepada 22,690. Ini adalah lebih tinggi berbanding peningkatan bagi lelaki (5.9 peratus). Secara keseluruhan, penyertaan wanita dalam perkhidmatan awam meningkat dari 47.6 peratus kepada 49.2 peratus.

Taburan wanita dalam semua Bahagian I (ketua jabatan dan pegawai eksekutif kanan), Bahagian II (pegawai kanan) dan III (peringkat penyelia) ialah 1.5 peratus, 38 peratus dan 60.5 peratus pada tahun 2004. Pada tahun 2008, taburan ini menunjukkan masing-masing meningkat kepada 2.4 peratus, 44.0 peratus dan 53.6 peratus. Profil pada peringkat bawah menunjukkan bahawa kadar wanita dalam Bahagian IV dan V (kerani dan pengendali) mengalami perubahan daripada 51.0 peratus dan 49.0 peratus pada tahun 2004 kepada 53.0 peratus dan 47.0 peratus dalam 2008.

Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 32, peratus bahagian wanita di sektor awam dibandingkan dengan lelaki juga telah meningkat di antara tahun 2004 dan 2008, terutamanya pada peringkat atas, dari 21.0 peratus kepada 29.0 peratus (Bahagian I); 51.0 peratus kepada 56.0 peratus (Bahagian II); 54.0 peratus kepada 55.0 peratus (Bahagian III) dan 49.0 peratus kepada 51.0 peratus (Bahagian IV); ia mencatatkan sedikit penurunan dari 41.0 peratus kepada 40.0 peratus pada peringkat bawah (Bahagian V).

Profil jantina dalam perkhidmatan awam yang progresif ini telah menunjukkan bahawa dasar peluang yang sama diberikan kepada wanita untuk mendapatkan pendidikan. Cuti bersalin dengan gaji masih berjalan, akses kepada kemudahan penjagaan kanak-kanak dan sekolah bimbingan kanak-kanak, serta dasar pengambilan pembantu rumah telah memudahkan penyertaan wanita dalam perkhidmatan awam.

Dalam dokumen Laporan MDG NBD 2010 Mal (Halaman 56-59)