• Tidak ada hasil yang ditemukan

KEPERLUAN DAN PEMUASAN KEHENDAK GOLONGAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KEPERLUAN DAN PEMUASAN KEHENDAK GOLONGAN"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

KEPERLUAN DAN PEMUASAN KEHENDAK GOLONGAN MUDA TERHADAP RANCANGAN BUAL BICARA BERBAHASA INGGERIS (HELLO ON TWO)

Hazlin Falina Rosli Wan Amizah Wan Mahmud

Faradillah Iqmar Omar Nurzakira Afnee Zakaria

Fakulti Pengurusan dan Muamalah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

hazlinfalina@kuis.edu.my, faradillah@kuis.edu.my, nurzakira@kuis.edu.my

ABSTRAK

Televisyen merupakan media yang paling berkesan dalam mempengaruhi kehidupan masyarakat. Kesan ini telah melahirkan intipati penonton terhadap rancangan bual bicara yang menggabungkan unsur-unsur pengetahuan, pemikiran dan hiburan sebagai satu pilihan alternatif penonton yang dahagakan sumber informasi yang berkualiti. Kajian ini bertujuan untuk meninjau keperluan dan kepuasan golongan muda terhadap rancangan bual bicara berbahasa Inggeris –

Hello On Two. Objektif kajian ini adalah untuk melihat perkaitan atau hubungan keperluan dengan tahap kepuasan penontonan. Kaedah tinjauan digunakan untuk mengumpul data dengan seramai 173 orang golongan muda yang terdiri dari pelbagai latar belakang telah dijadikan sebagai responden kajian. Dengan menggunakan teori Kegunaan dan Kepuasan, hasil kajian menunjukkan bahawa golongan muda menonton rancangan bual bicara Hello On Two untuk memenuhi keperluan interaksi sosial dan mereka merasa kurang puas dengan rancangan

Hello On Two kerana kurang memperoleh maklumat terkini dan isu semasa.

Kata Kunci Keperluan, Kepuasan penontonan, Kegunaan dan Kepuasan.

PENGENALAN

Televisyen mempunyai pengaruh yang kuat dalam proses pembangunan masyarakat. Realiti televisyen hari ini membuktikan kenyataan yang dikeluarkan oleh McLuhan (1964) bahawa dunia elektronik, seperti televisyen, yang saling bergantungan telah melahirkan semula dunia dalam imej komunikasi yang dapat membantu membuka dimensi baru kepada penonton yang bukan sahaja mahukan maklumat dan berita tetapi juga inginkan hiburan daripada media massa.

(2)

mengambil inisiatif memulakan rancangan pada waktu pagi pada 4hb Julai 1987 dan bersiaran pada hari Sabtu (Laporan Penyelidikan Kementerian Penerangan Malaysia, 1994).

Kemudian pada 1hb Mac 1994, siaran TV pagi mula bersiaran dari jam 6.00 pagi dan kandungannya berbentuk berita dalam dan luar negeri. Ini kerana RTM melihat penerbitan segmen rancangan-rancangan berbentuk Wawasan Suci, rancangan Cergas dan Cerdas, Sarapan Malaysia, Kita Pengguna, Kesihatan, Lakukan Sendiri dan sebagainya mendapat sambutan yang begitu menggalakkan sebelum ini dengan penerbitan siaran sebelah pagi (Laporan Penyelidikan Kementerian Penerangan Malaysia, 1994).

Tujuannya supaya penonton mendapat manfaat dari rancangan-rancangan yang berbentuk maklumat dan pendidikan. Tiada rancangan berbentuk hiburan disiarkan pada waktu ini. Faktor peningkatan jumlah penonton telah membawa RTM agar meningkatkan kualiti persembahannya dari masa ke semasa.

Selaras dengan perkembangan itu serta perubahan gaya hidup yang berlaku, masyarakat kian dahagakan lebih banyak rancangan yang berbentuk kekeluargaan dan mendidik masyarakat menggunakan bahasa Inggeris pada sebelah pagi selain berita dan dokumentari. Susulan itu, RTM melalui Unit Ehwal Semasa Televisyen, Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah menyediakan satu-satunya rancangan bual bicara berbahasa Inggeris Hello On Two yang telah memulakan siarannya pada 2 Mei 2005.

Secara dasarnya, Hello On Two atau dikenali dengan nama ringkasnya HOT merupakan satu rancangan bual bicara dalam Bahasa Inggeris yang disiarkan setiap hari Isnin hingga Jumaat di TV2, jam 9.00 pagi – 10.00 pagi. Kemudian pada tahun 2008, Hello On Two di tukarkan ke saluran TV1 atas dasar tidak mahu mencampur-adukkan saluran antara informasi dan hiburan. Kemudian pada tahun 2009, atas permintaan penonton Hello On Two kembali bersiaran semula di TV2 hingga kini. Kini siaran Hello On Two ke udara setiap hari Isnin hingga Khamis melalui saluran dunia ria TV2 pada jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi.

Objektif rancangan Hello On Two ialah untuk memberi dan menyampaikan maklumat yang terkini dalam bahasa Inggeris kepada penonton. Bahasa Inggeris yang digunakan juga adalah ringkas dan mudah difahami oleh pelbagai lapisan penonton terutamanya golongan muda. Lapan orang pengacara yang ditugaskan mengendali rancangan bual bicara Hello On Two ini secara bergilir-gilir mengikut hari siaran.

Golongan muda dirasakan amat sesuai menonton rancangan Hello On Two kerana ia memaparkan isu-isu terkini dan penuh dengan informasi yang boleh menjana minda golongan muda supaya dapat berfikir dengan lebih serius dan matang untuk mendukung cabaran negara pada masa akan datang. Rancangan Hello On Two disiarkan selama satu jam dan diadakan secara langsung di studio Pusat Penyiaran Antarabangsa (IBC), Angkasapuri.

Konsep rancangan ini menekankan satu isu pada satu hari dengan kupasan menyeluruh dan membabitkan penyertaan penonton secara interaktif seperti penggunaan e-mel, sistem pesanan ringkas (sms), facebook, panggilan telefon dan pendapat awam (vox-pop). Kupasan isu juga dibuat dengan tetamu yang berkaitan dengan isu perbincangan pada hari yang sama di studio untuk mendapatkan maklum balas segera.

(3)

terbahagi kepada beberapa segmen atau slot di samping di selitkan juga iklan, video klip dan lintas langsung dari lokasi. Setiap hari terdapat empat atau lima segmen akan disiarkan bergantung kepada tajuk yang diutarakan pada hari tersebut antara slotnya ialah ‘HOT NEWS

BRIEF’,‘HOT COFFEE BREAK’,‘HOT SHOT’, ‘HOT AND HAPPENING’,‘HOT WHEEL’

‘HOT HEALTH’,‘HOT PET’ ,‘HOT TRAVEL’dan‘HOT FOOD’,

Kesemua segmen tersebut mempunyai kekuatan dan daya tarikan tersendiri di mata peminat dan penonton Hello On Two. Setiap segmen dikendalikan oleh beberapa pengacara yang telah ditugaskan untuk membuat liputan tersebut. Pada kebiasaannya setiap penonton mempunyai citarasa yang berbeza antara satu sama lain dan meminati segmen mereka masing-masing.

PERMASALAHAN KAJIAN

Kandungan penonton yang menonton bual bicara mempunyai keperluan tersendiri yang ingin dipenuhi oleh mereka. Keperluan penonton adalah pelbagai dan berbeza antara seorang penonton dengan penonton yang lain. Setiap penonton mempunyai motif yang tersendiri apabila mendedahkan diri mereka kepada media. Ia sama ada untuk memenuhi keperluan kognitif, keperluan perasaan, keperluan peribadi, keperluan sosial ataupun keperluan melepaskan perasaan.

Bagi memenuhi keperluan ini, penonton akan sentiasa mencari bahan media di televisyen bagi memenuhi citarasa masing-masing yang akhirnya berupaya memberi kepuasan kepada mereka. Tambahan pula, pemilihan sesuatu program televisyen oleh penonton juga mempunyai kaitan dengan kandungan bahan media tersebut.

Merujuk rancangan Hello On Two pada awal kemunculannya hanya mempunyai sejumlah 20,000 orang penonton sahaja yang setia menonton rancangan tersebut, tetapi setelah dibuat beberapa pembaharuan serta pertambahan segmen-segmen yang lebih menarik maka kadar

audien yang menonton rancangan Hello On Two semakin meningkat sehingga mencecah kadar

50,000 ke 100,000 orang bergantung kepada topik yang dibincangkan (AC Nielsen, 2010). Ini menunjukkan rancangan ini mempunyai daya tarikannya yang tersendiri.

Jumlah penonton yang menonton rancangan ini bergantung kepada topik yang diutarakan dalam setiap episod atau slot dalam sesuatu rancangan. Biasanya jika topik itu menarik ia akan mengundang jumlah penonton yang ramai dan begitu juga dengan sebaliknya. Merujuk kepada kajian ini, permasalahannya adalah untuk melihat hubungan di antara media iaitu program televisyen bual bicara berbahasa Inggeris Hello On Two dengan keperluan dan kepuasan golongan muda terhadap rancangan tersebut.

Pada umumnya, penonton mempunyai sebab tertentu mengapa mereka mendedahkan diri mereka kepada media. Seseorang penonton akan menggunakan isi kandungan media untuk keperluan. Malah penonton juga dikatakan sebagai entiti yang selektif, berasaskan latar belakang, idea, citarasa, kehendak dan keperluan mereka. Oleh yang demikian penonton berkuasa untuk menentukan pilihan mereka terhadap media agar mendapat kepuasan yang diingini.

PERSOALAN KAJIAN

(4)

 Apakah tahap kepuasan yang diperolehi oleh penonton golongan muda apabila menonton rancangan ini?

 Apakah keperluan yang mendorong penonton mengikuti rancangan ini?

TEORI KEGUNAAN DAN KEPUASAN

Teori Kegunaan dan Pemuasan (Uses and Gratifications Theory) diadaptasi dari tradisi Teori Fungsionalis yang diperkenalkan oleh para sosiologis termasuk Jay Blumler dan Elihu Katz (1974). Jika ditelusuri sejarah Teori Kegunaan dan Pemuasan ini, ia mula diperkenalkan pada awal tahun 1940an hasil daripada kajian oleh Herzog (1944), Suchman (1942) dan Berelson (1949). Menurut Katz, Blumler dan Gurevitch (1974, dalam Samsuddin A. Rahim 2003) kebanyakan kajian mengenai komunikasi tertumpu pada sejauh mana sesuatu maklumat yang disebarkan melalui media dapat mempengaruhi sikap atau tingkah laku orang ramai. Tumpuan yang sedemikian menunjukkan seolah-olah tidak ada fungsi lain untuk komunikasi massa selain daripada tujuan pembujukan.

Oleh itu, Blumler dan Katz (1974), mencadangkan bahawa menurut Teori Kegunaan dan Pemuasan pengguna media (khalayak) memainkan peranan yang aktif dalam memilih dan menggunakan media. Menurut kenyataannya, pengguna media mengambil bahagian dalam proses komunikasi secara aktif dan menjadi sasaran media. Blumler dan Katz menyatakan bahawa pengguna media mencari bahan atau program yang disiarkan yang mampu memberikan kepuasan kepada pengguna media. Hal ini bermakna Teori Kegunaan dan Pemuasan mengandaikan bahawa penonton mempunyai hak untuk memilih dalam memberikan kepuasan kepada kehendak mereka.

Berdasarkan penjelasan tersebut, Katz lebih menjurus kepada kesan komunikasi. Perkara ini disebabkan pada ketika itu banyak kajian menunjukkan media tidak begitu berpengaruh untuk mengubah sikap dan tingkah laku khalayaknya. Contohnya, kajian Lazarsfeld yang kemudiannya mencadangkan hipotesis sebaran dua peringkat setelah mendapati media tidak begitu berpengaruh untuk memujuk orang ramai mengundi seseorang calon dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat. (Samsuddin A. Rahim 2003).

Kemudian melalui kajian yang dilakukan oleh Herta Herzog terhadap rancangan games show di radio yang bertajuk ‘Professor Quiz –Gratifications Study’ pada tahun 1942 yang berpandukan kepada teori uses and gratifications (Mason 1994).

Herzog menjalankan kajian mengenai cerita sedih bersiri di radio yang bertajuk ‘What We

Really Know About Daytime Serial Listeners’ (Lazarsfeld dan Stanto 1942) dengan

berlandaskan model uses and gratifications. Hasil kajian tersebut menunjukkan kebanyakan pendengar wanita yang mendengar siaran bersiri itu menganggapnya sebagai alat melepaskan

perasaan dan ‘peluang untuk menangis’. Mereka juga turut terhibur kerana berpeluang meluahkan perasaan agresif mereka. Ada yang menganggap kepuasan yang diperolehi sebagai sumber nasihat kerana cerita-cerita itu seolah-olah ‘menerangkan sesuatu’.

Berelson (1949) juga menjalankan kajian berdasarkan model uses and gratifications yang bertajuk ‘What Missing Newspaper Means’. Berelson telah mengadakan temuramah dengan pembaca untuk mendapatkan maklum balas kerana mogok di New York pada masa itu mengakibatkan orang ramai tidak mendapat bekalan surat khabar.

(5)

khabar, mereka berasa kejanggalan dan merasakan diri telah dipisahkan daripada dunia serta seolah-olah tidak bersama dengan dunia ini.

Teori uses and gratifications mengandungi persekitaran sosial di mana pengguna media dikategorikan berdasarkan ciri demografi, ahli kumpulan dan ciri personaliti. Faktor-faktor ini akan menentukan keperluan dan kehendak mereka sama ada berbentuk keperluan kognitif, perasaan, keperluan peribadi, keperluan sosial atau keperluan melepaskan tekanan dan perasaan.

Keperluan dan kehendak ini boleh dicapai melalui sumber bukan media seperti keluarga, kawan, komunikasi interpersonal, tidur, hobi serta sumber media seperti pendedahan media, jenis media, isi kandungan media dan konteks sosial ketika pendedahan media.

Berdasarkan teori ini, kajian menumpukan aspek keperluan dan kepuasan audien yang terdiri daripada golongan muda yang menonton rancangan tv bual bicara. Ianyaakan membincangkan beberapa aspek seperti keperluan, kepuasan, tabiat dan persepsi penonton televisyen terhadap rancangan tv bual bicara Hello On Two.

SOROTAN KAJIAN

Rancangan bual bicara dikatakan mempunyai kepelbagaian corak penyampaian dimana tetamu jemputan dan penonton dapat saling berkomunikasi dalam menyuarakan pendapat, idea, perdebatan, gosip dan sebagainya tentang sesuatu isu yang di bahaskan. Bentuk dan pengisiannya pula berbeza dengan rancangan TV yang lain ini kerana rancangan ini lebih tertumpu kepada perbincangan tentang pelbagai topik samada bercorak serius, santai mahupun kontemporari. Di sini hubungan audien dan televisyen di lihat sangat intim kerana wujudnya interaksi dua hala antara pengacara, tetamu dan penonton.

Carroll J. Glynn, et al. (2007) melihat bual bicara merupakan sumber penyampaian maklumat atau orang tengah kepada kerajaan dalam memainkan peranannya dalam menyampaikan ideologi politik dan sokongan bagi penglibatan kerajaan dalam masalah sosial masyarakat. Selain itu, melalui kajian ini juga menunjukkan bahawa bual bicara turut memainkan peranan penting dalam pembentukan pendapat melalui pendedahan dan persepsi penonton.

Manakala Bernadette Casey, et al. (2008) pula menyatakan bahawa rancangan bual bicara dapat dimanifestasikan dalam pelbagai bentuk rancangan TV dimana ia merupakan satu genre yang khusus secara jelas melibatkan konsep perbualan, dialog dan wacana antara pengacara, tetamu dan audien.

Manakala Marshall dan Werndly (2002) pula melihat bual bicara terbahagi kepada dua bentuk perbincangan iaitu perbincangan secara langsung dan perbincangan tidak langsung. Perbincangan tidak langsung merujuk kepada genre dialog, penceritaan monolog dan

voice-over’ misalnya di dalam drama, soap opera dan komedi. Berbeza pula dengan perbincangan

yang dijalankan secara langsung merujuk kespontanan dan skrip yang digunakan oleh pengacara di dalam rancangan-rancangan yang bercorakkan berita, dokumentari, rancangan realiti dan rancangan ‘lifestyle’.

(6)

Erler berpendapat bahawa ‘the television talk shows has been host – centered and defined, forged in the present tense, spontaneous but highly structured, churned out within the strict formulas and measured segments of costly network time and designed to air topics appealing to

widest possible audience’.

Secara umumnya, rancangan yang berkonsepkan bual bicara ini mula di ketengahkan di Amerika dan British sekitar tahun 1950-an. Ia bermula dengan rancangan seperti Parkinson, Late Show with David Letterman dan So Graham Norton. Rancangan ini berbentuk perbincangan dengan meletakkan selebriti sebagai tarikan utama untuk mempromosikan filem terbaru, album, rancangan TV dan buku kepada para penonton. Kemudian pada tahun 1980-an dan 1990-an muncul rancangan seperti Oprah, Donahue dan Kilroy yang menjadi kegilaan baru penonton di seluruh dunia. Susulan itu, corak penampilan rancangan ini nampak lebih berani dengan menonjolkan kepelbagaian pengisian mengenai kisah-kisah hidup masyarakat dari pelbagai latar belakang dan budaya.

Malaysia dilihat menggunakan kandungan yang sama dalam penyiaran bual bicara seperti di barat cuma diglokalkan mengikut citarasa tempatan. Siaran pagi dimulakan pada 1 Mac 1994 siaran TV RTM jam 3.50 petang pada hari Isnin, Selasa dan Rabu. Manakala hari Khamis pada jam 12.00 tengahari, sementara itu hari Jumaat, Sabtu dan Ahad siaran dimulakan pada jam 8.00 pagi. TV3 pula memulakan siaran pada pukul 9.00 pagi pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, 1.30 tengahari Khamis dan 4.20 petang pada hari Isnin hingga Rabu. RTM dan TV3 menamatkan siaran sebelah malamnya lebih kurang jam 12.00 malam. Kemudian mulai 1 Mac 1994, siaran tv telah dimulakan pada pukul 6.00 pagi setiap hari oleh rangkaian RTM1 dan TV3. Ini bermakna penonton TV Malaysia dapat menonton selama 18 jam sehari mulai tarikh ini.

Menurut Tony Wilson (2007) rancangan TV bual bicara di Malaysia di percayai meresap masuk akibat pengaruh barat ke atas Asia, secara tidak langsung mendapat perhatian apabila mula diperkenalkan dan membuka tirai di Malaysia. Rancangan ini dianggap istimewa pada ketika itu kerana membawa suasana kombinasi perbahasan dan perbincangan isu semasa kepada audien di Malaysia. Rancangan-rancangan yang disiarkan lebih berbentuk maklumat dan pendidikan di samping hiburan bagi menjurus ke arah matlamat memaklumatkan penonton televisyen di samping mencapai hasrat kerajaan membentuk masyarakat bermaklumat sejajar dengan Wawasan 2020.

METODOLOGI

Berdasarkan kajian ini, kaedah kajian yang digunakan untuk mendapatkan data dan maklumat yang berkesan ialah dengan mengedarkan borang kaji selidik mengenai rancangan Hello On Two. Sebanyak 250 borang kaji selidik telah diedarkan kepada golongan muda yang berumur antara 15-30 tahun dan hanya 173 yang dikembalikan kepada pengkaji. Secara khususnya, pemilihan responden adalah terdiri daripada mereka yang menonton rancangan Hello On Two di TV2 setiap hari Isnin hingga Khamis dari jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi. Rancangan ini bersiaran secara langsung selama 1 jam.

(7)

Hello On Two. Kaedah ini digunakan kerana memandangkan penonton yang dipilih adalah terdiri daripada penonton yang hanya menonton bualbicara Hello On Two sahaja.

Pemilihan golongan muda ini dilakukan kerana untuk melihat sejauh mana kepuasan yang diperolehi mereka selepas menonton rancangan TV ini sekaligus membantu mereka dalam meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris seharian.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Dimensi kajian ini akan menjurus kepada lima angkubah iaitu jantina, umur, kaum, pekerjaan dan penguasaan bahasa Inggeris. Sebanyak 250 borang kaji selidik telah diedarkan kepada 125 orang responden lelaki dan 125 orang responden perempuan. Kemudian, hanya 173 orang responden sahaja yang telah mengembalikan borang soal selidik ianya terdiri daripada golongan muda lelaki dan perempuan berumur 15-30 tahun telah diuji dalam tinjau selidik tersebut. Jadual 1 menerangkan bahawa daripada 173 orang responden, majoriti responden terdiri daripada perempuan iaitu sebanyak 119 (68.8%) manakala sebanyak 54 responden (31.2%) pula ialah lelaki.

Jadual 1 : Taburan responden mengikut jantina

Jantina Jumlah (%)

Lelaki

Perempuan

54 (31.2%)

119 (68.8%)

(8)

Jadual 2 : Min Item Keperluan Penontonan (n = 173)

Nota : Min skor keseluruhan = 2.61, Sisihan Piawai = 1.07

* Skor bagi item-item negatif ini telah dikodkan semula, dimana respons “Tidak Setuju” dan

(9)

Min skor keseluruhan analisis keperluan penontonan adalah 2.61 manakala sisihan piawai = 1.07 (Jadual 4.5.1). Berdasarkan jadual 2, majoriti responden menyokong kenyataan “Isu yang dipaparkan oleh Hello On Two menjadi topik utama ketika berbual dengan jiran atau rakan”

(Min=2.88, SP=.964) manakala kenyataan “Tidak melakukan apa-apa kegiatan pada waktu itu” mendapat sokongan paling sedikit daripada responden (Min=2.22, SP=.933).

Jadual 3 : Min Item Kepuasan Penontonan (n = 173)

Pemboleh ubah Peratus

(10)

* Skor bagi item-item negatif ini telah dikodkan semula, dimana respons “Tidak Setuju” dan

“Sangat Tidak Setuju” kepada penyataan negatif diberi skala yang tinggi

Min skor keseluruhan analisis kepuasan penontonan adalah 2.81 manakala sisihan piawai = 1.10 (Jadual 4.6.1). Berdasarkan jadual 3, majoriti responden menyokong kenyataan “kurang memperoleh maklumat terkini dan isu semasa” (Min= 3.16, SP=.945) manakala kenyataan

“merangsang minda dan pemikiran” mendapat sokongan paling sedikit daripada responden

(Min=2.36, SP= .806).

KESIMPULAN

Bagi kajian mengenai keperluan dan kepuasan golongan muda terhadap rancangan bualbicara

Hello On Two, kajian ini menggunakan teori uses and gratifications yang dinyatakan oleh Katz, Gurevitch dan Haas (1973). Menurut mereka, sesuatu maklumat yang disebarkan melalui media akan dapat mempengaruhi sikap atau tingkahlaku khalayak merupakan faktor atau kunci utama yang dapat menerangkan tentang tingkahlaku seseorang di dalam teori ini tetapi ia menjadi sangat relevan dengan kajian ini.Hasil kajian menunjukkan bahawa tingkahlaku golongan muda terhadap rancangan bualbicara Hello On Two dipengaruhi oleh keperluan, kepuasan dan persepsi penontonan. Secara tidak langsung, kajian ini telah membantu menambahkan lagi alasan lain mengapa seseorang penonton itu menonton sesuatu program di televisyen.

Selain itu, program Hello On Two ini disiarkan bertepatan dengan saranan yang dibawa oleh kerajaan supaya rakyat dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi kedua. Ini menunjukkan bahawa program ini dilahirkan tidak sia-sia malah membawa misi kerajaan bagi memantapkan penguasaan ilmu di kalangan rakyat sekaligus melahirkan generasi pemikiran minda kelas pertama.

Melalui hasil kajian ini juga ianya dapat memberi cadangan, gambaran serta kesedaran kepada badan-badan penyiaran tertentu untuk memantapkan lagi rancangan bual bicara berbahasa Inggeris bagi menarik lebih ramai audiens terutama golongan muda untuk menonton rancangan tersebut. Selain itu, dapat membantu pihak penerbitan RTM dalam menjalankan dasar penerbitan bagi menghasilkan rancangan bual bicara yang berkualiti, bermutu tinggi, berinformatif, menepati kehendak sasaran dan keperluan semasa.

Kesimpulannya audien merupakan ejen yang penting kepada industri media massa. Tanpa mengira jenis dan bentuk media, media massa seperti televisyen tidak mampu berkembang hingga ke hari ini dan pergi lebih jauh jika tiada audien. Audien dalam konteks kehidupan moden kini menggunakan televisyen dalam kehidupan seharian mereka. Ini menyebabkan pengamal media dan pihak penaja berusaha memaksimumkan keuntungan dengan menawarkan program yang mampu memberi keseronokan kepada audien. Lebih dari itu banyak kajian dijalankan menjurus kepada sesuatu yang diminati atau tidak. Oleh yang demikian audien perlu lebih bersikap rasional dalam membuat pilihan sama ada untuk meneruskan aktiviti penontonan mahupun tidak. Audien nyata boleh mengawal kehendak dan mempunyai pilihan dalam memuaskan kehendak masing-masing.

CADANGAN DAN SUMBANGAN KAJIAN

(11)

mungkin turut sama menonton rancangan seumpama ini. Pengkaji juga berpendapat bahawa kajian berbentuk kualitatif seperti kumpulan fokus boleh dijalankan pada masa hadapan untuk mendapatkan hasil kajian yang lebih memberangsangkan. Selain itu, ia juga membantu pengkaji mendapatkan pelbagai maklumat mengenai persepsi dan sikap terhadap penontonan bual bicara di samping mengenal pasti gelagat dan perilaku penonton ketika ditemubual oleh pengkaji. Penyelidik di masa hadapan juga boleh mengkaji kandungan atau kesesuaian pengisian program televisyen bual bicara seumpama ini bagi melihat kesannya kepada khalayak.

Rujukan

Berelson, B. 1949. What “missing the newspaper” means. Dlm. P. F. Lazarsfeld & F. N. Stanton

(pnyt.). Communication research 1948–1949. hlm. 111–129. New York: Harper.

Blumbler, J.G. & E. Katz. 1979. The Uses of Mass Communications:Current perspectives on Gratifications Research. London : Sage Publications.

Haarman, L. 2001. Television Talk shows : Discourse, Performance, Spectacle. Dlm. A. Tolson (pnyt.). Performing Talk, hlm. 31-64. Hillsdale, NJ : Lawrence Erlbaum Associates, Inc. Katz, R., Gurevitch, M. & Haas, H. 1973. On the use of mass media for important things.

Studies of Broadcasting 9 : 31-65.

Katz, R., Gurevitch, M. & Blumber, J.G., 1974. Utiization of mass communication by the individual. Dlm. J.G. Blumber & e. Katz (pnyt.). The uses of mass communications: Current perspectives on gratifications research. hlm. 19-32. Beverly Hills, CA : Sage Publication.

Kerlinger, F.N. 1973. Foundations of behavioral research. London : Holt, Rinehart & Winston. Laporan Penyelidikan Kementerian Penerangan Malaysia. 1994. Kajian Siaran TV Pagi.

Cawangan Penyelidikan Kementerian Penerangan Malaysia, Kuala Lumpur, 1-14 Jun. Lazarsfeld, P. F., & Stanton, F. 1942. Radio research, 1942–1943. New York: Duell, Sloan &

Pearce.

Marshall, J. & Werndly, A. 2002. The Language of Television. London & New York : Routledge.

McLuhan, M. 1964. Understanding Media. New York: McGraw-Hill

McQuail, D., Blumler, J., Brown. 1972. Why Do People Watch Television. Dlm. McQuail, D.

(pnyt.). The television audience: A revised perspectives. Harmondsworth: Penguin. Mersham, G. & C. Skinner. 1999. Uses, gratifications and dependency theory.

http://www.comsi.co.za/gdependencytheory.htm. [19 Julai 2010]

Mohd Majid Konting. 1998. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Samsudin A. Rahim. 1993. Komunikasi Asas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. UNESCO Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Acting with and for Youth.

Referensi

Dokumen terkait

Penelitian pengenai Penerapan prinsip Good Governance pada program bantuan stimulan perumahan swadaya di Satuan Kerja Non Vertikal Tertentu Penyediaan Perumahan Jawa

Berdasarkan hasil penelitian, dapat disimpulkan bahwa (1) strategi yang digunakan oleh penerjemah adalah reduksi 34%, parafrasa 23%, kuplet 23%, perluasan 10%, shift 7%,

Penggunaan model pembelajaran TGT dilengkapi Problem Posing lebih efektif dibanding metode diskusi informatif terhadap hasil belajar siswa pada materi Kelarutan dan

Hatékonyságát és bizton- ságosságát randomizált, kontrollált klinikai vizsgálatok igazolják papulopustulosus rosacea kezelésében monote- rápiában és szisztémás

Kebijakan puritanisme oleh sultan Aurangzeb dan pengislaman orang-orang Hindu secara paksa demi menjadikan tanah India sebagai negara Islam, dengan menyerang berbagai praktek

PEMENANG NOMOR DAN TGL KONTRAK / SURAT PESANAN SURAT PERINTAH MULAI KERJA (SPMK) SANGGAH / SANGGAH BANDING / PENGADUAN. LAPORAN PENGADAAN BARANG/JASA PEMERINTAH TAHUN

Pada alat tenun ini benang lusi dalam posisi vertikal dan selalu tegang karena ada pemberat atau beban, sedangkan benang pakan disisipkan dengan suatu alat yang disebut

mempengaruhi bagaimana mereka mempersepsikan mengenai model pembelajaran blended learning yang mereka jalankan, yang mana persepsi didefinisikan oleh Atkinson (2000)