PERBEZAAN DI ANTARA KAJIAN KUANTITATIF DAN KAJIAN KUALITATIF i) Bentuk Data
KAJIAN KUANTITATIF KAJIAN KUALITATIF
Data berbentuk angka yang boleh diukur. Data berbentuk perkataan atau ayat yang dikumpul melalui temubual atau yang direkod dalam bentuk gambar atau video.
ii) Instrumen Kajian
KAJIAN KUANTITATIF KAJIAN KUALITATIF
Penyelidik menggunakan instrument seperti soal selidik dan ujian pencapaian bagi memungut data. Instrumen berfungsi sebagai alat pengukur dan menjadi alat perantaraan antara penyelidik dan peserta kajian.
Penyelidik adalah instrumen utama memungut data. Penyelidik perlu berada dalam situasi yang dikaji, mendengar dan memerhati sendiri fenomena yang ingin dikaji.
iii) Reka bentuk Kajian
KAJIAN KUANTITATIF KAJIAN KUALITATIF
Reka bentuk ditetapkan sebelum data dipungut Reka bentuk bersifat mudah lentur / fleksibel, boleh diubahsuai mengikut keadaan dan keperluan situasi
iv) Peserta Kajian
Penyelidik bukan peserta kajian. Peserta kajian adalah sampel yang dipilih dengan menggunakan teknik persampelan tertentu
Penyelidik adalah sebahagian daripada peserta kajian. Maklumat kajian diperoleh secara langsung daripada peserta kajian
v) Metodologi Kajian
KAJIAN KUANTITATIF KAJIAN KUALITATIF
Penyelidik mengkaji populasi atau sampel yang mewakili populasi. Saiz sampel besar dan dipilih berasaskan kebarangkalian
Saiz sampel kecil dan dipilih secara bertujuan dan tidak berasaskan kebarangkalian
KAJIAN GABUNGAN (MIXED-METHOD)