• Tidak ada hasil yang ditemukan

pengajaran dan pembelajaran di sekolah l

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "pengajaran dan pembelajaran di sekolah l"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH-SEKOLAH LUAR BANDAR: SATU KAJIAN DI KUBANG PASU, KEDAH.

Alis Bin Puteh

(Universiti Utara Malaysia)

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk melihat proses P&P di dalam bilik darjah di 4 buah sekolah di luar bandar khususnya di Kedah. Fokus diberi kepada usaha para guru memberi pengajaran yang berkesan. Kajian ingin melihat apakah mereka menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dalam proses P&P mereka. Untuk mencapai objektif tersebut para penyelidik telah membuat kajian tindakan selama satu bulan di 4 buah sekolah yang dipilih. Dapatan kajian menunjukkan terdapat 80% guru menjalankan proses P&P mereka secara tidak berkesan. Beberapa cadangan telah dikemukakan untuk mengatasi masalah tersebut.

Pendahuluan

Pengajaran ialah satu proses yang komplek yang memerlukan kepelbagaian aktiviti jika sesuatu proses pembelajaran itu ingin berjaya. Proses-proses ini memerlukan gabungan aktiviti di antara guru dan pelajar. Pengajaran akan gagal sekiranya hanya satu pihak sahaja yang terlibat. Pengajaran yang berjaya akan menghasilkan suatu perubahan tingkahlaku pelajar. Proses perubahan tingkahlaku ini dikenali sebagai pembelajaran (JPPG, 2006). Menurut Joyce (2000), istilah pengajaran sebenarnya berkait dengan pembelajaran kerana pengajaran sebenarnya bermaksud mengajar pelajar untuk belajar. Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkesan memerlukan para guru memahami peranannya, pelajarnya dan persekitarannya. Ini disebabkan para guru dan pelajar kerap kali membawa pengalaman mereka dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, guru perlu benar-benar mengetahui pelbagai model, kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran, dan berusaha menggunakannya mengikut keadaan dan kesesuaian (Reece, 1997; Norasmah, 2000; Zamri, 2004).

(2)

yang disampaikan oleh guru manakala guru pula perlu memiliki pelbagai startegi P&P agar strategi yang digunakan bersesuaian dengan kepelbagaian pelajar.

Pernyataan Masalah

Kegagalan melahirkan proses P&P yang berkesan boleh menyebabkan berlakunya pelbagai masalah di sekolah. Faktor P&P yang tidak berkesan adalah salah satu faktor yang dikenal pasti menyebabkan berlakunya masalah disiplin di sekolah seperti ponteng, bising, tidak memberi tumpuan di dalam kelas, tidak berminat dengan mata pelajaran dan guru, dan keruntuhan akhlak para pelajar. Contohnya, kajian Ishak (2008) mendapati 60% dari 1300 pelajar yang dikaji menyatakan mereka tidak berminat dengan matapelajaran sains dan matematik kerana P&P yang tidak berkesan selain dari masalah bahasa. Meor (2003) mendapati para pelajar kurang berminat belajar disebabkan gaya pengajaran guru yang tidak memenuhi gaya pembelajaran mereka. Para pelajar tidak memahami pelajaran sains kerana strategi pengajaran guru tidak sesuai. Guru hanya tertumpu kepada menyiapkan buku kerja sains sahaja.

Manakala kajian Abu Hassan (2003) mendapati guru tidak memberi peluang pelajar terlibat secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru kurang memberi peluang pelajar mengembangkan pemikiran kritis dan kreatif dalam matapelajaran yang diajar. Guru mengikut prosedur yang terdapat dalam buku teks tanpa mengambil kira keadaan pelajar. Kajian Tan (1991) juga mendapati guru cenderung menggunakan pendekatan dan strategi pengajaran secara tradisi. Isu pedagogi turut memberi kesan negatif terhadap pelaksanaan kurikulum sains di sekolah. Menurut Syed Jalaludin (2001), pengajaran sains dan teknologi hendaklah menarik dan tidak membosankan agar dapat ditanam di dalam minda pelajar bahawa sains dan teknologi mudah dipelajari dan sekali gus memperkukuhkan minat dan sikap positif pelajar. Ghafar (2003) mencadangkan seorang guru itu perlu menggunakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran untuk mengelakkan pelajar merasa jemu dan menjadikan pengajaran guru lebih berkesan. Hasil daripada dapatan-dapatan kajian yang dijalankan menunjukkan terdapat masalah di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah masakini. Peningkatan masalah disiplin di sekolah dan prestasi yang rendah di kalangan pelajar secara tidak langsung ada hubungan dengan kelemahan yang wujud di dalam proses P&P.

Metodologi Kajian.

(3)

Kesemua kajian tindakan yang dijalankan mempunyai aspek-aspek berikut: tajuk kajian, latar belakang kajian, pernyataan masalah, rasional kajian, objektif kajian,metodologi kajian, signifikan kajian, dapatan kajian dan cadangan kajian. Kaedah mengutip data yang digunakan di dalam semua kajian tindakan ini ialah pemerhatian di dalam bilik darjah, temubual guru dan pelajar, soal-selidik, rakaman video dan analisa dokumen.

Dapatan Kajian

Dari 5 kajian tindakan yang dijalankan, isu-isu yang dikaji telah dikelaskan kepada 5 kategori seperti teknik penyoalan, interaksi guru, pengurusan bilik darjah, kaedah pengajaran, dan penggunaan alat bantuan mengajar.

Isu 1: Kaedah Pengajaran Yang Tidak Berkesan Kes A: Matematik

Kajian dibuat di sebuah kelas tahun dua yang paling tercorot dimana para pelajar dari latarbelakang sosio-ekonomi yang rendah. Mereka lemah dalam matematik kerana tidak boleh hafal sifir 3 dan tidak boleh berbahasa Inggeris. Guru berpendapat murid-murid kelas ini tidak boleh dan malas. Guru juga kurang memberi bimbingan dan perhatian yang sewajarnya semasa P&P. Justeru itu, guru juga kurang kreatif dalam mempelbagaikan proses P&P.

Hasil dari aktiviti yang dibuat seperti menggunakan kaedah nyanyian didapati para pelajar yang lemah ini berminat dan boleh menghafal sifir 3. Ia menyangkal pendapat guru yang menyatakan mereka malas dan tidak boleh menghafal sifir. Malah guru mereka terkejut dengan perubahan pelajarnya dan berbangga dengan mereka yang sebelum ini dianggap mustahil kerana mereka terlalu lemah.

Dapatan dari kajian ini menunjukkan betapa pentingnya para guru mempelbagaikan kaedah mengajar supaya para pelajar mudah faham dan berminat dengan mata pelajaran yang diajar. Guru perlulah tidak terlalu cepat menyatakan para pelajarnya malas dan sebagainya.

Kes B: Sebab-Sebab Ponteng

(4)

dan mereka dapat bercuti selama 3 hari. Hampir semua pelajar-pelajar ini, ponteng mata pelajaran matematik dan sains yang menggunakan bahasa Inggeris.

Berdasarkan soal selidik, temubual dan pemerhatian didapati terdapat tiga faktor berlakunya ponteng. Faktor-faktor itu ialah faktor guru, diri sendiri dan keluarga. Kajian ini hanya melihat faktor guru sahaja. Hasil dari temubual didapati hampir 75% pelajar-pelajar yang ponteng ini suka kepada guru-guru yang menggunakan pelbagai kaedah dan mempunyai gaya pengajaran yang menarik dan mudah faham. Selain dari itu, sikap guru juga menyebabkan mereka ponteng. Guru dikatakan suka membebel dan marah secara tidak menentu, garang dan tidak pandai mengajar. Ini menyebabkan mereka tidak suka kepada mata pelajaran yang diajar.

Dapatan kajian jelas menunjukkan perkaitan di antara ponteng dengan proses P&P. Pelbagaikan kaedah dan sentiasa mencuba idea-idea baru dalam P&P dapat menarik minat dan merangsang pelajar untuk belajar. Guru perlu kreatif dalam mengajar supaya pelajar tidak jemu dengan pengajaran guru dan tidak ponteng matapelajaran yang diajar. Mengikut pekeliling KPM bil. 6/1995, terdapat dua faktor berlakunya ponteng iaitu faktor sekolah dan faktor luar sekolah. Pihak sekolah perlulah merealisasikan sekolah penyayang. Para pelajar berhak disayangi, dikasihi dan dibimbing. Salah satu cara ialah dengan mempelbagaikan kaedah mengajar.

Kes C: Sejarah

Kajian dijalankan di 2 buah kelas Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 dalam mata pelajaran sejarah. Kajian bertujuan untuk mengenalpasti sebab dan punca para pelajar gagal menguasai subjek sejarah. Temubual dijalankan terhadap guru dan pelajar. Pemerhatian juga dijalankan semasa guru mengajar.

Hasil dari pemerhatian semasa pengajaran dijalankan didapati terdapat sebahagian pelajar tidak memberi tumpuan. Ada yang berbual, tidur dalam kelas dan masuk lewat. Pelajar tidak faham soalan yang ditanya dan hanya mengharap jawapan guru. Pengajaran lebih berpusatkan kepada guru dan pelajar jarang bertanyakan soalan.

(5)

Isu 2: Penyoalan

Kajian ini dijalankan di dua buah sekolah menengah, di Tingkatan 1 dan Tingkatan 3 dalam subjek Bahasa Melayu dan Sains. Tujuan kajian ialah untuk melihat teknik penyoalan dalam proses P&P. Kaedah kajian ialah melalui pemerhatian di dalam bilik darjah.

Sepanjang pemerhatian yang dilakukan didapati soalan-soalan guru adalah jenis aras rendah yang tidak memerlukan pelajar untuk berfikir. Guru hanya menyoal pelajar lelaki yang aktif dari pelajar perempuan. Selain dari itu, soalan kerap diajukan kepada pelajar-pelajar di hadapan yang aktif sahaja manakala pelajar-pelajar-pelajar-pelajar di bahagian belakang tidak memberi perhatian kepada soalan guru. Guru ada memberi masa untuk berfikir semasa menyoal tetapi masa tersebut digunakan untuk bersembang dan berdiam diri. Mereka mengharapkan guru akan memberi jawapan. Pujian yang diberikan oleh guru kepada pelajar-pelajar yang berjaya menjawab juga tidak dihiraukan oleh para pelajar. Guru juga menggalakkan para pelajar menjawab secara beramai-ramai.

Hasil dari dapatan kajian menunjukkan guru gagal menggunakan teknik penyoalan yang betul dan berkesan. Guru juga harus kreatif dalam menggalakkan para pelajar untuk bertanya. Penggunaan teknik penyoalan yang berkesan mendorong kepada proses P&P yang efektif.

Isu 3: Pengurusan Bilik Darjah

Kajian dijalankan di 2 buah sekolah menengah. Keadah yang digunakan ialah kaedah pemerhatian.

Dari pemerhatian di dalam kelas didapati peralatan di dalam kelas tidak disusun dengan kemas dan ini menyebabkan kelas tidak kondusif sebagai tempat untuk belajar. Terdapat OHP yang berkunci tidak digunakan langsung dibiarkan tersadai sehingga berhabuk di penjuru hadapan kelas. Ini disebabkan guru lebih selesa menggunakan kaedah chalk and talk. Penggunaan papan kenyataan tidak sepenuhnya dan bahan-bahan yang diletakkan tidak dikemaskini. Selain dari itu, terdapat tingkap-tingkat yang tidak bercermin dan kipas yang tidak berfungsi.

(6)

Keadaan bilik darjah yang tidak kondusif ini menyebabkan berlakunya masalah ponteng dan bosan dalam belajar. Oleh pihak sekolah perlulah berusaha menjadikan bilik darjah ceria dan menarik supaya para pelajar minat untuk belajar.

Isu 4: Alat Bantuan Mengajar (ABM)

Kajian ini melibatkan 5 buah kelas di 2 buah sekolah menengah. Pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian di dalam bilik darjah semasa guru mengajar. Ianya melibatkan berbagai mata pelajaran dalam pelbagai tingkatan yang mempunyai pelajar berbagai bangsa.

Dapatan kajian mendapati ada guru yang menggunakan ABM dalam proses P&P mereka dan ada guru yang tidak menggunakannya. Bagi proses P&P yang menggunakan ABM didapati pengajaran guru adalah berkesan dan menarik minat pelajar. Sebaliknya, guru yang tidak menggunakan ABM menyebabkan proses P&P hambar dan membosankan. Para pelajar kurang memberi tumpuan, mengantuk, membaca majalah, mengganggu kawan dan menconteng meja.

Kajian juga mendapati kegagalan menggunakan ABM ini disebabkan oleh beberapa faktor. Di antaranya ialah ABM yang tidak mencukupi, tempat menyimpannya yang tidak strategi dan tersusun, guru kekurangan masa untuk menyediakannya, guru tidak kreatif dalam mengajar, dan sebagainya. Ada keadaan dimana terdapatnya ABM tetapi guru pula tidak mahir menggunakannya. Ini berlaku kepada guru-guru sains dan matematik.

Isu 5: Interaksi Guru - Pelajar

Kajian bertujuan untuk melihat sejauhmanakah berlakunya interaksi di antara guru dengan pelajar dan sebaliknya. Ianya dilakukan di dua buah sekolah menengah dan di dalam dua buah kelas.

Hasil dari pemerhatian di dalam bilik darjah didapati ada guru yang menyentuh pelajarnya dengan pembaris, berinteraksi dengan suara yang perlahan dan tidak langsung berinteraksi dengan pelajarnya. Didapati kebanyakan interaksi guru – pelajar tidak berkesan kerana beberapa perkara. Di antaranya ialah penggunaan bahasa yang berbeza. Guru sains berinteraksi dengan menggunakan bahasa Inggeris tetapi para pelajar yang lemah bahasa Inggeris kurang memahaminya dan menyebabkan mereka tidak memberi tumpuan kepada pengajaran guru. Ada pelajar yang bermain, menyanyi, bergendang, membuat belon dengan gula-gula getah, membalas sms dan melihat keluar tingkap semasa proses P&P berlaku. Apa yang menariknya ialah guru tidak membuat apa-apa tindakan untuk memberhentikan kelakuan pelajar-pelajar tersebut.

(7)

Perbincangan

Berbagai teori, konsep dan kajian telah diperkenalkan untuk menjadikan proses P&P berkesan. Kesemuanya diajar dan diberikan kepada semua bakal guru samada di IPT dan di maktab-maktab perguruan, namun di dapati masih ramai yang tidak menggunakannya semasa proses P&P di dalam bilik darjah. Sebagai contohnya konsep guru penyayang. Menurut Grasha (1996), guru-guru yang penyayang menjadi fasilitator yang bukan sahaja pakar dalam bidang masing-masing tetapi juga menjadi pendorong kepada kejayaan pelajar. Terdapat juga kajian yang menunjukkan hasil dorongan guru akan melahirkan sikap pelajar yang positif terhadap sekolah dan subjek, dan seterusnya meningkatkan pencapaian akademik mereka (Brodie, 1964). Selain dari itu, terdapat kajian-kajian yang menunjukkan guru perlu menggunakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran untuk mengelakkan pelajar merasa jemu dan menjadikan pengajaran guru berkesan (Abd. Ghafar, 2003).

Sebenarnya P&P yang berkesan bergantung kepada tiga faktor utama iaitu faktor guru, faktor pelajar dan faktor fizikal bilik darjah. Walaubagaimanapun, kajian-kajian ini hanya memberi perhatian kepada faktor guru sahaja. Dapatan kajian menunjukkan ada 20% guru yang menjalankan proses P&P secara berkesan dan ada 80% guru sebaliknya. Guru-guru yang dikaji terdiri dari Guru-guru-Guru-guru yang sudah lama mengajar dan mempunyai banyak pengalaman bukan lah guru yang baru mengajar.

Terdapat beberapa aspek yang mempengaruhi keberkesanan proses P&P dalam bilik darjah. Di antaranya ialah pencapaian objektif pengajaran, penyampaian isi pengajaran yang tersusun dan lancar, komunikasi yang berkesan, penggunaan ABM, kaedah pendidikan. Pelbagai pihak melakukan berbagai ikhtiar, berbagai pendekatan dan modus operandi bagi merealisasikan matlamat pendidikan namum semua masih gagal menghasilkan kejayaaan yang diharapkan. Sebenarnya kejujuran dan kesungguhan semua pihak adalah diharapkan bagi menangani kemelut ini. Sebagai sesorang guru, mereka perlulah terlebih dulu melihat kelemahan mereka sebelum menyalahkan orang lain atau menyuruh orang lain.

(8)

Kesimpulan dan Cadangan

Pihak sekolah sepatutnya mempunyai cita-cita untuk menjadikan semua para gurunya seorang guru yang bestari. Untuk melahirkan guru bestari yang mempunyai ciri-ciri di atas, pihak sekolah dicadangkan melakukan beberapa perkara berikut:

a). Memberi latihan semula (retraining) kepada semua guru-gurunya terutamanya mereka yang sederhana dan lemah prestasi mereka. Golongan ini adalah golongan majoriti di sekolah-sekolah.

b). Mengadakan program motivasi kepada para gurunya dari masa kesemasa supaya tahap motivasi mereka berada di paras yang tinggi selalu.

c). Menyediakan ABM yang mencukupi, terkini dan disimpan secara tersusun.

d). Pihak pentadbir khususnya pengetua atau guru besar perlulah mewujudkan satu budaya sekolah yang menarik minat pelajar untuk belajar. Di samping itu, pihak sekolah perlu menyediakan bilik darjah yang ceria dan kondusif untuk belajar.

e). Kurikulum latihan perguruan perlulah di semak semula supaya latihan perguruan dapat melahirkan guru-guru bestari.

f). Melahirkan kepimpinan sekolah yang cemerlang. Mereka diharapkan dapat membantu melahirkan para guru bestari.

Rujukan

Abu Hassan. 2003. P&P kimia di sekolah menengah: kemana arahnya, Seminar memperkasakan sistem pendidikan,UKM.

Grasha . A.F. 1996. Teaching with styles, Allience Pub, USA Ishak. H. 2008. Study reveals policy flaws, NST, 7 sept. 2008 JPPG. 2006. Kesediaan profesional guru novis, UKM, Bangi Joyce. B. 2000. Model of teaching, Allyn &Bacon, Boston

Meor Rahman. 2003. Gaya pembelajaran dan hubungannya dengan pencapaian pelajar, seminar memperkasakan sistem pendidikan, UKM.

(9)

Reece. I. 1997.Teaching training and learning, BE Pubs., London.

Tan. L.T. 1991. Menyiasat tahap kemahiran sains bersepadu, tesis sarjana muda, UTM Zaidah, H. 2000. P&P perdagangan, keusahawanan dan ekonomi asas, Serdang, UPM Zamri.M. 2004. Strategi pembelajaran BM pelajar Melayu, tesis PhD, UKM

Referensi

Dokumen terkait

iii.. berpusatkan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di makmal sains sama ada menggunakan atau tidak menggunakan komputer. Selain itu, hasil kajian turut

Pada asasnya, kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran mempunyai kesan besar kepada pembentukan diri pelajar. Beberapa persoalan perlu

Pelbagai kajian dijalankan terhadap pelajar sekolah mahupun institusi pengajian tinggi berkaitan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab, misalnya kajian sikap,

Merujuk kepada amalan pengajaran dan pembelajaran Tilawah al-Quran yang berkesan, maka guru Pendidikan Islam juga perlu jelas dari segi strategi, pendekatan, kaedah dan teknik

Jadi, bagi memenuhi jurang tersebut, kajian berkaitan elemen kemahiran insaniah dan pembelajaran berpusatkan pelajar pengajaran Akidah perlu dilaksanakan khususnya

ini strategi pengajaran adalah tertumpu kepada pengajaran berpusatkan pelajar amat digalakkan kerana semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) , guru akan melibatkan

Contoh soalan temu bual adalah “apakah kaedah-kaedah pengajaran yang anda gunakan untuk mewujudkan interaksi antara pelajar-pelajar berlainan kaum dalam kelas BC?”,

Hal ini disebabkan oleh bilangan pelajar yang ramai dalam sesebuah kelas menyebabkan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar seperti kaedah perbincangan, penyelesaian