• Tidak ada hasil yang ditemukan

Permainan Bahasa Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Permainan Bahasa Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

PERMAINAN BAHASA

DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

BAHASA ARAB

Oleh:

Nazri bin Samsudin

ISI KANDUNGAN: Pengenalan

Objektif Permainan Bahasa Kelebihan Permainan Bahasa Bentuk Pengelolaan Permainan Bahasa

(2)

Pengenalan

Permainan Bahasa ialah suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di dalam bilik darjah yang bertujuan untuk membekalkan ilmu pengetahuan dan pelbagai kemahiran bahasa kepada para pelajar dalam suasana yang seronok dan santai, mengikut kaedah-kaedah yang telah ditetapkan di bawah pengawasan guru1.

Penggunaan permainan bahasa sebagai satu teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa bukan lagi merupakan satu perkara baru dalam dunia pendidikan. Ia merupakan salah satu teknik yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab mutakhir ini.

Penglibatan dalam permainan bahasa memberi peluang kepada pelajar untuk memperoleh latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat diagnostik. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan meliputi 4 kemahiran berbahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

1. Objektif Permainan Bahasa

Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan matlamat dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya. Hala tuju ini dirangkumkan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu2:

1.1 Merangsang interaksi verbal pelajar

Dalam permainan bahasa, para pelajar akan diminta bercakap dan mempraktikkan ungkapan-ungkapan tertentu. Di samping itu, mereka juga diminta memberikan kerjasama dan melibatkan diri sepenuhnya secara aktif. Tiada seorang pun daripada mereka dibenarkan bersendiri dan terkecuali. Sebaliknya mereka harus menggunakan peluang tersebut untuk berkomunikasi sesama mereka.

1 Radhi Fauzi Hanafi (Dr), Al-Al’aab Al-Lughawiyyah wa At-Ta’bir As-Syafahi Al-Ibda’iy:

(http://vb.arabsgate.com/showthread.php?s=30972f37217e021350122313cce2a82f&p=3902715#post39027 15)

2 Lihat 5 isi penting ini dalam: http://bobezani.tripod.com/teknik.htm. Huraiannya pula adalah daripada penulis sendiri.

(3)

1.2 Menambah kefasihan dan keyakinan

Permainan bahasa bertujuan untuk meningkatkan kefasihan berbahasa serta menambahkan keyakinan diri para pelajar. Pelajar biasanya merasa seronok apabila berhadapan dengan permainan-permainan yang mencabar. Secara tidak langsung mereka akan menyedari kebolehan dan keupayaan mereka dalam bahasa yang dipelajari.

1.3 Menyediakan konteks pembelajaran

Permainan bahasa bukan sahaja boleh digunakan selepas selesai pengajaran sesuatu isi pelajaran tetapi ia dapat menyediakan konteks pembelajaran itu sendiri. Pelajar dapat lebih mengikuti proses pembelajaran apabila sesuatu aktiviti seperti permainan bahasa dijalankan dalam masa yang sama pengajaran guru dilakukan. Ini dapat dilakukan apabila pelajar menjalankan permainan bahasa dan guru bertindak sebagai fasilitator bagi mengawasi dan memantau pembelajaran mereka.

1.4 Bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan

Dalam waktu persekolahan yang panjang, rasa bosan dan jemu akan dihadapi oleh guru apatah lagi para pelajar yang perlu memahami isi kandungan pelbagai mata pelajaran. Maka permainan bahasa dapat mengikis perasaan ini dengan kepelbagaian aktiviti yang dijalankan dapat menimbulkan perasaan seronok dan gembira sekaligus pelajar dapat menerima pengajaran guru dengan lebih baik.

1.5 Bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan

Dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran, terdapat pelajar bermasalah yang memerlukan kepada aktiviti pemulihan, pengukuhan atau pengayaan bergantung kepada tahap penguasaan mereka selepas melalui aktiviti biasa seperti mendengar penerangan guru, soal jawab dan membaca buku teks. Maka permainan bahasa sangat membantu dalam mengatasi masalah pembelajaran.

(4)

2. Kelebihan Permainan Bahasa

Permainan bahasa mempunyai peranan penting dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa bagi membantu menguasai pelbagai kemahiran bahasa. Ia juga dapat membantu dalam memudahkan lagi aktiviti pembelajaran bahasa kerana pembelajaran bahasa merupakan satu tugas yang sukar yang memerlukan kepada latihan yang berterusan untuk mempraktikkannya dan menguasai segala aspek kemahiran berbahasa. Antara kelebihan permainan bahasa ialah1:

2.1 Memberikan peluang kepada pelajar untuk melatih dan menguasai pelbagai kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam pelbagai situasi dan keadaan. Oleh itu, permainan bahasa merupakan kaedah terbaik dalam membantu pelajar menguasai kemahiran bahasa sama ada secara lisan dan tulisan.

2.2 Ia dapat mengurangkan rasa bosan dan jemu semasa pembelajaran bahasa selain daripada memperbaiki dan menyelesaikan masalah emosi dan perasaan negatif yang dihadapi oleh segelintir pelajar seperti suka menyendiri, mendiamkan diri dan mengasingkan diri daripada para pelajar yang lain. Oleh itu, permainan bahasa dapat membantu mereka untuk meluahkan buah fikiran dan perasaan mereka dengan lebih jelas.

2.3 Ia dapat menggalakkan pelajar untuk menggunakan bahasa secara lebih kreatif, inovatif dan semulajadi (fitrah).

2.4 Ia dapat membantu guru memperbetulkan kesilapan dan kesalahan yang biasa dilakukan oleh pelajar sama ada dari segi sebutan atau bacaan sesuatu perkataan yang berbeza penggunaannya sesuai dengan situasi dan keadaan tertentu.

1 Radhi Fauzi Hanafi (Dr), Al-Al’aab Al-Lughawiyyah wa At-Ta’bir As-Syafahi Al-Ibda’iy:

(http://vb.arabsgate.com/showthread.php?s=30972f37217e021350122313cce2a82f&p=3902715#post39027 15)

(5)

2.5 Ia memberi peluang kepada guru dan sesama para pelajar untuk berbincang, bertanyakan soalan dan mengeluarkan pandangan sambil melaksanakan aktiviti permainan bahasa. Oleh itu, para pelajar dapat menambahkan ilmu pengetahuan dalam keadaan rehat dan santai.

3. Bentuk Pengelolaan Permainan Bahasa

Berikut adalah teknik pengelolaan aktiviti permainan bahasa. Guru boleh menjayakannya sama ada secara berkumpulan, berpasangan ataupun secara individu1:

(a) Secara Berkumpulan

Guru boleh melaksanakan permainan bahasa menerusi pembentukan kumpulan-kumpulan yang kecil. Bilangan empat hingga enam orang pemain dalam satu kumpulan-kumpulan sudah memadai. Guru perlu teliti dalam menentukan bilangan ahli dalam sesebuah kumpulan kerana ia memainkan peranan dalam menentukan kelancaran permainan. Jika bilangan pelajar di dalam kelas anda terlalu ramai, anda hendaklah membahagikan pelajar ke dalam banyak kumpulan. Keadaan ini mungkin kurang selesa. Walau bagaimanapun, jika keadaan ini tidak dapat dielakkan, permainan bahasa bolehlah digantikan dengan jenis permainan yang tidak memerlukan terlalu banyak gerak kerja menulis. Sebagai alternatif, guru boleh membawa pelajar anda keluar kelas untuk meneruskan permainan. Sebelum guru memulakan satu permainan yang baru secara kumpulan, guru perlulah: (i) Jelaskan kepada pelajar apakah jenis permainan yang hendak dimainkan itu.

(ii) Adakan tunjuk ajar atau demonstrasi. Dalam hal ini sebahagian daripada pelajar boleh diminta membantu guru.

(iii) Arahan-arahan boleh ditulis di papan hitam, jika pelajar sudah boleh menulis, membaca dan memahaminya.

1 Zawawi Ismail, Mohd Abdul Nasir Abdul Latif, Wan Nordin Wan Abdullah (2009). Pengenalan

(6)

(b) Secara Berpasangan

Permainan secara berpasangan boleh memberi lebih banyak peluang latihan mendengar dan bertutur. Biasanya, permainan secara berpasangan tidak banyak menimbulkan masalah jika dibandingkan dengan permainan secara berkumpulan. Guru boleh mengawal pelajar dengan mudah.

(c) Secara Individu

Permainan secara individu amat sesuai untuk aktiviti pengayaan. Cara ini biasanya dilakukan bagi pelajar yang pintar, cergas serta telah menghabiskan tugasan yang diberikan oleh guru dalam sesuatu masa yan tertentu. Dalam situasi begini, pelajar berfikir sendirian untuk menyelesaikan masalah yang diberikan. Jika tidak dapat menyelesaikannya. Pelajar boleh merujuk kepada guru untuk mendapatkan petunjuk dan panduan.

(7)

4. Contoh permainan bahasa yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab Tahun 2 di sekolah kebangsaan:

Nama Permainan Bahasa Mengenal Nombor dan Bilangan (دادعلأاو ماقرلأا) Tajuk dalam Buku Teks

Bahasa Arab Tahun 2

يلصف يف (mukasurat 14) dan ةيساردلا تاودلأا (mukasurat 30) Kemahiran Bahasa Mendengar dan Bertutur

Isi kandungan Nombor dan Bilangan 21 hingga 30 (

٣٠

-

٢١

)

Objektif 1. Mengenal bentuk nombor dan bilangan Bahasa Arab 2. Membilang nombor dalam Bahasa Arab

3. Menyebut nombor dan bilangan Bahasa Arab dengan betul dan lancar

Bahan Wang kertas RM1 dan RM10, 3 set kad nombor Arab

(

٣٠

-

٢١

)

Kaedah Kelas, kumpulan dan individu LANGKAH-LANGKAH Pendahuluan

(2 minit)

Guru masuk ke dalam kelas dan meminta murid-murid membaca doa secara beramai-ramai.

Set Induksi (3 minit)

- Guru menunjukkan 10 keping wang kertas RM1 dan sekeping wang kertas RM10.

(8)

- Guru membilang setiap keping wang kertas RM1 dari 1 hingga 10.

- Kemudian, guru mengeluarkan sekeping wang kertas RM10 dan mencampurkan dengan 10 keping wang kertas RM1 satu persatu serta membilang dari 11 hingga 20.

Langkah 1 (5 minit)

- Guru membahagikan murid di dalam kelas kepada 3 kumpulan iaitu setiap kumpulan mempunyai 10 orang murid (jumlah murid di dalam kelas ialah 30 orang).

- Guru mengagihkan kad nombor 21 hingga 30 kepada setiap kumpulan. Ini bermakna setiap murid mendapat nombor yang berlainan.

٢١

٢٢

٢٣

٢٤

٢٥

٢٦

٢٧

٢٨

٢٩

٣٠

Langkah 2 (15 minit)

- Guru menyebut nombor 21 hingga 30 satu persatu mengikut urutan tanpa menunjukkan kad nombor dan meminta semua murid menyebutnya semula secara beramai-ramai.

- Guru menyebut nombor 21 hingga 30 satu persatu mengikut urutan dengan menunjukkan kad nombor dan meminta semua murid menyebutnya semula secara beramai-ramai.

٢١

٢٢

٢٣

٢٤

(9)

٢٥

٢٦

٢٧

٢٨

٢٩

٣٠

Langkah 3 (20 minit)

- Guru menyebut nombor 21 hingga 30 satu persatu dan meminta murid dari setiap kumpulan untuk datang ke hadapan kelas membawa dan menunjukkan nombor yang dipegangnya.

- Kemudian, 3 orang murid dari setiap kumpulan itu tadi diminta untuk menyebut nombor yang ditunjukkan itu tadi. - Kumpulan yang berjaya menunjukkan dan menyebut nombor dengan betul akan diberikan 1 markah bagi setiap kad nombor yang betul dan 1 markah lagi bagi setiap sebutan nombor yang betul. Markah penuh ialah 2 markah bagi aktiviti ini.

٢١

٢٢

٢٣

٢٤

٢٥

٢٦

٢٧

٢٨

٢٩

٣٠

Langkah 4 (10 minit)

- Setiap kumpulan diberikan semula 10 keping kad nombor 21 hingga 30.

- Setiap kumpulan diminta untuk menyusun semula 10 keping kad nombor tersebut dengan betul dan teratur.

- Kumpulan yang berjaya menyusun semula 10 keping kad nombor 21 hingga 30 tersebut dengan betul akan diberikan 1

(10)

markah bagi setiap nombor yang disusun dengan betul. Penutup

(5 minit)

- Setiap kumpulan diminta untuk menyebut nombor 21 hingga 30 satu persatu mengikut giliran.

Beberapa manfaat yang boleh diperolehi oleh guru dan murid daripada permainan bahasa ini:

1) Permainan ini hanya menggunakan bahan bantu mengajar iaitu wang kertas dan kad nombor tanpa menggunakan buku teks. Maka para murid lebih berasa teruja dan seronok serta bersedia untuk memulakan pembelajaran melalui permainan. 2) Semua murid memberikan perhatian kepada pengajaran guru apabila guru

memulakan pengajaran dengan mengeluarkan wang kertas yang pelbagai jenis. Sekaligus, dapat menghilangkan rasa jemu dan bosan terhadap pengajaran dan pembelajaran.

3) Guru dapat meningkatkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran kerana dapat menghasilkan suatu permainan bahasa yang kreatif dan inovatif. Ini dapat memberikan motivasi dan suntikan semangat yang baru kepada guru untuk mencipta aktiviti permainan bahasa yang lain.

4) Dalam permainan bahasa ini, guru dapat mempelbagaikan kaedah, teknik dan strategi pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya, guru dapat melihat dan menilai kepelbagaian sikap dan tingkah laku daripada para murid yang terlibat.

5) Permainan bahasa ini adalah lebih mudah untuk dipelajari dan lebih cepat untuk diterima oleh para murid kerana aktiviti yang dilaksanakan adalah berpusatkan murid dan isi kandungan pelajaran disampaikan dalam bentuk yang kreatif.

(11)

Penutup

Dengan adanya permainan bahasa dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab, khususnya apabila melibatkan murid yang belajar Bahasa Arab sebagai bahasa asing ketiga (selepas Bahasa Inggeris) di Malaysia ini, maka diharapkan dapat menambahkan lagi minat mereka dalam mempelajari bahasa ini.

Aktiviti permainan bahasa ini juga dapat mengubah persepsi murid bahawa mempelajari Bahasa Arab adalah sesuatu yang susah dan membebankan. Hasil daripada penglibatan dan kejayaan mereka dalam menjalankan permainan bahasa ini, maka mempelajari Bahasa Arab sebenarnya adalah mudah.

(12)

RUJUKAN

1. Zawawi Ismail, Mohd Abdul Nasir Abdul Latif, Wan Nordin Wan Abdullah (2009).

Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab. m/s 99-100, Malaysia: Open University

2. Majdi Ibrahim, Amiruddin Ishak, Rijaludin Yahya (2008). Buku Teks Bahasa Arab

Tahun 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

3. Radhi Fauzi Hanafi (Dr), Al’aab Lughawiyyah wa At-Ta’bir As-Syafahi

Al-Ibda’iy:

(http://vb.arabsgate.com/showthread.php?s=30972f37217e021350122313cce2a82f&p=39 02715#post3902715)

(13)

LAMPIRAN

(14)

Contoh Bahan ‘KAD NOMBOR’ yang digunakan dalam permainan Bahasa Arab

٢١

٢٢

٢٣

٢٤

٢٥

٢٦

٢٧

٢٨

٢٩

٣٠

Referensi

Dokumen terkait

Strategi dengan menggunakan permainan ular tangga dan Crossword Puzzle dalam pembelajaran IPA diharapkan dapat menghilangkan rasa bosan siswa..

Di samping itu, persepsi guru terhadap kebolehgunaan dan kesesuaian pelaksanaan pembelajaran menyeronokkan dalam meningkatkan prestasi pembelajaran dan pengajaran Bahasa

Dalam Pengajaran bahasa Arab saat ini konsep metode pembelajaran Ibn Khaldun selaras dengan teori Behaviorisme Structural, karena bahasa merupakan bagian dari perilaku, dan

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Siti Masidayu Jaafar Shah, Mohd Hanafi Mohd Yasin dan Mohd Mokhtar Tahar (2016), guru-guru menggunakan kaedah peneguhan positif menerusi

Tahap Guru melaksanakan pengajaran matematika dengan standard guru pendidikan matematik realistik Indonesia (PMRI) di sekolah rendah Aceh.. Pembentangan kertas kerja

Diantara problematika yang dihadapi oleh Malaysia dalam pembelajaran bahasa Arab adalah sebagai berikut: pengajaran berbasis pada guru, pengajaran didasarkan pada terjemahan teks,

Perbincangan 4.1 Cabaran Guru Pelbagai pendekatan dan kaedah telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia KPM yang boleh menjadi panduan kepada guru melaksanakan pengajaran

Penguasaan Bahasa Arab: Hubungannya Dengan Sikap Murid dan Pengajaran Guru ABSTRACT Bahasa Arab adalah salah satu daripada tiga bahasa utama di dunia yang memainkan peranan penting