• Tidak ada hasil yang ditemukan

DISKUSI KEDUA : ISLAM, IMAN DAN IHSAN (HADITH KEDUA) OBJEKTIF

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2019

Membagikan "DISKUSI KEDUA : ISLAM, IMAN DAN IHSAN (HADITH KEDUA) OBJEKTIF"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

DISKUSI KEDUA : ISLAM, IMAN DAN IHSAN (HADITH KEDUA)

OBJEKTIF

i. Mengetahui dan memahami maksud hadith ini untuk diterjemahkan dan diaplikasikan ke dalam kehidupan seharian sebagai seorang muslim yang sejahtera aqidahnya.

ii. Mengetahui dan mengambil pelajaran yang diwahyukan oleh Jibrail kepada Baginda Rasulullah S.A.W tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan aqidah, iaitu Iman, Islam dan Ihsan.

1.0 MUQADDIMAH

Projek Kristianisasi yang semakin hebat menggempur segenap pelosok dunia dan kini tidak terkecuali juga di Malaysia yang mencapai tahap kebimbangan ke paras paling kritikal. Pembinaan Pusat Latihan Pendakyah di Sabah baru-baru ini menjelaskan lagi kesungguhan mereka untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Kristian. Lebih menyedihkan lagi apabila majoriti umat Islam dalam keadaan lalai dan leka dengan hiburan dan kemewahan, ibu bapa masih lagi sibuk mengejar dunia sedangkan anak-anak mereka sudah pun murtad tanpa mereka sedari.

Kes ‘Lina Joy’ yang menggemparkan negara pada tahun 2007 kelihatan seperti tidak cukup tragis untuk memberikan impak yang besar kepada umat Islam di Malaysia. Saban tahun statistik umat Islam yang murtad semakin bertambah berlipat ganda. Apakah puncanya? salah siapa? dan bagaimana cara untuk kita atasi permasalahan ini?

2.0 HADITH DAN TERJEMAHAN

(2)

ُْت ثِبَلَف ،اَّیِلَم َّْمُث َْلاَق : اَی ،رَمُع ي ِر دَتَأ ِْنَم ُْلِئاَّسلا ؟ ُْت لُق ْ َالل ُْهُلوُسَر َو مَل عَأ . َْلاَق : ُْهَّنِإَف ُْل ی ِر بِج

ْ مكَتَأ ْ مُكُمِّلَعُی ْ مُكَن یِد )

هاور ملسم Maksudnya:

Daripada Saiyidina ‘Umar R.A. juga, beliau berkata: Pada suatu hari, ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah S.A.W tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi S.A.W lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah S.A.W bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, dan bahawa engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke Baitullah (Makkah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kami pun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya. Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: lman itu ialah bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar yang baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau. Dia berkata lagi: Terangkanlah kepadaku tentang Ihsan. Baginda bersabda: Ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya maka sesungguhnya dia melihatmu. Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Kiamat, Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Kiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: Antara tanda-tandanya ialah apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya). Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai ‘Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.

(3)

3.0 INTIPATI HADITH

3.1 MALAIKAT DATANG MENJELMA SEBAGAI SEORANG MANUSIA

Daripada Saiyidina ‘Umar R.A, beliau berkata: Ketika kami sedang duduk di sisi

Rasulullah S.A.W pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorang pun dalam kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi S.A.W, lalu duduk secara orang yang sudah lama berkenalan dan bersahabat...’’ sebagaimana yang diceritakan dalam hadis tersebut.

Orang yang datang sedemikian rupa serta luar biasa pula keadaan tingkah lakunya ialah seorang malaikat yang menjelma dirinya sebagai seorang manusia. Kedatangannya bermaksud untuk menyampaikan dan mengajarkan agama kepada Rasul dan ummatnya perkara yang mengenai hakikat Islam, Iman, Ihsan (Ikhlas) dan tanda-tanda hari kiamat.

3.2 RUKUN ISLAM Syahadah

Syahadah adalah satu-satunya pengucapan lidah yang melahirkan pengakuan hati dan keinginan jiwa terhadap ketuhanan dan keEsaan Allah S.W.T serta kebenaran RasulNya Muhammad S.A.W sebagai seorang utusan yang terakhir membawa rahmat seluruh alam.

Seluruh alam sudah diciptakanNya, segala hukum telah diaturkanNya, sebab itu manusia mestilah tunduk patuh dan menyembahNya serta memohon dan meminta pertolonganNya tanpa menggunakan sebarang perantaraan daripada keramat wali-wali atau dari kubur orang yang mati. Inilah tauhid dasar pertama bagi Islam dan inilah pula asas dakwah atau seruan para Rasul. Firman Allah S.W.T dalam surah al-Anbiya’ ayat 35 :

ِْنوُدُب عاَف

اَنَأ

لاِإ

َْهَلِإ

لا ُْهَّنَأ

ِْه یَلِإ

يِحوُن

لاِإ

ْ لوُسَر

ْ نِم َْكِل بَق ْ نِم اَن لَس رَأ اَم َو

Maksudnya : Dan Kami tidak mengutus seorang rasul sebelum kamu, melainkan Kami wahyukan kepadanya: “Bahwasanya tidak ada Tuhan (yang hak) melainkan Aku, maka sembahlah olehmu sekalian akan Aku”.

(4)

Firman Allah S.W.T surah al-A’raf 158 :

































































Katakanlah: "Hai manusia, Sesungguhnya Aku adalah utusan Allah kepadamu semua, iaitu Allah yang mempunyai kerajaan langit dan bumi, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, yang menghidupkan dan mematikan, Maka berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kepada kalimat-kalimatNya (kitab-kitabNya) dan ikutilah Dia, supaya kamu mendapat petunjuk".

Mendirikan solat

Mendirikan sembahyang adalah satu perintah yang diwajibkan ke atas umat Islam setiap hari. Erti mendirikan ialah melakukannya menurut sebagaimana yang diperintahkan oleh Rasul sejak dari permulaan takbirnya, bacaannya, perbuatannya, hingga ke akhir rukun iaitu salam dengan hati yang penuh rasa taqwa.

Orang yang beriman mesti mendirikan sembahyang, kerana sembahyang itu tuntutan iman, dan iman sifat jiwanya. Firman Allah:

َْنوُقِفنُی

ْ مُهاَن قَزَر

اَّمِم َو َْةلاَّصلا َْنوُمیِقُی َو

ِْب یَغ لاِب

َْنوُنِم ؤُی َْنیِذَّلا

‘’Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.’’

(5)

Firman Allah dalam surah al-Ankabut ayat 45 :













































Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu al-Kitab (al-Quran) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. dan Sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Segala kejahatan dan kemungkaran yang merosakkan masyarakat dan menimbulkan kekacauan akan dapat dicegah oleh tenaga jiwa yang yang terdidik dengan ibadah solat kerana solat adalah salah satu didikan yang sangat penting dalam pengajaran Islam.

Seseorang yang taat mengerjakan ibadah solat sepanjang hayatnya, dalam masa yang sama mengerti betapa besarnya kepentingan solat itu kepada dirinya, mereka yang menghayati pula hikmah dan rahsia bacaannya, akan dapat menanam dalam jiwanya untuk menghadapi segala macam fitnah dan ujian .

Mengeluarkan zakat

Zakat ialah ibadah mengeluarkan harta benda dari seseorang individu muslim. Orang Islam yang mempunyai sumber pendapatan atau memiliki harta pencarian yang kukuh diwajibkan mengeluarkan zakat menurut ketentuan syariat.

Zakat ialah penyucian dan penambahan, diwajibkan ke atas orang yang memiliki harta benda yang tertentu untuk mengeluarkan bahagiannya kepada orang yang berhak menerimanya menurut ketetapan hukum.

Zakat yang dikeluarkan dengan jiwa yang suci menjadikan harta benda itu suci, dan peribadi orang yang mengeluarkannya terhindar daripada perasaan kedekut dan tamak kepada harta keduniaan. Di samping itu, keberkatan dari Allah S.W.T akan melimpah atas harta yang dikumpul sepanjang hidup.

(6)

Dengan demikian, tidaklah harta orang kaya tetap pada mereka sahaja manakala orang miskin hidup dalam kafakiran tanpa merasai nikmat dan kemudahan mempunyai harta keperluan.

Harta benda menurut sisi pandang falsafah Islam adalah harta benda Allah, sedang manusia sekelilingnya beramai-ramai usaha mendapatkannya meskipun jumlah yang diperoleh tidak sama, sekurang-kurangnya dapat membantu sekadar yang termampu untuk mengeluarkan zakat kepada yang memerlukan.

Zakat adalah keperluan bagi anggota masyarakat yang serba kekurangan dalam kehidupannya. Kewajipan zakat menyamai kewajipan mendirikan solat. Allah satukan perintah zakat dan solat dalam firmannya :



Sesungguhnya Alah Maha melihat apa-apa yang kamu kerjakan”.

(Surah Al-Baqarah : 110)

Jika dengan solat seseorang mampu berhubung dengan Allah, maka dengan zakat pula seseorang dapat menghubungkan diri dan masyarakat. Malah dengan zakat itu dapat membersihkan diri dan menyucikan jiwa. Di samping itu, dia telah menunaikan kewajipan untuk memenuhi keperluan hidup orang yang memerlukan beserta berusaha untuk menegakkan keadilan masyarakat.

Firman Allah S.W.T dalam surah at-Taubah ayat 112 :



(7)

Berpuasa di bulan Ramadhan

Ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.

Puasa wajib ditunaikan menurut ketentuan syariat. Allah menetapkan syariat puasa dengan firmannya :



ْ



ْ



ْ



ْ



ْ



ْ



ْ



ْ



ْ



ْ



ْ



ْ



ْ



ْ



ْْ

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu

bertakwa”

(Surah Al-baqarah : 183)

Taqwa yang dijadikan maksud utama daripada puasa adalah satu perkataan yang mudah disebut dan diingat, disebabkan amat sedikit hurufnya tetapi sangat banyak dan luas pengertiannya. Ianya terbukti daripada pelbagai pengertian dan tafsiran para ulama’ daripada beberapa jurusan ilmu. Di antaranya menegaskan bahawa puasa adalah untuk mencegah diri dan jiwa daripada penyakit dan kerosakan akhlak akibat nafsu yang tidak pernah dikawal dan dipelihara. Penegasan ini berdasarkan kepada keadaan taqwa itu kerana setiap perkataan atau perbuatan yang dimaksudkan untuk mencegah kejahatan serta memelihara dari terjerumus ke kancah maksiat yang merosakkan adalah bererti taqwa.

(8)

Mengerjakan Haji

Dari Abu Hurairah R.A, dia berkata, Rasulullah berkhutbah kepada kami dan Baginda bersabda, “ Wahai manusia, Allah telah mewajibkan ibadah haji ke atas kamu, maka berhajilah. ‘Seorang berkata, “ Wahai Rasulullah, apakah setiap tahun? Maka beliau diam sampai orang itu mengajukan pertanyaannya tiga kali. Maka Rasulullah S.A.W bersabda, ‘Jika saya mengatakan ‘ya’ bererti menjadi wajib, dan kalian tidak akan sanggup melakukannya. Kemudian Baginda bersabda, ‘Laksanakanlah apa yang telah diperintahkan kepada kamu.

Sesungguhnya binasanya orang-orang sebelum kamu ialah mereka yang banyak bertanya kepada Nabinya. Apabila aku menyuruh kamu melakukan sesuatu, maka kerjakanlah semampu kamu dan jika aku melarang kamu melakukan sesuatu, maka tinggalkanlah ia.

(Riwayat Muslim)

Tiap-tiap umat Islam yang cukup syaratnya, wajiblah mengerjakan haji di Makkah. Haji adalah ibadah adalah bererti menurut perintah. Orang yang menunaikan haji bukanlah kerana hendak mendapat maksud keduniaan kerana haji itu bukanlah urusan dunia tetapi urusan agama.

Padanya terdapat tanda-tanda yang nyata, (di antaranya) maqam Ibrahim, barangsiapa memasukinya (Baitullah itu) menjadi amanlah Dia; mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, iaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah. Barangsiapa mengingkari (kewajipan haji), Maka Sesungguhnya Allah Maha Kaya (Tidak memerlukan sesuatu) daripada semesta alam.

(9)

3.3 RUKUN IMAN

Pertama : Beriman kepada Allah

1. Aqidah dari segi bahasa bererti simpulan iman, pegangan yang kuat atau satu keyakinan yang menjadi pegangan yang kuat

2. Aqidah dari sudut istilah ialah kepercayaan yang pasti dan keputusan yang muktamad, ianya tidak bercampur dengan syak atau keraguan pada seseorang yang beraqidah sama ada akidah yang betul atau sebaliknya. 3. Aqidah Islam ialah kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah sebagai rabb

dan ilah serta beriman dengan nama-namaNya dan segala sifat-sifatNya juga beriman dengan adanya malaikat, kitab-kitab, para Rasul, Hari Akhirat dan beriman dengan taqdir Allah sama ada baik atau buruk termasuk juga segala apa yang datang daripada Allah. Seterusnya patuh dan taat pada segala ajaran dan petunjuknya. Oleh itu, aqidah Islam ialah keimanan dan keyakinan terhadap Allah dan RasulNya serta apa yang dibawa oleh Rasul dan dilaksanakan dalam kehidupan.

Kedua : Beriman kepada Malaikat

Firman Allah S.W.T dalam surah an-Nahl ayat 49 – 50 :















































“Dan kepada Allah sajalah bersujud segala apa yang berada di langit dan semua makhluk yang melata di bumi dan (juga) para malaikat, sedang mereka (malaikat) tidak menyombongkan diri. Mereka takut kepada Tuhan mereka yang di atas mereka dan melaksanakan apa yang diperintahkan (kepada mereka”).

(10)

Mereka tidak berjantina, tidak bersuami atau isteri, tidak beribu atau berbapa dan juga tidak beranak. Mereka tidak tidur dan tidak makan serta tidak minum. Mereka mampu menjelma dengan pelbagai rupa yang dikehendaki dengan izin Allah. Allah Taala mencipta malaikat daripada nur (cahaya) sebagaimana yang dinyatakan dalam sebuah mafhum hadith yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a bahwa Rasulullah bersabda, “Malaikat diciptakan dari cahaya, jin diciptakan dari nyala api dan Adam dicipta daripada apa yang telah diterangkan kepada kamu semua.

(Diriwayatkan oleh Muslim)

Malaikat mempunyai sayap dan mampu terbang dengan laju (sesuai dengan dengan cahaya yang bergerak laju). Mafhum firman Allah dalam surah al-Fatir ayat 1 :

Segala puji bagi Allah. Maha Pencipta langit dan bum, yang mencipta malaikat sebagai utusan-utusan yang mempunyai sayap-sayap, ada yang dua, tiga atau empat. Allah menambah pada ciptaanNya apa yang dikehendakiNya, sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.”

Allah Taala mencipta malaikat berupa makhluk bersayap dan antaranya ada yang bersayap dua pasang, tiga pasang, empat pasang dan ada pula yang lebih daripada itu.

Semua ini menunjukkan nilai dan perbezaan pangkat di sisi Allah Taala juga tentang kekuasaannya cepat atau lambatnya semasa dalam proses berpindah dari satu tempat ke tempat lain. Al-Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadith daripada Ibn Masud R.A. “Rasulullah S.A.W melihat Jibril A.S. dan ia mempunyai enam ratus sayap.” Banyaknya sayap adalah sebagai tanda lebih cepat menunaikan perintah-perintah Allah Taala serta menyampaikan risalahNya. Dalam al-Quran disebutkan daam surah as-Saffat ayat 164-166 :

Tiada siapapun antara kami (malaikat) melainkan mempunyai kedudukan yang tertentu. Sesungguhnya kami bershaf-shaf (dalam menunaikan perintah Allah) dan sesungguhnya kami benar-benar bertasbih (mensucikan Tuhan).

Malaikat sentiasa berbakti kepada Allah secara sempurna, tunduk dan patuh pada kekuasaan dan keagunganNya serta melaksanakan semua perintahNya. Mafhum firman Allah “Malaikat itu takut kepada Tuhan yang berkuasa di atas mereka dan mengerjakan apa saja yang diperintahkan.”

(11)

Bahkan malaikat adalah para hamba Allah yang dimuliakan. Mereka tidak mendahului Allah dengan perkataan dan mereka mengerjakan sesuai dengan perintahNya. Allah mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka. Mereka juga tidak dapat memberikan pertolongan, melainkan kepada orang yang disukai oleh Allah dan mereka pun selalu berhati-hati karena takut kepadaNya.

(Surah al-Anbiya:26-28)

Malaikat tidak ingkar kepada Allah mengenai apa-apa yang diperintahkan olehNya kepada mereka dan tentu mengerjakan apa-apa yang diperintahkan.”

(Surah al-Tahrim:6)

Al-Imam al-Bukhari meriwayatkan bahwa Rasulullah S.A.W bersabda, “Apabila Allah menentukan suatu keputusan di langit, maka semua malaikat memukulkan sayap-sayapnya kerana tunduk pada firmanNya seolah-olah sebagai suatu bunyi-bunyian yang nyaring di atas sebuah batu yang licin. Selanjutnya apabila lenyap ketakutan itu dari hati mereka, mereka pun berkata, ‘Apakah yang diucapkan oleh Tuhanmu?’ Jawab salah satu daripada mereka ‘Kebenaran dan Dia adalah Maha Luhur lagi Maha Besar.’

Ketiga : Beriman kepada Kitab-kitab Suci



























































Wahai orang-orang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah dan rasulNya dan kepada Kitab yang Allah turunkan kepada rasul-Nya serta Kitab yang Allah turunkan sebelumnya. Barangsiapa yang kafir kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, dan hari Kemudian. Maka sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-jauhnya.

(Surah An-Nisa’ : 136(

(12)

Firman Allah yang bermaksud : “Dengan kitab itulah Allah menunjuk orang-orang yang mengikuti keredhaanNya ke jalan keselamatan dan dengan Al-Quran. Allah mengeluarkan orang-orang dari gelap-gelita ke jalan yang terang benderang dengan keizinanNya dan menunjuki mereka jalan yang lurus.’’

Al-Quran mengandungi : Aqidah

Aqidah adalah ilmu yang mengajarkan manusia mengenai kepercayaan yang pasti wajib dimiliki oleh setiap orang di dunia. Al-Quran mengajarkan aqidah tauhid kepada kita iaitu menanamkan keyakinan terhadap Allah S.W.T yang satu, tidak pernah tidur dan tidak beranak-pinak. Percaya kepada Allah S.W.T adalah salah satu rukun iman yang pertama. Orang yang tidak percaya terhadap rukun iman disebut sebagai orang-orang kafir.

Ibadah

Ibadah adalah taat, tunduk, ikut atau menurut dari segi bahasa. Dari pengertian "fuqaha" ibadah adalah segala bentuk ketaatan yang dijalankan atau dikerjakan untuk mendapatkan redha dari Allah S.W.T. Asas bentuk ibadah dalam ajaran agama islam yakni seperti yang tercantum dalam lima perkara rukun Islam. Mengucapkan dua kalimah syahadat, solat lima waktu, membayar zakat, puasa di bulan suci Ramadhan dan beribadah pergi haji bagi yang telah mampu menjalankannya.

Akhlak

Akhlak adalah perilaku yang dimiliki oleh manusia, baik akhlak yang terpuji atau akhlakul karimah mahupun yang tercela atau akhlakul mazmumah. Allah S.W.T mengutuskan Nabi Muhammd S.A.W tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memperbaiki akhlak umat manusia. Setiap manusia harus mengikuti apa yang diperintahkanNya dan menjauhi laranganNya.

Hukum-Hukum

Hukum yang ada di dalam al-Quran adalah berkisarkan suruhan atau perintah kepada orang yang beriman untuk mengadili dan memberikan penjatuhan hukuman pada sesama manusia yang terbukti bersalah. Hukum dalam Islam berdasarkan al-Quran ada beberapa jenis atau macam seperti jinayat, mu'amalat, munakahat, faraidh dan jihad.

Peringatan

(13)

Sejarah-Sejarah atau Kisah-Kisah

Sejarah atau kisah adalah cerita mengenai orang-orang yang terdahulu baik yang mendapatkan kejayaan akibat taat kepada Allah S.W.T mahupun yang mengalami kebinasaan akibat tidak taat atau ingkar terhadap Allah S.W.T. Dalam menjalankan kehidupan seharian, sebaiknya kita mengambil pelajaran yang baik daripada sejarah masa lalu.

Dorongan untuk berfikir

Di dalam al-Quran banyak ayat-ayat yang mengulas suatu perbahasan yang memerlukan pemikiran manusia untuk mendapatkan manfaat dan juga membuktikan kebenarannya, terutama mengenai alam semesta.

Keempat : Beriman kepada Rasul

Beriman kepada Rasul bererti meyakini bahawa Allah telah memilih hamba-hambaNya yang terbaik untuk menjadi Nabi atau Rasul. Termasuk di dalamnya keyakinan bahawa para Nabi dan Rasul itu menyampaikan petunjuk, perintah, larangan dan peringatan - peringatan Allah kepada umat manusia, serta memberikan contoh perilaku terpuji seperti yang telah mereka amalkan. Oleh itu, kita sebagai umat Islam haruslah beriman kepada Rasul kerana Rasul itu adalah utusan Allah S.W.T. Sebagaimana kewajipan seorang mukmin kepada Rasulullah S.A.W iaitu :

Mengimaninya

Banyak ayat yang menyebutkan iman kepada Allah dan RasulNya, secara bersamaan. Ertinya bahawa iman kepada Rasul tidak boleh dipisahkan dengan iman kepada Allah. Keislaman seseorang dianggap batal bila hanya iman kepada Allah tapi tidak beriman kepada Rasul, disebut inkaru sunnah.

Mencintainya

Iman seseorang dianggap sempurna bila ia telah mencintai Allah dan RasulNya lebih besar cintanya kepada yang lain bahkan kepada dirinya sendiri.

Mengagungkannya

Jasa dan pengorbanannya untuk umat ini berdasarkan sifat-sifat kesempurnaan yang Allah berikan kepadanya membuatkan mereka layak untuk diagungkan. Namun pengagungan ini tidak boleh melampaui batas kerana Islam melarang kultus.

Membelanya

(14)

Mencintai mereka yang mencintainya

Mereka cinta Allah dan RasulNya, mereka bertemu dan berpisah kerana dorongan cinta tersebut. Mereka seumpama bahagian tubuh yang satu, bila ada yang sakit, semua yang lain turut merasakan sakit bersama.

Kelima : Beriman kepada Hari Kiamat

Sudah semestinya kita ummat Islam perlu menghayati betapa pentingnya urusan mengimani dan mempersiapkan diri menghadapi hari Akhir. Sebab Allah S.W.T sendiri di dalam al-Qur’an mengkondisikan Nabi Muhammad S.A.W agar tidak menganggap bahawa hari Akhir atau hari Kiamat atau hari kebangkitan itu masih jauh.

 ْ



ْ



ْ



ْ

ْ



ْ



ْ



ْ



ْ



ْ

ْ



ْ



ْ



ْ



ْ



ْ



ْ



ْْْ

Manusia bertanya kepadamu tentang hari berbangkit. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang hari berbangkit itu hanya di sisi Allah". dan tahukah kamu (hai Muhammad), boleh jadi hari berbangkit itu sudah dekat waktunya.

(Surah Al-Ahzab ayat 63)

Oleh sebab itu, Nabi Muhammad S.A.W juga meletakkan para sahabatnya dan kita semua selaku ummatnya untuk menghayati bahawa hari Akhir semakin dekat dan hampir.

Keenam : Beriman dengan Qadha’ dan Qadar

Daripada Jabir R.A. bahawa Nabi S.A.W bersabda : “Tidak dikira seseorang beriman sehingga ia percaya dan mengakui benarnya Qada’dan Qadar baik dan jahatnya dan sehingga ia menyakini bahawa apa yang ditakdirkan berlaku atau sampai kepadanya, tidak sekali- kali akan menyimpang daripadanya dan apa yang ditakdirkan menyimpang daripadanya, tidak sekali-kali akan berlaku atau sampai kepadanya.”

(Hadis riwayat at-Tirmizi)

Qada’ bermaksud pelaksanaan. Ianya terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

(15)

2. Qada’ Muallaq : Adalah ketentuan yang tidak semestinya berlaku bahkan bergantung kepada sesuatu perkara. (Contoh: Panjang umur bergantung kepada menghubungkan silaturrahim dan amal kebajikan yang lain).

Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud, “Tidak boleh ditolak qadar Allah Taala melainkan doa. Dan tiada yang boleh memanjangkan umur melainkan membuat baik kepada ibubapa.”

(Hadis riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tirmizi)

Keperluan kepada konsep qada dan qadar di dalam Islam adalah:

1. Menisbahkan kepada Allah Taala di atas segala yang berlaku di dunia ini. 2. Beriman bahawa hanya Allah Taala yang memiliki kuasa mutlak

menentukan urusan di dunia ini.

3. Menyedarkan bahawa manusia itu lemah dan perlu kepada bantuan Allah Taala.

4. Hikmah qada dan qadar disembunyikan daripada pengetahuan hamba adalah supaya seseorang hamba itu sentiasa berusaha dan taat kepadaNya.

3.4

IHSAN

ام

ناسحلاا

؟

لاق

:

نا

دبعت

الل

كناك

هارت

,

نءاف

مل

نكت

هارت

هنءاف

ری

كا

“Apakah itu ihsan ? Baginda menjawab : Sesungguhnya kamu beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihatnya, walaupun kamu tidak melihatnya, akan tetapi Allah melihat kamu ‘’

(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

Beribadah perlu kepada ihsan untuk menaikkan seseorang kepada maqam musyahadah. Dan daripada maqam ini menaikkan lagi darjat seseorang hingga ke maqam siddiqin , iaitu ke darjat orang-orang yang benar lagi jujur kepada Tuhan Robbul ‘Alamin.

4.0 PENGAJARAN

1. Digalakkan kita memakai pakaian yang bersih dan menggunakan bau-bauan yang harum untuk memasuki masjid dan menghadiri majlis ilmu

(16)

3. Ihsan ialah ikhlas dan tekun. Iaitu kita ikhlas dalam beribadah kepada Allah dan disertai dengan penuh ketekunan seolah-olah kita melihat Allah. Jika tidak mampu mencapai tahap tersebut maka ingatlah bahawa Dia melihat segala perbuatan kita kecil atau besar.

4. Seorang Muslim hendaklah bertanya mengenai perkara yang bermanfaat untuk dunia dan akhiratnya sahaja, serta meninggalkan perkara yang tidak berfaedah.

5. Jika kita menghadiri majlis ilmu dan merasakan bahawa hadirin perlu mengetahui sesuatu perkara tetapi tiada seorang pun yang bertanya, maka perlu kita bertanya tentang perkara tersebut meskipun kita telah mengetahuinya. Agar hadirin turut dapat mengambil manfaat.

RUJUKAN

1. Al-wafi fi syarah arabain an-nawawi , Dr Mustafa Bugho, Darul Kalam, Damsyik, 1428H-2008, Cetakan pertama

2. Pdf hadith 40 Imam Nawawi

3. Jami’ Ulum wal Hukum fi Syarah Khomsina Hadithan min Jawami’ Kalam, Ibnu rejab Al-Hanbali, Darul Fajar li turath, Qaherah, 1431H-2006

Referensi

Dokumen terkait

Abstrak – Saat ini banyak individu individu ataupun kelompok memiliki usaha sendiri seperti kuliner, travel agency, fashion, dan banyak lainnya, namun sulitnya

In einer ähnlichen Technik Personen, die sich außerhalb der Geschichte befinden, kommentieren die Figuren und die Ereignisse in der Geschichte sind die Lernenden nicht mehr in

Tujuan penelitian ini adalah mengidentifikasi keragaman genetik RTBV dari tiga daerah endemis virus tungro di Indonesia berdasarkan sekuen basa nukleotida dan

Abstrak: Perkembangan teknologi pada saat ini sangat maju, semakin mudah digunakan, dan semakin banyak fitur-fitur yang menarik yang muncul. Masyarakat Indonesia

Wakil Bupati Kayong Utara dan Polres Kayong Utara yang diwakili Oleh Kabag Ops Polres Kayong Utara mengizinkan pemanfaatan / pengolahan limbah kayu yang terdapat di areal

Jika kode kesalahan yang muncul di panel depan tidak tercantum dalam daftar ini, matikan printer, lalu hidupkan kembali.. Jika masalah berlanjut, hubungi staf

berencana memperluas jaringan ke wilayah terluar dan wilayah timur Indonesia secara lebih agresif pada tahun ini.. Perseroan menganggarkan Capex tahun 2019 sebesar