• Tidak ada hasil yang ditemukan

Ceramah Perdana Bengkel Bahasa Melayu Se

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Ceramah Perdana Bengkel Bahasa Melayu Se"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

Ceramah Perdana Bengkel Bahasa Melayu Sekolah Menengah Syadina Othman Kampong Bukit Beruang, Tutong

29 Mac 2006

“Ke Arah Kecemerlangan Bahasa Melayu Dalam Peperiksaan” Selamat Pagi dan salam sejahtera,

Yang Mulia, Cikgu Hj Kassim bin Mohd Yassin – Pengetua Sek Men Syadina Othman Yang Mulia, Cikgu Hadion Lim Beng Guan – Timbalan Pengetua 1

Yang Mulia, Cikgu Rosanani Musing – Timbalan Pengetua 2 Yang Mulia, Ustaz Romainor bin Hj Ismail – Timbalan Pengetua 3 Yang Mulia, Cikgu Zailani bin Luar, Ketua Jabatan Bahasa Melayu

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kepercayaan pihak Sekolah Menengah Syadina Othman kerana memberikan kepercayaan kepada saya untuk menyampaikan ucapan pada hari ini. Walaupun pada mulanya saya rasa keberatan untuk menerima undangan ini disebabkan waktu yang sangat singkat ditambah pula dengan beban tugas yang lain, tetapi memikirkan saya akan berucap tentang peri pentingnya bahasa Melayu terutama di depan pelajar yang seramai ini, saya terima juga undangan ini dengan hati yang sangat gembira. Selain dari itu, inilah kesempatan saya untuk menunjukkan serta berkongsi pengalaman dengan awda semua tentang pengalaman saya sebagai seorang anak kelahiran Tutong yang sehingga kini telah menduduki kerusi Ketua Jabatan Bahasa Melayu dan Linguistik di satu-satunya universiti kita iaitu Universiti Brunei Darussalam! Saya bukannya ingin membangga-bangakan diri saya tetapi sekadar ingin membuka minda awda serta menunjukkan yang mata pelajaran Bahasa Melayu itu juga akan menjamin masa depan yang sangat baik. Teman satu Jabatan saya dulunya juga iaitu Dr Mataim bin Bakar, telah menjadi Pemangku Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka sekarang dan beliau adalah lulusan bahasa Melayu malahan seorang Pengarah pertama DBP yang mempunyai status akademik PhD yang bergelar Doktor. Timbalan Akademi Pengajian Brunei sekarang juga adalah teman sejabatan saya, iaitu Prof Madya Dr Hj Jaludin bin Hj Chuchu, malahan beliau adalah orang tempatan kedua yang mendapat gelaran Prof Madya dari Universiti Brunei Darussalam! Dekan Hal-Ehwal Pelajar di UBD sekarang juga iaitu Pg Dr Hj Mohammed bin Pg Damit, adalah dari Jabatan Bahasa Melayu dan Linguistik dan adalah juga lulusan bahasa Melayu. Ini menjadikan Jabatan Bahasa Melayu dan Linguistik menempa sejarah sebagai tenaga akademik teramai yang menjawat jawatan di beberapa tempat di UBD. Jadi, bahasa Melayu itu secara realistiknya bukan tidak boleh membawa anda ke mana-mana, yang penting awda mahu. Tema bengkel bahasa Melayu pada hari ini adalah “Ke Arah Kecemerlangan bahasa Melayu Dalam Peperiksaan”. Nah, apa maksudnya? Awda harus cemerlang jika mahu mencapai sesuatu. Kita mendapat status yang ada sekarang bukan kerana kita hanya mendapat markah cukup makan, kita mendapat status sekarang kerana kita adalah antara orang yang cemerlang. Jadi, awda yang masih muda dan akan menghadapi peperiksaan sekarang boleh menjadi macam orang-orang yang sudah berjaya tersebut kerana kita yakin awda mampu jika ada keyakinan diri, awda mampu kerana awda sebenarnya mempunyai cita-cita, awda mampu kerana awda sebenarnya mempunyai rasa ingin menjadi seorang yang berjaya.

(2)

penduduknya. Dalam soal bahasa Melayu, kita pegang perkataan tanggungjawab dalam definisi perlembagaan tersebut. Di sini bermaksud kita sebagai penduduk Negara ini bertanggungjawab dalam menggunakan bahasa Melayu. Perkataan kedua yang perlu dikupas ialah perkataan bahasa rasmi dalam perlembagaan tersebut. Rasmi bermaksud disahkan, ditentukan, ditetapkan, diisytiharkan oleh kerajaan atau yang berkuasa. Jadi, penggunaan bahasa Melayu kalau diinterpretasi atau ditafsirkan adalah bermaksud ‘secara undang-undang bahasa Melayu adalah satu-satunya bahasa yang perlu digunakan dalam situasi formal di Negara ini.’ Situasi formal adalah merangkum dari bilik darjah iaitu dalam proses pembelajaran dan pengajaran sehingga ke peringkat tertinggi seperti Majlis Mesyuarat Negara (LegCo). Berbalik di dalam bilik darjah, tidak bermaksud mata pelajaran berbahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain tidak dihiraukan. Apa yang saya mahu tekankan di sini selain menjadi tanggungjawab kita menjaga bahasa Melayu, mata pelajaran bahasa Melayu itu sebenarnya sama pentingnya dengan mata pelajaran yang lain. Belajar bukan disebabkan kerana mata pelajaran ini adalah wajib! Tetapi belajar untuk kecemerlangan, jika awda cemerlang dalam mata pelajaran lain mengapa tidak boleh mata pelajaran bahasa Melayu?

Menyedari kepentingan bahasa Melayu, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan, melalui Kementerian Pendidikan telah menjadikan mata pelajaran Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran wajib sehingga tingkatan lima. Jika awda tidak lulus bahasa Melayu, sebaik mana pun keputusan, awda tidak akan dinaikkan ke tingkatan enam. Mengapa peraturan ini dilakukan, ini adalah disebabkan Kerajaan menyedari kepentingan bahasa Melayu yang menjadi teras identiti bangsa kita, yang menjadi lambang patriotisme masyarakat kita. Kerajaan kita meletakkan identiti dan patriotisme di atas segala-galanya, dan salah satunya adalah dengan bahasa Melayu.

Beberapa Kementerian akan menjalankan ujian tersendiri sewaktu menerima pekerja-pekerja baru mereka. Saya terlibat dalam pemeriksaan kertas-kertas jawapan bahasa Melayu untuk jawatan-jawatan di Kementerian Hal-Ehwal Luar Negara. Salah satu kertas soalan itu ialah dalam bahasa Melayu, tujuannya selain melihat pengetahuan umum calon berkenaan, ia juga sekali gus melihat bahasa Melayu calon tersebut. Jika bahasa Melayu calon tersebut buruk, calon itu akan kempunan bekerja di Kementerian tersebut. Kalau awda merasakan yang mata pelajaran bahasa Melayu itu tidak penting, awda tersilap kerana jika awda bercita-cita bekerja di Kementerian Hal-Ehwal Luar Negara, selain dari menguasai bahasa Inggeris, awda juga mesti menguasai bahasa Melayu dengan baik. Jadi, pelajarilah bahasa Melayu dengan cemerlang mulai dari sekarang!

Setakat ini saya hanya bercakap tentang pentingnya bahasa Melayu di Negara kita, tetapi saya belum bercakap tentang pentingnya bahasa Melayu secara global. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi di 3 buah Negara, iaitu Brunei, Malaysia dan Indonesia. Tetapi bahasa Melayu dituturkan disekurang-kurangnya 5 buah Negara, iaitu selain dari Brunei, Malaysia dan Indonesia, bahasa Melayu juga dituturkan di Singapura dan selatan Thailand serta boleh difahami juga dibeberapa tempat di selatan Filipina. Kalau dilihat dari keramaian penuturnya yang melebihi 250 juta orang, bahasa Melayu adalah bahasa keempat terbesar di dunia selepas bahasa Cina, bahasa Inggeris dan bahasa Sepanyol. Kalau ‘rankingnya’ adalah yang ke-4, bermakna bahasa Melayu itu adalah bahasa sangat penting, serta boleh diangkat menjadi bahasa dunia. Cuma, bagaimana mengangkat bahasa Melayu jika kita sendiri mengabaikannya, tidak melihat bahasa ini sebagai bahasa penting.

(3)

Mengapa kita berani dan penuh yakin ketika mencadangkan penggunaan bahasa Melayu di peringkat ASEAN? Kerana seperti apa yang dinyatakan tadi, bahasa Melayu itu adalah merupakan bahasa ke-4 terbesar di dunia selain dari bahasa Cina, bahasa Inggeris dan bahasa Sepanyol, yang melayakkan bahasa Melayu sebagai satu-satunya bahasa terbesar di dalam pertubuhan ASEAN! Jika bahasa Melayu adalah merupakan bahasa terbesar di ASEAN, sudah sewajarnya bahasa ini diberikan status yang penting dalam organisasi serantau ini.

Mungkin awda tersenyum dengan aspirasi dan cita-cita kita itu. Apa lagi jika kita lihat dalam keadaan dunia yang penuh dengan teknologi, atau semua kita sibuk dengan istilah globalisasi. Tetapi ini bukanlah angan-angan yang tidak ada dasar yang kukuh. Bahasa Melayu pernah menjadi bahasa penting dunia. Bahasa Melayu sudah lama mengenali globalisasi. Dari awal kewujudannya sekitar 3000 tahun dahulu, bahasa Melayu sudah menjadi bahasa penting. Bahasa Melayu telah mendahului bahasa Inggeris dalam tradisi tulisan. Ketika Bede (sebutan Beda) (731M) yang digelar sebagai ‘bapa sejarah Inggeris’, menulis tentang karya atau lagu-lagu pemujaan kepada tuhan yang ditulis oleh Caedmon, bahasa Melayu telah pun diukir pada batu bersurat Kedukan Bukit pada tahun 683M, iaitu 48 tahun lebih awal dari tulisan terawal Inggeris itu. Bahasa Melayu sudah menerima proses globalisasi, di mana bahasa Melayu dengan kosa kata pinjaman dari Sanskrit dan tulisan India iaitu tulisan Palava telah berjaya mengembangkan budaya Melayu berdasarkan kekuatan bahasa dan budaya India. Dengan kekuatan budayanya itulah Srivijaya muncul sebagai sebuah empayar yang terbesar di Nusantara pada zaman itu. Proses itu bertambah dari semasa ke semasa, ketika orang Arab datang, mereka telah memperkenalkan bahasa Arab dan agama Islam ke alam Melayu. Pengaruh Arab itulah yang meninggalkan satu budaya yang sangat penting sekarang iaitu budaya tulisan Jawi. Selepas itu datang pula pengaruh dari pedagang-pedagang Cina dan ini dengan tidak secara langsung telah memperluaskan penggunaan bahasa Melayu itu. Empayar Melaka (1400 – 1511) adalah kemuncak pengaruh bahasa Melayu. Ketika itu bahasa Melayu dijadikan lingua franca, iaitu bahasa perantaraan di pelabuhan-pelabuhan perdagangan di Nusantara. Jika ingin berdagang dengan Melaka, orang-orang asing perlu belajar bahasa Melayu. Jika ingin berdagang dengan Negara-negara di Nusantara pada ketika itu bahasa Melayulah satu-satunya yang digunakan. Status bahasa Melayu pada ketika itu adalah bahasa antarabangsa, bahasa perantaraan (lingua franca), bahasa ilmu dan yang paling penting adalah bahasa perdagangan. Tidak keterlaluan jika saya katakana yang ramai pedagang-pedagang Cina, India dan Arab atau tempat-tempat lain mengunakan bahasa Melayu dan sebaliknya tidak mustahil juga ramai orang Melayu sendiri yang belayar secara aktif ke nagara-negara tersebut untuk berdagang. Bahasa orang Melayu ini sudah pasti bahasa Melayu, walaupun tidak berluas-luasa digunakan di tempat-tempat tersebut tetapi sudah pasti mereka menggunakan bahasa Melayu terutama kepada pedagang-pedagang tempatan yang mereka kenali di Nusantara. Untuk ini sudah mula banyak rekod-rekod China yang mulai kita ketahui terutama hasil dari terjemahan beberapa orang sarjana China yang boleh berbahasa Melayu, umpamanya Prof. Liang Li Ji.

(4)

Terdapat juga tulisan raja Melayu yang menggunakan tulisan Jawi dalam bahasa Melayu, umpamanya Surat Sultan Aceh Iskandar Muda kepada Raja James I (1615) yang mengundang Inggeris untuk berniaga di Aceh. Begitu juga surat-surat izin berdagang yang dikeluarkan oleh raja-raja Melayu kepada pedagang-pedagang asing adalah dalam bahasa Melayu, umpamanya Surat izin berdagang di Aceh bagi seorang nakhoda Inggris yang bertarikh 1602.

Bahasa Melayu digunakan oleh pemerintah-pemerintah Kolonial sehingga abad ke-19. William Marsden seorang sarjana Inggeris ketika ditugaskan di Bengkulu (1771-1779) telah berjaya menggumpulkan bahan-bahan untuk mempelajari bahasa Melayu. Akhirnya beliau berjaya menerbitkan kamus A Dictionary of the Malayan Language, yang memaparkan untuk pertama kali penggunaan tulisan jawi di dalam kamus. Selain dari itu, penggunaan bahasa Melayu ini juga telah mendorong R.J. Wilkinson pada tahun 1895 mengusahakan Kamus Inggeris-Melayu yang kemudiannya diterbitkan pada tahun 1902.

Mengapa bahasa Melayu dipelajari oleh hampir kesemua orang asing yang datang ke Nusantara ini? Jawapannya tidak lain dan tidak bukan adalah keperluan perdagangan. Kita sedar atau tidak, sedikit sebanyak perdagangan rempah ratus di Nusantara telah menyumbang kepada proses dunia moden sekarang. Nusantara telah lebih awal mengalami proses globalisasi ini. Disebabkan keperluan perdagangan rempah ratus di Nusantara, Negara-negara Eropah berlumba-lumba mengembangkan teknologi perkapalan dan pelayaran mereka. Kerana perdagangan rempah ratus di Nusantara ini jugalah banyak tempat baru di dunia ini ditemui oleh orang Barat. Penemuan Amerika pada tahun 1492, adalah satu usaha mencari jalan alternatif dan jalan pintas ke Asia oleh Columbus.

Jika alam Melayu dan bahasa Melayu pernah menjadi tumpuan dunia selama hampir 500 tahun, apa yang telah terjadi dalam seratus tahun kebelakangan ini? Barat kaya dan maju sebahagiannya adalah kerana hasil bumi Nusantara. Sekarang kita pula melihat Barat sebagai tuan kepada segala-galanya. Semua ini adalah disebabkan orang kita lupa sejarah, tidak yakin dengan diri kita sendiri. Kita harus belajar dari Negara-negara lain, umpamanya Jepun, Korea dan sebagainya. Jepun pernah jatuh miskin selepas perang Dunia Ke-2, tetapi bangkit semula dengan menjadi Negara ekonomi yang terkuat di rantau Asia. Jepun menggunakan bahasanya sendiri, orang Jepun sangat yakin dengan budayanya, dengan bahasanya dengan orangnya.

(5)

terutama dari China, dan Jepun. Mereka berminat mempelajari bahasa Melayu kerana memikirkan potensi ekonomi rantau ini pada masa yang akan datang. Jadi, jika orang luar yang berminat mempelajari bahasa Melayu, mengapa pula anda kurang berminat.

Berbalik kepada tema hari ini ‘Ke Arah Kecemerlangan Bahasa Melayu Dalam Peperiksaan’, sepatutnya kita bukan sahaja melihat tema ini sekadar sehingga peperiksaan. Peperiksaan itu hanya passport untuk untuk kehidupan yang lebih luas lagi. Tetapi jika awda sudah tidak cemerlang, bagaimana menghadapi dunia yang penuh mencabar di masa yang akan datang. Keputusan peperiksaan yang cemerlang termasuk bahasa Melayu sahaja yang akan mengubah masa depan awda.

Akhir sekali saya menyeru kepada murid-murid sekalian, belajarlah bersungguh-sungguh. Masa depan awda ditentukan oleh awda sendiri, untuk itu tanamlah rasa yakin, tanamlah rasa ingin maju, pasti awda akan mendapat apa yang awda inginkan pada masa yang akan datang.

Referensi

Dokumen terkait

Konsep Material menggunakan material batu kawarang atau dinding roster, dinding besi pagar, tanaman merambat sebagai elemen fasad pada bangunan, kedua material

Usaha agroindustri keripik nenas di Desa Kualu Nenas masih layak dijalankan/dikembangkan jika terjadi kenaikan harga input utama (nenas) sebesar 20%, terjadi kenaikan harga bahan

Dana yang dikeluarkan untuk operasional Suroboyo Bus ini kurang lebih menghabiskan 11 Milyar Rupiah dalam satu tahun, namun pembayaran bus ini hanya menggunakan sampah

Pada umumnya pola sebaran data di setiap stasiun tidak simetrik dengan banyak pencilan pada nilai-nilai besar dan tampak lebar kotak kuartil antar stasiun curah

Elterman dkk (1999) telah melakukan penelitian terhadap efikasi topiramate 6 mg/kgBB/hari pada anak (usia 2 sampai 16 tahun) sebagai terapi tambahan untuk

 Mengembangkan dan mengelola Sistem Penerapan Standar, Penilaian Kesesuaian, dan Ketertelusuran Pengukuran yang handal untuk mendukung implementasi kebijakan nasional di

Setelah didapatkan hasil dari kuesioner konstruk, maka dilakukan penyusunan kuesioner matriks perbandingan berpasangan yang mengacu pada Metode Analytical

Jadi tujuan pembelajaran harus menunjukkan tingkah laku akhir atau hasil belajar yang dituntut dapat dilakukan siswa sebagai bukti usaha belajarnya telah berhasil.. KD