• Tidak ada hasil yang ditemukan

Perbandingan Soft Power Antara Presiden

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Perbandingan Soft Power Antara Presiden"

Copied!
30
0
0

Teks penuh

(1)

POLITIK AMERIKA

SKSJ 3123

PROF. MADYA DR.MUHAMAD TAKIYUDDIN

BIN ISMAIL

PERBANDINGAN SOFT POWER ANTARA PRESIDEN

AS JOHN F.KENNEDY DENGAN BARACK OBAMA

ARIF ANWAR BIN LOKMANOL HAKIM A152409 ASIF BIN MUHAMMAD A154937

CHONG VEE LUNG A154356

(2)

1.0 PENGENALAN

Soft power merupakan satu konsep yang ditafsirkan oleh Joseph Nye, Jr sebagai kemampuan suatu negara untuk mencapai keinginannya seperti “ability to attract” untuk bekerjasama tanpa menggunakan kekerasan (Nye 2004). Bentuk konsep soft power adalah bertentangan dengan konsep hard power yang bersifat pemaksaan lebih tuju kepada kekuatan tentera dan ancaman. Konsep soft power biasa adalah dalam bentuk cara lebih berinspirasi dan mempengaruhi pemikiran. Soft power dilihatkan sebagai kaedah yang berkesan dan positif walaupun mungkin berbeza dari segi unsur kebudayaan, nilai politik, dan kebijakan luar negeri.

Munculnya soft power sebagai salah satu bentuk power selain hard power

dalam kegiatan hubungan antarabangsa membawa implikasi kepada pelaksanaan diplomasi. Soft power menjadi kaedah utama diplomasi pada zaman kini juga dikenali sebagai soft diplomacy. Kecenderungan pelaksanaan soft diplomacy dengan menggunakan konsep soft power dianggap efektif dan efisien. Konsep tersebut agak mudah dilaksanakan tanpa mengangkat senjata yang melibatkan ancaman keselamatan individu atau negara.

Dalam teori soft power bagi Nye, didapati tiga unsur iaitu kebudayaan, nilai politik dan kebijakan luar negeri (Nye 2008: 96). Unsur kebudayaan dalam Amerika adalah open-minded dengan ideologi liberalisme. Amerika terbuka dengan segala perkara sehingga mereka mencapai open-minded yang tinggi. Liberalisme Amerika Syarikat berbeza dengan Eropah di mana Amerika dibentuk oleh sejarah dan politik yang berciri demokrasi tanpa berlaku feudalisme yang muncul daripada sejarah colonial Amerika pada masa lalu (Hartz 1955: 3). Koloni tersebut menyebabkan Amerika memiliki doktrin yang dipercaya bahawa dapat melindungi hak milik peribadi, kapitalisme, pemerintahan yang terbatas dan hak-hak asasi.

Unsur kedua adalah nilai politik dapat diertikan kepentingan dari negara masing-masing. Contohnya jika melihat dari sudut kepentingan/nilai politik dalam

(3)

mengancam China pada masa itu kerana perbezaan pemahaman sosialisme antara Soviet Union dan China (Mann 1999: 35). Sementara dari Amerika Syarikat memiliki kepentingan/nilai politik serupa dengan China iaitu untuk mempengaruhi pemimpin Soviet Union agar menerima tawaran yang ditawarkan (Mann 1999: 35). Dengan ada kepentingan yang sama, kedua-dua negara ini ingin merenggangkan perbezaan dengan Soviet Union tetapi ingin mencapai tujuan yang sama.

Unsur yang ketiga adalah kebijakan luar negeri merupakan mekanisme untuk melaksanakan soft power. Kebijakan luar negeri merupakan dasar luar negeri di mana wujudnya kepentingan negara dan kepentingan awam. Dasar luar negeri yang dilaksanakan oleh negara bertujuan untuk mencapai kebajikan rakyat negara itu. Dalam buku berjudul “Dasar-Dasar Ilmu Politik” yang ditulis oleh Miriam Budiarjo, definisi politik luar negerie sebagai “Kebijakan (policy) adalah suatu kumpulan yang diambil oleh seorang pelaku atau kelompok dalam usaha yang memiliki tujuan dan kebijaksanaan itu mempunyai kekuasaan untuk melaksanakannya” (Budiarjo 1995: 12).

Justeru, ketiga-tiga unsur yang di dalam soft power dapat meningkatkan keberkesanan sesuatu dengan menggunakan soft power oleh suatu negara. Soft power

juga dilihat tidak memiliki sifat memaksa, ugut, ancaman atau tindakan yang dianggap keras.

2.0 LATAR BELAKANG JOHN F. KENNEDY (PRESIDEN AS)

(4)

Fitzgerald merupakan wanita kelas di Boston. Kennedy adalah anak kedua dari sembilan adik-beradik yang terdiri daripada abang Kennedy (Joe), empat adik perempuan (Rosemary, Kathleen, Eunice dan Patricia) serta adik lelaki (Robert, Jean dan Ted).

Ketika Kennedy berumur 5 tahun, beliau belajar di Edward Devotion School. Kemudiannya pindah ke Noble and Greenough Lower School dan setelah kelas 4 pindah ke Dexter School. Sejak kelas 5 hingga 7, beliau menerima pendidikan di Riverdale Country School iaitu sebuah sekolah swasta khusus untuk anak lelaki. Selepas habis kelas 7, Kennedy telah pun berumur 13 tahun menjadi siswa Canterbury School di New Milford, Connecticut. Beliau pernah menghadapi penyakit telah memaksa beliau untuk memberhentikan pelajaran dan menerima rawatan di rumah (Dallek 2003: 34). Selepas menjalani rawatan selama beberapa bulan, beliau telah sembuh dan bersekolah semula di Choate School merupakan sebuah sekolah asrama untuk anak-anak remaja di Wallingford, Connecticut (Davis 1980: 93).

John F. Kennedy melanjutkan pendidikannya ke Princeton University sebelum pindah ke Harvard College. Joseph Kennedy Sr. menaruh harapan tinggi kepada beliau kerana beliau aktif dalam kegiatan aktiviti mahasiswa seperti berdebat dan berusaha keras dalam kelas sejarah serta pemerintahan. Pada hujung tahun 1937, ayah Kennedy menjadi Duta Besar Amerika Syarikat dan pindah ke British dengan seluruh anggota keluarga kecuali Joe dan beliau sendiri yang berada di Harvard. Namun mereka berdua masih sempat menimba pengetahuan dengan ayahnya di Kedutaan Besar Amerika di London selama beberapa minggu (Dallek 2003: 54).

(5)

Kerjaya politik beliau dikatakan amat cemerlang kerana telah menjadi calon

U.S. House of Representatives (Dallek 2003: 104). Kennedy telah menang pilihanraya umum pertamanya pada tahun 1946, seterusnya pada 1948 dan 1950 (Dallek 2003: 163). Beliau telah berkhidmat di U.S. House of Representatives selama 3 penggal dan telah berjuang untuk program-program mewujudkan kesejahteraan sosial. Beliau pernah menghadapi pelbagai cabaran di bidang politik, namun beliau masih dapat menyelesaikan dengan baik.

Kennedy menjadi seorang ahli politik yang popular dan pada tahun 1956 telah dipilih menjadi calon wakil presiden tetapi kalah kepada senator Estes Kefauver (Fuller 2007: 380). Beliau menerima kekalahan tersebut dan menganggap bahawa kekuatannya dalam politik belum kuat. Namun kekalahan tersebut juga tidak menghalang beliau untuk mencuba bertanding sebagai calon presiden pada tahun 1960. Pada tahun itu dikatakan tahun berlaku banyak peristiwa besar dalam dunia politik Amerika Syarikat kerana debat presiden pertama antara calon presiden dari

Democratic Party, Kennedy dan calon presiden dari Republican Party, Richard M. Nixon. Perdebatan tersebut dikenal sebagai “Great Debate” dan ramai rakyat Amerika Syarikat menonton debat yang bersejarah tersebut (Robert & Eric 2008: 83). Pada 8 November 1960 merupakan hari untuk pilihanraya umum bagi presiden Amerika Syarikat, Kennedy telah berjaya dipilih dan dilantik sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-35 pada 20 Januari 1961. Beliau merupakan salah satu presiden Amerika Syarikat yang banyak membuat sejarah dalm politik luar negeri dan nama baik beliau masih diingati oleh rakyat Amerika Syarikat sehingga hari ini.

3.0 LATAR BELAKANG BARACK OBAMA

(6)

sedangkan ibu Obama kahwin lain dan pindah ke Jakarta, Indonesia pada tahun 1967. Obama hidup bersama datuk dan nenek dari pihak ibu di Indonesia dan Hawaii. Hubungan Obama dengan ayahnya semakin renggang dan mereka jumpa bagi kali terakhir pada tahun 1971, ketika ayahnya kembali ke Hawaii setelah tinggal di Jakarta selama empat tahun (Simon 2009: 5). Kenangan berkaitan ayah Obama memberi impak yang baik pada diri Obama. Dalam bukunya The Dreams from My Father, Obama telah menuliskan perkara yang berkaitan ayahnya tetapi beliau tidak popular apabila buku tersebut telah dilancarkan. Setelah Barack Obama menang pilihanraya presiden pada tahun 2008 dan buku tersebut tiba-tiba laris dan ramai ahli akademik ingin mendapatkannya. Sebenarnya, dia tidak berapa jelas tentang ayahnya, tetapi beliau menulis buku itu untuk kenang ayah dalam hati beliau. Ayah tirinya tidak dapat ganti tempat ayah Obama dalam hati Obama.

Walaupun beliau menghadapi pengalaman kehidupan yang berbeza dengan orang lain, Obama tidak pernah sia-siakan pelajarannya namun begitu dedikasi dalam pembelajaran. Obama pernah menghadapi masalah racist, tetapi beliau masih menonjol dalam prestasi akademik. Beliau melalui perjuangan melawan isu perkauman telah berjaya masuk ke Universiti Harvard pada tahun 1988 dan mengambil jurusan undang-undang. Nama Obama semakin terkenal kerana sifat keberanian untuk mengkritik isu perkauman di Chicago dan mengemukakan kritikan melalui penulisannya tentang hak sama rata antara warga kulit putih dan kulit hitam. Pada awal tahun 1990, Obama bekerja sebagai ahli dewan kempen pilihanraya di Chicago dan mengajar di Universiti Chicago. Kemudian, beliau bekerja di sebuah firma undang-undang khas untuk hak-hak sivil dan pembangunan alam sekitar. Ketika menjadi penasihat undang-undang di sebuah firma, beliau bertemu Michelle Robinson yang kemudian menjadi isteri Obama (Tirto.id 2017).

(7)

perjuangan beliau mendapat perhatian rakyat AS. Pada tahun 2009, beliau berjaya memenangi pemilihan calon Presiden Amerika ke-44 dan Presiden Amerika ke-45 pada tahun 2012 dengan mengalahkan Senator Hillary Clinton dan Senator John McCain (Tirto.i, 2017).

Kesimpulannya, kepimpinan Obama agak popular kerana telah melaksanakan pelbagai dasar baru untuk menjaga kepentingan rakyat AS seperti Obamacare. Semua dasar yang dibuatkan bagi beliau adalah paling baik untuk kesejahteraan rakyat AS. Nama beliau masih popular pada zaman moden ini, walaupun sudah habis tempoh menjawat jawatan Presiden Amerika Syarikat.

4.0 POLISI EKONOMI ANTARABANGSA

4.1 PEACE CORPS – JOHN F.KENNEDY

Bagi John F. Kennedy, beliau memperkenalkan Peace Corps pada 2 Mac 1961 dan telah diberi kuasa oleh Kongres pada 21 September 1961. Pada dasarnya, dasar luar ini adalah untuk mempromosikan keamanan dan persahabatan dunia melalui Peace Corps yang akan disediakan untuk mana-mana lelaki dan wanita dari Amerika Syarikat adalah layak untuk berkhidmat di luar negara dan bersedia untuk berkhidmat dalam keadaan yang sukar serta membantu rakyat di mana-mana negara dalam memenuhi keperluan mereka untuk tenaga kerja yang terlatih. Peace Corps lebih kepada pembangunan ekonomi dan sosial. Tiada polisi ekonomi luar khas beliau kerana matlamat dasar luar beliau adalah mewujudkan keamanan. Oleh itu, program ini lebih mirip dengan bidang ekonomi.

(8)

untuk tempoh dua tahun selepas tiga bulan latihan. Namun, majoriti negara yang terlibat diberi perkhidmatan program ini adalah negara dunia ketiga dan negara membangun di mana kebanyakan mereka baru sahaja merdeka.

Sukarelawan bekerja dengan kerajaan, sekolah, NGO, pertubuhan bukan berasaskan keuntungan dan usahawan dalam pendidikan, perniagaan, teknologi maklumat, pertanian serta alam sekitar. Selepas 24 bulan perkhidmatan, sukarelawan boleh meminta lanjutan perkhidmatan (Peace Corps website tahun tidak diketahui). Setakat ini, hampir 225,000 sukarelawan Peace Corps telah berkhidmat di 141 buah negara. Pada akhir bulan September 2016, seramai 7,213 sukarelawan berkhidmat di 65 negara (Curt Tarnoff 2017).

Sepanjang kempen Kennedy untuk pilihan raya presiden pada tahun 1960, Kennedy membayangkan idea "tentera" baru harus dicipta oleh AS. Pasukan ini terdiri daripada orang awam yang akan meluangkan masa dan menggunakan kemahiran mereka untuk mengembara ke negara-negara dunia ketiga dan membangun untuk membantu mereka dengan cara yang mereka boleh.

Untuk memenuhi rancangan ini, Kennedy mengeluarkan perintah eksekutif pada 1 Mac 1961 yang menubuhkan Peace Corps sebagai program percubaan. Kennedy menghantar mesej kepada Kongres meminta sokongannya dan menjelaskan kepentingan negara-negara dunia ketiga/membangun terhadap AS. Beliau berkata rakyat negara-negara tersebut berjuang untuk kemajuan ekonomi dan sosial, kebebasan mereka sendiri, masa depan kebebasan di seluruh dunia serta bergantung pada pengertian yang sangat nyata tentang keupayaan mereka untuk membina negara-negara yang berkembang dan bebas di mana manusia boleh hidup dalam kesenangan, bebas dari ikatan kelaparan, kejahilan dan kemiskinan. Walaupun kebanyakan orang awam dan Kongres meragui dasar itu tetapi Kennedy memaksa mereka dengan alasan lain. Kemudian, Kongres meluluskan dasar itu (History.com Tahun Tidak Diketahui).

(9)

curiga dengan motif AS. Walau bagaimanapun, secara keseluruhannya, program itu dinilai berjaya dari segi membantu "memenangi hati dan minda" orang di negara yang mundur. Program ini terus berfungsi dan beribu-ribu orang AS setiap tahun tertarik kepada misi kemanusiaan dan pengembaraan yang menonjolkan dalam Peace Corps.

Dalam meningkatkan Peace Corps hingga sepuluh kali saiznya sekarang boleh menjadi salah satu inisiatif dasar asing yang paling bijak yang boleh didapati untuk Presiden yang akan datang. Ia menjawab tiga soalan pada masa yang sama, bagaimana untuk membetulkan sikap negatif terhadap AS di seluruh dunia, bagaimana untuk memenuhi permintaan dalam negara dalam menyediakan lebih banyak peluang perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan bagaimana untuk merayakan ulang tahun ke-50 Peace Corps pada tahun 2011. Negara membangun dan dunia ketiga akan melihat bagaimana Peace Corps menunjukkan AS membawa keamanan dunia di kalangan mereka. Polisi inilah antara polisi soft power dalam mempromosikan “empayar US” sebagai pembawa keamanan dunia.

Ia meliputi sembilan prinsip seperti tidak membahayakan, permintaan yang didorong (ke arah negara berpendapatan rendah), penglibatan semua orang AS, fleksibel, teknologi yang bertenaga, perkongsian dengan organisasi lain, masyarakat bandar dan lebih banyak cukai dolar (menaikkan pembiayaan kepada negara yang diperlukan) (Quigley & Rieffel 2008).

4.2 POLISI TPPA – BARACK OBAMA

(10)

Jepun, Malaysia, Mexico, Peru, Amerika Syarikat (AS), Vietnam, New Zealand, Brunei, Mexico dan Singapura.

Ia termasuk halangan perdagangan, perlindungan alam sekitar, tadbir urus yang baik, hak asasi manusia, harta intelektual, farmaseutikal (pengeluaran dan pengedaran ubat-ubatan), timbang tara pelabur negara, standard buruh dan kerjasama pengawalseliaan. Ia juga mempunyai banyak klausa setiap negara untuk dikecualikan dalam beberapa klausa yang tidak sesuai untuk sesetengah negara.

Di sebalik TPPA tersebut, ada dua sebab yang memaksa US di bawah Obama membuat perjanjian tersebut. Faktor dalaman adalah masalah kewangan AS. Dalam menghadapi anggaran bajet yang teruk dan terbatas, ia dianalisis perubahan kualitatif dalam dasar luar AS di luar negara. Ia termaklum merupakan peralihan daripada amalan neorealis dalam menjalankan hal ehwal antarabangsa dan halangan ekonomi pasca krisis yang mencerminkan giliran kerajaan liberalis AS semasa. Untuk memasukkannya ke dalam istilah bukan International Relation, AS semakin beralih tumpuannya untuk membina dan mengukuhkan pakatan ekonomi dan bukannya ketenteraan.

Terutama dalam tempoh selepas krisis kewangan global, mungkin salah satu daripada petunjuk yang lebih besar dan lebih membimbangkan peralihan kualitatif ini adalah dalam satu bentuk lagi cara perdagangan bebas WTO yang dipanggil Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA). Tidak dapat dinafikan, Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) adalah gambaran daripada kelalaian kewangan AS dan peralihan dasar asing yang berkaitan. Serta juga pengurangan dramatik berkaitan perbelanjaan dan perbelanjaan bajet mendedahkan sejauh mana tahap kesukaran ekonomi yang dihadapi oleh Amerika Syarikat. Langkah-langkah penjimatan yang dilaksanakan pada tahun 2013 akan berkuatkuasa untuk mengatasi aspirasi global negara (International Digest 2014).

(11)

alasan antarabangsa pula ialah ia merupakan tambahan pelengkap kepada Perdagangan dan Perdagangan Perkongsian Trans-Atlantik atau TTIP, perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat dan EU yang juga diselaraskan dalam kerahsiaan, TTP memberikan penampan terhadap pengaruh China yang semakin meningkat ekonomi global (Mint Press News 2016).

TPP mungkin membawa jiran-jiran China lebih dekat ke AS dan mengurangkan pergantungan mereka terhadap perdagangan China (Green & Goodman 2016) Jika disahkan, TPP menguatkan pengaruh AS pada pentadbiran masa depan untuk ekonomi global. TPP juga meningkatkan kemungkinan Jepun melaksanakan pembaharuan ekonomi untuk menghidupkan semula ekonomi yang ditambah dengan kesepakatan Korea Selatan yang berpotensi untuk TPP, mungkin mempunyai impak ekonomi terhadap China. Dengan menjadikan ekonomi China kurang kompetitif dan kepimpinan China kurang cenderung untuk menetapkan peraturan perdagangan di Timur dan Asia Tenggara, rejim China akan berada di bawah tekanan dalaman dan luaran yang besar untuk meliberalisasikan ekonominya (Foreign Policy 2015). Perdana menteri Jepun, Shinzo Abe, percaya bahawa penyertaan China masa depan untuk TPP akan mempunyai kesan impa utama di rantau Asia Pasifik (New York Times 2015) Wakil Perdagangan AS, Michael Froman telah berkata bahawa kegagalan untuk meratifikasi TPP akan memberi peluang kepada China untuk meningkatkan eksportnya dan menetapkan standard buruh dan alam sekitar di dalam rantau Asia Pasifik yang berkembang pesat menerusi Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) (Reuters 2016).

(12)

berpotensi mewujudkan peraturan dan norma serantau yang kurang bermanfaat bagi kepentingan AS" (Fergusson, McMinimy & Williams 2016).

Michael J. Green dan Matthew P. Goodman berhujah bahawa sejarah tidak akan menghiraukan jika TPP gagal dan sekiranya Kongres menolak TPP, percubaan untuk rundingan yang sama di Asia akan membuka semula tuntutan ke atas AS dan dalam masa yang sama, mungkin akan memberi dorongan kepada pengaturan alternatif seperti RCEP yang yang tidak memasukkan AS (Green & Goodman 2016). Dan Ikenson, Pengarah Pusat Cato's Herbert A. Stiefel untuk Dasar Polisi Perdagangan, berpendapat pada bulan Julai 2016 bahawa kegagalan Kongres untuk meratifikasi Perkongsian Trans-Pasifik tahun 2016 akan melakukan lebih banyak untuk menumbangkan kepentingan regional dan global AS daripada apa pun yang mampu dilakukan oleh China (Cato Institute 2016). Stephen M. Walt yang merupakan profesor hubungan antarabangsa di Universiti Harvard menulis selepas Pentadbiran Trump meninggalkan TPP, menyifatkan TPP sebagai institusi utama yang akan mengikat beberapa negara Asia lebih rapat ke Amerika Syarikat” (Foreign Policy 2017).

Sejak rundingan TPP rasmi bermula pada tahun 2010, sikap China ke arah TPP telah:

…..swung from disdain to suspicion to cautious embrace... Conclusion of a TPP agreement in early October has sparked a lively debate in Beijing, with the weight of elite opinion seeming to tilt toward eventual membership; for example, the head of the Chinese-sponsored Asian Infrastructure Investment Bank (AIIB), Jin Liqun, announced his support during a speech in Washington shortly after the TPP deal was announced.

(13)

Justeru, penjelasan di atas jelaslah kedua-dua presiden ini mempunyai kaedah

soft power tersendiri dalam membuat polisi ekonomi antarabangsa sebagai kuasa besar yang bertujuan untuk kebaikan namun mempunyai muslihat dan tujuan belakangnya. Mereka meluaskan “kuasa” dengan soft power ini kerana sememangnya kedua-dua presiden Parti Demokrat sinonimnya dengan banyak menggunakan soft power demi kepentingan mereka.

5.0 POLISI KETENTERAAN

5.1 PENGURUSAN PERANG DENGAN CUBA, SOVIET UNION & NUCLEAR TEST BAN TREATY - JOHN F. KENNEDY

John F. Kennedy dan Obama merupakan bekas presiden Amerika Syarikat yang telah mengambil lebih progresif iaitu soft power dalam menyelesaikan permasalahan yang berlaku semasa memegang jawatan presiden. Pendekatan yang diambil oleh kedua-dua bekas presiden ini berbeza daripada tindakan yang telah dilakukan. Pendekatan

soft power yang diambil oleh John F. Kennedy boleh dilihat semasa belaku di Cuba yang mana beliau mengambil pendekatan dengan membangunkan negara tersebut dalam mengurangkan tekanan yang dihadapi. Berbeza dengan Obama, dilihat dalam mengambil isu di Iraq yang berlaku pengunduran tentera Amerika Syarikat untuk memberi peluang kepada pemimpin tempatan untuk mengambil peralihan kuasa.

(14)

sebagai panduan revolusioner sepenuhnya. Pihak Soviet bersetuju untuk menghantar senjata dan minyak sebagai pertukaran gula dan menghantar sekumpulan pegawai Komunis Sepanyol yang tinggal di pengasingan di Moscow sejak berakhirnya Perang Saudara Sepanyol untuk menyusun semula tentera Cuba.

Eisenhower dan Dulees (Edward Smith 1964) sememangnya merancang untuk menyokong pencerobohan militari berskala besar dengan penutup udara Amerika, tetapi Cuba mempunyai semangat beruntung dalam bentuk perubahan rejim di Washington. Dengan pemilihan John F Kennedy, dasar luar Amerika sekali lagi disegerakan dengan USSR. Kennedy berkuasa seolah-olah Khrushchev telah menjanjikan cara baru untuk mengejar perjuangan dengan kuasa besar pesaing yang akan menjadi lebih idealistik dan lebih pintar. Terkejut oleh kehilangan Cuba, kekalahan terbesar sejak 'kehilangan' China satu dekad sebelum dia bertekad untuk menghancurkan kaedah militan mentah era Eisenhower dan untuk menjauhkan dirinya dari imperialisme Eropah dan epigonenya di apartheid Afrika Selatan. Seperti yang dijelaskannya, Amerika terpaksa 'bertentangan' dengan hak manusia untuk memerintah dirinya sendiri kerana kemenangan terakhir nasionalisme tidak dapat dielakkan.

(15)

Apabila ia datang ke Cuba, Kennedy mempunyai keraguan nyata tentang serangan yang dirancang Eisenhower dan takut jika ia salah, ia akan merosakkan reputasi Amerika. Walaupun begitu, beliau begitu bersemangat kerana pendahulu beliau untuk membasmi pengaruh komunis dari belakang Amerika Syarikat dan memutuskan untuk meneruskan, walaupun dengan operasi rahsia lagi, operasi gerila dan tanpa penutup udara. Harapannya ialah pendaratan strategik oleh peninggalan bersenjata akan menimbulkan kebangkitan bersimpati spontan di kalangan Cuba biasa. Hasilnya, pendaratan 'Bay of Pigs' pada bulan April 1961, adalah kegagalan lengkap (Lynch 2000). Pemberontakan pro-pengasingan yang dijangkakan gagal menjadi kenyataan, dan pasukan pertahanan awam Castros terbukti sangat berkesan. Kebanyakan penceroboh ditangkap dan imej Amerika Syarikat di Dunia Ketiga lebih terperangkap. Pencerobohan Bay of Babies juga tidak produktif, dan semata-mata mendorong Cuba lebih jauh ke dalam lingkungan Soviet. Castro yakin bahawa pencerobohan lain akan berlaku (dan memang rancangan baru sedang dibuat di Washington). Sementara itu, CIA memulakan siri panjang percubaan yang luar biasa untuk membunuh Castro (Priestland 2009).

Ketergantungan yang lebih besar terhadap perikatan Soviet ditemani oleh satu gaya ke arah kerajaan yang lebih berdisiplin di rumah ketika Cuba menegaskan bahawa pemerintahan yang tidak formal dan tidak berperikemanusiaan melalui Tentara Pemberontak tidak sesuai dengan pertahanan negara dan bangunan negara. Pertubuhan revolusioner yang pelbagai telah diintegrasikan ke dalam satu badan, iaitu Organisasi Bersepadu Bersepadu (ORI). dan Castro (Freedman 2000) semakin bergantung pada komunis Komunis PSP lama yang sudah terancang untuk menyediakan Infrastruktur pentadbiran

(16)

John F. Kennedy (Reeves 1993) telah menyokong pengharaman ujian senjata nuklear sejak tahun 1956. Dia percaya larangan akan menghalang negara-negara lain daripada mendapatkan senjata nuklear, dan mengambil pendirian kuat mengenai isu itu dalam kempen presiden tahun 1960. Setelah dipilih, Presiden Kennedy berjanji tidak akan meneruskan pengujian di udara dan berjanji untuk mengejar semua usaha diplomatik untuk suatu perjanjian larangan uji sebelum melanjutkan pengujian bawah tanah. Dia membayangkan pengharaman ujian sebagai langkah pertama untuk pelucutan senjata nuklear. Presiden Kennedy bertemu dengan Perdana Menteri Soviet Khrushchev (Seaborg 1981) di Vienna pada bulan Jun 1961. Khrushchev mengambil garis keras pada sidang kemuncak itu. Dia mengumumkan hasratnya untuk memecah akses Barat ke Berlin dan mengancam perang jika Amerika Syarikat atau sekutunya cuba menghentikannya. Banyak diplomat AS merasakan Kennedy tidak berdiri pada perdana menteri Soviet pada sidang kemuncak itu dan meninggalkan Khrushchev dengan tanggapan bahawa dia adalah pemimpin yang lemah.

Penasihat-penasihat politik dan ketenteraan Presiden Kennedy bimbang bahawa Kesatuan Soviet telah meneruskan ujian rahsia bawah tanah dan membuat keuntungan dalam teknologi nuklear (Terchek 1970). Mereka menekan Kennedy untuk meneruskan ujian. Dan, menurut tinjauan pendapat Gallup pada bulan Julai 1961, orang awam meluluskan ujian dengan margin dua-ke-satu. Pada bulan Ogos 1961, Kesatuan Soviet mengumumkan hasratnya untuk meneruskan ujian atmosfera, dan dalam tempoh tiga bulan akan datang ia menjalankan 31 ujian nuklear. Ia meletupkan bom nuklear terbesar dalam sejarah-58 megaton-4,000 kali lebih berkuasa daripada bom yang jatuh ke atas Hiroshima. Dicegah dan kecewa dengan ujian Soviet, Presiden Kennedy mengejar usaha diplomatik sebelum membenarkan ujian yang diperbaharui oleh Amerika Syarikat.

(17)

yang duduk di seberang dunia, harus dapat memutuskan untuk mengakhiri tamadun." Dalam satu siri surat peribadi, Khrushchev dan Kennedy membuka semula dialog mengenai larangan ujian nuklear.

President Kennedy memilih Averell Harriman, seorang diplomat yang berpengalaman dikenal dan dihormati oleh Khrushchev, untuk meneruskan rundingan di Moscow. Perjanjian untuk menghadkan skop larangan ujian membuka jalan bagi suatu perjanjian. Dengan mengecualikan ujian bawah tanah dari pakatan, perunding menghapuskan keperluan pemeriksaan di tempat yang bimbang Kremlin. Pada 25 Julai 1963, selepas hanya 12 hari rundingan, kedua negara bersetuju untuk melarang ujian di atmosfera, di angkasa dan bawah air (Jacobson & Stein 1966).

5.2 PERLETAKAN DRON & TIDAK PEMAKSAAN DEMOKRASI – BARACK OBAMA

Pemilihan Obama sebagai presiden Amerika Syarikat adalah penjelmaan kuasa lembut penggabungan antara nilai-nilai Amerika kesamaan politik, dan realiti sistem politik Amerika dengan amalan prasangka. Tidak lama kemudian seorang lelaki kulit hitam (walaupun tidak tepat seorang Afro-Amerika dan bukan seorang wanita) dipilih untuk memimpin sebuah negara, yang sejak ditubuhkannya, tetapi tidak diamalkan dengn nilai ideal dan nilai kesaksamaan politik. Sejak zaman awal karier politiknya, Obama telah melambangkan kemungkinan ini dan memahami bagaimana untuk menekankan nilai kesetaraan politik dan kepentingannya untuk politik Amerika. Oleh itu, pada Konvensyen Nasional Demokratik 2004, Obama menyatakan:

(18)

That among these are life, liberty and the pursuit of happiness." That is the true genius ofAmerica, a faith in the simple dreams of its people.

(Obama 2004) Oleh kerana Obama memaklumkan kepada PBB pada 23 September 2009, Amerika Syarikat tidak akan lagi terlibat dalam memaksakan demokrasi. "Demokrasi tidak boleh dikenakan ke atas mana-mana negara dari luar. Setiap masyarakat mesti mencari laluannya sendiri, dan tiada jalan yang sempurna. Setiap negara akan meneruskan laluan yang berakar dalam budaya rakyatnya dan tradisi yang lalu... Amerika Syarikat tidak akan pernah goyah dalam usaha kita untuk menegakkan hak rakyat di mana-mana untuk menentukan nasib mereka sendiri "(Obama 2009).

Obama meletakkan kepercayaannya terhadap diplomasi awam, yang terjejas di Iraq, dan yang dilihat sebagai alat untuk Amerika mendapatkan semula kepimpinan dunia Obama juga menargetkan unilateralisme neokonservatif dan pentadbiran Bush, yang menawarkan sebaliknya remedi multilateralisme, aliansi antarabangsa, dan organisasi antarabangsa.

(19)

Pilihanraya Obama dimungkinkan oleh krisis kewangan 2008, krisis yang membuat pemimpin Amerika muncul tanpa kecacatan dan politik dan ekonomi Amerika Syarikat tidak berfungsi. Cadangan pemilihan Obama untuk perubahan lebih jelas dan adunan maju dalam bidang dasar luar daripada dalam urusan ekonomi. Di sini, kedudukan Obama mendorong terhadap penentangannya terhadap perang Iraq yang diragui, yang membezakan perang di Iraq dengan perang hangat di Afganistan dan lebih umum mengusulkan untuk mengembalikan polisi luar Amerika ke varian yang lebih konsensual, berbilang hala, kurang bergantung pada alat-alat tentera.

Pentadbiran Bush menyaksikan unipolariti Amerika sebagai syarat permisif yang bermakna Amerika Syarikat boleh menggunakan dominasi ketenteraannya untuk mengenakan wasiatnya, satu analisa kos manfaat asas untuk cubaannya untuk melakukannya di Iraq dan Afghanistan menunjukkan kepalsuan nyata kepercayaan itu (Stiglitz & Bilmes 2008). Oleh itu pendekatan Obama untuk keselamatan antarabangsa dicirikan oleh keraguan umum tentang apa yang sebenarnya, dalam praktiknya, tindakan ketenteraan skala besar dapat dicapai. Dari awal permulaan pentadbiran Obama, pendekatan ini dibentangkan dari segi 'kuasa pintar', pendekatan kepada kepimpinan antarabangsa yang menegaskan keperluan para pengikut untuk menterjemahkan unsur-unsur kuasa keras dan lembut ke dalam legitimasi dan kuasa (Nye 2008 & 2011) Menekankan alat-alat diplomasi yang 'lembut' dan tata urus negara tidak bermaksud menolak penggunaan kekerasan suatu ketika Obama membuat dirinya dalam ucapan penerimaan Nobel nya dan yang telah disahkan oleh kesanggupannya untuk menggunakan pasukan khas, kuasa udara dan drone dengan penggunaan yang kedua kuasa keras khususnya memperlahankan kos yang ketara dari segi kuasa lembut (Boyle 2013). Memandangkan bahawa peralihan antara cara dan tamat adalah perkara strategi, mungkin untuk mengasingkan beberapa cara di mana pentadbiran sekurang-kurangnya menuntut bahawa pendekatannya mencerminkan prinsip-prinsip 'pintar'.

(20)

drone menimbulkan persoalan penting mengenai status moral dan undang-undangnya, apatah lagi keefektifan yang lebih luas dalam mengurangkan ancaman pengganas ke Amerika Syarikat (McCrisken 2011), ia juga adalah kes yang membolehkan pentadbiran untuk mempersembahkan dirinya sebagai ancaman secara langsung terhadap ancaman pengganas tanpa perlu menggunakan jenis-jenis bot berskala besar di atas bidang-bidang yang menonjolkan pentadbiran Bush tetapi walaupun ada yang menganggap penggunaan teknologi dron sebagai pengganti (Krieg 2016) tidak ada keraguan bahawa dron dianggap sebagai penerapan langsung kuasa tentera, oleh komuniti yang telah disasarkan secara tetap oleh UAVs (Friedersdorf 2012) dan oleh operator sendiri (Chattertee 2015).

Kedua, dan dikuasai oleh pengalaman kempen di Iraq dan Afghanistan, adalah skeptisisme yang mendalam tentang keupayaan kemampuan ketenteraan Amerika untuk menyelesaikan masalah politik, khususnya di Timur Tengah. Kuasa ketenteraan boleh digunakan untuk membendung keadaan (contohnya, penggunaan kuasa udara untuk menangkap perkembangan wilayah ISIS) atau untuk tujuan isyarat dan penstrukturan seperti yang terjadi di Laut China Selatan. Tetapi pentadbiran telah secara konsisten menafikan apabila dicadangkan bahawa angkatan tentera Amerika boleh digunakan untuk mengeluarkan pematuhan atau memaksa perubahan tingkah laku bahawa Asia akan menjadi arena geopolitik utama pemilikan Obama (Lizza 2011).

6.0 POLISI DASAR HUBUNGAN POLITIK DIPLOMATIK

(21)

bekerjasama erat dengan ahli-ahli The North Atlantic Treaty Organization (NATO) yang lain mengenai isu-isu ketenteraan dan keselamatan, dan dengan negara-negara jirannya menerusi Pertubuhan Negara-Negara Amerika dan perjanjian perdagangan bebas seperti Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara bersama Kanada dan Mexico. Malah, dengan adanya hubungan diplomatik dan campur tangan Amerika Syarikat dalam organisasi yang berprofil tinggi menjadikan negara kapitalis iutu sebagai sebuah negara yang disegani dan dihormati oleh negara-negara lain di dunia (Martin 2012).

6.1 DASAR LUAR JOHN F. KENNEDY

Hubungan politik diplomatik lebih kepada hubungan dasar luar sesuatu pentadbiran pemerintahan. Dalam konteks John F. Kennedy, dasar luar pemerintahannya berkait dengan Perang Dingin kerana pada waktu pemerintahan John F. Kennedy ini adalah sekitar tahun 1961-1963. Pada waktu itu merupakan tempoh Perang Dingin (Thomas 1987).

Dasar luar pemerintahan John F. Kennedy pada tahun 1961-1963 menyaksikan inisiatif diplomatik dan ketenteraan di Eropah, Asia Tenggara, Amerika Latin dan kawasan lain di tengah-tengah ketegangan Perang Dingin. Kennedy mengerahkan generasi baru pakar dasar asing, yang digelar ‘the best and the brightest’. Strategi tindak balas Kennedy yang fleksibel juga telah dikendalikan oleh Robert McNamara adalah bertujuan untuk mengurangkan kemungkinan perang. Pentadbiran Kennedy menyumbang kepada resolusi damai Krisis Peluru Berpandu Cuba dan menahan diri daripada terus berlakunya Krisis Berlin sekitar tahun 1961. Pada 7 Oktober 1963 beliau menandatangani Perjanjian Pengesahan Ujian Nuklear Separa, yang diterima oleh Kesatuan Soviet dan United Kingdom. Pada Waktu itu dilihat Kesatuan Soviet berpihak kepada tindakan John F. Kennedy (Thomas 1989).

(22)

Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu daripada Krisis Congo. Khrushchev mencadangkan untuk meminda Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu dengan menggantikan kedudukan Setiausaha Agung dengan eksekutif tiga orang yang dipanggil Troyka atau nama lainnya Rusia: Kumpulan 3. Pada 25 September 1961, Kennedy membincangkan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), mendedahkan komitmennya untuk menguasai rancangan Troyka. Pada 27 Februari 1961 dalam suratnya kepada Khrushchev Kennedy menawarkan pertemuan awal. Khrushchev bersetuju bertemu di ibu kota Austria Vienna. Semasa pertemuannya dengan matlamat utama Khrushchev Kennedy adalah mencadangkan penarikan balik dari Perang Dingin. Walau bagaimanapun, Kennedy tidak percaya ia akan dapat mengubah sesuatu di Eropah atau di Timur Jauh dan bercakap dengan kata-kata yang sangat umum (Thomas 1987).

6.2 DASAR LUAR BARACK OBAMA

Berkenaan dengan hubungan politik antarabangsa atau dasar luar sewaktu di Amerika Syarikat sewaktu pimpinan Barack Hussein Obama, isu ini dilihat sebagai isu tunggal. Sewaktu proses pilihanraya dijalankan, beliau dan rakan seterunya, Mitt Romney ada menyentuh mengenainya semasa sesi debat umum ketiga tetapi ramai penganalisis menyifatkannya sekadar melepas batok di tangga. Obama dan Romney tahu dasar luar negara bukan menjadi pertimbangan rakyat AS dalam memilih siapa yang bakal memimpin negara kuasa dunia itu pada 6 November lalu. Hujah tersebut diperkuatkan lagi dengan rumusan kaji selidik terbaru iaitu hanya lima peratus responden yang ditemuduga mengatakan dasar luar negara sebagai perkara yang penting.

(23)

mereka. Oleh itu, untuk menguruskan isu-isu antarabangsa, Obama perlu membuat keputusan tegas berbanding semasa penggal pertamanya, di mana beliau dilihat dengan sengaja 'menangguh' atau 'menyepikan' keputusan (Trevor 2017).

Strategi utama Obama ialah 'menyusun semula keseimbangan' kuasa tentera di Asia, iaitu 65 peratus tentera AS di Pasifik dipindahkan ke rantau Asia. Keadaan ini memerlukan lebih banyak diplomasi dilaksanakan. Obama telah menghadiri Sidang Kemuncak Asia di Kemboja akhir bulan ini. Walau bagaimanapun, tiada laporan mengatakan China akan singgah di China, berkemungkinan juga disebabkan peralihan kuasa di China masih berjalan. Kebangkitan China daripada segi perdagangan dan ketenteraan adalah isu paling besar kepada AS. Justeru, ia adalah peluang terbesar dan juga bahaya terbesar di masa depan. Kepimpinan baru diketuai oleh Xi Jinping telah mengambil alih, tetapi peralihan yang tidak licin mengingatkan rakyat China dan orang asing tentang ketidakstabilan di sebalik permukaan yang penuh kilauan negara itu. Sesebuah negara yang sedang bangkit, kadang-kadang menggunakan nasionalisme sebagai kaedah mengekalkan kesepaduan dalam negara, dan trend tersebut terbukti dengan pendirian Beijing di Laut China Selatan.

Cabaran utama bagi Obama dalam menguruskan dasar luar yang lebih baik selaras dengan matlamat utama dunia hari ini ialah semestinya menjalinkan hubungan yang baik dengan negara-negara konflik sebelum ini. Antara tindakan pertama ialah mengadakan dialog dengan Beijing bagi mengelakkan konfrontasi ketenteraan yang lazim berlaku bagi negara baru muncul seperti China. Pengarah Pusat Sains dan Hal Ehwal Antarabangsa Universiti Harvard, Profesor Graham Allison menyarankan agar Obama mempertimbangkan kaedah yang diguna oleh Presiden John F. Kennedy iaitu 'peraturan mengawal keadaan' antara AS dan Kesatuan Soviet selepas krisis misil Cuba. Ini merangkumi mengadakan dialog secara kerap mengenai kepentingan strategik, dan persefahaman bahawa tiada pihak akan mengambil langkah provokasi di kawasan masing-masing. Obama wajar menggalakkan dialog seumpamanya dengan pemimpin China (Trevor 2017).

(24)

bahawa Ayotollah Ali Khamenei menyokong cadangan seumpamanya. Menurut beberapa penganalisis politik dunia, mereka beranggapan bahawa AS dan Israel sepatutnya berhenti mengangan-angankan perjanjian yang ideal dan bersedia untuk kemungkinan yang buruk, seperti yang berlaku semasa krisis Cuba iaitu AS menaja pemberontakan menentang Fidel Castro (Martin, Kenneth & Micheal 2012).

Namun begitu, dalam kes Iran, dengan kesediaan AS dan Israel menerima formula yang mereka tidak suka, tetapi dapat menghentikan Iran daripada membina bom, atau memiliki keupayaan untuk memilikinya lebih pantas berbanding cubaan AS untuk menghalang mereka. Isu Afghanistan adalah masalah besar yang serba-salah bagi Obama. Semasa kempennya pada 2008, Obama menyatakan pengunduran tentera AS menjelang 2014 adalah perkara semudah memasukkan mereka ke dalam pesawat untuk pulang. Namun, strategi pengunduran AS terletak kepada pasukan keselamatan Afghan (ANSF) yang boleh mengambil alih dan mengelak berlakunya perang saudara. Malangnya, kemungkinan itu semakin pudar. Laporan terbaru pada bulan Oktober oleh Ketua Pemeriksa Pembinaan Semula Afghanistan dari Pentagon memberi amaran, "kerajaan Afghan mungkin tidak mampu mengekalkan fasiliti ANSF selepas peralihan pada 2014” (Syewart & Shepard 2002).

Elemen yang hilang sama sekali ialah peralihan kuasa politik bagi mengiringi pengunduran tentera. Seandainya Obama tidak dapat mewujudkan dinamik politik-tentera, strategi pengunduran dari Afghanistan akan menjadi liabiliti. Isu pergolakan di Asia Barat menyaksikan Obama berdepan dengan tiga masalah yang mendesak. Pertama ialah menamatkan perang saudara di Syria, memperkukuhkan demokrasi di Mesir dan memulihkan rundingan proses keamanan Israel-Palestin. Ketiga-tiganya adalah bukti kuasa AS sebenarnya terhad, sebagaimana kegagalan AS baru-baru ini dalam usaha White House menyusun kumpulan pembangkang Syria. Namun AS dijangka datang semula dengan pelan lain untuk menyelesaikan isu Syria.

(25)

Romney. Penasihat dasar luar kepada Romney adalah lemah, malah aneh. Ia terdiri daripada neo-konservatif, kaki perang, jenis sebelah pihak sahaja dan esentrik. Kelemahan mereka terbukti semasa mengatur lawatan Romney ke luar negara. Dan ia hanya ke tiga negara iaitu Israel, Poland dan di United Kingdom, Romney sempat melukakan hati rakyat British menjelang Sukan Olimpik (Martin, Kenneth & Micheal 2012).

Romney dikritik oleh penganalisis kerana tidak menyedari bahawa isu Iran bukan isu yang tidak boleh dirungkaikan, atau bersempadan dengan Syria. Aspek dalam dasar luar negara AS yang disifatkan penganalisis sebagai memberi kelebihan kepada Obama ialah sikap beliau terhadap Netanyahu, yang terang-terang cuba membantu Romney menewaskan Obama. Malah, ramai yang melihat situasi ini hanyalah sebagai satu cubaan Netanyahu mahu Romney, sekiranya menjadi presiden, menyokong Israel dalam strategi menyerang Iran. Malah daripada situasi ini jugalah mencadi titik noktah dan jawapan tentang mengapa banyak negara dalam dunia ini selain Israel menyokong Obama (Trevor 2017).

7.0 KESIMPULAN

(26)

8.0 RUJUKAN

Barack Obama 2009. First Speech before the United Nations General Assembly. American Rhetoric.com.

http://www.americanrhetoric.com/speeches/PDFFiles/Barack%20Obama%20-%20United%20Nations%20General%20Assembly.pdf. [25 Oktober 2017]. Cato Institute 2016. The Trans-Pacific Partnership Is Essential to Regional Peace and

Global Prosperity. https://www.cato.org/publications/commentary/the-trans-pacific-partnership-is-essential-to-regional-peace. [14 Oktober 2017]. Curt Tarnoff 2017. The Peace Corps: Current Issues. Washington: Congressional

Research Service.

Fergusson, Ian F., McMinimy, Mark A. & Williams 2016. The Trans-Pacific Partnership (TPP): In Brief. Washington: Congressional Research Service. Foreign Policy 2015. This Isn’t Realpolitik. This Is Amateur Hour.

https://foreignpolicy.com/2017/05/03/this-isnt-realpolitik-this-is-amateur-hour/.

[14 Oktober 2017].

Foreign Policy 2015. What Will the TPP Mean for China?

https://foreignpolicy.com/2015/10/07/china-tpp-trans-pacific-partnership-obama-us-trade-xi/. [17 Oktober 2017].

Green, Michael J & Goodman, Matthew P 2016. After TPP: the Geopolitics of Asia and the Pacific. The Washington Quarterly 38-4: 19-34.

History.com tahun tidak diketahui. Kennedy establishes Peace Corps.

http://www.history.com/this-day-in-history/kennedy-establishes-peace-corps. [15 Oktober 2017].

International Policy Digest 2014. Is the TPP an Extension of U.S. Foreign Policy? https://intpolicydigest.org/2014/05/27/tpp-extension-of-u-s-foreign-policy/. [16 Oktober 2017].

James Mann 1999. About Face. New York: Alfred A. Knopf.

(27)

Jakarta: Erlangga.

Joseph Nye, Jr. 2004. Soft Power: The Means to Success in World Politics. New York: Public Affairs.

Joseph Nye, Jr. 2008. Public Diplomacy and Soft Power. Annals of the American Academy of Political and Social Science, 616 (1): 94-109.

Louis Hartz 1955. The Liberal Tradition in America: An Interpretation of American Political Thought Since The Revolution. New York: HBJ Publishers.

Martin S. Indyk, Kenneth G. Lieberthal & Michael E. O'Hanlon 2012. Bending History: Barack Obama's Foreign Policy. Washington: The Brookings Institution.

Michael Cox dan Doug Stokes. 2012. US Foreign Policy. London: Oxford University Press.

Miriam Budiarjo 1995. Dasar-Dasar Ilmu Politik. Jakarta: Gramedia.

Mint Press News 2016. TPP: The US Empire’s Soft Power Play Against China. http://www.mintpressnews.com/tpp-a-soft-power-play-by-the-us-with-major ramifications-for-the-world/213922/. [16 Oktober 2017].

New York Times 2015. Trans-Pacific Partnership Text Released, Waving Green Flag for Debate. https://www.nytimes.com/2015/11/06/business/international/trans-pacific-trade-deal-tpp-vietnam-labor-rights.html. [14 Oktober 2017].

New York Times 2015. U.S. Allies See Trans-Pacific Partnership as a Check on China. https://www.nytimes.com/2015/10/07/world/asia/trans-pacific-partnership-china-australia.html. [17 Oktober 2017].

New Yorks Times 2017. What Is TPP? Behind the Trade Deal That Died.

https://www.nytimes.com/interactive/2016/business/tpp-explained-what-is-trans-pacific-partnership.html. [16 Oktober 2017].

Peace Corps tahun tidak diketahui. Volunteer Transfers Completions of Service Termination.

(28)

Quigley, Kevin F.F & Rieffel, Lex 2008. Ten Times The Peace Corps: A Smart InvestmentIn Soft Power. Washington: Brookings Global Economy and Development.

Reuters 2016. Killing TPP would hand China 'keys to the castle': U.S. trade

representative. https://www.reuters.com/article/us-usa-trade/killing-tpp-would-hand-china-keys-to-the-castle-u-s-trade-representative-idUSKCN1090QZ. [17 Oktober 2017].

Robert Dallek 2003. An Unfinished Life: John F. Kennedy, 1917-1963. Boston: Thorndike Press.

Robert L. Dudley & Eric Shiraey 2008. Counting Every Vote: The Most Contentious Elections in American History. Virginia: Potomac Books.

S. J. Fuller 2007. The Kennedy Family: An American Dynasty: a Bibliography with Indexes. New York: Nova Publishers.

Simon Saragih 2009. Ketekunan Dan Hari Putih Barack Obama: Kisah Lengkap Perjalanan Hidup Dan Karier Politik. Jakarta: Penerbit Buku Kompas. Stewart Patrick dan Shepard Forman. 2002. Multilateralism and U.S. Foreign Policy:

Ambivalent Engagement. Colo: Lynne Rienner Publishers. The Hills 2016. Big endorsement for Obama trade deal.

http://thehill.com/policy/finance/264631-manufacturers-endorse-tpp. [15 Oktober 2017].

The Washington Post 2016. U.S., 11 nations formally sign largest regional trade deal in history. https://www.washingtonpost.com/politics/us-11-nations-formally- sign-largest-regional-trade-deal-in-history/2016/02/03/2db4ab26-caa4-11e5-88ff-e2d1b4289c2f_story.html?utm_term=.4de3f4b10a97. [16 Oktober 2017]. Thomas G. Paterson. 1989. Kennedy's Quest for Victory: American Foreign Policy,

1961-1963. London: Oxford University Press.

Thomas W. Zeiler. 1987. Free-Trade Politics and Diplomacy: John F. Kennedy and Textiles. London: Oxford University Press.

(29)
(30)

Referensi

Dokumen terkait

Perancangan sistem registrasi laboratorium mengadopsi teori Unified Modeling Language (UML) dan pengujian dilakukan pada perangkat lunak dengan cara black-box testing, di

Dalam dunia komputer yang dimaksud dengan Redundancy Server atau biasa juga disebut Server Clustering adalah menggunakan lebih dari satu server yang menyediakan

Contoh dilarutkan dengan larutan buffer (Sigma Chemical) contoh dengan (perbandingan 1 : 1) dan campuran ini kemudian diinaktifkan dalam water bath (Memmert) pada suhu 60 o

Berdasarkan hasil penelitian Machali (2014) dengan judul “Dimensi Kecerdasan Majemuk dalam Kurikulum 2013” memberikan kesimpulan dalam penelitiannya bahwa Kurikulum

Untuk semua pihak yang telah membantu penulis baik dari segi moril maupun materil dalam penyusunan skripsi ini, penulis mengucapkan banyak terima kasih, mohon maaf jika saya

Berdasarkan pengolahan data dengan teknologi Sistem Informasi Geografis menghasilkan suatu informasi tentang lokasi tempat penampungan sampah sementara, setelah

Model Stimulus-Response (Rangsangan-Tanggapan), atau lebih popul dengan sebutan model S-R menjelaskan tentang pengaruh yang terjadi pada pihak penerima

Pilih mode SuperResolution sebelum Anda mengambil gambar dan mentransfernya ke perangkat lunak bawaan SmartView ® untuk mengungkap hingga 3,1 mega piksel (gunakan TiX1000