• Tidak ada hasil yang ditemukan

Teknologi e Quran Dalam Meningkatkan Pen

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Teknologi e Quran Dalam Meningkatkan Pen"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

TEKNOLOGI e-QURAN DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN

TAJWID DALAM KALANGAN MURID TAHUN 3

Khairiah Binti Razali Jabatan Asas Pendidikan,

Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. khairiah.razali@yahoo.com

Co-Author: Ahmad Johari bin Sihes Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia,Skudai. p-joha@utm.my

ABSTRAK

Artikel ini mengupas tentang teknologi e-Quran dalam Pendidikan Islam iaitu dari sudut keperluan kurikulum masa kini dan kaedah mempelajari Tajwid menggunakan teknologi dari segi hukum dan amalan pelaksanaan yang diharuskan. Matlamat utama kajian adalah untuk mencari jalan penyelesaian bagi masalah penguasaan tajwid murid melalui pembelajaran maya al Quran. Kepentingan kajian ini dilakukan untuk memastikan objektif pelaksanaan kurikulum standard tercapai menerusi pembelajaran maya sepertimana yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025. Gabungan kaedah yang digunakan adalah eksperimen kuasi dan analisis kualitatif temu bual kumpulan fokus. Hasil kajian mendapati, teknologi e-Quran membantu meningkatkan penguasaan tajwid dalam kalangan murid sekolah kebangsaan. Penemuan penting melalui kajian ini ialah, pengajaran guru melalui kaedah Talaqqi Musyafahah melalui penggunaan teknologi e-Quran boleh dilaksanakan berdasarkan teknik tertentu tanpa melanggar hukum agama.

Kata Kunci: e-Quran; e-pembelajaran; kurikulum pendidikan Islam; bidang al Quran;

bidang Tajwid.

PENGENALAN

(2)

Kurikulum Pendidikan Islam khususnya kandungan kurikulum Tahun 3 dalam bidang Tajwid agak sukar bagi murid berusia sembilan tahun. Pentaksiran bidang Tajwid secara merentasi Program Khatam al Quran memerlukan murid menguasai sepenuhnya bacaan al Quran. Namun, faktor penguasaan al Quran yang masih lemah terutamanya bagi murid yang masih membaca Iqra’ secara langsung menjejaskan penguasaan bidang Tajwid dalam kalangan murid. Laporan tahun pertama pelaksanaan bidang Tajwid pada tahun 2013 mendapati hanya 420 orang dari 3603 murid Tahun 3 di sebuah daerah di negeri Johor mencapai Band 6. Ini bermakna hanya 11.6% murid menguasai tahap tertinggi bidang Tajwid semasa tahun pertama pentaksiran bidang Tajwid diperkenalkan dalam KSSR. Lontaran permasalahan yang ditimbulkan oleh para guru memerlukan satu kajian segera dan terperinci dilakukan agar pencapaian penguasaan tajwid yang lemah tidak menjejaskan penguasaan murid secara keseluruhan dalam bidang al Quran amnya dan mata pelajaran Pendidikan Islam khasnya.

Situasi ini memerlukan guru lebih kreatif dan inovatif dalam menyediakan bahan bantu mengajar (BBM) yang bersesuaian dengan kepelbagaian murid berpandukan bidang, band dan deskriptor yang ditetapkan agar murid benar-benar menguasai standard yang ditetapkan. Permasalahan lebih berat timbul apabila wujud segelintir guru yang masih kurang memahami tugas mereka sebagai pentaksir dengan menyediakan soalan ujian yang sama kepada semua murid tanpa meneliti latar belakang murid. Secara ironiknya, murid masih dinilai berpandukan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan tidak ditaksir mengikut kehendak KSSR. Menurut Fatmawati et.al (2012), penilaian dan pentaksiran harus dipandang sebagai salah satu faktor penting yang menentukan keberhasilan proses dan hasil belajar, bukan sebagai cara menilai hasil belajar semata-mata. Berdasarkan pandangan ini, maka keperluan memahami dan menyediakan BBM yang tepat dengan kandungan dokumen yang standard amat diperlukan bagi memastikan objektif PBS dalam bidang pendidikan tercapai.

Konsep pelaksanaan bidang Tajwid dalam mata pelajaran Pendidikan Islam memerlukan setiap topik diajar secara merentasi Program Khatam al Quran. Justeru itu, permasalahan timbul apabila terdapat murid yang masih membaca Iqra’ 1 hingga 3 sedangkan pelaksanaan pentaksiran tajwid memerlukan murid boleh membaca kalimah, potongan ayat dan ayat al Quran dalam surah tertentu serta betul pada tajwidnya bagi membolehkan mereka menguasai band yang ditetapkan. Penetapan tajwid hukum Mad dalam kurikulum Pendidikan Islam yang dianggap tinggi seawal usia sembilan tahun merupakan cabaran yang harus didepani oleh para guru. Penggunaan BBM seperti carta dan lembaran kerja dilihat kurang mampu memenuhi keperluan murid. Justeru itu, objektif penyelidikan ini adalah untuk membina satu perisian e-Quran yang menepati kandungan kurikulum Pendidikan Islam Tahun 3 sebagai satu usaha menyelesaikan permasalahan dalam peningkatan penguasaan bidang Tajwid dalam kalangan murid Tahun 3. Kaedah Talaqqi Musyafahah dalam pengajaran al Quran yang diamalkan sekian lama perlu ditambah baik dengan pendekatan pengajaran yang lebih fleksibel dan praktikal bagi murid generasi Z. Saidina Ali r.a pernah berkata;

“Didiklah anak-anak kamu mengikut zamannya”

(3)

METODOLOGI

Memandangkan usia murid yang menjadi responden kajian adalah murid yang berusia sembilan tahun, maka kajian berbentuk eksperimen-kuasi diikuti dengan temu bual kumpulan fokus dilakukan. Pemilihan eksperimen-kuasi adalah supaya responden merasakan mereka belajar dalam suasana pembelajaran sebenar tanpa menyedari mereka merupakan responden dalam kajian ini. Temu bual kumpulan fokus menggunakan kaedah fenemonologi pula dilakukan untuk mendapatkan pandangan responden berhubung apa dan bagaimana pengalaman yang mereka lalui menggunakan teknologi e-Quran. Dapatan ini penting dalam proses penambahbaikan terhadap teknologi e-Quran dari sudut pengguna pertama.

Kerangka Teoritikal

Kerangka teoritikal yang digunakan dalam kajian ini bertujuan menjelaskan pendekatan menggunakan teknologi e-Quran terhadap peningkatan penguasaan bidang Tajwid secara merentasi program Khatam al Quran dalam matapelajaran Pendidikan Islam. Kerangka teoritikal ini merupakan gabungan konsep kurikulum standard Pendidikan Islam KSSR (BPPDP,2010), Teori Taksonomi Bloom Revised (Peggy Dettmer, 2006: sila rujuk lampiran 2: Developing Human Potential in Four Domains for Learning and Doing), Model Reka bentuk Instruksional Dick & Carey (Dick W./Carey L., 1996) dan elemen kemahiran membaca al Quran berasaskan Model Pengajaran Rasulullah S.A.W (Syeikh al Muhaddith al Faqih, 2011). Kerangka teoritikal kajian ini adalah seperti rajah 1 di bawah:

Rajah 1: Kerangka Teoritikal Kajian

Kerangka Konseptual

(4)

Rajah 2: Kerangka Konseptual Kajian

Jika dilihat pada susunan struktur kerangka teoritikal dan kerangka konseptual maka hubungan yang wujud antara kedua-dua kerangka kajian ini membolehkan data murid berhubung penguasaan bidang tajwid merentasi bidang al Quran yang diperolehi yang menjadi bahan utama kajian perlu diklasifikasikan dengan tepat.

Reka Bentuk Kajian

Kajian ini bertujuan mengkaji perkaitan antara pemboleh ubah dalam eksperimen-kuasi yang bakal dijalankan. Pemboleh ubah perlu dikonseptualisasikan kepada bebas, bersandar dan kawalan (Sulaiman Masri, 2005). Ia digunakan kerana penyelidik tidak dapat mengawal secara fizikal pembolehubah kawalan dan pembolehubah bebas. Maka eksperimen kuasi dianggap sesuai kerana murid sebagai responden belajar dalam suasana pembelajaran sebenar.

Penggunaan kaedah eksperimen kuasi dengan reka bentuk kumpulan kawalan ujian pra dan ujian pos non-ekuivalen (non-equivalent pre-test and post-test control group design) (Creswell, 2012) dan disokong oleh kaedah squential explanatory design menggunakan temubual kumpulan fokus (focus group interview). Menurut Creswell (2009), kaedah

squential explanatory mempunyai dua tahap iaitu pada tahap pertama dilakukan pengumpulan data dananalisis data kuantitatif diikuti dengan pengumpulan data serta analisis data kualitatif pada tahap kedua. Data kualitatif ini digunakan untuk menguatkan hasil penelitian kuantitatif yang dilakukan pada tahap pertama. Dalam kajian ini, kumpulan kawalan dan kumpuan eksperimen dipilih tanpa dilakukan pengelompokan secara rawak (Ruseffendi, 2005).Ini bermakna dua kumpulan murid dipilih sebagai responden kajian. Satu kumpulan dijadikan kumpulan kawalan manakala satu kumpulan lagi diberikan rawatan (treatment) atau disebut sebagai kumpulan eksperimen. Rawatan yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah pembelajaran menggunakan teknologi e-Quran kepada kumpulan eksperimen dan pembelajaran secara konvensional kepada kumpulan kawalan. Kajian berbentuk eksperimen kuasi menurut Creswell (2008) merupakan kajian empirikal yang digunakan untuk menganggarkan kesan sebab dan akibat intervensi terhadap populasi sasaran.

(5)

Kumpulan Eksperimen Ujian Pra (O1) (X*) Ujian Pasca (O2)

Kumpulan Kawalan Ujian Pra (O3) (Y*) Ujian Pasca (O4)

X* : Pembelajaran menggunakan teknologi e-Quran selama empat minggu Y* : Pembelajaran menggunakan pendekatan konvensional selama empat minggu.

Jadual 1: Reka bentuk Asas Eksperimen-Kuasi

Jadual 1 menunjukkan ujian pra (O1 dan O3) dilakukan kepada kedua-dua kumpulan iaitu kumpulan eksperimen (X*) dan kumpulan kawalan (Y*) sebelum rawatan atau eksperimen dijalankan. Tujuan ujian pra adalah untuk mengetahui tahap penguasaan tajwid kalangan murid sebelum eksperimen dijalankan. Seterusnya dilakukan ujian pos (O2 dan O4) selepas kedua-dua kumpulan selesai memperolehi rawatan iaitu pembelajaran menggunakan teknologi e-Quran pada kumpulan eksperimen dan pembelajaran konvensional al Quran pada kumpulan kawalan. Tujuan ujian pos ini dilakukan untuk mengetahui sama ada berlaku peningkatan tahap penguasaan tajwid ataupun tidak. Seterusnya, hasil ujian pra dan ujian pos dianalisis mengikut objektif kajian ini.

Fasa Pertama Kajian – Eksperimen Kuasi

Dinamakan eksperimen-kuasi (Quasi-Experimental) kerana penyelidikan yang dilakukan menyerupai reka bentuk eksperimen, kecuali tiada pembahagian secara rawak dilakukan. Ini adalah kerana dalam eksperimen-kuasi pembentukan kumpulan adalah menggunakan kumpulan sedia wujud (intact group). Menurut Chua (2006), reka bentuk eksperimen kuasi digunakan menggantikan reka bentuk eksperimen tulen apabila dalam pemilihan responden kajian, pengagihan secara rawak tidak dapat dilakukan oleh penyelidik. Model eksperimen yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah Pretest Posttest Control Group Design. Analisis Ujian SPANOVA digunakan untuk membuat perbandingan penguasaan Bidang Tajwid melalui bacaan al Quran antara ke dua-dua kumpulan. Dalam model ini, kedua-dua kumpulan iaitu kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan diberi Ujian-Pra untuk mengukur penguasaan tajwid sedia ada (01). Selepas itu, kumpulan eksperimen akan mempelajari al Quran dan Tajwid menggunakan teknologi e-Quran (X), manakala kumpulan kawalan tidak diberi pendekatan e-Quran sebaliknya menggunakan kaedah pengajaran konvensional. Selepas itu, kedua-dua kumpulan akan ditaksir penguasaan Tajwid dalam bacaan al Quran mereka sebagai Ujian-Post (02). Secara umum model kajian eksperimen-kuasi yang digunakan adalah seperti rajah 2 di bawah:-

__________________

E: 01 X 03

K: 02 04

Jadual 2: Model Ujian-Pra dan Ujian-Post Eksperimen Kuasi

Dengan gambaran modul di atas, pembelajaran menggunakan teknologi e-Quran ditunjukkan oleh perbezaan (01 -03) pada kumpulan eksperimen dengan (02 – 04) pada kumpulan kawalan. Analisis Ujian SPANOVA digunakan untuk membuat perbandingan penguasaan Bidang Tajwid antara kedua-dua kumpulan.

(6)

Fasa Kedua Kajian – Temu bual Kumpulan Fokus

Temu bual kumpulan fokus dipilih dalam fasa kedua kajian ini. Kaedah kualitatif menggunakan reka bentuk fenemonologi bagi mengetahui APA yang dialami responden dan BAGAIMANA mereka mengalaminya. Menurut Dayang Tiawa dan Abdul Hafidz Omar (2009), reka bentuk fenemonologi digunakan bagi membolehkan penyelidik mengkaji sesuatu yang penting mengenai sesuatu aspek atau perkara dengan menggunakan penerangan secara tektual dan struktural. Temu bual kumpulan fokus dipilih bagi memudahkan penyelidik mentadbir responden yang ramai dalam satu-satu kumpulan. Item temubual ditetapkan supaya dapatan data temu bual menjurus kepada pengalaman pembelajaran murid menggunakan teknologi e-Quran dan sekali gus membantu mengenalpasti masalah-masalah dalam pembelajaran al Quran menggunakan teknologi. Kegunaan kumpulan fokus dalam penyelidikan ini adalah untuk mengukuhkan dapatan data kuantitatif yang diperolehi dalam fasa pertama kajian. Temubual kumpulan fokus boleh menyediakan dapatan yang bernilai dan menghampiri tujuan penyelidikan. Analisis data kualitatif ini akan menggunakan NVIVO 8 dengan perisian Relationship Node bagi mendapatkan pandangan responden berhubung keberkesanan teknologi e-Quran dalam eksperimen yang telah dijalankan. Fungsi Relationship Node dalam analisis data ini seperti kontena untuk mengumpul idea yang dicipta menerusi data yang diperolehi dan hubungannya dengan keberkesanan dua item iaitu pendekatan instruksional media elektronik al Quran dan Modul Tajwid Murid sebagai koding yang dibina dalam kajian ini. Rajah berikut menunjukkan hubungan antara nodes menggunakan reka bentukSymmetrical Relationship :-

Keberkesanan Pendekatan Instruksional Digital

Perisian Instruksional Modul Tajwid

Digital Al Quran Murid

SymmetricalRelationship

Rajah 3: Hubungan Antara Nodes Menggunakan Reka Bentuk Symmetrical Relationship

Populasi dan Sampel Kajian

(7)

Memandangkan pelaksanaan PBS menggunakan konsep pembelajaran Masteri maka latar belakang responden tidak diambil kira dalam kajian ini. Kelas dalam kumpulan kawalan mengikuti pembelajaran al Quran secara konvensional manakala kelas kumpulan eksperimen akan mengikuti pembelajaran menggunakan teknologi e-Quran. Kajian ini dijalankan dari bulan Januari hingga bulan Mac 2014 dan jumlah pencerapan yang dilakukan ialah 8 kali bagi setiap kelas. Manakala sampel bagi temu bual kumpulan fokus pula dipilih melalui kaedah persampelan bertujuan (purposive sampling).

Penggunaan persampelan bertujuan adalah untuk memastikan pengetahuan responden yang dipilih boleh dipercayai untuk memberi maklumat bagi tujuan khusus kajian (Fraenkel dan Wallen, 2006). Tujuan pemilihan sampel dalam temu bual kumpulan fokus ialah untuk memastikan murid yang dipilih berada pada tahap kemampuan tinggi, kemampuan sederhana dan kemampuan rendah. Kumpulan sampel sebegini dijangka dapat memberi maklumat yang jelas tentang topik yang dibincangkan. Oleh itu, keseluruhan sampel yang terlibat sebagai responden kumpulan temu bual berfokus seramai 9 orang yang terdiri daripada 3 murid berkemampuan tinggi, 3 murid berkemampuan sederhana dan 3 murid berkemampuan rendah Pemilihan responden temu bual kumpulan berfokus ini dilakukan berdasarkan pencapaian responden ketika Ujian Eksperimental Kuasi dijalankan iaitu tiga responden yang memperolehi Band 5 dan 6, tiga responden yang memperolehi Band 3 dan 4 serta tiga responden yang memperolehi Band 1 dan 2. Kumpulan fokus ini turut melibatkan penyelidik sebagai pengerusi dan seorang guru Pendidikan Islam. Keseluruhan ahli kumpulan fokus ini seramai 11 orang.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

(8)

Carta Penguasaan Tajwid Kumpulan

Rajah 4: Carta Penguasaan Tajwid Kumpulan Eksperimen

Carta Penguasaan Tajwid Kumpulan

Rajah 5: Carta Penguasaan Tajwid Kumpulan Kawalan

(9)

KESIMPULAN

Kajian ini bertujuan mengkaji keberkesanan penggunaan teknologi e-Quran dalam meningkatkan penguasaan bidang tajwid kalangan murid tahun 3 sekolah kebangsaan. Memandangkan pembelajaran maya telah dimulakan pada tahun 2012 menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, maka kajian ini amat diperlukan bagi membantu murid menguasai bidang tajwid melalui teknologi. Selain itu, kajian ini diharapkan dapat membantu guru pendidikan Islam dalam memenuhi tuntutan penyediaan bahan digital Pendidikan Islam khususnya Bidang Al Quran dan Bidang Tajwid. Hasil penyelidikan diharapkan mampu membantu guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sesuai dengan perkembangan era media elektronik dan teknologi maklumat ini, maka pendidikan murid di sekolah harus berubah dan berkembang selari dengan perkembangan dunia murid. Kesimpulannya, penggunaan bahan bantu mengajar yang berkualiti dapat membantu proses pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran dengan lebih sempurna dan berkesan sekali gus membantu mencapai matlamat transformasi pendidikan negara.

RUJUKAN

Al Quran Al Karim.

Abdul Halim El Muhammady. (1990). Pendidikan Islam, Falsafah Disiplin dan Peranan Pendidik. Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Salam

.

Abin Syamsuddin Makmun (2003), Psikologi Pendidikan. Bandung: Rosda Karya Remaja.

Alex Thio (2003), Sociology:A Brief Introduction, Boston :Pearson Education Inc.

Allan C. Ornstein & Francis P. Hunkins (1988), Curriculum : Foundations, Principles and Issues. United States: Pearsons Education. Inc.

Al- Qardhawi, Yusof (2000). Pengantar Pengetahuan Islam, Prinsip, Keunikan, Matlamat,Sumber, Terjemahan Mohammad Zaini Yahya. Selangor: as Syabab Media.

Ariffin, Zaenal (2009), Evaluasi Pembelajaran (Prinsip, Teknik, Prosuder) Bandung: PT Remaja Rosdakarya.

Asnarulkhadi Abu Samah & Jayum A. Jawan (1997), Kenegaraan Malaysia, Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Bloom, B.S. (1971).Mastery learning. In. J. H. Block (Eds.). Mastery learning: Theory and practice, 47–63. New York: Holt, Rinehart & Winston

Carnegie Forum, (1986). A Nation Prepared: Teachers for the 21st Century. The Report of the Task Force on Teaching as a Profession, Carnegie

Forum on Education and the Economy, : Hyattsville, Carnegie

Corporation.

(10)

Chin Yee Mun (2006), Malaysia : Ilmu, Persepsi dan Integriti. Petaling Jaya : Pearson Hall Malaysia Sdn Bhd.

Chua Yan Piaw (2011), Kaedah Penyelidikan Edisi Kedua. Malaysia : McGraw Hill Malaysia Sdn. Bhd.

Creswell, J.W. (2002), Educational Research: Planning, Conducting and Evaluating Quantitative and Qualitative Research. Upper Sadle River, NJ: Prentice Hall.

Creswell, J.W. (2003), Research Design: Qualitative, Quantitative and Mixed Mathod Approaches. . Thausand Oak: SAGE Publications.

Creswell, J.W. (2008), Educational Research: Planning, Conducting and Evaluating Quantitative and Qualitative Research. (3rdEdition) UpperSadle River, NJ: Prentice Hall.

Creswell, J.W. (2012), Educational Research: Planning, Conducting and Evaluating Quantitative and Qualitative Research. (4rdEdition) Lincoln:Pearson.

Dayang Hjh Tiawa Awang Hj Ahmad, Abdul Hagidz Omar (2009), Analisis Data Kualitatif. Johor Bahru : Nasmax Sdn. Bhd.

Fatmawati, Zainul Akhyar, Mariatul Kiptiah (2012), Kemampuan Guru melakukan Penilaian Dalam Pembelajaran Pendidikan Kewarganegaraan (PKN) Di SMA Negeri Banjarmasin, Banjarmasin: Jurnal Pendidikan Kewarganegaraan Indonesia.

Jerome Branche, JohnMullennix,Ellen R.Cohn (2007), Diversity Across The Curriculum: A Guide For Faculty In Higher Education. Massachusetts : Anker Publishing Company, INC.

Khodori Ahmad (2012), Kepimpinan Pentaksiran Holistik Memacu Modal Insan Kreatifdan Inovatif, Kolokium Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. InstitutAminuddin Baki: Genting Highland.

Mary E. Lunz (2001), Examination Development Guidelines, Chicago : Measurement Research Associates Inc.

Muhammad Fauzan Abdul Wahid, (2006). Meningkatkan Kemahiran Membaca al-Quran Menerusi Latihan Amali & Tasmik al-al-Quran. Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa: Kuala Lumpur.

Muhyiddin bin Yassin, (2013). Dokumen Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Kementerian Pendidikan Malaysia: Putrajaya.

(11)

Najeemah Md. Yusof (2006), Konsep Pendidikan, Kuala Lumpur: PTS Professional Publications.

Ruseffendi (2005), Dasar-Dasar Penelitian Pendidikan dan Bidang Non Eksata,

Bandung: Tarsito.

Salina Binti Sa'don. (2006). Persepsi Pelajar Tingkatan 2 Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti 1 Terhadap Pembelajaran Tilawah al-Quran.UTM: Skudai.

Sapon Ibrahim (2011), Nota Kuliah UTHM : Kaedah Pengajaran. UTHM:Batu Pahat.

Siti Fatimah Ahmad & Ab.Halim Tamuri, (2010) Persepsi Guru Terhadap

Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Berasaskan Teknologi Multimedia dalam

Pengajaran j-QAF. Bangi : Journal of Islamic and Arabic Education.

Sulaiman Masri (2005), Kaedah Penyelidikan dan Panduan Penulisan Esei, Proposal, Thesis), Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Sufean Hussin (1996), Pendidikan Di Malaysia Sejarah, Sistem dan Falsafah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Syeikh al Muhaddith al Faqih : Penterjemah Shuhadak Mahmud (2011), 40 Teknik Rasulullah SAW Mengajar. Seremban : Al Azhar Media Enterprise..

Wan Khairuddin Wan Yahya & Ab Halim Tamuri. 2008. Aplikasi ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam di Sekolah dalam buku Pengintegrasian ICT dalam Pendidikan Penyelidikan, Amalan dan Aplikasi. Shah Alam : KarismaPublications SDN. BHD.

(12)

LAMPIRAN 1

Senarai Band Pentaksiran Bidang Tajwid KSSR Pendidikan Islam Tahun 3

BIDANG BAND DESKRIPTOR

TAJWID 1 Menyebut kalimah yang mengandungi

Memahami Bacaan Mad: bacaan Mad Asli (Mad Tabi’i) dengan bimbingan.

 Mad Asli

 Mad Silah Membaca potongan ayat yang mengandungi

2

Qosirah bacaan Mad Silah Qosirah dan Mad Badal

 Mad Badal dengan bimbingan.

 Mad ‘Iwad

Membaca potongan ayat yang mengandungi  Mad Tamkin 3 bacaan Mad Silah Qosirah dan Mad Badal

dengan betul. Bacaan Mim dan Nun

Syaddah 4 Membaca potongan ayat yang mengandungi

bacaan Mad ‘Iwad dan Mad Tamkin dengan betul.

5 Membaca ayat yang mengandungi bacaan Mim dan Nun Syaddah dengan betul.

6 Membaca ayat-ayat yang mengandungi bacaan Mad, Mim dan Nun Syaddah dengan betul dan berterusan.

(13)
(14)

Referensi

Dokumen terkait

Teori ini menjelaskan bila terjadi peningkatan agregate demand (bergesernya kurve AD ke kanan atas) sebagai akibat dari bertambahnya jumlah uang beredar, tetapi

Literatur yang ada mengungkapkan bahwa pada umumnya peneliti menentukan kelimpahan fitoplankton dengan cara-1, yakni mengumpulkan contoh-air dengan menyaring air memakai

Kualitas kepemimpinan unit pengusul dinilai antara lain dari kualitas proposal secara keseluruhan dan kemampuan unit pengusul untuk merencanakan dan menjalankan

P ertama – tama saya ucapkan terimakasih yang sebesar – besarnya kepada kedua orang tua saya Bapak Mardullah dan Ibu Suci yang tidak henti – hentinya berdoa, memberikan

Menurut Guidelines ACC/AHA, angio- grafi koroner diindikasikan (Kelas 1) untuk pasien dengan keluhan nyeri dada yang bertahan hidup setelah henti jantung men- dadak;

Guru yang efektif harus mampu mengarahkan siswa kepada topik pelajaran yang akan dipelajari siswa. Menurut Burns menyatakan, kegiatan prabaca adalah kegiatan pengajaran

Penelitian ini dilakukan agar masyarakat, terutama keluarga karaton mengetahui bahwa media dapat mengkonstruksi sebuah realitas dari peristiwa yang terjadi agar menjadi

Ketika seorang penulis menemukan kesalahan yang signifikan atau ketidaktepatan dalam / pekerjaannya sendiri yang diterbitkan, itu adalah kewajiban penulis untuk