• Tidak ada hasil yang ditemukan

PEMERINTAHAN ISLAM MENURUT MUHAMMAD ASAD

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PEMERINTAHAN ISLAM MENURUT MUHAMMAD ASAD"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

KAEDAH PENGAJIAN USULUDDIN

(IXGU 6121)

SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM MENURUT MUHAMMAD ASAD

NAMA : SYAHIDAH AKMAL BINTI ABD RAHMAN

(2)

1

ISI KANDUNGAN

Abstrak ... 2

1 Pendahuluan ... 2

2 Biografi Ringkas ... 3

3 Bentuk-bentuk Pemerintahan Islam ... 4

4 Tujuan Bernegara ... 5

5 Sifat-sifat Negara Islam ... 6

6 Rakyat dan Pemerintahan ... 6

7 Penutup ... 7

(3)

2

Tajuk : Sistem Pemerintahan Islam Menurut Pandangan Muhammad Asad

Abstrak

Islam menjadi agama rasmi bagi sesebuah negara menunjukkan bahawa itu adalah bernegara Islam kerana dominasi populasi muslim atau pemerintah negara itu diterajui oleh orang Islam. Suatu persoalan yang sering timbul, pembentukan negara Islam mengikuti perlaksanaan sistem pemerintahan negaranya berteraskan panduan Islam atau sebaliknya. Gambaran menunjukkan bahawa sistem pemerintahan Islam ini diaplikasikan secara hakiki atau tidak bagi negara yang berstatus sebagai negara Islam. Mereka mendakwa bernegara Islam memakai sistem pemerintahan Islam tapi hakikatnya Islam itu sekadar disarungkan tanpa pengamalannya. Hala tuju negara Islam dalam sistem ketatanegaraan hanya sekadar diterapkan ajaran-ajaran sosio-politik Islam kepada kehidupan bangsa itu apatah lagi undang-undang negara tersebut. Sistem pemerintahan Islam harus ditonjolkan di mata dunia sebagai sistem yang tepat dan telus dalam pengurusan warganegara di dalamnya yang merangkumi aspek sosial, ekonomi, pentadbiran dan sebagainya. Dasar pemerintahan Islam harus direncanakan dan menerapkan elemen-elemen Islam secara menyeluruh agar sistem pemerintahan Islam itu tidak dipandang lapuk dan mengikuti peredaran zaman. Pemerintahan Islam adalah ideal dan seiring konsep pemerintahan kontemporari di arena globalisasi kini.

1 Pendahuluan

(4)

3

Konsep negara Islam yang diketengahkan oleh Muhammad Asad adalah pembentukan negara Islam itu terjadi tatkala penerapan ajaran sosio-politik Islam diserapkan ke dalam kehidupan bangsa beserta ajaran-ajaran itu secara sedar dimasukkan menjadi tulang kepada undang-undang negara1.

2 Biografi Ringkas

Muhammad Asad (Leopold Weiss) dilahirkan pada 2 Julai sekitar tahun 19002 di Galicia Selatan, di mana tempat beliau membesar di kawasan komuniti Yahudi. Semasa Perang Dunia Pertama, beliau menyertai pasukan tentera darat Austria, tetapi sementelah Empayar Austria tumbang, beberapa minggu selepas itu beliau mendaftar masuk di Universiti Vienna dan mengambil bidang sejarah kesenian dan filosof.

Pada tahun1922 di musim bunga, Muhammad Asad menerima sepucuk surat daripada bapa saudaranya bernama Dorian yang mengajak beliau untuk tinggal bersama dengan bapa saudaranya di Jerusalem, di Bandar Tua berhampiran dengan pagar Jaffa. Muhammad Asad menerima ajakan bapa saudaranya dan mengembara ke Timur dengan menaiki kapal pada musim panas di tahun yang sama (1922). Pada usia 21 tahun, Muhammad Asad memulakan langkah pengalaman pengembaraan ke negara Arab.

Selepas beberapa bulan mengembara di Timur Tengah, Muhammad Asad kembali semula ke Jerman dan menerbitkan jurnal perjalanan beliau yang bertajuk “Unromantisches Morgenland, aus dem Tagebuch einer Reise.” Ini merupakan karya pertama beliau dalam terjemahan bahasa Inggeris yang terangkum pengalaman awal beliau semasa mengembara di sana. The Unromantic Orient 3sebuah jurnal yang mengagumkan dihasilkan oleh seorang lelaki muda yang sedang mencari kepastian dan pada masa yang sama menghasilkan wawasan tranformasi jiwa Muhammad Asad sendiri sehingga beliau menemui cahaya Islam. Apabila beliau sudah memeluk agama Islam, beliau banyak menghabiskan masa dengan belajar dan menghasilkan penulisan.

1-

Muhammad Asad, Azas-azas Negara dan Pemerintah di Dalam Islam, terj. Muhammad Radjab ( Los Angeles: University of California Press, 1964), 2.

2- Toheed Ahmad, “Muhammad Asad: The Story of a Story of a Story,”

Criterion Quarterly 6, no. 1 (September 2013), 1-2.

3

(5)

4

Selepas beliau memeluk agama Islam pada tahun 1926, beliau menetap di Arab, India, Pakistan, New York, Sharjah, Lebanon, Switzerland, Morocco dan Sepanyol destinasi terakhir di mana tempat beliau disemadikan bertemu Ilahi pada tahun 1992. Beliau dikebumikan di perkuburan Islam Granada. Hasil karya penulisan beliau yang lain adalah Islam at the Crossroads, This Law of Ours, The Road to Mecca, Sahih al-Bukhari : Early Years of Islam dan The Message of the Quran.

3 Bentuk-bentuk Pemerintahan Islam

Pemerintahan Islam yang menjadi contoh dan bertepatan mengikut syariah dan dikatakan sebagai model negara Islam iaitu pemerintahan di zaman Khalifah ar-Rasyidin4. Bentuk-bentuk pemerintahan menurut Muhammad Asad adalah seperti berikut :

i. Memastikan kebahagian dan kesejahteraan rakyat terjamin adalah dengan memerhatikan evolusi kemasyarakatan dan intelektual manusia agar kekakuan di dalam konsep hukum kenegaraan dapat dielakkan.

ii. Pastikan ia selari dengan tuntutan-tuntutan perkembangan kemasyarakatan yang sihat. iii. Tidak menetapkan sesuatu bentuk negara yang khusus iaitu di mana syariah tidak

menetapkan sesuatu pola tertentu asalkan ia dapat disesuaikan dengan negara Islam dan pada masa yang sama tidak tertumpu pada satu teori ketatanegaraan semata-mata.

iv. Bentuk negara dan perlembgaan yang dipilih hendaklah bersesuaian dengan hukum syar’i

yang jelas dan tegas. Ia dapat serasi harmonikan dengan kehidupan komuniti.

v. Pelaksanaan undang-undang yang bersesuaian dengan jangkaan (pengamatan/interpretasi) dengan isi al-Quran dan as-Sunnah iaitu melalui ijtihad.

4

(6)

5 4 Tujuan Bernegara

Tujuan bernegara Islam adalah menyediakan suatu dasar rangka politik bagi menyatukan persatuan dalam kalangan ummat Islam supaya bersatu dan saling tolong-menolong antara satu sama lain. Berdasarkan ayat al-Quran dalam surah al-Imran ayat 103-104 bermaksud,

berpegang teguhlah kamu sekalian pada tali Allah dan jangan bercerai-berai. Dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu sekalian masih bermusuh-musuhan, lalu

dengan nikmat-Nya disatukannya hati kamu sekalian sehingga menjadi bersaudara, dan

ketika kamu sekalian sudah berada di tubir neraka, lalu kamu sekalian diselamtkan-Nya.

Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu mendapat

petunjuk. Hendaknya ada di antaramu satu ummat yang menyeru pada kebaikan,

memerintahkan kepada yang ma’ruf dan mencegah yang mungkar dan mereka itulah

orang-orang yang akan memperoleh kemenangan”

( Surah al-Imran, 103-104)

Maka, tujuan mewujudkan sebuah negara Islam ialah : i. Membela persamaan dan keadilan

ii. Menyuruh orang berbuat baik dan melarang orang berbuat jahat

iii. Memelihara keadaan-keadaan sosial dalam kalangan manusia supaya dapat membentuk hidup yang baik sama ada dari segi rohani mahupun fizikal yang bersesuaian dengan hukum alamiah daripada Tuhan iaitu Islam

iv. Mencegah melakukan kezaliman dan menegakkan keadilan di permukaan bumi v. Penyatuan akidah berpaksikan tauhidullah yang Esa5 membentuk komproni

masyarakat yang rabbani

5- Rahimah Embong, Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad & Siti Fatimah Mohd, “ A Critical Analysis of

(7)

6 5 Sifat-sifat Negara Islam

Asas penting untuk mendirikan negara Islam meliputi beberapa aspek iaitu :

i. Menjalankan peraturan-peraturan syariah di wilayah-wilayah yang di bawah jurisdikasinya.

ii. Soal-soal urusan pemerintahan dan undang-undang duniawi yang tidak berlawanan

dengan syar’i. Undang-undang duniawi di sini membawa maksud ciptaan yang dapat diperbaiki.

iii. Taat pemerintah

Syarat pemerintah negara mestilah taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Merupakan seorang pemerintah yang tidak menghalalkan tindakan-tindakan yang diharamkan oleh syariah atau menegah perbuatan yang disuruh oleh agama.6

iv. Persetujuan rakyat

6 Rakyat dan Pemerintahan

Apabila seseorang ketua sudah dipilih selepas pemilihan sudah berlaku, ia dianggap sebagai sudah menerima ikrar kesetiaan daripada semua orang (rakyat marhaen) sama ada majoriti yang menyokongnya mahupun minoriti. Jika pemerintah memenuhi tuntutan syarak tuntutan si pemerintah terhadap kesetiaan rakyatnya adalah mutlak. Rakyat di bawah pemerintahannya wajib mematuhi segala perintahnya dan mereka harus bersedia mengorbankan seluruh milik, kesenangan dan harta kekayaan milik mereka termasuk nyawa mereka sekali.

Pemerintah yang memerintah atas nama Allah dan Rasul-Nya dan menjalankan tanggungjawabnya atas perintah syar’i, memiliki hak untuk meminta hak rakyatnya apabila ia melibatkan kepentingan masyarakat dan keamanan negara sejagat, maka pemerintah berhak ;

i. Memikulkan sesuatu pajak dan cukai tambahan yang dianggap perlu untuk kesejahteraan masyarakat di luar dan di atas zakat yang ditetapkan dan diwajibkan dalam al-Quran dan as-Sunnah.

6

(8)

7

ii. Memikulkan perbatasan terhadap milik peribadi atas beberapa jenis kekayaan, alat-alat produksi atau sumber-sumber alam yang diurus oleh kerajaan negara sebagai perusahaan untuk kegunaan awam.

iii. Mewajibkan semua warganegara yang berbadan sihat menyertai ketenteraan demi pertahanan dan keselamatan negara.

7 Penutup

Sistem pemerintahan yang menepati syarak berlandaskan ideologi al-Quran dan as-Sunnah dan memenuhi kehendak semasa tanpa berorientasikan pedoman teori politik pemerintahan yang bukan Islam dapat menjuruskan sesebuah pemerintahan negara yang ideal dan komprehensif. Masyarakat yang bahagia adalah bersungguh-sungguh bersatu padu dari dalam dan memiliki kesepakatan dalam mengenai ‘apa yang benar dan apa yang salah’ dalam muamalat manusia serta bersefahaman mengenai satu kewajipan moral yang timbul dari satu hukum moral yang tetap dan mutlak. Jika perkara ini terlaksana, masyarakat itu bersatu atas dasar agama yakni bersatu atas paksi tauhidullah .

(9)

8 Bibliografi

Muhammad Asad, Azas-azas Negara dan Pemerintah di Dalam Islam, terj. Muhammad Radjab (Los Angeles: University of California Press, 1964).

Toheed Ahmad, “Muhammad Asad: The Story of a Story of a Story,” Criterion Quarterly 6, no. 1 (September 2013).

Muhammad Asad, The Unromantic Orient (Kuala Lumpur: Islamic Book Trust, 2004).

Muhammad Asad, Sebuah Kajian Tentang Sistem Pemerintahan Islam:Minhaj al-Islam fi al- Hukmi, terj. Afif Mohammad (Bandung: Penerbit Pustaka, 1985).

Rahimah Embong, Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad & Siti Fatimah Mohd, “ A Critical

Analysis of Muhammad Asad’s Thought On Islamic Civilization” (Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century, Universiti Sultan Zainal Abidin, 6-7 Jun 2015).

Referensi

Dokumen terkait

‫ِهَّلل‬ ‫ِمۡسِب ٱ ِهَّلللرِنَٰمۡح ِهَّلللر ي‬ Alhamdulilahi robbil „aalamiin segala puji penulis haturkan atas kehadirat Allah SWT yang

HASIL PENILAIAN SEJAWAT SEBIDANG ATAU PEER REVIEW KARYA ILMIAH: JURNAL ILMIAH

Sama izra- da kapitalnog prora č una uobi č ajeno se odvija u pet koraka; prvi korak je »inventura« postoje ć e kapitalne imovine dr ž ave ili lokalne jedinice (ova vrsta

Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui dan menjelaskan pengaruh Pesan Iklan terhadap Keputusan Pembelian.Variabel bebas yang digunakan dalam penelitian ini adalah Isi Pesan

Grafik Perbandingan antara Beton Tanpa Serat dengan Serat Kaleng Dari data rata-rata pengujian beton dengan bahan tambah serat kaleng dapat dilihat bahwa penambahan serat

Pada kejadian hujan yang singkat dan kecil di atas lahan bertajuk lebat (hutan), sebagian besar hujan tertahan oleh intersepsi, sehingga infiltrasi kumulatif untuk sangat

Faktor-faktor yang berhubungan dengan berat badan bayi saat lahir antara lain usia ibu hamil, jarak kehamilan, jumlah anak yang dilahirkan, status gizi ibu hamil (kenaikan

Seperti telah disebutkan di atas bahwa siput penular schistosomiasis japo- nica ( 0. hupensis lindoensis) adalah siput yang besifat amfibi (amphibious) sehingga siput