• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENDIDIKAN ALAM SEKITAR MENYUMBANG KE AR

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PENDIDIKAN ALAM SEKITAR MENYUMBANG KE AR"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

56

PENDIDIKAN ALAM SEKITAR MENYUMBANG KE ARAH PENINGKATAN KUALITI HIDUP MASYARAKAT DI MALAYSIA

Haryati Shafii (Ph. D) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Abstrak

Pendidikan dilihat sebagai satu pelaburan kerana sistem pendidikan akan melatih tenaga manusia bagi tujuan pembangunan. Pendidikan alam sekitar sama ada secara formal dan tidak formal merupakan kaedah yang dapat menyelesaikan masalah persekitaran pada masa kini dan mencegah daripada timbulnya masalah baru. Kertas ini membincangkan bagaimana pendidikan alam sekitar yang boleh diajar di peringkat sekolah boleh melahirkan warga yang ‘celik alam sekitar’ dan mencintai alam sekitar dapat menyumbang dan seterusnya meningkatkan kualiti hidup masyarakat. Pendidikan alam sekitar merupakan aktiviti sepanjang hayat dan bersifat multidisiplin. Pendekatan dan pengisian dalam pendidikan alam sekitar mengandungi 3 aspek iaitu pendekatan melalui Pendidikan Mengenai Alam Sekitar, Pendidikan Di Dalam Alam Sekitar dan Pendidikan Untuk Alam Sekitar. Perkembangan pendidikan alam sekitar sejak akhir-akhir ini diasaskan kepada ‘kemampanan alam sekitar’ penting bagi mengintegrasi ketiga-tiga pendekatan pendidikan alam sekitar dan seterusnya meningkatkan kualiti hidup masyarakat Malaysia pada masa akan datang.

PENGENALAN

(2)

57

masyarakat yang mampu memahami hubungan antara persekitaran manusia dan persekitaran fizikal. Kemampuan memahami interaksi ini adalah amat penting kerana kedua-dua persekitaran adalah saling berkaitan, kerana sebarang kacau ganggu yang berlebihan terhadap persekitaran fizikal akan memberi impak terhadap persekitaran manusia. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Malaysia adalah merupakan suatu pendidikan yang berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah menggariskan beberapa matlamat yang terkandung di dalam falsafahnya adalah untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada Lima Rukun Negara (Kementerian Pendidikan Malaysia 1998). Selaras dengan itu, pendidikan alam sekitar juga termaktub dan selaras bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmoni.

Pendidikan alam sekitar sebagaimana yang dipersetujui di Persidangan UNESCO dalam Deklarasi Tbilisi 1977, ditakrifkan meliputi segala aktiviti pembelajaran, komunikasi massa, penglibatan komuniti serta apa-apa aktiviti lain yang bertujuan untuk membentuk populasi manusia yang peka dan mengambil berat terhadap alam sekitar dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya (Moseley 2000). Selain itu juga, pendidikan alam sekitar adalah berhasrat untuk membentuk populasi manusia yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, sikap, motivasi dan komitmen untuk bekerja secara individu dan kolektif dalam menyelesaikan masalah persekitaran pada masa kini dan mencegah masalah baru daripada muncul. O’ Riodan (1981) berpendapat bahawa pendidikan alam sekitar mempunyai persamaan dengan pendidikan kewarganegaraan yang tujuannya adalah untuk membina komitmen dan tanggungjawab sosial yang berteraskan pandangan holistik tentang hubungan manusia dan alamnya.

(3)

58

(UNCHE) di Stockholm, Sweden 1972, UNESCO dan sebagainya. Inti pati kepada persidangan ini adalah menekankan keperluan kepada penjagaan, pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar daripada kemerosotan akibat pembangunan manusia.

Situasi ini diperkuatkan lagi dengan terbitnya laporan Brundtland pada April 1987 yang menyarankan negara-negara dunia supaya menerapkan pendekatan baru dalam pengurusan alam sekitar melalui pendekatan pembangunan berterusan. Pendekatan alam sekitar dewasa ini melihat perlunya pengurusan alam sekitar melalui konsep pembangunan berterusan (sustainable development) yang didefinisikan sebagai;

“Pembangunan yang memenuhi keperluan masa kini tanpa menjejaskan keperluan masa depan untuk memenuhi keperluan mereka”

Prinsip tersebut didasari oleh lapan prinsip telah pun diterapkan oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia dalam rangka strategi pengurusan alam sekitar di negara ini. Selain daripada itu, kepentingan pendidikan dalam menuju pembangunan lestari turut diberi perhatian dalam Agenda 21 yang merupakan pelan tindakan hasil daripada Persidangan di Rio de Janeiro dalam tahun 1992.

DASAR ALAM SEKITAR NEGARA

(4)

59

Rajah 1: Dasar Alam Sekitar Malaysia

Agenda 21: Konsep Kesejahteraan Alam Sekitar Melalui Pendidikan Dan Kesedaran Terhadap Alam Sekitar

Bagi memperoleh kefahaman yang lebih mendalam dan lebih baik tentang konsep kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari dan sikap prihatin terhadap alam sekitar, pendidikan dan kesedaran terhadap alam sekitar akan digalakkan secara menyeluruh dengan penggabungan penyebaran maklumat dan latihan, serta selaras dengan cadangan-cadangan dalam Agenda 21.

Dalam Agenda 21, isu pendidikan alam sekitar telah diberi tumpuan utama dalam Chapter 36. Melalui Chapter 36 ini, perkara utama yang dibincangkan ialah bagaimana untuk mengorientasikan semula sistem pendidikan alam sekitar ke arah pengkhususan, pengawasan dan pembangunan berterusan (Nasaruddin 1993). Di samping itu juga, penekanan diberikan untuk meningkatkan lagi kesedaran dan kepekaan orang awam terhadap alam sekitar serta memperkenalkan latihan-latihan tertentu bagi pengurusan dan pengawalan terhadap alam sekitar.

Jadual 1: Pendidikan dan Kesedaran yang Selaras Dengan Agenda 21

1.1. Pendidikan alam sekitar yang formal dan tidak formal yang menyeluruh dan strategi latihan serta program penyebaran maklumat akan dirumus dan diperkenalkan.

1.2.Alam sekitar dan pembangunan akan diintegrasikan dalam aktiviti pendidikan dari peringkat sekolah hingga pendidikan tinggi. Kaedah dan bahan yang sesuai akan diwujudkan untuk program pendidikan alam sekitar.

Pembangunan Lestari

Kemajuan Ekonomi, Sosial &

Kebudayaan

(5)

60 1.3. Pusat kecemerlangan kebangsaan akan didirikan untuk penyelidikan dan pendidikan antara disiplin dalam bidang alam sekitar dan pembangunan akan didirikan dengan tujuan

memperkukuh keupayaan negara dalam bidang yang berkaitan.

1.4. Kurikulum pendidikan di semua peringkat akan dikaji semula untuk memastikan pendekatan pelbagai disiplin dan isu-isu alam sekitar dan pembangunan.

1.5. Aktiviti pendidikan tidak formal akan digalakkan di peringkat tempatan dan kebangsaan. Aktiviti ini akan melibatkan secara langsung dengan kumpulan sokongan sosial, dan mengiktiraf peranan penting yang dimainkan oleh unit keluarga dalam menyemai sikap positif terhadap alam sekitar.

1.6. Perkembangan maklumat untuk orang awam mengenai alam sekitar dan pembangunan akan disediakan dan akan merangkumi penggunaan teknologi maklumat, multimedia dan lain-lain kaedah pandang dengar. Forum awam dan ilmiah untuk membincangkan isu alam sekitar dan pembangunan akan digalakkan. 1.7. Aktiviti seni dan kebudayaan yang

mengandungi mesej positif yang berkaitan dengan alam sekitar dan pembangunan akan digalakkan.

1.8. Peranan media dalam menyebar maklumat alam sekitar akan

dipergiatkan. Bidang kewartawanan alam sekitar khususnya dan persatuan wartawan alam sekitar akan diberi pengiktirafan dengan tujuan ke arah membentuk tingkah laku dan pola penggunaan orang awam.

1.10. Isu alam sekitar dan

pembangunan akan diintegrasikan ke

(6)

61

Di peringkat nasional pula, Persidangan Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel yang berlangsung pada 12 Oktober 1989 di Langkawi, telah memeterai Deklarasi Langkawi mengenai alam sekitar. Deklarasi Langkawi telah menetapkan satu ketetapan yang dicapai oleh negara-negara berkenaan untuk bertindak secara bersama bagi menyelamatkan alam sekitar daripada kemusnahan. Antara tindakan yang telah dipersetujui bersama adalah untuk merancang dan melaksanakan satu program pendidikan yang berkesan bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar (Kementerian Pendidikan Malaysia 1998). Melalui pendidikan alam sekitar akan dapat meningkatkan kemahiran dan sikap terhadap isu-isu alam sekitar serta membolehkan seseorang individu mengambil bahagian dalam usaha-usaha melindungi dan memulihara alam sekitar secara aktif.

KONSEP DAN ASAS PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Di Malaysia pendidikan alam sekitar boleh diperoleh sama ada melalui pendidikan formal dan pendidikan tidak formal. Ianya merupakan aktiviti sepanjang hayat dan bersifat multidisiplin. Sebagaimana yang digariskan dalam tiga matlamat utama (UNESCO 1980), pendidikan alam sekitar melibatkan kewajipan seperti kesediaan untuk melibatkan diri sebagai anggota komuniti, kebolehan untuk memperdebatkan polisi awam dan kesediaan untuk memberi sumbangan untuk kepentingan orang lain. Tiga matlamat utama pendidikan alam sekitar (UNESCO 1980) iaitu;

1. Memberi kesedaran tentang saling bergantungan antara sistem ekonomi, sosial, politik dan ekologi di kawasan bandar dan luar bandar;

2. Memberi peluang kepada setiap individu untuk mendapatkan pengetahuan, membina nilai, sikap dan komitmen serta kemahiran yang diperlukan untuk memelihara dan memperbaiki keadaan alam sekitar;

3. Membentuk sikap yang baru dalam diri individu, kumpulan dan masyarakat dalam menangani permasalahan alam sekitar;

(7)

62

Nominal (Nominal Environment Literacy), Celik Alam Sekitar Fungsian (Functional Environment Literacy) dan ‘Celik Alam Sekitar Operasi’ (Operational Environment Literacy). Secara rumusnya, setiap satu peringkat tersebut mempunyai maksud yang berbeza baik daripada segi keupayaan istilah mahupun dalam menjelaskan tentang sesuatu isu. Walau bagaimanapun, matlamat akhirnya adalah berasaskan teori yang bermula dengan kesedaran, mengambil berat, memahami dan akhirnya mengambil sesuatu tindakan.

Seseorang yang hanya sedar mengenai persekitarannya belum lagi boleh dikatakan sebagai seorang yang ‘celik alam sekitar’. Ianya haruslah melibatkan pemahaman seseorang individu tentang bahaya kerosakan atau pencemaran alam sekitar dan mampu untuk menjelaskan kepada orang lain tentang isu tersebut. Seterusnya dapat mempraktiskannya dalam bentuk tingkah laku yang boleh membantu mengurangkan masalah pencemaran, umpamanya melakukan amalan kitar semula bagi mengurangkan lambakan sampah sarap, berkongsi kereta bagi mengurangkan pencemaran udara, menjimatkan ‘parking’, kereta, mengelakkan kesesakan lalu lintas dan sebagainya.

PENDEKATAN, PENGISIAN DAN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Tilbury (1995) mengemukakan tiga pendekatan yang boleh diambil dalam pendidikan alam sekitar iaitu berkenaan dengan Pendidikan Mengenai Alam Sekitar; Pendidikan Di Dalam Alam Sekitar; dan Pendidikan Untuk Alam Sekitar. Pendekatan ini setiap satunya mempunyai pengisian dan objektif yang khusus bagi memberi pendidikan alam sekitar kepada masyarakat. Ketiga-tiga pendekatan tersebut adalah menerangkan berkaitan;

1. Pendidikan Mengenai Alam Sekitar (Education about the environment) berfokuskan kepada pengetahuan, kesedaran dan pemahaman tentang interaksi manusia dan alam sekitar. Ianya biasa digunakan dalam kurikulum sains dan geografi, iaitu alam sekitar menjadi tajuk atau tema yang diperbincangkan.

(8)

63

langsung pelajar dalam persekitaran tertentu misalnya melalui kerja lapangan di hutan atau lawatan ke tapak pelupusan sampah. 3. Pendidikan Untuk Alam Sekitar (Education for the environment).

Pendekatan ini memberi fokus kepada matlamat memperbaiki dan memelihara alam sekitar. Ia juga cuba membina rasa tanggungjawab terhadap alam sekitar serta menggalakkan penglibatan aktif dalam menyelesaikan masalah alam sekitar. Perkembangan pendidikan alam sekitar pada masa kini telah memperlihatkan penekanan terhadap pendidikan untuk kelestarian alam. Bagi mencapai matlamat kelestarian alam tersebut, ketiga-tiga pendekatan yang dibincangkan di atas adalah praktikal dalam konteks melahirkan individu yang bukan sahaja peka terhadap isu alam sekitar, tetapi juga mengenal pasti masalah yang berlaku dan seterusnya memainkan peranan sebagai pihak yang aktif menguruskan alam sekitarnya. Sebagai contoh, para pelajar diberikan tugasan berkenaan dengan pencemaran alam sekitar di kawasan tempat tinggal (manusia/pelajar). Para pelajar yang terlibat akan segera ‘menangkap isu’ dengan melihat masalah alam sekitar di persekitaran mereka. Mungkin dalam masa tersebut mereka akan tertarik dengan isu pencemaran sungai, sampah sarap, pencemaran udara, bunyi/hingar dan sebagainya. Justeru, para pelajar akan terlibat secara langsung (pembelajaran berasaskan aktiviti) kerja lapangan dengan melihat sejauh mana pencemaran tersebut berlaku daripada aspek;

1. Lokasi pencemaran

2. Punca-punca pencemaran 3. Jenis-jenis pencemaran

4. Kesan-kesan pencemaran (mungkin dapat dilihat dengan mata kasar)

5. Cadangan dan langkah-langkah mengatasi masalah tersebut berlaku pada masa hadapan.

(9)

64

pemahaman mereka menjadi lebih jelas apabila mereka merasai sendiri pengalaman tersebut. Melalui cara ini isu-isu alam sekitar bukan sahaja berkisar setakat menyiapkan tugasan yang diberikan oleh para guru bahkan penglibatan mereka secara langsung akan memberi nilai keinsafan dan impak yang mendalam berbanding dengan pengajaran di dalam bilik darjah. Rajah 2 menunjukkan kepentingan pemahaman terhadap interaksi proses semulajadi, sistem kegunaan manusia dan isu kemerosotan/konflik kualiti alam sekitar kepada pelajar/masyarakat

Rajah 2: Kepentingan Pemahaman Terhadap Interaksi Proses Semulajadi, Sistem Kegunaan Manusia dan Isu Kemerosotan/Konflik Kualiti Alam Sekitar Kepada Pelajar/Masyarakat (Ubah suai daripada Jamaluddin Md. Jahi 2001)

Cadangan yang dikemukakan oleh O’ Riordan (1981) mengenai pengisian kurikulum pendidikan alam sekitar menggambarkan kepentingan ketiga-tiga pendekatan iaitu mengenai Alam Sekitar, Di Dalam Alam Sekitar dan Untuk Alam Sekitar perlu diintegrasikan. Pengintegrasian ini boleh dilakukan dengan menggabungkan ilmu bidang sains tulen dan persoalan moral dan etika yang berasaskan kesejahteraan umat manusia. Selain daripada itu, isu-isu sensitif yang berkaitan dengan alam sekitar

SISTEM KEGUNAAN makanan , sumber asli & sebagainya

Pencemaran udara & bunyi bising. Pencemaran air sungai & marin. Pencemaran sampah sarap & bahan buang toksid & berbahaya.

(10)

65

seharusnya difahami dengan sejelas mungkin kerana ianya akan mempengaruhi bentuk dan fungsi bagi sesebuah institusi. Justeru, O’Riordan telah mencadangkan bahawa program pendidikan alam sekitar sama ada formal mahupun tidak formal seharusnya memasukkan elemen-elemen berikut bagi menjamin kelestarian dalam pendidikan alam sekitar kepada individu umumnya. Program pendidikan alam sekitar tersebut seharusnya mempunyai beberapa perkara tersebut;

1. Pemahaman yang komprehensif tentang hubungan saling kaitan antara komponen-komponen atmosfera, litosfera, hidrosfera dan biosfera untuk mewujudkan keseimbangan dinamik (O’Riordan 1981; Goudie 1992 & Park 1997).

2. Kebolehan untuk mengumpul maklumat dan fakta untuk menguatkan lagi pemahaman seseorang mengenai sesuatu isu -contohnya dalam setiap kes yang melibatkan alam sekitar fizikal, sekiranya terdapat gangguan melalui sesuatu proses, gangguan ini akan menyebabkan berlakunya tindak balas untuk memperbaiki keadaan (O’Riordan 1981 & Jamaluddin Md Jahi 2001).

3. Kebolehan untuk mengorganisasi dan menganalisis mengenai pelbagai maklumat bagi membina kesedaran terhadap hubungan antara sistem-sistem yang terlibat. Misalnya pemahaman terhadap keseimbangan dinamik dapat dicapai secara semula jadi, tetapi jangka masa keseluruhan proses tersebut bergantung kepada magnitud gangguan tersebut (O’Riordan 1981; Odum 1971 & Turk et. al 1978).

4. Keprihatinan terhadap isu sosiopolitik yang boleh mempengaruhi hal-hal berkaitan alam sekitar- umpamanya pembangunan di kawasan sensitif alam sekitar.

(11)

66

PENDEKATAN BERASASKAN MODEL ‘CELIK ALAM SEKITAR’

Matlamat untuk memberi kesedaran dan pemahaman terhadap pendidikan alam sekitar adalah selaras dengan konsep ‘celik alam sekitar’ atau environmental literacy (Moseley 2000). Sikap ‘celik alam sekitar’ ini terbina dalam tiga peringkat (model) atau menurut kontinuum berikut;

Rajah 3: Model Teori ‘Celik Alam Sekitar’ Secara Kontinuum Applied To Quality Of Life.

(Ubah suai daripada Moseley 2000)

Celik alam sekitar’ nominal (Nominal environmental literacy)- maksudnya; kebolehan untuk mengenal pasti istilah-istilah asas berkenaan dengan alam sekitar dan mengetahui maknanya secara umum. Pada peringkat ini seseorang itu meskipun mengetahui istilah-istilah berkenaan tetapi tidak memahami secara mendalam akan maksudnya. Mereka hanya mempunyai kemahiran yang asas dan kurang terlibat dalam aktiviti berkaitan alam sekitar.

‘CELIK ALAM SEKITAR’

NOMINAL

‘CELIK ALAM SEKITAR’

FUNGSIAN

‘CELIK ALAM SEKITAR’ MODEL ‘CELIK ALAM

SEKITAR’

Aw am/ masyarakat umum Para pelajar Para Profesional

(12)

67

Manakala ‘Celik alam sekitar’ fungsian (Functional environmental literacy) maksudnya; keupayaan untuk menggunakan pengetahuan asas, konsep dan kemahiran berfikir dan mampu untuk menjelaskan sesuatu isu kepada pihak ketiga sama ada secara bertulis ataupun secara lisan.

Seterusnya ialah peringkat ‘Celik alam sekitar’ operasi (Operational environmental literacy) maksudnya; memilih antara pelbagai pilihan serta mengambil keputusan dan tindakan yang bersesuaian dengan pendirian yang dipegang.

Secara teorinya, kontinuum ini akan bermula dengan kesedaran, mengambil berat, memahami dan akhirnya mengambil sesuatu tindakan. Seseorang yang hanya sedar mengenai persekitarannya belum lagi boleh dikatakan sebagai seorang yang ‘celik alam sekitar’. Misalnya jika kita sedar bahawa jerebu boleh menyebabkan gangguan kesihatan kepada manusia dan hidupan. Kita seharusnya juga perlu memahami jenis-jenis gas yang terkandung di dalamnya serta kesannya ke atas manusia, hidupan dan kesihatan ekosistem serta mampu juga menjelaskan kepada orang lain. Pada peringkat ini, kita hanya dikatakan ‘celik alam sekitar’ Nominal dan Fungsian sahaja. Manakala untuk pergi ke tahap ‘celik alam sekitar’ Operasi pula, akan tercapai sekiranya kita turut mempraktiskan perbuatan/tingkah laku yang secara langsung menjurus kepada meminimakan masalah pencemaran udara dan faktor-faktor yang menyumbang ke arah pencemaran tersebut. Contohnya, faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah jerebu, iaitu dengan menghentikan pembakaran terbuka, mengambil pendekatan berkongsi kereta, menggunakan ‘pengangkutan hijau’, berhenti merokok dan sebagainya. Apabila seseorang itu sudah berada pada tahap ‘celik alam sekitar’ operasi, seseorang itu haruslah juga mengetahui apakah langkah-langkah yang perlu dilaksanakan bagi memelihara dan memulihara alam sekitar daripada terus dicemari. Menurut Tilbury (1995), beliau telah membahagikan tindakan yang perlu diambil oleh seseorang berdasarkan enam kategori iaitu;

(13)

68

Pemujukan – cubaan untuk mengubah persepsi dan tanggapan orang awam melalui perbahasan, surat, kempen dalam media massa dan elektronik atau sebaran bahan berkaitan alam sekitar. Konsumerisme – mengambil tindakan memulaukan barangan yang

mencemarkan alam sekitar atau mengenakan sekatan ekonomi ke atas negara yang mengeluarkan produk yang tidak mesra alam. Tindakan politik – melobi, mengundi atau menyokong pemimpin

yang memperjuangkan alam sekitar, penggubal undang-undang dan polisi berkaitan alam sekitar.

Tindakan undang-undang – membantu dalam penguatkuasaan undang-undang dan memudahkan kerja-kerja pihak berkenaan-contoh melaporkan pencemaran yang berlaku di persekitaran.

Eko- pengurusan – memelihara dan memperbaiki landskap secara fizikal.

Justeru, pendidikan alam sekitar dianggap sebagai satu alat pengurusan alam sekitar yang bersifat jangka panjang. Berbeza dengan pendidikan perundangan, pendidikan alam sekitar mengambil waktu yang lama sebelum hasilnya sebagai alat pengurusan alam sekitar benar-benar dapat dilihat (Rozita Ibrahim 2001). Pendidikan alam sekitar yang berkesan bukan sahaja dapat mendidik individu menjadi warganegara yang baik, bahkan hasilnya nanti kepatuhan dan ketaatan kepada undang-undang dan negara keseluruhannya. Begitu juga dengan pemupukan perasaan sayangkan tanah air, dengan mengambil kira aspek pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar untuk warisan sejagat.

PENGERTIAN KONSEP KUALITI HIDUP DAN PENDIDIKAN

(14)

69

berakhlak mulia dan bertanggungjwab. Berdasarkan fenomena kini, pendidikan alam sekitar akan dapat meningkatkan kualiti hidup masyarakat berasaskan pembangunan sesebuah negara melalui strategi pembangunan mampan.

Terdapat tiga pendekatan falsafah yang menentukan kualiti hidup. Pertama, ciri kehidupan yang sejahtera (good life), ditentukan oleh kebaikan normatif berasaskan agama, falsafah dan sistem-sistem yang lain. Kedua, berasaskan kepuasan pilihan (satisfaction of preferences), iaitu memilih perkara yang meningkatkan kualiti hidup di sebalik kekangan sumber (dipengaruhi pemikiran ekonomi). Ketiga, mengikut pengalaman individu iaitu perspektif kesejahteraan subjektif yang digunakan dalam sains psikologi dan perlakuan (Brock 1993).

Pentakrifan tentang kualiti hidup pula menunjukkan betapa sukar ianya ditakrifkan, kerana ia membawa kepada konsep yang pelbagai. Kualiti hidup bukan sahaja melibatkan taraf kehidupan masyarakat, bahkan turut menggambarkan tentang kebendaan, ketersediaan dan ketersampaian kemudahan sosial, ekonomi, pengangkutan dan infrastruktur serta pilihan kemudahan rekreasi dan taman permainan kanak-kanak. Oleh yang demikian, menurut Cummins (1999) dan Lim et al. (1999), terdapat 100 definisi yang telah diberikan untuk menerangkan aspek kualiti hidup. Ini menunjukkan bahawa kualiti hidup adalah pelbagai demensi. Kebiasaannya ia boleh dibahagikan kepada sesuatu yang objektif dan subjektif. Bersifat objektif di sini bermaksud, ianya boleh dikenal pasti. Manakala subjektif pula adalah komponen yang melibatkan perasaan umum terhadap kehidupan (Cummins 1999; Leitmann 1999; Busch 1999; Carlsson et al. 2002).

(15)

70

Untuk mengukur kualiti hidup rakyat Malaysia, Jabatan Perdana Menteri telah memilih sepuluh bidang dan 38 penunjuk untuk mewakili ukuran agregat kualiti hidup. Sepuluh bidang tersebut termasuklah;

a. Pendapatan dan pengagihan b. Persekitaran kerja

c. Pengangkutan dan komunikasi d. Kesihatan

e. Pendidikan f. Perumahan g. Alam sekitar

h. Kehidupan berkeluarga i. Penyertaan sosial j. Keselamatan awam.

Kualiti hidup bukan hanya melibatkan kebendaan tetapi juga melibatkan semua perkara yang dapat mempengaruhi tahap kepuasan manusia mengikut ruang dan masa. Oleh yang demikian, kualiti hidup merujuk kepada perubahan yang berlaku dalam masyarakat ke satu arah yang lebih baik, iaitu semakin memenuhi tahap berpuas hati dalam kalangan masyarakat, bagi meneruskan kelangsungan untuk hidup selesa.

PENDIDIKAN ALAM SEKITAR KE ARAH MENINGKATKAN KUALITI HIDUP MASYARAKAT

(16)

pelajar-71

pelajar yang terdedah dengan pendidikan ini akan dapat menyumbang ke arah peningkatan kualiti hidup kerana mereka akan menentang apa juga pencemaran, kacau ganggu dan kerosakan yang dilakukan oleh tangan manusia lain. Dengan kata lain, pendidikan alam sekitar akan dapat membentuk jiwa dan diri individu menjadi seorang yang mencintai alam sekitarnya.

KESIMPULAN

(17)

72 RUJUKAN

Brock, D. (1993). Quality of life measures in health care and medical ethles. In San. A.S. Nussbaum, M. (eds). The quality of life. Oxford: Claredon press.

Busch, E.W. (1999). Stability and change of subjective indicator of urban quality of life in switzerland. Dlm. Lim, L.Y.,Yuen, B., Low, C. (pnyt.) Urban quality of life: critical issues and options. Singapura: NUS. Carlsson, I., Frederiksen, S.O. & Gottfries, C.G. (2002). Quality of life and

standard of living in a randomly selected groud of psychiatrically disabled people in sweden 2 years after a psychiatry reform. Eur. Psychiatry: 17:179-187.

Cummins, R.J. (1999). A psychometric evaluation of the comprehensive quality of life scale-fifth edition. Dlm. Lim, L.Y., Yuen, B., Low, C. (pnyt.). Urban quality of life: critical issues and options. Singapura: NUS.

Goudie, A.S. (1992). Environmental change. Oxford: Oxford University Press.

Kementerian Sains, Tekonologi & Alam Sekitar (2007). Dasar alam sekitar negara 2002. http://www.doe.gov.my/en/content/buku-dasar-alam-sekitar-negara. Tarikh capaian 12 September 2009.

Jamaluddin Md. Jahi. (2001). Pengurusan Alam Sekitar di Malaysia dari stockholm ke Rio De Jainero dan seterusnya. Syarahan Perdana. Bangi. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Buku panduan guru pendidikan alam sekitar merentasi kurikulum KBSM. Kuala Lumpur. Pusat Perkembangan Kurikulum.

Leitmann, J. (1999). Can city quality of life indicator can be objective and relevant? toward a tool for sustaining urban development. Dlm. Lim, L.Y., Yuen, B., Low, C. (Pnyt.). Urban quality of life: critical issues and options. Singapura: NUS.

(18)

73

Malaysia. (1999). Laporan kajian separuh penggal rancangan malaysia ketujuh. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional.

Moseley, M. (2000). Teaching for environment literacy. Clearing House 74 (1): 23-24.

Nasaruddin Haji Shamsuddin. (1993). Pendidikan alam sekitar. Kursus pendidikan alam sekitar merentasi kurikulum bersepadu sekolah rendah peringkat negeri Sabah 1993. Anjuran Unit Pendidikan Alam Sekitar, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur. 13-22 Oktober. Dlm. Mohmadisa Hashim. (2002). Pendidikan alam sekitar sebagai satu cara pembentukan etika yang berkesan dalam masyarakat di Malaysia. Dlm.Jamaluddin Md. Jahi, Mohd Jailani Mohd Nor, Kadir Arifin & Muhammad Rizal Razman. (2002). Isu-isu persekitaran di Malaysia. Bangi. Program Pengurusan Persekitaran, Pusat Pengajian Siswazah, UKM.

Odum, E. P. (1971). Fundanmentals of ecology. Philadelphia: W.B.Saunders Co.

O’ Riordian, T. (1981). Environmentalism. London: Pion Limited. Park, C. (1997). The environment. London. Routledge.

Raphael, D., Rukholm, E., Brown, I., Bailey, P.H. & Donato, E. (1996). The quality of life profil-adolescent version: background, description and initial validation. Journal of Adolescent Health 19: 366-375.

Raphael, D., Renwick, R., Brown, I., Steinmentz, B., Sehdev, H. & Philips, S.(2001). Making the links between community structure and individual well-being: community quality of life in riverdale, toronto, canada. Healthy and Place 7:179-196.

Rozita Ibrrahim. (2001). Pendidikan alam sekitar: isu dan cabaran. Dlm.Jamaluddin Md. Jahi & Mohd Jailani Mohd Nor. Proceedings national seminar on environmental management current development & future planning. UKM, Bangi. 14-15 August, 2001.

(19)

74

Turk, A., J., Wittes, J.T. & Wittes, R. E. (1978). Environmental Science (2nd edition). Philadelphia: W.B. Saunders Co.

Referensi

Dokumen terkait

Di Pemilukada 2007 misalnya, semua pasangan yang berkompetisi memutuskan untuk memilih tokoh-tokoh politik yang berlatarbelakang Pu- lau Bangka dan Pulau Belitung dalam menarik

Penelitian yang dilakukan oleh Silvia Losiana Lomanto (2012) hasil pengujian menunjukkan adanya pengaruh secara signifikan antara gaya kepemimpinan terhadap kepuasan

H asil penting setelah analisis data dalam penelitian diidenti f ikasi bahwa kualitas pelayanan berpengaruh positi f secara tidak langsung terhadap valensi word of mouth

7 Bagi saya pimpinan dalam perusahan sudah dapat menerima saran yang disampaikan pegawai dengan baik. 8 Saya merasa atasan dapat memberikan solusi yang baik atas keluhan

Dari hasil perhitungan mengunakan metoda bola bergulir dengan jenis terminasi udara non konvensional radius proteksi yang didapat lebih besar dari radius proteksi yang

Tujuan pada penelitian ini adalah untuk menganalisis Pengaruh atribut produk dan segmentasi perilaku terhadap positioning sepeda motor skutik Suzuki di dealer UMC

Kepala Unit Kerja/Kepala Satuan Kerja (Satker) bertanggung jawab dalam

Gambar 5.. 0 C, dan kecepatan gas pembakaran 3,415 m/s simpulan sementara bisa menjadi parameter mengukur laju peprpindahan panas. Susunan pipa juga bisa jadi