• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pengajian Am Akses ke pasaran eksport

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Pengajian Am Akses ke pasaran eksport"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

Akses ke pasaran eksport -

Keperluan Dan Halangan

SESUATU perusahaan tidak hanya boleh bergantung kepada pasaran domestik semata untuk terus kekal kukuh dan berkembang, tetapi perlu mampu menembusi pasaran global. Bagi yang telah berjaya menembusi pasaran luar negara, mereka perlu berusaha memperluas pasaran eksport baru bagi produk atau perkhidmatan.

Bagi menerokai pasaran eksport, selain promosi serta insentif kewangan dan

teknologi, maklumat berkaitan keperluan pasaran yang ingin ditembusi adalah penting bagi mengelak risiko kerugian. Antara kemungkinan yang kerap berlaku adalah kerugian

disebabkan konsainan yang ditolak kerana produk gagal memenuhi keperluan atau spesifikasi yang dikuatkuasakan di sesuatu negara. Keperluan ini mungkin berbeza di antara sesebuah negara disebabkan pelbagai faktor termasuklah sejarah dan latarbelakang sistem, keperluan industri dan masyarakat setempat. Bagi membolehkan produk memasuki pasaran eksport, biasanya pihak berkuasa negara terbabit meletakkan syarat tertentu seperti pengeluar perlu membuktikan bahawa produk mereka mematuhi keperluan dan peraturan yang ditetapkan.

Keperluan ini, juga dikenali sebagai halangan teknikal kepada perdagangan, pada asasnya dibangunkan oleh negara tersebut bagi melindungi keselamatan dan kesihatan penduduk dan alam sekitar. Walaubagaimanapun kadangkala ia disalahguna untuk

perlindungan perdagangan. Amalan ini tidak selari dengan syarat dalam Perjanjian Berkaitan Halangan Teknikal Kepada Perdagangan (TBT) di bawah Perjanjian Perdagangan Dunia (WTO). Perjanjian WTO/TBT mengakui hak setiap negara untuk membangunkan peraturan teknikal yang dirasakan perlu bagi tujuan perlindungan berkenaan, selagi ia tidak dijadikan halangan kepada perdagangan antarabangsa.

Perjanjian WTO/TBT juga menggariskan beberapa peraturan yang perlu dipatuhi oleh negara ahli dalam pembangunan dan pelaksanaan peraturan teknikal, standard dan penilaian pematuhan bagi mencegah ia sengaja dijadikan halangan perdagangan. Antara peraturannya termasuklah keperluan membangunkan dokumen tersebut berdasarkan legitimate objectives, pelaksanaan sama rata bagi produk domestik dan luar negara, menjadikan standard dan kod amalan antarabangsa sebagai asas kepada pembangunan peraturan teknikal, standard dan penilaian pematuhan. Terdapat juga keperluan untuk membuat makluman awal dan notifikasi ke atas cadangan peraturan teknikal serta tempoh peralihan enam bulan sebelum pelaksanaan sesuatu peraturan teknikal baru.

Makluman dari notifikasi berkaitan cadangan peraturan teknikal, sebagai contoh, boleh dijadikan sumber makluman awal kepada pengeluar untuk mengkaji serta bersedia

menghadapi keperluan yang akan dikuatkuasa. Di sepanjang tempoh notifikasi yang

kebiasaannya selama 60 hari, pengeluar diberi kesempatan untuk meneliti cadangan peraturan teknikal serta implikasi kepada produk mereka. Ulasan atau concerns boleh disuarakan secara dua hala atau dirujuk kepada mesyuarat WTO/TBT di Geneva.

(2)

Sekatan Tarif Dan Bukan Tarif

Tarif merupakan cukai yang dikenakan oleh kerajaan terhadap barang dan perkhidmatan yang diimport. Apabila tarif import dikenakan, harga import meningkat dan kuantiti barang import yang diminta akan jatuh.

Tarif Ad-Valorem − Cukai import yang dihitung berdasarkan harga barang import.

Jika tarif ialah 50%, maka barang import yang bernilai RM20,000 dikenakan jumlah cukai sebanyak RM10,000, manakala barang import yang bernilai RM40,000 dikenakan jumlah cukai sebanyak RM20,000.

Tarif Spesifik − Cukai tetap yang dihitung berdasarkan kuantiti barang import.

Jika tarif ialah RM30 setiap 100 kilogram beras import, cukai import beras tersebut adalah tetap tidak kira harga beras import naik atau turun.

Sekatan tarif akan

menaikkan harga import barangan,

mengurangan permintaan tempatan terhadap barangan import,

menambahkan permintaan tempatan terhadap barangan pengganti import, memperbaiki imbangan perdagangan dan imbangan pembayaran negara, menambahkan pendapatan negara.

Sekatan Bukan Tarif Kuota

Kuota merupakan tindakan kerajaan mengehadkan kuantiti maksimum barang atau perkhidmatan yang boleh diimport dari luar negara untuk satu tempoh masa tertentu. Sekatan kuota akan mengurangkan dan menghadkan jumlah kuantiti import. Apabila kuota dikenakan, penawaran barang import akan jatuh. Kesannya, kuantiti barang import dalam pasaran tempatan akan berkurangan.

Kekurangan barang import dalam pasaran tempatan akan mendorong pengguna untuk membeli lebih banyak barang tempatan.

Sekatan kuota lebih berkesan daripada tarif untuk mengurangkan persaingan dari luar apabila permintaan tempatan terhadap barang import tidak anjal harga, iaitu keadaan di mana peratus penurunan kuantiti diimport adalah sedikit sahaja walaupun harga import barangan meningkat dengan mendadak.

Kawalan Pertukaran Asing

Kawalan pertukaran asing merupakan tindakan kerajaan campur tangan dalam pasaran pertukaran asing. Bank pusat mengawal terhadap jumlah pelbagai mata wang asing yang dapat dibeli oleh pengimport tempatan.

Mata wang asing diperlukan untuk mengimport barang dari luar negara. Bagi mengurangkan import dari sesebuah negara, kerajaan akan mengurangkan penawaran mata wang negara tersebut dalam pasaran.

(3)

Apabila BNM menghadkan hanya RM1000 per orang yang boleh dibawa ke luar negara, jumlah perbelanjaan di luar negara akan dikurangkan.

Kawalan pertukaran asing dapat menggalakkan perkembangan industri pengganti import dalam negara.

Subsidi Eksport

Bantuan kewangan daripada kerajaan kepada pengeluar yang berorientasikan eksport. Subsidi eksport akan mengurangkan tanggungan kos pengeluar dan seterusnya menurunkan harga barang eksport.

Subsidi eksport akan meninggikan kuasa persaingan barang eksport dan menyekat persaingan eksport negara asing di pasaran antarabangsa.

Pemberian subsidi eksport oleh kerajaan Malaysia kepada pengeluar minyak kelapa sawit di Malaysia telah meningkatkan eksport minyak kelapa sawit Malaysia dan mengurangkan eksport minyak kacang soya Amerika di pasaran antarabangsa.

Embargo

Dasar pemulauan yang dilaksanakan oleh kerajaan terhadap import dari negara tertentu. Semua pihak berkuasa tempatan di pelabuhan, lapangan terbang dan stesen keretapi melarang barang dari negara yang dikenakan embargo dibawa masuk ke dalam negara.

Sekatan embargo bertujuan menyekat import dan seterusnya menjejaskan ekonomi negara musuh atau negara yang melanggar prinsip kemanusiaan dunia.

Piawai Kesihatan dan Keselamatan

Sekatan dalam bentuk peraturan mengawal jenis barang import.

(4)

CABARAN SEMASA EKONOMI MALAYSIA

Oleh: ABDUL AZIZ AWANG

Ekonomi Malaysia dijangka berkembang sebanyak 7% dalam tahun 2010 yang merupakan lantunan daripada kemelesetan sebanyak -1.7% pada tahun 2009. Data separuh pertama tahun 2010 menunjukkan ekonomi berkembang pesat 9.5%, setelah pertumbuhan ekonomi meningkat 10.1% dalam suku pertama dan 8.9% dalam suku kedua 2010. Namun pertumbuhan ekonomi dijangka perlahan dalam separuh kedua tahun 2010, dengan

pertumbuhan dalam suku ketiga meningkat sederhana 5.3%. Bagi mencapai pertumbuhan sebanyak 7% dalam tahun 2010, pertumbuhan ekonomi dalam suku keempat perlu meningkat sekurang-kurangnya 5.3% Pertumbuhan ekonomi pada tahun 2010 disokong oleh pengukuhan dalam permintaan domestik berikutan kedudukan ekonomi global yang masih lemah.

Bajet 2011 yang telah diumumkan pada 15 Oktober, 2010 merupakan asas kepada pelaksanaan projek dibawah Rancangan Malaysia ke Sepuluh (RMK-10) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP). Pertumbuhan ekonomi 2011 dijangka berkembang antara 5% hingga 6% dengan sektor swasta memainkan peranan utama. Pelaburan swasta dan

penggunaan swasta masing-masing dijangka berkembang sebanyak 10.2% dan 6.3% (Jadual 1). Sektor perkhidmatan dijangka menyumbang sebanyak 57.3% daripada KDNK pada tahun 2011. Pada tahun-tahun akan datang, sektor ini dijangka memberi sumbangan yang lebih besar kepada KDNK melalui pelaksanaan projekprojek di bawah Bidang Ekonomi Utama Nasional (NKEA). Daripada dua belas projek yang diumumkan di bawah NKEA, sebanyak tujuh daripadanya adalah di bawah sektor perkhidmatan iaitui penddikan, perhubungan, kesihatan, kewangan, pelancongan dan perniagaan.

Dari segi fiskal, jumlah hasil Kerajaan Persekutuan dianggar meningkat hanya 2.3% atau RM3.7 billion dalam tahun 2011. Sebaliknya, perbelanjaan mengurus dianggar

meningkat sebanyak RM10.6 billion. Oleh itu lebihan mengurus hanya berjumlah RM3 billion yang merupakan lebihan terkecil semenjak era 1990an. Perbelanjaan pembangunan pula dikurangkan sebanyak RM4.8 billion dalam tahun 2011. Kerajaan menghadapi kesukaran untuk mengurangkan perbelanjaan bagi mengatasi masalah defisit fiskal kerana dalam masa yang sama Kerajaan perlu melaksanakan pelbagai inisiatif transformasi dibawah RMK-10, Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan. Oleh yang demikian, defisit fiskal dijangka meningkat sebanyak RM2.2 billion dari RM43.3 billion (2010) kepada RM45.5 billion (2011). Walau bagaimanapun, dari segi peratusan kepada KDNK, defisit fiskal berkurangan sedikit dari 5.6% (2010) kepada 5.4% (2011) setelah mengalami defisit yang besar sebanyak 7% pada tahun 2009 berikutan pelaksanaan projek-projek dibawah pakej ransangan ekonomi.

(5)

US$6,760 (2009) kepada US$15,000 pada tahun 2020. Bagi mencapai sasaran ini, KDNK perlu meningkat 6% setahun hingga tahun 2020. Ini merupakan lonjakan yang besar berbanding dengan peningkatan sebanyak hanya 4.4% dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010). Bagi mencapai pertumbuhan KDNK sebanyak 6% setahun,

pelaburan swasta perlu meningkat 12.8% setahun. Ini merupakan satu persoalan utama kerana pelaburan swasta hanya meningkat sebanyak 10% dalam tahun 2010 dan dianggar meningkat 11.3% pada tahun 2011. Bagi mencapai sasaran untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju pergantungan kepada pelaburan swasta tidak dapat dielakkan. Sektor swasta perlu memainkan peranan utama bagi memacu pertumbuhan ekonomi. Walau bagaimanapun, prestasi pelaburan swasta setakat ini amat perlahan. Sumbangan pelaburan swasta kepada KDNK juga telah merosot dari 30% sebelum krisis ekonomi 1997/1998 kepada hanya kira-kira 10% kini.

Cabaran yang perlu dihadapi bukan sahaja untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi atau pendapatan perkapita tetapi yang lebih penting ialah keterangkuman (inclusive) yang merupakan matlamat utama Model Ekonomi Baru bagi memupuk semangat kekitaan dan selari dengan prinsip Satu Malaysia. Dasar pertumbuhan dengan keterangkuman akan memberi manfaat pertumbuhan ekonomi kepada semua golongan masyarakat. Jika ekonomi mengembang, semua kumpulan masyarakat akan mendapat faedah melalui pertambahan pengagihan kerana pie agregat akan turut mengembang. Walaupun Kerajaan telah

melaksanakan dasar dan strategi bagi mengatasi masalah ketidaksaimbangan pendapatan antara bandar dan luar bandar dan juga antara etnik, namun masih terdapat jurang yang luas dari segi kesaksamaan pendapatan keseluruhan. Angkatunjuk Gini yang mengukur

ketidaksamaan pendapatan telah menunjukkan perkembangan positif apabila berkurangan dari 0.51 pada tahun 1970 kepada 0.45 pada tahun 1990, dan terus berkurang kepada 0.441 pada tahun 2009. Kerajaan telah meletakkan sasaran untuk mengurangkannya kepada 0.420 pada tahun 2015.

Isu yang berkaitan dengan pengurusan fiskal negara juga merupakan cabaran yang perlu ditangani. Kerajaan Persekutuan terlalu bergantung kepada sumber hasil berasaskan petroleum yang merangkumi kira-kira 40% daripada jumlah hasil Kerajaan Persekutuan iaitu melalui kutipan cukai pendapatan petroleum, duti eksport petroleum, dividen PETRONAS dan royalti minyak. PETRONAS telah membayar dividen sejumlah RM30 billion kepada Kerajaan Persekutuan selama 3 tahun berturut-turut (2008-2010). Kebergantungan yang berlebihan kepada satu sumber hasil merupakan suatu keadaan yang kurang sihat. Sukar dibayangkan apa yang akan terjadi sekiranya pengeluaran minyak atau keuntungan

PETRONAS berkurangan. Malaysia perlu mempelbagaikan sumber hasil bagi meningkatkan kutipan hasil dan mengurangkan pergantungan kepada petroleum. Dalam masa yang sama, kenaikan hasil mampu mengatasi masalah defisit fiskal yang dialami secara berterusan sejak tahun 1998. Defisit yang berterusan mengakibatkan Kerajaan perlu membuat pinjaman bagi membiayai defisit tersebut. Peningkatan pinjaman bermakna bayaran khidmat hutang Kerajaan akan terus bertambah. Oleh sebab bayaran khidmat hutang merupakan satu

(6)

Bajet 2011 menganggarkan defisit sebanyak 5.4% berbanding dengan deficit sebanyak 5.6% pada tahun 2010. Pengurangan peratusan defisit tersebut berpunca daripada peningkatan KDNK nominal dan bukannya disebabkan penguncupan fiskal secara jelas oleh Kerajaan. Walau bagaimanapun, seringkali berlaku keadaan dimana defisit sebenar lebih besar

berbanding dengan defisit dalam cadangan Belanjawan. Misalnya Bajet 2009 mencadangkan defisit sebanyak 3.6% daripada KDNK namun data sebenar 2009 menunjukkan defisit adalah sebanyak 7%. Bajet 2008 mencadangkan defisit sebanyak 3.1% namun data sebenar 2008 menunjukkan defisit sebanyak 4.8%. Kedudukan ini terjadi kerana terdapatnya sejumlah peruntukan tambahan yang besar terpaksa dibuat dalam tahun semasa bagi memenuhi tuntutan oleh pelbagai Kementerian apabila cadangan peruntukan dalam Belanjawan tidak cukup untuk menampung perbelanjaan yang diperlukan.

Oleh yang demikian, Kerajaan perlu melaksanakan dasar perbelanjaan terpilih iaitu menghapuskan perbelanjaan yang tidak perlu serta mengutamakan nilai wang dalam urusan perolehan Kerajaan supaya tidak berlaku sebarang ketirisan dalam setiap urusan yang melibatkan perbelanjaan wang awam. Perbelanjaan berhemat perlu diterapkan oleh semua Kementerian. Perbelanjaan yang besar untuk subsidi perlu dihapuskan terutamanya

pembiayaan subsidi kepada pihak yang tidak sepatutnya menerima subsidi. Utusan Malaysia pada 17 November, 2010 telah melaporkan masalah penyelewengan diesel bersubsidi telah menyebabkan Kerajaan kehilangan jutaan ringgit setiap bulan akibat ketirisan. Oleh itu rasionalisasi subsidi perlu dilaksanakan segera bagi mengatasi masalah difisit yang beterusan yang boleh menjejaskan kestabilan ekonomi negara dalam jangkamasa panjang.

Di antara isu yang masih gagal diatasi sehingga kini ialah pergantungan yang

berlebihan kepada tenaga kerja asing. Syarikat-syarikat yang terlalu bergantung kepada tenaga kerja asing akan terus selesa dengan kadar upah yang rendah dan tidak perlu memberikan latihan kemahiran bagi meningkatkan kemahiran modal insan kerana pekerja-pekerja tersebut hanyalah pekerja kontrak asing. Berikutan itu, produktiviti syarikat menjadi statik dan

syarikat tidak mempunyai daya usaha untuk beralih kepada penggunaan teknologi tinggi atau inovasi dalam pengeluaran. Kegagalan Malaysia mengatasi masalah pembangunan modal insan boleh menyebabkan Malaysia terus kekal terperangkap sebagai negara berpendapatan sederhana. Kemajuan sesebuah negara mesti berasakan kepada kemahiran dan teknologi, dan bukannya kepada bekalan sumber semulajadi yang dianugerahkan atau bergantung kepada kelebihan geografikal. Pertumbuhan ekonomi akan menjadi perlahan jika sesebuah negara gagal membangunkan modal insan dan instiusi bagi menggalakkan pembangunan yang berterusan. Malaysia seperti negara-negara berpendapatan sederhana yang lain perlu bergerak daripada sektor pembuatan yang mempunyai kos dan upah rendah serta tenaga kerja kurang mahir kepada inovasi ekonomi yang berasaskan pengetahuan dan kemahiran bagi

meningkatkan produktiviti.

(7)

Asia, pencapaian dalam ujian metamatik bagi pelajar-pelajar Malaysia mengikut TIMSS (Trends in International Mathematics and Science Study) adalah pada skor 525 berbanding dengan 600 bagi Singapura, dan hampir 600 bagi Jepun, Hong Kong dan Korea. Ini bermakna di Malaysia, bukan sahaja golongan pekerja mempunyai produktiviti yang rendah, golongan pelajar juga tidak mampu bersaing dengan pelajar-pelajar di Negara-negara maju.

Malaysia tidak lagi mampu bersaing dengan negara-negara yang mempunyai kos pengeluaran rendah seperti Indonesia dan Vietnam dan lain-lain. Dalam masa yang sama, Malaysia juga tidak mampu bersaing dengan negara-negara yang mempunyai teknologi dan inovasi yang tinggi seperti Korea Selatan, Singapura atau Taiwan. Oleh yang demikian, Malaysia perlu memandang ke hadapan supaya seiring dengan negara maju dari segi

keupayaan modal insan dan teknologi bagi membolehkan Malaysia terus bersaing dan keluar dari kepompong negara berpendapatan sederhana. Pada tahun 1970, KNK perkapita Malaysia adalah sebanyak US$380 berbanding dengan Korea Selatan sebanyak US$260. Walau

bagaimanapun, pada tahun 2009, KNK Per Kapita Malaysia berjumlah US$6,760 berbanding dengan Korea Selatan sebanyak US$21,500. KNK perkapita Singapura berjumlah US$512 semasa Singapura merdeka melalui Malaysia pada tahun 1965 berbanding dengan KDNK Malaysia pula berjumlah US$335. Walau bagaimanapun, KDNK Singapura kini berjumlah US$210 billion berbanding dengan KDNK Malaysia sebanyak US$205 billion. Harus diingat, jumlah penduduk Singapura hanyalah seramai 4.8 juta yang dapat mengeluarkan KDNK sebanyak ituberbanding dengan 28 juta di Malaysia. Ini menjadikan KDNK perkapita Singapura sebanyak US$36,537 berbanding dengan Malaysia sebanyak US$6,975.

Referensi

Dokumen terkait

Menentukan materi-materi yang akan disajikan dalam acara dan bekerja sama dengan Sie Pendidikane. Menentukan pembicara dan alternatif pembicara yang berkompeten dalam setiap

Berdasarkan latar belakang yang telah diuraikan di atas, maka rumusan masalah dalam penelitian ini adalah: “Apakah ada hubungan antara pola asuh otoriter

Dalam meningkatkan pembangunan sektor pertanian, diperlukan adanya kerjasama antar pihak yang terkait seperti petani, pemerintah, lembaga peneliti pertanian, ilmuwan,

lebih besar dari 0.05 yang berarti tidak terdapat perbedaan yang bermakna pada hasil parameter klinis dan radiologis pasca penanganan konservatif fraktur tertutup radius

Mengingat berbagai kekurangan dalam teori dan metode Steward tersebut, Vayda dan Rappaport kemudian mengusulkan sebuah pendekatan lain untuk menelaah hubungan

Pengaruh dosis 1cc petrogenol (D3) dapat menunjukkan perlakuan yang baik dalam mengendalikan serangan lalat buah dengan jumlah tangkapan lalat buah tertinggi terdapat

Penelitian ini dimaksudkan untuk memperoleh informasi besarnya nilai prediksi erosi yang terjadi pada lahan kering di Desa Purwodadi, sehingga dapat menjadi

Tanggapan itu harus melalui pengamatan terlebih dahulu, sedangkan yang dimaksud dengan tanggapan peserta didik adalah kesan orang-orang sedang belajar dan