• Tidak ada hasil yang ditemukan

Laporan Latihan Industri Di TNB

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Laporan Latihan Industri Di TNB"

Copied!
161
0
0

Teks penuh

(1)

BAB 1 : PENGENALAN

1.1 : OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

Latihan Industri merupakan syarat wajib bagi semua penuntut di Program Pengajian Ijazah, Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia untuk memenuhi pengambilan kursus diperingkat ijazah. Latihan industri ini merupakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat kursus Ijazah Kejuruteraan Elektrik dan kursus-kursus yang lain.

Latihan ini untuk menyesuaikan pelajar ke alam pekerjaan yang penuh mencabar selepas menamatkan pengajian di bidang masing-masing. Daripada pengalaman yang ditimba semasa menjalankan latihan ini, para pelajar dapat mempraktikkan pengajian semasa di universiti kerana tempat menjalankan latihan industri adalah selari dengan bidang pengajian masing-masing.

Justeru itu, latihan industri ini penting bagi pelajar untuk meningkatkan tahap kualiti pembelajaran dan menghasilkan tenaga kerja yang separa mahir serta beretika kerja yang baik.

(2)

1.2 : OBJEKTIF LAPORAN

Setelah menamatkan sesi latihan industri ini setiap pelajar mesti menyiapkan satu buku laporan lengkap. Buku laporan ini merangkumi kegiatan yang di lakukan oleh saya bersama para pelatih yang lain di TNBD Terengganu ini.

Buku laporan ini adalah bertujuan untuk menyediakan satu laporan khas dan lengkap tentang apa yang telah dipelajari oleh pelajar semasa menjalani latihan industri. Dengan adanya laporan sebegini para pelajar dapat meningkatkan lagi kefahaman tentang apa yang telah dipelajari di firma masing-masing. Selain itu pelajar lebih bersedia untuk melakukan tugasan dan kerts kerja samasa di alam pekerjaan nanti.

Justeru itu, laporan ini telah dibuat mengikut jadual mengikuti pasukan dan dimuatkan di dalam bab-bab. Bab-bab tersebut marangkumi apa yang telah dipelajari sepanjang mengikut pasukan yang mengendalikan tugasan harian mereka.

(3)

BAB 2 : LATAR BELAKANG SYARIKAT

2.1 : Latar Belakang Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Tenaga Nasional Berhad (TNB) merupakan satu syarikat yang semakin meningkat nama di negara kita sejak dahulu lagi. TNB juga telah setanding dengan syarikat ternama yang terdapat di Malaysia seperti EON (Edaran Otomobil Nasional Berhad), Telekom Malaysia Berhad dan sebagainya. Malah TNB juga terdapat sahamnya yang telah tercatat di dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL). Ini membuktikan yang TNB adalah satu syarikat korporat melalui modal yang agak besar dan juga terdapat sejumlah pekerja yang profesional, cekap dan mempunyai budaya kerja yang baik.

Antara insan yang paling banyak menyumbangkan tenaga dan berpengaruh di dalam syarikat ini ke arah meningkatkan lagi nama TNB ialah Encik Mohd. Azim B. Dato’ Hj. Yusoff selaku Pengurus Besar Kuala Terengganu. Di samping mempunyai punca utama modalnya dari saham dan pelaburan daripada para ahli serta pengguna,

(4)

kejayaan TNB ini juga adalah hasil kerjasama antara pekerja, pihak atasan dan juga pengguna.

2.2 : SEJARAH PENUBUHAN TENAGA NASIONAL

BERHAD

Tenaga elektrik adalah sebahagian penting dalam kehidupan moden kita. Walaupun sentiasa berada di belakang tabir, namun ia merupakan kuasa penggerak utama dalam pencapaian matlamat ekonomi dan sosial negara serta kehidupan manusia.

Bekalan elektrik mula diperkenalkan di semenanjung tanah air dalam tahun 1894 oleh Loke Yew dan Thamboosamy Pillai apabila mereka menggunakan sebuah alat janakuasa kecil dalam perusahaan lombong bijih timah mereka. Tahun 1900 juga menandakan bermulanya operasi stesen janakuasa pertama di semenanjung Malaysia iaitu Stesen Janakuasa Hidro Sempam di Raub, Pahang. Seramai 15 pengguna dan 41 lampu jalan menerima bekalan elektrik ketika itu.

Pihak swasta telah memainkan peranan penting dalam usaha membawa kemudahan bekalan elektrik ke beberapa bandar di semenanjung. Pada tahun 1927, Jabatan Elektrik Negeri negeri Melayu Bersekutu telah ditubuhkan dengan Sir W. J. William sebagai

(5)

pengarahnya yang pertama. Pada tahun itu juga, Stesen Janakuasa Bangsar, Kuala Lumpur telah dibuka dengan menggunakan arang batu.

Peristiwa paling penting dalam sejarah bekalan elektrik negara ialah pada 1 September 1949 di mana Akta Elektrik No. 30, 1949 telah dikuatkuasakan dan perkhidmatan bekalan tenaga elektrik yang selama ini dimiliki oleh kerajaan, telah dipindah milik di bawah kuasa Lembaga Letrik Pusat Persekutuan Tanah Melayu (LLP).

2.3 : SEJARAH PENUKARAN LLN KEPADA TNB

Peristiwa paling penting dalam sejarah bekalan elektrik negara ialah pada 1 September 1949 di mana Akta Elektrik No. 30, 1949 telah dikuatkuasakan dan perkhidmatan bekalan tenaga elektrik yang selama ini dimiliki oleh kerajaan, telah dipindah milik di bawah kuasa Lembaga Letrik Pusat Persekutuan Tanah Melayu (LLP)

Pada 22 Jun 1965, Lembaga Letrik Pusat Persekutuan Tanah Melayu telah ditukar namanya kepada Lembaga Letrik Negara Tanah Melayu (LLN).

Setelah beberapa dekad memberikan khidmat kepada negara dan menggerakkan jentera pembangunan , maka berakhirlah lembaran Lembaga Letrik Negara dengan

(6)

Menerusi keazaman dan ketekunan anggota kerja dan pandangan jauh para pemimpin kita yang dahulu dan sekarang, ia menjadi satu realiti. Perkembangan dan pembangunan TNB setelah diswastakan begitu pesat dan pada 28 Mei 1992, ia disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL). Kini, TNB menjadi syarikat terbesar yang disenaraikan di bursa saham tersebut dengan permodalan pasaran RM 26.4 bilion yang mewakili 17.5% permodalan pasaran. Hari ini TNB bukan sahaja dikenali dari aspek kepakarannya dalam menyalurkan tenaga elektrik di peringkat tempatan malah, kini ia juga mula melabur dan mencari peluang pasaran peringkat antarabangsa.

2.4 : SISTEM ELEKTRIK TENAGA NASIONAL

BERHAD

2.4.1 Pendahuluan

Tenaga Nasional Berhad (TNB) ialah sebuah syarikat yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965 dan bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas-tugas

seperti:- Untuk menjana, menghantar, membahagi dan menjual tenaga kepada pelanggan di Semenanjung Malaysia.

 Untuk merancang, memasang, beroperasi dan persaingan elektrik untuk penjanaan, penghantaran dan pembahagian elektrik.

(7)

Untuk mencapai objektif yang dirancangkan, TNB meluaskan rangkaiannya di Semenanjung Malaysia dan Sabah. TNB mempunyai pusat perkhidmatan yang cekap dan cepat seperti Pusat Pengesan Panggilan dan Pusat Perkhidmatan Pelanggan.

TNB mempunyai 3 anak syarikat yang utama dan menjadi penggerak dalam perkembangan TNB

iaitu:- TNB Generation Sdn. Bhd

 TNB Transmistion Network Sdn. Bhd  TNB Distribution Sdn. Bhd

2.4.2 Penjanaan

 Memastikan keperluan bekalan elektrik bagi pelanggan sentiasa mencukupi.  Mematuhi akan peruntukan Akta Kuantiti Alam Sekitar 1974 sertasyarat-syarat

lain yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar bagi semua projek pembangunan serta kendalian logi.

 Menyiapkan projek-projek mengikut jadual.

 Menjawab pertanyaan atau aduan melalui telefon dalam masa 24 jam.  Menjawab pertanyaan atau aduan bertulis dalam masa tujuh (7) hari.

(8)

 Memastikan sistem talian penghantaran sentiasa berupaya menyalurkan bekalan elektrik dengan selamat, berkualiti dan ekonomi kepada semua pelanggan.

 Mematuhi peruntukan Akta Alam Sekitar 1974 serta syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar bagi segala projek pembangunan.

 Menyiapkan semua projek penghantaran mengikut jadual.

 Memastikan talian penghantaran dan pencawang dalam keadaan yang boleh dikendalikan setiap masa.

 Menyediakan perkhidmatan kepakaran kepada semua pelanggan yang memerlukannya.

 Menjawab semua pertanyaan atau aduan melalui telefon dalam masa 24 jam.  Menjawab segala pertanyaan atau aduan bertulis dalam masa tujuh (7) hari.

2.4.4

Pembayaran

 Membuat pembayaran, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan seperti

berikut:-1) Dalam masa dua (2) bulan :

- Pemulangan wang cagaran bil elektrik 2) Dalam masa sebulan :

- Pembayaran kemajuan projek. - Pembayaran pampasan dan gantirugi - Pembayaran wang tahanan (retention free) - Pembayaran

(9)

- Perkhidmatan dan perolehan.

 Menjawab dalam masa 24 jam, segala pertanyaan atau aduan melalui telefon.

 Menjawab dalam masa tujuh (7) hari segala pertanyaan atau aduan bertulis.

2.5

: PENCAPAIAN REKOD

2.5.1

Pengenalan

TNB merupakan syarikat yang tidak asing di negara Asia.yang mana syarikat ini telah mendapat anugerah Best Of Employer in Malaysia.TNB juga telah terpilih sebagai 10 di antara syarikat yang terbaik di Malaysia dan yang ke 11 daripada 20 syarikat yang terbaik di asia.

Syarikat ini banyak banyak menyediakan kemudahan asas untuk kebajikan warga kerjanya.Antara kemudahan yang di sediakan seperti perubatan,pembelajaran dan kemudahan pinjaman untuk warga kerjanya.

2.5.2

Prestasi Kewangan

TNB sekali lagi mencatat sejarah apabila menunjukkan peningkatan prestasi keuntungan syarikat buat pertama kalinya merentasi paras RM 2 billion

(10)

mencecah 2.11 billion. Keputusan cemerlang ini dikaitkan dengan beberapa faktor semasa termasuk perolehan daripada pertukaran mata wang asing dan pertumbuhan sihat bagi keseluruhan penggunaan kuasa elektrik di Semenanjung Malaysia.

Walau apa pun sebab yang mendorong kepada pertumbuhan kewangan yang sedemikian rupa, yang pastinya pencapaian sedemikian sewajarnya menjadi satu kebanggaan di kalangan warga TNB khususnya dan warga Malaysia amnya.

Hakikatnya, tanpa sumbangan keringat dan cetusan minda warga kerja TNB, laluan ke arah pencapaian tersebut sudah tentu akan menjadi lebih sukar. Tidak kurang pentingnya keyakinan yang telah diberi kepada TNB oleh semua pihak, iaitu pemegang-pemegang saham, kerajaan dan para pengguna yang membuka lebih banyak ruang untuk TNB membuat beberapa keputusan strategik dan berkesan.

(11)

2.6.1

Perkhidmatan Pelanggan

 Menjawab segala pertanyaan secara langsung atau melalui telefon dalam masa 24 jam. Pertanyaan atau aduan bertulis akan dijawab dalam masa 7 hari dari tarikh penerimaan surat. Antara perkhidmatan yang disediakan ialah:

 Berusaha untuk membaik pulih sebarang gangguan kecil bekalan dalam masa 4 jam dan gangguan besar selewat-lewatnya 2 hari kerja.

 Menyambung semula bekalan yang telah dipotong, jika semua bil telah dijelaskan sebelum jam satu petang, pada hari pembayaran dibuat.

 Memberi layanan khas kepada pelanggan yang lanjut usia atau cacat anggota.  Menyambung bekalan elektrik selepas temujanji. Pengujian pemasangan dibuat bagi

bekalan baru (voltan rendah)

- Keadaan biasa : tidak melebihi 2 hari kerja - Keadaan luar biasa : tidak melebihi 2 minggu

(12)

2.7 : LOGO DAN SIMBOL TNB

2.7.1

Rasional Logo

TENAGA NASIONAL BERHAD

Logo Korporat Tenaga Nasional Berhad (TNB) melambangkan matlamat badan swasta ini yang berterusan untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dalam memenuhi kehendak negara dengan azam baru berasaskan masa depan yang dinamik.

2.7.2

Simbol

Identiti Korporat TNB berasaskan simbol yang mudah dikenali sebagai penggunaan tenaga elektrik, iaitu mentol lampu. Rekabentuk yang dicipta ini membayangkan nilai-nilai yang bertenaga demi masa depannya.

Rekabentuk ringkas dan berkesan ini serta hampir keseluruhannya dibentuk dengan satu garisan yang sama. Bentuk kilat dalam mentol pula membawa gambaran jelas fungsi bekalan elektrik TNB. Rekabentuk mentol yang berbentuk ‘T’ membawa pengertian tenaga.

(13)

2.8 : NAMA KORPORAT

Nama Tenaga Nasional Berhad dengan sendirinya meringkaskan keseluruhan peranan badan swasta ini . Ia digambarkan dalam logo korporat dengan huruf cetak yang jelas dan canggih untuk memaparkan masa depan TNB yang mencabar.

Bentuk huruf-huruf condong yang digunakan untuk merekabentuk namanya mencerminkan peranan TNB yang dinamik dalam kemajuan negara.

(14)

Ibu Pejabat TNB Kuala Terengganu

(15)
(16)
(17)

BAB 3 : RINGKASAN KERJA LATIHAN INDUSTRI

Semasa menjalani latihan para pelajar harus mengikuti setiap aktiviti yang telah ditetapkan oleh firma. Di Tenaga Nasional Berhad Distribution ini saya telah mengikuti gerakerja yang telah diatur oleh penyelia khasnya.

Penyelia telah memberi jadual tugasan harian kepada para pelatih supaya gerakerja lebih tersusun dan bersistematik. Latihan yang dijalankan hanya 5 kali dalam seminggu.

Selama 5 bulan menjalani latihan di firma ini banyak perkara yang telah saya pelajari daripada pasukan yang telah saya ikuti. Berikut ialah ringkasan pasukan yang talah saya ikuti sepanjang latihan;

 Pasukan pertama yang diikuti ialah Pasukan Perancang Dan Pembinaan. Bahagian perancang merupakan proses pertama yang mesti dilalui bagi sesuatu projek yang ingin dijalankan. bahagian perancang ini akan membuat lawatan dan proses penilaian atau jangkaan (estimate). Estimate amat penting dan mesti dijalankan kerana membabitkan penilaian kos-kos bagi sesuatu projek. Bahagian pembinaan adalah merupakan bidang yang bertanggungwajab dalam melaksanakan sesuatu projek baru yang akan dibina atau dijalankan. Kerja yang dilakukan bukan saja terbatas kepada projek baru tetapi melibatkan projek meningkatkan bekalan eletrik yang dipohon oleh pengguna dan juga membabitkan projek sistem bekalan elektrik

(18)

 Pasukan kedua ialah Pasukan Pencawang Kendalian Dan Selenggaraan (K&S) Pasukan ini membuat selenggaraan pada pencawang dan bersedia untuk kerja-kerja ‘Break Down.’ Pelajar didedahkan berkenaan bagaimana penyelenggaraan pencawang elektrik (PE) dijalankan, ini termasuklah penyelenggaraan bagi Stesen Suis (SS) iaitu sebahagian dari rangkaian penghantaran elektrik antara PE. .

 Pasukan ketiga ialah Pasukan Sesalur Atas Voltan Rendah(SAVR I) bahagian ‘Break Down’ dan SAVR II. Pasukan ini melakukan tugas-tugas membaik pulih kerosakkan wayar sesalur atas 415V serta mengubah suai talian. Bahagian ini terbahagi kepada empat bidang utama iaitu PPB atau Pusat Pengurusan Bekalan, Serbis, Sesalur Voltan Rendah (SVR) dan Lampu Awam.

 Pasukan keempat ialah Pasukan 33 KV menitikberatkan tentang perlindungan dan keselamatan dalam sistem penghantaran dan pengagihan bekalan elektrik oleh TNB. Ianya melibatkan langkah-langkah perlindungan dan keselamatan dari berlakunya sebarang kerosakan atau ‘breakdown’ yang boleh berlaku apabila wujudnya kejadian atau masalah voltan lampau atau lebihan voltan dan juga ‘earth fault’ iaitu rosak ke bumi.

 Pasukan kelima ialah Pasukan Jangka. Pasukan ini memasang meter pada pengguna yang memohon bekalan yang baru selain menukar meter yang telah rosak. penggunaan jangka meter samada 1 fasa ataupun 3 fasa, meter CT

Secara keseluruhannya aktiviti yang dilakukan oleh saya sepanjang latihan industri ini menepati kursus yang telah dipelajari di KUTKM.

(19)

BAB 4 : PEMBINAAN

4.1 : Pembinaan

Bahagian Pembinaan merupakan salah satu bahagian yang didedahkan oleh pihak TNBD kepada pelajar. Bahagian ini adalah melibatkan sesuatu projek baru atau sesuatu sistem bekalan yang perlu ditingkatkan yang mesti dilaksanakan oleh pihak TNBD. Bahagian ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Pencawang,talian atas dan Kabel. Memandangkan masa yang singkat, pelajar dapat didedahkan bahagian kabel. Ini kerana bahagian pencawang lebih ditekankan pada bahagian senggaraan dan voltan tinggi.

4.1.1 Di antara alat yang digunakan di TNB

Bahan-bahan yang digunakan untuk pemasangan kabel bertebat di udara ialah:-i) Penyangkok

ii) Pencengkam gantungan iii) Penetap tamatan

iv) Perangkai Fusable “Fusable Link” v) Tiub pemati hujung

(20)

vii) Penyambung bertebat “Piercing

a) Penyangkuk

Penyangkuk diperbuat daripada keluli yang diliputi oleh galvanis melalui proses celup panas. Penyangkuk ini digunakan untuk menahan dan menyokong penetap tamatan dan pencengkam gantungan. Penyangkuk juga dikenali sebagai Hook.

(21)

Reka bentuk pencengkam gantungan adalah bersesuaian untuk di gunakan pada dawai gantungan atau Neutral bersalut tanpa menyebabkan berlakunya kerosakan pada penebat (terdapat pelapik pelastik yang dipasang pada pencengkam gantungan).

Pencengkam gantungan ini dipasang pada tiang sesalur terus dan tiang sudut sehingga 30o. bagi tiang sudut yang melebihi sudut ini, penetap tamatan perlu digunakan.

Terdapat dua saiz yang dibekalkan bergantung pada saiz dawai pengantung atau

Neutral:-i) Pencengkam gantungan 25 – 75mm2

ii) Pencengkam gantungan 120mm2

(22)

Penetap tamatan digunakan untuk menahan tegangan kabel pada tiang tamatan, pembahagian dan tiang sudut dimana sudut peralihannya melebihi 30o.

Penetap tamatan dipasang pada dawai pengantung atau neutral bertebat tanpa menyebabkan berlakunya kerosakan pada salutan penebat pengalir. Terdapat 3 saiz yang dibekalkan bergantung pada saiz dawai pengantung atau

neutral:-i) Penetap tamatan 25mm2

ii) Penetap tamatan 70mm2

iii) Penetap tamatan 120mm2

d) Perangkai Fusable “Fusable Link

Fusable Link merupakan penyangkut berbentuk “S” yang diperbuat daripada keluli lembut yang disalut dengan galvanis melalui proses celup panas berpandukan B.S.729.

Fusable Link perlu dipasang diperataraan penyangkok dengan pengcengkam gantungan. Fusable Link ini perlu dipasang pada tiang sesalur terus dan tiang sudut dimana sudut peralihannya kurang daripada30o.

Fusable Link direka bentuk supaya kekuatan di dalam lingkungan 6kN supaya talian kabel bertebat dan segala bahan pepasangan yang lain tidak mengalami kerosakan sekiranya

(23)

pokok dan dahan yang berat tertimpa di atas talian. Terdapat juga fusable link yang telah dipasang secara siapbina pada pencengkam gantungan.

e) Tiub pemati hujung

Tiub pemati hujung digunakan untuk menutup pengalir yang terdedah pada bahagian hujungnya. Ia diperbuat daripada bahan EPDM hitam penentang cuaca padatan tinggi.

Tiub ini dapat di pasang dengan menggunakan tangan tanpa perlu dihangatkan atau menggunakan peralatan khas.

Saiz-saiz yang terdapat ialah:

i) Tiub pemati hujung 16 – 25mm2

ii) Tiub pemati hujung 70mm2

iii) Tiub pemati hujung 95mm2

iv) Tiub pemati hujung 120 – 185mm2

f) Pengikat Nylon hitam

Pengikat Nylon Hitam digunakan untuk mengikat kembali terus pengalir ke dawai pengantung atau neutral di setiap tempat dimana pengalir tersebut terombak keluar daripada gumpalannya apabila pemasangan bahan-bahan dibuat pada kabel. Pengikat ini diperbuat daripada bahan plastik dengan panjangnya lebih kurang 200mm dan lebarnya 9mm. Terdapat kemudahan untuk mengunci ketat dan meleraikan di satu hujung pengikat ini.

(24)

g) Penyambung bertebat “Piercing

Penyambungan bertebat Piercing digunakan untuk mendapatkan keterusan sambungan elektrik antara talian utama dengan pengalir tee-off. Pelit sesentuh bergerigi yang disediakan dapat menembusi terus pada penebat bagi mendapatkan sambungan elektrik yang baik tanpa membuang salutan penebat.

Dengan menggunakan saiz-saiz yang bersesuaian denagn pengalir, semua logam penyambung ditutupi sepenuhnya dalam perumah yang dapat menahan pada sebarang kenadaan cuaca dan kalisair, serta dapat menahan voltan arus ulang alik 5kV untuk 1 minit setelah diredam 300mm dalam air selama 1 jam.

Penyambung bertebat Piercing yang digunakan untuk menyambung pelbagai saiz pengalir fasa dan dawai neutral atau pengantung adalah seperti

berikut:-i) Penyambung Piercing 185 – 120mm2 @ 185 – 95mm2

ii) Penyambung Piercing 165 – 120mm2 @ 25 – 16mm2

iii) Penyambung Piercing 120 – 70mm2

iv) Penyambung Piercing 95 – 70mm2 @ 95 – 70mm2

v) Penyambung Piercing 95 – 70mm2 @ 25 – 16mm2

vi) Penyambung Piercing 25 – 16mm2 @ 25 – 16mm2

(25)

Pencawang elektrik ialah pengumpulan komponen-komponen perkakasius yang digunakan untuk mengarahkan pengaliran tenaga elektrik di dalam sistem kuasa dan memastikan keselamatan sistem dengan menyediakan satu badan dimana alat-alat perlindungan automatik dan pengaliran tenaga dapat dipasang.

Secara asasnya Pencawang elektrik mengandungi beberapa litar pendatang ( in-coming circuit) dikawal oleh perkakasuis-perkakasuis bertemu di satu sistem busbar yang sama yang kemudiannya dikendalikan untuk penyusaian atau ditinggi atau direndahkan nilai bekalan voltan untuk penghantaran atau pembahagian.

(26)

H POLE

4 . 3 : Fungsi-fungsi Pencawang

Fungsi pencawang ialah untuk:

i) Membentuk satu ‘nodal point’ dimana kuasa diubah atau dan diagihkan daripadanya ke pencawang lain atau pengguna.

ii) Membolehkan penyusaian masuk atau keluar ke bahagian-bahagian lain dalam satu-satu sistem.

i) Membolehkan bahagian yang rosak dalam satu-satu sistem diasingkan dengan cara penyusaian dan pembekalan elektrik dapat diteruskan melalui litar yang lain.

(27)

Rajah 4.1 : Pencawang pembahagian

4.3.1 : Keperluan Pencawang Elektrik

Nilai voltan yang terguna akan dinaikkan untuk penghantaran dan direndahkan untuk pembahagian. Proses pengendalian meninggi atau merendah nilai voltan memerlukan pencawang.

Faedah-faedah voltan tinggi untuk penghantaran: i) Nilai susutan voltan rendah

ii) kos perbelanjaan pengaliran kurang.

Faedah-faedah voltan rendah untuk pembahagian: i) Kos perbalanjaan perkakasuis rendah

ii) Senang dibekal kepada pengguna-pengguna sebab alat-alat yang digunakan oleh pengguna memerlukan voltan rendah

(28)

4.4 : Pembinaan Pencawang Atas Tiang 11 Kv (

Pole Mounted

substation

)

Penerangan

Sebelum pekerjaan dijalankan para pelatih mestilah dapat merancangkan pekerjaan tersebut. Dengan tindakanberlakunya kelambatan perlaksanaan projek dan pembaziran yang tidak menentu (seperti menyediakan alat-alat yang tidak perlu dan sebagainya). Di bawah ini disertakan panduan-panduan bagi melaksanakan pembinaan pencawang atau tiang 11Kv.

4.4.1 Panduan-panduan untuk Pembinaan Pencawang Atas Tiang 11Kv. 1) Melukis Pelan Pencawang atas Tiang 11Kv

Lukisan pelan hendaklah dibuat mengikut spesifikasi. Dengan berpandukan pelan yang disediakan para pelatih akan dapat membuat pelan pencawang dengan menyertakan segala alatan ukuran dan tempat kedudukan alatan.

2) Membuat Senarai Barang-barang

Dengan berpandukan gambarajah pencawang para pelatih dikehendaki memberikan senarai barang-barang bagi pembinaan pencawang tersebut.

3) Persiapan Barang

a) Persediaan 2 tiang besi berukuran 11.4 cm x 14 cm x 1066.8 cm. Pastikan kedua-dua tiang mempunyai lubang untuk menyokong alatubah kemudaian pastikan ia telah dicat dengan “anti-rust” dan disalut dengan cat aluminium. Jika perlu tiang-tiang tersebut hendaklah dicat semula.

b) Persediaan palang besi untuk penebat pin, petikabel, penangkap kilat, fius, penebat pin shakel dan pengelas alatubah dengan menggunakan besi alur 10.2 cm x 5.1 cm x 0.635 cm.

(29)

c) Persediaan pengapit kabel berukuran 5.1 cm x 0.635 cm. kabel dialarkan salari dengan tiang, para pelatih dikehendaki menyemak jumlah pengapit kabel yang diperlukan. Ianya perlu dicari kembali jika keadaan tidak memuaskan. Palang untuk fius tiang dari kayu cengal berukuran 7.6 cm x 7.6 cm. semak kembali palang tersebut. Jika perlu para pekerja dikehendaki membuat yang baru.

d) Persediaan paip pembinaan.

Pembumian bolehlah dijalankan seperti rajah dibawah. Jarak diantara batang paip mestilah 2 kali ganda panjang paip tersebut. Jenis paip bumi adalah seperti berikut: i) Batang tembaga 15.24 cm x 1.6 cm diameter

ii) G.I. paip 30.5 cm x 6.35 cm diameter. Adalah baik pembumian dibuat cara gelung dan peyambungan jejari jikalau nilai rintangan tidak mencukupi 3 ohm. Pembumian penagkap kilat mestilah diasingkan dan ditanam berhampiran dengan tiang. Ini adalah untuk mengelakkan dari gelangan yang berlebihan.

Rajah 4.2 : Rajah rintangan pembumian pencawang atas tiang. e) Peyampai Penebat Pin 11 Kv.

Bagi penyampai pin 11 Kv peraturan membuatnya mestilah mengikut panduan. Saiz dawai peyampai ialah S.W.G. 16.

(30)

Oleh sebab pekerjaan ini merbahaya, para pekerja mestilah mematuhi segala peraturan kerja seperti dicataitkan:

i) Pekerja dikehendaki memakai topi keselamatan semasa menjalankan kerja. ii) Tangga yang digunakan hendaklah diikat hujungnya kepada tiang. Pastikan

sudut tangga denga tiang tidak begitu besar.

iii) Perhatikan tali-tali yang digunakan pada masa menjalankan kerja di dalam keadaan yang baik.

iv) Gunakan tali pinggang keselamatan semasa menjalankan kerja di atas tiang. v) Semua perkakas yang digunakan di atas tiang hendaklah di simpan di dalam

beg semasa tidak menggunakannya.

vi) Semasa pekerja-pekerja menjalankan kerja diatas tiang. Pekerja lain tidak dibenarkan duduk di bawah kawasan pekerjaan tersebut.

vii) Gunakan tali untuk menaikkan barang-barang perkakas. g) Kedudukan tiang dan penentuan tapak.

Para pekerja dikendaki membuat tapak pada pencawang atas tiang iaitu dengan memancang kayu serta menutuskan arah lubang slur bagi menaikkan tiang. Untuk peringatan, dalam dan lebar mestilah tepat 183 cm x 122 cm persegi.

(31)
(32)

4.5 : Pembinaan Pencawang Berbangunan 11 Kv (

Indoor Substation

)

Penerangan

Sebelum pekerjaaan dijalankan para pekerja mestilah dapat merancangkan pekerjaan tersebut. Denga itu, tindaklah berlaku kelambatan perlaksanaan projek dam pembaziran yang tidak menentu ( seperti menyediakan alat-alat yang tidak perlu atau berlebihan dan sebagainya)

Panduan-panduan bagi perlaksanaan pencawang berbangunan 11 Kv. 1. Melukis Pelan Pencawang

Pelan bangunan mesti dilukis dan diluluskan oleh jabatan berkenaan. 2. Senarai Barang-barang

Senarai barang-barang untuk pembinaan pencawang berbangunan mesti disediakan. 3. Membuat Persediaan Tempat Pencawang Berbangunan

Pastikan kedudukan alatubah, perkakasuis, tapak papan pembahagian voltan rendah dan peparit-peparit untuk kabel voltan tinggi dan rendah.

4. Pepasang Alatubah

Kedudukan alatubah mesti ditentukan dipasang di tengah-tengah tapak alatubah. 5. Pepasangan Perkakasuis

Pastikan jenis perkakasuis yang akan dipasang dan disediakan tapak seperti ukuran perkakasis tersebut.

(33)

6. Pepasangan Papan Pembahagian Voltan Rendah dan Kabel

Tentukan suis papan pembahagian voltan Rendah dan lokasi kedudukannya. 7. Pembumian Perkakasuis dan Alatubah

Semua perkaksuis mestilah dibumikan. Pembumian dilakukan kepada semua alatubah, perkakasuis dan kabel, kemudian disambungkan kepada punca pembumian utama yang direntang di bahagian bangunan tersebut dan seterusnya ke sistem pembumian pencawang.

Rajah 4.4 : Pencawang Berbangunan 11 kV

4.6 : Papan Pembahagian Voltan Rendah ( PPVR )

1. Penerangan

Papan pembahagian voltan rendaf mengandungi bahagian-bahagian berikut: a) Jangka TDI ( Thermal Demang Indicator Meter )

(34)

c) Unit Menatang ( Incoming Unit ) d) Unit Pengagih ( Outgoing Unit ) e) Alatubah arus ( current Transformer )

2. Jangka TDI

Untuk mengukur beban iaitu bekalan elektrik yang digunakan oleh keseluruh pengguna. 3. Basbar

Menyambung bekalan dari unit mendatang ke unit pengagaih. Terdapat empat Basbar iaitu fasa merah, kuning, biru dan neutral.

4. Unit Mendatang

Alat yang digunakan untuk mengasingkan bekalan dati alatubah ke basbar di PPVR. 5. Unit Pengagih

Alat yang digunakan untuk mengasingkan bekalan atau memberi bekalan kepada pengguna.

6. Alatubah Arus

Untuk merendahkan nilai arus yang mengalir pada basbar supaya dapat dibaca . oleh jangka TDI mengikut nisbah pada alatubah arus. Contoh 800 A : 5 A. 7. Contoh beberapa ukuran PPVR

a) 1000 Amp b) 1600 Amp c) 2000 Amp 8. Cara mengendali

(35)

Untuk mengendalikan PPVR, kita mestilah berdiri sekurang-kurangnya 2 kaki dari PPVR. Untuk mengasingkan bekalan dari alatubah ke basbar. Bekalan di unit mendatang dengan menggunakan ‘ kayu penyambung’.

Rajah 4.5 : Peti Pembekal Voltan Rendah

4.6.1 Cara Mengendalikan Papan Pembahagian Voltan Rendah (PPVR)

1) Berdiri sekurang-kurangnya 2 kaki dari PPVR.

2) Untuk mengasingkan bekalan dari alatubah ke basbar gunakan kayu penyambung. 3) Untuk pemotongan bekalan, didahulukan dengan Red, Yellow, Blue.

Untuk memasukkan bekalan, didahulukan dengan Red, Yellow, Blue.

4.7 : Perkakasan

Vacuum Circuit Breaker

Jenis Aci

a) Penerangan

(36)

2) Jangka Voltan. 3) Geganti.

4) Suis alat pemanas. 5) Gius.

6) Plat nama ( penerangan pemutus litar vacuum ).

7) Lengan untuk menarik keluar atau menolok dalam pemutus litar vacuum. 8) penunjuk keadaan pemutus litar ( ON atau OFF ).

9) Penunjuk keadaan spring ( Spring Charged atau Spring Free ). 10) Penunjuk pengira kendalian pemutus litar.

11) Butang pembumian.

12) Butang penutup (ON ) pemutus litar. 13) Butang pelantik ( OFF ) pemutus litar. 14) Tuil interlock.

15) Penunjuk lokasi pemutus litar ( Service atau Isolated ). 16) Penutup pesawat pembumian.

17) Pesawat mengecas spring.

18) Kemudahan mengunci untuk kedudukan ( Service atau Isolated ). 19) Kemudahan mengunci untuk menutup atau pelantik pemutus litar.

b) Kendalian

Pemutus litar vacuum jenis Aichi boleh dikendali dalam tiga kedudukan iaitu: 1) Perkhidamatan biasa ( Normal Service).

2) Membumi kabel ( Cabel Earth ).

3) Membumi busbar dan kabel ( Busbar and Cabel Earth ).

c) Kedudukan Perhkidamatan Biasa ( Normal Service )

1) Pemutus litar ditolak masuk ke kedudukan service.

2) Lengan kendalian digunakan untuk mengecas spring pemutus litar tersebut. ( 5-6 pergerakan lengan diperlukan untuk mengecas spring tersebut ).

(37)

3) Penunjuk keadaan spring akan menunjukkan “spring Charged”.

4) Butang menutup pemutus litar di tarik untuk menutup ( ON ) pemutus litar tersebut. 5) Penunjuk keadaan pemutus litar akan menunjukkan ‘ON’.

6) Penunjuk keadaan spring akan menunjukkan “Spring Free”.

7) Untuk peringatan iaitu Tuil Interlock mesti ditekan ke bawah dengan kaki semasa menolak atau pemutus litar.

d) Pesawat Palam Litar Pendua ( Secondry Circuit Plug )

1) Palam litar pendua mesti dimasukkan dalam pemegangnya sebelum monolak pemutus litar ke kedudukan service. Jika tidak, pemutus litar tidak boleh ditutup.

2) Bila pemutus litar berada dalam keadaan service palam litar pendua tidak boleh dikeluarkan dari pemegangnya.

e) Membumi Kabel

i. Pemutus litar vacuum ditarik keluar ke kedudukan ‘ISOLATED’ atau pun keluar dari perkakasuis.

ii. Masukkan lengan pengendalian ke pesawat pembumian setelah penutupnya dialih dan tolak lengan ke bawah ke kedudukan ‘ON’ untuk membumi kabel.

f) Membumi Busbar Dan Kabel

1) Tolak pemutus litar ke kedudukan ‘Service’.

2) Tarik butang pembumian dengan satu tangan dengan menggunakan lengan pengendalian. Kendalain pesawat pembumian ke kedudukan “ON”.

3) Kemudian tutup (ON) pemutus litar vacuum tersebut dan busbar akan dibumikan melalui pemutus litar serta suis pembumian.

4) Untuk mengeluarkan pembumian buka (OFF) pemutus litar dengan butang pelantik dan kemudian kemdalian suis pembumian ke kedudukan “OFF”.

(38)

5) Untuk peringatan iaitu untuk membumikan busbar, kabel serta busbar mesti dipotong bekalannya kerana dengan perkakasuis jenis ini tidak ada kemudahan untuk membumikan busbar sahaja.

Alatubah Kuasa

Nisbah Pengubah

Di sebuah alatubah sempurna ,nisbah pengubah diantara voltan arus dan bilangan lilitan adalah seperti berikut:

VP = NP VS NS Di mana ,

(39)

VP adalah lilitan utama. VS adalah lilitan pendua.

NP adalah bilangan lilitan di lilitan utama NS adalah bilangan lilitan di lilitan pendua

Dan ,

KVA (masuk) = KVA (keluar) VP x IP = VS x IS VP = IS

VS = IP Dimana ,

IS adalah arus di lilitan pendua. IP adalah arus di lilitan utama.

Kesimpulan diantara voltan,arus dan juga bilangan lilitan ialah

VS = IS = NP

VS IP NS

4.7 .1 : Alatubah Kuasa ( Prinsip ) ( Power Transformer )

Alatubah kuasa ialah sebuah alat statik arus ulang alik yang di gunakan untuk mengalih kuasa elektrik dari satu litar yang lain dengan mengubah voltan an arus tetapi tanpa mengubah frekuensinya. Prinsip kerja alatubah ialah kuasa (power) boleh dipindahkan secara efektif melalui induksi magnatik dari satu gegelang lilitan kepada yang lain dengna daya magnetik yang dihasilkan oleh arus ulang alik. Apabila arus ulang alik ini dihidupkan ke lilitan utama, arus yang mengalir ini membuat teras besi (iron core) menjadi magnetik. Arus ini mulanya mengalir pada satu arah dan kemudian sebaliknya (arus ulang alik). Medan magnetik yang dihasilkan mengelilingi seluruh litar mangetik (teras besi) dan

(40)

menghasilkan (induce) voltan ke litar utama dan pendua kerana kedua-dua ini di sambung dengan medan magnetik yang sama.

Voltan yang dihasilkan di satu lilitan (per turn) di lilitan utama dan lilitan pendua adalah sama dan di arah yang sama. Voltan yang dihasilkan di lilitan pendua adalah bergantung kepada voltan yang dimasukkan pada lilitan utama dan bilangan lilitan pada lilitan pendua. Oleh kerana voltan di lilitan utama dan lilitan pendua berubah, arus di lilitan pendua juga turut berubah.

Kuasa ( VA ) = Voltan x Arus

Rajah 4.6 : Gambarajah asas Alatubah kuasa.

4.7.2 :Keupayaan Alatubah

Keupayaan alatubah ditafsirkan di dalam KVA atau MVA contohnya 100 KVA, 200 KVA, 1 MVA, 30 MVA dan lain-lain.

Adalah mustahak untuk mengetahui keupayaan alatubah kerana ini dapat menentukan:

(41)

2) Kadar fius yang akan digunakan bahagian utama dan pendua.

Arus Maksima = KVA x 1000 3 x V

KEUPAYAAN ALATUBAH (KVA)

VOLTAN BAHAGIAN UTAMA ( PRIMARY VOLTAGE ) KADAR FIUS 11 Kv (Ampiar ) KADAR FIUS 6.6 Kv ( Ampiar ) 100 10 15 200 20 30 300 30 50 400 40 60 500 50 75 750 75 125 1000 90 140

Jadual 4.1 : Kadar Fius Voltan Tinggi untuk Gegelang Utama

(42)

Alatubah kuasa ialah satu perkakas elektrik yang boleh mengubah voltan tinggi ke voltan rendah atau dari voltan rendah ke voltan tinggi. Alatubah yang digunakan untuk sistem pembahagian biasanya ialah yang mengubah voltan dari voltan tinggi ke voltan rendah, untuk dialirkan kepada pengguna.

Voltan yang dikeluarkan oleh alatubah pembahagian biasanya ialah 415 Volt 3 fasa. Biasanya alatubah-alatubah yang digunakan untuk sistem pembahagian mempunyai kumpulan vektor Dy 11 iaitu dinamakan ‘Delta star’.

1) Peti Kabel

Peti kabel adalah tempat di mana voltan tinggi disambung. 2) Gebok Putusan Voltan Tinggi

Ruang ini ialah untuk sambungan lilitan alatubah di tangki utama denga peti kabel. 3) Tangki Konservator

Adalah ruang untuk menyimpan minyak. Ianya menentukan paras minyak tangki minyak utama. Tangki konservator memastikan tangki utama dipenuhi minyak dan juga mengurangkan luas. Permukaan minyak bertemu dengan udara dan menyediakan ruang untuk minyak mengembang apabila panas.

4) Ruang Jangka Suhu

Ruang berupa slinder, berisi minyak alatubah di mana suhu minyak ditangki dapat diukur.

5) Tolak Paras Minyak

Menunjuk paras minyak di tangki konservator. 6) Injap

(43)

7) Dehydrating Bresther

Di dalam ‘breather’ diisikan dengan ‘silica gel’ ke paras tengah dan dibawahnya diisikan dengan minyak alatubah. Breather bertugas sebagai sistem penafasan bagi alatubah. Apabila minyak didalam tangki utama memanas dan mengembang, udara dari alatubah akan keluar melaluinya dan semasa minyak menyejuk dan menurun, udara akan masuk melalui ‘Breather’. ‘Silica gel’ didalam ‘Breather’ ialah untuk mengeringkan udara lembap yang melaluinya dan masuk ke dalam alatubah. Begitu juga dengan kegunaan minyak, iaitu supaya udara yang mengandungi air dan habuk tidak masuk ke dalam tangki utma alatubah. Warna Silica Gel akan bertukar dari biru ke merah samar setelah beberapa lama bertugas kerana udara yang mengandungi lembapan melaluinya.

8) Suis Penukar Tap

Suis penukar tap ialah untuk meninggi atau merendahkan voltan yang keluar dari alatubah. Suis penukar tap ini hanya boleh diputar apabila alatubah telah dimatikan. 9) Pengelak Haba

Pengelak haba digunakan untuk menyejukkan minyak didalam alatubah dengan cara menyediakan permukaan yang lebih luas untuk megalirkan haba.

10) Pelit Kadar

Pelit yang menunjukkan rajah skematik alatubah serta lain-lain maklumat. 11) Pili Saring Minyak

Tempat di mana contoh minyak boleh diambil untuk diuji penebatannya.

12) Injap Pengering Rendah

Ialah saluran di mana minyak dikeluarkan semasa menukar atau menggantikan minyak lama dengan minyak baru.

(44)

13) ‘Bushing’ Voltan Rendah

Sesumbu dimana bekalan voltan rendah 415 volt 3 fasa di keluarkan dan dibekalkan kepada pengguna-pengguna. Ianya mempunyai tiga punca untuk fasa dan satu punca untuk neutral kabel voltan rendah disambung kepada papan pembahagian voltan rendah melalui sesumbu ini.

14) ‘Tank Cover Lifting Lug’

Pemegang untuk mengangkat penutup tangki utama alatubah. 15) Tapak Alatubah

Tapak bawah alatubah untuk menampung alatubah.

16) ‘Haulage Holes’

Digunakan untuk menjalankan alatubah dari satu tempat ke satu tempat uyang lain. 17) Punca Pembumian

Punca pembumian tangki alatubah untuk disambungkan ke sistem pembumian di pencawang.

18) Minyak Alatubah

Minyak di dalam tangki alatubah yang digunakan sebagai bahan penebat di antara lilitan dan juga badab alatubah. Minyak ini juga berfungsi sebagai bahan untuk penyejukkan alatubah.

(45)

Rajah 4.7 : Pandangan alat alatubah pembahagian

4.8 : Senggaraan Pencawang (

Substation Maintenance

)

Perkakas elektrik setelah di pasang memerlukan pemeriksaaan dan senggaraan berkala jika ia dikehendaki beroperasi dengan selamat dan efisyen. Pemeriksaan dan senggaraan ini di panggil ‘Senggaraan Berjadual’. Objektif senggaraan berjadual ini adalah untuk mencegah berlakunya kerosakan kepada perkakasan dan alatan elektrik yang terlibat.

Dari definasi ini jelas bahawa senggaraan berjadual perlu dilakukan dengan kerap mengikut program yang di rancang supaya semua aspek seperti kakitangan, pengangkutan dan peralatan dapat disediakan untuk kerja yang akan dijalankan. Untuk memudahkan lagi kerja senggaraan ini mungkin dapat dipecahakan mengikut senggaraan tahunan, senggaraan bulanan dan senggaraan mingguan.

(46)

Sistem pembahagian dirangkumi pelbagai perkakas dan peralatan seperti kabel bawah tanah, talian atas, perkakasuis voltan tinggi, alatubah kuasa, papan pembahagian voltan rendah dan lain-lain. Kesemua yang tersebut di atas memerlukan senggaraan yang berbeza dan terperinci.

Secara amnya, sistem senggaraan berjadual ini boleh dibahagikan seperti berikut: a) Senggaraan struktur pencawang dan peralatan yang berkaitan.

b) Senggaraan alatubah.

c) Senggaraan pemutus litar minyak atau pemutus litar hampagas atau unit gegelang utama dan pengasing.

d) Senggaraan bateri dan pengecas bateri.

4.8.1 :

Senggaraan Struktur Dan Peralatan Yang Berkaitan

Ini melibatkan pemeriksaan secara fizikal dan senggaraan berjadual di bahagian struktur di dalam pencawang termasuk pagar. Satu senarai semak boleh disediakan untuk memudahkan kerja-kerja penyemakan.

4.8.2 Kawasan Luar

(47)

ii) Kerja-kerja pembersihan longkang.

iii) Papan tanda DI LARANG MASUK dan MERBAHAYA dipamerkan denngan terang.

iv) Mangga untuk pintu masuk pencawang.

4.8.3 Kawasan Dalam

i) Kawasan dalaman pencawang mesti di simpan bersih.

ii) Tikar getah di letakan di hadapan perkakasuis voltan tinggi dan papan pembahagian voltan rendah ( untuk pencawang berbangunan ).

iii) Peparit kabel mesti dipenuhi dengan pasir supaya aitr tidak bertakung dan semua lubang kemasukan kabel ditutup.

iv) Pamirkan ‘Shock Card’.

v) Alat pemadam api mesti di dalam keadaan beroperasi dan di periksa selalu oleh pihak pembekal.

vi) Semua alatan untuk kendalian perkakasuis mesti di letak di dalam keadaan teratur. vii) Periksa keadaan jaring di semua pintu dan tingkap.

viii) Periksa semua lampu.

xi) Papan Pembahagian Voltan Rendah atau kotak fius mesti di periksa untuk memastikan sambungannya dalam keadaan ketat.

(48)

xi) Ambil bacaan beban pada semua ‘feeder’.

(49)

xiii) Periksa semua sambungan pembumian supaya tidak berkarat atau longgar. xiv) Periksa keadaan bateri dan pengecas bateri.

xv) Periksa keadaan semua sambungan di antara sel dan di sapu dengan ‘Vaseline’.

xvi) Ambil bacaan ketumpatan bandingan pada semua sel, jika bateri jenis ‘Lead Acid’ digunakan. Periksa juga paras ‘electrolyte’ sel berkenaan.

xvii) Ambil bacaan voltan pada setiap sel.

xviii) Ambil bacaan arus dan voltan pada pengecas bateri. Bacaaan di ambil sebelum dan sesudah senggaraan bateri dilakukan, dimana suis pemilih di letakkan pada ‘Tickle Charge’ dan ‘Quick Charge’.

4.9 : Pembumian Pencawang

4.9.1 Pembumian

Pembumian ialah sambungan kepada jisim ( masa ) bumi. Pembumian secara am merangkumi dua bahagian iaitu pembumian sistem sua pembumian peralatan.

4.9.2 Pembumian Sistem

Pembumian sistem dilakukan untuk sebab-sebab berikut: a) Mengasingkan sistem apabila berlaku kerosakan.

b) Menghadkan perbezaan potensi diantara pengalir yang tidak bertebat di sesuatu kawasan.

(50)

4.9.3 Pembumian Peralatan

Pembumian peralatan dilakukan untuk satu sebab tertentu iaitu perlindungan kepada manusia. Apabila peralatan ini dibumikan, ia memberi satu laluan yang kurang rintangan ke bumi. Ini bermakna jika sesuatu punca yang hidup menyentuh badan peralatan kuasa elektrik akan mengalir ke bumi dan arus tidak mengalir ke badan sesiapa jika disentuh peralatan tersebut kerana rintangan badan tinggi daripada rintangan pengalir ke bumi.

1) Kesan Aliran Arus

Charles Dalzied telah membuat kajian tentang kesan aliran arus melalui badan dan mendapat hanya memerlukan 25 mA untuk membuat jantung berhenti berdenjut. Jika ketegangan otot di bahagian dada berlanjutan. Seseorang itu mengalami kesesakan pernafasan. Beliau juga mendapati bahawa badan boleh menerima arus yang tinggi dalam jangka masa yang pendek dan arus yang kurang bagi jangkamasa yang panjang.

Arus = 0.116 / t

2) Jenis Pembumian

i) Pembumian Secara Terus

Dalam Pembumian secara terus, neutral alatubah itu di sambungkan secara terus kepada sistem Pembumian Utama Pencawang dengan rintangan yang rendah. Biasanya sistem ini digunakan di dalam Alatubah Pembahagian 11/0.433 Kv. Kerosakkan ke bumi di dalam sistem ini menyebabkan arus lampu mengalir untuk membenarkan kegunakan fius kepada sistem pembahagian.

ii) Pembumian Rintangan

Pembumian cara ini digunakan untuk mengurangkan arus lampu kepada bumi. Sejenis perintang dimasukkan di antara neutral dengan bumi bagi menghadkan arus itu kepada nilai yang selamat. Cecair di dalam tanngki silinder ialah sodium

(51)

bikobornat yang dicampuri dengan air suling. Pembumian jenis ini biasa digunakan dalam Alatubah Pembahagian.

3) Pembumian Peralatan Dan Struktur

Struktur logam dan peralatan seperti tangki latubah dan perkakasuis boleh dicas melalui induksi. Ia juga boleh dicaskan melalui kerosakan penebatan, bushing dan lain-lain. Dengan sebab itu semua struktur logam dan peralatan mesti dibumikan.

Secara am, sambungan ke bumi dibuat menggunakan dawai tembaga jalinan tembaga atau dawai bagi bergalvani SWG 7/10. perhatian mesti diberikan kepada semua punca sambungan supaya dapat menghindarkan daripada kerosakan mekanikal, sambungan terbuka dan tidak berkarat, dimana akan mengakibatkan kenaikan nilai rintangan

4) Rangkaian Pembumian

Rangkaian pembumian ialah sambungan dawai besi bergalvani 7/10 yang ditanam didalam tanah diantara semua elektrod pembumian, struktur logam dan perkakas untuk mewujudkan satu pembumian sepunya.

5) Kriteria Pembumian

Berikut adalah 4 kriteria pembumian: i) Jenis Tanah

Tanah jenis kapor, tanah liat, gravek, berbatu, berpasir dan lain-lain boleh menmpengaruhi nilai rintangan sistem pembumian.

ii) Elektrod

Jenis-jenis elektrod yang biasa digunakan ialah paip besi bergalvani dan rod tembaga. Kedua-dua jenis elektrod ini didapati berkesan kerana mempunyai ciri-ciri tersebut:

a) Nilai pengaliran yang tinggi. b) Rendah nilai rintangan.

(52)

c) Tidak mudah berkarat. d) Tahan lasak.

Kedalaman elektrod yang ditanam didapati lebih berkesan daripada garispusat elektrod. Ini adalah disebabkan kawasan yang diliputi oleh elektrod mempunyai ruang jumlah rintangan yang menyeluruh.

iii) Pengalir

Pengalir yang digunakan mestilah mempunyai saiz yang mencukupi untuk membawa arus lampu dan tidak mudah panas dalam apa jua keadaan. Jenis pengalir yang digunakan ialah dawai bergalvani 7/10 SWG dan dawai tembaga 0.1 in2

iv) Cuaca

Keadaan cuaca juga di sesuatu kawasan mempengaruhi nilai rintangan pembumian. Di kawasan yang mempunyai banyak hujan dan lembap akan menghasilkan nilai yang rendah.

4.9.4 :

Pemasangan Pembumian Di Pencawang

Penerangan

i) Kedudukan Paip Besi Bergalvani

Paip bumi biasanya ditanam di sudut bangunan pencawang dan smbungan paip-paip adalah dibuat dengan menggunakan dawai besi bergalvani 7/10 SWG atau dawai tembaga 0.1in2 secara selari.

Jika empat batang paip bumi tidak menghasilkan rintangan bumi yang dikehendaki, paip tambahan boleh ditanam lagi dan sambungan dibuat pada mana-mana sudut pencawang yang sesuai. Adalah kurang baik bagi kita menanam paip-paip itu dalam

(53)

jarak yang terlalu dekat. Ini adalah kerana satu kawasan akan menutupi sebahagian kawasan rintangan paip-paip yang berlebihan.

Rajah 4.8 : Gambarajah Kedudukan Paip Bumi.

ii) Kedudukan Rod Tembaga

a) Tanam beberapa dalam yang boleh, tetapi ingatkan bilangan batang rod yang telah ditanam di satu sudut.

b) Jarak bagi rod pertama ke rod kedua ialah dua kali ganda lebih panjang bagi batang rog yang telah ditanam.

iii) Cara Sambungan

a) Gunakan bol loyang 12.7 mm x 38 mm untuk membuat logam kepingan pada paip bumi.

b) Gunakan ‘crossby’ clip 12.7 mm sambung dawai-dawai pada logam kepingan itu. c) Jalinan tembaga saiz 1’ x1/8’ digunakan untuk menyambungan diantara bumi

perkakasuis, alatubah dan papan pembahagian voltan rendah kepada pembumian utama.

d) paip besi bergalvani yang ditanam ke bumi denga menggunakan tukul besi atau ‘monkey hammer’ mestilah 10 kaki dalamnya.

(54)

e) ‘Crossby Clip’ ialah untuk menyambungkan diantara dawai galvani dengan elektrod bumi dan juga dimana dawai temabag dari perkakasuis disambung selari dengan dawai galvani di elektrod bumi.

iv) Cara-Cara Membuat Sambungan Ke Bumi

a) Brazing

Cara membuat penyambungan dengan menggunakan silver sifos. Cara ini memberi keteguhan yang baik pada sambungan.

b) Pretining

Juga dikenali bagai sweating. Ini untuk memberi keterusan yang lebih baik apabila menggunakan bol dan nat. di buat dengan membuat satu lapisan edngan pateri di tempat penyambungan.

c) Bol and Nat

Cara ini murah dan cepat untuk siap. Tetapi bol dan ant mesti diikat dengan kuat memberi keterusan yang baik.

d) Soketing

Biasa digunakan di pencawang luar dan selalunya menggunakan dawai besi bergalvani.

(55)

Rajah 4.9: Cara sambungan pembumian pencawang

4.10 : Kabel

Kabel merupakan bahan atau komponen utama yang digunakan untuk penyambungan dan pembekalan elektrik ke sesuatu kawasan ataupun bahagian yang dikehendaki. Kabel digunakan bagi menyambungkan bahagian utama ke sub-utama dan dari sub utama kepada litar akhir atau peralatan atau perkakasan yang menggunakan elektrik. Terdapat pelbagai jenis, saiz, dan keupayaan kabel yang diguna pakai hari ini, bergantung kepada keadaan atau faktor-faktor tertentu dan juga keadaan semasa. Kabel ini terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu kabel voltan tinggi dan kabel voltan rendah. Kabel voltan tinggi ini mampu membawa beban atau voltan setinggi 11kV dan ke atas manakala kabel voltan rendah hanya mampu mnembawa voltan setinggi 415V dan ke bawah. Kegunaan kabel ini bergantung kepada voltan yang diperlukan dan menjadi perkara utama untuk mengetahui beban yang dikehendaki bagi menentukan kabel yang hendak dipakai.

(56)

4.10.1 Komponen utama Kabel

Kabel terdiri daripada dua komponen utama iaitu pengalir dan juga penebat.

4.10.2 Jenis- Jenis dan Saiz Kabel.

Terdapat pelbagai jenis dan saiz kabel yang digunakan oleh TNB dalam penyambungan dan penghantaran bekalan elektrik kepada pengguna. Semua kabel pada asasnya adalah sama iaitu mempunyai pengalir untuk membenarkan arus mengalir dan penebat bagi membataskan pengaliran arus atau mengelak dari arus mengalir serta melindungi pengalir bagi kabel tersebut. Kabel dibuat mengikut kadaran arus dan voltan yang boleh dibawa olehnya semasa penghantaran bekalan elektrik. Pada umumnya, kabel boleh dikelaskan kepada dua iaitu kabel voltan tinggi dan kabel voltan rendah. Berikut ini merupakan penerangan ringkas jenis dan saiz bagi kabel voltan tinggi dan kabel voltan rendah. Penerangan ini berdasarkan jadual 1- 4 di muka surat sebelah.

1. Kabel Voltan Rendah. a. PVC

b. ABC (Arial bundle Cable) c. BARE AI (Bare Alminium)

Jenis kabel yang terkini dipakai oleh pihak TNB ialah kabel jenis ABC dan kabel sedia ada adalah PVC dan BARE AI. Kedua-dua kabel ini akan dimansuhkan secara berperingat-peringkat. Ini kerana pemilihan kabel ABC dalam penggunaan penghantaran dan pendawaian voltan rendah adalah lebih baik dan selamat berbanding kabel BARE AI dan PVC. Kabel ABC adalah lebih selamat digunakan kerana sukar berlakunya kerosakan kerana kabel ini dibaluti penebat pada luarnya. Ini menyebabkan kabel ini sukar rosak atau pun putus dan juga kerosakan talian ke talian tak akan berlaku berbanding kabel BARE AI yang mana pangalirnya terdedah kepada luar. Ini mengakibatkan kabel ini mudah rosak,

(57)

putus seterusnya memudahkan kejadian kerosakan antara dua talian apabila bersentuhan dan kejadian rosak ke bumi.

ABC juga lebih baik berbanding kabel PVC. Ini kerana walupun bersalut, kabel PVC tidak menetapkan yang mana kabel hidup, neutral dan juga yang mana kabel bagi lampu jalan. Ini menyusahkan pekerja untuk memilih yang mana kabel untuk dijadikan kabel hidup mahupun neutral. Ini mengakibatkan apabila tersalah sambung dan tertukar fasa hidup dengan hidup atau tertukar fasa dengan neutral pada kabel, akan berlakunya kerosakan dan mengakibatkan kemusnahan pada kabel itu sendiri dan juga perkakasan elektrik yang terlibat. Oleh kerana itulah kabel ABC telah dipilih memandangkan kabel ini telah ditetapkan untuk penggunaannya iaitu berdasarkan saiznya dan label yang diberikan oleh pengeluar dengan menetapkan sesuatu saiz untuk kabel fasa atau hidup, kabel untuk neutral dan untuk lampu jalan.

2. Kabel Voltan Tinggi.

a. XLPE (cross Link Poly Etthlyn) b. PILC (Paper Insulated lead cover)

Kabel voltan tinggi yang digunapakai oleh TNBD pada masa sekarang adalah XLPE terutamanya melibatkan kerja-kerja pemasangan kabel yang baru. Kabel PILC adalah kabel sedia ada yang masih digunapakai tetapi tidak melibatkan pemasangan yang baru. Kabel PILC ini akan diganti dengan kabel XLPE apabila terjadinya kerosakan atau ‘breakdown’. Penggunaan kabel XLPE ini bagi menggantikan kabel PILC ini adalah memandangkan kabel ini mempunyai banyak kelebihan. Berdasarkan jadual ‘cables rating’, jelas menunjukkan bahawa pada saiz kabel yang sama, kabel XLPE mempunyai kadaran arus yang lebih tinggi berbanding kabel PILC, oleh itu kabel ini mempunyai keupayaan membawa beban yang lebih tinggi berbanding kabel PILC. Selain itu, kerja pemasangan sambungan atau tamatan bagi kabel XLPE adalah lebih mudah berbanding kabel PILC. Kabel XLPE juga mempunyai keselamatan dan prestasi yang lebih baik berdasarkan bahan

(58)

dan rekabentuk pembinaannya. Ini dapat dilihat contoh rajah kabel XLPE dalam lampiran bahagian pembinaan. Penggunaan kabel XLPE juga adalah lebih baik berbanding kabel PILC kerana kabel ini lebih mudah dan selamat apabila digunakan sebagai kabel talian atas ‘over head’ untuk penghantaran voltan tinggi.

4.10.3 Langkah-Langkah Keselamatan Ketika Memgendalikan Kabel.

Beberapa langkah perlu diambil semasa kerja-kerja mengendalikan kabel seperti ketika mengangkat kabel, membuat pemasangan dan tamatan. Kabel yang dikeluarkan dari kilang pengeluaran biasanya telah diuji terlebih dahulu sebelum dikeluarkan. Ini bagi menjamin mutu dan prestasi kabel agar ia tidak mendatangkan sebarang masalah kepada penggunaannya kelak. Tetapi jika kabel ini tidak menuruskannya dengan dan berhati-hati, ianya boleh mendatangkan masalah dan mudah rosak serta tidak boleh digunakan.

Kabel hendahlah dibuka dengan berhati-hati ketika memulakan kerja seperi membuka dari penggulungnya iaitu gelungan kayu. Kabel ini hendaahlah dibuka dengan mengelakkan dari terkena benda-benda tajam dan keras agar tidak terluka. Sekiranya sesuatu kabel dipotong dan sebelum dipasang kepada sesuatu peranti atau peralatan elektrik, hujung kabel yang dipotong tersebut hendaklah dibaluti dengan segera agar penebat dan pengalirnya tidak rosak dan tidak dipengaruhi faktor luaran seperi dimasuki air.

Satu lagi perkara yang mesti dititikberatkan ialah ketika mahu membengkokkan kabel sewaktu kerja mengendalikan kabel dijalankan. Membengkokkan kabel tidak perlu dilakukan berhampiran dengan kotak tamatan. Kabel akan mudah rosak jika garis pusat pembengkokkan itu adalah kecil. Dalam kerja-kerja pemasangan kabel, bengkokkan kabel pada susdut-sudut tertentu mestilah dibuat dengan garis pusat sebesar mungkin. Ini bagi mengurangkan tekanan pada kabel tersebut dan mengekalkan kelegaan kabel tersebut. Bengkokan kabel dengan garis pusat yang kecil akan menyebabkan kerosakan pada penebat, pengalir dan perisai perlindungan kabel tersebut.

(59)

4.10.4 Membuat Tamatan dan Penyambungan Kabel.

Tamatan dan penyambungan kabel adalah proses yang amat penting bagi memastikan keterusan, kesempurnaan penebatan atau pengalir dan keterusan perisai perlindungan terus kekal prestasi dan keupayaannya. Ini penting kerana agar kabel dapat membawa arus beban yang telah dikadarkan dan juga nilai arus yang terhasil apabila berlaku kerosakan ataupun litar pintas. Kerja ini juga amat penting bagi menggelakkan dari mudahnya berlaku kerosakan pada kabel sekaligus ‘breakdown’ atau gangguan bekalan eletrik mudah terjadi. Contohnya ialah semasa kerja tamatan dan penyambungan antara kabel bagi kabel bawah tanah iaitu biasanya kabel voltan tinggi. Kerja ini penting bagi memastikan penyambungan dan tamatan yang dibuat tahan dari masalah gegaran atau perubahan struktur tanah yan menyebabkan kabel tersebut mudah terluka ataupun rosak. Ianya juga amat penting agar kabel tidak mudah dimasuki air sehingga kabel ‘shock’ ataupun sebagainya. Kerja ini juga amat penting agar tahan dari faktor-faktor cuaca seperti hujan yang memudahkan kabel dimasuki air seperti yang dinyatakan tadi. Selain hujan suhu yang amat tinggi atau keadaan persekitaran yang panas juga boleh mengakibatkan kabel mudah pecah ataupun terluka. Kesan ini semua adalah penting dan mesti dititikberatkan semasa kerja tamatan dan penyambungan kabel dijalankan.

4.10.5 Pengujian Kabel

Kabel yang dipasang ataupun yang digunakan oleh TNB dalam penghantaran atau pengagihan bekalan elektrik mestilah diuji bagi memastikan kabel tersebut betul- betul berada pada prestasi yang sempurna dan tidak berlaku sebarang kerosakan mahupun berada dalam keadaan yang tidak memuaskan. Diantara ujian yang dimaksudkan ialah :

(60)

1. Insulation Test (ujian penebatan).

Ujian ini dijalankan menggunakan peralatan yang dipanggil ‘Megger’ . Ujian ini adalah untuk mengukur tahap kekuatan penebat bagi sesuatu kabel dengan melihat rintangan yang dihasilkan melalui alat tersebut (megger). Untuk mengenalpasti kabel tersebut betul-betul baik, rintangan yang terhasil semasa ujian ini dijalankan mestilah melebihi 100M. Megger ini mempunyai 2 terminal E dan L, 1 pemilih suis dan 2 sekil. Sekil yang dimaksudkan ialah sekil untuk Megaohm dan ohm. Sebelum sebarang ujian pada kabel dijalakan, pemilihan sekil mestilah betul agar bacaan sebenar boleh diperolehi dan suis pemilih juga harus ditetapkan. Suis pemilih ini adalah jumlah voltan yang hendak disuntik semasa ujian dijalankan. Semasa ujian dijalankan, terminal E mestilah dibumikan dan terminal L disambung pada pengalir kabel. Pemilihan voltan juga hendaklah berkesesuaian dengan kabel yang hendak diuji. Prestasi penebatan kabel juga boleh dilihat dengan mengambil bacaan arus bocor yang berlaku pada kabel semasa ujian penebatan dijalankan. Sekiranya arus tinggi terhasil, ini bermakna kabel itu gagal berada dalam prestasi yang dikehendaki.

2. Continuity Test (ujian keterusan.).

Ujian keterusan dijalankan bagi memastikan pengalir kabel berada dalam keadaan yang baik. Ujian ini juga dijalankan dengan menggunakan ‘Megger’. Untuk mengetahui kabel ini mempunyai pengalir yang baik, rintangan yang terhasil mestilah kecil sehingga bacaan sifar atau 0. Apabila bacaan tanpa rintangan, ianya menunjukkan bahawa pengalir pada kabel tersebut tidak berintangan yang boleh mengganggu pengaliran arus. Apabila rintangan tinggi terhasil kabel ini tidak berada pada prestasi yang baik kerana wujudnya masalah pada pengalit tersebut. Semasa ujian ini dijalankan, kedua-dua hujung pada sesuatu kabel disambung dengan kedua-dua terminal Megger tersebut

(61)

Ujian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpasti sambungan fasa yang betul bagi setiap penyambungan kabel, tidak kira semasa tamatan atau sambungan. Ujian ini dijalankan dengan menggunakan ‘Phasing Indicator’ atau penunjuk fasa.

(62)

5.1 : Pengenalan

Perancang merupakan bahagian yang bertanggungjawab menguruskan sesuatu projek permohonan bekalan elektrik yang baru ataupun projek yang melibatkan meningkatkan atau ‘upgrade’ sesuatu bekalan elektrik sedia ada. Secara umumnya, perkara atau kerja yang terlibat dalam bahagian ini ialah membuat surat-surat yang berkaitan dengan pembekalan projek baru atau meningkatkat bekalan sedia ada untuk diberikan kepada pihak yang terlibat seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Majlis Perbandaran atau Daerah, Syarikat Telekom Malaysia Berhad ataupun kontraktor iaitu pemaju bagi sesuatu projek yang berkaitan.

Juruteknik yang terlibat juga membuat lawatan ke tapak projek bekalan berkenaan dan akan memikirkan kaedah pengambilan bekalan elektrik samada daripada pencawang elektrik atau tiang elektrik sedia ada yang paling hampir atau pun memerlukan pencawang baru. Ini bergantung kepada ‘total connection load’(TCL) dan ‘maximum demand’ (MD) yang berkaitan dengan projek berkenaan serta beban yang ditanggung pada pencawang yang berhampiran.

Semasa peninjauan dan lawatan yang dijalankan, juruteknik terlibat juga bertanggungjawab membuat anggaran atau ‘estimate’ bagi projek tersebut iaitu kos yang terpaksa dibayar oleh pengguna atau pemaju terlibat dan kos yang terpaksa dikeluarkan oleh TNB. Setelah kos yang terlibat ini diketahui, penyediaan borang kerja modal mestilah dilaksanakan oleh juruteknik terbabit sebelum diluluskan oleh eksekutif bahagian perancang.

Bagi projek yang dijalankan ini, pelukis pelan iaitu bahagain CAD akan membuat pelan cadangan skematik untuk pembekalan kepada pengguna. Jika sesuatu projek memerlukan pencawang elektrik yang baru, juruteknik atau wakil dari bahagian perancang akan membuat pemeriksaan (checklist) pencawang serta sebarang kerja-kerja dengan penyerahan pencawang kepada TNB.

(63)

5.2 : Lawatan dan Jangkaan (

estimate

) di Tapak Projek

Apabila menerima projek baru, wakil TNBD akan membuat lawatan dan peninjauan terlebih dahulu di kawasan berkenaan bagi memudahkan kerja-kerja memberi bekalan kepada pengguna. Semasa di tapak projek, wakil TNBD seperti juruteknik atau pomen akan melakukan perkara seperti di bawah:

a) Melihat tapak projek dan kawasan sekitarmya bagi memudahkan penanaman tiang yang di perlukan.

b) Mencari punca bekalan elektrik yang hendak kepada tersebut seperti mencari pencawang elektrik yang terdekat atau mencari tiang elektrik yang sedia ada.

c) Membuat lakaran atau pelan yang kecil daripada pencawang elektrik yang terdekat ke tapak projek.

Bagi sesuatu projek yang memerlukan bekalan elektrik atau beban yang tinggi, maka ia seharusnya membina pencawang elektrik yang baru di tapak projek tersebut. Pembinaan pencawang elektrik yang baru ini dibuat oleh pihak pemaju atau kontraktor projek berkenaan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak TNB.

Apabila ia siap sepenuhnya, pihak TNB akan membuat pemeriksaan sepenuhnya dan beberapa perkara perlu dilakukan oleh pekerja TNB ialah

:-a) Memerhati dan meneliti pencawang elektrik baru sama ada mengikut pelan dan prosidur yang di kehendaki oleh pihak TNB ataupun tidak.

b) Membuat perbincangan dengan pihak yang terlibat mengenai pembinaan pencawang tersebut sama ada menepati apa yang dikehendaki atau tidak.

c) Membuat ‘checklist’ pencawang setelah memeriksa dan meneliti pencawang tersebut. ( Lampiran – checklist PE )

(64)

d) Membuat surat komen mengenai pencawang elektrik tersebut.

(65)

PENCAWANG YANG BARU DISERAH KUNCI

5.2.1 : Pengiraan Berapa Amp (Arus) yang perlu berdasarkan beban pengguna.

Tujuan pengiraan ini dibuat adalah untuk membuat anggaran iaitu estimate bagi setiap projek yang ingin dijalankan setelah kerja-kerja lawatan dijalankan oleh pihak TNBD di tapak projek. Pengiraan ini adalah berdasarkan beban yang mungkin terlibat dalam projek terbabit dan anggaran beban ini mestilah disediakan oleh pihak pemaju atau kontraktor bagi projek tersebut. Pengiraan tersebut adalah mengikut formula berikut:

I (arus) = MD/ 0.61

di mana MD ialah maximum demand (kehendak maksimum) P = VI KOS ,

KOS  ialah 0.85 iaitu standard yang dipakai oleh TNB. P ialah maximum demand.

(66)

Pengiraan arus ini adalah penentu bagi sesuatu projek samada memerlukan pencawang elektrik yang baru atau mengcukupi dengan sumber bekalan sedia ada seperti tiang atau pun dari pencawang elektrik berdekatan. Arus dari bekalan sedia ada mestilah diukur dan dibandingkan dengan arus yang dikira melalui maximum demand. Sekiranya arus beban baru ini iaitu maximum demand tersebut adalah hampir atau kurang dari 50% dari arus bekalan sedia ada, ini bermaksud arus bekalan sedia ada ini boleh diambil sebagai punca bekalan kepada projek tersebut dan sekiranya melebihi 50%, ini bermakna PE baru diperlukan.

Pemaju mestilah mengemukakan MD atau TCL ( total connection load) iaitu jumlah sambungan beban iaitu jumlah sambungan beban yang dipakai bagi semua pengguna terlibat dalam satu masa. MD boleh diperolehi dari TCL jikalau pemaju tidak memberi MD semasa mengemukakan permohonan bekalan iaitu dengan menggunakan formula yang ditetapkan oleh TNB

MD = TCL X faktor kepelbagaian (ditetapkan oleh TNB)

5.3 : Kaedah Permohonan Bekalan Elektrik

a. Penerimaan surat permohonan bekalan elektrik daripada pemunya projek. Mengandungi

:-i. Pelan lokasi bersekil

ii. Pelan tatatur pembangunan bersekil iii. Rajah skematik papan suis utama

iv. Tarikh sasaran bekalan elektrik diperlukan v. Nilai MD dan TCL bagi yang baru dan lama

vi. Nama, alamat, no. telefon, dan faks pemunya projek vii. Kaedah penyambungan

(67)

viii. Makluman kepada TNB bagi % pembinaan bangunan, jalan, dan bilik pencawang tersebut dari semasa ke semasa.

b. Membuat anggaran ( estimate ) dan pemeriksaan.

i. Ambil bacaan beban talian atas bagi siang dan malam pada talian atas yang berhampiran dengan kawasan tersebut.

ii. Buat pengiraan sama ada perlukan P/E atau tidak. Jika perlu :

i. Hantar surat bagi pembinaan P/E yang baru.

ii. Buat pemeriksaan terhadap P/E yang baru dari semasa ke semasa ( ikut spesifikasi TNB )

iii. Buat anggaran kaedah / jarak pemasangan talian yang hendak di gunakan. iv. Lakarkan pelan rajah skematik projek tersebut.

Jika tidak perlu :

i. Buat anggaran kaedah / jarak pemasangan talian yang hendak di gunakan. ii. Lakarkan pelan rajah skematik projek tersebut.

c. Buat laporan BKKM. i. Jika ada P/E :

ii. Hantar ke bahagian autocad untuk lukis rajah skematik bagi kawasan tersebut.

iii. Jika terlibat, majukan cadangan teknik daerah. iv. Hantar surat cas sambungan kepada pemunya projek.

(68)

v. Hantar surat kelulusan projek tersebut kepada bahagian pembinaan bagi tindakan selanjutnya.

BAB 6 : BAHAGIAN PERLINDUNGAN 33 kV

(69)

Tujuan sistem perlindungan ini dijalankan adalah bagi memastikan sistem kuasa dan pengagihan bekalan elektrik dalam TNB boleh beroperasi dengan baik, sempurna dan selamat kepada pengguna, orang awam, kakitangan dan semua sistem yang terlibat termasuklah dari segi peralatan atau komponen yang terbabit. Perlindungan juga adalah bertujuan untuk mengelakkan secepat mungkin dan meminimumkan kerosakan.

Prinsip Asas Sistem Perlindungan.

Rajah 6.1 : Komponen Asas Dalam Sistem Perlindungan.

Berdasarkan rajah tersebut prinsip kendalian dalam sistem perlindungan ialah Pengubah arus (Current Transfomer) mengukur arus yang melaluinya dan menukarkannya kepada arus sekunder dan menghantarnya kepada geganti (relay), apabila arus yang diukur tadi melebihi arus yang diset pada relay, relay akan trip atau belantik seterusnya menghantar isyarat kepada pemutus litar. Pemutus litar pula akan trip untuk memutuskan litar bagi mengasingkan kerosakan yang berlaku.

6.2 : Komponen Atau Peralatan Yang Terbabit Dalam Sistem

Perlindungan

Peralatan yang paling penting dan terlibat dalam sistem perlindungan ialah ‘Current Transfomer’ (CT) iaitu Pengubah Arus, ‘Relay’ iaitu Geganti dan ‘Circuit Breaker’

Pemutus Litar. Dalam bahagian ini, penerangan adalah berkaitan CT dan Relay sahaja Pemutus

Litar

Geganti Pengubah

Gambar

GAMBAR BERSAMA KONTRAKTOR DAN TNB
Gambar : Merupakan antara contoh kerosakan pada wayar yang telah lama
Gambar : Menunjukkan antara contoh pemasangan jangka

Referensi

Dokumen terkait

Salah satu daripada syarat di dalam subjek tersebut ialah pelajar-pelajar dimestikan untuk menyedial<an satu Ra:ncangan Perniagaan (RP) yang lengkap

4.3.2 Menyatakan nama dan pada projek yang dihasilkan. fungsi alatan tangan  Mengenal pasti satu sistem asas elektromekanikal. gun) dan pistol perekat  Memasang bahagian projek

Dalam tahun 1999, Lembaga Penyelarasan Divisyen VI IFLA telah membenarkan satu projek selanjutnya, dengan memperuntuknya kepada satu kumpulan ahli 2 daripada Bahagian AVM yang

Pentingnya latihan industri juga adalah supaya para pelajar dapat mendisiplinkan diri dalam hal-hal berkaitan pekerjaan contohnya kedatangan dan ketepatan masa,

Disamping Buku Log Latihan Industri, Pelajar seperti program di atas di kehendaki menyediakan Buku Log Latihan Industri (sepertimana yang ditetapkan oleh pihak

Buku nota ini adalah bertujuan untuk memberikan maklumat berkaitan pelaksanaan latihan industri di Kolej Komuniti Jempol kepada para pelajar yang akan menjalani latihan industri

Tidak adanya salah satu komponen akan mengurangi hasil yang dicapai, dengan demikian pembinaan atlet Pusat Pendidikan dan Latihan Olahraga Pelajar (PPLP) di

Sistem Maklumat Latihan Industri SMLI merupakan sistem berasaskan web untuk memudahkan para pelajar di FSKTM UNIMAS memilih dan melakukan permohonan tempat dengan lebih cepat dan