P R OG R A M T U J U C E ME R L A NG
S OA L A N K OMS A S ( 2 b, 2c , 2d )
K E R TAS BAHAS A ME LAY U 2
S PM TAHUN 2016
ANJ URAN
PANI T I A BAHAS A MELAYU
DAERAH KOT A S ET AR
KEDAH DARULAMAN
AGIHAN TUGAS
PEMBINAAN MODUL LATIH TUBI KOMSAS BAHASA MELAYU SPM TAHUN 2016
SENARAI TAJUK
ANTOLOGI JAKET KULIT KIJANG DARI ISTANBUL & SEJADAH RINDU
5 CINTA AHMAD MUTAWAKIL CHE JAMILAH ABD RAZAK – SMK TUN S RODZIAH MASHETOH BT HASHIM - SMK ALOR JANGGUS 4 BERKHIDMAT UNTUK NEGARA NOR’AINI BT SAMSUDIN – SMK TUNKU A RAHMAN
RAHANI BT AB RAHMAN – SMK MUADZAM SHAH 3 JAKET KULIT KIJANG DARI ISTANBUL NURIZA BT ABDULLAH – SMK TAJAR
SHALIZA BT AHMAD - SMK CONVENT
2 MUNSYI HAMIDAH BT ISMAIL - SMK LANGGAR
NORLINA SHAHIDAN – SMK SULTANAH BAHIYAH 1 KADUK ,AYAM DAN RAJA MOHD ZAIRI BIN MD ZAIN – SMK TUNKU ABD MALEK
MUZAINAH BT MANSOR - SMK JABI SOALAN 2b- CERPEN & DRAMA
8 KUDUP PERANG 7 ERTI HIDUP BERERTI
6 PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS KAMPUS 5 SEJADAH RINDU
ZAINORAH BT MD ZAIN - SMK ALOR MERAH AZIZAH BT ISMAIL - SMK SERI GUNUNG
4 GELANGGANG
3 www.sibermerdeka.com.my 2 AKU MEMBACA LAGI 1 SANG GEMBALA KUDA
ZURINA BT OTHMAN – SMK TUN SH RODZIAH RUSLAH BT ABDUL RASHID - SMK AGAMA KEDAH PUISI MODEN
4 BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU 3 BEBERAPA PETUA HIDUP
2 GURINDAM DUA BELAS (FASAL YANG KETIGA) 1 SYAIR BIDASARI
FAUZIAH BT ALI – SMK KEPALA BATAS
ABDUL RASHID BIN OTHMAN – SM SAINS POKOK SENA PUISI TRADISIONAL
SOALAN 2 d- PUISI TRADISIONAL & SAJAK
2 BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA MOHAMAD BIN MAT NOOR – SMK DWM SAMAN NORAINI BT AYUB – SMK ST MICHEAL
1 KEPIMPINAN MELALUI TELADAN ZARINA BINTI MOHAMMED ALI - SMK TUNKU A AZIZ SITI ROKIAH BT DIN – SMK TUNKU ABD AZIZ
Soalan 2c - PROSA TRADISIONAL
8 BUKAN GILA SALBIAH BT ISMAIL – SMK DARULAMAN
RAFIKHAH BT OTHMAN – SMK SERI PANTAI
7 GERHANA MANUSIA MANIRAH BT OTHMAN –SMK MERGONG
HASNI BT ABD AZIZ – SMK DATO’SYED OMAR
6 HIPERTENSI JAMILAH BT SHARIFF – SMK SEBERANG PERAK
CE R PE N & DR AMA T INGK AT AN 4 SE T 1- MUNSY I
Soalan 2 (b)-PetikanProsaModen
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri
Setiap kali saya meluahkan hasrat bermastautin di ibu kota, bonda memberikan pelbagai alasan agar saya terus menetap di kampong halaman tercinta ini. K ata bonda, ilmu agama saya masih terlalu cetek dan nipis. Bimbang saya akan hanyut dibawa arus hedonism dan modenisme yang sedang melanda anak-anak muda kota. Malahan, kata bonda lagi, bahasa ibunda saya juga masih lemah. Bahasa yang membesarkan saya dengan segala adat resam dan nilai budaya warisan turun-temurun. Bahasa yang diwarisi nenek moyang sejak zaman- berzaman .
Bonda tahu, secubit ilmu yang mengisi dada saya yang kerdil ini tidak akan mampu mengekang ledakan perubahan sosial yang boleh meragut jati diri saya sebagai generasi bermaruah. Saya akui kebenaran kata-kata bonda tentang malapetaka yang sedang menghinggapi sekian ramai anak-anak sebangsa saya. K ebanyakannya tergadai maruah dan harga diri dek mengejar dunia yang bergelar globalisasi dalam menuju arus perdana.
Dipetik daripada cerpen ‘Munsyi’ Karya Husna Nazri
Dalamantologi Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul DBP
i) Apakah kebimbangan bonda terhadap penghijrahan penulis ke ibu kota? ( 2Markah)
ii) Pada pendapat anda, apakah persediaan yang perlu dilakukan oleh remaja yang ingin berhijrah ke ibu kota? (3 Markah)
iii) Huraikan satu persoalan dalam petikan cerpen di atas, dan satu persoalan lain daripada cerpen yang tidak terdapat dalam petikan? ( 4markah )
K BAT ii
iii) Sekiranya anda ibu atau bapa, apakah peranan anda dalam menangani masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan anak remaja kini?
SE T 2 -MUNSY I
Soalan 2 (b)-PetikanProsaModen
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri
“ Tanah air ini pernah bernyala api tragedi. Penjajah menabur bara sengketa melalui pengagihan sumber kekayaan bumi ini yang tidak seimbang. Bangsa pertama ditempatkan di bandar-bandar besar sebagai peniaga dan pengusaha lombong bijih timah. Bangsa kedua terbiar daripada arus pembangunan dengan mendiami kampung-kampung tradisional di luar Bandar sebagai nelayan dan pesawah. Bangsa ketiga pula terus-menerus melarat dalam kemiskinan di ladang-ladang dan estet yang serba mundur. Masing-masing terpisah oleh tembok dan benteng perkauman yang tebal. Tiada usaha untuk penyatuan setiap bangsa melalui satu bahasa pertuturan atau agihan kekayaan yang saksama.”
Saya hayati cerita bonda tentang sejarah angkara yang hamper memusnahkan negara ini. K ota besar itulah yang menjadi gelanggang pertumpahan darah dan korban kematian yang bukan sedikit. Semuanya berlaku angkara kejahilan terhadap salasilah tanah air yang terpecah kepada pagar-pagar perkauman yang tebal.
Dipetik daripadacerpen `Munsyi`oleh HusnaNazri dalam antologiJ aket Kulit Kijang Dari Intanbul`, DBP
i) Bagaimanakah agihan sumber kekayaan pada zaman penjajah? ( 2markah )
ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk menentukan agihan ekonomi yang adil antara kaum di Malaysia? (3 markah )
iii) Huraikan satu nilai yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu nilai daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan? ( 4markah )
K BAT 11
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat bagi mengelakkan berulangnya peristiwa pertumpahan darah antara kaum?( 3markah )
CERPEN MUNSY I Skema jawapan Set 1 i) K ebimbangan ibu:
- penulis akan hanyut dibawa arus hedonism 1 m - penulis akan hanyut dibawa arus modenisme 1m - bahasa ibunda penulis juga masih lemah 1m
[ 2M] II) persediaan remaja berhijrah ke ibu kota
- Lengkapkan diri dengan pelbagai ilmu 1m - Lengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran 1m - Lengkapkan diri dengan keimanan /didikan agama 1m - Mempunyai jati diri yang kukuh 1m
[3 M ] iii) persoalan dalam petikan
Persoalan kepentingan jati diri dalam kalangan remaja.
Contohnya,penulis seringdiperingat oleh bonda untuk mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran serta warisan turun temurun sebelum berhijrah [1+1] -persoalan dalam keseluruhan cerpen
-Persoalan kesan buruk akibat penjajahan
Contohnya,penjajah telah menyebabkan masyarakat di negara ini hidup
berpecah-belah [1+1]
[ 4 M ] K BAT 11
- Memberikan pendidian agama yang kukuh 1M
- Memberi kasih saying dan perhatian secukupnya 1M - Menyemai, memupuk nilai-nilai yang baik dalam diri anak-anak 1M - Memantau gerak-geri anak-anak 1M - Sentiasa berkomunikasi dengan anak-anak 1M
- [ 3 M]
CE R PE N MUNSY I SK E MA SE T 2
I) Agihan sumber ekonomi zaman penjajah
- bangsa pertama di Bandar besar 1M - bangsa kedua terbiar dari arus pembangunan, mendiami kampung-kampung 1M - bangsa ketiga melarat miskin di ladang-ladang dan estet 1M
[2M] ii) Cara memastikan agihan ekonomi yang adil antara kaum
- Peranan kerajaan memastikan rakyat mendapat keadilan dalam pembahagian ekonomi 1M
- Jurang status quo antara kaum dikurangkan 1M - Semua kaum diberi hak dalam ekonomi yang adil 1M - Melaksanakan dasar untuk membantu kaum yang ketinggalan 1M
[3M] iii) nilai dalam petikan :
-Nilai keadilan. Contohnya,agihan ekonomi antara kaum yang tidak adil menjadi punca perbalahan kaum
Nilai dalam keseluruhan cerpen:
- Nilai patriotisme-Contohnya, bondamempunyaisemangatpatriotik yang sangathebat [1+1] - Nilai amanah –Contohnya saya menunaikan hasrat bonda agar menyampaikan
buku-buku khazanah nenek moyang kepada Munsyi [1+1] - Nilai ketaatan – Contohnya saya taat akan permintaan bonda agar tidak berhijrah ke
ibu kota sebelum mempunyai persediaan yang mencukupi [1+1]
- [4M]
K BAT 11
Usaha memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat
Pendedahan dan penekanan pendidikan PSK dan Sejarah di sekolah 1M Mengadakan kempen kesedaran kepentingan perpaduan 1M Menganjurkan Rumah Terbuka K ebangsaan pada musim perayaan 1M Mengadakan sambutan Bulan K emerdekaan pada setiap tahun 1M
[ 3 M]
SE T 1 - Jaket K ulit K ijang dari Istanbul
Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Hajah Normah nampaknya sudah tertarik untuk membeli jaket kulit Turki. Begitu juga dengan Dr. Liza. Aku tiada pilihan. Aku melangkah masuk juga ke dalam kedai itu walaupun niat asal cuma hendak bertanya harga sepasang sarung tangan kulit.
K edai itu tidak begitu luas, namun boleh menempatkan sepuluh orang pelanggan pada satu-satu masa. Terdapat beratus-ratus helai jaket kulit yang beraneka rupa, beraneka warna
tergantung kemas di dalam rak berhawa dingin. Permaidani Turki yang terkenal cantik dan halus menutupi seluruh lantai kedai. Terdapat cermin besar berdekatan dengan pintu masuk. K elihatan dua orang pembantu kedai, kedua-duanya lelaki, tampan, dan berjaket kulit, tersenyum girang menyambut kehadiran kami. Dr. Liza dan Hajah Normah dilayan mesra seperti selebriti.
Pekedai yang mula-mula menyapa kami tadi, melangkah masuk. Di tangannya menatang dulang yang memuatkan enam gelas teh epal panas. Baunya begitu harum dan segar. K ami semua dipelawa minum.
(Dipetik daripada cerpen “Jaket K ulit K ijang dari Istanbul” m/s 70 oleh Maskiah Haji Masrom dalam antologi Jaket K ulit K ijang dari Istanbul
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Gambarkan keadaan kedai yang dikunjungi “aku” dan rakan-rakannya.
[2 markah] (ii) Sekiranya anda memiliki premis perniagaan, bagaimanakah cara anda memajukan
perniagaan anda? Berikan dua cara. (K BAT)
[3 markah] (iii)Sebagai seorang pengguna, apakah kriteria-kriteria yang anda utamakan sebelum
membuat keputusan untuk membeli pakaian? (K BAT)
[3 markah] (iv)Jelaskan satu latar tempat yang terdapat dalam petikan di atas dan satu latar tempat lain
daripada keseluruhan cerpen tersebut
[4 markah]
Soalan 2(b)
Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
K isah aku akhirnya ‘ terbeli’ jaket kulit kijang dari Istanbul ini bermula pada hari kelima lawatanku ke Turki. Aku sengaja menggunakan perkataan ‘ terbeli’ kerana aku benar-benar tidak ada niat untuk membelinya. Ahli rombongan kami yang seramai 30 orang dibenarkan pergi membeli belah di Grand Bazaar yang terletak lebih kurang satu kilometer dari tempat penginapan kami di Hotel Senator.
Aku sudah mempunyai ilham jenis cenderamata yang akanku beli untuk ahli keluarga dan sahabat handai di Malaysia. Sebelum tiba di Istanbul, kami sudah melawat beberapa kawasan bersejarah di Bursa, Pamukkale, K onya, Cappadocia dan Bolu. Pada setiap persinggahan itu, aku mendapati bahawa cenderamata yang popular dan unik di Turki berupa anak patung kain berpakaian tradisi, manisan tradisi lokum yang terkenal sejak zaman pemerintahan Uthmaniah, teh uncang berperisa epal, rantai kunci daripada kaca biru berupa mata merpati, botol orga bersaiz mini, pinggan seramik bertulis ayat al-Quran dan gelang manik penari gelek. Aku memang bercadang untuk membeli cenderamata tersebut di Istanbul kerana pada pendapat aku, apabila membeli cenderamata dalam jumlah yang banyak, aku akan dapat membelinya dengan harga yang lebih murah, selain mempunyai pilihan yang lebih luas.
(Dipetik daripada cerpen “Jaket K ulit K ijang dari Istanbul” m/s 67-68 oleh Maskiah Haji Masrom dalam antologi Jaket K ulit K ijang dari Istanbul
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Mengapakah aku bercadang untuk membeli cenderamata dalam jumlah yang banyak? [2 markah] (ii) Pada pendapat anda, selain membeli cenderamata, apakah perkara-perkara lain yang
[3 markah] (iii)Pada pendapat anda, apakah kebaikan melancong ke tempat bersejarah?
[3 markah] (iv)Huraikan satu perwatakan “aku” yang terdapat dalam petikan di atas dan satu
perwatakan lain “aku” daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah] JAWAPAN SET 1
(i) Gambaran kedai
- tidak begitu luas, namun boleh menempatkan sepuluh orang pelanggan pada satu-satu masa.
- terdapat berate-ratus helai jaket kulit yang beraneka rupa dan warna tergantung kemas di dalam rak berhawa dingin
(ii) Cara untuk memajukan perniagaan
- mempromosikan perniagaan saya melalui internet
- saya akan menarik perhatian pelanggan dengan melayani mereka dengan baik dan sopan
- saya akan menawarkan potongan harga yang menarik untuk barangan tertentu - memastikan premis perniagaan sentiasa bersih, kemas, menarik dan mesra
pelanggan
(iii)K riteria-kriteria yang diutamakan sebelum membuat keputusan membeli pakaian - harga yang ditawarkan berpatutan
- saiz pakaian yang bersesuaian dengan tubuh - warna pakaian merupakan warna kegemaran - kualiti material yang baik
(iv)Latar tempat dalam petikan - kedai menjual jaket kulit
aku dan rakan-rakannya mengunjungi kedai menjual jaket kulit untuk membeli jaket kulit
- Grand Bazzar
Aku dan rakan-rakannya mengunjungi pusat membeli-belah ini semasa berada di Turki
Latar tempat keseluruhan cerpen - Hotel Senator
Tempat penginapan aku dan rakan-rakannya ketika melancong di Turki
J AWAPAN SE T 2
(i) Aku bercadang untuk membeli cenderamata dalam jumlah yang banyak kerana - aku dapat membelinya dengan harga yang lebih murah
- mempunyai pilihan yang lebih luas
(ii) Selain membeli cenderamata, perkara lain yang boleh dilakukan sebagai tanda kenangan ketika melancong
- bergambar kenang-kenangan di setiap tempat menarik
- membuat catatan tentang perkara-perkara menarik di tempat tersebut - merekod video
(iii)K ebaikan melancong ke tempat bersejarah - dapat memupuk semangat patriotisme
- dapat pengalaman secara langsung yang sebelum ini hanya diperoleh melalui pembacaan
- menambahkan ilmu pengetahuan tentang sejarah - dapat menambahkan pengalaman
(iv)Perwatakan aku dalam petikan - seorang yang baik hati
aku berhajat untuk membeli cenderamata kepada ahli keluarga dan sahabat handai di Malaysia
- Seorang yang penyabar
Aku tetap bersabar walaupun dilayan dengan buruk oleh pekedai di Turki semasa aku enggan membeli jaket kulit
Perwatakan aku dalam keseluruhan cerpen - Seorang yang rajin membaca buku
Aku gemar membaca dan akan leka membeli serta membaca buku jika terjumpa kedai yang menjual buku
Nuriza Abdullah (SMK Tajar) & Shaliza Ahmad (SMK Convent) SE T 1 - DR AMA BE R K HIDMAT UNT UK NE GAR A
Baca petikan drama di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
NORA : Aiman , cepat pergi tengok kat papan kenyataan sekolah.Ada perkara menarik. AIMAN : Apa yang menarik sangat.Ada berita tentang aku keluar kat surat khabar, ke? NORA : Bukanlah.K au ni memang gila glamour betul.Ini tentang nama pelajar yang terpilih
AIMAN : Malaslah akau kalau fasal tu.Aku nak pergi kantin cari makan lagi bagus. NORA : K au ni teruklah.Langsung tak ada semangat cinta akan Negara sendiri.Jahanam
negara kita ini kalau ramai yang berfikiran macam kau.Malu aku ada kawan macam kau.
AIMAN : Janganlah merajuk.Tak baik kau cakap macam tu kepada aku.Hmm, apa kata aku belanja kau sarapan pagi ini?
NORA : Tak payahlah kau gunakan wang kau untuk pujuk aku.Jangan ingat dengan wang kau boleh dapat semua perkara yang kau mahukan.
( Dipetik daripada drama”Berkhidmat Untuk Negara “ oleh Affix Zulkarnaen Adam, dalam antologi Jaket K ulit K ijang dari Istanbul , Dewan Bahasa dan Pustaka.)
(i) Apakah perkara menarik yang ada pada papan kenyataan sekolah ?
( 2 markah ) (ii) Pada pendapat anda, apakah kesan yang akan berlaku kepada negara jika tiada semangat
patriotik dalam kalangan remaja? ( 3 markah )
(iii) Pada pendapat anda, apakah peranan pelbagi pihak untuk menyemai sikap cinta akan negara dalam kalangan remaja? ( 3 markah ) (iv) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu lagi persoalan lain
SK E MA SE T 1
DR AMA BE R K HIDMAT UNT UK NE GAR A
(i) Perkara menarik yang ada pada papan kenyataan sekolah : - Nama pelajar yang terpilih untuk menyertai PLK N
- Ada nama Aiman terpapar di situ ( 2 markah )
(ii) K esan yang akan berlaku jika tiada semangat patriotik dalam kalangan remaja - Tiada pemimpin yang berwibawa pada masa akan datang
- Hasrat untuk menjadikan Negara maju menjelang 2020 tidak dapat direalisasikan.
- Negara tidak akan dapat bersaing dengan negara-negara maju yang lain. - Anasir jahat mudah meresap masuk ke negara kita.
( Terima mana-mana jawapan lain yang sesuai ) ( 3 markah )
(iii)Peranan pelbagai pihak untuk menyemai semangat cinta akan negara dalam kalangan remaja:
- Ibu bapa mendidik anak-anak dengan nilai cinta akan Negara sejak kecil lagi.
- Pihak sekolah memperbanyak program yang berunsur cinta akan negara. - Media massa seperti media elektronik memaparkan iklan/program yang
berunsurkan nilai murni
- K erajaan mengadakan lebih banyak kempen cinta akan Negara. ( Terima mana-mana jawapan lain yang sesuai) ( 3 markah ) (iv)Persoalan dalam petikan :
Contoh : Nora kesal akan sikap Aiman yang memandang remeh mengenai kepentingan menyertai program PLK N. ( 1 markah ) Persoalan dalam keseluruhan drama :
K esediaan generasi muda menyertai dasar kerajaan. ( 1 markah ) Contoh : Nora, Syuhasa ,Ah Tiau dan Sundarani begitu teruja untuk menyertai
PLK N . ( 1 markah )
SE T 2 - DR AMA BE R K HIDMAT UNT UK NE GAR A
Baca petikan drama di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
POSMEN : Ada sesiapa yang bernama Aiman Faizullah Bin K hir Ghazali di rumah ini ? AIMAN : Ada, sayalah orangnya .Surat apa ini?
POSMEN : Surat daripada Jabatan Latihan K hidmat Negara.Ini bermakna adik terpilih untuk menyertai Program Latihan K hidmat Negara.Bagus program itu.K alau umur abang macam adik , pasti abang tak akan lepaskan peluang ini.
AIMAN : Abang buang saja surat ini.Saya tak berminat langsung .Buat apa nak bersusah payah sertai program macam ini.Ayah saya banyak duit.Apa yang saya nak,
semua boleh dapat.Buang masa dan tenaga saja program macam ini.Untuk orang susah bolehlah.Maklumlah , dapat makan percuma enam kali sehari,
tempat tidur dan pakaian semua diberikan.Siap dapat RM50.00 lagi… ha … ha..ha..
POSMEN : Tak baik cakap macam itu, banyak faedahnya program seperti ini.Cuba jangan fikir tentang duit dan makan minum tu.Cuba fikirkan tentang kemahiran dan pengalaman yang akan diperoleh nanti.
AIMAN : Abang ini banyak cakap pula, macamlah abang pernah sertai program tu. POSMEN : Memanglah abang tak pernah sertai program itu.Tapi, hasil daripadanya, dah
( Dipetik daripada drama”Berkhidmat Untuk Negara “ oleh Affix Zulkarnaen Adam, dalam antologi Jaket K ulit K ijang dari Istanbul , Dewan Bahasa dan Pustaka.)
(i) Apakah tanggapan negatif Aiman tentang program PLK N? ( 2 markah ) (ii) Pada pendapat anda, apakah cara untuk menyedarkan generasi muda tentang kepentingan
sikap cinta akan Negara? ( 3 markah )
(iii)Pada pendapat anda, mengapakah semangat cinta akan Negara semakin berkurangan dalam kalangan remaja? ( 3 markah ) (iv)Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu lagi pengajaran
lain yang terdapat dalam keseluruhan drama. ( 4 markah)
SK E MA SE T 2 - DR AMA BE R K HIDMAT UNT UK NE GAR A (i) Tanggapan negatif Aiman terhadap program PLK N :
- Membuang masa dan tenaga sahaja - Untuk orang susah
- Makan percuma enam kali sehari
- Tempat tidur dan pakaian semua diberikan - Dapat RM50 sebagai imbuhan
( 2 markah )
(ii) Cara untuk mmenyedarkan generasi muda`tentang kepentingan nilai cinta akan Negara :
- Melalui mata pelajaran Pendidikan Sivik dan K ewarganegaraan yang menekankan nilai-nilai patriotik dalam diri pelajar.
- Sekolah mengadakan program yang bertemakan semangat patriotik menjelang bulan kemerdekaan
- Media massa seperti media cetak dan media elektronik menonjolkan peranan tokoh –tokoh kemerdekaan yang terdahulu
( Terima mana-mana jawapan lain yang sesuai) ( 3 markah ) (iii)Semangat cinta akan negara semakin berkurangan dalam kalangan remaja:
- Pengaruh media massa yang banyak memaparkan unsur negatif. - K urang didikan agama.
- Ibu bapa tidak menerapkan nilai-nilai cinta akan negara dalam diri anak-anak sejak kecil .
( Terima mana-mana jawapan lain yang sesuai) ( 3 markah ) (v) Satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas:
K ita hendaklah menyokong program yang dianjurkan oleh kerajaan. ( 1 markah ) Contoh : Posmen menasihati Aiman agar menyertai program PLK N kerana
mempunyai banyak kebaikannya. ( 1 markah ) Pengajaran dalam keseluruhan drama :
K ita hendaklah memupuk semangat cinta akan negara dalam kalangan generasi
muda. (1 markah )
Contoh : Cikgu Dahari memberikan sokongann kepada Nora, Sundarani dan Ah Tiau yang bersemangat kerana terpilih untuk menyertai PLK N.
( 1 markah ) ( Terima mana-mana jawapan lain yang sesuai) ( 3 markah )
CE R PE N & DR AMA T INGK AT AN 5 SE T 1 - CE R PE N : CINT A AHMAD MUT AWAK K IL
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat sendiri.
Misai terunanya tak ubah macam bulu roma, tetapi perawakannya sangat mengesankkan. Pada suatu hari, pada tahun 1946,
selesai mengaminkkan solat isyak, dia mengengsot merapati Imam Ngah Deraman bersalaman sambil berbisik.
Imam Ngah Deraman berbisik pula kepada Penghulu Ibrahim Sigap. Sebaik-baik saja kedua-duanya menganggukkan kepala, Ahmad Mutawakkil tersenyum lalu berdiri.
“Alhamdulillah… . berkat pimpinan Datuk Onn, perhimpunan pemimpin kita yang diadakan di Johor pada 4 Mei yang lalu telah berjaya menubuhkan PEK EMBAR. Inggeris sudah membatalkan Malayan Union.”
K ami melihat nyala semangat dalam dua bola matanya. Suaranya bersahaja, tetapi setiap patah perkataan yang disebutnya cukup untuk menyemarakkan hati sanubari kami.
“Apa-apa pun,” sambung Ahmad Mutawakkil, “jangan lupa tentang matlamat utama kita - Tanah Melayu mesti merdeka!”
Usia Ahmad Mutawakkil pada waktu itu, baru 17 tahun. Meskipun masih terlalu muda remaja, setiap kata dan tindak-tanduk Ahmad Mutawakkil sangat berpengaruh. Selain dihormati di kampungnya sendiri dia juga disegani di seluruh daerah. Tatkala sayap parti dikembangkan ke daerah kami, dia terpilih sebagai antara orang kuatnya.
(Dipetik daripada Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil dalamAntologi Sejadah Rindu)
i. Apakah kesan yang dilihat terhadap Ahmad Mutawakkil apabila dia telah menunjukkan semangat nasionalisme yang tinggi sejak usia muda?
[2 markah] ii. Pada pendapat anda, mengapakah sifat kepemimpinan perlu dipupuk sejak usia muda?
[3 markah] iii. Nyatakan satu latar masyarakat dalam petikan dan satu latar masyarakat dalam
keseluruhan cerpen.
[4 markah] iv. Sebagai seorang remaja, apakah sumbangan anda untuk mengekalkan perpaduan
CADANGAN J AWAPAN – SE T 1 CINT A AHMAD MUT AWAK IL
i. K esan yang dilihat terhadap Ahmad Mutawakkil apabila dia telah menunjukkan semangat nasionalisme yang tinggi sejak usia muda ialah
setiap kata dan tindak-tanduk Ahmad Mutawakkil sangat berpengaruh. dihormati di kampung sendiri.
disegani oleh seluruh daerah.
dia terpilih sebagai antara orang kuat di daerah tersebut. [Maksimum : 2 markah]
[Isi cukup : 2 isi]
ii. Pada pendapat saya, sifat kepimpinan perlu dipupuk sejak usia muda kerana mereka
Berfikiran lebih jauh dan luas. Mudah didik dan dibentuk
Pelapis dan peneraju pada masa hadapan. Hati lebih kental dan tidak mudah mengalah. Mewujudkan pengalaman yang lebih luas [Maksimum : 3 markah]
[Isi cukup : 2 isi]
iii. L atar masyarakat dalam petikan ialah masyarakat yang berpengaruh dan dihormati. Sejak usia Ahmad Mutawakkil masih muda, setiap kata dan tindak-tanduknya sangat berpengaruh dan dihormati. ( 1 + 1 )
L atar masyarakat daripada keseluruhan cerpen ialah masyarakat yang berbudi bahasa dan tidak sombong. Tuan Booth sering mengajak penduduk kampung untuk minum petang dan mengadakan majlis di banglo mewahnya.
( 1+1)
[Maksimum : 4 markah]
[Isi cukup : 3 isi tanpa huraian] AT AU
[Isi cukup : 2 isi dengan huraian]
ialah,
Menjalinkan persahabatan dengan rakan yang berlainan bangsa / kaum.
Mengunjungi sambutan rumah terbuka yang diadakan oleh rakan yang berlainan
bangsa.
Menyertai aktiviti atau program perpaduan yang dianjurkan oleh badan tertentu
seperti RIMUP ( Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan) dan perkhemahan / karnival pepaduan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
[Maksimum : 3 markah] [Isi cukup : 2 isi] SET 2 – CINTA AHMAD MUTAWAK IL
Baca petikan cerpen dibawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Agak memeranjatkan, si rambut perang bermata biru lembut itu tidak kelihatan. “Barangkali dia tidak sihat... atau merajuk dengan Ahmad Mutawakkil... atau...” kami dengar segala macam soksek-soksek.
Akhirnya, dek terpersona dengan kata-kata dan kobaran semangat merdeka, seluruh isi fikiran dan muatan perasaan kami karam dipukau Ahmad Mutawakkil.
Selain citra merdeka, dalam ceramah pada malam itu, dengan nada penuh kesal, Ahmad Mutawakkil turut mengkritik orang Melayu yang sanggup diperalat Parti K omunis Malaya. Walaupun siang tadi penghulu Ibrahim Sigap berulang kali menasihatinya agar tidak menyentuh perihal komunis, Ahmad Mutawakkil tetap lantang membidas.
“Mereka bukan pejuang, tapi orang yang sanggup menjual agama dan bangsa kepada komunis,”
Apa-apa pun, kami lega. Tiada sebarang gangguan komunis dan keadaan di sekitar surau tenang, aman.
Sekalipun majlis ceramah telah usai, kami orang lelaki masih bersantai disurau. K ira-kira pukul 11 malam, seorang budak lelaki mendekati Ahmad Mutawakkil yang sedang berbual-bual dengan Imam Ngah Deraman dan Penghulu Ibrahim Sigap.
Budak lelaki itu membisikkan sesuatu. K emudian, kami nampak Ahmad Mutawakkil tersenyum, bangun lalu bersalaman, tanda minta diri.
(Dipetik daripada Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil dalamAntologi Sejadah Rindu)
i. Mengapakah Sandra tidak kelihatan?
[2 markah] ii. Sebagai seorang pemimpin, apakah yang perlu dilakukan untuk mengekalkan perpaduan
rakyat pada era ini.
[3 markah] iii. Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan satu persoalan yang terdapat
dalam keseluruhan cerpen ini.
[4 markah] iv. Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan untuk mengelakkan negara daripada
dijajah semula?
[ 3 markah ]
CADANGAN J AWAPAN. – SE T 2 CINT A AHMAD MUT AWAK IL
i. Beliau tidak datang mungkin kerana tidak sihat atau merajuk dengan Ahmad Mutawakkil. [Maksimum : 2 markah]
[Isi cukup : 2 isi]
ii. Sebagai seorang pemimpin, saya akan
menganjurkan pelbagai aktiviti kolektif seperti gotong royong dan sukaneka
dengan lebih kerap.
menggalakkan rakyat untuk menyambut perayaan bersama-sama tanpa mengira bangsa.
memperkukuhkan gagasan 1Malaysia dengan lebih progresif dan produktif. [Maksimum : 3 markah]
[Isi cukup : 2 isi]
iii. Persoalan yang terdapat dalam petikan ialah persoalan tentang semangat patriotisme yang tinggi dalam diri pejuang. Buktinya, Ahmad Mutawakkil menggesa rakyat agar
bersama-sama berjuang untuk memerdekakan tanah air dari cengkaman penjajah. [ 1+1]
Selain itu persoalan yang terdapat dalam keseluruhan cerpenialah persoalan tentang ketabahan mengharungi kesulitan semasa zaman perang. Penulis dan penduduk kampung tabah menghadapi pelbagai dugaan dan kesengsaraan semasa Jepun dan komunis mengganas.
[ 1+1]
[Maksimum : 4 markah]
[Isi cukup : 3 isi tanpa huraian] AT AU
[Isi cukup : 2 isi dengan huraian] iv.Pada pendapat saya, kita perlu
mengelakkan diri daripada melakukan jenayah kerana negara akan dianggap lemah dan mudah dijajah kerana kadar jenayahnya yang tinggi.
pihak kerajaan perlu menguatkan barisan ketenteraan negara supaya dapat bersiap sedia apabila diserang musuh.
rakyat perlu mengeratkan perpaduan supaya ikatan persaudaraan antara
masyarakat kelihatan kukuh dan penjajah pasti tidak berani untuk menjajah semula disebabkan oleh rakyatnya yang mempunyai semangat nasionalisme yang kuat.
[Maksimum : 3 markah] [Isi cukup : 2 isi]
SET 1 - Cerpen Hipertensi
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Nama sebenar murid lelaki yang bernama Aiman itu ialah Aiman Aqil. Dia bangga akan nama itu, nama yang diberikan sebaik-baik sahaja rengekan pertama memecah kesunyian di bilik bersalin. Pada ketika itu, Sang Suria memuncaki ubun-ubun.
Betapa tak bangganya? Aiman bermaksud insan yang beriman. Aduh, terukir senyuman lebar menabiri wajahnya! Aqil pula bermakna yang berakal. Insan dianugerahi akal untuk berfikir secara rasional dan matang, berbeza daripada haiwan. K ebanggaanya kian menguntum dan terkelopak kembang mawar mewangi menyentuhi deria penghidupan.
“Objek yang terlambung di udara pasti akan jatuh ke bumi kecuali tersangkut di dahanan utuh ataupun reranting teguh.” K etawa berderai meriuhkan suasana kelas.
Perlahan-lahan Aiman bangun. “Newton ambil ingatan akan daya graviti dapat mendekatkan kedekatan bulan dengan bumi.”
“Maksudnya?” satu lagi pertanyaan terlantun daripada Cikgu Faridah, yang menggelari dirinya professor, kerana yang didepaninya murid pintar dan mempunyai IQ yang tinggi.
(Dipetik daripada cerpen “Hipertensi” dalam antologiSejadah Rindu,
Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Siapakah nama sebenar Aiman dan apakah maksud namanya?
(2 markah) (ii) Pada pendapat anda, apakah yang membezakan antara manusia dengan haiwan?
Nyatakan tiga pendapat anda.
(3 markah) (iii)Nyatakan satu perwatakan Aiman dalam petikan dan satu perwatakan Aiman dalam
keseluruhan cerpen.
(4 markah) Tambahan soalan K BAT:
(i) Pada pendapat anda, mengapakah Cikgu Faridah memilih Aiman untuk menjawab soalannya berbanding pelajar yang lain? Nyatakan tiga pendapat anda.
(ii) Pada pendapat anda, mengapakah Aiman berbangga dengan maksud namanya? Nyatakan tiga pendapat anda.
(3 markah) Skema Jawapan:
(i) Nama sebenar Aiman ialah Aiman Aqil. Namanya bermaksud insan yang beriman dan berakal.
(ii) Pada pendapat saya, perkara yang membezakan manusia dengan haiwan ialah manusia mempunyai akal dan fikiran. Haiwan hanya bertindak mengikut naluri dan fitrah yang ditetapkan tuhan. Manusia dapat berfikir dan membezakan antara perkara yang baik atau buruk.
(iii) Perwatakan Aiman dalam petikan ialah seorang yang berbangga. Aiman bangga dengan maksud namanya iaitu insan yang beriman dan berakal.
@ dia menghormati gurunya. Contohnya, Aiman bangun perlahan-lahan untuk menjawab soalan Cikgu Faridah.
Perwatakan Aiman dalam keseluruhan cerpen ialah, dia seorang murid yang pintar dalam pelajaran. Contohnya, Aiman merupakan pelajar yang pintar dalam subjek Matematik.
@seorang murid yang bercita-cita tinggi. Contohnya, Aiman berangan-angan untuk menjadi seorang angkasawan yang Berjaya seperti Neil Amstrong.
Tambahan soalan K BAT:
(i) Pada pendapat saya, Cikgu Faridah memilih Aiman untuk menjawab soalannya kerana Aiman seorang murid yang pintar di kelasnya. Aiman mampu memberi jawapan yang rasional dan logik. Jawapan Aiman sentiasa mendapat perhatian ramai. Rakan sekelas Aiman terdiam dan terpegun apabila mendengar jawapan yang Aiman berikan.
(ii) Pada pendapat saya, Aiman berbangga dengan maksud namanya kerana namanya membawa maksud yang baik. Selain itu, Aiman merasakan sifat dirinya menepati maksud nama tersebut beriman dan berakal. Aiman merasakan setiap kali namanya disebut orang akan mendoakan kebaikan kepada dirinya.
SET 2 - Cerpen Hipertensi
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Fikir Aiman, adakah dia akan terjun bersama-sama dengan beberapa biji buah kelapa seperti Si Luncai yang terjun dengan labu-labunya?
Tengok sekarang, dia sedang menyusun sepuluh jarinya. Babah dan ibunya sedar akan perkara itu. Jari-jemarinya jelas montok dan gebu; padat berisi sebagai tanda perut yang tergalas secukupnya. Makanan seimbang dan amalan hidup sihat selalu menjaduali rutin hariannya di tengah-tengah keluarganya yang bengis dan kasar.
K epada Aiman, layanan seperti itu tidak wajar dilakukan terhadap dirinya. Tamparan selalu singgah di pipiku. Sudah-sudahnya, aku menjadi gagap. Di manakah harmonisnya? Di manakah humanisnya? Mengapakah tidak dimanfaatkan sahaja teknologi tingkah laku?
Tenaga berlebihan? Oh, tidak! K udrat melebihi ketepuan? Tidak juga. K elebihan kalsium semasa proses kehamilan? Barangkali si ibu mengambil bahan kimia ini secara berlebihan semasa proses berkenaan. K emungkinannya ada. K ebarangkaliannya tidak berlaku juga ada.
(Dipetik daripada cerpen “Hipertensi” dalam antologi Sejadah Rindu, Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Apakah bukti Aiman mendapat makanan yang secukupnya?
(2 markah) (ii) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mengamalkan pemakanan seimbang dan
(3 markah)
(iii)Nyatakan satu persoalan dalam petikan dan persoalan nilai dalam keseluruhan cerpen. (4 markah)
Tambahan soalan K BAT:
(i) Pada pendapat anda, kemanakah hilangnya nilai keharmonian dan kemanusiaan dalam diri manusia pada masa kini? Nyatakan tiga pendapat anda.
(3 markah)
(ii) Pada pendapat anda, apakah amalan gaya hidup sihat yang boleh dijadikan rutin seharian pelajar ? Nyatakan tiga pendapat anda.
(3 markah)
Skema Jawapan:
(i) Bukti Aiman mendapat makanan yang secukupnya ialah, jari-jemarinya jelas montok dan gebu. Jari-jemarinya kelihatan padat berisi
(ii) Pada pendapat saya, kita perlu mengamalkan pemakanan seimbang dan amalan hidup sihat agar badan kita cergas dan otak kita cerdas. Selain itu, amalan ini dapat
menghindarkan kita daripada pelbagai jenis penyakit dan mendapat kesihatan tubuh badan yang baik. Seterusnya amalan ini menjamin tumbesaran fizikal yang baik dan sempurna.
(iii)Satu persoalan dalam petikan ialah hilangnya nilai kemanusiaan dalam masyarakat. Contohnya, Aiman sering ditampar olehBabahnya dan tidak mendapat layanan yang sewajarnya.
Satu persoalan dalam keseluruhan cerpen ialah tanggungjawab ibu bapa terhadap anaknya. Contohnya, ibu bapa Aiman membawa Aiman untuk menjalani latihan intensif dan latihan terapi bagi memulihkan pertuturannya yang gagap.
Tambahan soalan K BAT:
(i) Pada pendapat saya, nilai keharmonian dan kemanusiaan hilang dalam diri manusia pada masa kini kerana mereka hanya mementingkan diri sendiri. Masyarakat kini tidak mengambil peduli tentang orang lain. Mereka sibuk dengan tugas atau kerja masing-masing kerana mengejar kemewahan dunia.
(iii)Pada pendapat saya, antara amalan gaya hidup sihat yang boleh dijadikan rutin seharian pelajar ialah melakukan aktiviti senaman dan riadah setiap minggu. Pelajar perlu menjaga pemakanan agar seimbang dan bernutrisi mengikut keperluan tubuh. Pelajar seharusnya berfikiran positif, sabar dan tabah dalam menempuh cabaran dunia hari ini.
SET 1- CERPEN ‘ GERHANA MANUSIA’
Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Aku menjeling. Aku cuba tersenyum walaupun hati terasa pedih. Biar Tuan Besar Musa itu mati; lebih bermanfaat kepada yang hidup. “Dia tidak boleh diselamatkan. Dia diambang
sakaratulmaut.Syahadah, Yasin lebih diperlukan. K enapa tak ada waris yang datang menjenguknya?”
“Profesor Doktor Juaidi mahu dia hidup. “
“Untuk membela atau membuang kemanusiaan?” “Jangan terlalu beremosi.K ita dibayar gaji.”
Wad Unit Rawatan Rapi dilimpahi cahaya kalimantang. K ilau kilatnya gagal
memadamkan amarah hati. “Doktor Murni, semalam 50 pekdarah masuk ke tubuhnya, 50 pek juga yang keluar. Hari ini dia mahu diberi darah lagi?” Prognosisnya terlalu tipis.
“Ini arahan, Nusia.” Suara doktor yang berkerudung ungu itu kendur. Mukanya muram. “Darah dan manusia itu , berbezakah nilainya? K alau harganya pangkat dan darjat, padamkan saja istilah kemanusiaan dalam hati. Untuk apa kalau semuanya boleh dibeli?”
“Nusia!”
Aku cepat-cepat beredar. Suara Doktor Murni melantun ke dinding pejal Wad Unit Rawatan Rapi. Solehah yang tenat, yang pundi janinnya pecah di ovari, juga sedang koma. Al-Hafiz masih terlantar, tulang selangkanya patah riuk, diheret kereta sejauh dua meter di tar keras, tidak pernahpun dijenguk Profesor Doktor Juaidi.
(Dipetik daripada cerpen ‘ Gerhana Manusia’ Oleh Aminah Mokhtar dalam antologiSejadah Rindu( DBP)
1. Berdasarkan petikan, bagaimanakah keadaan Tuan Besar Musa menurut pandangan Nusia? (2 markah) Soalan (ii)
1. Pada pendapat anda, apakah punca-punca anak-anak mengabaikan ktanggungjawab terhadapibu bapa? (3 markah) 2. K empen menderma darah sering diuar-uarkan kepada masyarakat.Pada pendapat anda,
apakah kepentingan menderma darah? (3 markah) 3. Pada pendapat anda, apakah kepentingan nilai integriti dalam menjalankan tugas. Jelaskan
kepentingan-kepentingan tersebut.
(3 markah)
4. Apakah nilai-nilai kemanusiaan yang perlu ada dalam diri seorang doktor dan jururawat? (3 markah) 5. Berikan cadangan anda untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dalam kalangan
pekerja.
(3 markah)
Soalan (iii)
1. Jelaskan satu teknik penceritaan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu teknik penceritaan lain daripada keseluruhan cerpen. (4 markah) 2. Jelaskan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan dan satu latar masyarakat daripada keseluruhan cerpen. (4 markah)
3. Huraikan gaya bahasa yang terdapat dalam petikan. (4 markah)
SK E MA J AWAPAN – CE R PE N GE R HANA MANUSIA
(i) K eadaan Tuan Besar Musa mengikut pandangan Nusia ialah: - sudah tidak boleh diselamatkan
- diambang sakaratul maut
- Dia lebih memerlukan syahadah dan Y asin
-Soalan (ii) – -Soalan K BAT
1. Punca-punca anak-anak mengabaikan tanggungjawab terhadap ibu bapa adalah:
- K ekangan masa - Masalah kewangan
- K esibukan dengan tugas harian - Hubungan yang tidak rapat
- K urang kesedaran agama dan moral
2. Pada pendapat saya, kepentingan menderma darah adalah : - Menyelamatkan ribuan nyawa tanpa kita ketahui - Mengurangkan berat badan seseorang
- Mengurangkan risiko sakit jantung dan kolesterol
darah dua kali dalam setahun
- Meningkatkan pengeluaran sel darah merah yang baharu
4. Pada pendapat saya, kepentingan nilai integriti dalam menjalankan tugas adalah - Menghindar rasuah
- Memperoleh rezeki yang halal - Ikhlas dalam menjalankan tugas
- Melakukan sesuatu tindakan mengikut peraturan / patuh arahan - Melahirkan generasi yang bersahsiah mulia
Soalan (iii) – soalan unsur K OMSAS
1. Satu teknik penceritaan yang terdapat dalam petikan di atas ialah :
- Dialog : antara Nusia dan Doktor Murni tentang masalah kekurangan darah yang diperlukan oleh pesakit lain.
- Imbas kembali : Doktor Murni teringat kembali pemberian darah sebanyak 50 pek kepada Tuan Besar Musa
- Monolog dalaman : Nusia Berasakan Tuan Besar Musa sudah tidak boleh diselamatkan.
Satu teknik penceritaan lain daripada keseluruhan cerpen ialah:
- Teknik K ejutan : Contohnya keberanian Nusia mempersoalkan tindakan danarahan Doktor Juaidi yang menggantikan darah yang tulin dengan sebotol gelafundin untuk kegunaan Solehah yang sedang komabenar-benar
menimbulkan kejutan kepada pembaca.
- Teknik Pemerian : Contohnya pengarang memerihalkan penderitaan yang ditanggung oelh Tuan Besar Musa akibat perbuatannya yang mengambil minuman keras selama bertahun-tahun.
- Teknik saspens. Contohnya pembaca tertanya-tanya akan nasib semua pesakit yang sedang koma dan memerlukan darah untuk terus hidup.
2. Gaya bahasa yang terdapat dalam petikan ialah :
- Personifikasi. Contohnya “kilau kilatnya gagal memadamkan amarah hati.” - Pinjaman Bahasa Arab. Contohnya “Syahadah dan Y asin”
SE T 1 - DR AMA ‘ BUK AN GIL A’
Baca petikan drama di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
BAPA : Apa khabar, Mir?
AZMIR : (Diam. Dia tidak mahu langsung bercakap dengan BAPAnya).
BAPA : Bagaimana rasa badan kau hari ini? Ada rasa sihat sikit? Maafkan bapa kerana lama tak datang.
AZMIr : Ani… Ani, tolong abang. Tolong halau orang tua ini dari sini. Dia datang untuk mengganggu ketenteraman kita.
BAPA : Ini bapa datang. Itu tanda bapa sayang kepada kau.
BAPA : Oleh sebab sayanglah bapa hantar kau ke sini.
AZMIR : Bapa bohong. Bapa tak sayang kepada saya. Bapa pun macam doktor juga dan macam mereka semua. Doktor kata, saya gila. Mereka kata, saya gila. Bapa pun kata saya gila.
BAPA : Bapa tak pernah kata kau macam tu.
AZMIR : Bapa bohong. Memang bapa tak kata. Tapi dalam hati bapa kata. Fasal tu bapa hantar saya ke sini, ke tempat orang gila ini.
BAPA : K au belum faham lagi, Mir.
AZMIR : Saya faham, tetapi bapalah yang tak faham. BAPA : Mungkin kau belum sihat lagi, Mir. Berehatlah. AZMIR : saya sihat. Saya bukan gila. Saya cuma sakit saja. BAPA : Oleh sebab sakitlah, kau dibawa ke sini.
AZMIR : Ini tempat untuk orang gila.Saya bukan gila. Saya cuma sakit saja. BAPA : K au tak mengerti, Mir.
Dipetik daripada drama “Bukan Gila” Oleh Sharif Shaary dalam antologi Sejadah Rindu, Sasbadi Sdn. Bhd.
(i) Apakah yang dipertikaikan oleh Azmir dalam petikan di atas? [2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah punca-punca seseorang itu boleh menjadi gila?
[ 3 markah] K BAT 2
(ii) Pada pendapat anda, apakah kaedah-kaedah yang sesuai untuk merawat seseorang yang mengalami penyakit gila? [ 3 markah]
(iii)Jelaskan satu nilai yang terdapat dalam petikan di atas dan satu nilai lain yang terdapat dalam drama tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]
SE T 2 - DR AMA ‘ BUK AN GIL A’
Baca petikan drama di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
PELAK ON : K alau tidak keberatan, boleh saya tanya satu soalan? AZMIR : Silakan.
PELAK ON 1 : Tapi soalan ini agak sensitif sikit.
AZMIR : Tak mengapa, saya sudah biasa dengan hal-hal yang sensitif. Lagipun dalam hal berhujah, apa-apa saja boleh ditanya, tidak ada pantang larang. Hak bertanya dan hak bersuara ialah hak semua orang. Silakan.
AZMIR : (Tersenyum, mengambil masa beberapa ketika sebelummenjawab). Sebenarnya, bukan gila tapi suatu penderitaan yang tidak tertanggung. Antara orang yang jahil ini termasuklah para doktor yang seharusnya tidak jahil. Namun, para doktor juga terperangkap dalam kejahilan ini apabila mereka juga memberi label gila kepada pesakit mereka. Perkara yang berlaku sebenarnya ialah para doktor seperti ini, pengajiannya tidak habis, ilmu mereka tidak mendalam, tidak sampai. Jadi, untuk menjaga imej profesionalisme mereka, mereka terus melabel seseorang itu sebagai gila tanpa mengetahui sebenarnya apa yang dikatakan gila itu.
Misalnya… (Kesakitannya kembali menyerang, Dia memegang kepalanya sambil menarik-narik rambutnya dengan ganas). Jika seseorang itu menghantuk-hantuk kepalanya ke lantai… .(Lalu AZMIR menghantukkan kepalanya ke lantai beberapa kali. Darah mengalir. Semasa Azmir menghantukkan kepalanyaitu, PELAKON I menghampiri ARIF).
PELAK ON 1 : Macam mana ni, bos? Dia berlakon lagi ke?
Dipetik daripada drama “Bukan Gila” Oleh Sharif Shaary dalam antologi Sejadah Rindu, Sasbadi Sdn. Bhd.
(i) Bagaimanakah keadaan Azmir ketika menanggung kesakitan? [2 markah]
K BAT 1
(ii) Sekiranya anda Arif, apakah tindakan yang akan anda ambil untuk membantu Azmir? [ 3 markah]
K BAT 2
Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk seseorang pelajar mengelakkan diri daripada mengalami tekanan (stress) ketika belajar? [ 3 markah]
(iii) Jelaskan satu perwatakan Azmir yang terdapat dalam petikan dan satu perwatakan lain yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]
SK EMA SOALAN PETIK AN DRAMA “BUK AN GILA” SET 1:
(i) Azmir mempertikaikan tindakan bapanya menghantar dia ke hospital mental sedangkan dia mengaku dirinya tidak gila. {2m}
K BAT 1
(ii) Pada pendapat saya, seseorang itu boleh menjadi gila kerana mengalami tekanan jiwa yang sangat hebat dan pegangan agama yang longgar. Selain itu, seseorang yang mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala atau mengalami kerosakan saraf
otak. {3m}
K BAT 2
Pada pendapat saya, kaedah-kaedah yang sesuai untuk merawat orang yang
mengalami penyakit gila adalah dengan memberikan ubat penenang dan memberikan rawatan tradisional seperti air penawar. Selain itu, membimbing pesakit beribadat dan membaca ayat-ayat suci al-Quran serta sentiasa mendampingi pesakit bagi
mengelakkannya bersendirian.
(iii) Satu nilai yang terdapat dalam petikan ialah kasih sayang. Contohnya bapa sayang akan Azmir dan menghantarnya menjalani rawatan di hospital sakit jiwa . Satu nilai
lain yang tidak terdapat dalam petikan ialah nilai keperihatinan, contohnya Arif sangat prihatin akan kesakitan dan penderitaan yang ditanggung oleh Azmir.
SK EMA SOALAN PETIK AN DRAMA “BUK AN GILA” SET 2:
(i) K eadaan Azmir ketika menanggung kesakitan ialah dia memegang kepala sambil
menarik-narik rambutnya dengan ganas. Dia juga menghantuk-hantukkan kepalanya ke lantai hingga berdarah. {2m}
K BAT 1
(ii) Sekiranya saya Arif, tindakan yang akan saya ambil ialah membawa Azmir berjumpa doktor pakar di hospital biasa, menghubungi ibu bapa Azmir dan sentiasa mmeberi sokongan moral kepadanya. {3m}
K BAT 2
Pada pendapat saya, seseorang pelajar boleh mengelakkan diri daripada tekanan atau stress adalah dengan belajar secara konsisten (berterusan) untuk menghadapi
peperiksaan. Selain itu, sentaisa bergaul dan berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran. Seterusnya, menghubungi guru-guru untuk menyelesaikan masalah dalam pelajaran.
(iii) Satu perwatakan Azmir yang terdapat dalam petikan ialah seorang yang pandai berhujah. Contohnya, Azmir menjelaskan tentang gila apabila ditanya oleh Pelakon 1.
Manakala perwatakan lain yang tidak terdapat dalam petikan ialah Azmir seorang yang setia. Contohnya, Azmir setia terhadap Ani walaupun dia ditinggalkan oleh kekasihnya itu.
PROSA TRADISIONAL tingkatan 4 - ‘KEPIMPINAN MELALUI TELADAN’ SET 1
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Berapa lamanya maka K ertala Sari pun sampailah ke Melaka. Maka ia pun singgah di luar kota pada kampung segala Jawa. Maka K ertala Sari pun menyamarkan dirinya kepada segala Jawa yang banyak itu. Maka K ertala Sari pun sedia kala berjalan keluar masuk bermain-main segenap kampung orang kaya-kaya dan saudagar.
Setelah diketahuinya, maka K ertala Sari pun masuk menyamar pada orang Patih K erma Wijaya. Tatkala itu K ertala Sari pun masuk seorangnya mengikut Patih K erma Wijaya pergi menghadap sama dengan Jawa yang banyak itu. Maka oleh K ertala Sari segala hulubalang yang menghadap sama-sama itu dilihatnya seorang kepada seorang. Maka K ertala Sari pun pandang pada Laksamana; maka ia pun fikir dalam hatinya. "Dialah gerangan hulubalang Ratu Melaka yang bernama Laksamana itu. Jikalau demikian lakunya, sungguhlah ia dapat membunuh bapaku, kerana iapenjurit besar lagi kepetangan.
Dipetik daripada 'K epimpinan Melalui Teladan' dalam antologiJ aket Kulit Kijang dari Istanbul Dewan Bahasa dan Pustaka
(i) Berikan maksudpenjurit besar lagi kepetangan.
[2 markah]
(ii) Nyatakan alasan-alasan K ertala Sari menyamar diri sebagai orang Jawa.
(iii)Pada pendapat anda, perlukah K ertala Sari meneruskan hasratnya untuk membalas dendam atas kematian ayahandanya setelah bertemu dengan Laksamana Melaka? [K BAT]
[3 markah]
Jawapan Set 1PROSA TRADISIONAL ‘KEPIMPINAN MELALUI TELADAN’
(i) ... bermaksud
pejuang/ askar upahan/ penjarah hebat lagi pandai membuat helah/ tipu muslihat/ cerdik/ licik. [2m]
penjurit yang hebat lagi pandai membuat helah/ tipu muslihat/ cerdik/
[Maksimum: 2 markah]
(ii) Pada pendapat saya, K ertala Sari menyamar diri orang Jawa supaya
mudah untuk dia berjalan keluar masuk bermain-main di segenap kampung orang kaya-kaya dan saudagar
boleh menyamar sebagai orang/ pengikut Patih K erma Wijaya dapat
bertemu muka dengan Laksamana Melaka
membolehkannya meneliti seorang demi seorang hulubalang yang
ditemuinya
[Maksimum : 3 markah] [Isi cukup : 2 isi]
(iii)Tidak perlu, kerana:
perbuatan membalas dendam akan menyebabkan permusuhan akan berterusan
berkemungkinan K ertala Sari juga akan terbunuh di tangan Laksamana
Melaka
rakyat kedua-dua buah negara akan mengalami kesusahan dan
kemusnahan kesan peperangan
[Maksimum : 3 markah] [Isi cukup : 2 isi]
PROSA TRADISIONAL ‘KEPIMPINAN MELALUI TELADAN’ SET 2
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Setelah hari malam maka K ertala Sari pun memakai pakaian yang indah-indah dan memakai bau-bauan yang harum lalu masuk ke dalam kota, dalam hatinya, "Pada malam ini aku akan membakar dan mengamuk, kerana harta orang Melaka itu pun habis aku curi."
Sebermula maka Laksamana pun memakai pakaian perajurit. Maka Laksamana pun berjalanlah. Pada malam itu kelam-kabut dan hujan pun rintik-rintik. Maka K ertala Sari pun masuklah ke dalam kota. Maka Laksamana pun tidur di tengah pasar itu. Maka didengar oleh Laksamana kaki K ertala Sari itu terlalu gemuruh bahananya. Maka Laksamana pun tahulah akan K ertala Sari datang itu. Maka K ertala Sari pun berjalanlah ke tengah pasar itu. Maka tertendang kakinya pada tubuh Laksamana.
Maka K ertala Sari pun berdirilah atas kepala Laksamana itu, katanya, "Teririk bangkai pula aku ini!" Adapun akan Laksamana tidur itu kerisnya sudah terhunus, lalu ia bangun melompat
menikam dada K ertala Sari terus ke belakangnya.
Maka Laksamana pun berkata, "Ceh, mati engkau olehku!"
Dipetik daripada 'K epimpinan Melalui Teladan' dalam antologiJ aket Kulit Kijang dari Istanbul
Dewan Bahasa dan Pustaka
(iv)Berikan maksudteririk bangkai.
[2 markah]
(v) Apakah yang dilakukan oleh K ertala Sari setelah hari malam?
[3 markah]
(vi)Jika anda K ertala Sari, perlukah anda meneruskan hasrat untuk membalas dendam atas kematian bapa anda setelah bertemu dengan Laksamana Melaka? [K BAT]
Jawapan Set 2 PROSA TRADISIONAL ‘KEPIMPINAN MELALUI TELADAN’
(i) bermaksud
terpijak mayat. [2m] terpijak bangkai [0m]
(ii) Perkara yang dilakukan oleh K ertala Sari setelah hari malam ialah:
memakai pakaian yang indah-indah
memakai bau-bauan yang harum masuk ke dalam kota
[Maksimum: 3 markah] [Isi cukup : 2 isi]
(iii) Jika saya ialah K ertala Sari,
Membalas dendam tidak menyelesaikan masalah
Membalas dendam akan memburukkan keadaan/memburukkan
hubungan dua pihak
Mahu pihak yang berkuasa yang mengambil tindakan
Tidak mahu menjadi pembunuh/ tidak mahu melanggar undang-undang/ tidak mahu melakukan dosa besar
(terima jawapan yang sesuai & rasional)
[Maksimum: 3 markah] [Isi cukup : 2 isi]
SE T 1 PR OSA T R ADISIONAL T INGK AT AN 5 – BUR UNG T E R BANG DIPIPISK AN L ADA
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Syahadan, maka kedengaran di Melaka bahawa Cau Pandan sudah mati, sakitnya muntahkan darah, dadanya seperti kena panah. Telah Sultan Muzaffar Syah mendengar khabar itu, maka titah baginda, “Sungguhlah Tuan Sidi Arab ini hamba Allah keramat.”
Maka beberapa puji baginda akan Tuan Sidi Arab itu dan dianugerahi baginda dengan sepertinya.
Setelah empat puluh dua tahun lamanya Sultan Muzaffar Syah di atas kerajaan, maka baginda pun mangkatlah. Maka anakanda baginda yang bernama Raja Abdullah itulah menggantikan kerajaan ayahanda baginda, gelar baginda di atas kerajaan, Sultan Mansur Syah, umur baginda tatkala naik raja itu dua puluh tujuh tahun. Dan baginda beristerikan anak Seri Nara Diraja yang bernama Tun Patih Nur Pualam; dan ada beranak dengan gundik baginda seorang perempuan bernama Puteri Bakal. Adapun Sultan Mansur Syah itu terlalu baik parasnya, serta dengan adilnya lagi pemurah; seorang pun raja-raja di alam alam ini tiada sepertinya pada zaman itu.
(Dipetik daripada Prosa Tradisional “ BurungTerbangDipipiskanLada” Dalamantologi Antologi Sejadah Rindu, Fajar Bakti Sdn. Bhd. ) (i) Berdasarkan petikan di atas, apakah yang berlaku kepada Cau Pandan setelah dipanah
oleh Tuan Sidi Arab?
[2 markah] (ii) Pada pendapat anda,bagaimanakah seseorang pemimpin
perlu lakukan supaya sentiasa dihargai oleh rakyat ?
[3 markah] (iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan lain yang
terdapat dalam keseluruhan prosa. [4 markah]
(iv) Sekiranya andaialah Cau Pandan, apakah tindakan yang perlu anda lakukan untuk menakluki K ota Melaka?
[3 markah] SK E MA SE T 1
(i) Perkara yang berlaku kepada Cau Pandan setelah dipanah oleh Tuan Sidi Arab; - CauPandan mati 1
-sakitnya muntahkan darah 1 -dadanya seperti kena panah 1
[maksimum: 2 markah] (ii) Seseorang pemimpin perlu lakukan supaya sentiasa dihargai oleh rakyat
- berlaku adil dan saksama 1 - menjaga kebajikan rakyat 1 - mendengar dan memahami rintihan dan aduan rakyat 1
[maksimum: 3 markah] (iii) Persoalan yang terdapat dalam petikan di atas;
- Persoalan tentang kepentingan ilmu dalam kehidupan 1 - Contohnya, Tuan Sidi Arab yang memiliki ilmu dan berada di Melaka telah
membunuh Cau Pandan yang berada di Siam dengan menghalakan anak panahnya sahaja 1 Persoalan lain yang terdapat dalam keseluruhan prosa;
- Persoalan kebijaksanaan menggunakan strategi untuk menyelesaikan masalah 1 - Contohnya, Sultan Muzaffar Syah seorang yang bijaksana kerana telah mendamaikan Seri Nara Diraja dan Paduka Raja melalui perkahwinan antara Seri Nara Diraja dengan Tun K udu, iaitu saudara Paduka Raja 1
[maksimum: 4 markah] K BAT
(i) Tindakan yang perlu anda lakukan untuk menakluki K ota Melaka;
- Melatih tentera supaya bijak bertempur
- Mengatur strategi dengan bijaksana untuk memenangi - pertempuran
- Menyediakan kelengkapan perang yang mencukupi - Mempelajari teknik bertempur dengan lebih baik
SE T 2 PR OSA T R ADISIONAL – BUR UNG T E R BANG DIPIPISK AN L ADA
Baca petikan prosa di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka tiada disahut oleh Tun Perak kata itu. Sekali lagi Seri Amerta berkata, itu pun tiada disahuti oleh Tun Perak. Genap tiga kali Seri Amerta berkata itu, maka barulah disahuti oleh Tun Perak, katanya, “Hai Seri Amerta, tuan hamba dengan pedang tuan hamba sebilah itu juga, hendaklah baik-baik tuan hamba peliharakan, jangan diberi berkarat, jangan kemakanan matanya. Akan pekerjaan kami orang bekerja ini, di mana tuan hamba tahu? Adapun akan sekarang Duli Y ang Dipertuan di dalam negeri ini dengan perempuan anak isteri dan segala perkakas. Maka benarlah pada fikir tuan hamba kami sekalian datang dengan laki-laki juga, dengan begini jauh Selat K elang?Jikalau satu hal negeri ini, apa hisab pada kami sekalian? Sebab itulah maka segala orang K elang ini hamba suruh bawa dengan anak isterinya sekali. Nescaya berperang dengan musuh bersungguh-sungguh hatinya, kurang-kurang ia berlawankan Duli Y ang Dipertuan lebih ia berlawankan anak isterinya bersungguh-sungguh.”
Maka oleh Seri Amerta kata Tun Perak itu semuanya dipersembahkan ke bawah Duli Y ang Dipertuan. Maka baginda pun tersenyum, seraya bertitah, “Benar seperti kata Tun Perak itu.”
(Dipetik daripada Prosa Tradisional “ Burung Terbang Dipipiskan Lada”
dalamantologi Sejadah Rindu, FajarBakti Sdn. Bhd. )
(ii) Apakah maksud rangkai katajangan kemakanan matanya? [2markah] (iii)Apakah yang dilakukan oleh Tun Perak apabila dititahkan oleh Duli Y ang Dipertuan
untuk turun ke Melaka ?
[3markah] (iv)Awi Cakri membawa ribuan anggota tentera Siam untuk menyerang kerajaan Melaka.
Jika anda sebagai Sultan Muzaffar Syah, bagaimanakah tindakan yang akan anda lakukan bagi mengelakkan daripada berlakunya peperangan ini?
[3markah] (v) Pada pendapat anda, bagaimanakah langkah- langkah seseorang itu untuk
menjadi mahir mengurus sesebuah organisasi?
[3markah]
SK E MA SE T 2
(i) Maksudjangan kemakanan matanya;
- bilahnya menjadi tumpul 2 [maksimum: 2 markah] (ii) Persediaan yang dibuat oleh Tun Perak;
K BAT
- membawa bala tentera yang terdiri daripada kaum lelaki dari K elang ke Melaka 1 - membawa orang-orang K elang ke Melaka bersama-sama anak isteri mereka 1
[maksimum: 3 markah] (iii) Tindakan yang akan saya lakukan bagi mengelakkan daripada berlakunya peperangan;
- mengadakan rundingan dengan Raja Siam 1 - menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara Siam 1 - mengadakan kunjungan persahabatan ke negeri Siam 1 - berdamai dengan kerajaan Siam 1
[maksimum: 3 markah] (iv) Langkah-langkah seseorang itu untuk menjadi mahir dalam mengurus sesebuah organisasi
- mengikuti kursus dalam bidang pengurusan 1 - menuntut ilmu yang tinggi dalam bidang pengurusan organisasi 1 - tidak malu bertanya kepada orang yang lebih mahir 1 - tidak mudah putus asa apabila menghadapi cabaran dalam mengurus organisasi 1
PUISI TRADISIONAL TINGK ATAN 4 - SY AIR BIDASARI
Baca puisi tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Dengarkan tuan suatu riwayat, Raja di desa Negeri K embayat, Dikarang fakir dijadikan hikayat, Supaya menjadi tamsil ibarat.
Ada raja suatu negeri, Sultan halifah akas bestari, Asalnya baginda raja yang bahari,
Melimpah ngadil dagang senteri.
Hairan orang empunya temasya, Baginda itulah raja perkasa, Sangat tiada merasai susah, Entah pada esok dan lusa.
Seri sultan raja bestari, Setelah ia sudah beristeri, Beberapa bulan bcbcrapa hari Hamillah puteri permaisuri.
Beberapa lamanya dalam kerajaan. Baginda duduk bersuka-sukaa Datanglah beroleh kedukaan,
Baginda meninggalkan takhta kerajaan.
Datanglah kepada suatu masa, Melayanglah unggas dari angkasa, Unggasgurdasangat perkasa, Menjadi negeri rosak binasa.
Datanglah menyambar suaranya bahana, Gcmparlah sekalian mulia dan hina, Seisi negeri gundah-gulana,
Membawa diri ke mana-mana.
Baginda pun sedang dihadap orang, Mendengar gempar seperti pcrang, Bertitah baginda raja yang garang, "Gempar ini apakah kurang."
Jamilah Hj. Ahmad (Penyelenggara) Syair Bidasari, 1989. Dewan Bahasa dan Pustaka
Baca puisi tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai katamelimpah ngadil dagang senteri dalamrangkap kedua. [ 2 markah ] (ii) Pada pendapat anda, apakah persediaan-persediaan yang perlu dilakukan oleh pemimpin
negara untuk menghadapi musibah ? .
[ 3 markah ]
(iii)Selain persoalan tentang tanggung jawab seorang pemimpin, jelaskan dua persoalan lagi yang terdapat dalam syair tersebut.
[4 markah]
SET 2 – SY AIR BIDASARI
(i) Gambarkan keadaan yang terjadi dalam rangkap ketujuh apabilagurda datang menyerang .
[ 2 markah ] (ii) Sekiranya anda sebagai salah seorang daripada pembesar paling kanan di Negeri
K embayat apakah yang akan anda lakukan apabila mengetahui kemangkatan raja secara mengejut
(iii)Huraikan dua nilai yang terdapat dalam syair tersebut.
[ 4 markah ]
JAWAPANSET 1 – SY AIR BIDASARI
Baca puisi tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(iv)Berikan maksud rangkai katamelimpah ngadil dagang senteri dalamrangkap kedua. [ 2 markah ]
Jawapan : sikap adil terhadap semua orang yang berurusan di negeri itu
(v) Pada pendapat anda, apakah persediaan-persediaan yang perlu dilakukan oleh pemimpin negara untuk menghadapi musibah ? . [ 3 markah ]
Jawapan:
- memastikan bekalan makanan untuk rakyat mencukupi
-memastikan tempat perlindungan mencukupi jika berlaku bencana -memperkuat barisan pertahanan negara
(vi)Selain persoalan tentang tanggung jawab seorang pemimpin, jelaskan dua persoalan lagi yang terdapat dalam syair tersebut. [4 markah]
-K ebijaksanaan memimpin sesebuah kerajaan
Sebagai contohnya, Seseorang pemimpin perlu bijaksana dalam persediaan
menghadapi segala kemungkinan atau bencana sepanjang tempoh pemerintahannya. -K asih sayang terhadap ahli keluarga
Sebagai contohnya, seluruh keluarga raja bersedih atas kemangkatan raja -K eadilan dan kesaksamaan
Sebagai contoh, raja berlaku adil terhadap semua orang yang berurusan dengan baginda.
-Musibah yang tidak boleh diramal
Sebagai contoh, garuda tiba-tiba menyerang negeri K embayat yang aman sebelum ini
JAWAPAN SET 2 – SY AIR BIDASARI
(iv)Gambarkan keadaan yang terjadi dalam rangkap ketujuh apabilagurda datang menyerang . [ 2 markah ]
Jawapan:
-Suara garuda sangat kuat bergegar -Semua rakyat gempar dan ketakutan -Seluruh rakyat negeri itu gundah-gulana -Rakyat bertempiaran lari ke serata ceruk