• Tidak ada hasil yang ditemukan

Soalan 1 Petikan Cerpen. [4 markah]

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Soalan 1 Petikan Cerpen. [4 markah]"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

1

Soalan 1 – Petikan Cerpen [9 markah]

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Mengapakah penulis tidak begitu gembira dengan jaket kulit kijang yang dibelinya?

[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah langkah yang perlu diambil oleh kerajaan bagi

menceriakan industri pelancongan di negara ini. Kemukakan tiga langkah tersebut. [3 markah] (iii) Jelaskan satu nilai berdasarkan petikan di atas dan satu nilai lain yang terdapat

daripada keseluruhan petikan. [4 markah]

Malam terakhir di Istanbul, Kak Chah yang sebilik denganku tidur awal. Pasti kepenatan selepas berjalan mengelilingi kota bersejarah itu. Aku menyusun barang-barang yang akan dibawa pulang. Tiga buah buku, enam belas baju-T, tujuh kotak manisan lokum, dua kotak teh epal, sepuluh utas rantai kunci, lapan bentuk senduk kayu bertulis ayat Al-Quran, empat keping pelekat magnet, tiga utas gelang manik, lima buah anak patung Turki, dan sebotol orga. Kesemuanya, tidak menurut jumlah aneh yang aku rancangkan. Bermakna, banyak yang tidak akan mendapat cenderamata sekembalinya aku dari Turki.

Sebenarnya duitku cuma tinggal USD70 selepas aku membeli jaket kulit kijang (aku mengetahuinya setelah Encik Yuksel meneliti jaket tersebut). Aku memandang jaket yang terletak di atas katil. Aku hanya membayar USD100 kepada Shahmeem. Dia mengurangkan USD20 daripada harga pasaran gelap sebagai tanda terhutang budi.

Aku tidak nampak praktikalnya jaket itu untuk kegunaan harian di Malaysia. Memakainya pasti akan membuat diri berasa panas dalam cuaca terik di tanah air. Jika keluar negara, jaket itu cuma sesuai dipakai pada musim sejuk.

Menjaganya pasti memerlukan kerapian. Tidak boleh dibasuh. Tidak boleh dilipat sembarangan. Walaupun harganya mahal, jaket kulit bukanlah sesuatu yang tahan lasak. Kainnya mudah carik dan jika koyak, tidak dapat dijahit dengan benang.

(Dipetik daripada cerpen Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, DBP)

(2)

2

Soalan 2 – Petikan Prosa Tradisional [8 markah]

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri

(i) Apakah yang ingin dilakukan oleh Patih Gajah Mada? [2 markah]

(ii) Nyatakan tiga kelebihan yang terdapat pada Laksamana berdasarkan petikan tersebut. [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah keburukan jika pemimpin di sesuatu negara suka

bertelagah ? [3 markah]

Maka titah baginda, “Hai segala kamu, sukakah seperti kata Laksamana ini? Maka sembah mereka itu, ”Sukalah patik sekalian memberikan Laksamana.

Demi Allah dan Rasul-Nya, dengan tulus ikhlas hati patik sekalian memberikan.” Masing-masing

pun memberikan segala hartanya akan Laksamana. Maka Laksamana pun membahagi tiga, diambil oleh Laksamana harta itu sebahagi. Maka yang

sebahagi Laksamana ambil itu dibahagi tiga pula; yang sebahagi itu didermakan pada segala fakir miskin dan yang sebahagi lagi diberikan pada pegawai yang tiada penguasaan dan sebahagi diberikan pada segala orangnya. Maka segala harta itu pun habislah, suatu pun tiada diambil oleh Laksamana.

Maka baginda pun terlalu amat kurnia akan Laksamana; barang sesuatu bicara, jikalau tiada Laksamana, tiadalah putus. Maka negeri Melaka pun kararlah.

Beberapa lamanya maka terdengar ke Majapahit kepada Patih Gajah Mada bahawa Kertala Sari telah mati dibunuh oleh Laksamana. Maka Patih Gajah Mada pun mencari daya dan upaya hendak mengalahkan negeri Melaka dan membunuh Laksamana itu juga, sentiasa menyuruh ke gunung dan segenap bukit bertanyakan orang yang bercakap membunuh Laksamana dan Ratu Melaka. Demikianlah pekerjaannya

(Dipetik daripada Prosa Tradisional ‘Kepimpinan Melalui Teladan’ dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Tingkatan 4)

(3)

3

Soalan 3 – Petikan Sajak [9 markah]

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

SAJAK WWW.SIBERMERDEKA.COM.MY

(i) Apakah maksud rangkap keempat sajak di atas ? [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk

mengurangkan masalah yang akan timbul pada kemudian hari? [3 markah]

(iii) Huraikan dua nilai yang terdapat dalam sajak di atas. [4 markah]

Dalam kebun diriku

aku tanam saujana rancangan

untuk memerdekakan warga susahku hidup menentang senja dan malam Dalam parlimen diriku

aku bahas isu onak dan enak untukku merdekakan warga fikirku mengelak hidup dikotak-katikan Dalam laut diriku

ombak gelora menampar pantai aman untuk menguji amal dan iman.

Dalam gergasi diriku

terpedaya jua oleh permainan si kancil namun sempat sedar dan beringat lagi Dalam pentas diriku

aku berlatih menangkis angin aku berlatih memunggah awan menghayati skrip demi skrip yang tak diduga klimaksnya

Dalam dewan diriku aku tak cemas lagi

oleh kata yang mengekang aku tak lemas lagi

oleh kata yang menyerang Aku sibermerdeka sampai ke rumah cabaranku

aku panggil diriku bermesyuarah menyokong, berkecuali atau menentang aku ambil keputusan

waktu itu aku kenal batas diri untuk tidak mengulangi kekalahan Kini, kapal diriku telah berlabuh di pangkalan usia

aku turun darinya menghadapi hidup nyata peristiwa datang peristiwa pergi

bagai siang memanggil malam dan siber merdeka terus berkaca terus mengalirkan arus ingatan elakkan dirimu menjadi sia-sia hamparkan dirimu di persada tuhan. Abdul Ghaffar Ibrahim

Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka

(4)

4 Soalan 4 - Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[30 markah] Jawab semua soalan

(a) Tulis satu ayat daripada perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) balai raya

(ii) tunjuk ajar

(iii) ambil alih

(iv) kertas kerja

(v) duit kopi

(vi) temu bual [6 markah]

(b) Cerakinkan setiap ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal.

(i) Adakah Puan Hairun hendak bercuti ke Sabah atau Sarawak?

(ii) Adik Amalina telah memenangi Anugerah Pelajar Cemerlang dan Anugerah Pelajar Contoh di sekolahnya

(ii) Pengguna yang bijak tidak berbelanja mengikut hawa nafsu. [6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Sikap anak lelaki Puan Salmah yang celupar telah mencemari nama baik keluarga

mereka.

(ii) Agen insurans itu telah memujuk pelangganya dengan penawaran pelan yang

menarik.

(iii) Kontigen olahraga negara akan melepas ke Singapura bagi menyertai Sukan SEA. [6 markah]

(5)

5 (d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah

dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Pramusaji itu melayan para penumpang dengan sangat mesra sekali.

(ii) Para-para peserta diminta bersedia untuk mendengar keputusan yang akan

dikatakan sebentar lagi.

(iii) Penjaga di rumah Tan Sri itu tidak menyedari semasa rumah tersebut dimasuki

pencuri. [6 markah]

(e) Berikan tiga peribahasa yang bersesuaian dengan peribahasa di bawah.

(i) Carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum juga.

(ii) Bagai api dalam sekam

(iii) Lain padang lain belalang [6 markah]

Soalan 4 – Novel [15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut.

(i) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin

(ii) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latif bin Talib

(iii) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor

(iv) Pantai Kasih karya Azmah Nordin

(v) Songket Berbenang karya Khairuddin Ayip

(vi) Tirani karya Beb Sabariah

(vii) Bima Sakti Menteri karya Sri Rohayu Mohd Yusop

(viii) Silir Daksina karya Nizar Parman

(a) Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, huraikan tiga persoalan yang terkandung

dalam novel tersebut. [7 markah]

(b) Huraikan empat nilai murni yang terdapat dalam novel yang anda kaji.

[8 markah]

Referensi

Dokumen terkait

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.. Pak 1tarn rnengiring langkah Tuk Mat yang bertubuh

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. "Ajam, Bakar, Melati,

Baca petikan prosa tradisinal di bawah dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.. Apakah yang dilakukan oleh rakyat

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri?. Maka kedengaranlah ke Melaka, Cau

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya menggunakan ayat anda sendiri. Gurindam Memelihara Anggota Dan Hati

Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. ARKITEK KOTA Hanya seniman peka, yang faham akan jiwa laut,

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.. Mak Timah terperanjat mendengar

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri!. Maka dijawab oleh Tuan Haji