• Tidak ada hasil yang ditemukan

Soalan 1 : Rumusan [ 30 markah ]

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Soalan 1 : Rumusan [ 30 markah ]"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

Soalan 1 : Rumusan [ 30 markah ]

Baca petikan di bawah dengan telitinya, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah menangani tekanan belajar dan kekangan-kekangan yang terpaksa dihadapi dalam kehidupan seharian. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Seorang murid, seperti manusia lain juga, akan menghadapi tekanan. Kerja rumah yang bertimbun-timbun, mata pelajaran yang harus diulang kaji, tanggungjawab kepada keluarga, dan bermacam-macam faktor lain yang boleh menjadi punca tekanan. Ada murid yang mampu menangani tekanan belajar dengan bijak. Namun, ada yang gagal menanganinya hingga menjejaskan hidup dan prestasi pelajaran. Sehubungan dengan itu, murid haruslah bijak menyembunyikannya dan menanganinya dengan matang. Tekanan belajar boleh segera diselesaikan dengan meluahkannya kepada rakan karib yang boleh membantu anda menyelesaikan masalah.

Tekanan wujud akibat ruang yang sempit dan terhad. Jika anda mengurung diri dalam ruang yang sempit, tekanan akan menjadi semakin teruk. Tekanan yang melarat akan menyebabkan ledakan yang memusnahkan diri sendiri dan menjejaskan orang lain. Di sekolah, anda tentu mempunyai guru kaunseling. Kaunselor di sekolah sangat berperanan dalam membantu murid-murid yang berdepan dengan pelbagai masalah. Berjalan-jalan sambil menghirup udara segar juga digalakkan untuk mengurangkan tekanan belajar.

Aktiviti bersenam yang mengeluarkan peluh boleh mengurangkan tekanan belajar. Aktiviti bersenam dapat mengeluarkan hormon endorfin tubuh yang berguna untuk melegakan fikiran daripada masalah. Selain itu, sikap sentiasalah memaafkan semua orang merupakan perbuatan yang akan dapat menyucikan hati anda. Tekanan belajar yang berpunca daripada mata pelajaran atau individu tertentu, boleh diatasi dengan menjarakkan diri seketika daripada mata pelajaran atau individu tersebut. Selepas menjarakkan diri tersebut anda boleh pulang dengan mata dan minda yang lebih terbuka.

Saintis yang membuat kajian mendapati mereka yang berdepan dengan tekanan belajar akan berasa lebih tenang selepas melakukan aktiviti riadah. Kadangkala berada di tengah-tengah masalah akan membuatkan anda semakin stres. Melakukan aktiviti bersiar-siar atau melancong bersama keluarga pada hujung minggu mampu membantu anda. Sedarlah bahawa anda tidak akan mampu mengawal tindak-tanduk orang lain. Jangan biarkan orang lain menjatuhkan anda dan memberi tekanan kepada perasaan anda. Fikirkan masa hadapan dan kejayaan diri anda sendiri.

Dipetik dan di ubah suai daripada “Menangani Tekanan Belajar” Oleh Ikhwan Assafa Dewan Siswa, Julai 2011

(2)

[ 35 markah ]

Soalan 2 ( a ) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata mengawal tindak-tanduk. [ 2 markah ]

(ii) Pengarang ada menyatakan akibat mengurungkan diri dalam ruang yang sempit.

Nyatakan akibat-akibat tersebut. [ 3 markah ]

(iii) Kes-kes bunuh diri dalam kalangan murid akibat tekanan telah membimbangkan banyak pihak.

Huraikan pendapat anda tentang usaha yang paling berkesan untuk menangani kes ini.

[KBAT] [ 4 markah ]

(3)

Baca petikan drama di bawah dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

DOKTOR: (Sambil menghampiri AZMIR. AZMIR kelihatan gusar). Assalamualaikum.

Saya Doktor Razi. Maafkan saya jika saya mengganggu. Encik Azmir ialah “sahabat” saya. Saya datang ni nak bawa dia balik ke tempat rehatnya. (Beralih kepada AZMIR) Encik Azmir, apa khabar sekarang? Sudah tiga hari Encik Azmir tidak balik ke tempat rehat yang kita sediakan. Rakan-rakan yang lain amat bimbang akan Encik Azmir. Mari kita pulang, ya?

AZMIR: (Kelihatan takut dan tiba-tiba menjadi semacam orang bodoh). Saya tidak mahu pulang. (Sambil menggelengkan kepala). Saya rasa bahagia berehat di sini.

DOKTOR: Saya rasa kita pulang dulu. Encik Azmir perlu berehat sikit sahaja. Selepas itu, Encik Azmir boleh keluar semula. Kepala pun dah luka semula. Kita balik bubuh ubat dulu, OK?

(Para pembantu memegang tangan AZMIR untuk dibawa pergi. Dia meronta-ronta tidak mahu pergi.)

AZMIR: Saudara-saudara tolong saya. Orang-orang ini hendak mengurung saya di tempat yang tidak ada kesejahteraan. Saudara-saudara mesti percaya akan cakap saya. Cakap saya semuanya betul. Mereka ini penipu. Cakap mereka manis, tapi dalam hati mereka jahat.

(ARIF dan para pelakon memperlihatkan rasa simpati kepada AZMIR)

Dipetik daripada ‘Bukan Gila’ oleh Sharif Shaary dalam antologi Sejadah Rindu,

Dewan Bahasa dan Pustaka (i) Berdasarkan petikan di atas, mengapakah Azmir kelihatan ketakutan dan meronta- ronta?

[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah tindakan-tindakan yang harus kita lakukan untuk menangani masalah kemurungan dalam kalangan murid sekolah? [3 markah]

(iii) Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam petikan drama di atas dan satu persoalan yang lain daripada keseluruhan cerpen itu. [4 markah] Soalan 2 ( c ) – Petikan Prosa Tradisional

(4)

Baca petikan prosa tradisinal di bawah dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

i. Apakah yang dilakukan oleh rakyat negeri Melaka setelah melihat Kertala Sari mati pada keesokan hari.

(3 markah) ii. Pada zaman sekarang, banyak orang yang membuat pengakuan bahawa sesuatu

kejayaan itu adalah daripada hasil usahanya. Sekiranya anda Laksamana, apakah yang akan anda lakukan kepada orang yang mengaku membunuh Kertala Sari ?

(KBAT) (5 markah) Setelah Kertala Sari merasai luka itu, maka dihunusnya kerisnya pula mengusir Laksamana. Dua tiga langkah maka ia pun rebah terjerumus lalu mati. Maka oleh Laksamana dihirisnya syahwatnya diambilnya lalu ia kembali ke rumahnya.

Setelah hari hampir siang maka orang pun lalu. Maka dilihatnya seorang perlente mati; maka segera dikeratnya telinga dibawa kepada raja, sembahnya, “Ya tuanku, inilah tandanya patik membunuh penjurit yang terlalu buas itu.”

Maka datang pula seorang lagi, dikeratnya kepala, lalu dibawa menghadap raja katanya, “inilah tandanya patik membunuh penjurit pada malam tadi.”

Dengan demikian habislah kaki tangan Kertala Sari dikeratnya dibawanya kepada raja. Maka baginda pun menjadi hairan.

Maka titah baginda kepada Bendahara, “Ayo mamak Bendahara, kita pun hairan kelakuan ini. Siapakah juga yang sungguh ini?”

Maka sempah Bendahara, “Ya tuanku,pada bicara patik, dua pertandaan lagi maka sungguh; tambahan Laksamana belum datang.”

(Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’ dalam Antalogi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, DBP)

(5)

Soalan 2 (d ) – Sajak

Baca petikan kedua-dua sajak di bawah dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Petikan Sajak: Pesan Lelaki Kecil Petikan Sajak: Erti Hidup Bererti Kepada Gadis Kampung

Kulepaskan kau menjadi burung putih Keheningan tasik

dengan sayap berkembang kehijauan rumput

menongkah awan perak dan kabut dingin hanya menjadi bayangan mengenal kalimat hujan dan bilah petir di penjuru ruang zaman menyelit antara sembilu nasib cinta dalam rahim dilupai

dan waras akal dari sulung ditendang ke bongsu

dari angah ditendang ke sulung balik

di awan yang sarat ilmu kucari erti hidup

hadir sihir angin bernafas api menderita mengerang sakit di pohon kampus yang tegar status berdiri tanpa ruang

berceracak selumbar noda mengabur fikir di padang kampus yang hijau pertimbangan tumbuh gunung ego menghalau pekerti

(i) Nyatakan dua pesanan ibu bapa terhadap anak-anak dalam kedua-dua petikan sajak di

atas. [ 2 markah ]

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah anak-anak perlu mengenang jasa ibu bapa yang telah membesarkan mereka ?

[ 3 markah ] (iii) Selain persoalan kasih sayang kepada ibu bapa, jelaskan dua persoalan lagi yang terdapat

dalam kedua-dua sajak tersebut.

(6)

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah]

Jawab semua soalan

(a) Tulis dua ayat bagi setiap patah perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda boleh menambahkan

imbuhan, tetapi tidak boleh menggunakan frasa itu sebagai peribahasa atau nama khas. (i) jalan

(ii) lepas (iii) tawar

[6 markah] (b) Tukar ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat bersusunan songsang tanpa

mengubah maksud asalnya.

(i) Budak-budak itu mandi di sungai.

(ii) Adik Nurina sedang sakit tenat di hospital.

(iii) Cincin yang bertatahkan berlian itu sungguh cantik. (iv) Kanak-kanak itu berkejar-kejaran di taman permainan.

(v) Keadaan suhu di atas Bukit Melawati pada awal pagi sungguh dingin.

(vi) Rumah besar di atas bukit itu tidak berpenghuni sejak sepuluh tahun yang lalu. [6 markah] (c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan

penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Pekerja dikilang tersebut sedang memeroses isi buah nanas yang akan direbus dengan air gula.

(ii) Cikgu Zulaikha meminta kebenaran pengetua untuk membawa anaknya ke kelinik untuk didapatkan rawatan pada pagi itu.

(iii) Peminat-peminat Siti Norhaliza yang ingin menyaksikan pertunjukannya merasa kecewa apabila diberi tahu bahawa pertunjukkannya itu terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab keselamatan.

(7)

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata dan istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Dato’ Shamsuddin mendapatkan rawatan di Tawakal Pusat Rawatan untuk menyembuhkan penyakit kanser hati yang dihidapinya.

(ii) Kedua adik-beradik kembar yang telah menyelesaikan pembedahan jantung itu berada di dalam keadaan yang stabil dan selamat.

(iii) “Kertas cadangan ini perlu dihalusi dengan telitinya sebelum kita ajukan permintaan tuan kepada ahli lembaga pengarah,” kata Murad kepada Rohani.

[6 markah]

(e) Baca dialog di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong dalam dialog tersebut.

Kamarul: Janganlah kita bersikap sombong dan angkuh. Jauhilah sikap suka merendah-rendahkan kebolehan anak-anak jiran kita sehingga boleh menggores perasaan ibu bapa mereka.

Shahril: Saya setuju. Sekiranya anak kita melakukan kesalahan jenayah pada suatu hari nanti, tentulah kita akan berasa malu kerana ______________(i)_____________ Kamarul: Sebagai jiran kita hendaklah saling membantu dan mengambil sikap _______________(ii)_____________ untuk kebaikan bersama.

Shahril: Nasihat itu memang baik kerana pada masa ini, kebanyakan kita seharian keluar bekerja. Sikap mengambil berat antara satu sama lain amat digalakkan bak kata pepatah ______________(iii)___________________

(8)

Soalan 4 : Novel [ 15 markah ]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (i) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib (ii) Tirani karya Beb Sabariah

(a) Tulis sinopsis sebuah novel yang telah anda pelajari. [ 7 markah ]

(b) Pengarang mewujudkan peristiwa-peristiwa yang dapat dijadikan teladan oleh pembaca.

Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan satu peristiwa

yang dapat dijadikan teladan. [ 8 markah ]

Referensi

Dokumen terkait

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.. (i) Mengapakah penulis tidak begitu gembira

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.. Setelah demikian maka Tuan Puteri Mandu

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.. Aku

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri?. Saya akan jawab kalau saya suka

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Maka ada seorang anak Seri Bija Diraja,

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya menggunakan ayat anda sendiri.. Hatta maka hari pun petanglah lalu ia tidur dua

Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. ARKITEK KOTA Hanya seniman peka, yang faham akan jiwa laut,

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.. Apabila jurumudi dan Mualim sudah sedia