• Tidak ada hasil yang ditemukan

SET 8. Soalan 1 : Rumusan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "SET 8. Soalan 1 : Rumusan"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

SET 8

Soalan 1 : Rumusan

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan pendermaan organ di negara kita dan halangan untuk menderma organ. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Penderitaan adik Teh Hui Yee, 14 tahun yang bergantung hidup menggunakan jantung mekanikal sejak setahun lalu sedikit sebanyak mula menyedarkan masyarakat tentang perlunya penderma organ. Penderitaannya mendorong sebuah keluarga yang baru kematian anak akibat kemalangan jalan raya, secara ikhlas mendermakan jantung anak mereka kepada adik Teh Hui Yee. Sumbangan ini suatu ikhtiar perubatan moden yang dapat menghilangkan penderitaan yang ditanggung pesakit. Menurut laporan Kementerian Kesihatan, sejak 1997 seramai 108,501 orang telah mendaftar untuk menderma organ, bagaimanapun hanya 180 kes pendermaan organ dapat disempurnakan selepas kematian penderma. Dengan adanya pemindahan organ ini, para doktor dapat menyelesaikan masalah perubatan pesakit.

Pemindahan organ bermakna memindahkan sebahagian ataupun seluruh organ daripada tubuh seseorang kepada individu lain yang memerlukannya. Organ biasanya diambil daripada penderma yang telah meninggal dunia. Prosedurnya ialah organ penerima yang gagal berfungsi digantikan dengan organ penderma. Hasilnya membolehkan sistem badan pesakit dapat berfungsi secara normal. Namun begitu, bukan perkara mudah untuk mendapatkan penderma organ walaupun pendermaan organ merupakan satu kaedah perubatan paling berkesan untuk membantu pesakit kerana tidak semua orang sanggup melakukannya. Bagi melaksanakan amalan mulia ini sebagai amal jariah, pakar perubatan perlu mendapatkan kebenaran ahli keluarga atau waris terdekat penderma terlebih dahulu. Selain itu, organ yang dipindahkan tidak boleh dijadikan barang dagangan untuk urusan jual beli. Pembedahan yang berjaya akan memberikan harapan baru kepada pesakit untuk terus hidup.

Namun begitu, terdapat juga pembedahan yang gagal. Hal ini berpunca daripada penolakan organ penderma oleh sistem imun tubuh penerima organ. Kesan sampingan ubat bagi menghalang proses penolakan organ juga merupakan masalah bagi proses pemindahan organ. Oleh itu, pemilihan penderma dan pesakit yang tepat seharusnya diutamakan agar kegagalan pemindahan organ dapat dielakkan. Dengan adanya sumbangan organ daripada orang ramai, kewujudan bank organ dapat direalisasikan di negara ini. Pesakit pula tidak perlu menunggu begitu lama untuk menjalani pembedahan.

Pemindahan organ dapat mengurangkan risiko kematian awal yang selama ini menghantui pesakit. Keluarga penderma tidak perlu gusar kerana pemebedahan pemindahan organ itu disempurnakan dengan penuh rasa hormat dan tanggungjawab. Masyarakat pula perlu sedar jika tiada penderma maka ramai pesakit yang mengalami kegagalan fungsi organ akan berhadapan dengan risiko kematian. Pendermaan organ akan membawa kepada pembedahan pemindahan organ. Pembedahan yang berjaya akan dapat mengiktiraf kualiti dan kecekapan pakar perubatan tempatan. Sesungguhnya, kesanggupan kita menderma organ membuktikan betapa tingginya nilai kemanusiaan yang ada pada diri kita.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada ‘Pendermaan Organ’ oleh Siti Balkis Sudin, Dewan Masyarakat, Disember 2007)

(2)

Soalan 2 : Pemahaman [35 markah] 2(a) – Pemahaman Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata berhadapan dengan risiko. [2 markah]

(ii) Nyatakan tiga perkara yang perlu dipatuhi oleh pakar bedah organ semasa melakukan penbedahan. [3 markah]

(iii) Mengikut pendapat anda, jelaskan usaha-usaha yang perlu dilaksanakan untuk menyedarkan rakyat agar menderma organ. [4 markah]

(3)

Soalan 2(b) – Petikan Cerpen

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Cekodok aje? Airnya pula macam air Sungai Kelang!” rungut Israk bagaikan tuan besar.

“Abang ni macam perempuan. Cerewet tidak semena-mena. Makan sajalah! Atau abang mati kebuluran.” Asap kemarahan dilepaskan sedikit demi sedikit.

“Buang masa saja tinggal di sini!” Bara kata-kata Israk itu memanaskan lagi telinga Mikraj.

Bersarang perasaan geramnya di dalam hati apabila Israk beredar. Lagak Israk menewaskan lagak orang yang berlagak. Dia masih belum sedar daripada mimpinya. Agaknya kalau ditimpa musibah baru dia akan sedar. Sudah terhantuk baru terngadah.

Israk menekan punat televisyen. Malangnya tiada apa-apa pada skrin. Kaca TV hitam sahaja. Israk mencebik.

“TV pun rosak!” Sengaja ditinggikan suara seperti ‘injak naik’ yang menaikkan jumlah voltan arus yang mengalir.

Dengan sopan kerusi ditolak ke bawah meja. Mikraj menapak ke ruang tamu selaus 4m x 6m itu. Mata bundarnya memandang Israk yang mundar-mandir di situ. Bagaikan cacing kepanasan. Sesungguhnya dia tidak serasi dengan situasi di situ, di rumah Wah, Kampung Sayong.

Bukankah Wah lebih tua daripada kita. Lagipun dia nenek kita. Tentu orang cerdik seperti abang tahu tanggungjawab!”

(Dipetik daripada ‘Israk’ oleh Erda Roslan Khairi Dalam antologi Harga Remaja,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh Israk di rumah Wah di Kampung Sayong? [3 markah]

(ii) Sekiranya anda Mikraj, jelaskan usaha-usaha yang dapat anda lakukan untuk mengubah sikap

abang anda. [3 markah]

(iii) Nyatakan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan dua pengajaran lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen. [3 markah]

(4)

Soalan 2(c) - Petikan Prosa Klasik

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka dijawab oleh Tuan Haji Hafiz, “Saya ini orang Bugis, dan Daeng Mataku pun seperti Tuanku juga, dan Opu Daeng yang berlima bersaudara pun seperti Tuanku juga. Aku takut menderhaka, dan jikalau aku derhaka payah aku pulang ke negeri Bugis yang aku kenang juga, aku sayangkan juga barangkali dirosakkan oleh sanak saudara Opu Daeng yang berlima itu, dialah yang raja di negeri Panama yang pertama bernama Datu Riau atau jadi mentua oleh Pilak di negeri Wajok dan Randarang; di negeri Teluk Tandring; dan Pajung di negeri Luwok itu, pak muda oleh Opu Daeng yang berlima itulah yang kukenangkan. Lagipun Opu Daeng yang berlima bersaudara itu pun pupu dua kali kepada Daeng Mataku. Yang baiknya, baik cari fikiran yang sempurna, seperti pemukul jangan patah dan tanah jangan lembang, dan tidak orang berbuat mati kepada resam dunia, yang hidup juga yang bertuah kepada dunia; dan baik cari fikiran yang baik.”

Dan lalu berkhabar Daeng Mataku, “Saya ini serba salah, hendak naik ke dalam kota menghadap Panembahan Agung bersama-sama dengan Daeng yang berlima bersaudara saya malu, kerana saya disuruh menegahkan Opu Daeng yang berlima masuk ke dalam kota. Demikianlah perintah Panembahan Agung kepada saya. Jikalau boleh, dengan yang lembut, jikalau tiada boleh dengan lembut atau dengan yang keras, ditahankan juga seboleh-bolehnya.”

(Dipetik daripada “Hikayat Opu Daeng Menambun” dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, DBP)

(i) Berikan maksud baik cari fikiran yang sempurna. [2 markah]

(ii) Apakah alasan-alasan Tuan Haji Hafiz untuk mengelakkan mereka berperang?

[3 markah]

(iii) Sekiranya anda Daeng Mataku, apakah tindakan anda untuk menghalang Opu Daeng lima bersaudara itu masuk ke dalam kota? [3 markah]

(5)

Soalan 2(d) - Seloka

Baca seloka di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

SELOKA SI LUNCAI

Sikap Si Luncai, biarkan, biarkan... Ada rumah tidak dijaga,

Ada anak tidak dilatih, Ada ternakan tidak dibela, Ada kebun tidak ditanam, Ada cerdik tidak selidik, Ada belajar kepalang ajar, Ada mengaji tiada mengkaji, Ada mata tiada kuasa, Ada kuat tiada buat, Biarkan, biarkan...!

Si Luncai pun terjun dengan labu-labunya.

Md. Ali Bachik (ILADAM) (penyelenggara) Khazanah Puisi Klasik Melayu,2003

ILADAM dan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)

i) Nyatakan gambaran perlakuan Si Luncai yang tidak baik. [2 markah] ii) Pada pendapat anda, apakah kesan atau akibat daripada perlakuan Si Luncai yang

tidak baik? [3 markah]

(6)

Soalan 3: Pengetahuan dan kefahaman tentang tatabahasa bahasa Melayu [30 markah]

Jawab semua soalan

(a) Tulis ayat bagi setiap kata dalam pasangan kata di bawah ini supaya jelas

menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

i. malar - balar

ii. padat - sendat

iii. paras - laras [6 markah]

Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah supaya menjadi tiga ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung yang sesuai tanpa mengubah maksud asalnya.

Pada bulan Januari, warga sekolah mulai sibuk semula. Musim persekolahan bermula kembali. Kebanyakan ibu bapa mempunyai anak bersekolah. Ibu bapa turut merasakan kesibukannya. Para pelajar seharusnya mempunyai azam baru. Para pelajar perlu berusaha

(7)

merealisasikannya.

[6 markah]

2(c) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat dua penggunaan ejaan dan imbuhan yang salah. Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

i) Usaha untuk memperkasa Bahasa Melayu mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari seluruh pelusuk tanah air.

ii) Pengedar cakera padat cetak rompak yang semakin berleluasa patut dibenteras sehingga ke peringkat antarabangsa.

iii) Dalam pertandingan kawat kaki antara sekolah di daerah Kota Bharu, pasukan kadet bomba sekolah saya telah memperolehi tempat pertama.

.

[6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat dua kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan tatabahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

i. Sejak dari mula dia belajar di universiti, pak ciknya yang tinggal di Kuala Lumpur itulah yang membiayai bayaran pengajiannya.

ii. Semua kambing peliharaan Pak Meor lari berkejaran bila hujan turun secara tiba-tiba. iii. Ahli Kelab Rekreasi dan Kembara Kolej Tunku Kurshiah telah muncul juara dalam ekspedisi mengharung Gua Niah.

[6 markah]

(e). Teliti peribahasa di bawah ini, kemudian berikan maksud peribahasa tersebut. i. Kalah jadi abu, menang jadi arang

ii. Mencurah garam ke laut

iii. Di mana ada gula, di situ ada semut

(8)

[6 markah]

Soalan 4: Novel [15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel berikut: (i) Papa … (akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof (ii) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah

(iii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah (iv) Renyah karya Gunawan Mahmood

(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain (vi) Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir

(vii) Kabus Di Perbukitan karya Mohammad Kholid Hamzah (viii) Sutera Dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan

(a) Kebijaksanaan menyelesaikan masalah merupakan salah satu persoalan yang sering dikemukakan oleh pengarang dalam sesebuah novel.

Jelaskan dua persoalan kebijaksanaan dalam sebuah novel yang anda pelajari.

[7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan latar masa bagi kedua-dua novel tersebut. [8 markah]

(9)

Referensi

Dokumen terkait

Pembahasan yang berhubungan dengan biaya hanya dilakukan pada penanganan risiko untuk perbaikan sistem manajemen keselamatan kerja di PB CPI dan tidak membahas

Penelitian kedua dari Maretha dan Kuncoro (2011), dalam penelitian ini menunjukan bahwa store atmosphere dan store image memiliki pengaruh yang signifikan terhadap

Berikut ini adalah desain penelitian yang akan digunakan pada proses implementasi algoritma Block Cipher pada audio steganografi berbasis MP3.1. Berikut ini adalah

Reaktivitas : Tidak ada data tes khusus yang berhubungan dengan reaktivitas tersedia untuk produk ini atau bahan bakunya.... Stabilitas

Field atau kolom data yang butuh disimpan dalam suatu entitas dan digunakan sebagi kunci akses record yang diinginkan, biasanya berupa id, kuncu primer dapat

kemampuan untuk hal yang bersifat pen- ting. Situasi seperti ini sangat berpengaruh terhadap kondisi kesehatan anak menjadi menurun, daya tahan tubuh lemah, yang

C Kalam allah yang di turunkan kepada nabi muhammad melalui malaikat jibril dan yang membacaan bernilai ibadah. D Hadist yang rosul menerima kandungannya kemudian di jelaskan

Berdasarkan hasil penelitian yang dilakukan menggunakan uji statistik Spearman rho di dapatkan nilai nilai p Value adalah 0,103 dimana p Value > α sehingga H1