• Tidak ada hasil yang ditemukan

Soalan 1: Rumusan. [30 markah]

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Soalan 1: Rumusan. [30 markah]"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

1 Soalan 1: Rumusan

[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang akibat-akibat merokok dan langkah-langkah mengatasi gejala merokok. Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menunjukkan kebolehan untuk menangani wabak Sindrom Pernafasan Akut yang teruk (SARS) yang membunuh 500 mangsa secara efektif dan cepat, kini sedang bersiap sedia untuk membasmi „penyakit‟ yang telah membunuh lebih daripada empat juta manusia di seluruh dunia sepanjang tahun lalu.

WHO sebelum ini memberi amaran jika penggunaan tembakau, khususnya dalam bentuk rokok dibiarkan dalam keadaan seperti sekarang ini, kematian tahunan akibat penggunaan tembakau dijangka mencecah 10 juta pada tahun 2020.

Di Malaysia, tinjauan yang dijalankan pada tahun 1996 mendapati bahawa 40 jenis penyakit yang dihidapi oleh rakyat Malaysia berpunca daripada amalan merokok. 25 daripada jenis penyakit tersebut membawa maut. Hal ini termasuklah penyakit jantung, saluran pernafasan tersekat, angin ahmar dan kanser. Asap rokok turut menambahkan pencemaran udara di kawasan orang yang menghisap rokok. Sudah pasti keadaan ini mengganggu keselesaan awam, lebih-lebih lagi sekiranya terdapat wanita yang mengandung. Bagi wanita yang mengandung pula, kesihatan bayi dalam kandungan akan terjejas sekiranya mereka mengamalkan tabiat merokok. Kemungkinan besar bayi tersebut meninggal dunia sebelum dilahirkan. Kebanyakan wanita membenci suami mereka menghisap rokok kerana bau yang tidak menyenangkan. Namun, timbul persoalan, mengapakah sesetengah wanita itu sendiri ada yang menghisap rokok?

Ditinjau dari aspek agama, amalan merokok sememangnya dilarang memandangkan aktiviti tersebut banyak mendatangkan keburukan. Amalan merokok juga membawa pembaziran, lebih-lebih lagi kos membeli rokok pada masa kini adalah mahal.

Gejala menghisap rokok perlu dikurangkan meskipun tidak dapat diatasi sepenuhnya, terutamanya dalam kalangan golongan remaja dan pelajar. Oleh itu, sebarang peningkatan penggunaan rokok harus ditangani. Sebenarnya peningkatan penggunaan rokok sangat berkait rapat dengan corak pemasaran agresif dan efektif syarikat gergasi rokok.

(Dipetik dan diubah suai daripada Perang Antimerokok Sedunia' Massa, Jun 2013)

(2)

2 Soalan 2 : Pemahaman

Soalan 2(a)- Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud corak pemasaran agresif dan efektif syarikat gergasi rokok.

[2 markah]

(ii) Pengarang ada menyatakan penyakit berbahaya boleh menimpa perokok. Nyatakan

penyakit-penyakit tersebut. [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan peningkatan gejala merokok dalam kalangan pelajar masa kini? [4 markah]

(3)

3 Soalan 2 (b) – Petikan Drama

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Mengapakah PELAKON III mengatakan bahawa tindakan Encik Domski atau Azmir

itu bukan lakonan? [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah tindakan yang sepatutnya diambil oleh Azmir ketika

mula mengalami kesakitan itu? [3 markah]

(iii) Jelaskan satu nilai yang terdapat dalam petikan di atas dan satu nilai lain yang

terdapat daripada drama tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah] PELAKON III : Bos, saya fikir perkara yang berlaku kepada Encik Domski itu bukan lakonan lagi. ARIF : Bukankah dia dah kata, segala-galanya benar. Lakonan atau bukan lakonan semuanya

betul. Semuanya kehidupan.

PELAKON III :Tapi bos, lakonan ke atau bukan lakonan ke, takkan kita nak biarkan saja, nak tengok saja orang tu berguling-guling di atas lantai tu mungkin dia sedang menderita tu. Jom kita pergi tengok.

(Mereka menolong AZMIR, memicit-micit belakang badan dan kepalanya. Darah masih mengalir di pipi AZMIR)

AZMIR : Kita sambung balik tadi, ya?

PELAKON II : (Kepada Pelakon I). Setelah hampir pecah kepala, dia masih ingat tentang hujahnya. PELAKON III : Agaknya makin dihantukkan kepalanya tu, makin kuat ingatannya.

PELAKON I : Betul ke?

PELAKON II : Kalau nak tau cubalah tengok!

(Perhatian mereka terarah pada AZMIR apabila dia mula bersuara)

AZMIR :Selepas orang itu menghantukkan kepalanya ke lantai, maka darah merah pun mengalirlah membasahi pipinya. Sesiapa yang menyaksikan kejadian itu pasti mengatakan bahawa orang yang menghantukkan kepalanya ke lantai itu ialah orang gila. Orang yang siuman tentu tidak berbuat demikian. Orang yang menonton tidak tahu bahawa sebenarnya sedang mengalami dan menderita suatu kesakitan yang tidak tertanggung, yang tidak terucap dengan kata-kata lagi. Kata-kata sudah kehilangan makna. Kata yang bermakna adalah dengan menghantukkan kepalanya ke lantai. (Kesemua mereka terpegun mendengar penjelasan AZMIR). Apakah saya sudah menjawab soalan saudara? (Sambil tersenyum ke arah PELAKON I).

PELAKON I :(Semacam kagum bercampur bingung sambil menganggukkan kepalanya perlahan- lahan). Ya, terima kasih.

(Dipetik dari drama „Bukan Gila‟ oleh Shariff Shaary dalam antologi Sejadah Rindu, Tingkatan 5)

(Dipetik daripada drama Bukan Gila, antologi Sejadah Rindu, DBP hlm. 75)

(4)

4

Soalan 2 (c) - Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri

(i) Apakah maksud rangkai kata pekerjaan kami orang memegang negeri. [2 markah]

(ii) Sultan Muzzafar Syah melakukan beberapa pekara setelah mendengar aduan orang

Kelang.

Nyatakan perkara-perkara tersebut. [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah akibatnya jika Sultan Muzzafar Syah terburu-buru

mempercayai aduan orang Kelang itu? [3 markah]

Maka ada seorang orang Kelang mengatakan dirinya teraniaya oleh Tun Perak sedikit. Maka ia berdatang sembah ke bawah duli baginda. Maka baginda memberi titah kepada bentara Seri Amertam, menyuruh berkata kepada Tun Perak. Maka Tun Perak pun datang menghadap. Maka Seri Amerta berkata kepada Tun Perak, “Orang ini ya Tuan Tun Perak, mengadukan halnya ke bawah Duli yang Dipertuan, mengatakan dirinya dianiaya oleh Tun Perak. Mengapakah maka demikian pekerti tuan hamba?”

Maka diam Tun Perak tiada disahutinya kata Seri Amerta itu. Setelah tiga kali Seri Amerta berkata-kata itu, maka barulah disahutinya oleh Tun Perak, katanya “Tuan Seri Amerta, akan tuan hamba dijadikan Yang Dipertuan Bentara, dianugerahi pedang sebilah itu jua tuan hamba peliharakan baik-baik, usahakan jangan diberi berkarat kemakanan. Akan pekerjaan kami orang memegang negeri di mana tuan hamba tahu? Jikalau sebesar tempurung kelapa sekalipun, negeri namanya; baik juga kepada kami, maka kami kerjakan, kerana Yang Dipertuan tahu akan baiknya juga kepada kami, tiada tahu akan jahatnya. Tetapi jikalau Duli Yang Dipertuan hendak mencerca hamba sebab orang itu, pecatlah hamba dahulu, maka cercakan hamba dengan dia. Jikalau hamba belum dipecat, bagaimana hamba hendak dicerca?”

Syahdan, maka berkenan Sultan Muzzafar Syah mendengar kata Tun Perak itu. Pada hati baginda,”Adapun Tun Perak ini tidaklah patut jadi bentara lagi, patut menjadi Perdana Menteri”

(Dipetik daripada Prosa Tradisional ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ dalam antologi Sejadah Rindu, Tingkatan 5)

(5)

5 Soalan 2 (d) - Sajak

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

SAJAK AKU MEMBACA LAGI

(i) Apakah maksud meratapi luka nasib bangsa ? [2 markah] (ii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengangkat

martabat bahasa Melayu yang hampir tenggelam semula?

Nyatakan tiga saranan anda. [3 markah]

(iii) Huraikan dua bentuk sajak di atas. [4 markah]

Aku mendongak langit membaca garis dan titik menaakuli kebesaran-Mu di bawahnya gumpalan mega

hembusan bayu dan banjaran gunung. Kuselusuri alam

kicauan burung

desiran ombak dan wajah pelangi mewarnai kehidupan umat-Mu Aku mendongak langit membaca lagi

di dalamnya pohon-pohon kayun rapuh daun-daun berguguran

helai demi helai

di lantai tanah airku yang makmur Aku membaca langit kutemui

bulan dan bintang menangis meratapi luka nasib bangsa Aku mendongak lagi menitis air mata langit

membasahi bahasa Melayuku yang berdarah.

Razali Mohd. Yussof

Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka

(6)

6 Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[30 markah]

Jawab semua soalan

(a) Tulis satu ayat daripada perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa

anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) ikhtisar (ii) ikhtisas (iii) menyekat (vi) menyumbat (iv) tembok (v) tebuk [6 markah]

(b) Tulis ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja dengan mengekalkan susunan dan maksud asal ayat-ayat tersebut.

Banyak remaja terlalu mengejar kebebasan. Mereka sanggup menjual maruah kepada orang lain. Mereka sebenarnya tahu bahawa perbuatan mereka itu adalah salah. Pihak berkuasa seperti polis dan pengawai pencegah maksiat memberi amaran kepada mereka. Kegiatan mereka itu patut dihentikan segera. Pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas termasuk menangkap mereka. Mereka sanggup menggadaikan maruah kepada orang yang tidak bertanggungjawab. Mengikut undang-undang yang sedia ada, remaja tidak boleh melakukan aktiviti sosial yang negatif. Mereka digalakkan

melakukan aktiviti yang sihat. [6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan

penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Pada abad yang serba maju ini, muncul pelbagai masaalah dalam masyarakat

dan kadangkala mencapai tahap yang dibimbangkan.

(ii) Antara kebaikan berkerja sendiri adalah kebebasan untuk memilih tempat kerja dan membuat keputusan.

(7)

7

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah

dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Setiap pelajar-pelajar yang mengikuti seminar itu diminta mengecamkan struktur ayat yang menyalahi hukum tatabahasa.

(ii) Semua kotak-kotak itu sudah mereka bawa dari dalam van.

(iii) Pihak yang melemparkan ulasan itu sebenarnya mengambil berat kepada segala

kepincangan yang berlaku. [6 markah]

(e) Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, kemukakan tiga peribahasa yang

menggambarkan tiga situasi yang berbeza yang terdapat dalam petikan ini.

Aku dengan Anzalna bersahabat baik sejak kecil. Aku mempercayai dirinya dan yakin bahawa di adapat menyimpan rahsiaku, namun telahanku silap. Anzalna telah menceritakan rahsia peribadiku kepada orang lain sedangkan sebelum ini dia pernah berjanji untuk menyimpan rahsia tersebut walau berlaku apa-apa sekalipun. Betullah kata orang tua-tua bahawa kita tidak boleh menyamakan orang lain seperti diri kita. Mungkin sekarang Anzalna sudah berubah. Sungguhpun begitu, tiada apa-apa yang boleh dibuat lagi. Semuanya sudah terlambat. Aku sudah tidak mempercayai dirinya

(8)

8 Soalan 4: Novel

[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut. (i) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin

(ii) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latif bin Talib (iii) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor

(iv) Pantai Kasih karya Azmah Nordin

(v) Songket Berbenang karya Khairuddin Ayip (vi) Tirani karya Beb Sabariah

(vii) Bima Sakti Menteri karya Sri Rohayu Mohd Yusop (viii) Silir Daksina karya Nizar Parman

(a) Bahagian peleraian merupakan pengakhiran sebuah cerita. Huraikan peleraian dalam novel yang telah anda kaji. [7 markah]

(b) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang

menunjukkan konflik. [8 markah]

Referensi

Dokumen terkait

Berikut ini adalah desain penelitian yang akan digunakan pada proses implementasi algoritma Block Cipher pada audio steganografi berbasis MP3.1. Berikut ini adalah

Field atau kolom data yang butuh disimpan dalam suatu entitas dan digunakan sebagi kunci akses record yang diinginkan, biasanya berupa id, kuncu primer dapat

Secara umum dapat disimpulkan bahwa dari Lima Sasaran Strategis yang ditetapkan dalam Penetapan/Perjanjian Kinerja Tahun 2017 menunjukkan lima sasaran

C Kalam allah yang di turunkan kepada nabi muhammad melalui malaikat jibril dan yang membacaan bernilai ibadah. D Hadist yang rosul menerima kandungannya kemudian di jelaskan

Berdasarkan hasil penelitian yang dilakukan menggunakan uji statistik Spearman rho di dapatkan nilai nilai p Value adalah 0,103 dimana p Value > α sehingga H1

Namun, jika dilihat dari angka yang menunjukkan total WP terdaftar lebih besar dari WP efektif, karena data jumlah NPWP WP terdaftar menujukkan bahwa belum tentu keseluruhan WP

Kegiatan ini sangat dibutuhkan sebab peserta didik yang dibimbing melaksanakan kegiatan belajar mandiri dengan menggunakan modul-modul dalam bidang studi tertentu,

Oleh karena itu hasil observasi terhadap belajar mandiri guru dapat ditarik kesimpulan bahwa kesiapan untuk mengembangkan model pembelajaran e- learning menggunakan