• Tidak ada hasil yang ditemukan

Keberkesanan Murid Disleksia Dalam Kelas Aliran Perdana

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Keberkesanan Murid Disleksia Dalam Kelas Aliran Perdana"

Copied!
89
0
0

Teks penuh

(1)

1 BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Dalam era teknologi maklumat serta zaman siber dunia tanpa sempadan,setiap individu dalam masyarakat berusaha dan berlumba-lumba untuk mengguna dan mengaplikasikan kemudahan dan peralatan canggih yang ada dalam persekitaran mereka. Namun begitu, kemudahan ini besar kemungkinannya kurang bermanfaat kepada individu yang menghadapi masalah pembelajaran khususnya masalah membaca, menulis dan mengira (3M). Secara ringkasnya dapatlah dikatakan bahawa kemahiran 3M adalah sangat penting biarpun betapa canggihnya sesuatu zaman itu. Oleh

(2)

2

yang demikian, dalam konteks pendidikan, Ott (1997) menyatakan bahawa kemahiran-kemahiran asas (membaca, menulis dan mengira) adalah penting untuk dikuasai oleh setiap individu pelajar bagi membolehkan mereka mendapat kebaikan daripada setiap komponen dalam kurikulum pembelajaran di sekolah yang disediakan untuk mereka. Sekiranya kemahiran asas ini masih belum berkembang sepenuhnya dalam diri pelajar, satu bentuk program pemulihan adalah amat perlu disediakan untuk membantu setiap pelajar yang mempunyai masalah ini. Pendidikan Khas di Malaysia telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920-an di kalangan sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk pelajar bermasalah atau kurang upaya penglihatan dan pendengaran. menunjukkan tarikh-tarikh penting dalam perkembangan pendidikan khas. Di Malaysia pendidikan khas formal bermula pada tahun 1948 dengan tertubuhnya Sekolah Rendah Pendidikan Khas Princess Elizabeth di Johor Bharu untuk kanak-kanak buta. Pada tahun 1954 Sekolah Persekutuan Kanak-Kanak Pekak di tubuhkan di Pulau Pinang untuk kanak-kanak pekak. Program pemulihan ke atas pelajar “lembam” (lemah dalam menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira pada tahap umurnya) bermula pada tahun 1978. Manakala program untuk kanak-kanak „Bermasalah Pembelajaran‟ baru bermula pada tahun 1988 apabila buat pertama kali Kementerian Pendidikan memulakan kelas perintis di Sekolah Kebangsaan Jalan Batu, Kuala Lumpur. Kelihatan bahawa perkembangan pendidikan khas di Malaysia bertumpu kepada kumpulan kanak-kanak buta, pekak, dan bermasalah pembelajaran. Manakala itu, masalah Disleksia juga termasuk dalam Program Pendidikan Khas Penubuhan program disleksia telah dirancang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sejak pengambilan kumpulan pertama guru-guru untuk menjalani kursus disleksia selama empat belas minggu . Akhirnya, program ini telah dapat direalisasikan pada 13 Mac 2004 dengan memilih Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail (2) sebagai sekolah pra-rintis program disleksia.

(3)

3

Program ini dimulakan dengan hanya tujuh orang murid dan dua orang guru. Subjek yang diajar pada masa itu adalah Bahasa Malaysia. Kini, program disleksia di sekolah mempunyai tiga puluh tiga orang murid dan empat orang guru yang mengajar subjek-subjek utama seperti Bahasa Malaysia, Sains dan Matematik. Murid-murid disleksia dikehendaki mengikuti pembelajaran subjek-subjek lain di kelas arus perdana.

Program ini dilaksanakan sejajar dengan aspirasi Pendidikan Negara yang menuntut pendidikan sewajarnya diberikan kepada semua golongan tanpa mengira agama, bangsa, kaum, keturunan, warna kulit, dan seumpamanya. Oleh sebab itu, pendidikan disleksia diwujudkan bagi mendepani cabaran untuk memastikan kanak-kanak bermasalah pembelajaran spesifik disleksia mendapat pendidikan yang setaraf dengan kanak-kanak normal.

Berdasarkan perangkaan 2001, Kementerian Pendidikan Malaysia menganggarkan bahawa seramai 290,000 murid sekolah daripada 4.9 juta murid berkemungkinan memiliki ciri-ciri Masalah Pembelajaran Spesifik (SPLD), Disleksia (KPM 2000). Empat peratus daripada populasi dunia adalah signifikan memiliki simptom-simptom disleksia (Musa 2002). Kanak-kanak berkeperluan khas termasuk Kanak-kanak-Kanak-kanak disleksia juga memerlukan pendidikan yang sempurna dan berkesan dalam memastikan mereka dapat meneruskan kehidupan yang bermakna. Pendidikan khas semakin diberi perhatian sejak penggubalan semula Akta Pendidikan 1961 kepada Akta Pendidikan 1996. Akta ini telah menyediakan klausa khusus berkaitan Pendidikan Khas.

Sistem pendidikan ini menyediakan peluang kepada semua rakyat dalam lingkungan umur kelayakan mendapat pendidikan secara percuma. „Dasar Pendidikan Untuk Semua‟ serta

(4)

4

„Dasar Pendemokrasian Pendidikan‟ yang dilancarkan sebelum ini akan diperkukuh lagi oleh pelaksanaan „Dasar Persekolahan Wajib‟ tersebut.

Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Jabatan Pendidikan Khas yang diwujudkan pada 1998 secara langsung mengendalikan pengurusan pendidikan bagi kanak-kanak Bermasalah Pendengaran (Pekak), Bermasalah Penglihatan (Rabun dan Buta), dan Bermasalah Pembelajaran. Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran adalah program yang mencakupi kanak-kanak Syndrome Down, kanak-kanak autistik ringan, kanak-kanak kurang keupayaan mental (learning disabilities), kanak bermasalah emosi, kanak bermasalah kesihatan serta kanak-kanak berkecelaruan bahasa dan pertuturan (Blue Print Kurikulum Jabatan Pendidikan Khas, 2001).

1.2 Latar belakang kajian

Kategori kanak-kanak yang berada dalam kelas-kelas Pendidikan khas yang terdapat di negara ini adalah berbeza-beza berdasarkan masalah yang dihadapi. Keadaan ini mewujudkan kemungkinan bahawa pelajar-pelajar ini menghadapi masalah pembelajaran yang tertentu. Terdapat beberapa kajian yang dijalankan oleh pengkaji-pengkaji dalam dan luar negara yang menyatakan bahawa masalah pembelajaran seperti disleksia mempunyai hubungan yang signifikan dengan masalah pemulihan (Chow, 1992). Masalah disleksia dirujuk kepada beberapa ciri iaitu seperti:

(i) kesukaran berbahasa

(ii) ketidakseimbangan dengan kebolehan intelektual (iii) tidak lancar ketika membaca sesuatu bahan bercetak

(5)

5 tulisan dari papan hitam atau buku).

(v) mata mudah menjadi penat setelah beberapa minit menumpu perhatian kepada tulisan, dan

(vi) daya tumpuan yang terhad (pendengaran dan pengamatan visual).

Menurut Rubiah Kulop (1997) dalam satu kajian tentang Guru Khas Pemulihan, masalah disleksia yang wujud dalam kalangan kanak-kanak pemulihan dapat dilihat melalui tiga aspek. Pertama, kanak-kanak ini lemah dari segi perkembangan mental dan kadang-kadang mengalami kecacatan lain seperti gangguan kesihatan, pengalaman yang terhad serta gangguan emosi. Kedua, kanak-kanak tersebut selalu ponteng sekolah dan mempunyai latar belakang masalah kemiskinan, dan yang ketiga, kanak-kanak ini mengalami kesukaran dalam kemahiran bacaan dan penulisan sehingga mengakibatkanpencapaian yang rendah dalam pelajaran. Deskripsi-deskripsi di atas menunjukkan bahawa terdapat ciri-ciri yang hampir serupa yang dialami oleh pelajar-pelajar pemulihan dan disleksia. Payne dan Turner (1999) menyatakan bahawa disleksia adalah suatu permasalahan pembelajaran yang spesifik atau khusus. Namun begitu, hakikat yang harus diterima oleh kanak-kanak yang menghadapi masalah disleksia masa kini adalah pengkategorian penempatan mereka dalam kelompok murid pemulihan dan tidak dalam kelompoknya yang khusus dan tersendiri.

Dalam proses mengenalpasti kanak-kanak bersimptom disleksia, terdapat dua kaedah yang boleh dicadangkan (KPM 2001) iaitu secara ujian dan secara senarai semak. Kaedah senarai semak bertujuan untuk mendapatkan butiran kelemahan murid jika tahap pencapaian murid ketinggalan sebanyak dua tahun di belakang pencapaian rakan sebaya (Hammond,L & Hughes,P. 1990). Bagi kaedah ujian seperti Ujian Kecerdasan (IQ), Ujian Bacaan dan Ujian Saringan ianya mengandungi soalan-soalan pendek berkaitan masalah pembelajaran yang

(6)

6

dihadapi oleh murid dan Ujian Komprehensif yang mengandungi aktiviti bacaan, ejaan, lukisan, matematik dan kecerdasan, penglibatan, literasi, urutan dan yang berkaitan.

1.3 Penyataan masalah kajian

Berdasarkan pendapat Payne dan Turner (1999) dan juga Hammond dan Hughes (1999), mereka lebih cenderung menggunakan istilah masalah belajar spesifik (Specific Learning Difficulties) bagi pelajar yang mengalami masalah disleksia. Dengan kata lain, murid disleksia bukan sahaja mengalami masalah dalam menguasai kemahiran membaca sahaja, malah berkemungkinan juga menghadapi masalah secara menyeluruh dalam kemahiran asas “literasi” dan “numerasi”.

Secara umumnya, dapatlah dikatakan bahawa disleksia adalah satu bentuk masalah kesukaran pembelajaran yang spesifik yang dimiliki oleh seseorang pelajar dalam aspek-aspek membaca, menulis, mengeja dan mengira nombor (Renwick, 2001). Malah perkara ini telah dibuktikan oleh Sanders dan Mayers (1996) yang menyatakan bahawa kesukaran-kesukaran ini termasuklah masalah yang serupa dalam kerja nombor dan mengenali simbol-simbol seperti nota muzik dan tanda matematik. Kajian Musa Abd Wahab (2002) telah merumuskan bahawa hasil kajian yang dijalankan terhadap 153 orang murid pemulihan di Zon Pudu Wilayah Persekutuan mendapati 36.3% daripadanya mempunyai masalah disleksia pada tahap yang serius. Sementara individu murid yang mengalami masalah disleksia pada tahap yang sederhana dan ringan pula adalah 30.2% dan 33.5%. Kajian ini hanya memberi tumpuan khusus terhadap masalah 3M dalam kalangan murid pemulihan. Hynd dan Cohen (1983) pula memetik hasil kajian yang dilakukan oleh Critchley pada tahun 1978 yang mendapati bahawa masalah disleksia dalam kalangan kanak-kanak lelaki adalah lebih tinggi berbanding kanak-kanak perempuan. Kajian beliau terhadap 1633 kes yang dikenal pasti mengalami masalah pembelajaran disleksia

(7)

7

mendapati 1367 daripadanya adalah kanak-kanak lelaki dan 266 sahaja adalah perempuan. Ini menunjukkan peratusan murid lelaki melebihi 80% berbanding dengan murid perempuan. langkah-langkah yang wajar perlu diambil untuk menangani masalah ini. Jika terdapat masalah disleksia yang dikenal pasti dalam diri seseorang murid, maka kita boleh salurkan mereka ke program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP). Di sini, sekolah ataupun kelas khas diwujudkan bagi mengumpul dan menempatkan murid keperluan khas iaitu murid-murid yang mempunyai masalah dalam pembelajaran. Jika tidak, murid-murid-murid-murid ini akan meneruskan pelajaran mereka sama seperti murid lain. Setiap tahun mereka akan meningkat dari darjah satu hingga ke sekolah menengah tanpa dapat menguasai kemahiran 3M. Murid ini akan mengikuti arus perkembangan pendidikan tanpa dapat menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sepatutnya mereka kuasai dalam tempoh tersebut. Mereka datang ke sekolah hanya untuk mengisi masa lapang. Akhirnya mereka akan merasa hampa, terbiar, menjadi tempat cemuhan guru, dibuli oleh rakan dan sebagainya. Faktor-faktor ini akan menimbulkan rasa rendah diri yang sukar untuk diatasi oleh murid tersebut. Spafford dan Grosser (1996) menganggarkan kira-kira lima peratus (5%) murid pemulihan yang mengalami disleksia. Ini bersesuaian dengan kajian Sofiah Ali (2000) yang telah menganggarkan antara 5 hingga 10 peratus penduduk negara ini mengalami disleksia. Manakala secara keseluruhan dianggarkan empat peratus (4%) daripada populasi dunia mempunyai masalah disleksia (Renwick, 2001). Berdasarkan kenyataan-kenyataan di atas, ini menunjukkan kemungkinan bahawa hampir semua sekolah dalam negara ini mempunyai murid bermasalah disleksia. Hal ini sebenarnya pernah ditegaskan oleh Pollock dan Waller (1994) bahawa semua sekolah mempunyai kanak-kanak yang mengalami masalah disleksia, cuma tahap masalah yang dialami oleh mereka adalah berbeza-beza iaitu sama ada ringan, sederhana atau berat. Dari segi fizikal, murid-murid yang

(8)

8

mengalami masalah disleksia tidak mempunyai sebarang kecacatan anggota dan tahap kecerdasan mereka juga adalah normal. Mereka boleh berbual dan bergaul seperti murid lain. Ini menyebabkan tiada sebarang tindakan diambil bagi membantu kanak-kanak tersebut dalam pelajaran. Akibatnya, murid-murid ini berkemungkinan besar disalah labelkan sebagai sama ada murid pemulihan atau bermasalah pembelajaran yang umum sahaja(Sofiah Ali, 2000; Zabidi Husin,2000).Berdasarkan permasalahan yang dinyatakan di sini, pengkaji merasakan perlu adanya suatu bentuk penyelidikan khusus dalam memahami permasalahan disleksia dalam kalangan murid-murid pemulihan. Ini secara langsung dapat membantu kanak-kanak disleksia dalam negara ini. Jika pengenal pastian dan intervensi yang bersesuaian dilaksanakan seawal mungkin, tempoh yang diperlukan untuk mengurangkan kesan negatif disleksia mungkin menjadi singkat dan lebih mudah (Hammond dan Hughes, 1999; Mercer, 1997).

Mengikut kajian lepas, Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap di sebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan.

Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi seseorang disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak. Menurut Mercer (1997), Disleksia terbahagi kepada beberapa jenis atau kategori dan dapatlah dinyatakan kategorinya. Disleksia Visual merupakan kategori masalah yang melibatkan penggunaan deria penglihatan bila mana seseorang kanak-kanak itu mengalami kesukaran untuk membezakan apa yang dilihat walaupun kita dapati secara kasarnya penglihatan mereka dalam keadaan yang baik.

(9)

9

Ini sememangnya kerap terjadi terutamanya bagi kanak-kanak antara usia lima hingga tujuh tahun. Kita akan mendapati tulisan mereka menjadi rapat bagi semua perkataan yang ditulis, tulisan cermin (terbalik) dan songsang. Hal ini akan menyebabkan kanak-kanak sukar untuk membuat intepretasi serta mengingati apa yang dilihat walaupun satu perkataan. Mungkin kerana masalah visual ini juga menyebabkan mereka mudah lupa tentang sesuatu perkara yang diajar oleh guru.

Disleksia Auditori pula merupakan kategori masalah yang melibatkan deria pendengaran. Dalam kes ini, kanak-kanak bukan tidak boleh mendengar bunyi, mereka boleh mendengar tetapi sukar untuk mendiskriminasikan bunyi, mengecam atau mengenal pasti bunyi bagi sesuatu perkataan atau membahagikan perkataan kepada beberapa suku kata.Mereka juga didapati tidak dapat membunyikan huruf yang hampir sama seperti „f‟ disebut „s‟, „n‟ disebut „m‟, „b‟ disebut „d‟.Mereka juga mengalami masalah untuk membunyikan antara vokal dan konsonan serta mengaitkan antara bunyi kepada perkataan yang dicetak atau ditulis.Kanak-kanak yang mengalami masalah kategori ini sememangnya akan mengalami kesukaran untuk mengeja. Manakala itu,Disleksia Visual Auditori pula merupakan kategori masalah bagi kedua-dua deria iaitu penglihatan dan pendengaran. Penghidap kategori ini akan menghadapi kerumitan untuk mengintepretasikan apa yang dilihat mahu pun didengar. Akibat daripada gangguan visual dan auditori serentak ini mengakibatkan kanak-kanak mengalami kesukaran membaca yang teruk.

Selain itu, kajian ini juga mengupas tentang masalah penulisan di kalanan murid-murid Disleksia di mana mereka. Antara jenis-jenis kesilapan tulisan-tulisan yang dilakukan kanak-kanak disleksia seperti,menulis huruf-huruf dengan susunan yang salah misalnya saman ditulis sanam.Selain itu,mereka seringkali menulis secara tulisan cermin dan menterbalikkan huruf misalnya b menjadi d. Adakalanya mereka menulis perkataan yang didengar misalnya buang

(10)

10

menjadi buwang. Menggunakan perkataan yang ganjil seperti mjeik, pojktc dan lain-lain lagi. Mereka tertinggal huruf dalam perkataan seperti emak menjadi mak sahaja. Seterusnya,menambah huruf misalnya tuang menjadi tunang. Tidak dapat menulis huruf yang disebut. Ada ketikanya mereka tidak dapat memilih huruf yang disebut dan tidak dapat menyesuaikan huruf dengan huruf yang sama

1.4 Objektif kajian

Kajian ini dijalankan berdasarkan objektif-objektif berikut:

1.4.1 Mengenal pasti peratus murid Disleksia (responden) yang bermasalah Disleksia di Tahun 3 Program Pendidikan Khas di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2).

1.4.2 Mengenal pasti perbezaan peratus individu bermasalah disleksia dalam kalangan murid lelaki dan perempuan Pendidikan Khas

1.4.3 Mengenal pasti masalah penulisan di kalangan murid Disleksia.

1.5 Persoalan kajian

Kajian ini akan cuba menjawab persoalan-persoalan berikut:

1.5.1 Apakah peratus murid pendidikan khas (responden) yang bermasalah disleksia di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2) di Putrajaya?

1.5.2 Adakah wujud perbezaan peratus individu yang bermasalah disleksia dalam kalangan murid pendidikan khas lelaki dan perempuan?

(11)

11 1.6 Kerangka

Kerangka konseptual dan teoritikal ibarat peta kepada kajian anda. Secara amnya, kerangka konseptual adalah sebagai panduan dan halatuju anda menjalankan kajian. Kerangka Konseptual adalah antara jenis teori yang mencuba untuk menghubungkan kesemua aspek yang ditemui dalam komponen definisi masalah, tujuan,sorotan kajian, metodologi,pengumpulan dan penganalisisan data. Kerangka Konseptual berperanan sebagai peta yang berkaitan dengan penemuan secara impirikal (pemerhatian atau ujian ). Ini kerana, kerangka konseptual berpontensi sangat hampir kepada penemuan impirikal mereka menggunakan bentuk-bentuk yang berbeza bergantung kepada persoalan atau masalah kajian.

1.6.1 Kerangka konsep

Menurut Mercer (1991), disleksia ialah ketidakupayaan yang teruk dalam membaca, melibatkan kesukaran dalam kefahaman dan perhubungan antara bunyi-bunyi huruf. Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia pula, disleksia adalah masalah murid yang mempunyai kecerdasan mental yang searas atau melebihi murid biasa tetapi menghadapi kesukaran yang tinggi dalammenguasai kemahiran membaca, menulis dan mengeja. Disgrafia (Dysgraphia) yang melibatkan kesukaran menulis ,Discalculia(Dyscalulia) yang melibatkan kesukaran dalam pengajaran matematik dan masalah bahasa yang yang melibatkan kesukaran mendengar dan bertutur. Masalah sampingan ini selalunya bertindihan antara satu sama lain dan sukar untuk dikesan.

(12)

12

Rajah 1: Kerangka Konsep Disleksia

(Sumber : THE Dysleksia-Speld Foundation WA (INC) , South Perth ,1993

).

1.6.2 Perbezaan disleksia, disgrafia dan diskalkulia

Disleksia ialah satu „Disorder‟ dalam kanak-kanak yang telah terima pendidikan biasa, tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf intelek” (World Federation Of Neurology, 1968) Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan Disleksia, diantaranya ialah disgrafia, diskalkulia dan dyspraksia. Dislalkulia iaitu seorang disleksia yang bermasalah dalam pengiraan ataupun Matematik,. Manakala itu Disgraphia iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam bahasa dan Dispraksia iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam ko-ordinasi moto-mata-tangan. Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu Disleksia visual (penglihatan) di mana kanak-kanak mengalami

DISGRAFIA

BAHASA

DISKALKULIA DISLEKSIA

(13)

13

kesukaran utama untuk mengingat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik. Sementara itu,Disleksia auditori (pendengaran) pula ialah kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh disleksia auditori. Selain itu,Disleksia visual-auditori pula ialah kesukaran membaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio mereka.

1.7 Kepentingan kajian

Kajian ini difikirkan perlu dijalankan dalam konteks pendidikan pemulihan kerana kita sering mendapati murid pemulihan dikaitkan dengan masalah penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira serta masalah lain yang berkaitan dengan kesihatan, emosi, persepsi, fizikal dan sebagainya. Faktorfaktor ini mempunyai persamaan langsung dengan masalah disleksia. Maka adalah difikirkan bahawa kajian ini akan dapat dilaksanakan bagi tujuan untuk mendapat maklumat-maklumat yang berkaitan disleksia. Dengan kajian ini juga adalah diharapkan dapat memberikan pendedahan dan bantuan kepada guru mahu pun ibu bapa untuk mengetahui secara mendalam masalah kesukaran belajar yang dikategorikan sebagai disleksia. Ini adalah sangat perlu supaya pendidikan serta bentuk bantuan akan dapat diklasifikasikan mengikut keperluan pelajar.Di samping itu, dapat menjadi sumber rujukan kepada guru Disleksia dan semua yang berminat dengan pendidikan khas khususnya yang berkaitan dengan masalah disleksia. Guru

(14)

14

memerlukan satu bentuk penerangan dan panduan untuk mengenali serta memahami permasalahan disleksia.Pada masa yang sama juga,kita dapat merumuskan tahap masalah seseorang murid dalam kategori disleksia serta dapat mencadangkan bentuk bantuan yang perlu diberiakn kepada mereka.

Kajian ini berkepentingan bagi mengkaji peratus nisbah murid Disleksia lelaki dan perempuan di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2) Putrajaya. Mengikut kajian yang lepas, dikatakan murid Disleksia lelaki mempunyai nisbah yang tinggi berbanding murid Disleksia perempuan. Dengan kajian ini, sedikit sebanyak akan dapat mengukuhkan teori yang telah dibuat sebelum ini. Selain itu, pada masa kini,murid-murid Disleksia dikatakan ramai yang telah dimasukkan ke kelas pemulihan dan Kelas Pendidikan Khas, padahal mereka yang mempunyai masalah Disleksia perlu diberi pendekatan khusus oleh guru-guru terlatih.

Selain itu, melalui kajian ini dapat sedikit sebanyak membantu pihak ibu bapa, guru, kementerian dan badan bukan kerajaan menyediakan satu platform terbaik bagi murid-murid Disleksia ini. Selain daripada kesedaran di pihak guru dan ibu bapa komuniti sekeliling juga bertindak dalam membantu pelajar bermasalah pembelajaran. Mereka tidak dipinggirkan sewenang-wenangnya.

Dari pandangan global, pihak kerajaan menjadi tunjang masyarakat dalam menghapuskan jurang perbezaan diantara pelajar dalam aliran perdana dan pelajar berkeperluan khas, khususnya pelajar bermasalah pembelajaran. Kerajaan telah menggerakkan Kementerian Pelajaran untuk mewujudkan dan mengimplementasikan pelbagai program-program bagi membantu pelajar – pelajar yang bermasalah bermula dari peringkat pra sekolah sehingga ke peringkat menengah atas. Sebagai contoh kerajaan telah memperuntukkan sebahagian belanjawan bagi mewujudkan beberapa buah PUSAT SEHENTI yang asalnya adalah Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas.

(15)

15

Program ini dinamakan „Program Out-Reach‟. Program ini di wujudkan apabila bertitik tolaknya fenomena keciciran pembelajaran anak-anak Orang asli akibat faktor pengangkutan dan kesedaran di kalangan mereka.

Selain itu ia tidak hanya berperanan untuk menyedarkan kepentingan hak pelajar –pelajar bermasalah pembelajaran, unit ini juga berfungsi untuk meningkatkan pengetahuan ibu bapa dan masyarakat tentang kanak-kanak berkeperluan khas. Sebarang program yang di jalankan untuk pelajar berkeperluan khas ini akan di pantau dari semasa ke semasa.Melalui agensi-agensi dari dalam dan luar negara unit ini berkerjasama bagi memberi bantuan yang lebih efektif untuk pelajar –pelajar berkeperluan khas ini. Bagi berlaku adil kepada pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran unit ini menyediakan garis-garis panduan.Kesedaran terhadap pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran telah lama timbul disamping akta-akta yang di wujudkan demi menjaga kesejahteraan pelajar kumpulan berkeperluan khas ini seperti Akta Pendidikan 1961.Di samping itu, melalui media massa, media elektronik dan media cetak isu kanak-kanak berkeperluan khas ini telah giat di utarakan. Melalui pelbagai pertubuhan laman-laman web dan buku-buku kita boleh memperolehi maklumat yang pelbagai tentang kanak-kanak yang menghadapi simpton-simpton tersebut.Ini juga merupakan salah satu hasil tindakan untuk kesedaran dan kebertanggungjawabkan umumnya untuk golongan pelajar berkeperluan khas dan khususnya secara tidak langsung untuk pelajar bermasalah pembelajaran.Beberapa pertubuhan dan persatuan masyarakat telah ditubuhkan dalam menyokong dan memberi bantuan kepada pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran ini. Contohnya di New York sebuah pertubuhan yang di namakan „Resources For Children With Special Needs‟ atau dengan nama singkatan RCSN telah di tubuhkan. Ia bertanggungjawab menawarkan perkhidmatan dari segi sosial, kognitif dan fizikal kepada kanak-kanak berkeperluan khas. Badan pertubuhan ini memainkan peranan

(16)

16

penting untuk menolong mana-mana kanak-kanak berkeperluan khas untuk mengenalpasti dan menguasai potensi mereka.Ibu bapa yang mempunyai anak yang berkeperluan khas juga di beri bantuan dalam membina pengetahuan, kemahiran dan keyakinan untuk menguruskan anak-anak yang berkeperluan khas. Ibu bapa di bimbing untuk mendapatkan pendidikan yang sesuai untuk anak-anak mereka.

Pertubuhan ini juga menawarkan aktiviti rekreasi selepas sekolah untuk kanak-kanak berkeperluan khas ini. Aktiviti ini di jalankan dengan objektif untuk menanamkan semangat ini bersaing dengan kanak-kanak berkeperluan khas yang lain.Dalam menunaikan rasa bertanggungjawab terhadap kanak-kanak berkeperluan khas ini di Malaysia satu kempen yang di namakan „Kempen Pelan Pembangunan Pendidikan Khas Open Minds telah dilancarkan oleh Procter & Gamble 1999. Ianya bagi membantu lebih kurang 314,000 orang pelajar sekolah rendah yang mengalami „disleksia‟.

1.8 Batasan kajian

Kajian ini dijalankan terhadap 25 orang murid Program Bermasalah Pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2) Putrajaya. Murid-murid ini terdiri daripada lelaki dan

perempuan yang berumur 9 tahun dan mempunyai masalah pembelajaran.

1.9 Definisi operasi

Definisi ini melibatkan pernyataan tentang apakah yang dibuat dan apakah yang diperhatikan; kemahiran ini melibatkan proses pemerhatian, berkomunikasi, serta pengkelasan.

(17)

17 1.9.1 Murid-murid Pendidikan Khas

Salah satu daripada kategori kanak keperluan khas yang telah dikenalpasti ialah kanak bermasalah pembelajaran. Pelajar bermasalah pembelajaran merupakan golongan kanak-kanak berkeperluan khas yang paling ramai. Dalam bab ini, kita membincangkan dengan lebih mendalam mengenai pelajar bermasalah pembelajaran.Tumpuan ialah kepada definisi dan sebab-sebab berlakunya masalah pembelajaran. Juga dibincangkan ialah ciri-ciri dan kaedah mengenalpasti pelajar bermasalah pembelajaran. Akhirnya, tumpuan ialah kepada cara menempatkan pelajar-pelajar ini dan kaedah pengajaran yang sesuai bagi mereka. Menurut Individual with Disabilities Education Act (IDEA), 1997 masalah pembelajaran didefinisikan sebagai masalah dalam satu atau lebih daripada proses asas psikologi melibatkan pemahaman atau penggunaan bahasa sama ada pertuturan atau penulisan di mana masalah yang dihadapi mengakibatkan kebolehan mendengar, berfikr, bertutur dan membaca yang tidak sempurna. Ini tidak termasuk mereka yang bermasalah pembelajaran akibat daripada ketidakupayaan penglihatan, pendengaran dan motor, kerencatan akal, gangguan emosi atau kekurangan dalam persekitaran, budaya atau ekonomi. Manakala itu pula,The National Joint Committee on Learning Disabilities (NJCLD), 1990 mentakrifkan masalah pembelajaran sebagai merujuk kepada satu kumpulan masalah yang pelbagai yang mengakibatkan kesukaran yang nyata mendengar, bertutur, membaca, menulis, membuat keputusan atau menyelesai masalah matematik. Masalah ini berpunca daripada ketidakfungsian sistem saraf pusat dan boleh berlaku pada bila-bila tahap umur. Masalah mengawal tingkah laku, persepsi dan interaksi sosial mungkin wujud bersama masalah pembelajaran tetapi ia sendiri tidak akan menyebabkan kepada berlakunya masalah pembelajaran. Masalah pembelajaran mungkin wujud seiring dengan ketidakupayaan lain seperti masalah sensori, kerencatan mental atau gangguan emosi.

(18)

18

Secara kesimpulannya, pelajar bermasalah pembelajaran terdiri daripada mereka yang kurang kemampuan belajar disebabkan oleh masalah pemahaman, pertuturan, penulisan dan penyelesaian masalah matematik. Ini tidak termasuk masalah pembelajaran disebabkan oleh kerencatan mental, kurang upaya penglihatan, pendengaran, gangguan emosi dan tingkah laku.

Menurut Chua,1982 Pendidikan khas merujuk pada pendidikan bagi kanak-kanak luar biasa, iaitu 'kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial atau emosi, tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa, hinggakan mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa . Manakala itu,menurut Gearhart dan Weishahn,1980 pula,Pendidikan Khas ialah subsistem dalam sistem pendidikan, yang bertanggungjawab mengadakan peruntukkan kemudahan dan keistimewaan bagi membantu kanak kanak dan belia yang bersifat luar biasa. Ciri-ciri pelajar bermasalah pembelajaran boleh dibahagikan kepada ciri kognitif, akademik, sosial dan emosi dan tingkah laku. Pelajarbermasalah pembelajaran kebiasaannya lemah dalam pengamatan termasuklah tumpuan, perhatian, ingatan dan pemikiran atau pengolahan. Pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran dalam mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru atau sukar mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam situasi pembelajaran.

Ciri akademik berlaku di kalangan pelajar masalah pembelajaran dalam masalah membaca, lisan, tulisan dan matematik. Ramai pelajar masalah pembelajaran menghadapi masalah membaca. Paling nyata ialah kesukaran memahami apa yang dibaca dan kesukaran mengenal pasti perkataan. Istilah yang sering dikaitkan dengan masalah membaca ialah disleksia.Selain membaca, pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran dalam lisan seperti fonologi, morfologi, susunan kata dalam ayat (syntax) dan pragmatik. Pelajar yang lemah

(19)

19

dalam lisan gagal memahami perkataan yang di sampaikan sekaligus sukar melibatkan diri dalam perbualan atau interaksi dengan kawan dan sebagainya.Masalah kemahiran menulis di kalangan pelajar bermasalah pembelajaran ialah kesukaran memegang pen atau penselketika menulis dengan tangan, menulis huruf yang berlainan saiz, kelemahan dalam mengeja, tidak menggunakan tatabahasa yang betul, organisasi perenggan yang tidak teratur dan kurang menggunakan struktur ayat yang kompleks.Secara umum, pelajar kemahiran menulis pelajar bermasalah pembelajaran adalah lebih rendah berbanding dengan rakan sebaya mereka yang normal atau biasa. Bagaimana pun, kemahiran menulis pelajar bermasalah pembelajaran boleh dipertingkatkan jika intervensi awal dilaksanakan dan kaedah mengajar yang teratur dan sistematik diperkenalkan.

Bidang terakhir di mana pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran untuk belajar ialah matematik. Masalah ini juga boleh di istilahkan sebagai diskalkulia yang merujuk kepada ketidakupayaan dalam kemahiran matematik. Secara umumnya diskalkulia bermakna ketidakupayaan untuk mengira. Antara masalah matematik yang berlaku di kalangan pelajar bermasalah pembelajaran ialah tidak menguasai sepenuhnya dalam pengiraan asas seperti tambah, tolak, darab dan bahagi. Selain itu, pelajar bermasalah pembelajaran sukar membuat anggaran dan pengukuran seperti saiz, nilai, wang, jarak atau cecair.Memahami ciri sosial dan emosi pelajar bermasalah pembelajaran adalah sama penting dengan memahami ciri kognitif dan akademik mereka. Bagaimana pelajar bermasalah pembelajaran melihat diri mereka dan orang lain serta bagaimana mereka mahir dalam interaksi sosial secara signifikannya dapat mempengaruhi mereka berjaya dalam pembelajaran. Tambahan pula,kejayaan mereka dalam hidup bergantung kepada kemampuan mereka berinteraksi dengan orang lain secara berkesan.

(20)

20

Pelajar yang mempunyai kemahiran sosial yang lemah didapati sukar untuk mencari kawan, diketepikan oleh pelajar lain dan tidak kerap berinteraksi dengan guru. Mereka kurang mempunyai teman-teman dari kalangan kanak-kanak biasa disebabkan mereka tidak berupaya untuk mengetahui kenapa dan bagaimana untuk menjalin serta mengekalkan hubungan. Adakalanya pelajar bermasalah pembelajaran tidak mempunyai kemahiran untuk menolak tekanan rakan sebaya yang negatif serta tidak dapat mengenalpasti model rakan sebaya yang baik untuk ditiru. Akibatnya, harga-diri (self-esteem) mereka pun rendah yang mungkin disebabkan dengan kekecewaan usaha mereka berinteraksi dengan orang lain. Kadang kala hal ini menyebabkan mereka bertingkah laku negatif dan menyakiti orang lain. Motivasi merupakan keinginan untuk melibatkan diri dalam aktiviti. Kebanyakan pelajar bermasalah pembelajaran kurang bermotivasi untuk belajar. Apabila pelajar bermasalah pembelajaran berjaya dalam peperiksaan, mereka menganggap sebagai bernasib baik atau ujian senang, tetapi apabila gagal dalam ujian, mereka menganggap diri mereka bisu (dumb). Keadaan ini menunjukkan betapa lemahnya motivasi mereka. Sebahagian pelajar bermasalah pembelajaran mempunyai masalah sukar memberi tumpuan, mudah terganggu, terlalu aktif dan resah, tidak mengikut arahan dan sebagainya. Istilah yang sering digunakan dalam masalah ini di sebut masalah kurang tumpuan hiperaktiviti (ADHD). Masalah tingkah laku ini akan mengganggu kelas dan tidak menyenangkan bagi guru, ibu bapa dan pelajar lain. Masalah tingkah laku ini juga boleh mengganggu hubungan sosial dan memberi kesan negatif terhadap penilaian kendiri pelajar.

(21)

21 1.9.2 Murid-murid Disleksia

Perkataan 'dyslexia' berasal daripada perkataan Greek yang membawa makna kesukaran menggunakan leksikon atau perkataan Newton & Thomson (1974). Selanjutnya, pada tahun telah memperluaskan lagi definisi 'dyslexia' sebagai kecelaruan berbahasa di kalangan murid yang telah mengalami pembelajaran dalam kelas biasa tetapi gagal untuk memperoleh kemahiran membaca, menulis, atau mengeja separa dengan kebolehan intelektual yang ada pada mereka .Bertitik tolak daripada kedua-dua definisi tentang disleksia yang dianggap sudah ketinggalan zaman itu, maka Pertubuhan Disleksia Antarabangsa (International Dyslexia Association, 2003) telah mengorak langkah mencari definisi yang paling tepat untuk perkataan 'dyslexia'. Mengikut pertubuhan tersebut, 'dys' membawa maksud 'kesukaran' dan 'lexia' bermaksud 'perkataan'. Disleksia merupakan kecelaruan yang dialami oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia. Disleksia merupakan sejenis ketidakupayaan yang khusus dalam mempelajari kemahiran membaca. Kanak-kanak disleksia belajar mengikut tahap dan rentaknya yang tersendiri, dan lazimnya mahir dalam satu atau dua bidang. Sebilangan daripadanya mengalami kesukaran penumpuan, persepsi, daya ingatan, kemahiran lisan, taakulan abstrak, kordinasi tangan-mata, penyesuaian sosial (rendah diri adalah ciri sifat yang biasa dilihat) gred, dan pencapaian yang rendah. Seringkali, kanak-kanak disleksia dianggap pemalas, suka memberontak, tidak bermotivasi, dan mempunyai daya kecerdasan yang rendah .. Anggapan ini salah dan tanpa memahami kesan disleksia ke atas kehidupan seseorang membawa kepada penolakan, pengasingan, inferiority kompleks, dan rendah diri.

Di Malaysia, (New Straits Times, 2000 bertarikh 28 Disember : 30) perkataan 'disleksia' merujuk kepada masalah yang berkaitan dengan kemahiran membaca, menulis, dan mengeja. Contoh yang diberi ialah ketidakupayaan dalam membezakan huruf ' B ' dengan angka ' 8 ' , atau

(22)

22

menulis huruf dengan cara terbalik. Sesiapa yang mempunyai ciri sedemikian dikatakan menghidap disleksia. Dari sudut neurolinguistik pula, (Doyle, 1 996) mengatakan otak manUSIa terbina daripada kira-kira sepuluh billion sel yang dipanggil 'neuron' . Setiap neuron menggunakan reaksi biokimia untuk menerima, memproses, dan menghantar maklumat. Apabila kumpulan neuron yang tertentu tidak berfungsi dengan betul, seseorang akan berhadapan dengan masalah untuk mengenal pasti fitur-fitur bahasa. Keadaan inilah yang disebut masalah Disleksia . Di sekolah, murid yang mengalami disleksia seringkali mempunyai kemahiran membaca yang rendah, berkecenderungan untuk membaca dan menulis perkataan serta huruf-huruf dalam susunan yang terbalik, dan menyongsangkan perkataan serta huruf-huruf sewaktu bertutur. Mereka juga mengalami kesukaran untuk memadankan bunyi dengan simbol. Seringkali mereka menggugurkan suku kata-suku kata tertentu dalam perkataan yang mempunyai ban yak suku kata. Mereka dikatakan mempunyai pemahaman yang rendah dalam kemahiran lisan, bacaan sen yap, dan tulisan pula buruk. Setakat ini belum ada statistik tentang penduduk dunia yang mengalami disleksia. Penyelidik telah berusaha untuk mencari statistik penderita disleksia di Malaysia tetapi belum diusahakan oleh mana-mana pihak. Kajian di beberapa buah negara menunjukkan lima hingga sepuluh peratus penduduk menghidap disleksia.

Kebanyakan kajian menunjukkan bahawa disleksia diwarisi daripada keturunan. Didapati kaum lelaki Iebih banyak yang menghidap disleksia berbanding dengan kaum perempuan (Doyle, 1 996).Murid-murid yang menghidap disleksia seringkali merasa ketinggalan dalam kelas kerana masyarakat sering mengaitkan kelancaran membaca dan menulis dengan kepintaran seseorang murid. Murid-murid disleksia yang mempunyai masalah membaca dan menulis dianggap murid-murid yang lemah tanpa mengambil kira faktor bahawa murid-murid tersebut mempunyai kecerdasan otak yang tinggi. Oleh sebab murid-murid disleksia berfikir dalam

(23)

23

bentuk imej, bukan huruf atau angka, maka mereka menghadapi masalah untuk menyesuaikan cara pembelajaran mereka dengan sistem pembelajaran yang sedia ada. Beberapa personaliti yang terkenal seperti Albert Einstein, Henry Ford, Alexander Graham Bell, Walt Disney, Cher, Whoopi Goldberg, General George Patton, Robin Williams' dan Leonardo da Vinci pada asalnya merupakan individu disleksia. Contoh beberapa personaliti yang dikemukakan ini menunjukkan bahawa individu disleksia mempunyai kelebihan dalam 1 atau 2 bidang yang tertentu seperti yang disyorkan oleh International Dyslexia Association, 2003). Terdapat perbezaan antara murid-murid disleksia dengan murid-murid lembab seperti yang diutara oleh Benton & Pearls, (1978 : 3).

Menurut Downing and Leong 1980, Disleksia ialah menghadapi kepayahan spesifik dalam pembelajaran membaca, menulis, mengeja dan mengira. Di antara ciri-ciri yang terdapat pada murid-murid ini ialah seperti baik dalam kemahiran pertuturan dan penaakulan serta mempunyai masalah ingatan pandang dan ingatan dengar lemah ingatan. Di samping itu, terdapat masalah dalam susunan urutan huruf dan nombor. Kemudian, terdapat kekeliruan memahami hala kiri dan kanan, bawah dan atas serta kebalikan huruf-huruf atau nombor tertentu. Perkembangan bahasa dan pertuturan yang lambat. Mereka juga lemah koordinasi - kekok pergerakan. Kebanyakan dari Disleksik mempunyai penulisan yang lemah serta kelajuan menulis yang lambat dan ejaan yang lemah.

Pada umumnya, murid-murid yang tergolong dalam kategori ini boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu Disleksia Perolehan dan Disleksia Perkembangan. Disleksia Perolehan ialah merupakan kehilangan segala kemahiran bacaan, sama ada yang dipelajari sebelumnya, atau yang akan dipelajari, disebabkan masalah kerosakan otak. Ellis (1984) menyenaraikan jenis-jenis disleksia perolehan seperti Disleksia tumpuan atau disleksia literal. Disleksia pembentukan

(24)

24

perkataan atau bacaan huruf demi huruf Disleksia yang dikaitkan dengan pandanganDisleksia fonologikal .Disleksia langsung atau bacaan tanpa kaitan semantik Disleksia lahir atau disleksia semantik. Manakala itu, Disleksia Perkembangan pula merupakan satu keadaan yang dialami oleh murid yang pada dasarnya mempunyai tahap kecerdasan yang baik . Masalah ini dapat dilihat pada defisit dan had pemerosesan maklumat dalam ingatan jangka pendek , sama ada diajukan melalui pandangan atau pendengaran. Dan had kebolehan ini dapat dilihat dalam tugasan yang memerlukan murid-murid mengguna ingatan jangka pendek, seperti membaca dan mengeja

1.10 Rumusan

Menurut Culcutta R.A , Tompkins J.R Fundenmental of Special Education 1999, pengajaran yang bercorak individu yang direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan Khas menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak dapat disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa

Pendidikan khas ialah satu bidang profesion yang berkaitan dengan kaedah, teknik dan penyelidikan yang tersendiri. Pendidikan Khas bererti program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-murid khas. Ini termasuk penggunaan bahan-bahan khas, peralatan khas, teknik pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap kebolehan dan keupayaan murid.Kanak-kanak yang menyimpang dari kanak-kanak biasa dari segi mentalnya, kebolehan deria, fizikal dan urat saraf, tingkahlaku sosial dan emosi, keupayaan berkomunikasi, kecacatan pelbagai yang menyebabkan ia memerlukan modifikasi dalam amalan-amalan sekolah atau memerlukan perkhidmatan khas bagi membolehkan ia berkembang ke peringkat kemampuan maksimanya.

(25)

25

Kementerian Pendidikan Malaysia menggangarkan berdasarkan perangkaan 2001 bahawa seramai 290,000 murid sekolah dari 4.9 juta murid berkemungkinan memiliki ciri-ciri Masalah Pembelajaran Spesifik (SPLD); Disleksia. (KPM 2000). Empat peratus dari populasi dunia adalah signifikan memiliki simptom-simptom disleksia (Musa 2002). Kanak-kanak berkeperluan khas termasuk kanak-kanak disleksia juga memerlukan pendidikan yang sempurna dan berkesan dalam memastikan mereka dapat meneruskan kehidupan yang bermakna.

Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Jabatan Pendidikan Khas yang diwujudkan pada 1998 secara langsung mengendalikan pengurusan pendidikan bagi kanak-kanak Bermasalah Pendengaran (Pekak), Bermasalah Penglibatan (Rabun dan Buta) dan Bermasalah Pembelajaran. Bagi program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran meliputi Kanak-kanak Syndrome Down, Kanak-kanak autistik ringan, Kanak-kanak kurang keupayaan mental (learning disabilities), Kanak-kanak bermasalah emosi, Kanak-kanak bermasalah kesihatan, dan Kanakkanak kecelaruan bahasa dan pertuturan (Blue Print Kurikulum Jabatan Pendidikan Khas 2001). Kajian oleh Norani, Abd.Razak, Norazizah, Adnan @ Nan Khamis dan Siti Eshah (1999), menunjukkan seramai 3,103 (9%) daripada 34,178 kanak-kanak prasekolah adalah terdiri dari berkeperluan khas pelbagai kategori. Statistik Jabatan Pendidikan Khas sehingga November 2000, bahawa 65.8% kanak-kanak di program Pendidikan Khas bersamaan 8,053 daripada 12,227 orang adalah bermasalah pembelajaran. Kenyataan ini harus mengambilkira bahawa salah satu kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah kanak-kanak kecelaruan bahasa dan pertuturan.

(26)

26 BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Setiap pelajar di negara kita mempunyai peluang yang sama untuk mendapat pendidikan tidak mengira umur, jantina atau pun bangsa. Dasar Pendidikan Negara yang inginkan pelajarnya maju dari segi intelek, rohani, jasmani, emosi dan sosial perlu menitikberatkan supaya pelajar dapat mengembangkan potensi diri mereka. Terdapat segolongan pelajar yang dilabelkan pelajar istimewa atau khas. Pelajar ini sebenarnya juga mempunyai keistimewaan seperti pelajar lain, tetapi mereka sering dianggap lemah, mundur atau lembam. Pelajar ini sebenarnya perlu diberi perhatian dan galakkan supaya dapat memberi sumbangan kepada negara sebagaimana pelajar normal yang lain. Pendidikan Khas boleh dibahagikan kepada tiga peringkat perkembangan yang telah berlaku di Malaysia. Peringkat perkembangan ini adalah berdasarkan peranan dan

(27)

27

tanggungjawab yang dijalankan oleh pihak-pihak yang tertentu iaitu, peranan kerajaan sebagai tunggak utama, badan-badan sukarela yang prihatin sama ada dari dalam dan luar negara. Peringkat tersebut adalah seperti berikut:

1) Peringkat pertama ( Tahun 1947)

Pada peringkat ini peranan utama dijalankan oleh pertubuhan ibu bapa, pertubuhan etnik dan pertubuhan sukarela dari dalam dan luar negara. Pada peringkat ini timbul kesedaran mengenai kanak-kanak istimewa ini dan pelbagai pihak memberikan sumbangan untuk membantu mereka. Kesedaran mengenai kanak-kanak istimewa ini sangat penting dalam sejarah Pendidikan Khas.

2) Peringkat kedua (1948-1980)

Pada tahun 1948, kerajaan telah menubuhkan beberapa sekolah khas seperti Sekolah Rendah Princess Elizabeth di Johor Bahru dan Sekolah Kanak-kanak Pekak Persekutuan di Pulau Pinang (1954). Penubuhan sekolah-sekolah ini menunjukkan keperihatinan kerajaan untuk memberi pendidikan kepada kanak-kanak istimewa ini. Seterusnya Kementerian Pendidikan telah melipatkgandakan usaha mempertingkatkan lagi mutu pelajaran Pendidikan Khas. Pada tahun 1960an, Kementerian mula mewujudkan kursus untuk guru-guru di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras. Maktab ini telah menganjurkan kursus cacat penglihatan (1962) dan kursus cacat pendengaran (1963).

(28)

28

Pihak kerajaan adalah tunggak utama dimana kerajaan telah memberikan kemudahan fizikal seperti sekolah, khidmat sokongan (pekerja), sumber kewangan yang mencukupi dan khidmat kepakaran yang disalurkan terus kepada Pendidikan Khas. Kerajaan telah membina sekolah khas seperti Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang (1969) yang menawarkan mata pelajaran Vokasional (MPV) manakala Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam (1987) menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia. Program Pendidikan Khas Integrasi bagi pelajar yang menghadapi masalah pendengaran pula terdapat di Sekolah Menengah Teknik (SMT) di seluruh Malaysia seperti SMT Azizah, Johor Bahru, SMT Langkawi, Kedah, SMT Batu Pahat, Johor, SMT Bagan Serai, Perak, SMT Tanah Merah Kelantan dan SMT Keningau Sabah.

2.2 Murid –murid Bermasalah Pembelajaran

Kanak-kanak bermasalah pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dandisahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang menganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh diketegorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan-kebolehan seperti kebolehan kognitif, tingkahlaku sosial perkembangan ,penguasaan bahasa lisan/pertuturan, penguasaan membaca, kemahiran perkembangan (developmental skills) dan kemahiran matematik

2.2.1 Pendekatan pendidikan murid-murid Bermasalah Pendidikan

Berdasarkan Akta Pendidikan 1996 Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, Jilid 41, No 26, Tambahan No. 94, Perundangan (A) yang berkuatkuasa pada 1 Januari 1998 di bahagian II menyatakan “ Dalam melaksanakan kurikulum pendidikan, guru-guru boleh

(29)

29

mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran, masa bagi aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan Pendidikan Khas”.

Kanak-kanak istimewa yang memerlukan Pendidikan Khas boleh dibahagikan kepada 7 kategori iaitu :

1) Kanak-kanak cerdas-pintar dan berbakat istimewa 2) Kanak-kanak cacat fizikal (Psikomotor atau neurosisi) 3) Kanak-kanak cacat penglihatan

4) Kanak-kanak cacat pendengaran dan masalah komunikasi 5) Kanak-kanak kecelaruan tingkah laku (Behavioural disorders) 6) Kanak-kanak bermasalah pembelajaran (Learning disabilities) 7) Kanak-kanak kerencatan akal (Mentally retarded)

Kanak-kanak istimewa ini sebagaimana kanak-kanak lain akan menjalani persekolahan bermula dengan Prasekolah, Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Kanak-kanak ini boleh memasuki prasekolah melalui Program Prasekolah di Sekolah Pendidikan Khas. Mereka mestilah berumur 6 tahun hingga 14 tahun. Mereka mestilah disahkan oleh pengamal perubatan sebagai kanak-kanak istimewa. Kanak-kanak tersebut juga boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.

Apabila tamat prasekolah, kanak-kanak Pendidikan Khas boleh memasuki sekolah rendah mengikuti aliran akademik. Syarat yang sama seperti prasekolah perlu diikuti iaitu, berumur 6 hingga 14 tahun, disahkan oleh pengamal perubatan dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain. Kementerian telah menyediakan pelbagai kemudahan termasuklah asrama dan makan minum secara percuma. Murid yang

(30)

30

mengikuti Program Khas Integrasi boleh mengikuti kurikulum kebangsaan atau kurikulum alternatif.

Setelah tamat pelajaran peringkat sekolah rendah, pelajar Pendidikan Khas boleh memasuki pelajaran peringkat menengah. Syarat yang dikenakan iaitu berumur 13 hingga 19 tahun, disahkan oleh pengamal perubatan dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain. Kementerian telah menyediakan 2 jenis aliran pelajaran peringkat sekolah menengah iaitu aliran akademik dan vokasional. Aliran akademik boleh diikuti di sekolah menengah akademik biasa dan vokasional di sekolah menengah teknik yang terlibat. Tempoh pengajian pelajar Pendidikan Khas berbeza dengan pelajar normal yang lain. Pengajian peringkat sekolah rendah adalah enam tahun. Manakala peringkat menengah pula adalah lima tahun. Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga 2 tahun maksimum di mana-mana peringkat sama ada sekolah rendah atau menengah mengikut keperluan pelajar berkenaan. Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1986 mengeluarkan Falsafah Pendidikan Khas iaitu “ Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara”.

2.2.2 Masalah dalam pendekatan pendidikan bagi murid-murid Disleksia

Dalam bidang pendidikan khas, perkara pertama yang biasanya dilaksanakan apabila seseorang murid disyaki mempunyai sesuatu ketidakupayaan atau masalah adalah untuk menjalankan penilaian bagi mengenal pasti ketidakupayaan atau masalah tersebut

(31)

31

(Pierangelo & Giuliani, 1998). Mengikut Rumrill dan Cook (2001), proses mengenal pasti murid-murid pendidikan khas seharusnya menggunakan ujian yang memenuhi kriteria psikometri kebolehpercayaan dan kesahan sebelum digunakan untuk mengenal pasti murid-murid berkeperluan khas. Justeru itu, perkara pertama yang seharusnya dilakukan untuk menangani masalah disleksia di Malaysia adalah dengan membina dan mengesahkan ujian-ujian yang relevan bagi mengenal pasti murid-murid disleksia dalam Bahasa Malaysia. Secara umumnya, kanak-kanak disleksia merujuk kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah membaca yang tidak boleh diterangkan oleh faktor-faktor kecerdasan intelek yang rendah, ketidakupayaan deria, masalah emosi, kekurangan peluang pendidikan ataupun kekurangan dalam latar belakang sosioekonomi (Snowling, 2000; Lee, 2004; Lee, 2008).

Kementerian Pendidikan Malaysia mencirikan murid-murid disleksia sebagai murid yang mempunyai kecerdasan mental yang searas atau melebihi murid-murid biasa tetapi menghadapi kesukaran yang tinggi dalam menguasai kemahiran mengeja, membaca dan menulis (Haniz, 2003). The British Psychological Society (BPS) mendefinisikan disleksia sebagai masalah dalam membaca dan/atau mengeja dengan tepat dan lancar (BPS, 1999). Definisi ini menunjukkan bahawa kriteria yang paling utama untuk mengenal pasti disleksia adalah kriteria masalah dalam membaca dan/atau mengeja. Manakala itu,mengikut kajian oleh Lee(2004, 2006), murid-murid disleksia yang membaca dalam BM memang mempunyai kesukaran yang tinggi untuk membaca dan mengeja perkataan. Sebagai contoh, terdapat murid disleksia yang keliru dengan bentuk perkataan dan membaca ''dia'' sebagai ''dan'' (Lee, 2004). Murid disleksia juga didapati akan selalu salah mengeja perkataan (Lee, 2004; 2005). Oleh sebab itu, salah

(32)

32

satu perkara pertama yang perlu dilaksanakan untuk mengenal pasti disleksia dalam BM adalah dengan membina dan menentukan kesahan ujian untuk mengenal pasti masalah membaca dan mengeja.

Mengikut Yahya (2003), membaca adalah aktiviti yang penting dalam kehidupan manusia dan kemahiran ini merupakan asas pembentukan diri ke arah mendapatkan ilmu pengetahuan. Proses membaca yang kompleks ini bergantung kepada komponen membaca perkataan tunggal dan komponen pemahaman (Catts, Adlof & Weismer, 2006). Mengikut Pressley (2002), masalah paling utama yang dihadapi oleh seseorang yang sedang mula membaca adalah masalah dalam komponen membaca perkataan secara tunggal. Kemahiran mengeja perkataan berkait rapat dengan kemahiran membaca perkataan. Hasil kajian yang lepas telah menunjukkan bahawa proses kognitif yang mendasari kedua-dua kemahiran membaca perkataan dan kemahiran mengeja adalah hampir sama (Fitzgerald & Stanahan, 2000). Oleh sebab perkaitan yang rapat antara kemahiran membaca perkataan tunggal dan kemahiran mengeja, maka adalah tidak hairan bahawa murid-murid disleksia menunjukkan masalah dalam kedua-dua kemahiran ini.

Kanak-kanak disleksia sering ditemui mempunyai masalah dalam bacaan dan akibatnya akan ditempatkan bagi mengikuti pendidikan di Kelas Pemulihan Khas atau Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.Disleksia ialah kesukaran atau ketidakupayaan menguasai kemahiran membaca oleh seseorang individu walaupun telah menerima pendidikan yang mencukupi (Mercer 1997 & Smith 1999). Pada masa ini kanak-kanak disleksia tidak mendapat perhatian yang khusus dalam pendidikan normal dan perdidikan khas. Musa (2001) menyatakan kanak-kanak disleksia kerap kali

(33)

33

ditempatkan bersama kanak-kanak di kelas Pemulihan Khas. Anuar (2001) menyatakan bahawa kanak-kanak disleksia juga ditempatkan dalam Kelas Bermasalah Pembelajaran. Dalam proses mengenalpasti mengenalpasti kanak-kanak bersimpton disleksia, terdapat dua kaedah yang boleh dicadangkan (KPM 2000) iaitu secara ujian dan secara senarai semak; kaedah senarai semak bertujuan untuk mendapatkan butiran kelemahan murid jika tahap pencapaian murid ketinggalan sebanyak dua tahun di belakang pencapaian rakan sebaya (Hammond & Hughes 1999). Bagi kaedah ujian seperti Ujian Kecerdasan (IQ), Ujian Bacaan, Ujian Saringan yang mengandungi soalan-soalan pendek berkaitan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid dan Ujian Komprehensif yang mengandungi aktiviti bacaan, ejaan, lukisan, matematik dan kecerdasan, penglibatan, literaliti, urutan dan yang berkaitan. Selain itu, Rosana (1998) menyatakan bahawa kanak-kanak disleksia dapat dikesan melalui 8 ciri iaitu:- kosa kata tulisan tidak seimbang dengan kosa kata lisan, lambat dalam tindakan berlisan, lemah dalam menyusun isi barangan, tahu pada sesuatu ketika dan lupa pada hari berikutnya, kurang kemahiran mengeja pada tahap yang sepatutnya, faham bahan pengajaean dalam kelas tetapi merosot dalam ujina, tidak tepat dalam bacaan dan tidak terancang. Namun begitu Disleksia bukanlah satu kecacatan dan tiada kaitan dengan tahap kecerdikan atau IQ seseorang (Sofiah 2000). Disleksia tidak boleh disembuhkan tetapi boleh dirawat (BOLD 2000). Hasil Kajian pakar perubatan mendapati dari segi fizikal, kanak-kanak disleksia adalah aktif (Zabidi 2000). Ini adalah kerana hanya pendidikan yang sistematik dan berkesan berdasarkan pengenalpastian kawasan kelemahan yang perlu diberi perhatian akan dapat meminimumkan permasalahan dan kekeliruan para disleksia. Coralie (2000) menyatakan lazimnya kanak-kanak disleksia diajar seperti kanak-kanak biasa. Apabila

(34)

34

mereka tidak dapat mengikut rentak akan dicap sebagai negatif. Beliau turut menyuarakan agar guru memastikan tulisan mereka terang dan jelas. Proses mengenalpasti dan merancang keperluan pembelajaran kanak-kanak disleksia ini sangat penting. Rosana (1998) menyatakan pelajar disleksia secara keseluruhannya lemah dalam pembelajaran. Mereka biasanya kehilangan asas dan merosot dalam ujian tidak terancang dalam membuat sesuatu, cepat lupa dan tidak tepat serta lambat dalam berlisan. Irwin (2000) turut bersetuju bahawa individu yang menghadapi masalah disleksia memerlukan satu program khusus untuk belajar membaca, menulis dan mengeja. Program pengajaran biasa tidak selalunya efektif untuk pelajar-pelajar ini. Beliau mencadangkan alternative pengajaran yang perlu dititikberatkan oleh guru, melibatkan penggunaan pelbagai deria dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ke atas kanak-kanak disleksia di peringkat sekolah rendah sangat kurang

2.3 Disleksia

Secara umumnya, Disleksia ialah merupakan kepayahan memahami perkataan. Kepayahan dalam melihat perkataan, mendengar sebutan perkataan, menyebut perkataan dan sebagainya.ia juga disebut kesukaran dalam mentafsir fonologi yang bermaksud kesukaran dalam menggambarkan dan menghubungkaitkan perkataan dalam ingatan untuk mengingati perkataan itu.Biasanya penyakit ini telah sedia ada dalam gen keluarga kanak-kanak tersebut. Ini telah dibuktikan oleh Hallgren (1970) yang membuat kajian ke atas 12 pasangan kembar monozygote dan mendapati kesemua keluarga 12 kes tersebut menghadapi masalah dalam bacaan dan ejaan semasa zaman kanak-kanak. Kajian dapati gejala ini banyak menyerang kanak-kanak lelaki daripada kanak-kanak perempuan

(35)

35

dengan kadar 3:1/2:1. Ini disebabnya oleh orang lelaki lebih banyak tanggungjawab berbanding orang perempuan.Disleksia berlaku secara perkembangan atau pembinaan iaitu berkembang sedikit demi sedikit. Bahagian-bahagian tertentu dalam otak tidak berapa matang atau dengan kata lain perkatan pertumbuhannya tidak seimbang lalu menyebabkan bahagian otak yang mengawal bacaan dan ejaan tidak dapat lagi berfungsi dengan sepenuhnya.

2.3.1 Ciri-ciri disleksia dalam kalangan Murid-murid bermasalah Pembelajaran Disleksia bukanlah suatu konsep yang mudah untuk dijelaskan di mana kebanyakkan penyelidik bersetuju bahwa disleksia bolehlah diterangkan sebagai keadaan seseorang yang mengalami masalah membaca, menulis dan mengira yang agak serius. Masalah ini kebiasannya berkait rapat dengan gangguan urat saraf. Kanak-kanak disleksia pada umumnya adalah kanak-kanak normal tetapi mempunyai masalah yang berpunca dari kecelaruan pada bahagian otaknya.Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan untuk menyelidik tahap kebolehpercayaan pelajar prasekolah IPDA. Maklumat mengenai tahap kebolehpercayaan pelajar-pelajar prasekolah ini dianggap penting bagi mengetahui sejauh manakah kebolehan mereka dalam proses pembelajaran. Di samping itu, kita juga boleh mengenal pasti strategi-strategi pengajaran yang lebih efektif dalam usaha untuk memperbaiki prestasi akademik di kalangan pelajar-pelajar ini.

Menurut Mercer (1991), disleksia ialah ketidakupayaan yang teruk dalam membaca, melibatkan kesukaran dalam kefahaman dan perhubungan antara bunyi-bunyi huruf. Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia pula, disleksia adalah masalah murid yang mempunyai kecerdasan mental yang searas atau melebihi murid biasa tetapi

(36)

36

menghadapi kesukaran yang tinggi dalam menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengeja.Selain masalah membaca dan mengeja, terdapat juga masalah sampingan yang lain turut menyumbang kepada kesukaran dalam pembelajaran seseorang individu. Antaranya ialah Disgrafia (Dysgraphia) yang melibatkan kesukaran menulis , Discalculia(Dyscalulia) yang melibatkan kesukaran dalam pengajaran matematik dan masalah bahasa yang yang melibatkan kesukaran mendengar dan bertutur. Masalah sampingan ini selalunya bertindihan antara satu sama lain dan sukar untuk dikesan.Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku. Kanak-kanak disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh. Mereka juga mempunyai keupayaan intelek yang normal dan telah mendapat ransangan dan pembelajaran yang mencukupi. Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi. Mereka mungkin mengalami kesukaran membaca, menulis, memahami, mengeja dan mengira. Dianggarkan 4 – 8 % pelajar sekolah yang bermasalah disleksia dan kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah disleksia berbanding perempuan.Antara ciri-ciri disleksia yang dapat dikenalpasti di peringkat pra sekolah berkemungkinannya adalah lambat bertutur, mengalami kesukaran sebutan atau rima, sukar menulis nama sendiri, sukar mengenal bentuk bentuk atau warna dan sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya.Masalah yang berkaitan dengan murid disleksia ini berkaitan dengan kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (bacaan terbalik), tidak dapat membezakan nombor 15 dengan 51 ,perkataan “was” menjadi“saw”, huruf “b” menjadi “d”. Mereka juga mengalami kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan yang diberikan. Jika tidak dikenalpasti dan dibantu di peringkat awal boleh menyebabkan

(37)

37

gangguan emosi (kemurungan), masalah tingkah laku (melawan, kecelaruan tingkah laku) dan rendah pencapaian akademik (menyebabkan keciciran sekolah).

Drake (1989) menyatakan bahawa masalah disleksia dirujuk kepada beberapa ciri, antaranya: kesukaran belajar berbahasa, ketidakseimbangan dan kebolehanintelektual, tidak lancar membaca sesuatu bahan bercetak, tidak dapat menulis dengan lancar dan tepat (kesukaran meniru tulisan dari papan hitam atau buku), mata menjadi penat setelah beberapa minit menumpu pada tulisan, dan tumpuan yang terhad (pendengaran dan pengamatan visual). Murid yang lemah dalam pembelajaran seperti mengalami disleksia perkembangan ialah kanak yang membaca kurang baik berbanding dengan kanak-kanak yang lebih muda darinya kerapkali ditempatkan ke dalam kelas pemulihan khas. Kelas pemulihan khas diwujudkan bagi mengatasi kegagalan menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.

Kanak-kanak disleksia sering ditemui mempunyai masalah dalam bacaan dan akibatnya akan ditempatkan bagi mengikuti pendidikan di Kelas Pemulihan Khas atau Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Disleksia ialah kesukaran atau ketidakupayaan menguasai kemahiran membaca oleh seseorang individu walaupun telah menerima pendidikan yang mencukupi (Mercer 1997 & Smith 1999). Pada masa ini kanak-kanak disleksia tidak mendapat perhatian yang khusus dalam pendidikan normal dan perdidikan khas. Musa (2001) menyatakan kanakkanak disleksia kerap kali ditempatkan bersama kanak-kanak di kelas Pemulihan Khas. Anuar (2001) menyatakan bahawa kanak-kanak disleksia juga ditempatkan dalam Kelas Bermasalah Pembelajaran. Dalam proses mengenalpasti mengenalpasti kanak-kanak bersimpton disleksia, terdapat dua kaedah yang boleh dicadangkan (KPM 2000) iaitu secara ujian dan secara senarai

(38)

38

semak; kaedah senarai semak bertujuan untuk mendapatkan butiran kelemahan murid jika tahap pencapaian murid ketinggalan sebanyak dua tahun di belakang pencapaian rakan sebaya (Hammond & Hughes 1999).

Bagi kaedah ujian seperti Ujian Kecerdasan (IQ), Ujian Bacaan, Ujian Saringan yang mengandungi soalan-soalan pendek berkaitan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid dan Ujian Komprehensif yang mengandungi aktiviti bacaan, ejaan, lukisan, matematik dan kecerdasan, penglibatan, literaliti, urutan dan yang berkaitan. Selain itu, Rosana (1998) menyatakan bahawa kanak-kanak disleksia dapat dikesan melalui 8 ciri iaitu:- kosa kata tulisan tidak seimbang dengan kosa kata lisan, lambat dalam tindakan berlisan, lemah dalam menyusun isi barangan, tahu pada sesuatu ketika dan lupa pada hari berikutnya, kurang kemahiran mengeja pada tahap yang sepatutnya, faham bahan pengajaean dalam kelas tetapi merosot dalam ujina, tidak tepat dalam bacaan dan tidak terancang. Namun begitu Disleksia bukanlah satu kecacatan dan tiada kaitan dengan tahap kecerdikan atau IQ seseorang (Sofiah 2000). Disleksia tidak boleh disembuhkan tetapi boleh dirawat (BOLD 2000). Hasil Kajian pakar perubatan mendapati dari segi fizikal, kanak-kanak disleksia adalah aktif (Zabidi 2000). Ini adalah kerana hanya pendidikan yang sistematik dan berkesan berdasarkan pengenalpastian kawasan kelemahan yang perlu diberi perhatian akan dapat meminimumkan permasalahan dan kekeliruan para disleksia.

Coralie (2000) menyatakan lazimnya kanak disleksia diajar seperti kanak-kanak biasa. Apabila mereka tidak dapat mengikut rentak akan dicap sebagai negatif. Beliau turut menyuarakan agar guru memastikan tulisan mereka terang dan jelas. Proses mengenalpasti dan merancang keperluan pembelajaran kanak-kanak disleksia ini sangat

(39)

39

penting. Rosana (1998) menyatakan pelajar disleksia secara keseluruhannya lemah dalam pembelajaran. Mereka biasanya kehilangan asas dan merosot dalam ujian tidak terancang dalam membuat sesuatu, cepat lupa dan tidak tepat serta lambat dalam berlisan. Irwin (2000) turut bersetuju bahawa individu yang menghadapi masalah disleksia memerlukan satu program khusus untuk belajar membaca, menulis dan mengeja. Program pengajaran biasa tidak selalunya efektif untuk pelajar-pelajar ini. Beliau mencadangkan alternative pengajaran yang perlu dititikberatkan oleh guru, melibatkan penggunaan pelbagai deria dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ke atas kanak-kanak disleksia di peringkat rendah sangat kurang dijalankan di Malaysia. Kajian-kajian sebegini adalah perlu diteruskan terutama untuk mengenalpasti tahap atau peratusan bilangan kanak-kanak yang mempunyai simptom disleksia di peringkat prasekolah.

Pengesanan symptom juga sepatutnya dilakukan secara menyeluruh ke atas keupayaan kanak-kanak melibatkan semua deria utama dan pergerakan walaupun disleksia sering kali menjuruskan perhatian kita kepada kecelaruan kanak-kanak dalam pembacaan ke atas tulisan bercetak. Melalui pengesanan awal ini akan membina kesediaan penagjaran yang lebih terancang dan berkesan di tahap awal pendidikan oleh guru-guru yang terlibat secara langsung dengan mereka. Impak dari keberkesanan pengajaran dan pembelajaran tersebut akan meminimakan masalah di kalangan kanak-kanak bersimptom disleksia.

2.3.2 Punca-punca disleksia

Mengikut Mercer (1997), Hammond dan Hughes (1996) dan Spaafford dan Grosser (1996), antara punca-punya terjadinya disleksia ialah melibatkan tiga faktor iaitu

(40)

40

keturunan atau genetik, biologi dan kematangan. Antaranya ialah dalam kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah tahap keterukkannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia disebabkan oleh kromosom 15,1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun temurun. Dalam aspek biologinya pula,pada kebiasaannya, sejarah kanak-kanak disleksia semasa dilahirkan adalah tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan kepada perkembangan mereka. Sebahagian daripada kerosakan otak akan menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan kerosakan ini adalah minimum.Dari aspek kematangan pula,Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangan pada bahagian tertentu dalam sistem saraf mereka. Pada kebiasaannya kanak-kanak lelaki lambat matang berbanding kanak-kanak perempuan. Kelewatan kematangan pada kanak-kanak ini merupakan salah satu kemungkinan punca terjadinya disleksia.Menurut Rourke (1991), kanak-kanak yang mengalami disleksia mempunyai pelbagai defisit atau kekurangan yang disebabkan oleh kurang fungsian (dysfunction) otak. Bukan bermakna kanak-kanak itu mengalami kecederaan atau kerosakan di bahagian otak tetapi otak kanak-kanak disleksia beroperasi secara berbeza berbanding kanak-kanak normal yang lain.Menurut Galaburda dan Tallal (1991), sistem pemprosesan auditori dan visual pada otak individu yang mengalami disleksia selalunya lebih kecil sebanyak 27 % berbanding dengan individu normal.

Referensi

Dokumen terkait