• Tidak ada hasil yang ditemukan

Masalah dalam pendekatan pendidikan bagi murid-murid Disleksia

TINJAUAN LITERATUR

2.2 Murid –murid Bermasalah Pembelajaran

2.2.2 Masalah dalam pendekatan pendidikan bagi murid-murid Disleksia

Dalam bidang pendidikan khas, perkara pertama yang biasanya dilaksanakan apabila seseorang murid disyaki mempunyai sesuatu ketidakupayaan atau masalah adalah untuk menjalankan penilaian bagi mengenal pasti ketidakupayaan atau masalah tersebut

31

(Pierangelo & Giuliani, 1998). Mengikut Rumrill dan Cook (2001), proses mengenal pasti murid-murid pendidikan khas seharusnya menggunakan ujian yang memenuhi kriteria psikometri kebolehpercayaan dan kesahan sebelum digunakan untuk mengenal pasti murid-murid berkeperluan khas. Justeru itu, perkara pertama yang seharusnya dilakukan untuk menangani masalah disleksia di Malaysia adalah dengan membina dan mengesahkan ujian-ujian yang relevan bagi mengenal pasti murid-murid disleksia dalam Bahasa Malaysia. Secara umumnya, kanak-kanak disleksia merujuk kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah membaca yang tidak boleh diterangkan oleh faktor-faktor kecerdasan intelek yang rendah, ketidakupayaan deria, masalah emosi, kekurangan peluang pendidikan ataupun kekurangan dalam latar belakang sosioekonomi (Snowling, 2000; Lee, 2004; Lee, 2008).

Kementerian Pendidikan Malaysia mencirikan murid-murid disleksia sebagai murid yang mempunyai kecerdasan mental yang searas atau melebihi murid-murid biasa tetapi menghadapi kesukaran yang tinggi dalam menguasai kemahiran mengeja, membaca dan menulis (Haniz, 2003). The British Psychological Society (BPS) mendefinisikan disleksia sebagai masalah dalam membaca dan/atau mengeja dengan tepat dan lancar (BPS, 1999). Definisi ini menunjukkan bahawa kriteria yang paling utama untuk mengenal pasti disleksia adalah kriteria masalah dalam membaca dan/atau mengeja. Manakala itu,mengikut kajian oleh Lee(2004, 2006), murid-murid disleksia yang membaca dalam BM memang mempunyai kesukaran yang tinggi untuk membaca dan mengeja perkataan. Sebagai contoh, terdapat murid disleksia yang keliru dengan bentuk perkataan dan membaca ''dia'' sebagai ''dan'' (Lee, 2004). Murid disleksia juga didapati akan selalu salah mengeja perkataan (Lee, 2004; 2005). Oleh sebab itu, salah

32

satu perkara pertama yang perlu dilaksanakan untuk mengenal pasti disleksia dalam BM adalah dengan membina dan menentukan kesahan ujian untuk mengenal pasti masalah membaca dan mengeja.

Mengikut Yahya (2003), membaca adalah aktiviti yang penting dalam kehidupan manusia dan kemahiran ini merupakan asas pembentukan diri ke arah mendapatkan ilmu pengetahuan. Proses membaca yang kompleks ini bergantung kepada komponen membaca perkataan tunggal dan komponen pemahaman (Catts, Adlof & Weismer, 2006). Mengikut Pressley (2002), masalah paling utama yang dihadapi oleh seseorang yang sedang mula membaca adalah masalah dalam komponen membaca perkataan secara tunggal. Kemahiran mengeja perkataan berkait rapat dengan kemahiran membaca perkataan. Hasil kajian yang lepas telah menunjukkan bahawa proses kognitif yang mendasari kedua-dua kemahiran membaca perkataan dan kemahiran mengeja adalah hampir sama (Fitzgerald & Stanahan, 2000). Oleh sebab perkaitan yang rapat antara kemahiran membaca perkataan tunggal dan kemahiran mengeja, maka adalah tidak hairan bahawa murid-murid disleksia menunjukkan masalah dalam kedua-dua kemahiran ini.

Kanak-kanak disleksia sering ditemui mempunyai masalah dalam bacaan dan akibatnya akan ditempatkan bagi mengikuti pendidikan di Kelas Pemulihan Khas atau Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.Disleksia ialah kesukaran atau ketidakupayaan menguasai kemahiran membaca oleh seseorang individu walaupun telah menerima pendidikan yang mencukupi (Mercer 1997 & Smith 1999). Pada masa ini kanak-kanak disleksia tidak mendapat perhatian yang khusus dalam pendidikan normal dan perdidikan khas. Musa (2001) menyatakan kanak-kanak disleksia kerap kali

33

ditempatkan bersama kanak-kanak di kelas Pemulihan Khas. Anuar (2001) menyatakan bahawa kanak-kanak disleksia juga ditempatkan dalam Kelas Bermasalah Pembelajaran. Dalam proses mengenalpasti mengenalpasti kanak-kanak bersimpton disleksia, terdapat dua kaedah yang boleh dicadangkan (KPM 2000) iaitu secara ujian dan secara senarai semak; kaedah senarai semak bertujuan untuk mendapatkan butiran kelemahan murid jika tahap pencapaian murid ketinggalan sebanyak dua tahun di belakang pencapaian rakan sebaya (Hammond & Hughes 1999). Bagi kaedah ujian seperti Ujian Kecerdasan (IQ), Ujian Bacaan, Ujian Saringan yang mengandungi soalan-soalan pendek berkaitan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid dan Ujian Komprehensif yang mengandungi aktiviti bacaan, ejaan, lukisan, matematik dan kecerdasan, penglibatan, literaliti, urutan dan yang berkaitan. Selain itu, Rosana (1998) menyatakan bahawa kanak-kanak disleksia dapat dikesan melalui 8 ciri iaitu:- kosa kata tulisan tidak seimbang dengan kosa kata lisan, lambat dalam tindakan berlisan, lemah dalam menyusun isi barangan, tahu pada sesuatu ketika dan lupa pada hari berikutnya, kurang kemahiran mengeja pada tahap yang sepatutnya, faham bahan pengajaean dalam kelas tetapi merosot dalam ujina, tidak tepat dalam bacaan dan tidak terancang. Namun begitu Disleksia bukanlah satu kecacatan dan tiada kaitan dengan tahap kecerdikan atau IQ seseorang (Sofiah 2000). Disleksia tidak boleh disembuhkan tetapi boleh dirawat (BOLD 2000). Hasil Kajian pakar perubatan mendapati dari segi fizikal, kanak-kanak disleksia adalah aktif (Zabidi 2000). Ini adalah kerana hanya pendidikan yang sistematik dan berkesan berdasarkan pengenalpastian kawasan kelemahan yang perlu diberi perhatian akan dapat meminimumkan permasalahan dan kekeliruan para disleksia. Coralie (2000) menyatakan lazimnya kanak-kanak disleksia diajar seperti kanak-kanak biasa. Apabila

34

mereka tidak dapat mengikut rentak akan dicap sebagai negatif. Beliau turut menyuarakan agar guru memastikan tulisan mereka terang dan jelas. Proses mengenalpasti dan merancang keperluan pembelajaran kanak-kanak disleksia ini sangat penting. Rosana (1998) menyatakan pelajar disleksia secara keseluruhannya lemah dalam pembelajaran. Mereka biasanya kehilangan asas dan merosot dalam ujian tidak terancang dalam membuat sesuatu, cepat lupa dan tidak tepat serta lambat dalam berlisan. Irwin (2000) turut bersetuju bahawa individu yang menghadapi masalah disleksia memerlukan satu program khusus untuk belajar membaca, menulis dan mengeja. Program pengajaran biasa tidak selalunya efektif untuk pelajar-pelajar ini. Beliau mencadangkan alternative pengajaran yang perlu dititikberatkan oleh guru, melibatkan penggunaan pelbagai deria dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ke atas kanak-kanak disleksia di peringkat sekolah rendah sangat kurang

2.3 Disleksia

Secara umumnya, Disleksia ialah merupakan kepayahan memahami perkataan. Kepayahan dalam melihat perkataan, mendengar sebutan perkataan, menyebut perkataan dan sebagainya.ia juga disebut kesukaran dalam mentafsir fonologi yang bermaksud kesukaran dalam menggambarkan dan menghubungkaitkan perkataan dalam ingatan untuk mengingati perkataan itu.Biasanya penyakit ini telah sedia ada dalam gen keluarga kanak-kanak tersebut. Ini telah dibuktikan oleh Hallgren (1970) yang membuat kajian ke atas 12 pasangan kembar monozygote dan mendapati kesemua keluarga 12 kes tersebut menghadapi masalah dalam bacaan dan ejaan semasa zaman kanak-kanak. Kajian dapati gejala ini banyak menyerang kanak-kanak lelaki daripada kanak-kanak perempuan

35

dengan kadar 3:1/2:1. Ini disebabnya oleh orang lelaki lebih banyak tanggungjawab berbanding orang perempuan.Disleksia berlaku secara perkembangan atau pembinaan iaitu berkembang sedikit demi sedikit. Bahagian-bahagian tertentu dalam otak tidak berapa matang atau dengan kata lain perkatan pertumbuhannya tidak seimbang lalu menyebabkan bahagian otak yang mengawal bacaan dan ejaan tidak dapat lagi berfungsi dengan sepenuhnya.

2.3.1 Ciri-ciri disleksia dalam kalangan Murid-murid bermasalah Pembelajaran