• Tidak ada hasil yang ditemukan

Analisis data kualitatif

METODOLOGI KAJIAN

3.11 Analisis data kualitatif

Mempersiapkan data untuk dianalisis dalam analisis kualitatif amat berbeza dengan persiapan analisis data kuantitatif. Perbezaan tersebut terletak pada fungsi analisis tersebut. Fungsi analisis dalam penelitian kualitatif ialah untuk mengkaji fenomena dan sekaligus menganalisis fenomena untuk mengkonstruk teori pemuannya. Sedangkan analisis dalam penelitian kuantitatif ialah untuk menguji teori (M. Kasiram, 2006: 286).Sebelum mula membuat analisis, pengkaji telah mengumpulkan data yang terkait dengan masalah yang ada pada sasaran penelitian. Ini kerana supaya tidak terdorong untuk mengumpulkan segala data yang di temui, maka data yang dikumpulkan ini, perlu dianalisis adakah relevan atau tidak dengan masalah kajian dan fokus penelitiannya. Data

56

yang kurang relevan sudah mulai disingkirkan semasa kajian dibuat. Semasa kajian ini dibuat, pengkaji juga menggunakan kaedah pemerhatian dan penelitian terhadap aspek penulisan murid-murid Disleksia. Gaya penulisan mereka telah dikodkan kepada lima jenis iaitu tertinggal perkataan, menambah perkataan, mereka perkataan baru,terbalikkan perkataan dan tulisan tidak kemas. Melalui kod yang di wujudkan ini, pengkaji telah menyusun dan persembahkan dalam bentuk jadual

3.11 Rumusan

Ringkasan Kajian ini akan menggunakan rekabentuk kajian kuantitatif dan kualitatif kerana jumlah peratus murid Disleksia di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2) di Putrajaya, mengira nisbah peratus murid lelaki dan perempuan Disleksia dan gaya penulisan mereka melalui ujian yang telah diberikan. Kajian gabungan pula merupakan kajian yang menggabungkan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Data yang diperoleh juga menggunakan data kuantitatif dan data kualitatif.

Secara umum kaedah utama penyelidikan untuk mendapatkan data terbahagi kepada dua, iaitu dengan menggunakan pendekatan kuantitatif dan pendekatan kualitatif. Kita boleh memilih salah satu pendekatan ataupun menggabungkan kedua-duanya. Dihubungkan dengan teori-teori sosiologi, teori yang berbentuk makro dan global selalu akan menggunakan pendekatan kuantitatif sementara yang berbentuk mikro kebiasaannya menggunakan pendekatan kualitatif. Terdapat perbezaan antara penyelidikan kuantitatif dan penyelidikan kualitatif . Pendekatan kuantitatif mengutamakan „kuantiti ataupun angka. Penyelidikan kuantitatif melibatkan angka-angka, data-data numerikal atau statistik. Statistik melibatkan pengiraan-pengiraan seperti min, median, mod, peratusan,

57

sisihan piawai, skor-Z, skor-T, varian, dan sebagainya. Pendekatan kuantitatif dikatakan lebih berstruktur , mempunyai darjah kekaburan yang minima, makna yang jelas, bercorak linear, mempunyai penjadualan yang jelas, dan menumpukan kepada hasil. Dari segi skop kajian ia boleh melibatkan responden yang besar. Dalam kajian ini, pengkaji mengguanakan kaedah kuantitatif bagi mengira peratusan murid Disleksia dan mengira nisbah peratusan murid lelaki dan perempuan Disleksia di sekolah yang sama. Pendekatan kualitatif pula berasaskan „kualiti‟. Ianya bersifat deskriptif yang lebih kepada penghuraian makna perkara-perkara yang dikaji. Ia tidak mengutamakan data-data berbentuk numerikal. Ia kurang berstruktur, terbuka dan lebih menumpukan kepada proses. Skop kajiannya pula meliputi bilangan responden yang kecil .

Sungguhpun terdapat perbezaan-perbezaan kualitatif dan kuantitatif, kedua duanya merupakan kaedah penyelidikan yang empirikal. Semua penyelidikanempirikal mempunyai persamaan-persamaan asas seperti mempunyai matlamat, sistematik dalam prosedur, membuat perbandingan, membuat deskripsi, menguji hipotesis, membuat penjelasan sebab dan akibat dan membuat analisa kritikal. Kita boleh memilih salah satu daripada pendekatan terutamanya berdasarkan masalah dan keluasan skop kajian yang akan kita laksanakan.

Sekiranya kajian kita melibatkan jumlah responden yang besar misalannya melebihi empat puluh orang, pendekatan kuantitatif lebih sesuai. Sekiranya kita cuma memilih bilangan responden yang kecil, misalnya lima orang, maka pendekatan kualitatif dipilih. Dalam kajian sekularisasi, sekiranya kita ingin menyelidik seluruh komuniti sekolah, kita mungkin akan menggunakan kuantitatif kerana sampel yang besar diperlukan. Sekiranya kajian hanya melibatkan sebilangan kecil murid dalam sebuah bilik

58

darjah yang mempunyai tiga puluh orang murid, kita mungkin lebih sesuai memilih pendekatan kualitatif. Kita juga boleh menggunakan kedua-dua pendekatan kualitatif dan kuantitatif dalam satu kajian yang sama. Kita harus ingat bahawa isu utama yang menjadi asas kepada kaedah penyelidikan adalah permasalahan, bukan kaedah menentukan penyelidikan. Dengan kata lain setiap penyelidikan bermula dengan masalah, bukan metodologi. Setelah ada permasalahan barulah data-data dicari melalui metodologi-metodologi dan strategi pilihan. Strategi dan teknik merupakan cara-cara yang kita gunakan untuk mengumpul data-data atau maklumat dalam penyelidikan. Menurut Robson (1993) strategi merujuk kepada gaya atau orientasi umum untuk menyelesaikan masalah penyelidikan. Strategi yang dianggap tradisional ialah seperti eksperimen, tinjauan (survey) dan kajian kes. Tujuan kajian akan membantu menentukan strategi kajian. Teknik atau taktik pula merujuk kepada kaedah khusus dalam rekabentuk kajian. Contohnya seperti temubual, soal selidik, partisipasi, dan sebagainya. Setiap strategi dan teknik masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Penyelidikan boleh memilih strategi dan teknik tertentu ataupun menggabungkannya.

Apa yang penting ialah strategi dan teknik yang dipilih mempunyai ciri-ciri kredibiliti, keobjektifan, kebolehanpercayaan, keesahan dan kebolehan untuk generalisasi. Penyelidikan yang empirikal akan memilih strategi dan teknik yang sesuai dan betul dalam mengumpul data. Secara amnya terdapat dua kategori data iaitu data primer dan data sekunder. Data primer merupakan data-data yang diperolehi secara langsung daripada „kejadian‟ sosial sebenar. Antara teknik yang selalu digunakan untuk mendapatkan data primer adalah seperti soal selidik, temubual, dan partisipasi. Data sekunder pula merupakan maklumat-maklumat daripada bahan sedia ada dan boleh

59

diperolehi melalui rujukan perpustakaan. Ia melibatkan kajian-kajian teks, dokumen, kertas kerja, mikro filem, media massa, dan sebagainya. Dalam contoh mengkaji kesan sekularisasi, data-data yang diperolehi hasil temubual dengan murid tersebut sebagai data primer. Data-data yang kita perolehi melalui bacaan di perpustakaan pula dianggap sebagai data sekunder. Menginterpretasi data merupakan perkara penting yang menarik minat penyelidik. Penganalisaan perlu dilakukan dengan teliti. Data-data akan membuktikan atau menafikan hipotesis penyelidikan. Bagi penyelidikan kuantitatif, data-data perlu diproses dengan pengiraan yang berhati-hati supaya tidak berlaku kesalahan statistik. Sekarang penganalisaan data adalah lebih mudah dengan bantuan program komputer.

60 BAB 4