• Tidak ada hasil yang ditemukan

Teori Murid-murid Bermasalah Pembelajaran

TINJAUAN LITERATUR

2.4 Kajian-kajian lepas berkaitan disleksia dan Murid-murid Bermasalah Pembelajaran

2.5.1 Teori Murid-murid Bermasalah Pembelajaran

Pendidikan Khas bagi murid-murid bermasalah pembelajaran bererti program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-murid khas. Pengajaran dan pembelajaran program ini menggunakan teknik yang bersesuaian dengan murid-murid khas. Ini termasuk penggunaan sumber dan peralatan khas untuk membantu pembelajaran murid-murid khas. Program pendidikan khas bertujuan untuk mendidik dan membentuk murid melalui perkembangan mental, kestabilan emosi dan intergrasi sosial. Program ini dilaksanakan oleh guru-guru terlatih khas dan menggunakan kurikulum khas. Pendekatan pelbagai disiplin digunakan untuk mendapatkan khidmat sokongan mengikut keperluan murid-murid khas. Teori yang diguna pakai adalah fleksibel dan mudah laras selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

44 2.5.2 Teori Disleksia

(i) The Phonological Theory

Teori ini menerangkan mengenai kesukaran bagi penghidap disleksia untuk menghubungkan bunyi dan simbol dalam pembacaan dan ejaan. Teori ini secara tidak lansung menerangkan bahawa terdapat hubungan antara kelemahan dalam aspek kognitif dengan aktiviti pembacaan. Bukti untuk yang menyokong teori ini ialah yang mana penghidap disleksia mengalami kelemahan dalam ingatan jangka pendek dan kelemahan dalam menamakan sesuatu benda dan ini adalah perkara yang menjadi kebiasaan bagi yang menghadapi permasalahan dalam fonologi (Snowling, 2000, Ramus et al., 2003).

(ii) The Cerebellar Theory

Teori ini menerangkan yang mana penghidap disleksia mempunyai masalah dalam aspek untuk mengikuti sesuatu arahan, keseimbangan badan, kemahiran motor, kemahiran fonologi dan kepantasan memproses maklumat (Nicolson et al., 2001, Ramus et al., 2003, Fawcett, 2001). Permasalahan dalam aspek kemahiran motor adalah berkaitan dengan serebelum di bahagian otak. Ini kerana bahagian serebelum adalah berkaitan dengan kemahiran bahasa dan kognitif termasuklah dalam aspek pembacaan. Bukti untuk menyokong teori ini adalah kelemahan penghidap disleksia dalam aktiviti-aktiviti yang melibatkan kemahiran motor, masa penilaian dan keseimbangan (Fawcett et al., 1996, Fawcett & Nicolson, 1999).

45 (iii) The Magnocellular Theory

Berdasarkan sejarah, kecelaruan dalam visual dan auditori adalah sesuatu yang berasingan namun kemudiannya ia telah digabungkan menjadi satu (Stein & Walsh, 1997, Tallal et al., 1998). Teori ini lebih menekankan kepada permasalahan dalam aspek visual dan auditori bagi penghidap disleksia dan ia adalah penyumbang kepada masalah dalam aktiviti pembacaan. Ini bermakna, teori ini menafikan bahawa masalah fonologikal bukan penyebab dalam masalah pembacaan bagi penghidap disleksia. Selain itu, terdapat kajian yang menunjukkan bahawa terdapat perbezaan dari segi anatomi otak bagi penghidap disleksia dibahagian visual dan anatomi.

2.6 Rumusan

Kajian yang dijalankan oleh Rohaty Mohd Majzub dan Shafie Mohd. Nor. (2005) adalah mengenalpasti peratusan sampel yang berisiko mempunyai simptom disleksia, peratusan berdasarkan gender dan subkajian yang paling sukar dikuasai oleh sampel. Sampel seramai 40 orang dari dua kelas prasekolah di dua buah sekolah berbeza di Negeri Sembilan yang dipilih secara rawak. beliau mendapati 11 orang menunjukkan simptom berisiko disleksia, 6 orang sangat berisiko mempunyai simptom disleksia. Kanak-kanak lelaki lebih ramai berbanding kanak-kanak perempuan. Kegagalan melebihi 40 peratus bagi subujian menamakan abjad atau huruf, mengenalpasti rima atau sebutan huruf pertama dan membezakan bunyi.

Kajian “Satu Tinjauan ‘Prevalence’ Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran pada Tahap 1 Sekolah Rendah Mengikut Persepsi Guru” dijalankan oleh Khadijah Rohani Mohd. Yunus dan Zalizan Mohd. Jelas adalah meninjau kekerapan dan jenis masalah

46

pembelajaran yang dialami oleh murud-murid di tahap 1 sekolah rendah di tujuh kawasan yang telah dikenalpasti. Sejumlah murid seramai 20,850, seramai 2682 murid telah dikenalpasti oleh guru-guru mereka sebagai bermasalah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kekerapan berlakunya masalah pembelajaran di tahun satu dan dua hampir sama (35.3% dan 35.5%) manakala kekerapan pada tahun tiga menurun (29.3%). Kajian ini juga mendapati bahawa lebih ramai murid lelaki (62.7%) mengalami masalah daripada murid perempuan (37.3%). Dan aspek masalah yang paling tinggi adalah penggunaan bahasa (73.8%).

Kajian yang dijalankan oleh Prof. Dr. Burkhart Fischer pada tahun 1997 berkenaan dengan kanak-kanak yang berhadapan dengan risiko kegagalan dalam membaca. Kajian ini telah dijalankan ke atas kanak-kanak yang berumur antara lima hingga tujuh tahun. Seramai 826 sampel telah diambil dari kalangan kanak-kanak yang berumur antara empat hingga lapan tahun. Beberapa subujian telah dilakukan ke atas kanak-kanak ini. Ujian ini mengandungi empat subujian kesedaran fonologikal, iaitu subujian kadar pertuturan dan subujian pemahaman surat. Kajian ini telah menggunakan alat ujian Phonological Abilities Test (Muter et al., 1997). Kajian ini telah menggunakan teori fonologikal untuk menerangkan kajian yang telah dijalankan.

Kajian yang dijalankan oleh Tarnopol dan Tarnopol pada tahun 1981 adalah mengkaji kekerapan disleksia yang berlaku mengikut bahasa. Kajian ini dijalankan ke atas kanak-kanak dari 26 buah negara iaitu Venezuela, Jepun, dan China. Dapatan kajian mendapati negara yang kerap mengalami disleksia adalah Venezuela sebanyak 33%, Jepun dan China sebanyak 1%. Kajian yang sama pada tahun 2001 yang dilakukan oleh

47

Grigorenko mendapati negara yang menggunakan Bahasa Inggeris mengalami kekerapan disleksia sebanyak 20% dan Jerman 5%.

Kajian yang dilakukan oleh Dennis dan Victoria Molfese dari Universiti Illinois Selatan adalah berkenaan dengan disleksia berpunca dari masalah otak memproses bunyi dalam otak. Dalam kajian ini menyatakan kanak-kanak yang mengalami disleksia akan keliru apabila cuba menghubungkan konsonan seperti b dan d. Dalam kajian ini, pengkaji merakam tindak balas gelombang otak terhadap dua siri bunyi. Kajian ini dijalankan ke atas bayi, dan beberapa tahun berikutnya kajian sekali lagi dilakukan ke atas bayi ini. Berdasarkan kajian ini didapati 80% kanak-kanak tersebut didapati telah menderita disleksia sejak dilahirkan lagi.

48 BAB 3