• Tidak ada hasil yang ditemukan

KertasKerjaPenternakanKambingAli

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KertasKerjaPenternakanKambingAli"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

PENGENALAN

Pada tahun 2000 permintaan terhadap daging kambing adalah sebanyak 14,000 tan, berbanding pengeluaran hanya 983 tan. Berdasarkan penggunaan perkapita sebanyak 0.65 kilogram setahun manakala permintaan dijangka meningkat kepada 16,800 tan sedangkan pengeluaran yang di jangka hanyalah 1,200 tan. Pada masa sekarang penternakan kambing dalam negara hanya mampu menampung 8% daripada jumlah permintaan. Selebihnya daging kambing diimport daripada luar negara terutamanya dari Australia. Ini menunjukkan negara sangat memerlukan penternak-penternak intensif untuk menampung jumlah permintaan yang sangat tinggi ini.

Projek penternakan kambing secara komersial adalah projek yang kurang mendapat perhatian khususnya golongan belia pada masa ini. Oleh yang demikian, saya bertekad untuk menjadi perintis dan pemangkin bagi golongan ini dalam melaksanakan industri ternakan kambing secara komersial bertepatan dengan sasaran kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke-8 (RM8) untuk memajukan sektor pertanian dan penternakan. Sasaran saya adalah pasaran tempatan dan luar negara. Dengan bantuan dan sokongan daripada jabatan-jabatan kerajaan yang berkenaan, saya yakin mampu melakukan yang terbaik dengan bantuan yang diberikan.

(2)

OBJEKTIF PROJEK

Projek penternakan kambing ini berperanan sebagai :

1. Pemangkin kepada aktiviti penternakan yang boleh dimanfaatkan sebagai sumber ekonomi bagi diri dan masyarakat setempat.

2. Menjadi contoh kepada golongan belia terutamanya mahasiswa, bahawa sektor pertanian dan penternakan bukanlah suatu sektor picisan. Ini kerana, ia menjanjikan pendapatan yang lumayan.

3. Penggerak kepada budaya kerja sektor ternakan kepada aktiviti yang boleh menyemarakkan semangat kerjasama dan penjelmaan semangat jati diri yang tinggi di kalangan masyarakat.

4. Mewujudkan masyarakat yang berdaya maju dalam bidang ternakan khasnya dan pertanian amnya. Ini bertepatan dan selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-8 (RMK8).

5. Menghasilkan peluang pekerjaan baru yang berdaya ekonomi intensif dan efisyen kepada masyarakat kampung. Ini kerana, penternakan kambing ini dilakukan secara sistematik dan intensif.

(3)

TUJUAN

Tujuan permohonan ini dibuat ialah untuk memohon pinjaman, geran atau dana daripada pihak institusi kewangan (bank), pembiaya atau penaja bagi memajukan lagi projek penternakan kambing yang sedang saya jayakan ini. Diharap pihak tuan dapat menimbang seterusnya menerima permohonan yang saya ajukan ini. Oleh itu, saya amat berbesar hati jika pihak tuan dapat mempertimbang sebaik-baiknya proposal saya ini.

TUJUAN PINJAMAN

Secara spesifiknya tujuan pinjaman ini dipohon adalah untuk mengembangkan lagi projek penternakan kambing yang telah saya jalankan. Ini kerana, saya sangat-sangat memerlukan bantuan pinjaman, geran atau dana bagi menjadikan projek ini lebih ekonomik dan intensif dalam pengeluaran hasil.

Pinjaman, geran atau dana yang diberikan adalah untuk membiayai kos yang meliputi pembelian kambing, pembangunan tanah, pembaikan bangunan ladang,

peralatan ladang, sumber elektrik, saluran air paip & utiliti. Jumlah keseluruhan kos

bagi mengembangkan projek ini ialah sebanyak RM 50,000.00. (Rujuk jadual disebelah)

CAGARAN

Untuk memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Bank Pertanian, saya telah mendapat kebenaran ibu saya untuk mencagar tanah hak miliknya iaitu HSM 972

Mukim Chenor yang beralamat di Kampung Kuala Sentul, 26500 Maran Pahang.

Bersama ini telah saya sertakan surat kebenaran daripada ibu saya untuk menbuat cagaran tersebut. ( Rujuk surat disebelah )

(4)

KOS PEMBIAYAAN PROJEK

BIL PERKARA BIL UNIT KOS/UNIT

(RM)

JUMLAH KOS (RM)

1 PEMBANGUNAN TANAH

A) Sewa Tanah (5 Tahun) 3 Ekar 500/Tahun 7,500 B) Pembaikan Pastura / Fodder 3 Ekar 700 2,100

2 PEMBAIKAN BANGUNAN LADANG

A)Pejabat /setor /rumah 1 10,000 10,000

3 LETRIK & UTILITI 2,500 2,500

4 PERALATAN LADANG 3,000 3,000

5 PEMBELIAN KAMBING

A) Baka Induk Betina 50 500 25,000

(5)

SURAT KEBENARAN CAGARAN TANAH

JUARIAH BINTI MUSTAFA Kampung Kuala Sentul, 26500 Maran,

Pahang Darul Makmur. 7 Jun 2007

Tuan/Puan,

KEBENARAN MENCAGAR TANAH HAK MILIK : HSM 972 MUKIM CHENOR

Adalah dengan ini saya Juariah binti Mustafa , (No K.P ) memberi kebenaran kepada anak saya iaitu Rozali bin Johori , (No K.P ) untuk mencagar tanah hak milik saya,

HSM 972 Mukim Chenor yang beralamat di Kampung Kuala Sentul, 26500 Maran

Pahang.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

(6)

LATAR BELAKANG PEMOHON

MAKLUMAT MENGENAI PROJEK

Nama : ROZALI BIN JOHORI

No. K/P :

Tarikh Lahir : 21 September 1982

Umur : 25 tahun

Agama : Islam Kewarganegaraan : Malaysia

Jantina : Lelaki Pekerjaan : Berkerja sendiri

Taraf Perkahwinan : Bujang Taraf Pendidikan : Diploma

Alamat Perniagaan : Kg Kuala Sentul,

26500 Maran, Pahang.

No Tel Pejabat :

No H.P : 012 – 692 8884

E-Mail : [email protected]

(7)

Nama Projek Yang Dijalankan : Projek Penternakan Kambing

Nama Syarikat : KS AGRO INDUSTRY (CA0114575-A)

Alamat Projek (Tapak Projek) : Kampung Kuala Sentul 26500 Maran Pahang.

No. Tel. : 012-6928884

Tarikh Projek Mula Dijalankan : 5 Jun 2006

Bilangan Ternakan Permulaan : 13 ekor

- Penjantan 1 ekor - Betina 7 ekor - Anak 5 ekor

Infrastruktur : Kandang

- Keluasan kandang ialah (24 kaki x 30 kaki = 720 kaki per segi)

- Kapasiti kandang ialah 60 ke 80 ekor kambing

Pagar.

(8)

LOKASI PROJEK

Lokasi projek penternakan kambing ini ialah di Kampung Kuala Sentul, Maran

Pahang. Keluasan kawasan tanah ialah 578 meter per segi. Jarak lokasi daripada jalan

utama ialah 500 meter. Manakala, jarak lokasi dengan Bandar Maran kira-kira 14 km, (20minit perjalanan). Jarak lokasi dengan Bandar Pusat Jengka pula, ialah 25 km (25minit perjalanan). (Sila Rujuk Peta Lokasi).

Projek penternakan kambing ini dijalankan di atas tanah yang bernombor: Lot

9410. Tanah ini adalah kepunyaan Juariah binti Mustafa iaitu ibu saya. Saya telah

memohon kebenaran ibu saya untuk menjalankan projek penternakan kambing di atas tanah hak miliknya. Surat kebenaran menggunakan tanah hak miliknya telah saya sertakan sebagai lampiran. Di samping itu, saya juga sertakan salinan geran tanah tersebut dan juga peta lokasi. (Sila Rujuk Surat Kebenaran Menggunakan Tanah & Geran Tanah).

(9)

Masjid

Tapak Projek

Penternakan Kambing

KAMPUNG KUALA SENTUL 14 KM Bandar Maran Temerloh Kem Bina Negara, Maran Klinik Desa Jerantut/ Sungai Jerik

PETA LOKASI

13 KM

(10)

JUARIAH BINTI MUSTAFA Kampung Kuala Sentul, 26500 Maran,

Pahang Darul Makmur. 7 Jun 2007

Kepada yang berkenaan,

KEBENARAN MENGGUNAKAN KAWASAN HAK MILIK : HSM 972 MUKIM CHENOR

Adalah dengan ini saya Juariah binti Mustafa , (No K.P) memberi kebenaran kepada anak saya iaitu Rozali bin Johori , (No K.P) untuk menjalankan projek penternakan kambingdiatas tanah milik saya, HSM 972 Mukim Chenor yang beralamat di Kampung Kuala Sentul, 26500 Maran Pahang.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

(11)

SALINAN GERAN TANAH

(TAPAK LOKASI PROJEK)

(12)

JENIS PRODUK YANG DIHASILKAN

a) Pemeliharaan Untuk Tujuan Pengeluaran Daging

Pengeluaran daging dari penternakan kambing meliputi dua bahagian aktiviti. Penternak boleh menjalankan mana-mana satu bahagian aktiviti ini ataupun kedua-dua sekali.

Membiak

Memelihara kambing baka dan mendapatkan anak untuk dipelihara, di gemuk dan dijual untuk pengeluaran daging.

Penggemukan (Fattening)

Memelihara anak-anak kambing terutamanya jantan dari 6 bulan hingga setahun atau setahun setengah dengan berat badan sekurang-kurangnya 25 kg sebelum dijual untuk sembelihan. (Akikah ataupun korban).

b) Penghasilan Baja Organik

Tinja kambing boleh diolah dan diproses menjadi baja organik. Tinja kambing yang telah dikumpul diadun dengan habuk kayu, abu daripada pembakaran organik dan kapur didalam mesin penghancur. Semua bahan tadi dicampur dengan koloni bakteria (stardec) sebagai pengurai bahan. Semua bahan diperam selama satu bulan dan selepas tempoh tersebut baja organik boleh dipasarkan.

c) Susu Kambing

Susu kambing boleh diperoleh daripada ibu kambing yang sedang menyusukan anak. Terdapat banyak khasiat susu kambing seperti boleh mengubati demam kuning, penyakit kulit, gastrik, lelah (asma), insomnia dan ulcer. Pada masa sekarang industri kosmetik mengeluarkan pelbagai produk berasaskan susu kambing seperti syampu, krim muka, sabun, pewangi dan juga krim pencukur.

(13)

PRODUK UTAMA DAN HASIL SAMPINGAN

Penternakan kambing mampu menghasilkan 3 produk ladang, iaitu:- 1. Ternakan kambing/sembelihan juga dikenali sebagai Emas Merah. 2. Baja organik yang juga dikenali sebagai Emas Hitam.

3. Susu segar yang dikenali sebagai Emas Putih.

Dari sudut pendapatan, jika diurus dengan cekap, jualan baja organik (Emas Hitam) boleh menjadi pendapatan tertinggi, diikuti jualan ternakan kambing/sembelihan (Emas Merah) dan akhir sekali daripada susu segar (Emas Putih). Jika ditambah nilai melalui penghasilan pokok-pokok bunga dan pokok-pokok hiasan, pendapatan dapat ditingkatkan lagi dan akhirnya mewujudkan satu industri kecil asas tani.

PENTERNAKAN KAMBING EMAS MERAH Kambing hidup / sembelihan (akikah / korban / daging / baka kambing) EMAS HITAM

Tinja kambing yang diolah menjadi baja organik

EMAS PUTIH

Susu kambing yang mengandungi khasiat yang tinggi

(14)

PASARAN

Pada peringkat permulaan pasaran hasil ladang akan dipasarkan disekitar daerah Maran dan sekitar negeri Pahang. Apabila perniagaan sudah berkembang maju pasaran akan di luaskan ke seluruh Negara dan ke peringkat antarabangsa.

1) Ternakan kambing/sembelihan

- Harga pasaran bagi ternakan kambing (berat hidup) ataupun daging ialah RM 18.00 – RM 40.00 mengikut jenis kambing

 Pasaraya, Pasar Tani Dan Restoran – daging kambing merupakan salah satu sumber protein di negara ini. Daging kambing boleh dipasarkan dipasaraya dan pasar tani. Ia juga banyak digunakan di restoran sebagai masakan(nasi briani). Selain itu, daging kambing juga digunakan dalam masakan barat (lamb chop).

 Penternak-penternak – baka kambing yang bermutu tinggi juga boleh dipasarkan kepada penternak-penternak yang baru.

 Akikah Dan Korban – kambing yang cukup tempoh matang boleh dijadikan sembelihan untuk akikah ataupun korban. Biasanya pada musim hari raya korban.

2) Baja organik

- Harga pasaran bagi baja organik ialah RM 5.00 satu kilogram dan pasaran borong ialah RM 500.00 bagi satu tan.

 Pekebun-Pekebun, Ladang-Ladang Dan Nursery - Baja organik daripada tinja kambing yang telah diproses boleh dijual kepada pekebun-pekebun, ladang-ladang dan nursery .

3) Susu segar

- harga pasaran bagi susu segar ialah RM 20.00 – RM 30.00 bagi satu liter.

 Susu Kambing Sebagai Minuman Berkhasiat Dan Ubat – susu kambing yang terkenal dengan khasiatnya boleh dijadikan ubat pelbagai penyakit. Pada masa sekarang industri kosmetik mengeluarkan pelbagai produk berasaskan susu kambing seperti syampu, krim muka, sabun, pewangi dan juga krim pencukur.

(15)

KOS PERMULAAN PROJEK

1) Kos Pembinaan Kandang

Bil Perkara Harga (RM)

1 Penyediaan tanah ( tolak tapak, tebang pokok ) 480.00

2 Pengangkutan ( lori ) 750.00

3 Kayu ( tiang, alang ) 4 000.00

4 Kayu 1”x 2” ( kayu lantai ) 3 750.00

5 Bahan-bahan ( atap, paku, skru, simen) 3 516.50

6 Pintu grill 200.00

7 Upah pembinaan kandang 5 400.00

JUMLAH 18 096.00

2) Kos Pembinaan Pagar

Bil Perkara Harga (RM)

1 Tiang pagar ( kayu = 200 batang ) 300.00

2 Pagar jaring 5”tinggi x 45”panjang (16 gulung) 1 440.00

3 Dawai ( 50kg ) 250.00

4 Paku 2 ½ ” 17.50

5 Kapit ( 50 batang ) 50.00

6 Bahan-bahan (batu 3ela,pasir 1 lori, simen 10 beg) 440.00

7 Pintu pagar (14” second hand) 250.00

(16)

3) Kos Pembelian Ternakan Kambing

Bil Perkara Harga (RM)

1 Mie Ulu Jempol

Kambing jantan = 1ekor Kambing betina = 1 ekor

280.00 290.00 2 Sg Tekam

Kambing jantan = 1 ekor Kambing betina = 2 ekor

150.00 650.00 3 Semarak Goat Farm ( Suhaimi )

Kambing farel jantan = 1 ekor Kambing betina + anak = 6 ekor Anak kambing boer jantan = 1 ekor Kambing Anglo Nubian bunting = 1ekor

650.00 900.00 500.00 1 000.00

JUMLAH 4 420.00

4) Kos Ubatan Dan Makanan Tambahan

Bil Perkara Harga (RM)

1 Garam jilat ( 2 ketul ) 30.00

2 Chloramphenicol (ubat sakit mata) 12.00

3 Aerosol ( ubat luka ) 38.00

4 Ubat kurap + puru + cacing 45.00

5 Makanan tambahan/palet untuk 9 bulan (1 bulan = RM 65.00)

585.00

(17)

Jumlah Keseluruhan Kos Permulaan Projek

Bil Perkara Harga (RM)

1 Kos Pembinaan Kandang 18 096.00

2 Kos Pembinaan Pagar 2 747.50

3 Kos Pembelian Ternakan Kambing 4 420.00

4 Kos Ubatan Dan Makanan Tambahan 710.00

(18)

Referensi

Dokumen terkait

Dengan ditetapkan Peraturan Daerah ini maka Peraturan Daerah Kabupaten Buru Nomor : 12 Tahun 2005 tentang Retribusi Pelayanan Kesehatan (Lembaran Daerah

1) Uji kointegrasi Johansen digunakan untuk mengetahui adanya pergerakan secara bersama-sama antar pasar modal. Hasil uji menunjukkan Pasar modal Amerika, Brasil,

Bahasa adalah adalah bagian yang tidak terpisahkan dari perkembangan budaya manusia. Segala aktivitas yang dilakukan oleh manusia didalam kehidupannya, memuat unsur bahasa di

Keguruan dan Ilmu Pendidikan Universitas Sebelas Maret Surakarta. Tujuan dari penelitian ini adalah untuk meningkatkan: 1) prestasi belajar siswa kelas X IPS I SMA

Untuk kelompok suku kata berawalan konsonan /V/, data tingkat keberhasilan terdapat pada tabel 2, pembobotan yang terdapat dari konsonan tersebut dapat diketahui

ekmendasi yang dapat dilakukan pada kasus pasien ini adalah dengan penggantian heparin, heparin diganti dengan alteplase yang memiliki fungsi memecah gumpalan darah yang

Pada siklus pertama ini peningkatan kognitif anak meningkat tetapi belum maksimal, anak terlihat senang dengan proses pembelajaran yang diberikan oleh peneliti

KESATU : Membentuk Tim Unit Percepatan dan Pengendalian Pelaksanaan Program Subsidi Beras bagi Masyarakat Berpendapatan Rendah Tahun 2013, dengan susunan