• Tidak ada hasil yang ditemukan

International Conference on Global Education V Global Education, Common Wealth, and Cultural Diversity

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "International Conference on Global Education V Global Education, Common Wealth, and Cultural Diversity"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

PENGGUNAAN MODEL 4MAT DALAM MENINGKATKAN KEBERKESANAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN SEJARAH

4MAT MODEL APPLICATION IN ENHANCING THE EFFECTIVENESS OF TEACHING HISTORY

SarmilaTamoh Deram Abdul Razaq Ahmad

Anuar Ahmad

Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak:Tujuan kertas ini adalah untuk menerangkan tentang model 4MAT(1987) yang direka oleh Dr.Bernice McCarthy untuk digunakan dalam pengajaran mata pelajaran Sejarah. Dr.Bernice McCarthy merupakan Ketua Pegawai Inovatif dan pengasas The Founder of About Learning System: A Framework for Improving Teaching. Pembinaan sistem ini diasaskan dengan menggunakan Model David Kolb: Model Pengalaman Pembelajaran dan corak pemikiran menggunakan hemisfera otak kiri dan kanan. Sistem ini mempunyai lapan langkah asas yang dapat membantu guru dan pelajar menjalani proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif. Kertas konsep ini juga menerangkan tentang gabungan teknik pengajaran yang betul, konsep pemikiran yang sesuai dengan mata pelajaran serta pengetahuan tentang stail belajar pelajar dapat membantu seseorang guru mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Sistem 4MAT merupakan satu sistem yang merangkumi semua tiga perkara tersebut. Kertas ini juga mencadangkan bagaimana model 4MAT ini dapat digunakan dalam pengajaran Sejarah. Beberapa hasil pembelajaran apabila model ini digunakan juga dibincangkan. Cabaran yang mungkin dihadapi dan juga cadangan untuk guru dan pelajar telah diberikan supaya pelaksanaan sistem ini dapat membawa satu pengajaran yang berkesan.

Kata kunci : Model 4MAT, sejarah, pengajaran, pedagogi.

1.0 Pengenalan

Mata pelajaran Sejarah telah melalui perubahan dalam sistem pendidikan Malaysia. Tahun 1989, mata pelajaran Sejarah di naik taraf sebagai mata pelajaran teras melalui pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah(KBSM)(Mohd& Shahizan,2012). Sejarah dilihat sebagai satu alat yang penting dalam memainkan peranan penting memupuk serta menerapkan semangat patriotisme dan juga alat perpaduan (Kementerian Pendidikan Malaysia,2002). Pada tahun 2011, langkah dinamik Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) iaitu menaikkan martabat mata pelajaran Sejarah dari mata pelajaran teras kepada mata pelajaran wajib lulus(Surat

(2)

3092 Universitas Ekasakti, Padang, 10 – 11 April 2017 Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil.3,2011).

Menurut Maharom(1998) menyatakan mata pelajaran Sejarah merupakan satu mata pelajaran yang dapat merangsangkan proses pemikiran dan pemikiran secara analitis dankritis. Ia jelas membawa maksud bahawa pengajaran dan pembelajaran(PdP) yang dilaksanakan secara berkesan dapat merangsang pemikiran para pelajar. Keberkesanan proses PdP amat bergantung kepada guru yang kreatif dan inovatif , menarik serta merangsang minat pelajar untuk belajar(Rohani et al, 2010). Di samping itu, kemahiran pedagogi(A.A.Seman et al,2011), pengetahuan isi kandungan(Anuar dan Nelson,2015)dan pengetahuan tentang stail belajar pelajar(Saedah dan Ahmad,2004) memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan pemahaman pelajar serta aras pemikiran pelajar dalam mata pelajaran Sejarah. Sebenarnya terdapat banyak kajian berkenaan stail belajar yang menunjukkan terdapat perbezaan dalam stail belajar pelajar yang telah pun dilakukan oleh pengkaji – pengkaji lepas(Robiah Hamid,1996; Sia Wee Teng,1997). Menurut Claire Weinstein (dalam Azizi et al,2003) , stail belajar meliputi pemikiran luaran , dalaman dan tingkah lakuyang membolehkan pembelajaran yang berkesan.

Menurut Anuar et al(2009), menyatakan bahawa keberkesanan pengajaran mata

pelajaran Sejarah bergantung pada perancangan dan kualiti guru

Sejarah.Husbands(2011) juga menyatakan bahawa ramai guru mempunyai pengetahuan umum tentang pelajar tetapi tidak mahir tentang bagaimana membina kefahaman pelajar bagi mata pelajaran Sejarah.Pandangan ini disokong oleh Subahan .T(1996), yang menyatakan guru-guru sering mengandaikan mereka hanya bertanggungjawab tentang subjek yang diajar dan tidak menghiraukan proses kognitif pelajar tersebut.Selain itu, kelemahan pengajaran guru Sejarah menjadi salah satu penyebab utama pencapaian yang rendah dan sikap pelajar yang memandang negatif terhadap mata pelajaran Sejarah( Anuar et al ,2009). Kemahiran guru juga amat rendah

dalam memanipulasikan maklumat dalam buku teks dengan kehidupan

seharian(Ahamad et al,2008). Ini ditambah lagi dengan pendekatan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang tidak menarik menyebabkan minat pelajar pada mata pelajaran Sejarah menurun(Ahamad et al,2008; A.A.Seman,2011).

Secara ringkasnya, perancangan awal dan pemilihan teknik –teknik pengajaran dapat membantu guru dalam mewujudkan satu pengajaran yang menarik minat pelajar. Perkara ini disetujui oleh Saedah dan Ahmad(2004) melalui kajian menyatakan bahawa

(3)

pemilihan teknik pengajaran yang sesuai dengan stail belajar pelajar dapat mewujudkan iklim pembelajaran yang berkesan. Menurut Husbands(2011) turut menyatakan bahawa pengetahuan kandungan sahaja tidak mencukupi malah guru perlu mahir dalam mengubah suai pengajaran mengikut kehendak dan keperluan keadaan semasa pelajar.Zahara dan Nik Azleena(2007) dalam kajian mendapati pengetahuan pedagogi guru , pengurusan aktiviti pembelajaran , pengetahuan prosedural, penggunaan alat bantu mengajar dan sikap guru berada pada tahap sederhana. Keadaan ini bukan hanya di Malaysia malah turut berlaku di beberapa buah negara lain seperti di Australia dan Kanada(Mohd dan Saedah,2016).

Berdasarkan perbincangan , jelas bahawa PdP bagi mata pelajaran Sejarah banyak bergantung pada kesediaan guru dalam kemahiran pedagogi, pengetahuan isi kandungan , memahami kehendak pelajar dan stail belajar pelajar sebelum proses PdP dijalankan. Keadaan ini juga menunjukkan bahawa satu perubahan dan pendedahan yang baru patut dilakukan supaya keadaan ini tidak berterusan. Model 4MAT merupakan salah satu cadangan model yang dapat digunakan dalam membawa perubahan bukan sahaja bagi guru malah untuk pelajar melibatkan diri dalam proses PdP yang berkesan.

2.0 Keperluan Model 4MAT dalam Pengajaran Sejarah

Model 4MAT merupakan satu model pembelajaran yang mengikut stail belajar pelajar. McCarthy( dalam Tendy dan Geiser,1997) menyatakan bahawa melalui penggunaan model 4MAT ini,semua pelajar mendapat peluang untuk menonjol 25% dalam masa dalam pembelajaran(“all students get a chance to shine 25% of the time”).

Terdapat banyak model pembelajaran yang dihasilkan oleh pengkaji – pengkaji terkenal seperti Model Gaya Pembelajaran Felder dan Silverman , Model Gaya Pembelajaran Honey dan Mumford, Model Gaya Pembelajaran Kolb, Model Gaya Pembelajaran Slavin, Model Gaya Pembelajaran Entwistle dan Model Gaya Pembelajaran Grasha-Riechmann(Zubaidah,2007). Penulis menggunakan Model 4MAT yang dihasilkan oleh Dr.Bernice McCarthy(1987) yang mengabung jalinkan model pembelajaran Kolbdengan pemikiran hemisfera kiri dan kanan. Model Pembelajaran Kolb berlandaskan kepada empat stail belajar hasil dari gabungan persepsi pelajar berkenaan maklumat dan cara memproses maklumat yang diterima(Harry,1994). Menurut Nicoll-Senftdan Seider(2009), model 4MAT merupakan satu model yang melangkaui stail

(4)

3094 Universitas Ekasakti, Padang, 10 – 11 April 2017 pembelajaran bagi mewujudkan satu model yang seimbang menggunakan perancangan secara berpandu. Model 4MAT memberikan satu model yang sistematik di mana pelajar dapat mengikuti pembelajaran secara menyeluruh yang meningkatkan tahap motivasi dan prestasi pelajar(Nicoll-Senft dan Seider,2009)

Terdapat banyak kajian yang dijalankan menggunakan model 4MAT , antaranya pengkaji – pengkajinya ialah Blair dan Judah(1990), Kelley(1990),Saedah dan Ahmad(2004) dan Nicoll-Senft dan Seider(2009). Hasil dari kajian – kajian tersebut, banyak kelebihan yang diperoleh oleh pelajar dan juga kumpulan – kumpulan yang terlibat dalam kajian tersebut. Kelley(1990) menyatakan bahawa guru – guru dari Sekolah Awam Daerah(Public School District) Littleton,Coloradotelah menunjukkan perkembangan positif dalam membina kurikulum mengikut stail pembelajaran pelajar. Blair dan Judah(1990) pula menyokong model 4MAT kerana guru – guru di Sekolah

Monroe County Community di Bloomington,Indiana yang mendapat pendedahan model 4MAT ini telah berjaya melaksanakan PdP yang berkesan dan mendapati minat dan motivasi pelajar meningkat. Hasil kajian yang dijalankan oleh Saedah dan Ahmad(2004) pula menunjukkan bahawa memang terdapat kepelbagaian dalam stail belajar pelajar. KPM disyorkan supaya mengambil langkah untuk mempopularkan model 4MAT ini di Malaysia yang sebenarnya tidak melibatkan kewangan yang banyak(Saedah dan Ahmad,2004). Kajian Nicoll-Senft dan Seider(2009) pula ialah tentang kebolehan pelajar memahami kandungan kursus, motivasi pelajar untuk menyiapkan kerja rumah dan tugasan serta minat pelajar terhadap kursus. Hasil kajian menunjukkan bahawa dengan penggunaan model 4MAT telah berjaya meningkatkan penglibatan dan motivasi pelajar, membuka peluang untuk pelajar mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kehidupan luar bilik darjah.

Hasil – hasil kajian yang dibincangkan menunjukkan bahawa model 4MAT dapat memberikan kesan bukan sahaja kepada pelajar tetapi guru yang menjalankan pengajaran. Ini adalah penting kerana guru dianggap sebagai pemudah cara dan pembimbing yang banyak menghabiskan masa bersama pelajar dapat memahami pelajar serta menyampaikan pengajaran mengikut stail belajar pelajar. Jika situasi ini dicapai , maka sesi PdP yang dijalankan dapat memberi impak kepada pembelajaran serta mewujudkan hubungan dua hala antara guru dan pelajar yang berkesan.

3.0 Model 4MAT

(5)

Ketua Pegawai Inovatif dan pengasas The Founder of About Learning System: A Framework for Improving Teaching(Micheal,2013). Menurut Alexander dan Maria, model ini direka untuk mewujudkan satu pengajaran dan pembelajaran yang stabil di antara guru dan pelajar di samping memberikan peluang kepada pelajar belajar mengikut cara mereka. Model 4MAT ini telah diwujudkan pada tahun 1987 dan sejak itu telah banyak dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah dan juga menengah(Harry,1994). Menurut Harry(1994), model ini dibina berasaskan Model David Kolb yang menerangkan tentang cara manusia belajar , Experiential Learning Theory(Tendy dan Geiser, 1997)

Model David Kolb mempunyai dua cara bagaimana manusia belajar, cara pertama ialah bagaimana menerima maklumat dan bagaimana memproses maklumat(Saedah& Ahmad,2004). Menurut Tendy dan Geiser(1997) menyatakan bahawa teori David Kolb melibatkan empat tahap dalam pembelajaran, iaitu pengalaman konkrit(concrete experience-CE), pemerhatian reflektif( reflective observation- RO) , konseptual abstrak( abstract conceptualization – AC) dan pengalaman aktif (active experimentation- AE). David Kolb (dalam Tendy dan Geiser,1997) juga menyatakan bahawa terdapat empat stail belajar pelajar yang dikenali sebagai (i) pelajar imaginatif, (ii) pelajar analitik , (iii) pelajar logik dan (iv) pelajar dinamik(Harry,1994). Theory Experential Learning Style oleh David Kolb yang menerangkan tentang stail pelajar belajar dapat dilihat dalam Rajah 1.

Rajah 1: Empat Stail Belajar Pelajar David Kolb

Sumber McCarthy, 1990

Model 4MAT yang direka oleh Dr. Bernice McCarthy dengan mengadaptasikan empat stail pembelajaran tersebut dengan pemikiran hemisfera kira dan kanan otak yang mewujudkan lapan langkah pembelajaran oleh pelajar. Ia dikenali sebagai Model 4MAT.Rajah 2 menunjukkan model 4MAT.

(6)

3096 Universitas Ekasakti, Padang, 10 – 11 April 2017 Rajah 2: Model 4MAT Stail Belajar Mengikut Hemisfera Otak Kanan & Kiri

Sumber Gray dan Palmer, 2001

Hasil pembacaan dan pemahaman, kedua – dua model stail belajar ini telah digabungkan seperti dalam Rajah 3.

Rajah 3: Gabung Jalin Antara Experential Learning Style (David Kolb) dan Model 4MAT (Dr.Bernice McCarthy)

Model 4MAT menggunakan lapan langkah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Lapan langkah tersebut ialah (i) connect (kaitkan), (ii) attend(mengalami)

R R R L R L L L Connect Attend Imagine Inform Practice Extend Refine Perform Imaginative Learners Analytical Learners Common Sense Learners Dynamics Learners Concrete Experience Abstract Conceptualization R ef le ct iv e O b se r v at io n Ac tiv e Ex pe ri m en tat io n WHY ? WHAT? H O W ? WHAT IF?

(7)

, (iii) imagine(imaginasi), (iv) inform(pengetahuan) , (v) practice(latihan) , (vi)

extend(kaitkan dengan kehidupan) , (vii) refine(perinci kan) dan (viii)

perform(bentangkan hasil). Kesemua lapan langkah ini dapat diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah. Guru perlu mahir dalam merangka pengajaran yang dapat menarik minat pelajar dengan menggunakan model 4MAT. Guru yang merancang dan menjalankan pengajaran dan pembelajaran mengikut model 4MAT pasti dapat menarik minat pelajar untuk belajar. Pembelajaran mengikut stail belajar pelajar tidak semestinya berlaku mengikut urutan tersebut. Ia boleh berlaku di mana – mana urutan mengikut stail belajar pelajar. Peranan guru ialah jika ada pelajar yang lemah maka guru perlu membantu pelajar tersebut dalam mengikuti sesi PdP dan memahami apa yang dipelajari dalam kelas.

Saedah& Ahmad(2004) menyatakan bahawa tugas guru untuk menjana motivasi pembelajaran bagi pelajar yang lemah. Penggunaan model 4MAT ini perlu seiring dengan penggunaan teknik pengajaran yang lain seperti teknik penyoalan, teknik perdebatan, teknik sumbang saran, teknik perbincangan dan teknik penggunaan sumber media. Kajian Saedah& Ahmad(2004) juga menyatakan bahawa seseorang pelajar yang mempunyai stail belajar yang tertentu tidak akan kekal pada stail tersebut malah perlu dibantu oleh guru dengan memberi rangsangan dan menggerakkan aktiviti pembelajaran ke arah yang lebih tinggi. Beberapa kajian yang dijalankan di luar negara menggunakan model 4MAT telah menunjukkan hasil positif dalam sesi pembelajaran dan pengajaran. Kajian – kajian yang dijalankan banyak menyatakan bahawa Model 4MAT ini merupakan satu model yang amat sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran(Saedah& Ahmad,2004; McCarthy,1990). Saedah& Ahmad (2004) juga bersetuju bahawa model 4MAT dapat membantu ke arah mewujudkan sistem pengajaran yang lebih berkesan.

4.0 Pelaksanaan Model 4MAT dalam Mata Pelajaran Sejarah

Adakah model 4MAT ini sesuai untuk mengajar mata pelajaran Sejarah? Ini merupakan satu persoalan utama bagi mereka yang tidak memahami bagaimana model 4MAT dapat membantu dalam menghasilkan pengajaran mata pelajaran Sejarah yang lebih efektif serta meningkatkan kemahiran pelajar untuk berfikir aras tinggi. Model 4MAT adalah satu model yang menyusun pengajaran dalam lapan langkah yang selaras dengan perancangan pengajaran yang dilaksanakan oleh guru. Ia sesuai dengan mata pelajaran Sejarah yang juga menerapkan elemen disiplin sejarah iaituinkuiri dalam sejarah, pengumpulan sumber, kemahiran pemikiran sejarah, penjelasan sejarah,

(8)

3098 Universitas Ekasakti, Padang, 10 – 11 April 2017 Langkah 1 Connect Langkah 2 Attend Langkah 3 Imagine Langkah 4 Inform Langkah 5 Practice Langkah 6 Extend Langkah 7 Refine Langkah 8 Perform

pemahaman sejarah dan empati (Huraian Sukatan pelajaran, 2002). Ini membuktikan bahawa mata pelajaran merupakan satu mata pelajaran yang bukan boleh dihafal tetapi memerlukan pemahaman dan melibatkan pemikiran yang tinggi. Menurut Springer dan Deutsch (dalam ClifSt.Germain) menyatakan bahawa kebanyakan kajian yang dijalankan telah menyenaraikan ciri – ciri proses mengikut pemikiran hemisfera kiri dan kanan seperti dalam Jadual 1:

Jadual 1: Ciri – Ciri Proses Pemikiran Mengikut Hemisfera Kiri & Kanan

Kiri Kanan

Verbal Tidak verbal(Nonverbal)

Digital Visuo-spatial

Berurutan(Sequential) Serentak(Simultaneous)

Rasional(Rational) Analogikal(Analogical)

Logikal(Logical) Kesedaran mengikut gerak hati(Intuitive)

Ciri – ciri pemikiran hemisfera kiri dan kanan yang dinyatakan dalam Jadual 1 merupakan langkah – langkah yang terdapat dan digunakan dalam model 4MAT. Justeru, model ini dapat digunakan dalam mengajar mata pelajaran Sejarah. Pengajaran dan pembelajaran menggunakan model 4MAT melibatkan pengajaran yang bermula dengan konsep. Konsep dibina dengan menyusun kembali sukatan supaya PdP yang dijalankan mempunyai satu kesinambungan dan pelajar dapat melihat perkaitan antara konsep yang dipelajari. PdP yang dijalankan di sekolah adalah berdasarkan sukatan dan penyusunan bab mengikut Pusat Perkembangan Kurikulum(PPK) dan ia tidak mengambil kira stail belajar pelajar. Keadaan ini menjadikan guru sebagai orang tengah antara sukatan dan pelajar memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan kandungan mata pelajaran di samping memastikan objektif pendidikan dicapai. Model 4MAT melibatkan lapan langkah yang dijalankan dalam satu proses PdP. Rajah 4 menunjukkan lapan langkah yang terdapat dalam model 4MAT oleh Dr.Bernice McCarthy(1987).

(9)

Langkah 1

 Guru akan menarik minat dan perhatian pelajar dengan pengenalan konsep dalam mata pelajaran Sejarah.

 Menggalakkan pelajar melibatkan diri dengan memberikan pandangan, pendapat

berkenaan konsep yang dipelajari.

 Cadangan aktiviti seperti membawa replika, bahan sejarah, video, aktiviti sumbangsaran,penceritaan dan kartun dan kaitkan dengan diri pelajar.

Langkah 2

 Pelajar akan membuat perbandingan(persamaan atau perbezaan) dengan

keadaan mereka dengan tajuk yang dipelajari.

 Pelajar boleh tuliskan di kertas , papan putih, atau bercakap secara lisan.

 Cadangan aktiviti ialah seperti perbincangan, perbezaan /persamaan , ilustrasi dengan menggunakan label.

Langkah 3

 Guru dengan bantuan video, gambar , pakaian , membacakan situasi atau melukiskan atau menulis simbol atau tulisan berkaitan tajuk yang dipelajari.

 Keadaan ini membantu pelajar dalam membuat imaginasi.

 Pelajar dapat memberikan pandangan dan pendapat mereka tentang apa yang mereka imaginasikan.

Langkah 4

 Guru mengajar dan memberikan semua maklumat berkenaan tajuk/konsep yang

diajar .

 Bahan edaran tambahan diberikan supaya pelajar bukan hanya mendapat maklumat berdasarkan buku teks malah bahan dari sumber yang lain .

 Cadangan aktiviti ialah memberi nota ,kuliah, membaca teks dan filem / dokumentari.

Langkah 5

 Guru akan membuat kuiz, ujian, latihan , teka kata, latihan berpandu, penulisan atau semak pemahaman pelajar.

 Langkah ini merupakan sesi refleksi bagi pelajar unuk memastikan mereka faham apa yang diajar. Pelajar boleh membuat latihan dan berbincang bersama kawan dan guru untuk mendapatkan pemahaman yang lebih baik.

 Pelajar juga digalakkan untuk berbincang, merujuk bahan/nota untuk

menyiapkan kerja/latihan dan bekerjasama dalam menyiapkan kerja mereka. Langkah 6

Pelaksanaan Model 4MAT dalam Pengajaran Mata Pelajaran Sejarah

(10)

3100 Universitas Ekasakti, Padang, 10 – 11 April 2017

 Dalam langkah ini, pelajar akan mengeluarkan idea dan kreativiti mereka dalam mempersembahkan hasil mereka.

 Pelajar berada dalam kumpulan dan pelajar boleh membuat keputusan dalam bentuk apa pembentangan akan dijalankan.

 Langkah ini adlah langkah “hands on” , pelajar akan menyiapkan pembentang

mereka.

 Cadangan aktiviti seperti poster, persembahan power point, laporan, kolaj, membuat lakonan.

Langkah 7

 Langkah ini penting kerana pelajar akan memastikan apa yang dipelajari , latihan serta pembentangan yang disiapkan itu adalah betul dan faham apa yang akan dibentangkan.

 Pelajar akan membuat perbincangan antara pelajar atau dengan guru supaya maklumat yang kurang jelas dapat diperjelaskan dengan bantuan guru.

 Cadangan aktiviti ialah edit maklumat yang diperoleh , memastikan hasil yang dibuat berkualiti mengikut kemampuan pelajar, membuat penulisan atau pembetulan.

Langkah 8

 Langkah ini dikenali sebagai langkah ‘celebration’/ sambutan.

 Pelajar akan membentangkan hasil kreativiti mereka dalam bentuk – bentuk yang dipilih dalam langkah 6.

 Guru boleh memberikan galakkan dengan merekod persembahan atau

pembentangan pelajar dan dimasukkan dalam Youtube atau mengadakan pertandingan.

 Cadangan aktiviti seperti membuat pameran hasil pembentangan, membuat

pembentangan, membuat galeri, mengajar rakan, mengambil video

pembentangan, galakkan/pujian daripada guru.

Cadangan aktiviti yang dicadangkan merupakan hasil rujukan dari artikel yang bertajuk‘Learning Styles and web-based learning:the 4MAT methodology’ yang ditulis

oleh Grey dan Palmer(2001).

5.0 Jangkaan Hasil Pembelajaran dengan Penggunaan Model 4MAT

Kertas ini merupakan satu cadangan preliminary dan dengan keadaan ini beberapa hasil pembelajaran dapat dijangkakan jika model 4MAT ini digunakan. Kajian yang dijalankan oleh Saedah& Ahmad(2004) membuktikan bahawa pelajar tingkatan empat yang menjadi subjek kajian mempunyai kepelbagaian dalam stail belajar. Kajian ini menunjukkan bahawa model ini boleh digunakan untuk pelajar di Malaysia.Penggunaan model 4MAT dapat membantu pelajar belajar mengikut stail

(11)

belajar mereka. Menurut McCarthy(1990), menyatakan bahawa pelajar terdiri daripada ‘some arewatchers first, other are doers first’. Ini menunjukkan bahawa, akan ada

pelajar yang melibatkan diri secara aktif dalam PdP namun ada juga pelajar yang pasif dalam langkah pertama . Namun pelajar yang pasif ini akan tergerak untuk melibatkan diri dalam PdP apabila melihat suasana kelas yang bukan tradisional tetapi pelajar dibenarkan bergerak tetapi pergerakan mereka adalah untuk menyiapkan kerja / tugasan yang diberikan(Nicoll-Senft dan Seider,2009). Selain dari penglibatan pelajar dalam kelas, motivasi , pengetahuan kandungan juga turut meningkat(Nicoll-Senft dan Seider,2009).Vaughn (dalam Gray dan Palmer, 2001) juga menyatakan bahawa pelajar yang mengikuti model 4MAT memperoleh markah yang lebih tinggi berbanding penggunaan pengajaran berdasarkan teori Taksonomi Bloom. McCarthy(dalam ClifSt,Germain) menyatakan bahawa hasil kajian menggunakan model 4MAT menunjukkan kesan yang positif ke atas pelajar. Kesan- kesan terhadap pelajar adalah (a) tahap penglibatan pelajar dalam kelas meningkat, (b) peningkatan dalam keyakinan diri dan kelakuan yang bertambah baik dalam kelas, (c) mengingati pembelajaran dalam tempoh yang lama, (d) peningkatan dalam kemahiran belajar dalam kalangan pelajar, (e) pencapaian mata pelajaran sains meningkat, (f) peningkatan pencapaian dalam ujian standard dan geometri.

Jangkaan hasil penggunaan model 4MAT ini tidak hanya pada pelajar, tetapi juga kepada guru. Guru dapat menilai jenis pemikiran kendiri dan menggunakan kemahiran pemikiran kendiri dalam mereka bentuk PdP mengikut stail belajar pelajar(Blair dan Judah,1990). Guru yang mengenali model 4MAT akan menggunakan lapan langkah tersebut dan menjadikan sesi PdP satu sesi yang berkesan bukan untuk dirinya tetapi bagi pelajarnya. Guru juga dikatakan dapat mewujudkan satu persekitaran yang kondusif dalam kalangan guru apabila guru dari mata pelajaran yang berlainan berbincang bersama untuk mewujudkan sesi PdP yang efektif(Blair dan Judah,2009 ; Kelley,2009).

6.0 Cabaran Dalam Pelaksanaan Model 4MAT

Beberapa cabaran yang mungkin dihadapi apabila model 4MAT ini dijalankan ialah:

a) Masa yang diperlukan untuk guru menghadiri kursus 4MAT.

b) Membuat perubahan dan berfikir untuk menyusun kembali kandungan pembelajaran

(12)

3102 Universitas Ekasakti, Padang, 10 – 11 April 2017

c) Mengadakan perjumpaan dengan rakan sekerja bagi membincang, mengkritik dan membuat penambahbaikan.

d) Mencari dan mereka bentuk aktiviti dan bahan yang boleh digunakan dalam PdP terutama bagi langkah 2 (Attend) dan 3 (Imagine).

e) Membuat refleksi tentang kesan perkembangan proses pemikiran seseorang.

Cabaran – cabaran yang dinyatakan merupakan cabaran yang telah disenaraikan oleh Nicoll-Senft dan Seider(2009) apabila mereka menjalankan kajian bertajuk ‘Assessing the Impact of the 4MAT Teaching Model Across Multiple Disciplines in Higher Education

7.0 Cadangan Dalam Pelaksanaan Model 4MAT

Saedah& Ahmad (2004) bersetuju bahawa model 4MAT dapat membantu ke arah mewujudkan sistem pengajaran yang lebih berkesan. Saedah& Ahmad(2004) juga turut menyarankan supaya maktab – maktab perguruan dan universiti menawarkan kursus tentang stail belajar dan khususnya stail belajar mengikut model 4MAT.Guru perlu didedahkan dengan model 4MAT supaya proses PdP yang berkesan dapat dilaksanakan. Proses PdP yang berkesan akan meningkatkan minat serta membawa perubahan dalam sikap pelajar terhadap mata pelajaran sejarah.

Perkara ini disokong oleh Ahmad Ali Seman et al(2011), dalam kajian beliau menyatakan bahawa guru dan sekolah memainkan peranan penting dan pengajaran memberikan kesan yang besar terhadap pelajar dari segi kognitif dan juga afektif. Guru yang memahami stail belajar akan melaksanakan pengajaran yang menarik minat pelajar. Guru yang memahami pelajar yang mempunyai stail tertentu pasti akan merancang pengajaran mengikut stail belajar pelajar. Keadaan ini akan membawa satu keadaan yang kondusif bagi pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, pelaksanaan model ini juga dapat meningkatkan minat guru dalam menggunakan teknik pengajaran yang pelbagai dengan model 4MAT. Teknik – teknik pengajaran ini akan dapat membantu dalam mewujudkan satu hubungan pelajar dan guru yang baik dan bekerjasama dalam meningkatkan proses PdP yang efektif dan kondusif.

Model 4MAT ini direka untuk membantu pelajar yang mempunyai kepelbagaian stail belajar. Pelajar mempunyai pelbagai stail belajar dalam satu kelas yang sama(McCarthy,1990 ; Saedah dan Ahmad, 2004). Ia menjadikan guru sukar mengajar mata pelajaran Sejarah. Namun, keadaan ini dapat diatasi dengan penggunaan model 4MAT kerana model ini mengikut stail belajar mengikut pelajar. Model 4MAT dapat meningkatkan motivasi, keyakinan dan membantu belajar memahami pelajaran

(13)

mengikut tahap belajar pelajar tersebut. Di samping itu, pelajar juga dapat memberikan tumpuan dalam kelas mengikut tahap pemikiran dan melibatkan diri dalam tahap pemikiran yang lebih tinggi.Walau bagaimanapun keberkesanan model 4MAT ini hanya dapat diketahui melalui kajian.

Kesimpulan

Model 4MAT merupakan satu model perancangan pengajaran yang disusun secara teratur. Jika guru didedahkan dengan model 4MAT dan model ini digunakan dalam sesi PdP , kemungkinan pembelajaran sejarah yang akan menjadi lebih menarik dan lebih efektif. Pengajaran yang efektif membawa maksud pencapaian objektif pengajaran , pembelajaran yang berkesan dan secara holistik mencapai matlamat mata pelajaran Sejarah. Model 4MAT boleh membantu dalam mencapai matlamat mata pelajaran Sejarah yang bukan hanya dengan memberikan pengetahuan dan penghayatan malah pelajar dapat mengaitkan sejarah tanah air dengan sejarah dunia, di samping mewujudkan semangat kekitaan, perpaduan bangsa, negara Malaysia dan dunia.

RUJUKAN

Ahamad Rahim, Azwani Ismail, Abdul Razaq Ahmad, Zahara Aziz dan Sharifah Nur Puteh (2008). Kurikulum Sejarah Ke Arah Pembentukan Perpaduan Kaum di Malaysia.

http://www.mara.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=9608d3d5-544d-4bd1-83e0-e0d961f5fb40.[10/10/2016].

Ahmad Ali Seman, Abdul Razaq Ahmad, Zahara Aziz dan Ahmad

RafaaiAyudin.(2011). The Effectiveness of Teaching and Learning History based on Multicultural Towards National Integration in Malaysia. Procedia Computer Sciences. 3: 1588-1596

Anuar Ahmad dan Nelson Jinggan (2015). Pengaruh Kompetensi Kemahiran Guru Dalam Pengajaran Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar Dalam Mata Pelajaran Sejarah. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik(JuKu). 3(2) : 1-11.

Anuar Ahmad , Siti HaishahAbd Rahman dan Nur Atiqah T. Abdullah (2009). Tahap Keupayaan Pengajaran Guru Sejarah dan Hubungannya dengan Pencapaian Murid di Sekolah Berprestasi Rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia .34(1) : 53-66. AziziHj. Yahaya , Shareeza Abdul Karim dan NoordinYahaya (2003). Hubungan Gaya

Pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Di Tingkatan Empat Sekolah MenengahTeknik Negeri Sembilan. National Seminar Memperkasakan Sistem Pendidikan.

Blair.D dan Judah S.S(1990).Need a Strong Foundation for an Interdisciplinary Program? Try 4MAT! Educational Leadership.42:37-38

(14)

3104 Universitas Ekasakti, Padang, 10 – 11 April 2017 Assessment, and Planning. Educational Leadership.42:37-38

Clif. St.Germain (1996). About Learning. Wauconda, IL: About Learning. Inc.

http://www.4mat.eu/media/17164/rg1.historical%20&%20theoretical%20perspe ctive.pdf.[23/12/2016]

Gray D.E.&Palmer.J (2001). Learning Styles and Web-based learning: the 4MAT methodology. WebNet Journal Internet Technologies, Application and Issues. Vol3(2):43-51

Harry.V.Scott (1994). A Serious Look at the 4MAT Model.ERIC. http://files.eric.ed.gov/fulltext/ED383654.pdf.[16/12/2016].

Husbands(2011). Progression in Historical Understanding Among Students age 7-14. New York University Press.

Kelley S.L (1990). Using 4MATTo Improve Staf Development, Curriculum Assessment, and Planning. Educational Leadership.42: 38–39.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2002). Sukatan Pelajaran Sejarah KBSM. Pusat Perkembangan Kurikulum.Kuala Lumpur.

Maharom Mahmood (1998). Analisis kemahiran pemikiran Sejarah dalam bahan kurikulum peringkat menengah rendah. Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti Malaya.

McCarthy,B.(1990).Using the 4MAT System to Bring Learning Styles to Schools. Educational Leadership.42:61-68

Mohd Paris Saleh dan SaedahSiraj (2016). Analisis Keperluan Pembangunan Pengajaran M-Pembelajaran Mata Pelajaran Sejarah Sekolah Menengah. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik. 4: 12-24.

MohdSamsudin dan ShahizanShaharuddin (2012). Pendidikan Dan Pengajaran Mata Pelajaran Sejarah Di Sekolah Di Malaysia . Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategy.Vol. 39 (2) :116-141.

Nicoll-Senft, J. M., &Seider, S. N. (2009). Assessing the impact of the 4MAT teaching model across multiple disciplines in higher education. College Teaching, 58(1), 19-27.

Robiah Hamid (1996). Stail Belajar : Satu Kajian di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah.Universiti Malaya.

Rohani Arbaa, Hazri Jamil dan NordinAbdRazak (2010). Hubungan Guru-Pelajar dan

Kaitannya dengan Komitmen Belajar Pelajar: Adakah Guru Berkualiti

Menghasilkan Perbezaan Pembelajaran antara Jantina Pelajar?. Jurnal

Pendidikan Malaysia. 35(2): 61-69.

SaedahSiraj dan Ahmad SabriShuib (2004). Preferen Pelajar Terhadap Teknik Pengajaran Guru. Jurnal Pendidikan. Universiti Malaya:93-112.

T. SubahanMohdMeerah&Abd. Rashid Johar (1996). Seminar KebangsaanPendidikan Negara Abad ke 21.

Tendy, S. M dan Geiser , W. F. (1997). The Search For Style: It All Depends On Where You Look. Reproduction Release. U.S. Department of Education. Office of Educational Research and Improvement(OERI). Educational Resources Information Center(ERIC).

Tendy, S. M., & Geiser, W. F. (1997). The search for style: It all depends on where you look.

Teng, S. W. (1997). Stail belajar di kalangan pelajar pelajar Maktab Rendah Sains Mara. Unpublished tesis. Kuala Lumpur: Faculty of Education, University of Malaya.

(15)

Guru Sejarah Menerapkan Kemahiran Pemikiran Sejarah kepada Para Pelajar.

Jurnal Pendidikan. 32: 119 – 137.

Zakaria, Z. B. M. (2007). Hubungan Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian

Akademik: Tinjauan Di Kalangan Pelajar-Pelajar Sarjana Muda Pendidikan Tahun Pertama, UTM, Skudai, Johor (Doctoral dissertation, Tesis.Universiti Teknologi Malaysia).

Referensi

Dokumen terkait

Metodologi yang digunakan menerapkan teknik terbaru dalam pembuatan program sehingga diharapkan dapat lebih baik dalam menganalisis kebijaksanaan, mengkaji dampak lingkungan dan

Diantaranya dari rancangan tahap compress file zip untuk prototyping sistem operasi sama halnya dengan compress file system , lau tahap persiapan dan memasuki

memberi pelayanan kesehatan yang aman, bermutu, antidiskriminasi, dan efektif dengan mengutamakan kepentingan pasien sesuai dengan standar pelayanan Puskesmas;.. memberikan

Dengan membuat short movie yang mengangkat fenomena orang tua yang selalu marah kepada anaknya yang mendapat nilai ulangan yang tidak bagus, diharapkan orang tua

Dengan menggunakan metode FMEA maka dapat diperoleh dan dipilih 3 faktor penyebab cacat yang memiliki nilai RPN terbesar dari setiap cacat dominan, sehingga dapat

Perbedaan antara penelitian kedua dengan penelitian yang akan dilakukan adalah pada penelitian kedua lebih di fokuskan pada tindakan monopoli yang mengganggu

MAKMAL NO. AMALI PENYELARAS/ PENGAJAR BIL. KOD PROGRAM/ MAJOR/ KLASIFIKASI/ KUOTA BIL. ) JURIDAH BINTI MD RASHID ( PUAN ) JURIDAH BINTI MD RASHID ( PUAN ) JURIDAH BINTI MD RASHID (

Prota disusun oleh guru kelas dengan menjabarkan alokasi waktu untuk merancang dan memanajemen waktu berdasarkan kalender pendidikan yang telah disesuaikan oleh sekolah sehingga