1. AQIDAH PENGUKUH TAMADUN
ﻢﻜﻴﻠﻋ ﻡﻼﺴﻟﺍُﻢﻟﺍ َﻩِﺮَﻛ ْﻮَﻟَﻭ ِﻪﱢﻠُﻛ ِﻦْﻳﱢﺪﻟﺍ ﻰَﻠَﻋ ُﻩَﺮِﻬْﻈُﻴِﻟ ﱢﻖَﺤﻟﺍ ِﻦْﻳِﺩَﻭ ﻯَﺪُﻬﻟﺎِﺑ ُﻪَﻟْﻮُﺳَﺭ َﻞَﺳْﺭَﺃ ْﻱِﺬﱠﻟﺍ ِﷲ ُﺪْﻤَﺤﻟﺍ
َﻥْﻮُﻛِﺮْﺷ
ُﺪْﺒَﻋ ﺍًﺪﱠﻤَﺤُﻣ ﺎَﻧَﺪﱢﻴَﺳ ﱠﻥَﺃ ُﺪَﻬْﺷَﺃَﻭ ُﷲﺍ ﻻِﺇ َﻪﻟِﺇﻻ ْﻥَﺃ ُﺪَﻬْﺷَﺃ
ﺎَﻧِﺪﱢﻴَﺳ َﻰﻠَﻋ ْﻙِﺭﺎَﺑَﻭ ْﻢﱢﻠَﺳَﻭ ﱢﻞَﺻ ﱠﻢُﻬّﻠﻟﺍ ُﻪُﻟْﻮُﺳَﺭَﻭ ُﻩ
ِﻦْﻳﱢﺪﻟﺍ ِﻡْﻮَﻳ ﻰَﻟِﺇ ٍﻥﺎَﺴْﺣِﺈِﺑ ْﻢُﻬَﻌِﺒَﺗ ْﻦَﻣَﻭ ِﻪِﺑﺎَﺤْﺻَﺃَﻭ ِﻪِﻟﺁ ﻰَﻠَﻋَﻭ ٍﺪﱠﻤَﺤُﻣ
…
ُﺪْﻌَﺑ ﺎﱠﻣَﺃ
...
ِﷲﺍ َﺩﺎَﺒِﻋ ﺎَﻴَﻓ
!
ﺍْﻮُﻘﱠﺗﺍ
ﻻِﺇ ﱠﻦُﺗُْﻮَﻤﺗﻻَﻭ ِﻪِﺗﺎَﻘُﺗ ﱠﻖَﺣ َﷲﺍ
َﻥْﻮُﻤِﻠْﺴُﻣ ْﻢُﺘْﻧَﺃَﻭ
…
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Janganlah kita hanya tahu mendengar sahaja perkataan taqwa serta menyebutnya sedangkan ia tidak menyerap ke dalam sanubari kita . Hitunglah diri kita setiap masa samada semakin hampir kepada Allah atau sebaliknya. Adakah amalan soleh kita semakin meningkat atau pun menurun….
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 2 dan 3 surah al-Ankabut :
ﻥﻮﻨﺘﻔﻳﻻ ﻢﻫﻭ ﺎﻨﻣﺁ ﺍﻮﻟﻮﻘﻳ ﻥﺃ ﺍﻮﻛﺮﺘﻳ ﻥﺃ ﺱﺎﻨﻟﺍ ﺐﺴﺣﺃ
.
ﻢﻬﻠﺒﻗ ﻦﻣ ﻦﻳﺬﻟﺍ ﺎﻨﺘﻓ ﺪﻘﻟﻭ
ﻦﻴﺑﺬﻜﻟﺍ ﻦﻤﻠﻌﻴﻟﻭ ﺍﻮﻗﺪﺻ ﻦﻳﺬﻟﺍ ﷲﺍ ﻦﻤﻠﻌﻴﻠﻓ
.
Maksudnya : Adakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan untuk mengatakan : “ Kami telah beriman “, sedangkan mereka belum diuji. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.
Kita pada hari ini berada dipenghujung bulan Ramadhan yang penuh keberkatan dan maghfirah. Kita tidak mahu kedatangan Ramadhan saban tahun adalah sama sahaja di mana sikap dan sifat kita tetap ditakuk yang lama malah bertambah buruk. Kita juga tidak mahu berlakunya ibadat secara bermusim iaitu hanya pada bulan Ramadhan sahaja kita memperbanyakkan ibadat kepada Allah sedangkan apabila berlalunya Ramadhan kita terus meninggal atau mengabaikan amalan dan ibadat soleh itu. Apa yang kita mahu ialah Ramadhan yang kini sudah berada pada hari terakhir pada hari ini mampu meniup azam dan semangat baru dalam berbuat amalan soleh dan juga mampu melahirkan keperibadian muslim yang sejati dengan sifat dan kelakuan yang bertepatan dengan apa yang dikehendaki oleh Islam. Kita juga mahu al-Quran yang kita baca samada secara individu atau pun tadarrus secara ramai-ramai sepanjang Ramadhan lalu mampu meresap dihati sehingga
memungkinkan kita untuk menghayatinya dalam perjalanan hidup kita seharian. Renungilah firman Allah dalam ayat 2 dan 3 surah al-Anfal :
ﻢﻬﺑﺭ ﻰﻠﻋﻭ ﺎﻧﺎﻤﻳﺇ ﻢﻬﺗﺩﺍﺯ ﻪﺗﺎﻳﺁ ﺖﻴﻠﺗ ﺍﺫﺇﻭ ﻢﻬﺑﻮﻠﻗ ﺖﻠﺟﻭ ﷲﺍ ﺮﻛﺫ ﺍﺫﺇ ﻦﻳﺬﻟﺍ ﻥﻮﻨﻣﺆﻤﻟﺍ ﺎﻤﻧﺇ
ﻥﻮﻠﻛﻮﺘﻳ
.
ﻥﻮﻘﻔﻨﻳ ﻢﻬﻨﻗﺯﺭ ﺎﻤﻣﻭ ﺓﻼﺼﻟﺍ ﻥﻮﻤﻴﻘﻳ ﻦﻳﺬﻟﺍ
.
Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka di mana apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya bertambahlah keimanan mereka dan kepada Tuhanlah mereka berserah diri. Iaitu orang-orang yang mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Tidak lupa juga pada hari ini telah seminggu kita berada di alaf baru. Jika pada tahun-tahun sebelum ini kita menyaksikan mereka yang menyambut kedatangan tahun-tahun baru dengan penuh kemeriahan yang diisi dengan program-program maksiat maka pada tahun ini telah berlangsungnya kemuncak perayaan yang penuh dengan program maksiat telah diadakan secara besar-besaran sempena ketibaan alaf baru. Kita dapat saksikan bagaimana bulan Ramadhan tidak lagi dihormati sehingga muda-mudi Islam sendiri turut hanyut dengan pakaian yang menjolok mata, hiburan yang melekakan daripada artis tempatan dan luar negara yang dijemput khas, minuman arak dan sebagainya. Pemimpin yang mengaku Islam memberikan jawapan yang begitu dangkal dan memualkan apabila ditanya tentang perkara ini yang boleh diadakan secara terbuka di sebuah negara yang tertera di dalam perlembagaannya Islam sebagai agama rasmi. Beliau mengatakan bahawa pihak pemerintah tidak boleh menyekat agensi atau syarikat yang menganjurkan program maksiat ini kerana permit telah diluluskan dan persiapan telah dilakukan. Inilah dia apabila keuntungan material menjadi tunjang pemerintahan menyebabkan aqidah dan perkara agama hanya dianggap perkara biasa sahaja. Sebuah agensi atau syarikat yang hanya dikuasai oleh beberapa individu sahaja tidak mampu disekat oleh sebuah kerajaan yang memerintah negara dalam menghina kehormatan Islam sebagai agama rasmi negara sedangkan sebuah negeri yang didokong oleh sebahagian besar rakyatnya yang mahu menjalankan perundangan Islam boleh diambil tindakan jika menjalankannya. Di manakah letaknya takrif Islam sebagai agama rasmi dan kebebasan beragama sebagaimana yang dijamin oleh perlembagaan negara. Inilah yang perlu difikirkan bersama kerana insya Allah alaf baru ini akan menyaksikan alaf kemenangan Islam dan juga menpertahankan kemenangan yang telah dicapai serta mengisi kemenangan yang dianugerahkan oleh Allah.Pada penghujung abad lalu telah menyaksikan kebangkitan seluruh
umat Islam setelah mereka berada dalam kegelapan jahiliah dan kezaliman sistem ciptaan manusia dengan jatuhnya Khilafah Uthmaniah Turki pada tahun 1924 yang lalu. Dunia telah menyaksikan penderitaan dan pencabulan hak asasi di negara-negara umat Islam yang hanya merupakan masyarakat minoriti secara silih berganti dan bagaikan tiada kesudahan. Insya Allah kedatangan alaf baru ini mampu memberi sinar kebahagiaan kepada seluruh umat Islam dengan kemenangan yang bakal dicapai dengan izin Allah.
Sidang Jumaat yang dihormati
Dalam mencapai kemenangan dan juga mempertahankan kemenangan maka perkara utama yang mesti ditekankan ialah masalah aqidah kerana tanpa aqidah atau keimanan yang kukuh kepada Allah dan janjiNya maka umat Islam akan terus dihina oleh Allah. Rasulullah s.a.w sendiri ketika memulakan dakwah di kota Mekah sebelum terbinanya daulah Islamiah di Madinah telah menerapkan masalah aqidah sehingga umat Islam pada masa itu mampu tunduk dan patuh kepada setiap arahan daripada Allah dan rasulNya tanpa banyak dalih.
Kita juga dapat melihat bagaimana di dalam al-Quran banyak menekankan masalah aqidah kerana tanpa aqidah yang kukuh maka umat Islam tidak mampu melawan arus jahiliah yang semakin kuat bergelora. Seperti nasihat Lokmanul Hakim kepada anaknya dalam ayat 13 surah Luqman :
ﻢﻴﻈﻋ ﻢﻠﻈﻟ ﻙﺮﺸﻟﺍ ﻥﺇ ﷲﺎﺑ ﻙﺮﺸﺗ ﻻ ﻲﻨﺒﻳ ﻪﻈﻌﻳ ﻮﻫﻭ ﻪﻨﺑﻻ ﻥﺎﻤﻘﻟ ﻝﺎﻗ ﺫﺇﻭ
.
Maksudnya : Dan ingatlah ketika Luqman berkata kepada anaknya di waktu ia memberi pengajaran kepadanya : “ Wahai anakku! Janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah benar-benar kezaliman yang besar”.
Perkara aqidah ini perlu ditekankan dalam setiap diri umat Islam agar mereka mampu menghadapi setiap ujian dan rintangan yang mendatang samada secara luaran mahu pun dalaman. Dengan aqidah yang kukuh akan memudahkan umat Islam untuk membezakan antara kebenaran dan keadilan Islam dengan kesesatan dan kezaliman sistem ciptaan manusia.Ramai umat Islam pada hari ini mampu menghadapi serangan melalui senjata tetapi ramai dikalangan mereka yang tewas dan terkeliru apabila berdepan dengan serangan ideologi dan ramai lagi yang gugur apabila diuji dengan kemewahan dunia terutama golongan pemimpin.
Ingatlah sabda Rasulullah sa.w :
ﺎﻤﻛ ﺎﻴﻧﺪﻟﺍ ﻢﻜﻴﻠﻋ ﻂﺴﺒﺗ ﻥﺃ ﻢﻜﻴﻠﻋ ﻰﺸﺧﺃ ﻦﻜﻟﻭ ﻢﻜﻴﻠﻋ ﻰﺸﺧﺃ ﺮﻘﻔﻠﻟ ﷲﺍﻭ
ﻦﻣ ﻰﻠﻋ ﺖﻄﺴﺑ
ﻢﻬﺘﻜﻠﻫﺃ ﺎﻤﻛ ﻢﻜﻜﻠﻬﺘﻓ ﺎﻫﻮﺴﻓﺎﻨﺗ ﺎﻤﻛ ﺎﻫﻮﺴﻓﺎﻨﺘﻓ ﻢﻜﻠﺒﻗ ﻥﺎﻛ
Maksudnya : Demi Allah! Aku tidak bimbang kefakiran yang menimpa kamu tetapi apa yang aku bimbang ialah apabila dibentangkan kemewahan dunia sebagaimana yang telah dibentangkan kepada umat sebelum kamu maka kamu akan berbalah sebagimana mereka telah berbalah maka kamu akan dihancurkan sebagaimana dihancurkan umat sebelum kamu.
Kita pernah menyaksikan di dalam sejarah Islam di mana Kota Baghdad yang merupakan kota yang penuh dengan pembangunan dunia pada masa itu sehingga umat Islam terus leka dan alpa dan semangat jihad mereka mula hilang sehingga Allah menurunkan bala dengan serangan tentera Tatar dari Monngol. Dalam masa sekejap sahaja kerajaan Baghdad dihancurkan sehingga kitab-kitab dimusnahkan dengan dihumban ke dalam sungai Furat dan warna air sungai itu bertukar menjadi hitam dengan dakwat daripada kitab-kitab itu.Tetapi tidak berapa lama selepas itu tentera Tatar telah memeluk Islam apabila tertarik melihat kepada keelokan akhlak umat Islam yang masih terpelihara aqidahnya. Inilah merupakan antara peristiwa yang pelik di mana pemerintah memeluk agama orang yang diperintah tidak sebagaimana kebiasaan di mana orang diperintah akan memeluk agama pemerintah.
Begitu juga yang berlaku kepada kerajaan Islam di Andalus Sepanyol apabila mereka hanyut dengan kemewahan dunia dan aqidah rakyat kian terhakis manakala kekuatan kerajaan Kristian yang berdekatan bertambah kuat dan memulakan gerakan untuk menjatuhkan kerajaan Islam itu. Melihat ancaman daripada Kristian maka para pimpinan negara itu bermesyuarat dan seorang daripadanya mengatakan bahawa mereka perlu meminta bantuan daripada Yusuf Tashikin pemimpin negara Islam Muarabitin Afrika dalam menahan kemaraan Kristian.Apabila anak pimpinan itu bertanya masalah yang akan berlaku jika bantuan diterima daripada negara Islam Murabitin Afrika itu akan menyebabkan kerajaan Islam andalus Sepanyol ini akan dijajah oleh kerajaan itu maka dengan tegas pemimpin itu menjawab : Wahai anakku! Demi Allah tidak kedengaran sama sekali daripadaku selama-lamanya bahawa aku akan mengembalikan Andalus Sepanyol ini menjadi negara kafir dan aku juga tidak akan meninggalkannya secara mudah kepada Kristian kerana jika aku berbuat demikian seperti aku relah laknat Allah yang akan disebut oleh seluruh umat Islam di atas minbar-minbar sebagaimana yang telah berlaku kepada mereka selainku. Demi Allah aku lebih rela menjadi pengembala unta kepada Yusuf Tashikin pemimpin Islam Murabitin Afrika daripada aku menjadi pengembala babi kepada pemimpin Kristian.
Daripada hadis nabi s.a.w dan juga 2 kisah di atas maka bertambah yakinlah kita bagaimana masalah aqidah ini merupakan perkara asas dalam kehidupan sehingga ia akan menjaga kita daripada tersungkur ke lembah kehinaan.
ْﻲِﻜَﺤﻟﺍ ِﺮْﻛﱢﺬﻟﺍَﻭ ِﺕﺎَﻳﻵﺍ َﻦِﻣ ِﻪْﻴِﻓ ﺎَﻤِﺑ ْﻢُﻛﺎﱠﻳِﺇَﻭ ﻲِﻨَﻌَﻔَﻧَﻭ ِﻢْﻴِﻈَﻌﻟﺍ ِﻥﺁْﺮُﻘﻟﺍ ﻲِﻓ ْﻢُﻜَﻟَﻭ ْﻲِﻟ ُﷲﺍ َﻙَﺭﺎَﺑ
ﻲﱢﻨِﻣ َﻞﱠﺒَﻘَﺗَﻭ ِﻡ
ْﻲِﻈَﻌﻟﺍ َﷲﺍ ُﺮِﻔْﻐَﺘْﺳﺍَﻭ ُﻢْﻴِﻠَﻌﻟﺍ ُﻊْﻴِﻤﱠﺴﻟﺍ َﻮُﻫ ُﻪﱠﻧِﺇ ُﻪَﺗَﻭﻼِﺗ ْﻢُﻜْﻨِﻣَﻭ
ِﺕﺎَﻤِﻠْﺴُﻤﻟﺍَﻭ َﻦﻴْﻤِﻠِﺴْﻤُﻟﺍ ِﺮِﺋﺎَﺴِﻟَﻭ ْﻢُﻜَﻟَﻭ ْﻲِﻟ َﻡ
َﻦْﻴِﺒِﺋﺎﱠﺘﻟﺍ َﺓﺎَﺠَﻧ ﺎَﻳَﻭ َﻦْﻳِﺮِﻔْﻐَﺘْﺴُﻤﻟﺍ َﺯْﻮَﻓ ﺎَﻴَﻓ ُﻩْﻭُﺮِﻔْﻐَﺘْﺳﺎَﻓ ِﺕﺎَﻨِﻣْﺆُﻤﻟﺍَﻭ َﻦْﻴِﻨِﻣْﺆُﻤﻟﺍَﻭ
2. IKTIBAR PEPERANGAN UHUD
ﻢﻜﻴﻠﻋ ﻡﻼﺴﻟﺍ
َﺱْﺭَﺃ ْﻱِﺬﱠﻟﺍ ِﷲ ُﺪْﻤَﺤﻟﺍ
َﻥْﻮُﻛِﺮْﺸُﻤﻟﺍ َﻩِﺮَﻛ ْﻮَﻟَﻭ ِﻪﱢﻠُﻛ ِﻦْﻳﱢﺪﻟﺍ ﻰَﻠَﻋ ُﻩَﺮِﻬْﻈُﻴِﻟ ﱢﻖَﺤﻟﺍ ِﻦْﻳِﺩَﻭ ﻯَﺪُﻬﻟﺎِﺑ ُﻪَﻟْﻮُﺳَﺭ َﻝ
َﺏَﻭ ْﻢﱢﻠَﺳَﻭ ﱢﻞَﺻ ﱠﻢُﻬّﻠﻟﺍ ُﻪُﻟْﻮُﺳَﺭَﻭ ُﻩُﺪْﺒَﻋ ﺍًﺪﱠﻤَﺤُﻣ ﺎَﻧَﺪﱢﻴَﺳ ﱠﻥَﺃ ُﺪَﻬْﺷَﺃَﻭ ُﷲﺍ ﻻِﺇ َﻪﻟِﺇﻻ ْﻥَﺃ ُﺪَﻬْﺷَﺃ
ﺎَﻧِﺪﱢﻴَﺳ َﻰﻠَﻋ ْﻙِﺭﺍ
ِﻦْﻳﱢﺪﻟﺍ ِﻡْﻮَﻳ ﻰَﻟِﺇ ٍﻥﺎَﺴْﺣِﺈِﺑ ْﻢُﻬَﻌِﺒَﺗ ْﻦَﻣَﻭ ِﻪِﺑﺎَﺤْﺻَﺃَﻭ ِﻪِﻟﺁ ﻰَﻠَﻋَﻭ ٍﺪﱠﻤَﺤُﻣ
…
ُﺪْﻌَﺑ ﺎﱠﻣَﺃ
...
ِﷲﺍ َﺩﺎَﺒِﻋ ﺎَﻴَﻓ
!
ﺍْﻮُﻘﱠﺗﺍ
َﻥْﻮُﻤِﻠْﺴُﻣ ْﻢُﺘْﻧَﺃَﻭ ﻻِﺇ ﱠﻦُﺗُْﻮَﻤﺗﻻَﻭ ِﻪِﺗﺎَﻘُﺗ ﱠﻖَﺣ َﷲﺍ
…
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Janganlah kita hanya tahu mendengar sahaja perkataan taqwa serta menyebutnya sedangkan ia tidak menyerap ke dalam sanubari kita . Hitunglah diri kita setiap masa samada semakin hampir kepada Allah atau sebaliknya. Adakah amalan soleh kita semakin meningkat atau pun menurun….
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
ﷲﺍ ﻞﻴﺒﺳ ﻦﻋ ﺍﻭﺪﺼﻴﻟ ﻢﻬﻟﺍﻮﻣﺃ ﻥﻮﻘﻔﻨﻳ ﺍﻭﺮﻔﻛ ﻦﻳﺬﻟﺍ ﻥﺇ
,
ﻑ
ﻢﺛ ﺓﺮﺴﺣ ﻢﻬﻴﻠﻋ ﻥﻮﻜﺗ ﻢﺛ ﺎﻬﻧﻮﻘﻔﻨﻴﺳ
ﻥﻮﺒﻠﻐﻳ
Maksudnya : Sesungguhnya orang2 kafir itu menafkahkan harta mereka untuk menghalangi jalan Allah. Mereka akan menafkahkan harta itu kemudian ia menjadi penyesalan bagi mereka dan mereka akan dikalahkan dan ke dalam neraka jahannam mereka akan dikumpulkan.
Kini kita berada di permulaan bulan Zulkaedah dan dengan ini juga kita telah meninggalkan bulan Syawal yang turut mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Berlalunya Syawal adalah sebagaimana berlalunya Ramadhan yang lepas. Adakah kita akan berjumpa lagi dengan Ramadahan dan Syawal yang akan datang hanyalah Allah yang mengetahuinya. Beruntunglah bagi mereka yang telah berjaya menunaikan kewajipan berpuasa pada bulan Ramadhan dan diikuti pula dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal lalu dalam keadaan penuh keinsafan dan keikhlasan kepada Allah. Semoga segala amalan itu diterima oleh Allah dan juga mampu membina diri kita ke arah yang lebih baik dari tahun dan hari sebelumnya.
Jika pada bulan Ramadhan yang lepas sejarah Islam pernah menyaksikan beberapa peristiwa yang penting seperti peperangan Badar al-Kubra dan juga pembukaan Kota Mekah maka bulan Syawal yang baru lalu juga turut merakamkan peristiwa bersejarah yang mana kita semua patut ambil iktibar daripadanya. Antara peristiwa yang besar yang berlaku pada bulan Syawal ini ialah peperangan Hunain, peperangan Uhud dan juga peperangan Ahzab atau pun Khandak. Peperangan ini merupakan antara peperangan yang besar yang disertai oleh Rasulullah s.a.w sendiri. Penglibatan baginda dalam peperangan-peperangan ini memberi satu peringatan dan gambaran yang bermakna kepada kita semua bahawa perjuangan di dalam meninggikan kalimah Allah adalah wajib dan mesti menempuh pelbagai rintangan dan halangan.Perjuangan ini tidak dihamparkan dengan permaidani indah tetapi menuntut kepada tumpahnya darah sebagai tanda tunduk dan patuh kepada Allah. Tanyalah diri kita sejauh manakah tahap perjuangan dan sumbangan kita ke arah memastikan Islam menjadi agama yang memerintah bukannya diperintah. Berapa banyakkah harta kita yang disumbangkan untuk Islam dan berapa banyakkah peluh kita yang mengalir demi menjaga kemurnian Islam daripada dinoda oleh musuh-musuh yang sentiasa memeranginya.
Walau pun Syawal telah berlalu namun tidak terlewat pada hari ini untuk kita sama-sama merenungi dan mengambil iktibar daripada peristiwa peperangan Uhud yang berlaku pada pertengahan bulan Syawal tahun ketiga Hijrah iaitu setahun selepas peperangan Badar yang berlaku pada bulan Ramadhan tahun kedua hijrah. Peperangan ini meletus akibat daripada perasaan marah dan benci para kafir musyrikin terhadap kejayaan tentera Islam ketika peperangan Badar al-Kubra yang lalu. Mereka telah menghimpunkan bala tentera
seramai 3000 orang untuk menyerang umat Islam. Rasulullah s.a.w telah menerima berita tentang kemaraan tentera kafir musyrikin itu melalui al-Abbas bin Abdul Muttalib. Baginda terus mengadakan satu mesyuarat dan telah memberitahu bahawa sebelum ini baginda telah bermimpi dengan suatu yang baik iaitu telah menyembelih seekor lembu yang bermaksud beberapa orang sahabat akan gugur syahid, kedua mata pedang Rasulullah s.a.w berlubang bermaksud ahli keluarga baginda sendiri ada yang turut gugur syahid dan yang ketiga Rasulullah s.a.w telah memasukkan tangan ke dalam baju rantai yang kukuh yang bermaksud bahawa Madinah akan terus dapat dipertahankan. Ini menunjukkan kepada kita bagaimana mati syahid di medan peperangan merupakan satu kemenangan dan anugerah Allah yang mana bukannya boleh diperolehi dengan mudah dengan hanya semata-mata turut serta dalam peperangan maka kita akan mati syahid. Berapa ramai para sahabat dan pejuang Islam yang turun ke medan jihad untuk menentang musuh tetapi mereka tidak gugur syahid sebagaimana yang yang dicita-citakan sebelum menuju ke medan perang. Sayyidina Khalid al-Walid sendiri yang merupakan antara panglima perang Islam yang agung selepas keislamannya walau pun dalam dalam peperangan Uhud ini dia masih belum Islam malah menjadi panglima tentera berkuda bagi pihak musyrikin di mana pada saat kematiaannya pernah menempelak mereka yang takut untuk turun ke medan jihad kerana takut mati dengan kata-katanya : Sesungguhnya begitu penakut dan bacul bagi mereka yang takut untuk berjihad di medan peperangan kerana takut kepada kematian sedangkan aku sendiri telah melalui beratus-ratus peperangan dan setiap kali aku turun berjihad aku begitu mengharapkan agar memperolehi mati syahid namun pada hari ini aku hanya mengakhiri kehidupanku di atas katil di rumahku sahaja.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Kemudian pada hari Jumaat Rasulullah s.a.w telah memberi semangat yang bersungguh-sungguh kepada setiap umat Islam sehingga ucapan itu menyemarakkan lagi semangat jihad dalam sanubari umat Islam.Rasulullah s.a.w telah mengatur strategi yang terbaik di dalam menghadapi kemaraan musuh. Kedua-dua tentera ini bertembung dan bertempur dalam satu pertempuran yang hebat dan pada permulaannya tentera Islam telah mencapai kemenangan walau pun Sayyidina Hamzah bin Abdul Muttalib iaitu bapa saudara nabi sendiri yang digelar Asadullah telah gugur syahid terkena panah yang dilontar oleh seorang hamba abdi yang bernama Wasyi bin Harb. Begitu juga apa yang berlaku kepada Hanzalah bin Abu ‘Amir yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan di mana setelah mendengar panggilan jihad dia terus meninggalkan isteri yang baru dikahwini semata-mata menyahut seruan jihad tersebut. Dia ditemui telah gugur syahid dan didapati mayatnya basah
seperti dimandikan Apabila diberitahu Rasullullah s.a.w akan perkara ini lalu baginda memberitahu bahawa mayatnya telah dimandikan oleh para malaikat kerana turunnya dia ke medan jihad dalam keadaan berjunub.Inilah dia erti pengorbanan dan perjuangan yang ditunjukkan oleh para sahabat dalam memastikan keagungan Islam terus dipertahankan sehingga mereka sanggup mengorbankan atau mengenepikan kepentingan peribadi demi Islam. Perjuangan mereka ini janganlah hanya sekadar diketahui dan disebut-sebut sahaja sedangkan kita yang berada di zaman di mana Islam diserang dari pelbagai pihak dalaman dan luaran mestilah lebih meningkatkan usaha dalam memastikan kemenangan Islam sehingga tercapainya kemenangan itu bersama-sama dengan keredhaan Allah. Jangan kita hanya tahu kata jihad tetapi tidak serius dalam melihat dan mendengar hukum Allah dicaci, Sunnah nabi dimaki, para ulama’ dikeji, masjid-masjid dicemari dan dikunci daripada dihidupkan serta maruah umat Islam dikotori dengan najis maksiat yang jijik dan membahayakan aqidah.
Kemenangan peringkat pertama yang dicapai itu hanya sementara sahaja akibat daripada kelalaian tentera pemanah yang meninggalkan tempat mereka apabila tidak tahan sabar melihat para tentera Islam yang lain memungut harta rampasan dan mereka terlalu yakin bahawa tentera Islam telah pun menang. Khalid ibnu Walid di mana merupakan panglima berkuda di puak musyrikin telah mengambil tindakan dengan melakukan serangan mengejut terhadap tentera Islam setelah melihat tentera pemanah telah berkurangan. Sedangkan strategi yang diatur oleh Rasulullah s.a.w yang menempatkan tentera pemanah di atas bukit itu amat tepat dan telah berjaya mematah beberapa serangan daripada tentera musuh sebelum ini.Akibat daripada tidak patuhnya mereka terhadap perintah Rasulullah s.a.w menyebabkan mereka ditimpa musibah secara segera di mana tentera musuh yang memang menunggu saat untuk menyerang balas kini telah menggunakan peluang yang terbuka ini dengan sebaiknya. Serangan ini telah menyebabkan berlakunya kacau bilau dan Rasulullah s.a.w sendiri cedera. Tentera musyrikin turut menyampaikan berita palsu bahawa Rasulullah s.a.w telah mati dan ini menambahkan lagi kekalutan dalam tentera Islam. Dalam suasana yang kucar kacir inilah , Ka’ab bin Malik telah terpandang diri Rasulullah sa.w lalu dia melaungkan bahawa Rasulullah s.a.w masih hidup. Laungan ini menaikkan semula semangat tentera Islam. Selepas itu Rasulullah s.aw telah mengumpul 30 orang para sahabat dan menuju ke suatu teluk di bukit Uhud bagi mengatur tindakan yang baru dalam menghadapi musuh. Cara yang diambil ini telah berjaya menghalang kemaraan musuh walau pun cuba dihalang oleh Abu Sufian dan Khalid ibnu Walid dan tentera musyrikin.Setelah gagal menghancurkan kekuatan tentera Islam lalu tentera musyrikin beralih tumpuan mereka kepada mayat tentera Islam yang telah gugur syahid di mana mereka telah menyincang dan mengelar mayat itu dengan penuh perasaan marah dan
benci termasuklah mayat Sayyidina Hamzah bin Abdul Muttalib yang dibelah perutnya oleh Hindun binte’Utbah untuk mengambil hatinya lalu dikunyah penuh dengan kebenciaan tetapi dia akhirnya tidak berjaya menelannya sebaliknya telah membuangnya semula daripada mulutnya.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Antara kejadian yang menarik sepanjang peperangan Uhud ini ialah apabila seorang kafir yang bernama ‘Amru bin Thabit di mana sebelum ini telah diajak kepada Islam tetapi dia enggan. Tiba-tiba dalam peperangan ini dia telah dijumpai dalam keadaan nazak dan apabila ditanya tentang sebab dia turut berperang lalu dia menjawab bahawa dia telah beriman kepada Allah dan rasulNya. Apabila diberitahu kepada Rasulullah s.a.w tetang perkara in lalu bagnda menjawab : Dia masuk Syurga.
Satu lagi peristiwa iaitu yang berlaku kepada Qazman di mana dia berperang dipihak Islam dan berjaya membunuh tujuh atau lapan orang kafir. Dia dijumpai dalam keadaan luka parah kemudian dibawa pulang kerumahnya. Dia memberitahu bahawa dia berperang kerana mempertahankan kaum bangsanya. Oleh kerana dia tidak tertahan dengan kesakitan yang dihadapi lalu dia telah membunun diri. Apabila Rasulullah s.a. w diberitahu mengenai perkara ini lalu baginda bersabda : Dia masuk neraka.
Oleh itu kita sebagai umat Islam yang mengaku beriman dan patuh kepada Allah dan rasulNya mestilah ikhlas dan yakin kepada janji Allah dalam perjuangan mengembalikan Khilafah Islamiah yang telah lama hilang.Perjuangan kita mestilah berteraskan aqidah Islam yang sebenar bukannya berdasarkan bangsa semata-mata.
Walau pun pada peringkat kedua dalam peperangan ini tentera Islam tidak berjaya malah seramai 70 orang telah gugur Syahid namun tentera musuh tidak berjaya mara untuk menawan Madinah dan membunuh Rasulullah s.a.w. Abu Sufian tidak berpuas hati dengan keputusan yang dicapai kerana kekuatan Islam masih kuat dan beliau cuba menyerang Madinah tetapi tindakan itu terpaksa ditarik balik apabila mendapat tahu bahawa tentera Islam kini sedang bersiap sedia untuk menyerang semula. Kehebatan dan kepantasan Rasulullah s.a.w dalam mengatur strategi dan taktik dalam peperangan memberi gambaran jelas jepada kita semua bagaimana tugas nabi bukan hanya tertakluk kepada imam sembahyang dan pendakwah sahaja tetapi turut meliputi aspek pemerintahan malah peperangan dalam memastikan kalimah Allah terus berada di tempat yang tertinggi. Inilah dia peranan sebenar ulama’ yang dikatakan pewaris para nabi maka kerja mereka bukan sahaja pada tempat ibadat tetapi turut memainkan peranan penting dalam pentadbiran dan juga tunjuk ajar dalam urusan dunia sehingga wujudnya masyarakat yang bukan sahaja taat
kepada Allah ketika beribadat khusus tetapi turut patuh dan tunduk pada hukum Allah dalam menjalankan kehidupan seharian. Ulama’ bukan sahaja berperanan untuk mengajar dan membimbing masyarakat setempat sahaja tetapi mesti memainkan peranan penting untuk menegur pemimpin negara yang tergelincir daripada syariat Islam. Malah yang lebih baik lagi ialah para ulama’ sendiri menjadi pemimpin kepada rakyat itu sendiri. Walaupun sedih dengan apa yang berlaku dalam peperangan Uhud ini tetapi Allah telah meniupkan semangat ke dalam sanubari umat Islam melalui ayat 104 surah an-Nisa’ :
ﻮﻨﻬﺗ ﻻﻭ
ﻡﻮﻘﻟﺍ ءﺎﻐﺘﺑﺍ ﻲﻓ ﺍ
,
ﻥﻮﻤﻟﺄﺗ ﺎﻤﻛ ﻥﻮﻤﻟﺄﻳ ﻢﻬﻧﺈﻓ ﻥﻮﻤﻟﺄﺗ ﺍﻮﻧﻮﻜﺗ ﻥﺇ
,
ﻻﺎﻣ ﷲﺍ ﻦﻣ ﻥﻮﺟﺮﺗﻭ
ﻥﻮﺟﺮﻳ
Maksudnya : Jangan kamu merasa hina (hilang semangat) memburu musuh kerana jika kamu merasa sakit mereka juga merasa sakit seperti kamu merasainya sedangkan kamu pula berharap kepada Allah apa yang mereka tidak harapkan.
ﺎَﺑ
ِﻢْﻴِﻜَﺤﻟﺍ ِﺮْﻛﱢﺬﻟﺍَﻭ ِﺕﺎَﻳﻵﺍ َﻦِﻣ ِﻪْﻴِﻓ ﺎَﻤِﺑ ْﻢُﻛﺎﱠﻳِﺇَﻭ ﻲِﻨَﻌَﻔَﻧَﻭ ِﻢْﻴِﻈَﻌﻟﺍ ِﻥﺁْﺮُﻘﻟﺍ ﻲِﻓ ْﻢُﻜَﻟَﻭ ْﻲِﻟ ُﷲﺍ َﻙَﺭ
ﻲﱢﻨِﻣ َﻞﱠﺒَﻘَﺗَﻭ
ْﻲِﻠَﻌﻟﺍ ُﻊْﻴِﻤﱠﺴﻟﺍ َﻮُﻫ ُﻪﱠﻧِﺇ ُﻪَﺗَﻭﻼِﺗ ْﻢُﻜْﻨِﻣَﻭ
ِﺕﺎَﻤِﻠْﺴُﻤﻟﺍَﻭ َﻦﻴْﻤِﻠِﺴْﻤُﻟﺍ ِﺮِﺋﺎَﺴِﻟَﻭ ْﻢُﻜَﻟَﻭ ْﻲِﻟ َﻢْﻴِﻈَﻌﻟﺍ َﷲﺍ ُﺮِﻔْﻐَﺘْﺳﺍَﻭ ُﻡ
َﻦْﻴِﺒِﺋﺎﱠﺘﻟﺍ َﺓﺎَﺠَﻧ ﺎَﻳَﻭ َﻦْﻳِﺮِﻔْﻐَﺘْﺴُﻤﻟﺍ َﺯْﻮَﻓ ﺎَﻴَﻓ ُﻩْﻭُﺮِﻔْﻐَﺘْﺳﺎَﻓ ِﺕﺎَﻨِﻣْﺆُﻤﻟﺍَﻭ َﻦْﻴِﻨِﻣْﺆُﻤﻟﺍَﻭ
3. HIJRATURRASUL DAN DAULAH ISLAMIAH
ﻚﻴﻠﻋ ﻡﻼﺴﻟﺍ ﻡ
ُﻢﻟﺍ َﻩِﺮَﻛ ْﻮَﻟَﻭ ِﻪﱢﻠُﻛ ِﻦْﻳﱢﺪﻟﺍ ﻰَﻠَﻋ ُﻩَﺮِﻬْﻈُﻴِﻟ ﱢﻖَﺤﻟﺍ ِﻦْﻳِﺩَﻭ ﻯَﺪُﻬﻟﺎِﺑ ُﻪَﻟْﻮُﺳَﺭ َﻞَﺳْﺭَﺃ ْﻱِﺬﱠﻟﺍ ِﷲ ُﺪْﻤَﺤﻟﺍ
َﻥْﻮُﻛِﺮْﺷ
ﱢﻞَﺳَﻭ ﱢﻞَﺻ ﱠﻢُﻬّﻠﻟﺍ ُﻪُﻟْﻮُﺳَﺭَﻭ ُﻩُﺪْﺒَﻋ ﺍًﺪﱠﻤَﺤُﻣ ﺎَﻧَﺪﱢﻴَﺳ ﱠﻥَﺃ ُﺪَﻬْﺷَﺃَﻭ ُﷲﺍ ﻻِﺇ َﻪﻟِﺇﻻ ْﻥَﺃ ُﺪَﻬْﺷَﺃ
ﺎَﻧِﺪﱢﻴَﺳ َﻰﻠَﻋ ْﻙِﺭﺎَﺑَﻭ ْﻡ
ِﻦْﻳﱢﺪﻟﺍ ِﻡْﻮَﻳ ﻰَﻟِﺇ ٍﻥﺎَﺴْﺣِﺈِﺑ ْﻢُﻬَﻌِﺒَﺗ ْﻦَﻣَﻭ ِﻪِﺑﺎَﺤْﺻَﺃَﻭ ِﻪِﻟﺁ ﻰَﻠَﻋَﻭ ٍﺪﱠﻤَﺤُﻣ
…
ُﺪْﻌَﺑ ﺎﱠﻣَﺃ
...
ِﷲﺍ َﺩﺎَﺒِﻋ ﺎَﻴَﻓ
!
ﺍْﻮُﻘﱠﺗﺍ
َﻥْﻮُﻤِﻠْﺴُﻣ ْﻢُﺘْﻧَﺃَﻭ ﻻِﺇ ﱠﻦُﺗُْﻮَﻤﺗﻻَﻭ ِﻪِﺗﺎَﻘُﺗ ﱠﻖَﺣ َﷲﺍ
…
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Janganlah kita hanya tahu mendengar sahaja perkataan taqwa serta menyebutnya sedangkan ia tidak menyerap ke dalam sanubari kita . Hitunglah diri kita setiap masa samada semakin hampir kepada Allah atau sebaliknya. Adakah amalan soleh kita semakin meningkat atau pun menurun….
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
ﺍﻭﺮﻔﻛ ﻦﻳﺬﻟﺍ ﻚﺑ ﺮﻜﻤﻳ ﺫﺇﻭ
ﺮﻴﺧ ﷲﺍﻭ ﷲﺍ ﺮﻜﻤﻳﻭ ﻥﻭﺮﻜﻤﻳﻭ ﻙﻮﺟﺮﺨﻳ ﻭﺃ ﻙﻮﻠﺘﻘﻳ ﻭﺃ ﻙﻮﺘﺒﺜﻴﻟ
ﻦﻳﺮﻜﻤﻟﺍ
.
Maksudnya : Dan (ingatlah), ketika orang-orang kafir (quraisy) memifirkan sedaya upaya terhadapmu untuk menangkap dan memenjarakanmu atau membunuhmu atau pun mengusirmu. Mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. Dan Allah sebaik-baik Pembalas tipu daya.
Hari ini genaplah 9 hari kita berada di tahun baru 1421 hijrah dan esok merupakan hari Asyura di mana kita disunatkan berpuasa. Kedatangan Muharram bukan sahaja mengingatkan
kita kepada peristiwa Hijrah tetapi turut mengimbas kembali kepada tiga peristiwa penting dalam sejarah Islam iaitu pada 10 Muharram merupakan hari diselamatkan nabi Musa a.s dan pengikut setia daripada musuh mereka Fir’aun di mana Fir’aun dan bala tenteranya ditenggelamkan oleh Allah di dalam Laut Merah. Pada awal Muharram pula mengingatkan kita bagaimana Sayyidina Umar al-Khottab menghembuskan nafasnya yang terakhir selepas cedera parah ditikam oleh Abu Lu’luah seorang Majusi dan pada 10 Muharram juga merakamkan satu lagi peristiwa yang begitu sedih iaitu terbunuhnya Sayyidina Husin bin Ali iaitu cucu Rasulullah s.a.w di Karbala. Cucu yang dibelai dan dimanjakan oleh Rasulullah s.a.w ini bukan sahaja dibunuh bersama dengan ahli keluarganya yang lain malah Syiah Kufah yang menjadi dalang kepada pembunuhan ini telah memenggalkan kepada cucu Rasulullah s.a.w yang mulia ini tanpa belas kasihan.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah
Belum terlewat untuk kita sama-sama merenung beberapa pengajaran dan juga hikmat daripada penghijrahan Rasulullah s.a.w dari Kota Mekah ke Kota Madinah bagi mendirikan Daulah Islamiah yang menjamin Islam mampu dilaksanakan dalam setiap aspek kehidupan bukannya pada sudut ibadat khusus seperti sembahyang, puasa, zakat dan haji sahaja. Pemilihan Kota Madinah yang dulu dikenali sebagai Yathrib merupakan satu wahyu bukannya hasil daripada kehendak Rasulullah s.a.w sendiri. Antara hikmat yang memerlukan kepada berlakunya penghijrahan ini adalah bagi mematahkan tohmahan musuh Islam bahawa nabi Muhammad s.a.w bukanlah seorang yang mulia malah baginda dimuliakan oleh Mekah itu sendiri yang merupakan kota yang telah didoakan oleh nabi Ibrahim dan anaknya nabi Ismail agar diberkati dan dirahmati oleh Allah. Oleh itu bagi menafikan dakwaan yang sesat ini maka Rasulullah s.a.w perlu berhijrah ke Madinah lalu apabila berada di sana Rasulullah s.a.w telah berdoa agar Madinah diberkati dan dirahmati sebagaimana Allah merahmati dan memberkati bumi Mekah. Sehingga sekarang bumi Madinah di mana merupakan tempat disemadikan jasad Rasulullah s.a.w terus dilimpahi rahmat dan berkat yang menunjukkan bahawa diri Rasulullah s.a.w itu sendiri mempunyai kemuliaan sebagai rasul akhir zaman.
Sidang Jumaat yang dihormati
Jika penghijrahan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w ke Madinah hanya semata-mata mahu lari daripada disiksa dan dihina maka cukup sekadar umat Islam berhijrah ke Habsyah sebagaimana sebelum ini. Ini menunjukkan kepada kita bahawa penghijrahan ini mempunyai misi dan matlamatnya yang lebih besar iaitu terdirinya Daulah Islamiah. Ini dapat kita lihat kepada beberapa perancangan dan strategi sebelum hijrah dan semasa hijrah yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Sebelum diperintahkan oleh Allah supaya berhijrah, Rasulullah s.a.w telah melakukan bai’ah janji setia dengan penduduk Madinah yang datang ke Mekah. Bai’ah ini dilakukan 2 kali yang di namakan bai’ah Aqabah pertama dan kedua. Di dalam bai’ah taat setia ini terutama bai’ah yang kedua telah disentuh masalah jihad dan jaminan keselamatan terhadap diri Rasulullah s.a.w apabila berhijrah nanti.Kemudian baginda telah menghantar Mus’aib bin Umair bagi mengajar al-Quran dan berdakwah di samping melantikan naqib-naqib daripada kalangan wakil daripada Madinah itu sendiri untuk tujuan dakwah. Inilah antara perancangan yang rapi sebelum berlakunya hijrah.
Perancangan yang dilakukan semasa proses hijrah pula bagaimana Rasulullah s.a.w keluar berhijrah pada malam hari disamping telah membahagi tugas-tugas yang penting kepada setiap individu yang dipercayai mengikut kemampuan mereka di mana Sayyidina Ali diminta agar tidur ditempat tidur Rasulullah s.a.w dan menyerahkan semula harta-harta orang kafir yang dimanahkan kepada baginda sebelum ini. Inilah ia sifat orang kafir yang meyakini kejujuran Rasulullah s.a.w sehingga barangan mereka disimpan di rumah baginda tetapi mereka tidak percaya baginda sebagai nabi. Begitulah juga yang berlaku pada kita hari ini di mana ramai yang mempercayai kejujuran para ulama’ tetapi masih was-was tentang kelayakan ulama’ sebagai pemimpin. Disamping itu baginda juga telah menyuruh agar pembantu Sayyidina Abu Bakar iaitu ‘Amir bin Fuhairah agar menjaga kambing sekitar kawasan gua Thur tempat Rasulullah s.a.w bersembunyi supaya kesan tapak kaki mereka berdua dapat dihilangkan. Manakala Asma binte Abu Bakar pula bertugas untuk menghantar makanan sepanjang mereka berdua berada di dalam gua tersebut. Manakala Abdullah bin Abu Bakar ditugaskan untuk mencari maklumat terbaru yang berlaklu di kalangan kafir Quraisy tentang usaha mereka untuk menagkap Rasulullah s.a.w. Sepanjang hijrah juga mereka berdua menggunakan jalan yang lain daripada kebiasannya sehingga terpaksa mengupah seorang kafir yang diyakini amanahnya yang bernama Abdullah bin ‘Uraiqit bagi memandu perjalanan mereka ke Madinah. Ini menunjukkan kepada kita bahawa kita boleh meminta pertolongan daripada orang bukan Islam selagimana ia tidak membantut pelaksanaan Islam itu sendiri. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Melihat kepada perancangan dan strategi yang diatur ini maka lebih meyakinkan kita bagaimana penghijrahan nabi ke Madinah bukan semata-mata untuk berdakwah dan kemudahan untuk beribadat tetapi untuk mendirikan Daulah Islamiah yang membolehkan Islam menjadi pemerintah. Jika sekadar untuk berdakwah maka Rasulullah s.a.w tidak perlu membuat perancangan yang begitu rapi dan tersusun malah apabila tiba di sana masyakat Madinah telah mempunyai calon pemimpinnya yang tersendiri iaitu Abdullah bin Ubai. Jika kedatangan Rasulullah s.a.w bukan untuk mendirikan Daulah Islamiah maka tidak perlu baginda menjadi pemimpin sebaliknya cukup sekadar melantik Abdullah bin Ubai sebagai pemimpin Madinah dan baginda sendiri bertindak sebagai pendakwah atau orang yang bertanggungjawab dalam kementerian agama yang ditubuh. Dan jika dikatakan bahawa Rasullah s.a.w berjaya menjadi pemimpin kerana atas nasib semata-mata sedangkan kedudukan itu bukanlah penting untuk penyebaran dan pelaksanaan Islam maka Rasulullah s.a.w tidak perlu berhijrah tetapi cukup sekadar berada di Mekah dan menerima tawaran untuk menjadi raja Mekah dengan syarat tidak melaksanakan Islam sebagaimana yang ditawarkan oleh pemimpin kafir Quraisy. Apa yang kita lihat daripada peristiwa hijrah ini bermula dengan perancangan dan pelaksanaannya menunjukkan kepada kita bahawa politik dan pemerintah serta kewajipan mendirikan daulah Islamiah yang memastikan Islam terlaksana sepenuhnya merupakan perkara yang terlibat dengan aqidah bukannya perkara main-main.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah
Firman Allah dalam ayat 111 surah Hud
ﻢﻜﺑﻮﻠﻗ ﻦﻴﺑ ﻒﻟﺄﻓ ءﺍﺪﻋﺃ ﻢﺘﻨﻛ ﺫﺇ ﻢﻜﻴﻠﻋ ﷲﺍ ﺖﻤﻌﻧ ﺍﻭﺮﻛﺫﺍﻭ ﺍﻮﻗﺮﻔﺗ ﻻﻭ ﺎﻌﻴﻤﺟ ﷲﺍ ﻞﺒﺤﺑ ﺍﻮﻤﺼﺘﻋﺍﻭ
ﻢﻜﻠﻌﻟ ﻪﺘﻳﺁ ﻢﻜﻟ ﷲﺍ ﻦﻴﺒﻳ ﻚﻟﺬﻛ ﺎﻬﻨﻣ ﻢﻛﺬﻘﻧﺄﻓ ﺭﺎﻨﻟﺍ ﻦﻣ ﺓﺮﻔﺣ ﺎﻔﺷ ﻰﻠﻋ ﻢﺘﻨﻛﻭ ﺎﻧﺍﻮﺧﺇ ﻪﺘﻤﻌﻨﺑ ﻢﺘﺤﺒﺻﺄﻓ
ﻥﻭﺪﺘﻬﺗ
.
Maksudnya : Dan berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah (Islam) dan janganlah kamu bercerai berai. Dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu(masa jahiliah) bermusuh-musuhan maka Allah menyatukan hati-hati kamu lalu menjadi kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang yang bersaudara. Dan kamu telah berada di tepi jurang neraka lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk.
ْﻲِﻜَﺤﻟﺍ ِﺮْﻛﱢﺬﻟﺍَﻭ ِﺕﺎَﻳﻵﺍ َﻦِﻣ ِﻪْﻴِﻓ ﺎَﻤِﺑ ْﻢُﻛﺎﱠﻳِﺇَﻭ ﻲِﻨَﻌَﻔَﻧَﻭ ِﻢْﻴِﻈَﻌﻟﺍ ِﻥﺁْﺮُﻘﻟﺍ ﻲِﻓ ْﻢُﻜَﻟَﻭ ْﻲِﻟ ُﷲﺍ َﻙَﺭﺎَﺑ
ﻲﱢﻨِﻣ َﻞﱠﺒَﻘَﺗَﻭ ِﻡ
َﺲِﻟَﻭ ْﻢُﻜَﻟَﻭ ْﻲِﻟ َﻢْﻴِﻈَﻌﻟﺍ َﷲﺍ ُﺮِﻔْﻐَﺘْﺳﺍَﻭ ُﻢْﻴِﻠَﻌﻟﺍ ُﻊْﻴِﻤﱠﺴﻟﺍ َﻮُﻫ ُﻪﱠﻧِﺇ ُﻪَﺗَﻭﻼِﺗ ْﻢُﻜْﻨِﻣَﻭ
ِﺕﺎَﻤِﻠْﺴُﻤﻟﺍَﻭ َﻦﻴْﻤِﻠِﺴْﻤُﻟﺍ ِﺮِﺋﺍ
4. PERISTIWA AR-RAJI’
ﻢﻜﻴﻠﻋ ﻡﻼﺴﻟﺍﻝﺎِﺑ ُﻪَﻟْﻮُﺳَﺭ َﻞَﺳْﺭَﺃ ْﻱِﺬﱠﻟﺍ ِﷲ ُﺪْﻤَﺤﻟﺍ
َﻥْﻮُﻛِﺮْﺸُﻤﻟﺍ َﻩِﺮَﻛ ْﻮَﻟَﻭ ِﻪﱢﻠُﻛ ِﻦْﻳﱢﺪﻟﺍ ﻰَﻠَﻋ ُﻩَﺮِﻬْﻈُﻴِﻟ ﱢﻖَﺤﻟﺍ ِﻦْﻳِﺩَﻭ ﻯَﺪُﻫ
َﺏَﻭ ْﻢﱢﻠَﺳَﻭ ﱢﻞَﺻ ﱠﻢُﻬّﻠﻟﺍ ُﻪُﻟْﻮُﺳَﺭَﻭ ُﻩُﺪْﺒَﻋ ﺍًﺪﱠﻤَﺤُﻣ ﺎَﻧَﺪﱢﻴَﺳ ﱠﻥَﺃ ُﺪَﻬْﺷَﺃَﻭ ُﷲﺍ ﻻِﺇ َﻪﻟِﺇﻻ ْﻥَﺃ ُﺪَﻬْﺷَﺃ
ﺎَﻧِﺪﱢﻴَﺳ َﻰﻠَﻋ ْﻙِﺭﺍ
ﻰَﻠَﻋَﻭ ٍﺪﱠﻤَﺤُﻣ
ِﻦْﻳﱢﺪﻟﺍ ِﻡْﻮَﻳ ﻰَﻟِﺇ ٍﻥﺎَﺴْﺣِﺈِﺑ ْﻢُﻬَﻌِﺒَﺗ ْﻦَﻣَﻭ ِﻪِﺑﺎَﺤْﺻَﺃَﻭ ِﻪِﻟﺁ
…
ُﺪْﻌَﺑ ﺎﱠﻣَﺃ
...
ِﷲﺍ َﺩﺎَﺒِﻋ ﺎَﻴَﻓ
!
ﺍْﻮُﻘﱠﺗﺍ
َﻥْﻮُﻤِﻠْﺴُﻣ ْﻢُﺘْﻧَﺃَﻭ ﻻِﺇ ﱠﻦُﺗُْﻮَﻤﺗﻻَﻭ ِﻪِﺗﺎَﻘُﺗ ﱠﻖَﺣ َﷲﺍ
…
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Janganlah kita hanya tahu mendengar sahaja perkataan taqwa serta menyebutnya sedangkan ia tidak menyerap ke dalam sanubari kita . Hitunglah diri kita setiap masa samada semakin hampir kepada Allah atau sebaliknya. Adakah amalan soleh kita semakin meningkat atau pun menurun….
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 2 dan 3 surah al-Ankabut
ﺱﺎﻨﻟﺍ ﺐﺴﺣﺃ
ﻥﻮﻨﺘﻔﻳ ﻻ ﻢﻫﻭ ﺎﻨﻣﺁ ﺍﻮﻟﻮﻘﻳ ﻥﺃ ﺍﻮﻛﺮﺘﻳ ﻥﺃ
.
ﻡ ﻦﻳﺬﻟﺍ ﺎﻨﺘﻓ ﺪﻘﻟﻭ
ﻦﻳﺬﻟﺍ ﷲﺍ ﻦﻤﻠﻌﻴﻠﻓ ﻢﻜﻠﺒﻗ ﻥ
ﻦﻴﺑﺬﻜﻟﺍ ﻦﻤﻠﻌﻴﻟﻭ ﺍﻮﻗﺪﺻ
.
Maksudnya : Adakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan begitu sahaja untuk mengatakan bahawa kami telah beriman sedangkan mereka belum diuji. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka maka sesungguhnya Allah mengethaui orang-orang yang benar dan mengetahui mereka yang berdusta.
Hari demi hari, mingu demi minggu berlalu dengan pantas tanpa menghiraukan adakah penghuninya mampu mengambil manfaat dengan kedatangannya untuk berbuat ketaatan kepada Allah atau sebaliknya. Kini kita semua sudah pun berada pada permulaan bulan Sofar yang turut merakamkan beberapa peristiwa sejarah yang penting untuk kita sama-sama menghayati dan mengambil pengajaran daripada peristiwa yang berlaku. Antara peristiwa penting yang telah berlaku pada bulan Sofar ialah peristiwa yang menyayat hati di mana pendakwah yang dihantar dalam peristiwa ar-Raji’ dan Bi’ Ma’unah telah dibunuh dengan kejam oleh musuh Islam,seterusnya pada bulan inilah juga menyaksikan Khlaid ibnu Walid, ‘Amru bin al-‘Ash dan Uthman bin Talhah memeluk Islam, pada bulan ini juga Usamah bersama bala tentera Islam dihantar untuk berperang dengan Kerajaan Rom dan pada bulan ini jugalah Rasulullah s.a.w mula sakit tenat sehinggalah baginda wafat pada pertengahan bulan Rabiul Awwal tahun 11 Hijrah
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah
Pada hari ini marilah kita sama-sama merenungi apa yang berlaku dalam peristiwa ar-Raji’. Peristiwa ar-Raji’ telah berlaku pada bulan Sofar tahun 4 Hijrah di mana beberapa wakil daripada qabilah ‘Adal dan Qarah telah datang menemui Rasulullah s.a.w di mana mereka telah meminta daripada baginda agar menghantar beberapa orang sahabat bertujuan untuk mengajar al-Quran dan hukum-hakam agama atas dasar di tempat tinggal mereka yang bernama ar-Raji’ terdapat sambutan yang baik kepada ajaran Islam. Lalu Rasulullah sa.w menghantar 6 orang sahabat (menurut riwayat imam Bukhari 10 orang sahabat) di mana Mar’id bin Abi Mar’id dilantik menjadi ketua kepada rombongan pendakwah tersebut. Peristiwa ini menunjukkan kepada kita bagaimana tanggungjawab pemimpin dan Daulah Islamiah di mana berperanan untuk memastikan Islam tersebar melalui penghantaran pendakwah dan sebagaimananya seperti yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan juga pernah dilakukan oleh Kesultanan Melayu Melaka sebelum ini sehingga Islam tidak tertumpu di suatu tempat sahaja tetapi turut diterima dakwahnya diseluruh pelusuk dunia. Cuma pada hari ini terutama di negara kita, kerja-kerja ini tidak dibuat secara bersungguh malah masih ramai orang bukan Islam takut apabila mendengar perkataan Islam yang dimomokkan dengan keganasan dan perpecahan kerana orang Islam sendiri yang menerangkan perkara yang bercanggah dengan Islam yang sebenar kepada mereka. Kita lihat bagaimana gerakan dakwah Kristian bukan
sahaja dapat bergerak bebas dalam memurtadkan umat Islam termasuk dengan sihir tanpa ada tindakan dan mereka telah berjaya memurtadkan begitu ramai umat Islam walau pun mereka tidak mempunyai kementerian khas Kristian di negara ini. Sebaliknya kerajaan yang mendakwa mahukan Islam dengan menubuh Pusat Islam dan beberapa organisasi yang lain seperti JAKIM, IKIM,YADIM dan lain-lain tidak pula menunjukkan sesuatu yang memberangsangkan terhadap perkembangan Islam malah semakin hari semakin ramai yang murtad dan jauh daripada Islam yang sebenar. Adakah tugas mereka untuk mengembangkan Islam atau untuk menyekat pengaruh kemenangan Islam.
Sidang Jumaat yang dihormati
Ketika sampai di ar-Raji’ iaitu di suatu kawasan yang bernama Huzail, tiba-tiba mereka telah didatangi bala tentera yang lengkap bersenjata menunggu untuk bertindak. Mereka datang beramai-ramai mengepung paara sahabat yang ditugaskan untuk menjalankan tugas dakwah itu. Mereka berkata : “Lebih baik kamu semua menyerah diri kepada kami kerana kami tidak akan melakukan apa-apa kepada kamu. Kami cuma mahu mendapatkan sesuatu daripada orang-orang Mekah jika menyerahkan kamu kepada mereka”. Tetapi ketua rombongan pendakwah Islam itu tidak mahu mahu menyerah dan mengambil keputusan lebih baik mati bertempur daripada menyerah serta tidak sekali-kali percaya kepada janji-janji orang musyrikin itu lalu beliau dan beberapa orang sahabat yang lain menentang musuh sehingga mereka gugur syahid.
Seorang perempuan musyrikin Quraisy dimana salah seorang anaknya dibunuh dalam satu peperangan oleh ‘Asim bin Thabit iaitu salah seorang daripada pendakwah yang telah gugur syahid itu telah bernazar untuk minum arak dalam tempurung kepala ‘Asim tetapi Allah memelihara kepalanya daripada diambil oleh musuh apabila Allah mengahantarkan sekumpulan lebah untuk menjaga jasadnya.
Manakala 3 orang daripada mereka yang masih tinggal iaitu Zaid bin Abi ad-Dasinah, Khubaib bin ‘Adi dan Abdullah bin Tariq telah mengambil keputusan untuk menerima janji yang ditawarkan oleh musuh Islam itu. 3 orang tawanan tadi dibawa ke Mekah untuk dijual dan ketika mereka tiba di Zuhran Abdullah bin Tariq berjaya melepaskan diri daripada ikatan lalu menyambar pedang dan melawan musuh sehingga dia gugur syahid. 2 orang yang masioh tinggal terus dibawa ke Mekah dan dijual dengan bayarannya ialah membebaskan 2 tawanan daripada qabilah Huzail yang ditawan oleh pihak kafir Quraisy.
Khubaib bin ‘Adi telah dibeli oleh Bani al-Harith bin ‘Ammar bin Naufal kerana dia telah membunuh pemimpin mereka Harith dalam peperangan Badar. Khubaib telah diperhinakan dan dipukul berkali-kali dengan cara yang menyakitkan dan juga telah dipenjarakan. Pada suatu hari ketika Khubaib sedang bercukur di rumah Bani Harith tempat kurungannya, tiba-tiba
seorang anak kecil dari keluarga itu datang menghampiri Khubaib lalu dia mengambil anak itu dan diletakkan atas ribaannya. Apabila si ibu menyedari anak kecilnya tiada di sisi lalu dia melihat ke arah Khubaib dan terlihat anaknya berada atas ribaan Khubaib yang sedang memegang pisau cukur. Khubaib melihat kepada si ibu lalu berkata : “ Aku tahu perasaanmu iaitu menganggap bahawa aku akan membunuh anak ini bagi membalas dendam terhadap apa yng diperlakukan kepadaku. Demi Allah aku tidak akan melakukan perkara kejam itu”. Selepas itu dia melepaskan anak kecil itu walau pun dia boleh membunuhnya atau pun menjadikannya tebusan untuk membebaskannya tetapi dia tidak berbuat demikian. Si ibu begitu takjub melihat apa yang berlaku dan memuji kemuliaan akhlak Khubaib. Inilah dia antara kesan daripada tarbiah Rasulullah s.a.w yang dapat kita sama-sama lihat. Seterusnya Khubaib di bawa ke Tan’im untuk dibunuh di mana sebelum itu dia telah meminta agar diberi peluang untuk dia melakukan solat sunat 2 rakaat. Setelah selesai solat lalu dia berkata dengan tegas : “ Demi Allah, jika tidak kerana bimbang kamu menuduh aku pengecut nescaya aku akan bersembahyang lebih panjang lagi”. Kemudia dia berdoa :“Wahai Tuhanku! Hitungkanlah mereka semua dan binasakanlah mereka semua sehingga jangan tinggalkan walau pun seorang”. Kemudia dia bersyair antaranya : “ Demi sesungguhnya aku tidak peduli sekiranya aku dibunuh sebagai seorang Islam di mana sahaja anggota yang dibunuh. Perkara itu kerana Allah jika ia mengkehendaki nescaya Dia memberkati setiap anggota yang dihiris”.Kemudian bangunlah Uqbah bin al-Harith lalu membunuh Khubaib dan gugurlah seorang sahabat yang tabah dan berani mati kerana Islam.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah
Pada hari yang sama mereka membunuh seorang lagi sahabat iaitu zaid bin ad-Dasinah yang dibeli oleh Safuan bin Umaiyyah. Abu Sufian yang menjadi pemimpin taghut pada masa itu bertanya kepada Zaid : “ Apakah pendapat kamu jika Muhammad berada sekarang mengantimu supaya kami dapat pancungkan lehernya?”. Dengan tegas Zaid menjawab : “ Demi Allah! Aku tidak rela sekali pun nabi Muhammad s.a.w terkena duri sedangkan aku bersama-sama keluargaku”. Abu Sufian berkata : “ Aku tidak pernah bertemu sesorang itu begitu kasih kepada seseorang yang lain seperti para sahabat Muhammad kasih kepada Muhammad”. Selepas itu Zaid dibunuh oleh musuh tanpa belas kasihan. Inilah dia kasih sayang para sahabat terhadap diri Rasulullah s.a.w dan Islam sehingga mereka lebih rela mati daripada melihat baginda dikhianati dan Islam dihina. Bagaimana dengan kita pada hari ini?. Adakah kita terus rela melihat Islam dimaki, umat Islam dibunuh dan dihalau dari tanahair mereka sendiri, Hukum Allah dipersenda, Sunnah nabi dihina,para ulama’ dicerca oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan memang bencikan Islam untuk dilaksana.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah
Firman Allah dalam ayat 23 surah al-Ahzab
ﻪﻴﻠﻋ ﷲﺍ ﺍﻭﺪﻫﺎﻋ ﺎﻣ ﺍﻮﻗﺪﺻ ﻝﺎﺟﺭ ﻦﻴﻨﻣﺆﻤﻟﺍ ﻦﻣ
.
ﺎﻣﻭ ﺮﻈﺘﻨﻳ ﻦﻣ ﻢﻬﻨﻣﻭ ﻪﺒﺤﻧ ﻰﻀﻗ ﻦﻣ ﻢﻬﻨﻤﻓ
ﻼﻳﺪﺒﺗ ﺍﻮﻟﺪﺑ
Maksudnya : Antara orang-orang mukmin itu ada mereka yang telah menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah. Maka di antara mereka ada yang telah gugur syahid dan antara mereka ada pula yang menunggu (datangnya syahid) dan mereka sedikit pun tidak mengubah janjinya.
ِﻝ ُﷲﺍ َﻙَﺭﺎَﺑ
ِﻡ َﻞﱠﺒَﻘَﺗَﻭ ِﻢْﻴِﻜَﺤﻟﺍ ِﺮْﻛﱢﺬﻟﺍَﻭ ِﺕﺎَﻳﻵﺍ َﻦِﻣ ِﻪْﻴِﻓ ﺎَﻤِﺑ ْﻢُﻛﺎﱠﻳِﺇَﻭ ﻲِﻨَﻌَﻔَﻧَﻭ ِﻢْﻴِﻈَﻌﻟﺍ ِﻥﺁْﺮُﻘﻟﺍ ﻲِﻓ ْﻢُﻜَﻟَﻭ ْﻱ
ﻲﱢﻧ
ِﻞِﺴْﻤُﻟﺍ ِﺮِﺋﺎَﺴِﻟَﻭ ْﻢُﻜَﻟَﻭ ْﻲِﻟ َﻢْﻴِﻈَﻌﻟﺍ َﷲﺍ ُﺮِﻔْﻐَﺘْﺳﺍَﻭ ُﻢْﻴِﻠَﻌﻟﺍ ُﻊْﻴِﻤﱠﺴﻟﺍ َﻮُﻫ ُﻪﱠﻧِﺇ ُﻪَﺗَﻭﻼِﺗ ْﻢُﻜْﻨِﻣَﻭ
ِﺕﺎَﻤِﻠْﺴُﻤﻟﺍَﻭ َﻦﻴْﻣ
َﻦْﻴِﺒِﺋﺎﱠﺘﻟﺍ َﺓﺎَﺠَﻧ ﺎَﻳَﻭ َﻦْﻳِﺮِﻔْﻐَﺘْﺴُﻤﻟﺍ َﺯْﻮَﻓ ﺎَﻴَﻓ ُﻩْﻭُﺮِﻔْﻐَﺘْﺳﺎَﻓ ِﺕﺎَﻨِﻣْﺆُﻤﻟﺍَﻭ َﻦْﻴِﻨِﻣْﺆُﻤﻟﺍَﻭ
5. SYAHID SAYYIDINA UMAR AL-KHOTTAB
ُﻩَﺮِﻬْﻈُﻴِﻟ ﱢﻖَﺤﻟﺍ ِﻦْﻳِﺩَﻭ ﻯَﺪُﻬﻟﺎِﺑ ُﻪَﻟْﻮُﺳَﺭ َﻞَﺳْﺭَﺃ ْﻱِﺬﱠﻟﺍ ِﷲ ُﺪْﻤَﺤﻟﺍ
َﻥْﻮُﻛِﺮْﺸُﻤﻟﺍ َﻩِﺮَﻛ ْﻮَﻟَﻭ ِﻪﱢﻠُﻛ ِﻦْﻳﱢﺪﻟﺍ ﻰَﻠَﻋ
َﺏَﻭ ْﻢﱢﻠَﺳَﻭ ﱢﻞَﺻ ﱠﻢُﻬّﻠﻟﺍ ُﻪُﻟْﻮُﺳَﺭَﻭ ُﻩُﺪْﺒَﻋ ﺍًﺪﱠﻤَﺤُﻣ ﺎَﻧَﺪﱢﻴَﺳ ﱠﻥَﺃ ُﺪَﻬْﺷَﺃَﻭ ُﷲﺍ ﻻِﺇ َﻪﻟِﺇﻻ ْﻥَﺃ ُﺪَﻬْﺷَﺃ
ﺎَﻧِﺪﱢﻴَﺳ َﻰﻠَﻋ ْﻙِﺭﺍ
ُﻪَﻌِﺒَﺗ ْﻦَﻣَﻭ ِﻪِﺑﺎَﺤْﺻَﺃَﻭ ِﻪِﻟﺁ ﻰَﻠَﻋَﻭ ٍﺪﱠﻤَﺤُﻣ
ِﻦْﻳﱢﺪﻟﺍ ِﻡْﻮَﻳ ﻰَﻟِﺇ ٍﻥﺎَﺴْﺣِﺈِﺑ ْﻡ
…
ُﺪْﻌَﺑ ﺎﱠﻣَﺃ
...
ِﷲﺍ َﺩﺎَﺒِﻋ ﺎَﻴَﻓ
!
ﺍْﻮُﻘﱠﺗﺍ
َﻥْﻮُﻤِﻠْﺴُﻣ ْﻢُﺘْﻧَﺃَﻭ ﻻِﺇ ﱠﻦُﺗُْﻮَﻤﺗﻻَﻭ ِﻪِﺗﺎَﻘُﺗ ﱠﻖَﺣ َﷲﺍ
…
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Janganlah kita hanya tahu mendengar sahaja perkataan taqwa serta menyebutnya sedangkan ia tidak menyerap ke dalam sanubari kita . Hitunglah diri kita setiap masa samada semakin hampir kepada Allah atau sebaliknya. Adakah amalan soleh kita semakin meningkat atau pun menurun….
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 78 surah an-Nisa’
ﷲﺍ ﺪﻨﻋ ﻦﻣ ﻩﺬﻫ ﺍﻮﻟﻮﻘﻳ ﺔﻨﺴﺣ ﻢﻬﺒﺼﺗ ﻥﺇﻭ ﺓﺪﻴﺸﻣ ﺝﻭﺮﺑ ﻲﻓ ﻢﺘﻨﻛ ﻮﻟﻭ ﺕﻮﻤﻟﺍ ﻢﻜﻛﺭﺪﻳ ﺍﻮﻧﻮﻜﺗ ﺎﻤﻨﻳﺃ
ﺍﻮﻟﻮﻘﻳ ﺔﺌﻴﺳ ﻢﻬﺒﺼﺗ ﻥﺇﻭ
ﻙﺪﻨﻋ ﻦﻣ
.
ﺎﺜﻳﺪﺣ ﻥﻮﻬﻘﻔﻳ ﻥﻭﺩﺎﻜﻳﻻ ﻡﻮﻘﻟﺍ ﻷﺆﻫ ﻝﺎﻤﻓ ﷲﺍ ﺪﻨﻋ ﻦﻣ ﺎﻛ ﻞﻗ
,
Maksudnya : Di mana jua kamu berada, kematian pasti akan datang kepadamu sekali pun kamu berada dalam benteng yang tinggi lagi kukuh. Dan jika mereka beroleh kebaikanmereka berkata : “Ini adalah dari sisi Allah”. Dan jika mereka ditimpa bencana, mereka akan berkata :” Ini adalah dari (sesuatu yang nahas) yang ada padamu”. Katakanlah (Wahai Muhammad) :” Semuanya itu adalah dari sisi Allah”. Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan(nasihat dan pengajaran.
Pada hari ini kita akan mengambil iktibar daripada kisah yang menyayat hati yang telah berlaku kepada Sayyina Umar al-Khottab. Sayyidina Umar al-Khattob iaitu khalifah yang kedua daripada khulafa' ar-rashidin. Beliau juga merupakan khalifah ar-rashid yang pertama gugur syahid(akhirat) akibat pembunuhan yang dilakukan oleh orang yang menjadi musuh dalam selimut kepada umat Islam. Sebagaimana kita semua maklum bahawa daripada kalangan Khalifah ar-Rasyidin yang empat itu hanya Sayyidina Abu Bakar Sahaja yang wafat kerana tua manakala mereka yang lain wafat kerana dibunuh oleh musuh. Sayyidina Umar semasa hidupnya samada sebelum memeluk Islam mahu pun selepasnya begitu terkenal dengan keberaniannya. Keberanian beliau diketahui oleh kawan dan lawan dan sebagai contohnya bagaimana semasa mahu berhijrah ke Madinah Munawwarah, beliau secara terang-terang memberitahu tentang penghijrahannya kepada kafir Quraisy yang berada di kawasan Ka'bah pada masa itu. Dengan pedang terhunus beliau menyeru : " Wahai kafir Quraisy! aku ingin berhijrah ke Madinah. Sesiapa yang ingin melihat isterinya menjadi janda dan anaknya menjadi yatim maka cubalah sekat penghijrahan Umar ini".
Pada zaman pemerintahan Umar juga, kita dapat lihat lebih luasnya penyebaran Islam dan juga pembukaan negara-negara Islam yang baru. Antara yang paling masyhur ialah apabila tentera Islam mampu membebaskan qiblat umat Islam yang pertama iaitu Masjid Aqsa di Palestin pada zamannya. Banyak lagi jasa yang telah dilakukan oleh beliau sepanjang hayatnya dan kehilangan beliau sukar dicari ganti. Kita juga menyaksikan bagaimana pada zaman beliau menjadi khalifahlah bermulanya penggunaan taqwim Islam berdasarkan peristiwa hijraturrasul S.A.W.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah
Beberapa hari sebelum terjadinya peristiwa yang menyayat hati ini, Abu Lu'luah seorang Majusi telah bertemu dengan beliau dan mengadu mengenai jumlah kharaj yang dikenakan ke atasnya untuk dijelaskan kepada tuannya iaitu Mughirah bin Syu'bah agak tinggi. Kadar jumlah yang terpaksa dibayar ialah 4 dirham setiap hari yang mana Sayyidina Umar yang mendengar pengaduan ini mengatakan bahawa jumlah itu agak bersesuaian dan tidak terlalu membebankan. Ini berdasarkan kepada pendapatnya hasil daripada beberapa kerja yang dilakukan. Sebenarnya Sayyidina Umar memang boleh mempertimbangkan rayuannya itu sebagaimana beliau berbuat demikian dengan mereka yang lain tetapi beliau tetap dengan
pendiriannya bahawa kadar yang dikenakan tidak membebankan Abu Lu'luah. Apabila rayuannya itu tidak diterima oleh Sayyidina Umar maka dia terus berlalu dari situ dalam keadaan marah dan penuh perasaan dendam. Dia berniat dalam hati untuk membunuh Sayyidina Umar dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk melaksanakan niat jahatnya itu. Akhirnya Sayyidina Umar mendapat berita mengenai niat jahat yang ingin dilakukan oleh Abu Lu'luah terhadap beliau. Beliau meminta pandangan Sayyidina Ali mengenai perkara ini lalu Sayyidina Ali berkata : "Adakah perlu kami mengawal engkau wahai Amirul Mukminin?". Jawab Sayyidina Umar dengan tegas : "Cukuplah Allah sebagai pengawal". Beliau tidak melantik pengawal khas bagi mengawal beliau daripada sebarang kemungkinan yang akan berlaku kerana beliau bimbang tindakan ini akan diikuti oleh khalifah selepas beliau nanti. Jika perkara ini berlaku akan menyebabkan orang yang dizalimi tidak lagi mampu menemui khalifah bagi mengadu sebarang masalah dengan mudah dan tidak payah melepasi pengawal terlebih dahulu.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Pada suatu hari ketika Sayyidina Umar bersama para sahabat yang lain ingin mendirikan solat Subuh, Abu Lu'luah turut sama masuk ke masjid dan berada dicelah-celah para sahabat yang lain. Dia membawa pisau yang bermata dua dan terus mara menuju ke arah Sayyidina Umar. Apabila telah hampir maka dia terus meluru ke arah Sayyidina Umar lalu menikamnya sebanyak enam tikaman yang mana antara sala satunya terkena dibahagian perut Sayyidina Umar. Tikaman di bahagian perut inilah yang menyebabkan Sayyidina Umar gugur syahid. Setelah menikam Sayyidina Umar, Abu Lu'luah cuba lari tetapi ditahan oleh para sahabat yang lain. Apabila ditahan menyebabkan dia terus menggunakan pisaunya untuk menikam mereka yang cuba menangkapnya. Ini menyebabkan sebelas atau tiga belas orang sahabat gugur syahid dan yang lain ramai yang luka. Namun begitu para sahabat cuba juga untuk manangkap penjenayah yang kejam itu dan akhirnya Abdullah bin 'Auf az-Zuhri berjaya memegang bajunya dan terus menariknya sehingga dia rebah di atas lantai. Melihat dirinya telah terkepong dan tertangkap maka dia terus membunuh dirinya sendiri dengan menggunakan pisau ditangannya. Selepas itu Abdullah bin 'Auf terus memenggalkan kepala penjenayah itu.
Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian
Berbalik kepada keadaan Sayyidina Umar di mana beliau terus rebah setelah ditikam. Para muslimin yang berada di situ terus memangku beliau dalam keadaan penuh kebimbangan. Beliau menyeru :" Adalah di kalangan kamu ini Abdul Rahman bin 'Auf?". Para muslimin menyahut : " Ya! ada wahai Amirul Mukminin". Beliau berkata :"Katakanlah kepadanya
agar mengimamkan para muslimin dalam menunaikan solat Subuh!. Ia merupakan solat fardhu yang diwajibkan ketika ini". Inilah dia Sayyidina Umar yang begitu mementingkan kewajipan terhadap Allah daripada dirinya sendiri yang sedang berada dalam keadaan parah ketika itu. Lalu Abdul Rahman bin 'Auf mengimamkan para muslimin dalam solat Subuh pada pagi itu. Manakala Abdullah bin Abbas bersama beberapa orang muslimin yang lain sibuk menguruskan Sayyidina Umar sehinggalah beliau diusung masuk ke rumahnya dan beliau ketika itu berada dalam keadaan koma tidak sedarkan diri. Setelah pagi telah meninggi maka beliau yang telah sedar daripada koma terus bertanya kepada para muslimin dikelilingnya : Adakah para muslimin telah mendirikan solat?". Jawab Ibnu Abbas :" Ya!". Kata Sayyidina Umar :" Tidak Islam bagi orang yang meninggal solat". Selepas itu beliau terus berwudhu' dan solat.
Setelah selesai solat beliau terus berkata :" Wahai Abdullah bin Abbas! keluar dan tanya tentang siapakah yang cuba membunuhku?. Abdullah bin Abbas terus keluar dari rumah Sayyidina Umar dan bertanya mereka yang ditemuinya : " Siapakah yang menikam Amirul Mukminin?". Mereka memberitahu bahawa Abu Lu'luah yang telah melakukan perbuatan yang kejam itu terhadap Sayyidina Umar. Mendengar jawapan itu, lalu Abdullah bin Abbas terus kembali semula kepada Sayyidina Umar dan memberitahu beliau tentang orang yang menikamnya. Mendengar jawapan itu maka Sayyidina Umar terus berkata : " Alhamdulillah aku bersyukur kepada Allah yang mana tidak menjadikan orang yang menikamku sebagai orang yang akan mendakwaku di hadapan Allah nanti dengan tempat sujud yang disujudnya bagiNya sahaja". Maksud kata-kata beliau ialah beliau berasa lega kerana orang yang menikamnya bukan daripada kalangan muslim yang tidak berpuas hati dengannya.
Beliau memanggil ahli perubatan pada masa itu yang mana ramai daripada kalangan mereka yang berada di Madinah datang untuk merawatnya. Mereka menyatakan bahawa kecederaan yang dihadapi oleh Sayyidina Umar agak parah dan tidak mampu dirawat lagi. Mendengar kata-kata ahli perubatan itu maka para muslimin berasa begitu sedih dan menangis kerana tidak lama lagi mereka akan berpisah dengan pemimpin yang adil dan tegas itu. Mendengar tangisan itu lalu Sayyidian Umar terus menegahnya. Ketika beliau meminum susu maka beliau dapat melihat bagaimana air susu yang putih itu keluar daripada kesan lukanya. Beliau merasa sudah sampai masanya untuk menemui Allah Tuhan Penciptanya. Beliau memandang kepada muslimin sekelilingnya lalu berpesan agar mereka bertaqwa kepada Allah dan mendirikan solat serta bersikap adil kepada rakyat.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Dalam keadaan yang sugul itu para muslimin mencadangkan agar beliau menentukan khalifah selepasnya. Beliau menjawab kepada mereka :" Aku tidak akan membuatnya maka
sesungguhnya orang yang lebih mulia daripadaku telah meninggalkan urusan ini(pemilihan) kepada muslimin maka Rasulullah S.A.W sendiri meninggalkan urusan ini. Sekiranya aku membuat pemilihan maka aku akan memilih orang yang lebih baik daripadaku iaitu Sayyidina Abu Bakar. Jika Abu Ubaidah bin Jarrah masih hidup(di mana beliau telah gugur syahid dalam peperangan Mu'tah) nescaya aku akan melantiknya.Jika Salim maula Abu Huzaifah masih hidup nescaya aku akan melantiknya". Kemudian beliau memanggil Abdul Rahman bin 'Auf lalu berkata :"Aku mahu memberi sumpah setia kepadamu".
Mendengar kata-kata Sayyidina Umar itu lalu Abdullah bin 'Auf bertanya :" Adakah engkau telah bermesyuarat dalam perkara ini?. Jawab beliau :"Demi Allah aku belum lagi berbuat demikian". Kata Abdul Rahman bin 'Auf :"Demi Allah aku tidak masuk campur dalam masalah ini selama-lamanya". Perintah beliau :" Carilah kata putus sehingga aku boleh melantik daripada kalangan mereka yang telah dipilih oleh Rasulullah S.A.W yang mana baginda redha dengan mereka". Abdul Rahman bin 'Auf terus memanggil Sayyidina Ali, Sayyidina Uthman, Zubair bin al-Awwam dan Sa'ad bin al-Waqas. Dia berkata:" Tunggulah kehadiran saudaramu Talhah yang mana dia sekarang berada di luar Madinah dan jika tidak maka laksanakan urusan kamu". Dari sini kita dapat fahami bahawa masalah kepimpinan ini merupakan perkara yang besar dan tidak boleh dipandang ringan. Ia juga menunjukkan bahawa kepimpinan ini terlibat secara langsung dengan masalah agama bukannya sebagaimana dakwaan sesat golongan sekular bahawa agama suku politik suku. Jika benar dakwaan mereka mengapa masalah ini ditekankan oleh muslimin dan juga Sayyidina Umar yang berada dalam keadaan tenat ketika itu.Kita juga dapat menyaksikan bagaimana cara pemilihan seseorang khalifah itu tidak ditetapkan oleh syarak. Oleh itu setiap cara boleh diguna selagimana tidak bercanggah dengan syarak dan tidak menggugat pelaksanaan Islam secara menyeluruh bukannya secara juzu' tertentu sahaja dengan menafikan juzu' yang lain
Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian
Subuh hari pertama bulan Muharram tahun 22 hijrah menyaksikan kesyahduan suasana apabila Sayyidina Umar menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam usia 63 tahun iaitu sama dengan umur Rasulullah S.A.W dan Sayyidina Abu Bakar ketika kewafatan keduanya. Selepas jenazah beliau selesai diurus maka Suhaib ar-Rumi telah mengimamkan para muslimin dalam menyembahyangkan jasad yang mulia ini. Beliau dikebumikan dalam bilik Sayyidatina 'Aisyah selepas mendapat keizinannya. Maqam beliau berada berhampiran maqam Rasulullah S.A.W dan Sayyidina Abu Bakar. Pada hari itu juga para ahli majlis Syura telah bermesyuarat dan sebulat suara melantik Sayyidina Uthman bin al-'Affan sebagai khalifah ar-rashid yang ketiga menggantikan Sayyidina Umar al-Khattob al-Faruq sebagai pemimpin Daulah Islamiah.
Firman Allah dalam ayat 10 dan 11 surah al-Munafiqun :
ﺐﻳﺮﻗ ﻞﺟﺃ ﻰﻟﺇ ﻲﻨﺗﺮﺧﺃ ﻵﻮﻟ ﺏﺭ ﻝﻮﻘﻴﻓ ﺕﻮﻤﻟﺍ ﻢﻛﺪﺣﺃ ﻲﺗﺄﻳ ﻥﺃ ﻞﺒﻗ ﻦﻣ ﻢﻛﺎﻨﻗﺯﺭ ﺎﻣ ﻦﻣ ﺍﻮﻘﻔﻧﺃﻭ
ﻦﻴﺤﻟﺎﺼﻟﺍ ﻦﻣ ﻦﻛﺃﻭ ﻕﺪﺻﺄﻓ
.
ﻥﻮﻠﻤﻌﺗ ﺎﻤﺑ ﺮﻴﺒﺧ ﷲﺍﻭ ﺎﻬﻠﺟﺃ ءﺎﺟ ﺍﺫﺇ ﺎﺴﻔﻧ ﷲﺍ ﺮﺧﺆﻳ ﻦﻟﻭ
.
Maksudnya : dan belanjakanlah sebahagian daripada rezeki yang Kami anugerahkan kepada kamu sebelum sampainya ajal maut kepada seseorang daripadamu. (jika tidak) maka dia akan merayu-rayu dengan katanya :” Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau tangguhkan kedatangan ajalku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi orang-orang yang soleh.
ْﻲِﻜَﺤﻟﺍ ِﺮْﻛﱢﺬﻟﺍَﻭ ِﺕﺎَﻳﻵﺍ َﻦِﻣ ِﻪْﻴِﻓ ﺎَﻤِﺑ ْﻢُﻛﺎﱠﻳِﺇَﻭ ﻲِﻨَﻌَﻔَﻧَﻭ ِﻢْﻴِﻈَﻌﻟﺍ ِﻥﺁْﺮُﻘﻟﺍ ﻲِﻓ ْﻢُﻜَﻟَﻭ ْﻲِﻟ ُﷲﺍ َﻙَﺭﺎَﺑ
ﻲﱢﻨِﻣ َﻞﱠﺒَﻘَﺗَﻭ ِﻡ
َﺲِﻟَﻭ ْﻢُﻜَﻟَﻭ ْﻲِﻟ َﻢْﻴِﻈَﻌﻟﺍ َﷲﺍ ُﺮِﻔْﻐَﺘْﺳﺍَﻭ ُﻢْﻴِﻠَﻌﻟﺍ ُﻊْﻴِﻤﱠﺴﻟﺍ َﻮُﻫ ُﻪﱠﻧِﺇ ُﻪَﺗَﻭﻼِﺗ ْﻢُﻜْﻨِﻣَﻭ
ِﺕﺎَﻤِﻠْﺴُﻤﻟﺍَﻭ َﻦﻴْﻤِﻠِﺴْﻤُﻟﺍ ِﺮِﺋﺍ
َﻦْﻴِﺒِﺋﺎﱠﺘﻟﺍ َﺓﺎَﺠَﻧ ﺎَﻳَﻭ َﻦْﻳِﺮِﻔْﻐَﺘْﺴُﻤﻟﺍ َﺯْﻮَﻓ ﺎَﻴَﻓ ُﻩْﻭُﺮِﻔْﻐَﺘْﺳﺎَﻓ ِﺕﺎَﻨِﻣْﺆُﻤﻟﺍَﻭ َﻦْﻴِﻨِﻣْﺆُﻤﻟﺍَﻭ
6. KEWAFATAN RASULULLAH S.A.W
ﻢﻜﻴﻠﻋ ﻡﻼﺴﻟﺍ
ﺍ ِﻦْﻳِﺩَﻭ ﻯَﺪُﻬﻟﺎِﺑ ُﻪَﻟْﻮُﺳَﺭ َﻞَﺳْﺭَﺃ ْﻱِﺬﱠﻟﺍ ِﷲ ُﺪْﻤَﺤﻟﺍ
َﻥْﻮُﻛِﺮْﺸُﻤﻟﺍ َﻩِﺮَﻛ ْﻮَﻟَﻭ ِﻪﱢﻠُﻛ ِﻦْﻳﱢﺪﻟﺍ ﻰَﻠَﻋ ُﻩَﺮِﻬْﻈُﻴِﻟ ﱢﻖَﺤﻟ
َﺏَﻭ ْﻢﱢﻠَﺳَﻭ ﱢﻞَﺻ ﱠﻢُﻬّﻠﻟﺍ ُﻪُﻟْﻮُﺳَﺭَﻭ ُﻩُﺪْﺒَﻋ ﺍًﺪﱠﻤَﺤُﻣ ﺎَﻧَﺪﱢﻴَﺳ ﱠﻥَﺃ ُﺪَﻬْﺷَﺃَﻭ ُﷲﺍ ﻻِﺇ َﻪﻟِﺇﻻ ْﻥَﺃ ُﺪَﻬْﺷَﺃ
ﺎَﻧِﺪﱢﻴَﺳ َﻰﻠَﻋ ْﻙِﺭﺍ
ﺎَﺤْﺻَﺃَﻭ ِﻪِﻟﺁ ﻰَﻠَﻋَﻭ ٍﺪﱠﻤَﺤُﻣ
ِﻦْﻳﱢﺪﻟﺍ ِﻡْﻮَﻳ ﻰَﻟِﺇ ٍﻥﺎَﺴْﺣِﺈِﺑ ْﻢُﻬَﻌِﺒَﺗ ْﻦَﻣَﻭ ِﻪِﺑ
…
ُﺪْﻌَﺑ ﺎﱠﻣَﺃ
...
ِﷲﺍ َﺩﺎَﺒِﻋ ﺎَﻴَﻓ
!
ﺍْﻮُﻘﱠﺗﺍ
َﻥْﻮُﻤِﻠْﺴُﻣ ْﻢُﺘْﻧَﺃَﻭ ﻻِﺇ ﱠﻦُﺗُْﻮَﻤﺗﻻَﻭ ِﻪِﺗﺎَﻘُﺗ ﱠﻖَﺣ َﷲﺍ
…
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Janganlah kita hanya tahu mendengar sahaja perkataan taqwa serta menyebutnya sedangkan ia tidak menyerap ke dalam sanubari kita . Hitunglah diri kita setiap masa samada semakin hampir kepada Allah atau sebaliknya. Adakah amalan soleh kita semakin meningkat atau pun menurun….
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 128 dan 129 surah at-Taubah
ﻢﻴﺣﺮﻟﺍ ﻑﻭﺅﺭ ﻦﻴﻨﻣﺆﻤﻟﺎﺑ ﻢﻜﻴﻠﻋ ﺺﻳﺮﺣ ﻢﺘﻨﻋ ﺎﻣ ﻪﻴﻠﻋ ﺰﻳﺰﻋ ﻢﻜﺴﻔﻧﺃ ﻦﻣ ﻝﻮﺳﺭ ﻢﻛءﺎﺟ ﺪﻘﻟ
.
ﻑ
ﻢﻴﻈﻌﻟﺍ ﺵﺮﻐﻟﺍ ﺏﺭ ﻮﻫﻭ ﺖﻠﻛﻮﺗ ﻪﻴﻠﻋ ﻮﻫ ﻻﺇ ﻪﻟﺇﻻ ﷲﺍ ﻲﺒﺴﺣ ﻞﻘﻓ ﺍﻮﻟﻮﺗ ﻥﺇ
.
Maksudnya : Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin. Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah : “Cukuplah Allah bagiku, tiada tuhan selain Dia, hanya kepadaNya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arasy yang agung”.
Kini hampir seminggu kita meninggalkan bulan Rabiul Awwal yang merupakan bulan yang telah mencatat sejarahnya yang agung dengan kelahiran bayi bertuah yang diberi nama Muhammad di mana baginda telah diangkat oleh Allah menjadi nabi lagi Rasul kepada umat akhir zaman. Pada hari ini marilah kita sama-sama menghitung diri kita samada sambutan maulidur rasul yang kita adakan pada bulan yang lalu hanya akan berlalu begitu sahaja atau pun sudah nampak disana perubahan pada diri kita dan masyarakat dalam sama-sama menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w dan melaksanakan setiap apa yang dibawanya. Jangan kita jadikan perayaan lalu hanya untuk menyambut dan memuja tubuh Rasulullah s.a.w sahaja sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Abu Lahab yang menyembelih 100 ekor unta kerana kegembiraan di atas kelahiran nabi Muhammad s.a.w. Tetapi akhirnya dialah yang menjadi penghalang dan penentang yang utama terhadap dakwah Rasulullah s.a.w sehingga adanya surah al-Lahab dalam al-Quran yang memberitahu kita semua bagaimana kecelakaan yang besar menimpa Abu Lahab dan isterinya kerana menolak dan mencerca dakwah suci Rasulullah s.a.w. Kita juga tidak mahu segala sifat mulia Rasulullah s.a.w diketahui dan disebut oleh kita saban hari samada melalui pembacaan buku, pendengaran melalui kuliah atau pun sebutan dalam berzanji dan juga selawat tetapi sekadar menjadi pengetahuan sahaja tanpa ada di sana usaha ke arah mencontohi dan melaksanakan kewajipan yang disuruh. Kita tidak mahu menjadi seperti ahli kitab dari golongan Yahudi dan Krisitian yang mengenali keperibadian Rasulullah s.a.w sebagaimana mereka mengenali anak mereka sendiri tetapi setelah kelahiran nabi Muhammad s.a.w, merekalah yang menjadi musuh utama kepada dakwahnya. Oleh itu marilah kita hendaklah menjadikan sambutan maulidur rasul ialah untuk memuji kemulian tubuh dan sifat Rasulullah s.a.w dan juga untuk melaksanakan segala syariat yang dibawanya.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Dalam kita bergembira dengan mengingati kelahiran Rasulullah s.a.w pada bulan Rabiul Awwal janganlah kita terlupa bahawa dalam bulan yang sama turut merakamkan peristiwa yang sedih dan memilukan seluruh umat Islam. Sebagaimana maklum bahawa selepas mengerjakan haji wida’ di Mekah pada tahun ke-10 hijrah lalu baginda s.a.w pulang ke Madinah. Setelah tiba di Madinah, Rasulullah s.a.w telah memerintah tentera Islam untuk menyerang Rom yang berkubu di Balqa’, Jordan dan Palestin di mana baginda memilih Usamah bin Zaid sebagai panglima perang.
Setelah persiapan perang telah siap dan hanya menunggu arahan seterusnya daripada Rasulullah s.a.w maka bermula dari sinilah baginda s.a.w mulai sakit tenat. Pada suatu larut malam, Rasulullah s.a.w telah pergi bersama dengan Muwaihibah ke kawasan perkuburan