• Tidak ada hasil yang ditemukan

International Conference on Global Education V Global Education, Common Wealth, and Cultural Diversity

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "International Conference on Global Education V Global Education, Common Wealth, and Cultural Diversity"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

PERSEPSI MURID TERHADAP PEMBELAJARAN MELALUI FILEM DAN PENERAPAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH

Mohd. Johari Hassan

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstract

Higher order thinking skills (HOTS) which is one of the important elements in Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) based on the Malaysia Education Blueprint 2013-2025 has led to the emphasis on the aspect of Historical Thinking Skill (HTS) in the syllabus of History subject. Hence, this research is aimed to observe students’ perceptions towards the use of film in the learning of History based on gender

and specializations as well as the inculcation of HTS element among students. 21st

century learning environment has led to the use of various media sources such as film medium to enhance students’ motivation and thought in every subject specifically in History. This descriptive study utilized a survey method using questionnaire survey as the instrument involving 40 Form 4 students in Tampin district, Negeri Sembilan and the data has been analysed by using Statistical Package for Social Science (SPSS) version 22. The analysis shows that there is no significant difference between the students’ perceptions towards the learning of History through the use of film and the inculcation of HTS element on students based on gender. However, there is a significant difference on both variables when tested based on the specializations which are science and arts. Apart from that, the result also shows that there is no significant connection between the uses of film in the learning of History with the inculcation of HTS element among students. Therefore, educators have to take initiative to vary the media methods in their teaching and learning session in order to enhance students’ thinking skill especially those from different specializations.

Keywords :thinking skill, Historical Thinking Skill, Malaysia Education Blueprint

2013-2025, History 1.0 PENGENALAN

Dasar dan ketetapan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula pada tahun 2013 telah mengundang respons yang positif khususnya daripada golongan pendidik (Berita Harian, 2011). Melalui transformasi kurikulum yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah memberi penekanan kepada konsep kemahiran berfikir aras tinggi atau

KBAT (higher order thinking skills) yang mahu melahirkan generasi yang mempunyai

(2)

konteks kurikulum mata pelajaran Sejarah pula, kemahiran berfikirberkait rapat dengan kemahiran asas disiplin sejarah iaitu kemahiran pemikiran sejarah (KPS). Hal ini kerana, Sejarah merupakan satu bidang pengetahuan yang memerlukan daya intelektual yang tinggi. Maka, kebanyakan idea serta pendapat dalam mata pelajaran Sejarah menuntut daya pemikiran yang tinggi dalam kalangan murid (Sharifah Nor, 2009).

Dalam konteks sistem pendidikan abad ke-21 ini yang menekankan aspek penggunaan KBAT dalam proses pengajaran dan pembelajaran, maka amalan KPS diperlukan bagi mewujudkan minat, merangsang proses berfikir serta memupuk perasaan ingin tahu dalam kalangan murid khususnya dalam pembelajaran mata pelajaran Sejarah. Penggunaan media seperti filem dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh golongan guru dan murid bagi meningkatkan penguasaan KPS dalam aspek kemahiran memahami kronologi, kemahiran meneroka bukti, kemahiran membuat interpretasi, kemahiran membuat imaginasi dan kemahiran membuat rasionalisasi. Malah, kepentingan kajian ini boleh dijadikan panduan kepada guru untuk mempelbagaikan aspek pedagogi. Pihak Jabatan Pendidikan dan kementerian boleh merangka modul yang bersesuaian bagi memupuk serta membudayakan amalan KPS dalam pelaksanaan KBAT yang berteraskan dimensi PPPM 2013-2025.

Kajian terdahulu telah membuktikan kepentingan amalan KPS dalam memupuk amalan berfikir di dalam bilik darjah. Menurut Baharuddin Jabar (2006), KPS adalah lebih spesifik kepada disiplin ilmu sejarah itu sendiri. Kemahiran tersebut perlu dipupuk dalam kalangan murid bagi membolehkan mereka mengetahui dan memahami cara golongan sejarawan merenkonstruksi peristiwa lalu dengan menggunakan sumber yang menjadi bukti untuk menentukan signifikan sesuatu tarikh, tokoh, peristiwa, lokasi dan aktiviti manusia pada masa lalu (Baharuddin Jabar, 2006).

Dalam aspek pedagogi pembelajaran melalui filem, hasil dapatan kajian oleh

Mohd. Arif Haji Ismail et.al (2009) terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam

mendapati bahawa penggunaan filem dalam bidang pendidikan khususnya bagi mata pelajaran tersebut sesuatu yang prlu dipertingkatkan. Hal ini kerana, filem boleh dijadikan sebagai medium dan boleh dieksploitasikan oleh guru untuk meningkatkan mutu dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah khususnya bagi menyemai nilai-nilai yang murni dalam kalangan murid.

Hakikatnya, kajian untuk meningkatkan penguasaan KPS perlu dijalankan bagi menangani beberapa permasalahan yang sering membelenggu mata pelajaran Sejarah

(3)

itu sendiri. Menurut kenyataan Abdul Rahim (1999), proses pembelajaran mata pelajaran Sejarah kurang memberi penekanan kepada strategi mendorong kemahiran untuk berfikir seperti teknik penyoalan, inkuiri dan perbincangan antara murid. Malah, perkara yang lebih dikhuatiri ialah susunan penulisan buku teks Sejarah yang membosankan dan tidak menggalakkan daya berfikir para pelajar daripada pelbagai tahap kecerdasan, khususnya dalam proses penerapan amalan KPS dalam kalangan murid. Permasalahan ini menyebabkan mata pelajaran Sejarah dilabel sebagai mata pelajaran yang menghafal.

Selain itu, dalam konteks penggunaan filem dalam pendidikan pula, hal ini telah dinyatakan oleh Saettler (1986) (dalam Rosnaini Haji Mahmud, 1998) bahawa masih terdapat ramai guru yang tidak mengaplikasikan filem sebagai satu media yang boleh membantu proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Hal ini berlaku kerana filem sering dianggap sebagai satu media hiburan yang mempunyai unsur negatif serta bertentangan dengan norma dan nilai sesebuah masyarakat (Kirschenbaum, 1995).

Bertitik tolak daripada jurang dan masalah yang berlaku dalam pedagogi mata pelajaran Sejarah, satu kajian bagi mengenal pasti persepsi pelajar terhadap pembelajaran Sejarah melalui penggunaan sejarah dengan penerapan elemen KPS perlu dijalankan sebagai salah satu usaha untuk menyingkirkan persepsi umum bahawa mata pelajaran Sejarah ialah mata pelajaran yang hanya menekankan teknik hafalan semata-mata. Kajian yang dijalankan ini juga diharapkan dapat meningkatkan KBAT melalui lima kemahiran khusus yang terdapat dalam KPS serta dapat mempelbagaikan lagi sumber dan bahan bantu mengajar dalam mata pelajaran Sejarah.

2.0 SOROTAN LITERATUR

Filem merupakan media pengajaran yang bersistematik. Fungsi berkesan yang melibatkan audio, visual, pergerakan, warna dan kesan tiga dimensi membolehkan filem menjadi begitu menarik untuk ditonton. Oleh itu, filem sesuai digunakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelbagai mata pelajaran di sekolah seperti Sains, Pendidikan Seni, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Moral, Sejarah, Geografi dan Pendidikan Islam. Melalui konteks filem dalam pendidikan, Naim Hj. Ahmad (1995) telah melihat aspek filem dalam pendidikan daripada dua sudut utama. Dalam sudut yang pertama, filem pendidikan merupakan apa-apa sahaja bentuk filem yang boleh digunakan dan dieksploitasikan secara sistematik oleh seseorang guru untuk

(4)

mencapai objektif pendidikan. Aspek ini merangkumi video dan filem yang telah divideokan seperti dokumentari, iklan dan drama. Manakala dari sudut kedua pula, filem pendidikan adalah filem yang direka bentuk secara khusus dengan menggunakan pendekatan tertentu dan diadaptasikan ke dalam kurikulum untuk mencapai objektif pendidikan tertentu.

Sementara itu, dari aspek kemahiran berfikir dalam mata pelajaran Sejarah, Pusat Perkembangan Kurikulum (2003) menyatakan bahawa Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) berkait rapat dengan proses kognitif untuk meneroka dan mempelajari Sejarah yang bersifat kompleks dan abstrak. Tujuan utama elemen KPS diterapkan dalam mata pelajaran Sejarah adalah untuk membolehkan murid berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK), memahami ciri-ciri sejarah, melihat sesuatu peristiwa sejarah secara empati, meneroka idea yang kompleks dan abstrak menerusi bimbingan oleh guru dan cuba memahami bagaimana sejarawan membina peristiwa lalu dengan menggunakan bukti-bukti sejarah bagi menentukan kesignifikan sesuatu peristiwa. Sejajar dengan suasana pembelajaran dan pengajaran abad ke-21 ini, kaedah pengajaran di dalam bilik darjah juga perlu dipelbagaikan bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menarik, berinteraktif dan berpusatkan murid. Melalui bahan bantu mengajar yang semakin canggih kini, maka para guru digalakkan untuk melaksanakan pembelajaran berteraskan multimedia yang melibatkan integrasi antara audio, video, filem, animasi, hiperteks dan hipermedia dalam persekitaran komputer yang interaktif bagi melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah di dalam bilik darjah.

Dalam konteks penggunaan filem sebagai kaedah penyampaian kandungan mata pelajaran Sejarah, ia boleh berfungsi sebagaimesin perakam waktu yang berupaya membantu murid-murid untuk menyelami sejarah masa silam serta peristiwa pada masa kini dan pada masa akan datang. Malah, melalui medium filem juga dapat membantu murid memahami sejarah tanah air serta peradaban dunia serta menyemai sikap toleransi terhadap budaya masyarakat dan memperjuangkan kemanusiaan sejagat (Naim Haji Ahmad, 1995). Melalui filem juga, ia dapat meningkatkan motivasi murid bagi mengikuti pembelajaran di dalam bilik darjah (Dale, 1957). Malah, unsur-unsur dramatik dan kreativiti yang dipaparkan di dalam filem mampu meningkatkan tahap

penguasaan kemahiran berfikir dan KPS murid-murid dari masa ke masa (Heinich et.al,

(5)

Beberapa buah kajian yang telah dijalankan oleh sarjana terdahulu yang mengkaji mengenai penggunaan dan kepentingan filem dalam pendidikan secara umum serta amalan kemahiran pemikiran sejarah yang diterapkan dalam mata pelajaran Sejarah. Hal ini kerana, penggunaan multimedia sebagai bahan bantu mengajar, proses pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Sejarah khususnya dalam meningkatkan KPS bagi penyebatian kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) melalui penggunaan multimedia masih berada pada tahap yang agak rendah dan hanya menjadikan buku teks sebagai rujukan utama. Permasalahan ini berdasarkan tinjauan yang dilakukan oleh Warren (2007) terhadap guru-guru Sejarah di Michigan tentang penerapan KPS mendapati buku teks merupakan bahan yang biasa digunakan oleh guru-guru. Guru juga didapati membimbing murid-murid untuk mengingati semula fakta sejarah dengan menggunakan lembaran kerja. Situasi ini disokong oleh kajian yang dijalankan oleh tinjauan Warren dalam Siti Hawa Abdullah (2008) yang melihat bahawa aspek persediaan guru di bilik darjah masih terlalu bergantung kepada penggunaan buku teks. Kekangan seumpama ini boleh menjadi penghalang kepada proses pemupukan amalan pemikiran sejarah berteraskan penggunaan sumber yang pelbagai di bilik darjah. (Fertig, 2005 : Scheurell, 2007).

Maka, beberapa kajian terdahulu khususnya dalam konteks KPS telah dijalankan untuk mengatasi jurang dan permasalahan yang wujud dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Sejarah ini. Antaranya, kajian yang dijalankan oleh Renuka Ramakrishnan, Norizan Esa dan Siti Hawa Abdullah (t.th) terhadap kesan penggunaan sumber digital sejarah terhadap amalan pemikiran sejarah mendapati bahawa penggunaan sumber digital sejarah dapat meningkatkan amalan pemikiran sejarah murid bagi kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Dapatan kajian juga mendapati terdapat perbezaan dalam amalan pemikiran sejarah yang menggunakan sumber digital secara terbimbing dengan penggunaannya secara bebas. Hasil temu bual juga mendapati bahawa murid-murid bagi kedua-dua kumpulan telah menunjukkan sikap yang positif terhadap penggunaan sumber digital sejarah sebagai platform untuk memperoleh maklumat mengenai pembelajaran.

Sementara itu, hasil kajian dalam konteks filem pendidikan yang dijalankan oleh sarjana Barat iaitu Lavelle (1992) mendapati bahawa penggunaan filem dokumentari seperti “Eyes on the Prize” mampu mendorong murid untuk membuat penyelidikan lanjutan serta membangkitkan sesuatu isu untuk dibahaskan. Malah,

(6)

melalui kajian Hales dan Shaw (1995) tentang penggunaan filem yang telah divideokan untuk topik pengajaran sejarah dunia seperti filem “Holocaust” dan “World War II” boleh memberi impak positif kepada pengetahuan, pemahaman dan pemupukan nilai dalam kalangan murid-murid dan seterusnya membangkitkan perasaan ingin tahu dan dapat menghayati pengalaman sejarah yang ditonjolkan menerusi filem.

Oleh itu, kajian mengenai persepsi murid terhadap penggunaan filem dalam pembelajaran sejarah, penerapan elemen KPS dalam kalangan murid melalui penggunaan filem dan hubungan antara kedua-duanyaperlu dijalankan untuk mendorong pembudayaan berfikir dalam kalangan murid berteraskan lima kemahiran khusus yang digariskan dalam KPS.

3.0 TUJUAN DAN OBJEKTIF KAJIAN

Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk melihat persepsi murid terhadap pembelajaran dalam mata pelajaran Sejarah melalui filem serta penguasaan dalam KPS berdasarkan jantina dan aliran pengkhususan. Selain itu, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti hubungan penggunaan filem dalam pembelajaran terhada penguasaan KPS dalam kalangan murid. Secara khususnya, objektif kajian ini adalah untuk :

i. Mengenal pasti persepsi murid terhadap pembelajaran Sejarah melalui

penggunaan filem.

ii. Mengenal pasti penerapan elemen KPS dalam kalangan murid melalui

penggunaan filem.

iii. Mengenal pasti hubungan penggunaan filem dalam pembelajaran Sejarah

dengan penerapan elemen KPS.

Persoalan Kajian

i. Apakah persepsi murid terhadap pembelajaran Sejarah melalui penggunaan

filem berdasarkan jantina ?

ii. Apakah persepsi murid terhadap pembelajaran Sejarah melalui penggunaan

filem berdasarkan aliran pengkhususan ?

iv. Bagaimanakah penerapan elemen KPS dalam kalnang murid melalui

penggunaan filem berdasarkan jantina ?.

iii. Bagaimanakah penerapan elemen KPS dalam kalangan murid melalui

(7)

iv. Adakah terdapat hubungan yang signifikan penggunaan filem dalam pembelajaran Sejarah dengan penerapan elemen KPS dalam kalangan murid ?.

Hipotesis Kajian

Ho1 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi persepsi murid terhadap pembelajaran Sejarah melalui penggunaan filem berdasarkan jantina.

Ho2 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi persepsi murid terhadap pembelajaran Sejarah melalui penggunaan filem berdasarkan aliran pengkhususan. Ho3 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi penerapan elemen KPS terhadap murid melalui penggunaan filem berdasarkan jantina.

Ho4 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi penerapan elemen KPS terhadap murid melalui penggunaan filem berdasarkan aliran pengkhususan.

Ho5 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara penggunaan filem dalam mata pelajaran Sejarah dengan penerapan elemen KPS dalam kalangan murid.

4.0 METODOLOGI KAJIAN

Kajian yang dijalankan ini merupakan satu kajian kuantitatif deskriptif yang menggunakan reka bentuk kajian tinjau selidik untuk mendapatkan maklum balas daripada responden. Sampel kajian ini melibatkan 40 murid tingkatan empat SMK Jelai (Felda) yang terletak dalam daerah Tampin, Negeri Sembilan mengikut jantina dan aliran pengkhususan bagi mata pelajaran Sejarah. Teknik persampelan rawak mudah telah digunakan bagi memilih sampel untuk kajian ini. Menurut Chua (2011), persampelan rawak mudah digunakan untuk memastikan setiap subjek kajian dalam populasi berpeluang sama rata untuk dipilih sebagai responden kajian.

Instrumen yang digunakan di dalam kajian ini ialah satu set soal selidik yang terdiri daripada tiga bahagian iaitu bahagian Ayang merangkumi demografi sampel iaitu jantina, aliran pengkhususan dan pencapaian murid dalam Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi mata pelajaran Sejarah. Selain itu, bahagian B pula mengandungi sebanyak 12 item mengenai persepsi murid terhadap penggunaan filem dalam pembelajaran Sejarah serta bahagian C yang mengandungi sebanyak 17 item berkaitan dengan penerapan elemen KPS dalam kalangan murid melalui penggunaan filem. Item-item dalam soal selidik telah diubahsuai daripada soal selidik dalam kajian Siti Hajar Halili, Shukri Sulaiman dan Mohd. Razha Abd. Rashid (2011).

(8)

Skala Likert lima poin telah digunakan untuk mengukur persepsi murid terhadap penggunaan filem dalam pembelajaran Sejarah dan kesan penggunaan filem terhadap penguasaan KPS. Ia dapat dibahagikan kepada tiga tahap skor min iaitu 1.00 – 2.33 pada tahap rendah, 2.34 – 3.66 pada tahap sederhana dan 3.67 – 5.00 berada pada tahap tinggi. Hubungan korelasi antara penggunaan filem terhadap penguasaan KPS murid

berdasarkan nilai korelasi Spearman yang mengukur nilai 0.00 sebagai tiada perkaitan, r

< 0.35 sebagai perkaitan lemah, nilai 0.40<r<0.60 pula mempunyai perkaitan sederhana dan nilai 0.70<r<1.00 mempunyai perkaitan yang kuat. Ujian-t digunakan untuk

mengukur hipotesis pertama hingga hipotesis keempat. Jika nilai p< 0.05, maka

hipotesis nul ditolak dan terdapat perbezaan yang signifikan antara pembolehubah yang

diuji. Sekiranya nilai p> 0.05, maka hipotesis nul diterima dan tiada perbezaan yang

signifikan antara pembolehubah yang diuji.

Data yang diperoleh daripada soal selidik diproses dengan menggunakan perisian Statistic Package for Social Science (SPSS Versi 22). Analisis deskriptif seperti frekuensi, peratus, min dan sisihan piawai digunakan oleh penyelidik. Manakala ujian-t digunakan untuk mengukur persepsi murid berdasarkan jantina dan aliran pengkhususan

terhadap persepsi penggunaan filem dan penguasaan KPS. Ujian korelasi Spearman

pula digunakan bagi melihat dan mengukur hubungan antara penggunaan filem dalam pembelajaran Sejarah terhadap penerapan elemen KPS dalam kalangan murid.

5.0 DAPATAN KAJIAN 5.1 Profil Responden

Kajian ini melibatkan seramai 40 orang murid tingkatan empat dari sebuah sekolah menengah sekitar daerah Tampin, Negeri Sembilan. Profil responden kajian yang terlibat di dalam kajian ini dinyatakan dengan terperinci seperti jadual 1 di bawah. Jadual 1 :Profil Responden Kajian

Demografi Kekerapan Peratus

Jantina Lelaki Perempuan 11 29 27.5 72.5 Aliran Sains Sastera 16 24 40.0 60.0

(9)

Keputusan PT3 2015 Untuk Mata Pelajaran Sejarah A B C D E Jumlah 36 2 0 1 1 40 90.0 5.0 0.0 2.5 2.5 100.0

Jadual 1 menunjukkan bahawa berdasarkan jantina, seramai 27.5% (11 responden) orang murid lelaki dan seramai 72.5% (29 responden) murid perempuan. Berdasarkan aliran pengkhususan pula seramai 40.0% (16 responden) murid terdiri daripada aliran sains, 60.0% (24 responden) pula terdiri daripada aliran sastera. Manakala bagi keputusan PT3 2015 untuk mata pelajaran Sejarah pula seramai 90.0% (36 responden) murid yang mendapat Gred A, 5.0% (2 responden) murid yang mendapat Gred B, 2.5% (1 responden) murid yang mendapat Gred D dan E, manakala tidak ada murid yang mendapat Gred C.

5.2Persepsi Murid Terhadap Pembelajaran Melalui Filem Dalam Mata Pelajaran Sejarah Berdasarkan Jantina.

Jadual 2 : Ujian-t bagi Persepsi Murid Terhadap Pembelajaran Melalui Filem Berdasarkan Jantina.

Pembolehubah Min

lelaki

Min perempuan

Levene’s Test for Equality of Variances t df Nilai-p F Sig. Persepsi Pelajar Terhadap Pembelajaran Sejarah Melalui Filem Sejarah 4.136 3.997 0.017 0.898 1.331 38 0.191

(10)

Jadual 2 menunjukkan keputusan hasil ujian-t untuk perbezaan persepsi murid terhadap pembelajaran sejarah melalui filem sejarah berdasarkan jantina. Hasil analisis

menunjukkan nilai p untuk ujian-t ialah 0.191 iaitu lebih besar daripada aras signifikan

0.05. Maka, hasil ujian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan min yang signifikan antara persepsi murid terhadap pembelajaran sejarah melalui filem sejarah berdasarkan jantina.

5.3Persepsi Murid Terhadap Pembelajaran Melalui Filem Dalam Mata Pelajaran Sejarah Berdasarkan Aliran Pengkhususan.

Jadual 3:Ujian-t bagi Persepsi Murid Terhadap Pembelajaran Melalui Filem Berdasarkan Aliran Pengkhususan.

Pembolehubah Min

Sains

Min Sastera

Levene’s Test for Equality of Variances t df Nilai-p F Sig. Persepsi Pelajar Terhadap Pembelajaran Sejarah Melalui Filem Sejarah. 3.891 4.132 1.847 0.182 -2.701 38 0.010

Jadual 3 menunjukkan keputusan ujian-t untuk melihat perbezaan persepsi pelajar terhadap pembelajaran sejarah melalui filem sejarah berdasarkan aliran pengkhususan.

Hasil analisis menunjukkan nilai p untuk ujian-t ialah 0.010 iaitu lebih kecil daripada

aras signifikan 0.05. Oleh itu, keputusan menunjukkan terdapat perbezaan min yang signifikanantara persepsi pelajar terhadap pembelajaran sejarah melalui filem sejarah berdasarkan aliran pengkhususan.

(11)

5.4 Penerapan Elemen KPS Dalam Kalangan Murid Melalui Penggunaan Filem Berdasarkan Jantina.

Jadual 4 : Ujian-t bagi Penerapan Elemen KPS Dalam Kalangan Murid Melalui Penggunaan Filem Berdasarkan Jantina.

Pembolehubah Min

lelaki

Min perempuan

Levene’s Test for Equality of Variances t df Nilai-p F Sig. Penerapan Elemen KPS 3.599 3.505 0.756 0.390 0.653 38 0.518

Seterusnya, di dalam jadual 4 menunjukkan hasil ujian-t untuk melihat perbezaan penerapan elemen KPS dalam dalangan murid melalui penggunaan filem berdasarkan

jantina. Hasil analisis menunjukkan nilai p untuk ujian-t ialah 0518 iaitu lebih besar

daripada aras signifikan 0.05. Maka, hasil ujian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan min yang signifikan antara penerapan elemen KPS dalam kalangan murid melalui filem berdasarkan jantina.

5.5 Penerapan Elemen KPS Dalam Kalangan Murid Melalui Penggunaan Filem Berdasarkan Aliran Pengkhususan.

Jadual 5 : Ujian-t bagi Penerapan Elemen KPS Dalam Kalangan Murid Melalui Penggunaan Filem Berdasarkan Aliran Pengkhususan.

Pembolehubah Min

Sains

Min Sastera

Levene’s Test for Equality of Variances t df Nilai-p F Sig. Penerapan Elemen KPS 3.327 3.667 1.120 0.297 -2.837 38 0.007

(12)

Sementara itu, di dalam jadual 5 menunjukkan hasil ujian-t untuk melihat perbezaan penerapan elemen KPS dalam dalangan murid melalui filem mengikut aliran

pengkhususan.Hasil analisis menunjukkan nilai p untuk ujian-t ialah 0.007 iaitu lebih

kecil daripada aras signifikan 0.05.Maka, hasil ujian menunjukkan bahawaterdapat perbezaan min yang signifikan antara penerapan elemen KPS dalam kalangan murid melalui filem berdasarkan aliran pengkhususan.

5.6Hubungan Antara Penggunaan Filem Dalam Pembelajaran Mata Pelajaran Sejarah Dengan Penerapan Elemen KPS.

Jadual 6: Hubungan Antara Penggunaan Filem Dalam Mata Pelajaran Sejarah Dengan Penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS).

Penguasaan KPS

r P

Penggunaan Filem Dalam Mata Pelajaran Sejarah Terhadap Penguasaan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS)

0.005 0.977

** Significant P<0.05

Jadual 6 di atas menunjukkan nilai r dan p dalam setiap faktor kajian.Bagi mengenal

pasti hubungan antara pembelajaran sejarah melalui filem sejarah dengan penguasaan

dalam KPS,analisis korelasi dilakukan. Hasil analisis menunjukkan nilai p= 0.977 yang

menunjukkan nilai tersebut adalah lebih besar daripada aras signifikan 0.05. Hal ini menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara penggunaan filem dalam mata pelajaran sejarah terhadappenguasaan murid kemahiran pemikiran sejarah (KPS).

Nilai r= 0.005 menunjukkan hubungan tersebut merupakan hubungan positif yang

sangat lemah.

6.0 Perbincangan

Secara keseluruhannya, dapatan kajian mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi murid terhadap pembelajaran Sejarah melalui filem sama ada dari aspek jantina mahupun aliran pengkhususan. Namun, dari aspek gender, murid lelaki memberikan persepsi yang lebih tinggi berbanding murid perempuan manakala murid daripada aliran sastera mencatatkan persespi terhadap penggunaan filem yang

(13)

lebih tinggi berbanding murid daripada aliran sains. Dapatan ini mempunyai perkaitan dengan hasil dapatan kajian oleh Renuka Ramakrishnan, Norizan Esa dan Siti Hawa Abdullah (t.th) yang mendapati bahawa murid lebih cenderung untuk mempelajari mata pelajaran Sejarah serta meneroka setiap KPS melalui penggunaan digital secara terbimbing. Murid-murid juga memberi persepsi yang positif terhadap penggunaan sumber digital berbanding dengan kaedah pembelajaran Sejarah yang bergantung kepada buku teks semata-mata. Malah, murid-murid lebih cenderung dan terdorong untuk menghayati pembelajaran Sejarah melalui penggunaan filem di bilik darjah.

Selain itu, dapatan kajian mengenai penerapan elemen KPS dalam kalangan murid melalui penggunaan filem menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan sama ada dari aspek gender mahupun aliran pengkhususan. Namun, murid lelaki mempunyai pemahaman melalui penerapan KPS yang lebih tinggi berbanding murid perempuan manakala murid daripada aliran sastera pula mencatatkan keputusan yang lebih baik berbanding murid daripada aliran sains. Dapatan kajian ini berbeza daripada hasil dapatan kajian yang dijalankan oleh Sharifah Nor Puteh dan Elisabeth Tak (2009) yang mendapati bahawa murid daripada kedua-dua aliran pengkhususan mempunyai tahap persepsi dan penguasaan yag sama terhadap amalan KPS.

Seterusnya, hasil kajian juga mendapati bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan dari aspek hubungan antara penggunaan filem dengan penerapan elemen KPS dalam kalangan murid mlalui penggunaan filem. Hal ini berbeza daripada dapatan kajian Renuka Ramakrishnan, Norizan Esa dan Siti Hawa Abdullah (t.th) yang mendapati murid-murid daripada kumpulan eksperimen dan mendapat bimbingan dalam penggunaan sumber digital terhadap amalan pemikiran sejarah adalah lebih baik daripada murid-murid daripada kumpulan bebas. Kajiannya juga mendapati bahawa keberkesanan dalam penggunaan sumber digital sejarah banyak bergantung kepada murid yang boleh terlibat secara aktif serta dapat meneroka dan mengkaji sendiri sumber digital sejarah secara efektif.

Kajian mengenai penggunaan filem sejarah dalam pembelajaran mata pelajaran Sejarah serta penerapan elemen KPS dijalankan sebagai kajian awal bagi mengenal pasti tahap persepsi murid terhadap salah satu penggunaan sumber media bagi mempelbagaikan kaedah pembelajaran Sejarah di dalam bilik darjah. Selaras dengan hasrat KPM melalui PPPM 2013-2025 yang berteraskan konsep pengajaran dan pembelajaran abad ke-21, maka golongan pendidik haruslah mempelbagaikan dan

(14)

memanfaatkan sumber teknologi media yang sedia ada untuk meningkatkan motivasi, aras kognitif dan menggalakkan suasana pembelajaran yang lebih interaktif serta berpusatkan murid khususnya dalam pemebalajaran Sejarah. Penekanan terhadap amalan dan penguasaaan dalam KPS ini juga penting khususnya dalam konteks Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang mahu memastikan setiap murid dari peringkat menengah rendah dapat mengaplikasikan serta mengadaptasikan amalan KPS ini melalui sukatan mata pelajaran Sejarah yang baharu serta lebih memberi penekanan kepada aspek kemahiran berfikir bagi memupuk kesedaran agar murid-murid

dapat berfikir luar daripada kebiasaan (outside from the box).

Malah, pembelajaran melalui pendekatan dan penggunaan filem juga dapat memberi dimensi baharu khususnya dalam mata pelajaran Sejarah kerana ia bukan sahaja mampu menarik perhatian murid untuk mempelajari sejarah, malah murid dapat melihat perjalanan sesuatu peristiwa sejarah secara visual yang merangkumi sebab dan akibat berlakunya sesuatu kejadian, aturan peristiwa bersejarah, rasionalisasi daripada kejadian yang telah berlaku dan seterusnya dapat memberi gambaran atau interpretasi secara lebih menyeluruh tentang mesej yang cuba disampiakn melalui filem atau

dokumentari filem bercorak sejarah. Secara tidak langsung,ia membantu

memperkembangkan amalan kemahiran pemikiran sejarah dalam kalangan murid-murid dari masa ke masa.

RUJUKAN

Baharuddin Jabar. (2006). Pelaksanaan Kemahiran Pemikiran Sejarah Dalam Pengajaran

Guru-guru Sejarah : Satu Kajian Kes di daerah Hilir Perak. Jurnal Pendidikan : Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Bain, R.B. (2000). Into the breach : Using research and theory to shape history instruction. In stearns, P.N., Seixas, P., and Wineburg, S. (eds) Knowing teaching and learning history : National and International Perspectives. New York : New York Press. pp. 331-352

Benkler,Y. (2006). The wealth of networks. New Haven, CT : Yale University Press.

Berita Harian. (2011). Subjek Sejarah wajib lulus.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Wajiblulus/article/index_html. Diakses pada 20 Disember 2014.

(15)

Cercadillo, L. (2006). Maybe they haven’t decided yet what is right : ‘English and Spanish Persepective on teaching historical significance’. Teaching History. 125. Pg 6-9.

Chua Yan Piaw. (2011). Kaedah Penyelidikan (Edisi Kedua). McGraw-Hill (Malaysia) Sdn.Bhd.

Dileck, D. and Yapici, G. (2005). The use of stories in the teaching of history. Interrnational Journal of Historical Learning, Teaching and Research, 5(2). Online Journal.

Fertig, G. (2005). Teaching elementary students how to interpret the past. The Social Studies, 96 (1), pg.2-8.

Hynd, C., Holschuh J.P.and Hubbard, B.P. (2004). Thinking like a Historian : College Students Reading of Multiple Historical Documents. Journal of Literacy Research 36 : 141.

Kamarul Afendey Hamimi dan Ishak Saat. (2013). Kemahiran Pelestarian Pemikiran Dalam Pendidikan Sejarah. Dibentangkan dalam Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi. Universiti Malaysia Sabah pada 29-30 Ogos 2013.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Modul latihan pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003).

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. 2013-2025.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah Tingkatan 4. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Renuka Ramakrishnan, Norizan Esa dan Siti Hawa Abdullah. (t.th). Kesan Penggunaan Sumber Digital Sejarah Terhadap Amalan Pemikiran Sejarah. Jurnal Pendidikan. Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan. Universiti Sains Malaysia.

Rosy Talin. (2014). Kemahiran Pemikiran Sejarah – Kemahiran yang Hampir Dilupakan. (Dlm). Rosy Talin dan Mazlan Abdullah (pnyt.) Hala tuju memperkasakan Pendidikan Sejarah dan Geografi. hlm. 43-60.

Scheurell, S. (2007). National history day : Developing digital native historians. The History Teacher, 40(3). pg. 417-425.

Sharifah Nor Puteh dan Elisabeth Tak. (2009). Hubungan Persepsi Pelajar Terhadap Pengajaran Kemahiran Pemikiran Sejarah dengan Pencapaian dalam Mata Pelajaran Sejarah. Prosiding Seminar Pendidikan Serantau Ke-4.

Siti Hajar Halili, Shukri Sulaiman dan Mohd. Razha Abd. Rashid (2011). Keberkesanan Proses Pembelajaran Menggunakan Teknologi Sidang Video. Jurnal Pendidikan Malaysia, 36 (1), pp. 55-65.

Siti Hawa Abdullah. (2008). Empati Sejarah Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah. Jurnal Pendidik dan Pendidikan. 28(1). pp.131-146.

Wineburg, S. (2000). Making Historical Sense. In Stearns, P.N. Seixas, P. and Wineburg, S. (eds.). Knowing Teaching and Leraning History : National and International Perspectives pp. 307-325. New York : New York University Press.

(16)

Yeager, E.A., and Forster, S.J. (2001). The role of empathy ini development of historical understanding. In Davis Jr, O.L., Anneyeager, E., Foster, S.J. (eds). Historical Empathy and Perspectives Taking in the Social Studies, pp. 13-21. USA : Rowman and Little Field

Zahara Aziz dam Nik Azleena Nik Ismail. (2007). Kajian Tinjauan Kesediaan Guru-guru Sejarah Menerapkan Kemahiran Pemikiran Sejarah Kepada Para Pelajar. Jurnal Pendidikan. 32 : 119-137. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Referensi

Dokumen terkait

Pada indikator 2 kedua subjek dengan IQ tinggi mampu membuat simbol- simbol matematika saat menuliskan informasi yang diperoleh dari soal (M1 dan M2) dan ketika

Metodologi yang digunakan menerapkan teknik terbaru dalam pembuatan program sehingga diharapkan dapat lebih baik dalam menganalisis kebijaksanaan, mengkaji dampak lingkungan dan

Diantaranya dari rancangan tahap compress file zip untuk prototyping sistem operasi sama halnya dengan compress file system , lau tahap persiapan dan memasuki

Dengan membuat short movie yang mengangkat fenomena orang tua yang selalu marah kepada anaknya yang mendapat nilai ulangan yang tidak bagus, diharapkan orang tua

Dengan menggunakan metode FMEA maka dapat diperoleh dan dipilih 3 faktor penyebab cacat yang memiliki nilai RPN terbesar dari setiap cacat dominan, sehingga dapat

Perbedaan antara penelitian kedua dengan penelitian yang akan dilakukan adalah pada penelitian kedua lebih di fokuskan pada tindakan monopoli yang mengganggu

MAKMAL NO. AMALI PENYELARAS/ PENGAJAR BIL. KOD PROGRAM/ MAJOR/ KLASIFIKASI/ KUOTA BIL. ) JURIDAH BINTI MD RASHID ( PUAN ) JURIDAH BINTI MD RASHID ( PUAN ) JURIDAH BINTI MD RASHID (

Prota disusun oleh guru kelas dengan menjabarkan alokasi waktu untuk merancang dan memanajemen waktu berdasarkan kalender pendidikan yang telah disesuaikan oleh sekolah sehingga