• Tidak ada hasil yang ditemukan

HINDARI SIFAT QARUN MODEN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "HINDARI SIFAT QARUN MODEN"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

1

HINDARI SIFAT QARUN MODEN

َهِرَك ْوَلَو ِهِّلُك ِنْيِّدلا ىَلَع ُهَرِهْظُيِل ، ِّقَلحا ِنْيِدَو ىَدُلهاِب ُهَلْوُسَر َلَسْرَأ ْيِذَّلا ِلله ُدْمَلحا

ُللها لاِإ َهلِإلا ْنَأ ُدَهْشَأ ، َنْوُكِرْشُلما

هل كيرش لا هدحو

دَّمَُمُ اَنَدِّيَس َّنَأ ُدَهْشَأَو ،

ا

ْنَمَو ِهِباَحْصَأَو ِهِلآ ىَلَعَو ٍدَّمَُمُ اَنِدِّيَس َىلَع ْكِراَبَو ْمِّلَسَو ِّلَص َّمُهّللا ، ُهُلْوُسَرَو ُهُدْبَع

، ِنْيِّدلا ِمْوَ ي َلَِإ ٍناَسْحِإِب ْمُهَعِبَت

ِللها َداَبِع اَيَ ف ، ُدْعَ ب اَّمَأ

!

َّنُتُوَتملاَو ِهِتاَقُ ت َّقَح َللها اْوُقَّ تا

َنْوُمِلْسُم ْمُتْ نَأَو لاِإ

.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah.

Pada hari yang mulia ini, marilah kita bersama-sama meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T, dengan mengerjakan segala suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini dengan melaksanakan amalan-amalan wajib di samping memperbanyakan amalan-amalan sunat mudah-mudahan kita tergolong dalam orang yang beruntung disisi Allah S.W.T.

Kaum Muslimin Yang Dirahmati Allah Sekelian,

Bulan Ramadan merupakan salah satu bulan yang dimuliakan oleh Allah S.W.T, juga merupakan bulan untuk umat Muhammad S.A.W. Pada bulan ini dibuka kepada kita seluas-luasnya pintu syurga dan ditutup pintu neraka. Didalamnya diberi peluang “Keampunan” untuk menyucikan umatnya. Mimbar pada hari ini akan membicarakan tajuk “ Hindari sifat Qarun Moden”.

(2)

2

Sidang Jumaat Yang Berbahagia

Qarun adalah ikon negatif bagi manusia yang mempunyai harta kekayaan dan kemewahan. Namun di sebalik kekayaan dan kemewahannya, dia digambarkan sebagai manusia sangat kedekut, sombong dan angkuh dengan harta dimiliki. Akhirnya Qarun mati ditelan bumi bersama gudang hartanya sepertimana Allah S.W.T memaparkan kisah Qarun di dalam Al-Quran :

َنِم ُهَٰ َنۡيَتاَءَو ۡۖۡمِهۡي

َلَع َٰ َغََبَف َٰ َسَوُم ِمۡوَق نِم َنَكَ َنوُرََٰق َّنِإ۞

ِزوُن

ُكۡلٱ

ُهَ ِتِاَفَم َّنِإ

ٓاَم

ۥ

ِب

ُ

أٓوُنَ َلَ

ِةَب ۡصُعۡلٱ

ِلِْو

ُ

أ

ِةَّوُقۡلٱ

ُ

َ

ل َلاَق ۡذِإ

ۥ

ُهُمۡوَق

ۥ

َّنِإ ۡۖ ۡحَرۡفَت

لَ

َ

َ َّللّٱ

ُّبِ ُيُ

لَ

َ

َيِحِرَف

ۡلٱ

٧٦

“ Sesungguhnya Qarun adalah termasuk kaum Musa maka ia berlaku aniaya terhadap mereka dan Kami telah menganugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat.(ingatlah ketika kaumnya berkata kepadanya; “Janganlah kamu terlalu bangga sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang terlalu membanggakan diri) (Al-Qasas:76)

Sidang Jumaat Sekelian,

Kehidupan Qarun pada mulanya hanya seorang pemuda yang miskin yang taat beribadah kepada Allah dan merupakan pengikut Nabi Musa A.S yang paling setia , lunak suaranya bila membaca taurat , seorang yang rajin dan baik. Sehingga pada suatu hari Qarun telah berkata kepada Nabi Musa A.S. “ Wahai Musa! Doakan lah agar aku menjadi orang yang kaya. Nanti boleh aku gunakan kekayaanku untuk membantu perjuanganmu”.

(3)

3

Berkatalah Nabi Musa “ Tidak! Aku tidak akan mendoakan kamu kaya, kerana nanti kamu akan lupa diri”, Qarun tetap mendesak dan akhirnya Nabi Musa A,S pun mendoakan agar Qarun menjadi kaya. Dalam waktu yang singkat, kehidupan Qarun mula berubah dari seorang yang miskin kepada seorang yang tersangat kaya. Dia memiliki ribuan gudang harta berisikan emas dan perak. Kekayaan yang dimiliki oleh Qarun rupanya telah mengubah dirinya menjadi seorang yang sombong , tamak, tidak pernah puas dengan apa yang ada . Ia buta dari kebenaran , tidak bersyukur atas nikmat kekayaannya dan tidak mahu membelanjakan hartanya ke jalan yang memberi maanfat walapun telah dinasihati oleh orang-orang mukmin di kalangan kaum Nabi Musa A.S. Berkata Qarun kepada mereka dengan mendabik dada dengan sombong dan berkata :

َلاَق

ُهُتيِتو

ُ

أ ٓاَمَّنِإ

ۥ

ٓۚٓيِدنِع ٍم

ۡلِع ََٰ َعَل

“Qarun menjawap (dengan sombongya):” Aku diberikan harta kekayaan ini hanya disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada pada ku”, (Al-Qasas: 78)

Apabila datang perintah Allah kepada Nabi Musa A.S untuk mengambil zakat dari kalangan orang kaya ketika itu, lantas Nabi Musa menenui Qarun dan berkata kepadanya “Wahai Qarun !, Bukankan engkau tahu bahawa sesiapa yang mempunyai harta kekayaan wajib mengeluarkan zakatnya” . Nabi Musa meminta Qarun mengeluarkan zakat dengan kadar setiap 1000 dinar , zakatnya 1 dinar dan setiap 1000 dirham, zakatnya 1 dirham. Qarun meminta kepada nabi Musa untuk memberi sedikit masa untuknya membuat pengiraan zakat. Apabila dikumpulkan keseluruhan zakatnya, Qarun merasakan jumlahnya terlalu banyak untuk dizakatkan sedangkan harta yang masih tinggal masih terlalu banyak berbanding jumlah zakat yang perlu dikeluarknyanya. Dia bimbang hartanya akan habis kerana di kenakan zakat.

(4)

4

Kaum Muslimin Sekelian

Akhirnya kerana sifat bakhil, tamak dan sombong untuk tidak berkongsi harta dan nikmat dengan kaum Nabi Musa setelah diperintah oleh Allah SWT untuk mengeluarkan zakat, maka Qarun telah menerima azab yang sangat dahsyat seperti dirakamkan melalui Al-Quran , surah Al-Qasas ayat 81

اَنۡف َسَخَف

ِهِب

ۦ

ِهِراَدِبَو

َضرۡ

َ ۡ

لۡٱ

ُ

َ

ل َن َكَ اَمَف

ۥ

ُهَنوُ ُصُنَي ٖةَئِف نِم

ۥ

ِنوُد نِم

ِ َّللّٱ

َنِم َن َكَ اَمَو

َنيِ ِصَُتنُم

ۡ

لٱ

“Lalu kami timbuskan dia bersama-sama dengan rumahnya didalam tanah, maka tidaklah ia mendapat sebarang golongan yang menolongnya dari azab Allah, dan ia pula tidak dapat menolong dirinya sendiri”. ( Al-Qasas: ayat 81)

Inilah kebinasaan akibat sifat kedekut dan bakhil terhadap harta yang telah dikurniakan Allah SWT, Hakikatnya, kedekut itulah yang membutakan mata hati si Qarun. Maka, hari ini sifat kikir dan kedekut ini jugalah yang mengikis sifat ihsan dari manusia dan sifat bakhil itu jugalah yang mengunci mati pintu kebajikan. Rasulullah SAW menjelaskan sikap negatif yang diakibatkan dari penyakit bakhil ini , melalui sabdanya yang bermaksud :

“Hati-hatilah kamu terhadap sifat bakhil, karena bakhil telah merosakkan orang-orang sebelum kalian. Mereka memutuskan silaturahim, berbuat bakhil dan berbuat maksiat, semuanya disebabkan oleh penyakit bakhil ini” (riwayat Imam Ahmad).

Maka Qarun kekal sebagai ikon negatif sepanjang zaman sehingga kiamat menjelma dan sebagai peringatan dan pengajaran untuk kita semua , Jesteru marilah kita merenung dan mengambil iktibar daripada kisah Qarun yang dinyatakan tadi diantaranya :-

(5)

5

1. Jangan Terlalu mengejar harta dunia

Qarun mempunyai keinginan yang tidak terbatas , ia merasakan tidak puas dengan kekayaan yang telah diperolehi. Segala cara akan dilakukan semata-mata mahukan kekayaannya semakin bertambah tanpa memperdulikan halal dan haram, baik mahupun buruk. Janganlah kita mudah tertipu dengan kehidupan dunia ini, kerana ia adalah permainan semata-mata dan pastinya akan hancur suatu ketika nanti.Sebagai Umat Islam hendaklah kita merasa bersyukur setiap nikmat pemberian Allah kepada kita. Selain itu hendaklah kita menjaga dan memastikan cara dan punca harta mengikut jalan yang dibenarkan oleh syarak agar memperolehi keberkatan dari Allah

2. Terlalu membanggakan diri sendiri

Qarun mengangap semua kekayaan yang diperolehinya datangnya daripada kepandaian dan ilmunya sendiri dan bukan datang daripada Allah sehingga menimbulkan sifat sombong. Qarun merasa ujub dengan dirinya sehingga menafikan segalanya dari Allah. Oleh itu, jangan lah kita merasa bangga terhadap diri kita, apa-apa yang kita perolehi meskipun itu dari keringat dan usaha kita, semua itu hanya akan terjadi atas kehendak Allah. Sikap Ujub akan menurunkan keikhlasan dan kemuliaan kita di hadapan Allah S.W.T. Perkara-perkara yang biasanya menjadi bahan kesombongan atau ketakabburan, sebagaimana yang dinyatakan di dalam Kitab Ihya Ulumuddin tulisan Imam Al-Ghazali ada tujuh perkara, iaitu ilmu pengetahuan, amalan dan peribadatan, keturunan, keindahan dan kelebihan pada bentuk fizikal, harta kekayaan, kekuatan fizikal dan kuasa atau pengaruh.

(6)

6

3. Menolak kewajipan zakat

Qarun telah dibinasakan oleh Allah kerana keenggannya menunaikan kewajipan berzakat sepertimana yang diperintah Allah kepada Nabi Musa A.S. agar mengambil zakat dari kalangan orang kaya. Islam sebagai agama yang mulia, telah memerintahkan kepada kita untuk menunaikan hak harta tersebut dengan zakat yang menjadi rukun Islam. Seseorang yang membayar zakat apabila mencukupi cukup syarat wajibnya akan menyuci dan membersihkan dirinya, maka di situ lahirlah roh kemurahan dalam mengutamakan orang lain. Melalui keperibadian ini, ianya dapat memantapkan persaudaraan sesama Islam disamping dapat membersihkan diri mereka dari bahaya sifat kedekut dan mementingkan dirinya sendiri.

Muslimim Sidang Jumaat Yang Dimuliakan Allah

Jesteru lihat pada hari ini, adakah diantara kita , golongan yang dikurniakan Allah kekayaan tetapi mereka lupa daratan. Mereka sering kali mendabik dada dengan sombongnya mengatakan bahawa kekayaan mereka itu adalah atas hasil usaha mereka sendiri, dengan ilmu yang mereka ada, pangkat yang mereka sandang dan sebagainya. Kekayaan dibolot, harta berlimpah tetapi hati tandus dengan kasih-sayang. Derma dan sedekah dipandang hina, seolah-oleh diri mereka begitu berkuasa sepenuhnya ke keatas hartanya. Sikap mereka ini saling tidak tumpah seperti Qarun. Tidak keterlaluanlah si kaya yang sombong kedekut dan bakhil yang ingkar itulah jelmaan Qarun yang dimurkai Allah lantas diselar sebagai Qarun Moden.

(7)

7

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah.

Kedatangan bulan yang mulia ini, marilah kita semua menjauhi sifat bakhil dari terus bersarang di dalam jiwa. ia hanya akan merosakan diri kita dan dimurkai Allah SWT. Semai dan bajailah jiwa kita dengan sifat dermawan dan pemurah dengan sikap saling bantu membantu, tolong menolong terutama kepada golongan yang sangat memerlukan. Jadikan Ramadan ini sebagai titik mula kearah perubahan diri dan jiwa yang lebih mentaati perintah Allah dengan ikhlas yang terpuji. Hindarilah diri kita dari tergolong dalam golongan Qarun Moden. Allah S.W.T telah memperingatkan kepada golongan yang bakhil, sombong dan takkabur ini akan azab dan seksa yang menanti mereka di hari kiatmat nanti dalam surah Ali Amran, ayat 180,

َ

لََو

َّ َبَ َسۡ َيُ

َنيِ

لَّٱ

َّ

ُمُهَٰىَتاَء ٓاَمِب َنو

ُلَخۡبَي

ُ َّللّٱ

ِهِل ۡضَف نِم

ۦ

ۡۖۡمُه

َّل ّٞر َش َوُه ۡلَب ۖمُهَّل اٗ ۡيَۡخ َوُه

ِهِب

ْاوُلِ َبَ اَم َنوُقَّوَطُيَس

ۦ

َمۡوَي

ِةَمَٰ َيِقۡلٱ

ُثََٰريِم ِ َّ ِللَّو

ِتَٰ َوَٰ َم َّسلٱ

َو

ِضرۡ

َ ۡ

لۡٱ

َو

ُ َّللّٱ

َنوُلَمۡعَت اَمِب

ّٞيِۡبَخ

١٨٠

“ Dan jangan sesekali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Alah kepda mereka dari kemurhan-Nya, menyangka bahawa keadaan bakhil itu baik bagi mereka.Bahkan ia adalah buruk bagi mereka.Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya pada hari kiatmat.Dan kepunyaan Allahlah segala wairsan(yang ada) di langit dan di bumi.Dan(ingatlah) Allah amat mengetahui dengan mendalam akan segala yang kamu kerjakan”. (Surah ali Amran 18:ayat 180)

(8)

8

ِرْكِّذلاَو ِتاَيلآا َنِم ِهْيِف اَِبِ ْمُكاَّيِإَو ِنَِعَفَ نَو ِمْيِظَعلا ِنآْرُقلا ِفِ ْمُكَلَو ِْلِ ُللها َكَراَب

ِْلِ َمْيِظَعلا َللها ُرِفْغَ تْساَو ُمْيِلَعلا ُعْيِمَّسلا َوُه ُهَّنِإ ُهَتَولاِت ْمُكْنِمَو ِّنِِم َلَّبَقَ تَو ِمْيِكَلحا

َسِلَو ْمُكَلَو

َزْوَ ف اَيَ ف ُهْوُرِفْغَ تْساَف ِتاَنِمْؤُلماَو َْينِنِمْؤُلماَو ِتاَمِلْسُلماَو َينْمِلِسْمُلا ِرِئا

َْينِبِئاَّتلا َةاََنَ اَيَو َنْيِرِفْغَ تْسُلما

Referensi

Dokumen terkait

Dengan demikian diketahui bahwa tanah dibawah steel pile masih mampu mendukung beban maksimum yang terjadi.. 4.9.3

Keistimewaan kerajinan Akar Wangi adalah memiliki fungsi tertentu (misalnya tempat tisue), memiliki karakteristik menarik dan unik (karena dibuat dari bahan minor

Carl Friedrich memandang kebijakan sebagai suatu arah tindakan yang diusulkan oleh seseorang, kelompok atau pemerintah dalam suatu lingkungan tertentu, yang memberikan hambatan

(2) Bagan Struktur Organisasi Badan Pengelolaan Keuangan dan Aset Daerah tercantum dalam Lampiran XXIX yang merupakan bagian tidak terpisahkan dari Peraturan Bupati

Arrianto Mukti Wibowo, CISA © 2006, amwibowo@yahoo.com ,

Oleh itu, semua pindaan serta tambahan terhadap peraturan kewangan sedia ada yang telah dibuat kepada lapan jenis bantuan persekolahan tersebut daripada segi tuntutan,

Untuk mengetahui faktor – faktor yang mempengaruhi dalam upaya meningkatkan volume penjualan, dalam penelitian ini menggunakan 3 variabel bebas antara lain jumlah

Kedudukan Wanita dalam Kajian Tafsir al-Manar (studi analisis terhadap QS. 4:34) , Tati Mulyati, Nim 891083, Ushuluddin 1993, dalam skripsi ini di jelaskan, bahwa penafsiran Abduh