• Tidak ada hasil yang ditemukan

International Conference on Global Education V Global Education, Common Wealth, and Cultural Diversity

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "International Conference on Global Education V Global Education, Common Wealth, and Cultural Diversity"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

CORAK RESPON PENAAKULAN BERSYARAT DALAM KONTEKS UMUM

Ho Wen Jye

Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Perak. Abstrak

Lawson (1992) mengemukakan Teori Hipotesis Multipel untuk menerangkan intipati penaakulan saintifik. Menurut teori ini, intipati penaakulan saintifik adalah “kebolehan untuk mengusahakan penaakulan dengan mempertimbangkan lebih daripada satu syarat antejadian”. Kajian ini menguji andaian asas teori ini dalam konteks pengalaman umum. Subjek kajian terdiri daripada 130 orang pelajar tingkatan lima aliran sains di Perak. Instrumen iaitu Ujian Penaakulan Bersyarat Umum (UPBU) telah digunakan untuk mengenal pasti corak respon penaakulan pelajar. Hasil kajian menunjukkan bahawa corak respon penaakulan pelajar tidak konsisten bagi setiap tugasan logik bersyarat. Didapati peratusan respon penaakulan bersyarat menurun dari Tugasan Segiempat Sama ke Tugasan Lesen Memandu dalam UPBU, sebaliknya peratusan respon penaakulan dwisyarat pula meningkat. Secara amnya, dapatan kajian menyokong andaian Teori Hipotesis Multipel dan menambah lagi bukti empirikal bahawa penaakulan tidak boleh dilihat sebagai suatu konstruk yang bebas daripada konteks. Implikasi dapatan kajian terhadap pengajaran dibincangkan.

Katakunci: penaakulan bersyarat, penaakulan dwisyarat, Teori Hipotesis Multipel

PENGENALAN

Latar Belakang Kajian

Selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM), peranan pendidikan sains untuk merealisasikan perubahan dan pencapaian Malaysia di peringkat antarabangsa merupakan agenda yang begitu mencabar dan kritikal. Dimensi kualiti menjadi fokus utama untuk mentransformasikan sistem pendidikan negara. Antara aspirasi yang digariskan untuk setiap murid ialah kemahiran berfikir di mana setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif termasuk penaakulan (Kementerian Pendidikan Malaysia, KPM 2013). Dalam usaha ini, Malaysia menyediakan pelbagai penambahbaikan prestasi misalnya dalam kurikulum standard sekolah rendah dan menengah (KSSR dan KSSM), kemahiran menaakul merupakan satu kemahiran yang diutamakan (Bahagian Pembangunan Kurikulum, PPK 2012). Menurut dokumen The Central Purpose of American Education (Educational Policies Commission, 1961), objektif umum sekolah seharusnya membantu pelajar mengembangkan keupayaan merasional, penekanan harus diberikan kepada perkembangan kemahiran berfikir dan penaakulan saintifik. Justeru wujudnya keperluan

(2)

untuk mengalih fokus kepada kajian tentang intipati bagi kebolehan menaakul dan kebolehan berfikir.

Pernyataan Masalah

Selama ini, teori perkembangan kognitif Piaget menjadi tumpuan kajian ramai pendidik. Berdasarkan model perkembangan intelektual kanak-kanak Piaget (Inhelder & Piaget, 1958), seseorang pemikir operasi formal dikatakan mampu menggunakan corak pemikiran yang tidak terikat kepada kandungan hujah, yakni seseorang pemikir operasi formal boleh menaakul dengan cara logik tanpa terikat oleh konteksnya. Menurut kajian Lawson dan Renner (1975), majoriti konsep sains menengah adalah abstrak dan memerlukan pemikiran formal. Skor pelajar dalam ujian penaakulan formal Piaget didapati berkolerasi dengan pencapaian sains secara konsisten (Lawson, 1978; Roadrangka, Yeany & Padilla, 1983). Akan tetapi, sekadar melabelkan pelajar kepada kategori pemikir operasi formal, peralihan dan operasi konkrit adalah tidak memadai, pengertian seharusnya lebih daripada data yang dipamerkan dalam ujian penaakulan formal. Masalah yang timbul dari ujian penaakulan semasa adalah kita tidak dapat memperuntukan banyak pengertian terhadap pencapaian pelajar dalam ujian ini. Lebih-lebih lagi apabila berlakunya isu ketidak-konsistensi bagi peringkat operasi formal (Wollman, 1978b; Briggs, 1980), pada hal Piaget pernah mendakwa bahawa konsistensi merupakan satu petunjuk bagi penaakulan formal (Inhelder & Piaget, 1958, hlm.265). Untuk membolehkan lebih pengertian dan interpretasi dapat dibuat terhadap pencapaian pelajar dalam ujian penaakulan, maka adalah menjadi keutamaan bagi kajian ditumpukan kepada persoalan tentang apakah yang sebenarnya diukur oleh ujian penaakulan dan apakah sifat tabii penaakulan saintifik.

Teori Hipotesis Multipel

Lawson (1992) mengemukakan Teori Hipotesis Multipel sebagai teras empirikal dalam persoalan tentang apakah intipati bagi penaakulan saintifik. Hipotesis asas ini ingin menguji sama ada ciri utama penaakulan saintifik adalah kecenderungan penaakul untuk mengusahakan penaakulan dengan mempertimbangkan lebih daripada satu syarat antejadian spesifik (Markovis, 1984; 1985) atau sekiranya penaakul itu tidak dapat memikirkan lebih daripada satu syarat antejadian, dia adalah sedar bahawa mungkin terdapat lebih daripada satu syarat antejadian; maka kesimpulan yang dibuat olehnya

(3)

adalah terikat oleh kemungkinan ini. Berdasarkan teori ini, intipati bagi penaakulan saintifik adalah “kebolehan untuk mengusahakan penaakulan dengan mempertimbangkan lebih daripada satu syarat antejadian” (Lawson, 1992, hlm.965). Secara khususnya, Teori Hipotesis Multipel meninjau isu sama ada penaakul mengambil kira antejadian alternatif dalam suatu konteks bagi penaakulan. Jadual 1 menunjukkan ringkasan bagi elemen utama dalam Teori Hipotesis Multipel yang dipetik dari Lawson (1992, hlm.971).

Jadual 1

Perwakilan mental bagi situasi spesifik dengan satu atau dua antejadian serta kesimpulan yang terhasil daripada setiap jenis situasi

Perwakilan mental Kesimpulaan terhasil Situasi: satu antejadian

p q q p  Situasi: dua antejadian

p q tiada kesimpulan q tiada kesimpulan

Penaakulan Bersyarat dan Penaakulan Dwisyarat

Untuk tujuan kajian ini, tiga tugasan logik bersyarat “jika p, maka q” dikaji dalam Ujian Penaakulan Bersyarat Kimia (UPBU) (Jadual 2). Kesemua tugasan logik berbentuk “jika p, maka q” yang sama tetapi dalam konteks pengalaman seharian umum yang berlainan.

Jadual 2

Tiga Tugasan Logik dalam UPBU

Tajuk tugasan Tugasan logik

1. Segiempat Sama Jika suatu lukisan berbentuk segiempat sama, maka ia mempunyai

empat sisi.

2. Tangki Minyak Jika kereta itu boleh bergerak, maka ada petrol di dalam tangki

minyaknya.

3. Lesen Memandu Jika seseorang mempunyai lesen memandu, maka dia boleh

memandu kereta secara sah dari sisi undang-undang.

p q seakan-akan corak penaakulan

dwisyarat p q seakan-akan corak penaakulan bersyarat 0

(4)

Seiringan dengan setiap tugasan logik, empat item dengan premis yang berbeza dikemukakan berdasarkan empat prinsip asas penaakulan bersyarat, iaitu p, , q, masing-masing. Sekiranya seseorang menggunakan peraturan piawai mengikut prinsip asas penaakulan bersyarat sebagai panduan penaakulan bagi keempat-empat item di bawah setiap tugasan logik, kesimpulan yang akan dicapai pada kesemua tugasan logik seharusnya identikal. Ini bermakna respon opsyen jawapan bagi empat item di bawah setiap tugasan logik mengikut prinsip penaakulan bersyarat “jika p, maka q” adalah A-C-C-B. Sebaliknya jika respon opsyen jawapan bagi empat item di bawah suatu tugasan logik adalah A-B-A-B, maka pelajar telah menaakul mengikut prinsip penaakulan dwisyarat “p jika dan hanya jika q”. Jadual 3 menjelaskan corak respon opsyen jawapan pelajar mengikut prinsip penaakulan bersyarat dan penaakulan dwisyarat bagi keempat-empat item di bawah contoh tugasan logik Segiempat Sama

Jadual 3

Corak Respon Opsyen Jawapan Pelajar mengikut Primsip Penaakulan Bersyarat dan Penaakulan Dwisyarat bagi Keempat-empat Item di bawah Tugasan Logik Segiempat

Sama

Bentuk logik bersyarat: Jika p, maka q (Perwakilan simbolik: pq)

Tugasan logik Segiempat Sama: Jika suatu lukisan berbentuk segiempat sama, maka ia

mempunyai empat sisi.

Bentuk logik

dan premis

No Item Opsyen jawapan Penaakulan

bersyarat Penaakulan dwisyarat p ⇒ q p 1. Lukisan ini berbentuk segiempat sama, oleh itu ... A. ia mempunyai empat sisi.. B. ia tidak mempunyai empat sisi. C. Tiada kesimpulan dapat dicapai. A A p ⇒ q

2. Lukisan ini tidak berbentuk segiempat sama, oleh itu ... A. ia mempunyai empat sisi.. B. ia tidak mempunyai empat sisi. C. Tiada kesimpulan dapat dicapai. C B p ⇒ q q 3. Lukisan ini mempunyai empat sisi, oleh itu ... A. ia berbentuk segiempat sama. B. ia tidak berbentuk segiempat sama. C. C. Tiada kesimpulan dapat dicapai. C A p ⇒ q

4. Lukisan ini tidak mempunyai

A. ia berbentuk

(5)

empat sisi, oleh itu ... segiempat sama. B. ia tidak berbentuk segiempat sama. C. C. Tiada kesimpulan dapat dicapai. Andaian Asas Teori Hipotesis Multipel

Teori Hipotesis Multipel mengandaikan bahawa corak respon penaakulan adalah berubah-ubah dari satu tugasan ke tugasan yang lain bergantung kepada sejauh mana konteksnya memudahkan atau menghadkan imanginasi syarat antejadian alternatif. Berdasarkan kajian Lawson (1992) dan Norman (1997), barangkali urutan tugasan logik dalam UPBU adalah dalam keadaan di mana konteksnya semakin sukar untuk memikirkan syarat antejadian alternatif apabila beralih dari tugasan logik pertama (Segiempat Sama) menuju ke tugasan akhir (Lesen Memandu). Maka Teori Hipotesis Multipel membawa kepada ramalan bahawa peratusan respon penaakulan bersyarat akan menurun manakala peratusan respon penaakulan dwisyarat akan meningkat dari Tugasan Segiempat Sama ke Tugasan Lesen Memandu dalam UPBU.

Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk menguji andaian asas Teori Hipotesis Multipel Lawson (1992) dengan menyiasat corak respon penaakulan yang dipamerkan oleh pelajar sains tingkatan lima pada tugasan logik bersyarat berdasarkan konteks pengalaman seharian umum.

Soalan Kajian

Apakah corak respon penaakulan yang ditunjukkan oleh pelajar pada tugasan logik dalam Ujian Penaakulan Bersyarat Umum (UPBU)?

Kepentingan Kajian

Dalam sistem pendidikan Malaysia kini, warga pendidik dititikberatkan untuk mengasah kemahiran kognitif yang tinggi dalam diri setiap murid agar sentiasa berfikir dan berusaha untuk mengembangkan daya pemikiran supaya individu mampu menghuraikan, menaakul, merumus dan menghasilkan idea yang bernas. Maka amat pentingnya PdP dapat dirancang oleh para pendidik untuk mendedah dan melatih pelajar dalam kemahiran berfikir secara logik dan analitik. Dalam hal ini, kemahiran menaakul

(6)

merupakan satu kemahiran yang diutamakan, ia merupakan keupayaan individu membuat pertimbangan dan penilaian secara logik dan rasional (PPK, 2012). Penguasaan kemahiran berfikir kritis dan kreatif serta strategi berfikir menjadi lebih mudah jika seseorang itu berkebolehan membuat penaakulan dengan rasional dan teratur. Sebelum itu, persoalan yang perlu ditinjau adalah: Apakah intipati bagi kebolehan berfikir dan apakah aspek yang mempengaruhi kebolehan penaakulan saintifik seseorang pelajar? Kajian berkenaan dengan aspek penaakulan perlu diteliti agar membantu para pendidik dalam usaha meningkatkan kemahiran penaakulan pelajar, menggunakan pendekatan dan persekitaran pembelajaran yang sesuai supaya kebolehan penaakulan pelajar dilonjatkan.

Peninjauan intipati penaakulan saintifik dan pengaruh konteks terhadap penaakulan dalam kalangan pelajar membawa banyak implikasi kepada pengajaran sains di sekolah. Sekiranya kebolehan untuk mempertimbangkan hipotesis alternatif adalah aspek penting dalam penaakulan, guru sains harus menanam tabiat minda sedemikian dalam kalangan pelajar. Pengajaran boleh dirancang supaya membantu dan meningkatkan kebolehan pelajar untuk menjana dan mempertimbangkan hipotesis alternatif dalam suatu konteks yang diberikan. Kejayaan PPPM amat bergantung kepada kualiti PdP dan keupayaan guru untuk merealisasikan matlamat dan aspirasi pendidikan seperti yang digariskan. Diharapkan hasil kajian dapat memberi idea dan cadangan kepada guru dan perancang kurikulum tentang strategi dan situasi yang sesuai dalam pengajaran sains supaya dapat meningkatkan keberkesanan PdP serta kebolehan penaakulan saintifik dalam kalangan pelajar.

METODOLOGI KAJIAN Reka Bentuk Kajian

Kajian ini berupa kajian tinjauan yang melibatkan pengumpulan data-data kuantitatif. Data numerika yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan ujian statistik deskriptif.

Subjek Kajian

Subjek kajian terdiri daripada 130 orang pelajar sains tingkatan lima di tiga buah sekolah menengah di Perak. Subjek kajian diambil secara “intact” daripada kelas sains yang dipilih secara rawak. Pelajar sains tingkatan lima digunakan dalam kajian ini

(7)

memandangkan mereka adalah familiar tentang penaakulan mantik kerana telah belajar Tajuk “Penaakulan Matematik” dalam mata pelajaran Matematik KBSM tingkatan empat. Antara konsep asas yang diperkenalkan termasuk konsep implikasi melibatkan pernyataan “jika p, maka q” (penaakulan bersyarat) dan “p jika dan hanya jika q” (penaakulan dwisyarat).

Instrumen Kajian

Kajian ini menggunakan instrumen Ujian Penaakulan Bersyarat Umum (UPBU) yang berbentuk ujian kertas dan pensil. Instrumen ini dibina oleh Norman (1997) dan digunakan untuk mengkaji corak penaakulan pelajar dalam konteks yang berlainan. Untuk kajian ini, tiga tugasan logik bersyarat dikaji dalam UPBU, setiap tugasan logik penaakulan bersyarat disusuli dengan empat item yang berlainan berdasarkan empat premis bagi penaakulan bersyarat, ini menjadikan jumlah 12 item dalam UPBU. Kesahan UPBU ditentukan dengan bantuan dua orang guru matematik yang berpengalaman untuk memastikan item-item UPBU adalah sesuai dengan tahap pelajar sains tingkatan lima. Kebolehpercayaan UPBU ditentukan melalui koefisien korelasi Pearson iaitu 0.77 menunjukkan bahawa item-item UPBU adalah agak stabil untuk mengukur aspek penaakulan bersyarat pelajar.

Prosedur Pengumpulan Data

UPBU ditadbirkan kepada pelajar subjek kajian di tiga buah sekolah sasaran. Tujuan dan arahan ujian diterangkan kepada pelajar, jangka masa yang diperuntukkan adalah 30 minit. Setelah tamat, semua skrip kertas soalan dikumpul untuk dianalisis.

Analisis Data

Analisis data dijalankan dengan mengenal pasti corak respon penaakulan terhadap keempat-empat item bagi setiap tugasan logik dalam UPBU. Hasil analisis dilaporkan dalam statistik frekuensi dan peratusan pelajar yang memberi respon penaakulan bersyarat (A-C-C-B) atau respon penaakulan dwisyarat (A-B-A-B) terhadap setiap tugasan logik dalam UPBU.

(8)

36,2% 23,8% 1,5% 0% 10% 20% 30% 40% 50%

Segiempat Sama Tangki Minyak Lesen Memandu

P e ra tu sa n (%) Tugasan logik Corak Respon Penaakulan Pelajar dalam UPBU:

(A) Respon Penaakulan Bersyarat terhadap Tugasan Logik dalam UPBU Jadual 4

Frekuensi dan Peratusan Pelajar yang memberi Respon Penaakulan Bersyarat terhadap Tugasan Logik dalam UPBU

Tugasan logik Respon penaakulan

bersyarat

Frekuensi (%)

Segiempat Sama A-C-C-B 47

(36.2%)

Tangki Minyak A-C-C-B 31

(23.8%)

Lesen Memandu A-C-C-B 2

(1.5%)

Data Jadual 4 menunjukkan bilangan pelajar dan peratusan pelajar yang memberikan respon penaakulan bersyarat terhadap Tugasan Segiempat Sama, Tugasan Tangki Minyak dan Tugasan Lesen Memandu adalah 47 (36.2%), 31 (23.8%) dan 2 (1.5%) masing-masing. Didapati peratusan respon penaakulan bersyarat adalah berubah-ubah dari 36.2% bagi Tugasan Segiempat Sama kepada 1.5% bagi Tugasan Lesen Memandu. Peratusan respon penaakulan bersyarat semakin menurun apabila beralih dari Tugasan Segiempat Sama ke Tugasan Lesen Memandu (Rajah 1).

(B) Respon Penaakulan Dwisyarat Terhadap Tugasan Logik dalam UPBU Jadual 5

Rajah 1. Peratusan Pelajar yang memberi Respon Penaakulan Bersyarat

(9)

Frekuensi dan Peratusan Pelajar yang memberi Respon Penaakulan Dwisyarat terhadap Tugasan Logik dalam UPBU

Tugasan logik Respon penaakulan

dwisyarat

Frekuensi (%)

Segiempat Sama A-B-A-B 43

(33.1%)

Tangki Minyak A-B-A-B 58

(44.6%)

Lesen Memandu A-B-A-B 107

(82.3%)

Data Jadual 5 menunjukkan bilangan pelajar dan peratusan pelajar yang memberikan respon penaakulan dwisyarat terhadap Tugasan Segiempat Sama, Tugasan Tangki Minyak dan Tugasan Lesen Memandu adalah 43 (33.1%), 58 (44.6%) dan 107 (82.3%) masing-masing. Sekali lagi didapati peratusan respon penaakulan adalah berubah-ubah dari satu tugasan ke tugasan yang lain. Hanya 33.1% pelajar memberi respon penaakulan dwisyarat terhadap Tugasan Segiempat Sama, manakala terdapat 82.3% pelajar memberi respon penaakulan dwisyarat terhadap Tugasan Lesen Memandu. Peratusan respon penaakulan dwisyarat semakin meningkat apabila beralih dari Tugasan Segiempat Sama ke Tugasan Lesen Memandu (Rajah 2).

Perbin canga 33,1% 44,6% 82,3% 0% 10% 20% 30% 40% 50% 60% 70% 80% 90% 100%

Segiempat Sama Tangki Minyak Lesen Memandu

P e ra tu sa n (%) Tugasan logik

Rajah 2. Peratusan Pelajar yang memberi Respon Penaakulan Dwisyarat terhadap

(10)

n Corak Respon Penaakulan Pelajar dalam UPBU

Pada keseluruhannya, keputusan yang diperolehi menunjukkan bahawa respon penaakulan pelajar adalah tidak konsisten tetapi berubah-ubah dari satu tugasan ke tugasan yang lain walaupun kesemua tugasan itu adalah dalam bentuk logik bersyarat yang identikal (jika p, maka q). Peratusan respons penaakulan bersyarat adalah semakin menurun, manakala peratusan respons penaakulan dwisyarat pula semakin meningkat apabila beralih dari Tugasan Segiempat Sama ke Tugasan Lesen Memandu dalam UPBU. Trend perubahan respon penaakulan pelajar ini menepati andaian yang diramalkan oleh Teori Hipotesis Multipel.

Konteks tugasan dalam UPBU dilihat sebagai semakin sukar untuk memikirkan syarat antejadian alternatif apabila beralih dari Tugasan Segiempat sama ke Tugasan Lesen Memandu (Norman, 1997). Daripada hasil analisis, Tugasan Segiempat Sama iaitu tugasan yang mana syarat antejadian alternatifnya diandaikan senang untuk dijanakan telah memaparkan peratusan respon penaakulan bersyarat yang tertinggi (36.2%) dan peratusan respon penaakulan dwisyarat yang terendah (33.1%) dalam kalangan subjek kajian. Sebaliknya Tugasan Lesen Memandu iaitu tugasan yang dilihat sebagai lebih sukar untuk terbayang syarat antejadian alternatifnya telah mencapai peratusan respon penaakulan bersyarat yang lebih rendah (1.5%) dan peratusan respon penaakulan dwisyarat yang lebih tinggi (82.3%) jika berbanding dengan tugasan yang lain. Trend keputusan ini menyokong idea bahawa konteks tugasan mempengaruhi corak penaakulan yang dibuat oleh seseorang dalam penyelesaian tugasan logik, dan kesan konteks adalah bergantung kepada sejauh mana pelajar itu mampu untuk memikirkan syarat antejadian yang lain (atau hipotesis alternatif) berdasarkan pengetahuannya tentang konteks itu. Dapat dirumuskan bahawa konteks spesifik mempengaruhi corak penaakulan yang dibuat oleh seseorang individu (bersyarat atau dwisyarat) kerana konteks itu memudahkan atau menghadkan kebolehan seseorang untuk membayangkan syarat antejadian alternatif. Apabila seseorang individu dapat memikirkan hipotesis alternatif yang munasabah, corak penaakulan yang dibuat olehnya adalah seakan-akan logik bersyarat. Sebaliknya apabila seseorang individu tidak dapat memikirkan hipotesis alternatif yang munasabah, corak penaakulan yang dibuat olehnya adalah seakan-akan logik dwisyarat. Hasil kajian yang diperolehi adalah selaras dengan hasil kajian Lawson (1992) dan Norman (1997). Ia menambah lagi bukti empirikal yang

(11)

menyokong bahawa penaakulan tidak boleh dilihat sebagai suatu konstruk yang bebas daripada konteks.

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Dapatan kajian menunjukkan bahawa mempertimbangkan hipotesis alternatif merupakan suatu aspek yang penting dalam penaakulan. Sesetengah pelajar sedar akan perhubungan punca-akibat (cause-effect relationships), tetapi pemikiran mereka terbatas kepada satu punca untuk satu akibat (iaitu lebih kerap membuat penaakulan bercorak dwisyarat). Manakala sesetengah pelajar tidak terbatas dengan pemikiran sedemikian, mereka sedar akan keadaan punca multipel bagi suatu akibat spesifik dalam konteks tertentu, dan terdapatnya satu kecenderungan umum (satu tabiat minda) yang membimbing mereka untuk melihat kepada alternatif, walaupun dalam keadaan di mana alternatif tidak ketara. Pandangan tentang sifat tabii penaakulan saintifik seperti ini membawa beberapa implikasi kepada pengajaran sains di sekolah.

Dengan menyedari bahawa mempertimbangkan hipotesis alternatif merupakan aspek yang penting dalam penaakulan, guru seharusnya menyemai tabiat ini di dalam minda pelajar. Aktiviti pendidikan yang mendorong pelajar untuk mempertimbangkan dan menguji syarat antejadian alternatif (atau hipotesis alternatif) akan dapat merangsang pelajar supaya lebih bersifat reflektif dan mempertingkatkan perkembangan intelektual pelajar.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar tidak menaakul semata-mata mengikut bentuk logik suatu pernyataan. Sebaliknya wujud suatu kecenderungan untuk melihat kepada hipotesis alternatif. Kebolehan untuk memikirkan hipotesis alternatif adalah bergantung kepada sejauh mana pelajar dapat mengesan perhubungan punca-akibat dan sejauh mana pelajar mampu menstruktur semula secara konkrit suatu hipotesis alternatif dalam konteks yang abstrak (Norman, 1997). Oleh itu, pengajaran harus dirancang ke arah meningkatkan kebolehan pelajar untuk menstrukturkan semula secara konkrit suatu hipotesis alternatif dalam konteks yang abstrak serta meningkatkan kebolehan pelajar untuk mengesan perhubungan punca-akibat yang tidak ketara atau abstrak.

Kebolehan untuk mempertimbangkan pengaruh saling-bergantungan antara pembolehubah yang berlainan dalam suatu konteks tertentu adalah penting untuk membantu pelajar menjana hipotesis alternatif yang sah bagi sesuatu situasi. Guru perlu

(12)

menggunakan strategi pengajaran yang sesuai supaya pelajarnya sentiasa mengambil kira pembolehubah yang relevan dan mempertimbangkan kombinasi pembolehubah dalam suatu situasi yang diberikan.

Dapatan kajian dapat dilihat sebagai satu langkah ke hadapan dalam usaha cuba menerangkan dan mengesahkan konstruk tentang penaakulan. Diharapkan dapatan kajian ini menjadi landasan untuk merangsang idea-idea bernas yang menyumbang kepada peningkatan dan penambahbaikan kualiti pendidikan sains di Malaysia demi melahirkan modal insan yang mampu menangani cabaran dan persaingan di peringkat global sejajar dengan aspirasi PPPM.

RUJUKAN

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2012). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Spesifikasi Kurikulum Matematik Tingkatan 4. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Briggs, J.B. (1980). Developmental processes and learning outcomes. In R. Kirby and J.B. Briggs (Eds.), Cognition, development and instruction. New York: Academic.

Educational Policies Commission. (1961). The central purpose of American education. Washington, D.C.: National Education Association of the United States.

Inhelder, B., & Piaget, J. (1958). The growth of logical thinking from children to adolcescence. New York: Basic.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013–2025. Putrajaya: Author.

Lawson, A.E. (1978). The development and validation of a classroom test of formal reasoning. Journal of Research in Science Teaching, 15(1)

Lawson, A.E. (1992). What do tests of formal reasoning actually measure? Journal of Research in Science Teaching, 29

Lawson, A.E., & Renner, J.W. (1975). Relationship of science subject matter and development levels of learners. Journal of Research in Science Teaching, 12(4), Markovtis, H. (1984). Awareness of the “possible” as a mediator of formal thinking in

conditional reasoning problems. British Journal of Psychology, 75

Markovtis, H. (1985). Incorrect conditional reasoning among adults: Competence or performance? British Journal of Pshchology, 76

Norman, O. (1997). Investigating the nature of formal reasoning in chemistry: Testing the Lawson’s multiple hypothesis theory. Journal of Research in Science Teaching, 34(10)

Roadrangka, V., Yeany, R.H., & Padilla, M.J. (1983). The construction and validation of group assessment of logical thinking (GALT). Paper presented at the Annual Meeting of the National Association for Research in Science Teaching, Dallas. Wollman, W. (1978b). Developmental implications of science teaching: Early

Referensi

Dokumen terkait

Metodologi yang digunakan menerapkan teknik terbaru dalam pembuatan program sehingga diharapkan dapat lebih baik dalam menganalisis kebijaksanaan, mengkaji dampak lingkungan dan

Diantaranya dari rancangan tahap compress file zip untuk prototyping sistem operasi sama halnya dengan compress file system , lau tahap persiapan dan memasuki

memberi pelayanan kesehatan yang aman, bermutu, antidiskriminasi, dan efektif dengan mengutamakan kepentingan pasien sesuai dengan standar pelayanan Puskesmas;.. memberikan

Dengan membuat short movie yang mengangkat fenomena orang tua yang selalu marah kepada anaknya yang mendapat nilai ulangan yang tidak bagus, diharapkan orang tua

Dengan menggunakan metode FMEA maka dapat diperoleh dan dipilih 3 faktor penyebab cacat yang memiliki nilai RPN terbesar dari setiap cacat dominan, sehingga dapat

Perbedaan antara penelitian kedua dengan penelitian yang akan dilakukan adalah pada penelitian kedua lebih di fokuskan pada tindakan monopoli yang mengganggu

MAKMAL NO. AMALI PENYELARAS/ PENGAJAR BIL. KOD PROGRAM/ MAJOR/ KLASIFIKASI/ KUOTA BIL. ) JURIDAH BINTI MD RASHID ( PUAN ) JURIDAH BINTI MD RASHID ( PUAN ) JURIDAH BINTI MD RASHID (

Prota disusun oleh guru kelas dengan menjabarkan alokasi waktu untuk merancang dan memanajemen waktu berdasarkan kalender pendidikan yang telah disesuaikan oleh sekolah sehingga