• Tidak ada hasil yang ditemukan

kerja pemesinan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "kerja pemesinan"

Copied!
29
0
0

Teks penuh

(1)

Kerja 

Pemesinan

X

PENGENALAN

Dalam bengkel mesin terdapat berbagai-bagai jenis mesin yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu komponen/benda kerja. Mesin yang sering digunakan untuk menghasilkan kerja adalah seperti mesin pelarik, mesin pengisar, mesin gerudi dan mesin pencanai. Setiap jenis mesin ini mempunyai fungsi yang berbeza dan digunakan untuk membuat kerja yang berlainan. Dalam topik ini, anda akan diperkenalkan pelbagai jenis mesin dan fungsinya. Di samping itu, anda juga akan mempelajari tentang amalan keselamatan ketika menggunakan mesin tersebut.

Cuba anda fikirkan mengapakah kita memerlukan mesin-mesin untuk membantu kita menghasilkan suatu komponen selain daripada menggunakan alat tangan.

T

T

o

o

p

p

i

i

k

k

3

X

3

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Mengenal pasti jenis-jenis mesin yang terdapat dalam bengkel

mekanikal;

2. Menyatakan cara penggunaan jenis-jenis mesin;

3. Mengenal pasti proses dan kerja pemesinan; dan

4. Menjelaskan langkah-langkah keselamatan dalam kerja mesin.

(2)

MESIN GERUDI

Mesin gerudi ialah mesin yang digunakan untuk menggerudi lubang. Saiz mata gerudi akan menentukan saiz lubang yang hendak dibuat. Selain itu, mesin ini juga digunakan untuk kerja-kerja lain seperti menggerek, melulas dan membenam.

3.1.1 Jenis-jenis

Mesin

Gerudi

Terdapat berbagai-bagai jenis mesin gerudi dalam pelbagai bentuk dan saiz. Setiap jenis ini boleh melakukan kerja menggerudi, sama ada kerja yang berat atau ringan. Rujuk jadual 3.1.

Jadual 3.1: Jenis-jenis dan Fungsi Mesin Gerudi No. Jenis Mesin Gerudi Fungsi

(a) Gerudi Mudah Alih Digunakan untuk membuat kerja-kerja yang ringan;

Mempunyai pelbagai fungsi, contohnya boleh digunakan untuk menggerudi lubang pada dinding;

Maksimum saiz mata gerudi yang boleh digunakan ialah 13mm.

(b) Gerudi Meja Digunakan untuk kerja am; Dipasang pada meja kerja;

Maksimum saiz gerudi yang boleh digunakan ialah 13mm.

(c) Gerudi Tiang Digunakan untuk melakukan kerja

yang berat;

Dipasang pada lantai dengan menggunakan bolt dan nat;

Maksimum saiz gerudi yang boleh digunakan ialah 25mm dengan menggunakan arbor gerudi (jika lebih daripada 13mm).

(3)

(d) Gerudi Jejari Digunakan untuk menggerudi lubang yang berdiameter besar pada benda kerja yang bersaiz besar;

Boleh menanggung gegaran dan getaran semasa kerja menggerudi dijalankan;

Bahagian lengan boleh dilaraskan pada sudut yang dikehendaki.

SEMAK KENDIRI 3.1

1. Namakan empat jenis mesin gerudi.

2. Apakah perbezaan di antara keempat-empat jenis mesin gerudi

tersebut?

3.1.2 Bahagian Mesin Gerudi

Anda perlu mengetahui bahagian-bahagian sebuah mesin gerudi agar kerja menggerudi anda boleh dilaksanakan dengan sempurna dan selamat. Rajah 3.1 menunjukkan bahagian-bahagian sebuah gerudi meja.

Label: 1. Kawalan Kelajuan 2. Suis 3. Pengawal dalam 4. Pengunci Quill 5. Cuk 6. Meja 7. Penutup 8. Motor 9. Kolar penyokong kepala 10. Turus 11. Tuil pengawal hantaran

12. Skru pengunci meja 13. Tapak

(4)

3.1.3 Jenis-jenis Gerudi dan Kegunaannya

Terdapat beberapa jenis yang biasa digunakan dalam bengkel untuk melakukan pelbagai jenis kerja menggerudi yang berlainan. Jadual 3.2 menunjukkan jenis-jenis serta kegunaan gerudi yang biasa digunakan dalam bengkel mesin.

Jadual 3.2: Jenis-jenis Gerudi dan Kegunaannya Jenis gerudi Kegunaan

• Untuk kerja menebuk lubang;

• Terdapat dalam pelbagai saiz gerudi jenis ini.

• Untuk menggerudi lubang bantu sebelum kerja menggerudi dimulakan; • Ia juga digunakan untuk menggerudi

lubang pusat untuk menyokong benda kerja yang panjang semasa kerja melarik.

• Untuk menggerudi lubang benam untuk kepala skru atau rivet.

• Untuk menggerudi lubang senggat rata bagi menempatkan kepala skru Allen.

(5)

3.1.4 Bahagian-bahagian

Gerudi

Pintal

Rajah 3.2 menunjukkan bahagian-bahagian sebuah gerudi pintal.

Rajah 3.2: Bahagian-bahagian gerudi pintal

Badan ialah bahagian antara hujung mata dengan batang. Ia mengandungi bahagian-bahagian lain seperti berikut:

(a) Sudut hujung mata ă bahagian hujung gerudi yang berbentuk kon,

mempunyai sudut kandung 118À. Bibir pemotong membahagikan sudut ini kepada dua iaitu 59À dari paksi.

(b) Pusat mata ă untuk mencungkil dan memudahkan gerudi masuk ke dalam logam.

(c) Bibir pemotong ă bertindak sebagai mata gerudi.

(d) Lurah ă untuk membentuk tepi pemotong pada hujung bentuk kon, ia juga membolehkan bendalir pemotong sampai ke hujung mata dan tatal keluar melalui ruang yang sempit.

(e) Jidar ă bahagian tebing yang sempit, ia berfungsi sebagai telusan kepada badan semasa menggerudi supaya gerudi itu tidak bergeser.

(6)

(f) Lengkung lurah ă ia merupakan tebing yang memisahkan lurah, dianggap sebagai tulang belakang gerudi.

Batang ialah bahagian yang masuk ke dalam cuk gerudi jika ia adalah jenis lurus. Adakalanya ia boleh dimasukkan ke dalam sarung. Saiz batang gerudi jenis lurus biasanya tidak melebihi 13mm. Terdapat juga batang gerudi berbentuk tirus. Batang gerudi jenis tirus kebiasaannya digunakan untuk gerudi yang saiznya lebih daripada 13mm.

3.1.5 Kerja-kerja Mesin Gerudi

Terdapat beberapa jenis kerja boleh dilakukan dengan menggunakan mesin gerudi.

Ć Menggerudi lubang;

Ć Melubang benam;

Ć Melubang senggat dan meratakan permukaan bintik; Ć Melulas;

Ć Membenang dalam; dan

Ć Menggerek lubang.

3.1.6 Langkah-langkah

Keselamatan

Semasa

Menggunakan Mesin Gerudi

Semasa menggunakan mesin gerudi, langkah-langkah keselamatan am berikut perlu diperhatikan.

(a) Pastikan anda berpengetahuan dan berkemahiran untuk mengendalikan

mesin itu;

(b) Menggunakan gogal/cermin keselamatan semasa menggerudi; (c) Pasti anda seorang sahaja menggendalikan mesin itu;

(d) Jangan memakai sarung tangan semasa menggunakan mesin;

(e) Pastikan bahan/benda kerja yang digerudi diikat dengan cara betul; dan

(7)

MESIN PENCANAI

Mesin pencanai digunakan untuk mencanai mata alat atau benda kerja. Jenis kerja mencanai akan menentukan jenis mesin pencanai yang digunakan. Terdapat pelbagai jenis mesin pencanai yang sering digunakan dalam bengkel.

3.2.1 Jenis-jenis Mesin Pencanai

Terdapat empat jenis mesin pencanai yang digunkan di dalam bengkel. Ini ditunjukkan dalam Jadual 3.3.

Jadual 3.3: Jenis-jenis Mesin Pencanai

No Jenis-jenis Mesin Pencanai Huraian

1. Mesin pencanai meja  Ia dipasang pada atas meja, digunakan untuk mencanai mata alat mesin larik, pahat, mata gerudi dan sebagainya. Ia dipasang dengan roda pencanai yang halus dan kasar.

2. Mesin pencanai kekaki Fungsinya sama dengan mesin pencanai meja, dilengkapi dengan kekaki yang diboltkan di atas lantai.

3. Mesin pencanai permukaan Menggunakan roda canai berbentuk cakera.

Ia mempunyai meja bermagnet untuk tujuan mencengkam benda kerja.

Ia bergerak secara melintang dan menegak, ia digunakan untuk mencanai permukaan benda kerja.

(8)

4. Mesin pencanai silinder Benda kerja dipegang dengan cuk atau tetengah.

Digunakan untuk mencanai benda kerja yang berbentuk silinder.

3.2.2 Roda Pencanai

Roda pencanai adalah pemotong dalam sebuah mesin pencanai. Roda ini terdiri daripada perbagai-bagai saiz dan bentuk.

(a) Bentuk roda pencanai

Dalam bengkel kejuruteraan terdapat berbagai-bagai bentuk roda pencanai digunakan untuk kerja pencanai (lihat Rajah 3.3).

Rajah 3.3: Bentuk roda pencanai

Roda pencanai jenis lurus, jenis tirus, jenis berceruk satu sisi, berceruk dua sisi biasanya digunakan dalam mesin pencanai silinder/mesin pencanai permukaan bagi kerja am. Roda pencanai jenis cawan lurus digunakan untuk mesin pencanai permukaan. Manakala roda pencanai bentuk cawan „flaring,‰ jenis mangkuk dan jenis piring yang digunakan untuk mencanai mata alat.

(9)

(b) Komponen asas roda pencanai

Roda pencanai terdiri daripada dua kumpulan asas seperti berikut: (i) Pelelas (Abrasives)

Pelelas ialah bahan yang keras menyebabkan pemotongan boleh berlaku pada roda pencanai. Bentuk pelelas adalah kecil dan tidak sekata. Kebanyakan menggunakan pelelas yang diperbuat daripada silikon karbida (silicon carbide) dan oksida aluminium (aluminium oxide). Kedua-duanya adalah pelelas tiruan. Silikon karbida adalah bersifat keras tetapi rapuh. Manakala oksida aluminium adalah lembut sedikit dan kuat daripada silikon karbida. Rajah 3.4 menunjukkan struktur pelelas roda pencanai.

Rajah 3.4: Struktur pelalas roda pencanai

(ii) Pengikat (Bond)

Pelelas adalah dipegang oleh agen pengikat dalam sebuah roda pencanai. Peratus bahan pengikat dalam sebuah roda pencanai boleh menentukan „kekerasan‰ dan gred roda itu. Terdapat lima jenis pengikat yang biasa digunakan untuk roda pencanai seperti berikut: Ć Kekaca (Vitrified) ă Jenis pengikat ini digunakan oleh kebanyakan

roda, ia mempunyai kesifatan liang dan kuat. Tidak dipengaruhi dengan suhu yang panas/sejuk.

Ć Damar (Resinoid) ă Jenis pengikat ini adalah kuat dan fleksibel, ia digunakan secara meluas dalam kerja mencanai yang kasar dengan kelajuan yang tinggi.

Ć Getah (Rubber) ă Pengikat diperbuat daripada getah tulen campur dengan sulfur. Ia adalah fleksibel dari segi penggunaan kelajuan dan sesuai diguna untuk membuat roda pencanai yang nipis. Ć Silikat (Silicate) ă Pengikat ini boleh melepaskan pelelas lebih

(10)

mencanai yang boleh mengekalkan suhu kepanasan yang rendah. Jenis pengikat ini boleh digunakan untuk mencanai tepi alat pemotong. Ia tidak sesuai untuk kerja mencanai yang berat.

Ć Syelek (Shellac) ă Digunakan untuk roda yang besar dan boleh

menghasilkan permukaan yang licin

(c) Sistem penandaan roda pencanai

Roda pencanai mempunyai sistem penandaan yang piawai. Rajah 3.5 menunjukkan bagaimanan sebuah roda pencanai ditandakan.

Rajah 3.5: Spesifikasi roda

Contoh:

Jika sebuah roda pencanai ditandakan seperti berikut:

A36-L5-V23

A adalah dirujuk kepada jenis pelelas iaitu aluminium oksida. 36 mewakili saiz bijian pelelas iaitu sederhana. L menunjukkan gred kekerasan roda iaitu sederhana. 5 menunjukkan struktur roda iaitu sederhana. V menandakan jenis pengikat iaitu Vitrified bond. 23 ialah nombor pembuatan kilang.

(11)

(d) Pemasangan roda pencanai

Pemasangan roda adalah penting untuk menjaga keselamatan pengguna dan mesin. Pasangkan roda itu pada spindel mesin dengan kedudukan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.6.

Rajah 3.6: Pemasangan Roda Pencanai

(e) Menyagat (dressing) dan truing

Apabila roda pencanai sudah tidak rata, ia perlu diratakan semua semula permukaannya. Proses ini disebut sebagai menyagat dan truing. Ia dilakukan dengan menggunakan alat penyagat. Rajah 3.7 merupakan cara menyagat dan truing sebuah roda pencanai.

(12)

3.2.3 Langkah Keselamatan Menggunakan Mesin

Pencanai

Mesin pencanai merupakan alat mesin yang digunakan seharian dalam bengkel mesin. Berikut merupakan langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi bagi mengelak sebarang kecederaan berlaku semasa menggunakan mesin.

Langkah-langkah keselamatan

(a) Memakai gogel (goggle) untuk semua kerja mencanai;

(b) Pastikan roda pencanai itu tidak ada retakan. Rajah 3.8 menunjukkan cara untuk memeriksa keretakan roda;

Rajah 3.8: Memeriksa keretakan roda

(c) Gunakan had kelajuan yang sesuai;

(d) Pastikan mesin pencanai itu mempunyai pelindung mata, pelapik dan penahan mata alat seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.9.

(13)

GERGAJI KUASA

3.3

Gergaji kuasa ialah mesin yang digunakan untuk menggergaji bahan logam yang bersaiz tebal dan besar. Menggergaji bahan logam dengan menggunakan gergaji kuasa lebih cepat daripada menggunakan gergaji besi tangan. Ia boleh menghasilkan kerja menggergaji yang lebih rata dan tepat. Rajah 3.10 menunjukkan bahagian-bahagian utama sebuah gergaji kuasa yang biasa digunakan dalam bengkel mesin.

Rajah 3.10: Gergaji kuasa

(a) Tapak ă mempunyai tangki minyak penyejuk dan pam untuk menyalurkan

minyak penyejuk semasa memotong. Ia juga mempunyai meja untuk menyokong ragum dan bahan yang akan dipotong.

(b) Ragum ă boleh dilaraskan mengikut saiz/bentuk bahan yang akan dipotong. Ada sesetengah ragum boleh dikilaskan kepada sudut tertentu supaya bahan itu boleh digergaji pada sudut tertentu.

(c) Bingkai ă bahagian ini memegang dan menyokong bilah gergaji yang akan

dipasang pada mesin.

(d) Mata gergaji ă mata gergaji yang akan diguna diperbuat daripada keluli tahan lasak.

(14)

3.3.1 Cara-cara Menggunakan Gergaji Kuasa

Gergaji kuasa adalah mudah digunakan. Anda perlu mengetahui cara menggunakan mesin ini. Rajah 3.11 menunjukkan langkah-langkah yang perlu diambil semasa menggunakan gergaji kuasa.

(a) Bahan dipasang dengan panjang yang diperlukan

(b) Apabila suis ditekan, bilah gergaji akan turun dan ia akan berhenti semasa bahan itu habis dipotong.

(c) Bahan yang telah dipotong perlu dibuangkan bahagian yang tajam.

(d) Bahan yang berdiameter besar juga boleh dipotong dengan gergaji kuasa.

(15)

3.3.2 Langkah-langkah

Keselamatan

Menggunakan

Gergaji Kuasa

Langkah-langkah keselamatan yang perlu diberi perhatian ketika menggunakan gergaji kuasa adalah seperti berikut:

Ć Jangan menggunakan gergaji kuasa memotong bahan yang nipis, contohnya bahan yang kurang daripada 6mm;

Ć Gunakan minyak penyejuk semasa memotong;

Ć Pilih had kelajuan yang sesuai untuk jenis bahan yang dipotong dan ketebalan bahan;

Ć Bahan hendaklah dicengkam pada ragum dengan kemas; dan

Ć Jika memotong bahan yang panjang mesti disokong dengan penyokong.

MESIN PELARIK

3.4

Mesin pelarik ialah sejenis mesin menghasilkan benda kerja dengan mencengkam dan memutar benda kerja seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.12 dengan menggunakan mata pemotong, gerudi dan sebagainya.

Rajah 3.12: Prinsip operasi mesin pelarik

3.4.1 Jenis-jenis Mesin Pelarik

Terdapat berbagai-bagai jenis mesin pelarik digunakan dalam bidang pemesinan. Rajah 3.13 menunjukkan jenis-jenis mesin larik.

(16)

Mesin pelarik turret

Ć Sesuai digunakan untuk menghasilkan banyak

komponen yang sama bentuk dan ukuran;

Ć Berbagai-bagai alatan boleh dipegang dengan

menggunakan alatan khas dipanggil turret.

Ć Turret boleh dipusingkan supaya mata alat boleh melakukan operasi tertentu. Mesin pelarik Jentera

Ć Jenis mesin larik ini biasa digunakan untuk kerja am /latihan;

Mesin pelarik Capstan

Ć Ia hampir sama dengan mesin pelarik turret;

Ć Alatan turret dipasang pada satu landasan tambahan yang boleh bergerak bersendirian; Ć Ulir boleh dipotong dengan

menggunakan kepala acuan.

(17)

3.4.2 Bahagian-bahagian

Mesin

Pelarik

Rajah 3.14 menunjukkan bahagian-bahagian utama sebuah mesin pelarik.

Rajah 3.14: Bahagian-bahagian mesin pelarik

(a) Landasan ă diperbuat daripada besi tuang, bahagian-bahagian utama lain

seperti alatan hadapan, kereta dan alatan belakang adalah terletak di atasnya. Terdapat dua jenis landasan mesin iaitu bentuk vee (untuk mesin yang bersaiz kecil) dan bentuk rata (untuk mesin yang bersaiz besar).

(b) Alatan hadapan ă terletak di sebelah kiri landasan mesin. Bahagian ini mempunyai takal atau rangkaian gear untuk memutarkan spindel utama dalam alatan hadapan.

(c) Alatan belakang ă bahagian ini terletak di sebelah kanan landasan.

Bahagian ini mempunyai dua bahagian yang iaitu tapak dan badan. Badan mempunyai satu spindel yang memperoleh penirusan piawai Morse. Peralatan yang bertangkai tirus boleh dipasang pada spindel. Satu fungsi bahagian ini adalah untuk menyokong benda kerja yang panjang dengan menggunakan tetengah.

(d) Kereta ă bahagian ini terdiri daripada sela, kekesut lintang dan kekesut bergabung.

(18)

Rajah 3.15: Kereta mesin pelarik

Bahagian (1) ialah tiang mata alat, (2) ialah kekesut bergabung, (2b) ialah bahagian yang boleh dikilaskan untuk memotong tirus. (3) ialah kekesut lintang dan (4) ialah sela dan (5) ialah pelana.

3.4.3 Jenis-jenis Tiang Mata Alat

Fungsi utama tiang mata alat ialah memegang mata alat supaya pemotong boleh berfungsi dengan selamat. Terdapat beberapa jenis tiang mata alat yang sering digunakan untuk mesin pelarik seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.16.

Ć Mudah dilaras dengan menggunakan jempelang; Ć Tiang mata alat ini

menggunakan satu bolt pengikat sahaja.

(19)

Ć Boleh memegang empat mata alat pada satu masa;

Ć Boleh diindeks kepada 12 kedudukan dengan

melonggarkan gagang dan memutar turret kepada

kedudukan yang dikehendaki.

Ć Biasa digunakan pada mesin

CNC (Computer Numerical

Control) yang memerlukan penukaran mata alat dengan cepat.

Ć Ia mempunyai bahagian tanggam bajang

membolehkan ia menukar mata alat dengan cepat.

Rajah 3.16 (a, b & c): Jenis-jenis tiang mata alat

3.4.4 Kaedah Memegang Benda Kerja di Mesin

Pelarik

Benda kerja boleh dipegang pada mesin pelarik dengan berbagai-bagai cara. Jadual 3.4 menunjukkan beberapa cara pemegangan benda kerja di mesin pelarik.

(20)

Jadual 3.4: Cara-cara Memegang Benda Kerja pada Mesin Pelarik Pengendalian Kerja pada mesin Pelarik Huraian

• Digunakan untuk mencengkam benda kerja yang bulat dan heksagon.

• Rahang digerakkan dengan menggunakan gear tirus dan ulir skrol.

• Ketiga-tiga rahang akan bergerak dengan serentak.

• Digunakan untuk memegang benda kerja yang bulat/bersegi empat; • Setiap rahang dilaras secara

bersendiri;

• Lengkung-lengkung sepusat di permukaan cuk boleh digunakan sebagai bantuan memusatkan benda kerja.

• Biasanya digunakan untuk melarik benda kerja yang panjang.

• Ia akan menggunakan peralatan lain seperti tetengah dan piring pelarik. Rajah 3.17 menunjukkan jenis-jenis tetengah yang biasa digunakan dalam melarik antara dua tetengah.

(21)

Rajah 3.17: Tetengah hidup dan tetengah mati

3.4.5 Mata Alat Mesin Pelarik

Untuk menghasilkan kerja pemesinan yang berkesan dan jitu, mata alat yang digunakan mestilah betul dan sesuai untuk kerja dan bahan berkenaan. Rajah 3.18 menunjukkan terminologi mata alat pemotong mesin pelarik.

 

 

Rajah 3.18: Terminologi mata alat pemotong mesin pelarik

(a) Sudut sandak tepi ă membentuk bahagian atas mata alat, ia menentukan sudut yang membenarkan serpihan daripada benda kerja keluar dengan mudah.

(22)

(b) Sudut sandak atas ă juga merupakan sudut yang membentuk bahagian atas

mata alat. Sudut ini dicanai sehingga 16ó0. Sudut ini akan membantu

serpihan keluar daripada permukaan mata alat. Ia juga berfungsi untuk mengawal tekanan potongan dan yang mungkin dipengaruhi oleh sudut ricih.

(c) Sudut telusan tepi ă permukaan yang membentuk tepi, ia dicanai dari tepi mata pemotong dan membolehkan mata alat memotong benda kerja.

(d) Sudut telusan hadapan ă ia dicanai dari depan mata pemotong dan bercondong ke bawah. Ia juga membolehkan mata alat memotong benda kerja.

Bentuk Mata Alat

Rajah 3.19 menunjukkan bentuk mata alat melarik dan fungsinya.

  Label:

1 - Mata alat mengulir

2 - Mata alat melurah

3 - Mata alat melarik selari kanan dan kiri

4 - Mata alat penampang kanan dan kiri

5 - Mata alat bermuncung bulat untuk melarik selari 6 - Mata alat bermuncung bulat untuk melarik tirus

7 - Mata alat bermuncung segi

8 - Membunga

9 - Mata alat membentuk (bulat)

10 - Mata alat membuang segi

11 - Mata alat mengulir dalam

Rajah 3.19: Bentuk Mata alat

Jenis-jenis pemegang mata alat

Terdapat berbagai-bagai jenis pemegang mata alat digunakan dalam mesin pelarik seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.20.

(23)

Rajah 3.20: Jenis-jenis pemegang mata alat

 

Jenis-jenis operasi mesin pelarik

Terdapat berbagai-bagai kerja boleh dibuat dengan menggunakan mesin pelarik seperti yang ditunjukkan dalam rajah-rajah berikut.

(24)

(i) Melarik penampang

Proses yang pertama dilakukan ke atas benda kerja. Mata alat digerakkan pada permukaan keratan rentas benda kerja. Tujuan proses adalah untuk melicinkan permukaan rentas dan melarik benda kerja mengikut panjang yang dikehendaki. Rajah 3.21 menunjukkan cara melarik menampang dilakukan.

 

 

Rajah 3.21: Melarik penampang

(ii) Melarik selari

Mata alat akan digerak selari dengan paksi benda kerja. Proses ini bertujuan untuk menghasilkan ukuran diameter yang dikehendaki. Rajah 3.22 menunjukkan cara melarik selari dilakukan.

 

Rajah 3.22: Melarik selari

  (iii) Menggerek

Bertujuan untuk membesarkan lubang yang telah digerudikan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.23.

(25)

 

Rajah 3.23: Proses Menggerek

 

(iv) Melarik bahu

Terdapat tiga jenis bahu boleh dimesin dengan menggunakan mesin pelarik seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.24.

 

 

Rajah 3.24: Melarik bahu

(v) Melarik lurah

Terdapat tiga jenis lurah boleh dimesin dengan menggunakan mesin larik seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.25.

 

 

(26)

(vi) Melarik tirus

Proses melarik tirus ialah menghasilkan bentuk bersudut pada benda kerja silinder. Ada tiga cara memotong tirus dengan menggunakan mesin pelarik: • Dengan menggunakan kekasut bergabung;

• Dengan mengofsetkan alatan belakang; dan

• Dengan menggunakan pesawat menirus (lihat Rajah 3.26).

 

 

Rajah 3.26: Cara-cara melarik tirus

(vii) Membunga

Membunga ialah satu proses pembentukan corak bunga intan atau lurus pada sebatang silinder. Tujuan membunga ialah memberi pegangan yang tetap (tidak licin) pada bahagian pemegang alat. Rajah 3.27 menunjukkan proses membunga dan alat membunga yang menggunakan mesin.

 

Rajah 3.27: Proses membunga

     

(27)

(viii) Melarik benang

Melarik benang bermaksud memotong lurah helikal dengan suatu sudut dan bentuk yang tertentu pada benda kerja yang berbentuk silinder yang biasa disebut sebagai ulir skru. Salah satu bentuk ulir skru yang boleh dimesin dengan menggunakan mesin pelarik ialah benang bentuk Vee yang bersudut 600. Terdapat dua jenis benang yang boleh dimesin dengan

menggunakan mesin pelarik iaitu benang kanan dan benang kiri. Rajah 3.28 menunjukkan kaedah pemotongan ulir skru V.

 

Rajah 3.28: Cara-cara memotong benang

 

(A) ialah permulaan pemotongan, (B) dan (C) ulir itu dalam proses pemotongan mengikut pic dan dalam dan (D) ialah penyudahan pemotongan.

(ix) Memenggal

Proses ini hampir sama dengan kerja melurah, tujuan proses ini adalah untuk memenggal bahan benda kerja yang berlebihan atau terlalu panjang. Rajah 3.29 menunjukkan cara memenggal pada mesin pelarik.

 

(28)

3.4.6 Langkah-langkah

Keselamatan

Menggunakan

Mesin Pelarik

Seperti menggunakan mesin-mesin yang lain, langkah keselamatan perlu diambil kira semasa menggunakan mesin pelarik. Berikut adalah langkah-langkah keselamatan yang anda perlu diamalkan semasa menggunakan mesin pelarik:

• Pelindung mata hendaklah sentiasa dipakai;

• Pastikan pengadang tali sawat atau gear telah dipasang dengan kemas;

• Mesin pelarik mesti dihentikan untuk kerja-kerja seperti pembersihan, pemasangan alat dan sebagainya;

• Pastikan peralatan seperti bindu, pemegang mata alat dipasang dengan kemas sebelum memulakan kerja;

• Pastikan kunci cuk/bindu ditanggalkan terlebih dahulu sebelum mula menjalankan mesin;

• Sentiasa sapukan minyak pada komponen pergerakan mesin agar boleh menghasilkan pergerakan mesin yang lebih lancar; dan

• Gunakan berus untuk membuang tatal/serpihan logam.

SEMAK KENDIRI 3.2

1. Jelaskan perbezaan antara proses membenang dengan mesin pelarik dengan membenang tangan.

2. Jelaskan kegunaan kereta dalam mesin pelarik.

3. Jelaskan langkah-langkah keselamatan semasa menggunakan mesin gergaji.

• Dalam bengkel mesin berbagai-bagai mesin digunakan untuk menghasilkan satu komponen.

• Fungsi utama mesin gerudi adalah untuk menggerudi lubang.

• Gergaji kuasa digunakan untuk memotong bahan untuk membuat sesuatu projek.

(29)

• Mesin pelarik mempunyai pelbagai fungsi. Sebagai contoh, boleh digunakan untuk memotong bahan yang berbentuk silinder, segi empat atau bentuk yang lain.

• Amalan keselamatan harus dilaksanakan apabila menggunakan semua mesin. Gergaji kuasa Gerudi pintal Helikal Membenang luar Membenang dalam Membunga Memenggal

Mesin gerudi lantai Mesin gerudi meja Mesin pelarik Mesin pelarik turret Tetengah hidup Ulir skru

Chapman, W.A.J. (1972). Workshop technology (5th ed.). London: ELBS.

Lascoe, O.D, Nelson, C.A & Porter, H.W. (1976). Machine shop operation & setup

(5th ed). Chicago: America Technical Society.

Referensi

Dokumen terkait

Mesin Peraut dan Pemotong Kelapa Muda Kapasitas 30 Buah/jam dapat dimodifikasi agar dapat menghasilkan kinerja yang lebih baik lagi berdasarkan uji unjuk kerja

3.) Mahasiswa dapat menentukan peralatan yang diperlukan dalam membuat suatu benda kerja dengan mesin bubut. 4.) Mahasiswa dapat menyiapkan alat potong dan alat ukur

Proses pemesinan dilakukan dengan cara memotong bagian benda kerja yang tidak digunakan dengan menggunakan pahat (cutting tool), sehingga terbentuk permukaan benda kerja

(ukuran benda kerja sama dalam jumlah banyak), karena waktu penyiapan mesin tidak dilakukan untuk setiap benda kerja yang dikerjakan. 7) Apabila diinginkan pencekaman

Dalam pengefraisan gigi rack, pencekaman benda kerja dapat dilakukan dengan menjepit benda kerja pada ragum, menggunakan fixture dan dapat pula diklem langsung di meja

Lebih luas kawasan sentuhan lebih tenaga yang diberikan menyebabkan berlakunya mampatan yang tinggi antara mata pemotong dan benda kerja dan mengakibatkan ubah

Untuk memenuhi persyaratan tersebut maka perlu dilakukan pengujian secara simulasi terhadap desain landasan benda kerja pada bagian tak bergerak mesin pemotong

Mesin frais (milling machine) adalah mesin perkakas yang dalam proses kerja pemotongannya dengan menyayat/memakan benda kerja menggunakan alat potong bermata banyak yang