• Tidak ada hasil yang ditemukan

ASAS RUJUKAN BAGI MENAIKTARAF SISTEM SISMAPS KE VERSI 2.0 KE ARAH PEMANTAUAN PEMBANGUNAN YANG LEBIH EFISYEN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "ASAS RUJUKAN BAGI MENAIKTARAF SISTEM SISMAPS KE VERSI 2.0 KE ARAH PEMANTAUAN PEMBANGUNAN YANG LEBIH EFISYEN"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

ASAS RUJUKAN BAGI MENAIKTARAF

SISTEM SISMAPS KE VERSI 2.0

KE ARAH PEMANTAUAN PEMBANGUNAN YANG LEBIH EFISYEN

1.0

Tujuan Asas Rujukan

Asas Rujukan ini adalah bertujuan untuk menaiktaraf SISMAPS versi lama ke Versi 2.0 yang dapat digunakan sebagai alat sokongan bagi aktiviti pentadbiran dan pengurusan JPBDS secara ringkasnya melibatkan analisis yang dipersembahkan di dalam bentuk jadual dan graf, melibatkan aspek perancangan, pelaksanaan, pengawalan dan pemantauan bagi pembangunan di Negeri Selangor selaras dengan peranan jabatan sebagai Pusat Maklumat Gunatanah Negeri Selangor.

2.0

Latar Belakang

i. SISMAPS merupakan sistem paparan berasaskan spatial yang membantu pengguna membuat sesuatu keputusan. Sesuai dengan fungsi Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor (JPBDS) merupakan agensi yang bertanggungjawab dalam bidang perancangan bandar dan desa dan penyediaan rancangan pemajuan di peringkat Negeri Selangor.

ii. Kerja- kerja memantau dan menyelaras perancangan guna tanah perlu dijalankan oleh JPBD Selangor supaya kelulusan kebenaran merancang selaras dengan rancangan pemajuan yang diwartakan.

iii. SISMAPS telah dibangunkan mengambilkira kelulusan kebenaran merancang, pemantauan rancangan pemajuan, pematuhan pada dasar, garis panduan dan piawaian perancangan yang telah diluluskan di peringkat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor (JPN).

iv. Fungsi tambahan seperti penjanaan pelaporan bagi menunjukkan lokasi-lokasi kawasan percanggahan guna tanah, peratusan, graf dan statistik perlu ditambah bagi capaian Pihak Berkuasa Tempatan.

v. Paparan Dashboard boleh digunakan oleh JPBDS dalam pembentangan mesyuarat dan capaian secara Mobile dan multi browser.

vi. Cabaran utama naiktaraf SISMAPS adalah mengenalpasti mekanisma terbaik dalam memastikan pangkalan data GIS guna tanah semasa sentiasa dikemaskini dan analisis SISMAPS mengambilkira perubahan tersebut setiap kali analisis di buat.

(2)

vii. Kegagalan pengemaskinian pangkalan data guna tanah semasa seiring dengan kelulusan kebenaran merancang menjadikan keputusan yang dijana SISMAPS mungkin kurang tepat.

3.0 Matlamat

Menaiktaraf sistem SISMAPS sedia ada ke arah pemantauan pembangunan tanah yang lebih efisyen dengan sokongan sistem bagi membantu membuat keputusan dan dikenali sebagai versi 2.0

4.0 Objektif

Objektif pembangunan menaiktaraf adalah seperti berikut;

i. Menyediakan pangkalan data GIS bagi keperluan aplikasi melibatkan aktiviti pengumpulan dan penterjemahan maklumat berlandaskan sumber data Rancangan Tempatan (RT), Rancangan Tempatan Pengubahan dan kajian-kajian lain.

ii. Memastikan pihak JPBDS bersedia dan mampu untuk menyediakan/membekalkan maklumat yang tepat dalam bentuk spatial diperingkat dalaman atau pihak luar selaras dengan peranan JPBDS sebagai Pusat Maklumat Geospatial Negeri Selangor.

iii. Menjadikan paparan ‘dashboard’ mudah, ringkas dan padat.

iv. Membangunkan modul penglibatan awam dimana orang awam boleh turut serta membantu dalam mengemaskini gunatanah semasa kerana mereka lebih mahir dengan kawasan mereka diami.

v. Migrasi daripada teknologi lama (flex) kepada yang baru (Java Seript) di mana fungsi seperti pertindihan maklumat dengan ‘google maps’ dapat dilakukan.

vi. Dalam arus teknologi terkini pihak JPBDS mencadangkan untuk membina aplikasi SISMAPS di dalam Telefon pintar ‘Smart Phone’ ianya lebih memudahkan pengguna membuat semakan gunatanah bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

(3)

5.0

Konsep Naiktaraf SISMPAS

6.0

Skop Pembangunan SISMAPS 2.0

6.1

Penilaian dan penambahbaikan Data

6.1.1 Penambahan menu ‘archive’

SISMAPS sediada tidak mempunyai satu kemudahan simpanan data arkib. Ini bermaksud tiada asas rujukan bagi semakan semula perubahan data. Oleh yang demikian penambahan simpanan arkib adalah berdasarkan beberapa kelas dan status sesuatu Rancangan Pemajuan.

(4)

A. Zoning Cadangan Gunatanah

Ia dikelaskan mengikut pewartaan sesuatu Rancangan Pemajuan mengikut Pihak Berkuasa Tempatan.

Rancangan Tempatan (Pengubahan 2) 

*paparan merujuk kepada lotlot yang 

terlibat dalam pengubahan sahaja 

Rancangan Tempatan (Pengubahan 1) 

*paparan merujuk kepada lotlot yang 

terlibat dalam pengubahan sahaja 

Rancangan Tempatan  *Peta asas rujukan 

B. Zoning Semasa dan Zoning Komited

Ia dikelaskan mengikut tahun semasa data dikemaskini.

Tujuan utama adalah untuk melihat perkembangan dan perubahan data dari masa ke semasa. Ia berguna dalam membuat analisis perbandingan terhadap sesuatu rancangan pemajuan dengan keadaan semasa/komited di sesuatu kawasan pemajuan itu.

Z. Semasa/Z. Komited tahun C 

*paparan merujuk kepada lotlot yang 

terlibat dalam pengubahan sahaja   

Z. Semasa/Z. Komited tahun B 

*paparan merujuk kepada lotlot yang 

terlibat dalam pengubahan sahaja   

Z. Semasa/Z. Komited tahun A  *Peta asas rujukan 

(5)

6.1.2

Penyenaraian carian berdasarkan UPI

Bagi tujuan carian di dalam SISMAPS, ia menggunapakai carian berasaskan nombor lot. Ini akan menghasilkan satu carian yang kurang tepat. Bagi menangani permasalahan ini, SISMAPS 2.0 akan membuat carian berdasarkan kod UPI. Ini dilihat lebih relevan dan tepat.

Carian akan merujuk kepada kod UPI bagi Daerah dan Mukim.  Bagi PBT merujuk kepada koding yang disediakan 

6.1.3

Semakan dan penyusunan semula data

Pangkalan data SISMAPS 1.0 mempunyai pelbagai attribut. Didapati terdapat beberapa data yang bertindih dan mengelirukan.Oleh yang demikian adalah perlu pangkalan data di dalam SISMAPS 2.0 disemak, dan mengenalpasti akan kewujudan data yang bertindih dalam pangkalan data tersebut.

Attribute di dalam data juga perlu diolah semula mengikut format metadata yang terkini dikeluarkan oleh JPBD Semenanjung Malaysia.

6.1.4

Pindaan/tambahan maklumat secara online

SISMAPS 2.0 juga akan menyediakan satu platform simpanan data pengemaskinian data oleh pengguna awam secara atas talian.

(6)

6.2

Penambahbaikan paparan muka dan Modul

6.2.1

Menambahbaik paparan muka SISMAPS untuk menjadikannya lebih terkini (uptodate), mudah digunakan dan mesra pengguna.

Paparan muka SISMAPS Cadangan Paparan muka

SISMAPS 2.0

6.2.2

Modul awam

Modul pengguna awam sediada adalah merujuk kepada gunatanah zoning sahaja. Bagi menaiktaraf SISMAPS modul pengguna awam akan di tambah kepada gunatanah semasa dimana terdapat satu fungsi di mana pengguna awam terlibat di dalam memberi maklumat kepada gunatanah semasa. Ia adalah dimana pengguna awam dapat menanda menggunakan polygon, point dan polyline. Poligon untuk menanda poligon gunatanah yang tidak betul di dalam SISMAPS, point digunakan untuk menanda POI (place of interest) dan polyline pula bagi menanda jalan atau sungai yang tidak terdapat di dalam peta.

6.2.3 Modul RT Online

Bagi modul RT Online olahan data perlu di lakukan, sebagai contoh Gunatanah DRT perlu dimansuhkan kerana itu adalah draf yang telah diwartakan menjadi Rancangan Tempatan. Modul RT Online juga perlu dimigrasikan daripada flex kepada java. Ini bagi mengelakkan berlaku gangguan kepada flex jika terdapat updating bagi flash.

(7)

6.3 Penambahan

Modul

baru

6.3.1

Penambahbaikan dari cara penyampaian dengan mengambilkira pengguna capai secara mobile (smartphone).

a. Modul Penilaian Pencapaian Modul penilaian pencapaian membenarkan pengguna mendapatkan peratusan dan keluasan guna tanah yang diperuntukkan berbanding yang dibangunkan. Melalui penilaian dalam tempoh tertentu suatu tren pencapaian dapat disimpulkan melalui laporan yang dihasilkan dalam bentuk jadual pencapaian.

b. Modul Penilaian Pematuhan Modul Penilaian Pematuhan memberi maklumat kepada pengguna berkaitan penggunaan guna tanah semasa yang patuh atau sebaliknya mengikut kelas guna tanah yang dizon dalam gambar rajah utama RT. Matrik pematuhan akan dihasilkan bagi menilai kelas guna tanah semasa berbanding dengan guna tanah cadangan. Fungsi penjanaan laporan disediakan bagi memudahkan pengguna mendapatkan maklumat hasil penilaian dalam bentuk hard copy.

7.0 Jangkamasa

Pembangunan

Pembangunan SISMAPS Versi 2 ini perlu dijalankan dalam masa 6 Bulan ( setelah fungsi sistem diperakui dan dipersetujui jawtankuasa). Perunding juga perlu bersetuju untuk tempoh lanjutan sekiranya perlu iaitu 2 minggu selepas tempoh kajian 6 bulan berakhir.

Pembangunan sistem berasaskan pemetaan memerlukan sekurang-kurangnya 2 fasa pembangunan. Fasa pertama lebih kepada jangkaan pengguna kepada keperluan fungsi sistem. Sepanjang pembangunan, pengguna akan lebih mahir dalam mengenal pasti fungsi yang diperlukan. Manakal fasa kedua menjadi final sistem design, yang mana rekabentuk ini kekal untuk jangka masa tertentu penggunaannya. Namun begitu terpulang kepada pengguna bagi menetapkan bilangan fasa pembangunan.

(8)

8.0 Fasa

Pembayaran

i. Pecahan Pembayaran

Bil Peringkat Pecahan

Bayaran 1 Laporan Awal Pendekatan Sistem 20% 2 Serahan Awal Laporan Draf SISMAPS 2.0 40% 3 Serahan Akhir Sistem dan Laporan Akhir SISMAPS 2.0 30% 4 Pengujian Penerimaan Sistem SISMAPS 2.0 10%

TEMPOH

SKOP PROJEK

BULAN

1 2 3 4 5 6 Pengumpulan Data dan Maklumat

Pembentukan Storan Data Khusus

Aktiviti Semakan Data Kemaskini dan Pembaikan Data

Verifikasi dan Pengesahan,dan penyelarasan data dan serahan projek

Pengujian Penerimaan Sistem SISMAPS 2.0

Laporan Pendekatan 

Sistem 

Serahan awal Draf Sistem 

dan Laporan Draf SISMAPS 

2.0 

Serahan akhir sistem dan 

Laporan SISMAPS 2.0 

Pengujian Penerimaan 

Referensi

Dokumen terkait

Skripsi yang berjudul “ Tinjauan Fiqih Siyasah Terhadap Implementasi Etika Demokrasi dalam Pemilihan Kepala Desa (Studi di Desa Beringin Jaya Kecamatan Rebang Tangkas

Dari hasil penelitian terlihat, bahwa meskipun ada variasi pada struktur anatomi, fisika dan mekanika kayu, tetapi umumnya masih dalam kelas kualitas yang sama,

Atas dasar permasalahan penelitian yang telah dikemukakan sebelumnya, maka tujuan dari penelitian ini, yaitu (a) mengetahui parameter fisik untuk menilai

Hasil analisis unsur harus sama dengan nilai hasil perhitungan berdasarkan rumus molekul, dan konstanta fisik harus juaga sama dengan nilai yang dilaporkan di

[r]

Hal ini dapat diseimbangkan pada aspek filosofis bangunan Bali yang membentuk keserasian terhadap konsep-konsep agama Hindu salah satunya adalah Konsep Tri Hita

Perhitungan curahan tenaga kerja dalam usaha ternak dikelompok peternak kambing Simpay Tampomas adalah menjumlahkan semua kegiatan yang dilakukan oleh tenaga

Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya akan harta (mereka yang ada dalam jagaan) kamu, (harta) yang Allah telah menjadikannya untuk