• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGARUH PERADABAN ARAB ISLAM TERHADAP P

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PENGARUH PERADABAN ARAB ISLAM TERHADAP P"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

ROZIAH SID IK @ MAT SID EK

 53 

Pengaruh Peradaban Arab-Islam terhadap

Pemikiran Perubatan Masyarakat Melayu

Berdasarkan MSS1292 Kitab Tibb

ROZIAH SIDIK @MAT SIDEK

Pendahuluan

(2)

PENGARU H PERAD ABAN ARAB-ISLAM TERHAD AP PEM IKIRAN PERUBATAN M ASYARAKAT MELAYU BERD ASARKAN MSS1292 KITAB TIBB

Pengaruh Peradaban Arab-Islam M enerusi

Pengubatan M enggunakan Wafak

MSS1292 Kitab Tibb mendedahkan bahawa peradaban Arab-Islam mempengaruhi pemikiran masyarakat Melayu menerusi pengubatan menggunakan wafak. Apa yang dimaksudkan dengan wafak atau disebut juga sebagai wifik ialah huruf-huruf, angka-angka atau ayat-ayat yang merupakan wirid dan doa dengan sebahagiannya dalam bentuk diagram dan rajah (http://malaysiafx.org/component/option,comfireboard/Ite mid,41/func,view/catid,17/id...). Terdapat 46 wafak semuanya dalam MSS1292 Kitab Tibb. Namun hanya 22 wafak sahaja yang boleh disahkan sebagai pengaruh daripada peradaban Arab-Islam. Manakala bakinya tidak dapat disahkan. 22 wafak yang boleh disahkan sebagai pengaruh peradaban Arab-Islam digunakan untuk mengubati penyakit kepala pening, kepala ngilu, mata patikan, batuk, perut kayap, perut buang air akan darah, perut bergelang-gelang, cika, badam, sakit badan, melemahkan zakar lelaki dan juga menguatkan zakar lelaki. Secara terperincinya, satu wafak digunakan untuk mengubati kepala pening, iaitu:

(MSS1292: 19), satu wafak digunakan untuk mengubati ngilu kepala,

iaitu:

(3)

ROZIAH SIDIK @ MAT SIDEK

(MSS1292: 29), dua wafak digunakan untuk mengubati batuk, iaitu:

(MSS1292: 58), dan (MSS1292: 58), satu wafak digunakan untuk mengubati perut kayap, iaitu:

(4)

PENGARU H PERAD ABAN ARAB-ISLAM TERHAD AP PEM IKIRAN PERUBATAN M ASYARAKAT MELAYU BERD ASARKAN MSS1292 KITAB TIBB

(MSS1292: 78), satu wafak digunakan untuk mengubati penyakit pada perut yang bernama gelang-gelang, iaitu:

(MSS1292: 83), dua wafak digunakan untuk mengubati cika, iaitu:

(MSS1292: 85), dan

(5)

ROZIAH SIDIK @ MAT SIDEK

Satu wafak digunakan untuk mengubati badam, iaitu:

(MSS1292: 96), satu wafak digunakan untuk mengubati sakit badan, iaitu:

(MSS1292: 120), satu wafak turut digunakan untuk melemahkan zakar lelaki, iaitu:

(MSS1292: 123), manakala sembilan wafak digunakan untuk menguatkan zakar lelaki, iaitu:

(MSS1292:125),

(6)

PENGARU H PERAD ABAN ARAB-ISLAM TERHAD AP PEM IKIRAN PERUBATAN M ASYARAKAT MELAYU BERD ASARKAN MSS1292 KITAB TIBB

(MSS1292: 125),

(MSS1292:125),

(MSS1292: 126),

(7)

ROZIAH SIDIK @ MAT SIDEK

(MSS1292: 126),

(MSS1292: 126), dan

(MSS1292: 131),

Pengaruh peradaban Arab-Islam menerusi pengubatan berasaskan kepercayaan MSS1292 Kitab Tibb turut mendedahkan bahawa peradaban Arab-Islam mempengaruhi pemikiran perubatan masyarakat Melayu, menerusi kewujudan pengubatan berasaskan kepercayaan agama Islam. Pengubatan berasaskan kepercayaan agama ini ketara menerusi kewujudan ungkapan dan gesaan yang menunjukkan kewujudan elemen Islam, ayat al-Quran dan doa dalam kaedah merawat penyakit.

Ungkapan dan Gesaan yang M enunjukkan

Kewujudan Elemen Islam dalam Pengubatan

(8)

PENGARU H PERADABAN ARAB-ISLAM TERHAD AP PEM IKIRAN PERU BATAN M ASYARAKAT MELAYU BERD ASARKAN M SS1292 KITAB TIBB

 60 

(MSS1292: 58). Ungkapan ya Qadiya al-hajat pula disebut dalam merawati penyakit pinggang (MSS1292: 90). Manakala ungkapan seperti

ya Qhafur digunakan untuk merawati pening kepala (MSS1292: 19) dan

tasbih ayat al-kubra pula digunakan dalam merawati pitam (MSS1292: 21).

Ungkapan-ungkapan lain yang turut memperlihatkan pengaruh peradaban Arab-Islam dalam pemikiran perubatan masyarakat Melayu ialah ungkapan Tuhan, Allah, Muhammad dan Rasulullah. Ungkapan ini boleh dilihat menerusi petikan-petikan seperti, “afiat olehnya dengan tolong Tuhan sarwa sekalian alam” (MSS1292: 36), “tiadalah menderita ghalib zakarnya itu dengan anugerah Allah Tacala dan berkat Muhammad Mustafa (s.a.w.)” (MSS1292: 124), “dengan anugerah Allah keras olehnya” (MSS1292 : 128) dan “jikalau ada melihat cahaya matahari atau suluh jikalau sedikit lalu jua pun dengan kurnia Allah dan dengan syafaat Rasulullah…”(MSS1292: 27).

Beberapa gesaan yang boleh dikaitkan dengan Islam turut dikesan wujud dalam pemikiran perubatan masyarakat Melayu. MSS1292 Kitab Tibb mendedahkan kewujudan gesaan agar berwuduk dan seterusnya mengerjakan sembahyang sunat dua rakaat untuk menghilangkan perasaan marah (MSS1292: 42), gesaan agar membaca doa atau ayat al-Qur'an dalam merawat batuk (MSS1292: 58) dan gesaan agar membaca selawat kepada Nabi (s.a.w.) ketika menelan ubat mani (MSS1292: 92).

Ayat al-Qur’an dalam Pengubatan

Pemikiran perubatan masyarakat Melayu didapati tidak terpisah daripada ayat al-Qur’an yang menjadi pegangan seluruh umat Islam. MSS1292 Kitab Tibb mendedahkan kewujudan pemikiran perubatan masyarakat Melayu yang dikaitkan dengan ayat al-Qur’an. Ini menunjukkan secara jelas tentang kewujudan pengaruh peradaban Arab-Islam terhadap pemikiran pengubatan masyarakat Melayu. Perkara ini boleh dibuktikan menerusi penggunaan surah al-Fatihah yang dibacakan untuk mengubati cika (MSS1292: 84) serta surah al-Ikhlas yang dibacakan untuk mengubati sakit kepala (MSS1292: 17) dan pening kepala (MSS1292: 19). Perkara ini turut terbukti menerusi penggunaan ayat-ayat berikut: 1. Ayat 130, surah al-Shu'ara’ dan ayat 45, surah al-Baqarah untuk

mengubati kepala pening (MSS1292: 19),

(9)

ROZIAH SID IK @ MAT SID EK Sad untuk mengubati sakit hati (MSS1292: 65).

7. Ayat 91, surah al-Anbiya’ atau ayat 12, surah al-Tahrim turut digunakan dalam perubatan masyarakat Melayu, iaitu untuk mengubati penyakit perut bergelang-gelang (MSS1292: 84).

8. Ayat 17, surah al-An’am digunakan untuk mengubati sakit dingin (MSS1292: 117).

Doa dalam Pengubatan

Doa yang merupakan pengaruh peradaban Arab-Islam turut wujud dalam pemikiran perubatan masyarakat Melayu. Berdasarkan MSS1292 Kitab Tibb, doa yang disebutkan ialah doa yang dibaca pada kepala yang sakit (MSS1292: 17), doa yang ditulis pada kertas untuk dijadikan tangkal bagi merawat ngilu kepala (MSS1292: 20) dan doa yang ditulis pada mangkuk sabun untuk dijadikan tangkal bagi merawat penyakit yang sama (MSS1292: 20-21), doa untuk merawat mata lukup hayaman (MSS1292: 36), doa yang ditulis pada mangkuk putih untuk mengubati sakit hati (MSS1292: 66), doa yang dibaca pada kapur untuk mengubati perut senak (MSS1292: 74), doa yang dibaca untuk mengubati penyakit muntah, sakit mata, barah, bisul, banyak keluar peluh, luka atau tumpah darah (MSS1292: 86), doa untuk mengubati barah buntut (MSS1292: 105), doa ketika tergeliat (MSS1292: 106), doa untuk menguatkan zakar serta doa untuk membesar dan memanjangkan zakar (MSS1292: 125), doa supaya tidak memberi uzur kepada lelaki (empat doa diberikan) (MSS1292: 126) dan doa untuk mengubati zakar lemah (MSS1292: 128).

(10)

PENGARU H PERADABAN ARAB-ISLAM TERHAD AP PEM IKIRAN PERU BATAN M ASYARAKAT MELAYU BERD ASARKAN M SS1292 KITAB TIBB

 62 

29, surah al-Takwir (MSS1292: 105). Manakala doa ketika tergeliat pula melibatkan ayat 1-2, surah al-Qadr (MSS1292: 106).

Begitu juga dengan doa yang dibaca untuk mengubati penyakit muntah, sakit mata, barah, bisul, banyak keluar peluh, luka atau tumpah darah, dan doa untuk menguatkan zakar. Doa yang pertama menggunakan ayat 137 dari surah al-Baqarah sebagai sebahagian daripada kandungannya (MSS1292: 86). Manakala doa yang kedua pula menggunakan ayat 1-2, surah al-Rahman (MSS1292: 125).

Pengaruh Peradaban Arab-Islam Menerusi

Pengubatan yang M enyepadukan antara

Sains dan Agama

Apabila perubatan Melayu tidak hanya terbatas kepada penggunaan elemen sains sebagai kaedah rawatan penyakit tetapi turut memberi ruang yang luas kepada penggunaan elemen agama Islam, maka ia menunjukkan kewujudan satu bentuk pengubatan yang menyepadukan antara sains dan agama. Penyepaduan ini membuktikan bahawa sains yang corak pemikirannya berdasarkan akal adalah terbatas sifatnya dan tidak dapat memenuhi keperluan kerohanian manusia. Keperluan ini bagaimanapun boleh dipenuhi menerusi agama. Justeru, penyepaduan antara sains dan agama adalah amat wajar dan perlu dilihat sebagai saling melengkapi. Berdasarkan MSS1292 Kitab Tibb, pemikiran perubatan masyarakat Melayu turut memperlihatkan kewujudan penyepaduan antara sains dan agama yang terserlah menerusi kombinasi kaedah rawatan yang ditawarkan.

Dalam konteks ini, aspek sains ialah maklumat mengenai kepelbagaian kaedah rawatan yang ditawarkan untuk merawat sesuatu penyakit. Manakala aspek agama pula ialah kaedah rawatan yang ditawarkan itu turut melibatkan penggunaan ayat al-Qur'an, bacaan yang boleh dikaitkan dengan agama, doa ataupun selawat ke atas Nabi Muhammad (s.a.w.). Penelitian ke atas MSS1292 Kitab Tibb, mendedahkan bahawa kaedah rawatan untuk mengubati pitam, mata lukup hayaman, batuk dan esak serta ubat yang bernama mani merupakan antara kaedah rawatan yang menyepadukan antara sains dan agama. Kaedah rawatan pertama yang ditawarkan untuk mengubati pitam misalnya, melibatkan penggunaan tumbuhan seperti batang lenggundi dan daun gandarusa yang digabungkan dengan bacaan tasbih ayat

(11)

ROZIAH SID IK @ MAT SID EK

 63 

hayaman pula melibatkan penggunaan tumbuhan seperti daun keladi yang digandingkan dengan bacaan yang berbunyi Allahumma salli ‘ala

Muhammad wa ‘ala ali Muhammad ya shafi la shafi illa ghayruk ishfi ‘abdak fa la…(MSS1292: 36). Begitu juga dengan kaedah rawatan untuk

mengubati batuk turut melibatkan penggunaan doa atau ayat al-Qur'an yang digandingkan dengan penggunaan tumbuhan seperti daun tembaga suasa (MSS1292: 58). Manakala kaedah rawatan untuk mengubati esak pula menyarankan penggunaan tumbuhan seperti lada dan digandingkan dengan penggunaan ayat 25, surah al-Nazi’at (MSS1292: 59). Penyepaduan antara sains dan agama dalam konteks pemikiran perubatan ini menunjukkan bahawa sains dan agama sebenarnya saling melengkapi (Azizan 1995: 92; Azizan 2006: 23-29).

Bibliografi

Azizan Baharuddin. 2006. Satu perspektif lokal hubungan sains dengan agama. Dlm. Mohd Hazim Shah (Pnyt.). History, Philosophy and Social Studies of

Science: Essays in Honour of Ungku Aziz. Kuala Lumpur: Penerbit

Universiti Malaya.

Azizan Baharuddin. 1995. Science and Belief: Discourses on New Perceptions. Kuala Lumpur: Institut Kajian Dasar.

http://malaysiafx.org/component/option,com_fireboard/Itemid,41/func,view/cati d,17/id...

Referensi

Dokumen terkait

Dalam mengerjakan Tugas Akhir dengan judul “Perancangan Kaki Robot humanoid Untuk Robot Penari Gambyong Berbasis Mikrokontroler ATmega8535”, saya menyatakan bahwa

instrumen derivatif yang tepat untuk meminimalisasi risiko-risiko yang akan terjadi dan.. dapat mengurangi kerugian

Ketiga, nilai-nilai edukatif yang terkandung dalam tradisi gugur gunung adalah nilai pendidikan religius (nilai akidah, nilai akhlak, nilai ibadah, nilai kemasyarakatan)

Berdasarkan analisis deskriptif respon konsumen terhadap strategi personal selling melalui sales promotion girl smartphone Samsung di kota Bandung menempati posisi 77,05%, ini

Karakter morfologi akar yang potensial untuk menunjukkan resistensi tanaman terhadap kekurangan air ialah pemanjangan akar ke lapisan tanah yang lebih dalam,

Selain itu minimnya penelitian mengenai potensi bakteri endofit Bacillus subtilis menjadikan penelitin ini perlu dilakukan untuk mengetahui potensi bakteri endofit Bacillus

Multimodalitas lain dalam materi topeng kertas dalam pembelajaran seni budaya di SMPN 1 Gondangwetan, Pasuruan, Jawa Timur, adalah dari sudut pandang proses

Dalam Peraturan Daerah Kabupaten Madiun Nomor 13 Tahun 2011 tentang Pembentukan dan Susunan Organisasi Perangkat Daerah Kabupaten Madiun dan ditindaklanjuti dengan