• Tidak ada hasil yang ditemukan

Peradaban Islam dalam Tamadun Melayu Dar

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Peradaban Islam dalam Tamadun Melayu Dar"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

Peradaban Islam dalam Tamadun Melayu Daripada Aspek Adat, Budaya dan Pemikiran Politik

Amran bin Mat Arriffen

Maimun Aqsha Lubis bin Abdin Lubis

Pengenalan

Sebelum kedatangan Islam, masyarakat di alam Melayu telah mempunyai fahaman, anutan dan pegangan mereka sendiri. Kepercayaan ini diwarisi turun temurun daripada nenek moyang mereka. Fahaman animisme merupakan kepercayaan primitif yang telah bertapak awal sebelum wujudnya fahaman Hindu-Buddha di alam Melayu. Fahaman ini meyakini bahawa wujudnya roh yang dapat mempengaruhi alam dan manusia. Manakala Pada abad ke 6, alam Melayu telah didominasi oleh fahaman baharu iaitu Hindu-Buddha. Kerajaan Srivijaya telah berjaya menjadi pusat keagamaan dan keilmuan agama Buddha di alam Melayu (Siti Nur Hadis et. al 2016). Namun begitu, ajaran-ajaran agama ini lebih banyak berlegar dalam kalangan istana, tidak turun kepada petani-petani di kampung. Apabila Islam datang, berlakulah transformasi besar-besaran yang melibatkan perubahan falsafah hidup, pemikiran dan jiwa orang-orang Melayu di Alam Melayu. Kedatangan Islam berjaya menghapuskan kepercayaan karut dalam masyarakat Melayu pada waktu itu (Idris 2012). Manakala Siti Nur Hadis et. al (2016) telah membahagikan amalan beragama orang Melayu sebelum kedatangan Islam kepada tiga kepercayaan iaitu orang Melayu beragama Buddha Puja Dewa, orang Melayu beragama Hindu Puja Dewi dan orang Melayu berpegang dan beramal dengan amalan orang Asli (Animisme).

Adat dan Budaya dalam Tamadun Melayu

(2)

lebih komprehensif mengadun sekali gus tuntutan agama dan keduniaan. Inilah yang membentuk kekuatan justeru keserasiannya dengan kehendak asli manusia.

Menurut al-Attas (1972) bahawa kedatangan agama Hindu tidak merubah pandangan hidup masyarakat Melayu di nusantara. Menurut ajaran ini pandangan hidup hanya berdasarkan seni dan bukan falsafah. Pandangan ini disokong oleh Idris (2012) yang menyatakan bahawa hampir 800 tahun Hindu-Buddha mempengaruhi minda orang Melayu. Dalam jangka masa ini, kerangka berfikir orang Melayu dibelenggu oleh corak berfikir yang bersifat khayalan dan mitos. Pemikiran ini tidak memberi kefahaman tentang pentingnya aspek rasionalisme dan intelektualisme. Ajaran Hindu-Buddha ini juga tidak dapat memberi perubahan terhadap sistem nilai masyarakat sama ada dalam falsafah mahupun metafizik.Kehidupan rakyat dipisahkan dengan sistem kasta dan pelbagai ciri perbezaan kemanusiaan.

Walaupun ajaran ini bersifat seni, ianya berjaya mempengaruhi adat dan budaya Melayu hingga ke hari ini. Siti Nur Hadis et. al (2016) menegaskan bahawa akibat daripada ajaran dan pegangan ini, maka lahirlah pelbagai bentuk kebudayaan dan adat resam mengikut jenis agama dan kepercayaan yang mereka anuti. Antara pengaruh Hindu dalam Adat Resam Orang Melayu ialah pemujaan tanduk lembu atau kerbau, hantaran perkahwinan, sireh junjung, nasi tinggi, kelapa-garam-gula, lenggang perut, kenduri 40/100 hari selepas kematian dan sembelih ayam untuk buka gelanggang silat. Setelah kedatangan Islam, pengaruh ini masih sukar untuk ditinggalkan dalam masyarakat Melayu. Kepercayaan khurafat ini masih diamalkan seperti dalam majlis perkahwinan, kematian, perbomohan, perbidanan , latihan pertahanan diri dan sebagainya. Amalan dan adat yang diamalkan masih tetap dipercayai oleh masyarakat Melayu. Oleh itu, pendekatan dakwah secara hikmah dan berperingkat dijalankan agar amalan tersebut tetap diteruskan dan diamalkan selagi ianya tidak bercanggah dengan syariat Islam.

(3)

Oleh itu, sejak kedatangan Islam ke alam Melayu, agama ini telah menjadi teras yang mencorakkan identiti dan kebudayaan Melayu Malaysia. Walaupun masyarakat Melayu pernah menerima pengaruh budaya Hindu-Buddha sebelumnya, namun budaya ini tidak banyak membawa perubahan struktur sosial dan tradisi budaya Melayu secara menyeluruh. Akan tetapi, kehadiran Islam telah mempengaruhi bentuk budaya dan sistem hidup masyarakat Melayu. Transformasi sosial dan budaya Islam berlaku secara berperingkat dan perubahan ini bersifat menyeluruh mencakupi semua lapangan kehidupan orang Melayu. Secara umumnya, proses Islamisasi masyarakat Melayu di rantau ini dan di Malaysia secara khusus dapat dilihat secara bertahap apabila ilmu pengetahuan tentang Islam semakin meningkat (Idris 2012).

Mana Sikana (1966) menyatakan persoalan agama menjadi titik-tolak, penentu dan peletak dasar seni dan budaya dalam Islam. Ini tidak menghairankan justeru dalam falsafah Islam, Tuhan adalah penentu segala perkara berbeza dengan tradisi dan falsafah sekular Barat dan bukan Barat yang lain di mana manusialah penentu segala perkara. Menurut Idris (2012) sehingga kini, Islam tetap kukuh dan kekal dalam sanubari orang-orang Melayu. Salah satu definisi Melayu itu sendiri adalah bangsa yang beragama Islam, dengan makna orang yang berkulit sawo-matang ini, jika tidak menerima Islam sebagai agama dan keyakinannya, ia tidak lagi dikira Melayu. Justeru, sewaktu Perlembagaan negara disusun, hal ini telah dimuktamadkan dan ia terus kekal dahulu, kini dan selamanya.

Pemikiran Politik dalam Tamadun Melayu

Sejarah Melayu telah mencatatkan kisah seorang pendakwah bangsa Arab, Syed Abd. Aziz yang mengislamkan pemerintah Melaka, iaitu Parameswara. Parameswara, kemudian menukar namanya kepada Sultan Iskandar Syah. Menurut Tome Pires, pengislaman Parameswara mempunyai kaitan dengan perkahwinan baginda dengan Puteri Pasai dalam tahun 1414 (Pires, T. 1944). Berikutan perkahwinan ini, Islam mula berkembang yang menyebabkan lebih ramai ulama berbangsa Arab melawat Melaka (Mashitah 2013). Sebelum itu, pemerintah Pasai telah menggunakan gelaran Al-Malik al-Zahir selepas memeluk agama Islam, dan ini menunjukkan hubungan yang amat kuat di antara kerajaan Melayu dan Timur Tengah kerana gelaran ini juga yang telah digunakan oleh pemerintah Islam semasa kesultanan Mamluk di Mesir (Mohammad Redzuan 2005). Begitu juga dengan pemerintah pertama Negeri Kedah yang menggunakan gelaran Maharaja Derbar Raja II. Setelah memeluk Islam pada tahun 1136, Baginda telah menukar namanya kepada Sultan Muzaffar Shah. Baginda dikatakan telah diislamkan oleh ulama Arab dari Yaman, iaitu Shaikh Abdullah (Muhammad Hassan Dato’ Kerani Mohd Arshad 1968).

(4)

(Hashim 2001) Kesultanan Melayu Melaka telah diiktiraf kemasyhurannya bertaraf dunia dengan organisasi dan institusi sosial dalam bidang ekonomi, politik pentadbiran, perundangan, norma dan ethos yang teratur dan berwibawa. Pandangan ini disokong oleh Sejarah Melayu (1938) yang melaporkan tentang Sultan Mahmud sendiri merupakan murid kepada Maulana Yussof dan baginda mempelajari ilmu Feqah berhubung bab Mua’malat (Islamic Civil Law). Ini membuktikan bahawa amalan dan penghayatan tentang Islam telah menjadi perhatian pemerintah Melayu dan pengamalan Islam yang bersifat “top-down” yang kemudiannya diikuti oleh para pembesar dan rakyat jelata (Mashitah 2013).

Hashim (2001) menyatakan walaupun Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511, legasi kepimpinan Islam diteruskan di Aceh yang kemudiannya muncul sebagai pusat terpenting Tamadun Melayu Islam. Kemunculan Aceh dan para pendakwah kelahiran ‘neo-Sufism’ di Alam Melayu sendiri dengan bantuan pendakwah-pendakwah dari Timur Tengah dan juga India, menandakan kebangkitan gelombang ketiga Islamisasi bermula pada akhir ke-16 hingga pertengahan ke-18M. Keunggulan Aceh diperkukuhkan oleh hubungan diplomatik, politik dan ekonomi yang erat dengan kerajaan Turki Uthmaniyah di Istanbul sejak tahun 1530-an, iaitu sesudah Sultan Alauddin al-Qahhar menaiki takhta Aceh pada tahun 1537.

Kedatangan Islam ke alam Melayu merupakan detik penting dalam mengubah secara keseluruhan pemikiran dan peradaban orang Melayu. Islam mengajarkan ketauhidan mengubah pandangan dunia Melayu yang mempercayai dewa-dewa dan mengagung-agungkan raja telah dimanusiakan menjadi seorang Sultan yang bertugas sebagai Khalifah yang memimpin dan melindungi masyarakat Melayu dan berperanan menegakkan pemerintahan Islam di dunia (Zainal Kling 1986). Oleh itu telah muncul beberapa kerajaan Melayu Islam yang kuat seperti Kerajaan Samudera Pasai, Kesultanan Melayu Melaka, Kesultanan Melayu Acheh, Johor-Riau-Lingga, Brunei dan Sulu, Patani, Demak, Mataram, Banten dan Champa.

(5)

Gambaran ini menunjukkan fungsi institusi raja-raja Melayu yang tidak lagi hanya bersifat penaung semata-mata, tetapi lebih daripada itu iaitu sebagai pelindung dan pembela kepada rakyat. Kebertanggungjawaban dan amanah menjadi teras dalam falsafah kuasa yang digagaskan institusi raja-raja Melayu. Hal ini membawa makna bahawa adalah menjadi asas tanggungjawab institusi raja-raja Melayu untuk mempertahankan kedaulatan umat atau rakyat, keadilan, perpaduan dan keamanan daripada segi politik, ekonomi dan sosial rakyat yang menaunginya. Secara asasnya fahaman kuasa ini selari dengan kehendak siasah syariah Islam seperti mana yang berlaku dalam peristiwa Saqifah Bani Saadah iaitu pelantikan Saidina Abu Bakar as-Siddiq sebagai Khulafa ar- Rashidin yang pertama melalui proses musyawarah (Ahamad Jama’ Amin 2016).

Menurut Shah Rul Anuar (2012) Islam telah membawa transformasi nilai dan etika pemerintahan kepada raja-raja contohnya terdapat karya ketatanegaraan yang menunjukkan dengan jelas pemikiran Islam dalam politik Islam di Alam Melayu seperti kitab Tajul Salatin karya Bukhari al-Jauhari. Kitab ini memperincikan tatasusila serta kod etika yang harus dipakai raja-raja seperti harus bersifat adil, amanah, dan sebagainya. Penubuhan kerajaan Melayu-Islam pertama di Alam Melayu Ta-Shih di Sumatera 674M, kemudian Perlak, Samudera-Pasai, Sribuza Islam, Champa, Melaka, Acheh, dan lain-lain.

Seterusnya kesan pengaruh Islam ke atas masyarakat Melayu dapat dilihat dalam pemikiran politik iaitu melalui pembentukan undang undang tempatan seperti tercatat dalam Risalat Hoekoem Kanon iaitu, Undang- Undang Kanun Melaka, Undang-undang Laut Melaka dan Undang-Undang Adat. Undang-Undang Kanun Melaka merupakan undang-undang terawal yang mengandungi elemen Islam begitu juga dengan Undang-Undang Adat.R. O Winstedt telah mengkategorikan kumpulan Undang-Undang-Undang-Undang Melayu kepada tiga jenis iaitu undang-undang Melaka, undang Islam dan Undang-undang Minangkabau (Winstedt 1966). Sultan bertanggungjawab memperkenal dan melaksanakan undang-undang berdasarkan hukum syariah Islam dalam pentadbirannya bagi menjamin keadilan dan kesaksamaan, walaupun di dalam beberapa perkara tidak begitu sempurna dan kurang memuaskan.

(6)

besar-besar. Jikalau dibunuhnya dengan tiada dosanya sekalipun, dibunuh pula ia pada hukum Allah, maka adil namanya.

Selain itu, dimuatkan juga peruntukkan tentang soal nikah kahwin, pembahagian pusaka (faraid), hal yang berkaitan dengan muamalah seperti urusan jual beli dan sebagainya juga dilaksanakan menurut sistem Islam. Oleh itu, Melaka bukan sahaja terkenal sebagai pusat perdagangan tetapi juga sebagai pusat penyebaran Islam di Nusantara. Hal ini dapat disaksikan pada sistem pemerintahan Kesultanan Melaka.

Kedatangan penjajah ke Kepulauan Melayu khususnya di Malaysia, membantutkan proses pembangunan Islam. Melalui sistem pemerintahan yang diperkenalkan oleh penjajah barat khususnya British, masyarakat Melayu Islam terpenjara sehingga pemerintahan Islam di Alam Melayu mulai terkikis secara beransur-ansur. Islam pada ketika itu tidak ada bezanya dengan kepercayaan agama-agama lain (Ishak Saat 2006). Hal ini kerana, Islam pada ketika itu menjadi sebuah agama yang bersifat ritual semata-mata tanpa kuasa mutlak terhadap sistem politik, pentadbiran dan pemerintahan negara (Mashitah 2013).

Sekiranya sebelum kedatangan British, pentadbiran negeri negeri di Tanah Melayu dibentuk oleh Raja-raja Melayu berasaskan sistem pemerintahan bercorak Islam, di samping amalan dan undang-undang adat yang masih diamalkan. Namun, setelah campurtangan oleh pihak British, pentadbiran dan hal ehwal Islam mengalami perubahan. Walaupun British telah mengecualikan agama Islam dan adat Melayu daripada pengaruh British, namun begitu, pada hakikatnya British telah campur tangan dalam pentadbiran agama dan Undang -undang Islam di negeri-negeri Melayu melalui peranan “Penasihat” dan kedudukan “Residen” British (Mashitah 2013).

Dari segi pentadbiran, undang-undang Inggeris menjadi undang-undang asas dan undang-undang negeri di Malaysia. Bidang kuasa Undang-undang Islam hanya dikenakan kepada orang-orang Islam yang terhad kepada perkara yang berhubung dengan kekeluargaan dan individu Muslim serta penyebaran agama Islam dan aktiviti-aktivitinya. Manakala pentadbiran hukum-hukum jenayah, muamalah, muahadahdan seumpamanya diperuntukkan di bawah undang-undang Inggeris (Ahmad Ibrahim 1977).

(7)

pentadbiran diperketatkan peruntukannya tidak hanya kepada masyarakat Islam, bahkan Islam tidak lagi menjadi satu amalan kehidupan yang menyeluruh dalam politik, ekonomi, sosial dan pentadbiran (Mashitah 2013).

Kesimpulan

Kedatangan Islam telah membawa perubahan yang besar kepada masyarakat Melayu Nusantara dan kesannya kita dapat melihat dalam semua aspek kehidupan seperti politik, ekonomi, pendidikan, sosial dan sebagainya sehingga kini. Namun begitu, masih lagi terdapat beberapa amalan yang dilaksanakan dalam masyarakat bercanggah dengan ajaran Islam. Usaha dakwah yang berterusan dan hikmah perlu dilakukan bagi mendaulatkan syariat Islam dalam segenap aspek kehidupan orang Melayu.

Rujukan

Abd. Rahman. 2000. “Wacana Globalisasi.” Dlm. Noraini Othman dan Sumit K.Mandal (Pnyt). Malaysia Menangani Globalisasi: Peserta atau Mangsa?. Bangi: Penerbit UKM.

Abu Hassan Sham. 1980. “Tariqat Napsyabandiah dan Peranannya dalam Kerajaan Melayu Riau Sehingga Awal Abad Kedua Puluh” dalam Prof Khoo et al (sidang Pengarang) Tamadun Islam di Malaysia. K.L: Persatuan Sejarah Malaysia.

Ahamad Jama’ Amin Yang. 2014. Kosmologi Melayu-Islam: Suatu Pengamatan Sejarah Sosiopolitik Melayu. Prosiding Persidangan Antarabangsa. Kelestarian Insan: 10-120.

Ahamad Jama’ Amin Yang, Mohd Samsudin & Izuan Razali. 2016. Pemaknaan Kuasa dalam Kepimpinan Politik Melayu di Malaysia: Suatu Interpretasi Sejarah. International Journal of the Malay World and Civilisation (Iman) 4(3), 2016: 65 - 78

Ahmad Ibrahim. 1977. “Kedudukan Hukum Islam Dalam Masyarakat Melayu”. Dalam Islam dan Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Malaysia

Ali Mohammad. 2008. Sumbangan Tamadun Islam dalam Kehidupan Masyarakat di Alam Melayu hingga Abad ke-17M. Journal of Al-Tamadun. 3(1): 68-84.

(8)

Hashim Musa. 2001.Merekonstruksi Tamadun Melayu Islam: Ke Arah Pembinaan Sebuah Tamadun Dunia Alaf Ketiga. Kuala Lumpur: Akademik Pengajian Melayu. Universiti Malaya.

Idris Zakaria. 2012. Islam dan Falsafah dalam Kebudayaan Melayu. Jurnal Hadhari Special Edition: 91-108

Ishak Saat. 2006. Sejarah Sosiobudaya Melayu. Shah Alam: Karisma Publication.

Mana Sikana. 1966. Falsafah dan Seni Kreatif Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka.

Mashitah Sulaiman. 2013. Islam Dan Transformasi Sosial Masyarakat Melayu Malaysia: Suatu Kajian Eksploratori. Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013. Penang. Malaysia.

Mohammad Redzuan Othman. 2005. Islam dan Masyarakat Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Muhammad Hassan Dato’ Kerani Mohd Arshad.1968. Al-Tarikh Salasilah di Negeri Kedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pires, Tome. 1944. The Suma Oriental of Tome Pires : an account of the East, from the Red Sea to Japan, written in Malacca and India in 1512-1515 and the book of Francisco Rodrigues, rutter of a voyage in the Red Sea, nautical rules, almanac and maps, written and drawn in the East before 1515. London: the Hakluyt Society.

Sejarah Melayu. 1938. Raffles MS No. 18. JMBRAS. Vol. XVI(3), 82-157.

Siti Nur Hadis A. Rahman, Maimun Aqshs Lubis, Nurul Istiqamah Mohamad Zaki, Muhammad Asyraf Jaapar dan Nur Suhada Mukhtar. 2016. Adat Istiadat Alam Melayu sebelum dan Selepas Kedatangan Islam. Proceeding of The 9Th International Workshop and Conference of Asean Studeis on Islamic and Arabic Education, Technology. Polmed, UKM dan UMSU. 19 September 2016: 80-86.

Suhaimi Said. 1984. Orang Melayu di Sisi Perlembagaan.Pahang: Penerbit Ujud.

(9)

Shah Rul Anuar b Nordin. 2012. Pemikiran Politik Islam di Aceh pada Abad Ke 17M: Perbandingan antara kitab: Tajul Salatin, Sulalah Salatin dan Bustan al-Salatin. Tesis Doktor Falasah. Universisti Kebangsaan Malaysia.

Winstedt, R.O. 1950. The Malays: A Cultural History. Singapore: Graham Brash (Pte) Ltd.

Referensi

Dokumen terkait

terdapat korelasi positf, sebaliknya bila nilai r adalah negatif maka terdapat korelasi negatif, dan bila nilai r adalah nol maka tidak terdapat korelasi (-1 ≤ r ≤ 1). 6)

Multimodalitas lain dalam materi topeng kertas dalam pembelajaran seni budaya di SMPN 1 Gondangwetan, Pasuruan, Jawa Timur, adalah dari sudut pandang proses

Dalam Peraturan Daerah Kabupaten Madiun Nomor 13 Tahun 2011 tentang Pembentukan dan Susunan Organisasi Perangkat Daerah Kabupaten Madiun dan ditindaklanjuti dengan

Namun, untuk mock up drag load test belum tersedia, oleh karena itu peneliti ingin membuat rancang bangun wind tunnel yang mensimulasikan drag load test

Maka tatkala (Muhammad) memberitahukan pembicaraan (antara Hafsah dan Aisyah) lalu (Hafsah) bertanya: "Siapakah yang telah memberitahukan hal ini

Pembangunan manusia merupakan paradigma pembangunan yang menempatkan manusia (penduduk) sebagai fokus dan sasaran akhir dari seluruh kegiatan pembangunan, yaitu

Kegiatan membaca siswa dengan menggunakan metode SQ3R dapat diharapkan lebih memuaskan, karena dengan metode ini siswa menjadi pembaca aktif dan terarah langsung

Berdasarkan analisa tata ruang luar yang telah dilakukan, maka di dapat hasil bahwa tata ruang luar yang baik harus dicapai mengingat tapak berada pada daerah yang memiliki