• Tidak ada hasil yang ditemukan

HUBUNGAN DI ANTARA KOMITMEN DAN TAHAP KE

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "HUBUNGAN DI ANTARA KOMITMEN DAN TAHAP KE"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

HUBUNGAN DI ANTARA KOMITMEN DAN TAHAP KEPUASAN KERJA GURU DALAM MENINGKATKAN PRESTASI PENCAPAIAN AKADEMIK MURID SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN KAWASAN PEDALAMAN

DAERAH KOTA MARUDU

SAIMAH BINTI KIWAL PT20117218C

SEKOLAH PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL (SPPS) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

(2)

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Sekolah merupakan sebuah institusi secara formal yang berperanan besar ke arah pembangunan insan, masyarakat dan negara. Sehubungan itu, tugas guru kini bukan sekadar mengajar dan memberikan ilmu kepada pelajar, malah menentukan maju mundur negara (Sabaruddin Yusof, 1993). Kemajuan negara ditentukan oleh kualiti pelajar yang dihasilkan. Pelajar yang cemerlang, kreatif dan inovatif akan menyumbang ke arah pembangunan, kemakmuran dan kestabilan negara.

Dalam bidang pendidikan, Coladarci (1992), mendefinisikan komitmen sebagai unsur-unsur psikologi guru yang berkait rapat dengan profesion perguruan. Tingkahlaku guru yang mempunyai satu kepercayaan yang kuat terhadap nilai dan matlamat, bersemangat sukarela untuk berusaha meningkatkan pencapaian organisasi dan keinginan untuk terus kekal di dalam organisasi sekolah. Manakala dalam konteks masyarakat moden, perkataan guru membawa maksud yang luas dan tidak terbatas. Individu yang melibatkan diri mereka sama ada secara formal atau tidak formal bagi menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada orang perseorangan atau kelompok individu digelar sebagai guru (Atan Long, 1984). Dari segi tanggungjawab, guru merupakan golongan profesional kerana profesion ini lebih mementingkan perkhidmatan daripada ganjaran kewangan dan merasa kebertanggungjawaban dalam semua tindakan dan keputusan yang dibuat (Sufean, 1993).

(3)

juga mudah dan sering berlaku. Menurut Ong Chon Sooi (1995), komitmen guru kepada organisasi adalah rendah berbanding komitmen guru kepada profesion. Tanda-tanda seperti peningkatan bilangan guru yang memohon persaraan pilihan merupakan tanda kemorosotan komitmen kepada organisasi. Guru yang berkesan menunjukkan komitmen yang lebih tinggi kepada organisasi sekolah berbanding dengan guru-guru yang kurang berkesan (Rosenholtz,1989). Guru yang berkesan ini didapati sentiasa menghabiskan masanya bersama-sama para pelajamya. Menurut Rosenholtz, sekolah yang mempunyai guru yang tinggi komitmennya akan turut menyumbang pencapaian akademik sekolah yang tinggi.

1.1 Latar Belakang Kajian

Sekolah merupakan satu organisasi pendidikan di Malaysia yang melatih murid-murid untuk mencapai prestasi yang cemerlang samada dalam bentuk kurikulum mahupun kokurikulum sebagai persediaan untuk menduduki tahap pendidikan yang lebih tinggi. Guru pula merupakan individu penting yang berperanan besar untuk membentuk sahsiah dan keperibadian yang mulia dalam kalangan pelajar melalui usaha-usaha serta komitmen kerja yang tinggi untuk memenuhi keperluan sistem pendidikan di negara kita. Sebagai seorang guru, mereka memainkan peranan yang penting dan mencabar dalam melahirkan murid-murid yang berprestasi tinggi khususnya dalam bidang akademik.

(4)

kebolehan, kehendak dan latar belakang. Sejajar dengan hasrat menjadikan pendidikan bertaraf dunia tersebut, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggariskan beberapa langkah untuk menangani cabaran tersebut. Salah satu daripada langkah tersebut ialah pendidikan guru perlu direformasikan bagi menyediakan guru-guru yang berwibawa dengan ilmu pengetahuan, mengamalkan sikap, nilai dan falsafah pendidikan yang progresif, dapat mengembangkan profesionalisme perguruan yang idealistik untuk membangunkan generasi muda yang celik budaya, mempunyai kualiti sosial dan moral yang tinggi, bersifat futuristik dan positif untuk mencapai kemajuan dan perubahan. Peranan profesyen perguruan dalam masyarakat membangun seperti Malaysia menjelang abad ke 21 tidak seharusnya dibataskan di atas andaian dan pandangan yang sempit. Sebarang langkah bagi mengongkong dan menyempitkan peranan golongan guru sudah tentu akan merugikan masyarakat dan negara.

Seseorang guru pada masa kini juga perlu mengharungi cabaran dari semua aspek yang lain seperti memain peranan aktif dalam semua mesyuarat yang dihadiri, membuat kerja-kerja perkeranian, memperolehi ilmu untuk melaksanakan kegiatan ko-kurikulum yang dipertanggungjawabkan dan pelbagai kerja peningkatan kualiti seperti ISO, 5S, aktiviti inovasi, penandaarasan dan penyelidikan. Untuk menjalankan tugas dan kerja yang pelbagai dengan berkesan, institut memerlukan guru yang komited, dedikasi dan bertanggungjawab. Sehubungan dengan itu kajian lepas melaporkan bahawa komitmen mempunyai pertalian dengan kepuasan kerja (Chua, 2008; Kimball & Nink, 2006; Whitecare, 2006).

(5)

Chua 2010).

1.2 Pernyataan Masalah

Cheng (1993) dalam kajiannya mendapati sekolah yang mempunyai budaya yang kukuh menghasilkan guru yang bermotivasi, persekitaran organisasi yang kaya dengan idealogi, penyertaan bersama dan kepimpinan berkarisma. Guru atau pendidik merupakan tunjang dan pelaksana yang paling utama untuk menjayakan reformasi pendidikan pembangunan sumber manusia dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Wan Mohd Zahid, 1994). Oleh itu, guru patut didedahkan dengan budaya sekolah yang positif dan kolaboratif untuk memupuk semangat yang tinggi dan motivasi kendiri agar nilai-nilai murni dapat dijayakan melalui aktiviti kokurikulum dan interaksi dalam sekolah.

Yaakob (2007), menyatakan kejayaan sesebuah organisasi mempunyai kaitan rapat dengan kepimpinan sekolah dan komitmen guru. Pemimpin mempengaruhi pengikut dalam kebanyakan perkara terutamanya dalam membuat keputusan atau melakukan perubahan bagi meningkatkan kualiti kehidupan pengikutnya.

(6)

warga staf yang lain.

(7)

melaksanakan tanggungjawabnya dan secara tidak langsung komitmen mereka terhadap pencapaian matlamat sekolah juga adalah tinggi (Andermant, Belzer & Smith, 1991).

Dworkin (1987) telah menjalankan kajian ke atas guru-guru di Wilayah Timur Amerika Syarikat dan mendapati 50 peratus daripada responden akan menukar kerja lain jika diberi peluang. Menurut penemuan kajian tersebut antara puncanya adalah terlalu banyak masa diperlukan untuk kerja-kerja perkeranian, gaji yang tidak memuaskan, dan tidak mendapat kerjasama daripada rakan sejawat. Dalam kajian Lim (2005) telah membuktikan bahawa sesetengah guru memang mengalami perasaan tertekan dan telah memikirkan atau mengambil keputusan untuk berhenti atau bersara sebelum sampai umur persaraan. Ini disebabkan ketidakpuasan kerja kerana peranan yang kabur terhadap kerja dan beban kerja yang tinggi.

Satu kajian lain yang telah dijalankan oleh Castillo (1999) mengenai sikap dan minat terhadap profesion perguruan dalam kalangan guru-guru pertanian di Ohio telah mendapati bahawa guru- guru tidak puas hati dengan keadaan kemudahan yang disediakan di sekolah. Guru juga tidak berpuas hati terhadap beban tugas yang kian bertambah dan menyebabkan mereka tidak mempunyai masa untuk menyelaraskan aktiviti yang lebih kreatif. Dalam kajian beliau, Castillo juga mendapati bahawa sebanyak 55% responden kajian memilih profesion perguruan kerana gagal mendapat pekerjaan lain. Perkara yang lebih menyedihkan adalah lebih kurang 47% responden akan meninggalkan kerjaya ini jika mendapat pilihan lain.

(8)

dalam fenomena perguruan di Malaysia hari ini, terdapat situasi di mana ilmu yang dipelajari tidak dapat digunakan sepenuhnya kerana berlainan bidang pengkhususan semasa mengikuti kursus perguruan dengan pengkhususan pengajaran di sekolah. Contohnya, guru-guru yang mengikuti pengajian pendidikan di peringkat Institusi Perguruan mengambil pengkhususan dalam mata pelajaran lain tetapi apabila ditempatkan di sekolah, pentadbir sekolah iaitu Guru Besar atau Pengetua mengarahkan guru tersebut mengajar dalam mata pelajaran yang lain yang bukan dalam bidang pengkhususan atau kepakaran guru tersebut.

Perhubungan antara guru juga adalah penting bagi menjamin kepuasan kerja seseorang. Konflik dalam kalangan guru akan menjejaskan prestasi kerjaya seseorang guru. Semua guru harus bersedia bekerjasama untuk melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran (Markandan, 1984). Sekiranya masalah ketidakpuasan guru ini berterusan, bidang pendidikan bukan sahaja akan mengalami masalah guru yang tiada komitmen, tidak dedikasi, dan tidak profesional malahan akan kehilangan tenaga pengajar yang berkualiti dan seterusnya akan menjejaskan produktiviti dan kualiti Pendidikan (Ruhland, 2001). Oleh itu, kepuasan kerja adalah penting disebabkan ini merupakan salah satu faktor untuk memperolehi hasil kerja yang optimal. Bagi seseorang yang mempunyai kepuasan dalam pekerjaan tentunya akan terpupuk satu semangat dan komitmen yang mampu membantu dalam penyelesaian tugasan harian pekerjaan mereka. Maka, semangat tersebut bukan saja mampu membantu dalam produktiviti kerja malahan kualiti kerja juga dapat ditingkatkan.

(9)

adalah guru yang berkesan dan dapat menghasilkan pelajar yang lebih bermotivasi dan dapat mempertingkatkan pencapaian pelajar (Mertler, 1992).

1.3 Kepentingan Kajian

Pengkaji mendapati kajian ini penting dan perlu diperincikan. Penilaian aspek komitmen profesional guru secara soal selidik merupakan mekanisme pemantauan berdokumentasi yang dapat menjelaskan kemenjadian guru serta murid, secara tidak langsung mengupas sebab munasabah keadaan berjaya atau tidak, fungsi sesebuah organisasi sekolah khususnya terhadap lokasi kajian. Maklumbalas ini sangat penting untuk mengetahui sejauh mana guru-guru memahami dan mengaplikasikan Kurikulum Perguru-guruan serta pengamalan terhadap Etika Profesion Perguruan di sekolah khususnya di kawasan pedalaman. Hasil kajian juga diharap akan menjadi asas kepada pihak pentadbir dan pihak berkepentingan dengan sekolah untuk mengatur langkah penambahbaikan, pemurnian atau pengawalan tingkahlaku terhadap tindakbalas guru. Aspek seperti komitmen, kepuasan kerja, konflik peranan, peluang berinteraksi, kesungguhan, kestabilan disiplin, komunikasi interpersonal dengan rakan sejawat dan pentadbir sekolah adalah sangat penting dalam menjayakan kerjaya guru dalam meningkatkan pencapaian prestasi sekolah (Maznah,1989).

1.4 Tujuan Kajian

(10)

1.5 Objektif Kajian

Secara amnya kajian ini ingin mengetahui sejauh manakah guru-guru yang bertugas di sekolah rendah di kawasan pedalaman bertanggungjawab melaksanakan amalan Etika Profesion Perguruan yang disarankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Secara khusus, kajian ini adalah untuk meninjau:

a) Mengenal pasti tahap kepuasan berkerja dalam kalangan guru yang bertugas di sekolah rendah pedalaman di daerah Kota Marudu. b) Mengenal pasti adakah terdapat perbezaan yang signifikan tahap

komitmen guru yang bertugas di sekolah rendah pedalaman daerah Kota Marudu berdasarkan jantina.

c) Mengenal pasti tahap komitmen guru yang bertugas di sekolah rendah pedalaman daerah Kota Marudu terhadap pencapaian muridnya. d) Mengenal pasti tahap komitmen guru yang bertugas di sekolah rendah

pedalaman daerah Kota Marudu terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan.

e) Mengenal pasti tahap komitmen guru yang bertugas di sekolah rendah pedalaman daerah Kota Marudu terhadap masyarakat dan negara. f) Mengenal pasti tahap komitmen guru yang bertugas di sekolah rendah

pedalaman daerah Kota Marudu terhadap ibu bapa murid.

1.6 Persoalan Kajian

Kajian ini diharapkan dapat menjawab persoalan berikut:

a) Apakah tahap kepuasan berkerja dalam kalangan guru yang bertugas di sekolah rendah pedalaman di daerah Kota Marudu?

b) Adakah terdapat perbezaan tahap komitmen guru yang bertugas di sekolah rendah pedalaman daerah Kota Marudu berdasarkan jantina terhadap pencapaian muridnya?

c) Apakah tahap komitmen guru yang bertugas di sekolah rendah pedalaman daerah Kota Marudu terhadap pencapaian muridnya? d) Apakah tahap komitmen guru yang bertugas di sekolah rendah

pedalaman daerah Kota Marudu terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan?

(11)

pedalaman daerah Kota Marudu terhadap masyarakat dan negara? f) Apakah tahap komitmen guru yang bertugas di sekolah rendah

pedalaman daerah Kota Marudu terhadap ibu bapa murid?

1.7 Hipotesis Kajian

Bentuk hipotesis yang dibentuk dalam kajian ini adalah berbentuk hipotesis nul, iaitu ramalan atau jangkaan terhadap penemuan penyelidikan bagi objektif kajian yang keenam. Antara hipotesis nul yang terlibat dalam kajian ini ialah:

Ho1 : Tidak terdapat perbezaan skor min yang signifikan di antara tahap komitmen dan tahap kepuasan kerja guru yang bertugas di sekolah rendah pedalaman di daerah Kota Marudu terhadap pencapaian muridnya.

Ho2 : Tidak terdapat perbezaan skor min yang signiikan di antara tahap komitmen dan tahap kepuasan kerja guru yang bertugas di sekolah rendah pedalaman di daerah Kota Marudu terhadap rakan sejawat.

Ho3 : Tidak terdapat perbezaan skor min yang signiikan di antara tahap komitmen dan tahap kepuasan kerja guru yang bertugas di sekolah rendah pedalaman di daerah Kota Marudu terhadap masyarakat.

Ho4 : Tidak terdapat perbezaan skor min yang signiikan di antara tahap komitmen dan tahap kepuasan kerja guru yang bertugas di sekolah rendah pedalaman di daerah Kota Marudu terhadap ibu bapa murid.

Ho5 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap komitmen dan tahap kepuasan kerja guru yang bertugas di sekolah rendah pedalaman di daerah Kota Marudu

1.8 Batasan Kajian

(12)

150 orang guru sahaja. Oleh yang demikian, mungkin banyak pihak yang akan mempertikaikan kesahihan data yang dianalisis tersebut serta mempersoalkan adakah data yang dianalisis itu boleh mewakili kepada situasi ataupun keadaan yang sebenar di seluruh negara. Sampel kajian tersebut diambil daripada 23 buah sekolah rendah daripada 33 buah sekolah rendah di daerah Kota Marudu. Jumlah sampel yang agak kecil ini mungkin tidak dapat mewakili keadaan sebenar yang berlaku dalam kalangan guru-guru di negara kita.

Selain daripada ruang lingkup tersebut, satu lagi batasan kajian yang sangat ketara dihadapi oleh pengkaji ialah jarak sekolah-sekolah pedalaman di daerah Kota Marudu serta keadaan geografi sekolah tersebut yang agak sukar untuk dihubungi. Di daerah Kota Marudu, terdapat 4 buah sekolah pedalaman yang agak sukar dihubungi dengan jalan udara dan menyebabkan pengkaji sukar untuk mendapatkan responden daripada sekolah-sekolah tersebut.

1.9 Definisi Operasional Kajian

Dalam kajian ini, terdapat beberapa konsep yang digunakan seperti yang dijelaskan di dalam definisi operasional kajian di bawah.

1.9.1 Komitmen Kerja

(13)

kerja merujuk kepada komitmen kerja dalam kalangan guru-guru di sekolah-sekolah di kawasan pedalaman di daerah Kota Marudu, Sabah dan bagaimana komitmen kerja mereka tersebut dapat mempengaruhi peningkatan prestasi akademik murid-murid di sekolah.

1.9.2 Kepuasan Kerja

Kepuasan kerja adalah kehendak naluri setiap individu yang bekerja. Kehendak ini akan mendorong kepada perasaan tanggungjawab dan penglibatan yang menyeluruh ke arah pencapaian matlamat kerjaya seterusnya menyumbang kepada kepentingan organisasi (Abu Ajip, 1994). Azura (2004) menyatakan bahawa kepuasan kerja merupakan keperluan utama manusia sebagai pekerja dan harus dipenuhi bagi mencapai tahap kesempurnaan kendiri.

Dinham and Scott (2000) menerangkan kepuasan kerja merupakan satu perasaan yang diperoleh daripada sesuatu tugas sebagai menepati nilai kerja yang berselarasan dengan keperluan individu. Locke (1976) mendefinisikannya sebagai satu keseronokan atau emosi positif secara langsung hasil daripada peghormatan atau pengalaman kerja seseorang. Kepuasan kerja adalah kehendak naluri setiap individu yang bekerja. Kehendak ini akan mendorong kepada perasaan tanggungjawab dan penglibatan yang menyeluruh ke arah pencapaian matlamat kerjaya seterusnya menyumbang kepada kepentingan organisasi (Abu Ajip, 1994). Azura (2004) menyatakan bahawa kepuasan kerja merupakan keperluan utama manusia sebagai pekerja dan harus dipenuhi bagi mencapai tahap kesempurnaan kendiri.

(14)

sekolah-sekolah di kawasan pedalaman di daerah Kota Marudu, Sabah dan bagaimana komitmen kerja mereka tersebut dapat mempengaruhi peningkatan prestasi akademik murid-murid di sekolah.

1.10 Kerangka Konsep Kajian

Rajah 1.1 di bawah menunjukkan tentang kerangka konsep kajian yang terlibat dalam kajian ini.

Rajah 1.1 Kerangka Konsep Kajian

1.11 Rumusan

Guru yang berkualiti terdiri daripada mereka yang memiliki kriteria tertentu seperti berkeikhlasan, berkeazaman, berkreativiti, berdedikasi dan berintegriti terhadap tugasnya. Kemampuan para guru mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan dan berhadapan serta mengawal keadaan ekstrim yang sering berlaku di bilik darjah dan di sekolah, memerlukan guru-guru yang mempunyai komitmen yang tinggi terhadap profesion dan aspirasi sekolah. Kejayaan sekolah mengubah status pendidikan di kawasan pedalaman akan menzahirkan hasrat kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengecilkan jurang perbezaan pendidikan antara murid bandar, luar bandar dan di kawasan pedalaman. Mengikut kajian awal oleh Sergiovanni (1976), cadangan Polland (1990) dan McGaw et.al (1992), komitmen guru-guru terhadap kerja dan terhadap kebajikan murid-murid merupakan satu aspek penting untuk

Komitmen Kerja Guru

Kepuasan Kerja Guru

Pencapaian murid

Rakan sejawat

Masyarakat

(15)

Referensi

Dokumen terkait

Pengujian Software merupakan pengujian secara simulasi menggunakan matlab dari model sistem kontrol yang telah dikembangkan yaitu menggunakan Fuzzy Logic Control

Bersama ini diumumkan daftar nama peserta yang lulus Psikotest dan akan mengikuti tes fisik Rekrutmen khusus program kerjasamaPLN dan Politeknik Negeri Sriwijaya

Karakteristik Lapisan Batubara Formasi Labanan Bagian Tengah Terdiri dari perulangan batulempung dan batubara, sisipan batupasir.. Batubaranya memiliki cirri-ciri

Pengembangan strategi bersaing ini bertujuan agar perusahaan dapat melihat secara objektif kondisi-kondisi internal dan eksternal sehingga dapat mengantisipasi

Untuk menampilkan data yang diukur oleh masing-masing sumur pantau, pengguna pengguna harus memilih salah satu dari nama sumur pantau yang ada. Setelah salah satu nama sumur pantau

Dengan rendah hati penulis menyadari bahwa pengetahuan dan kemampuan yang penulis miliki sangat sedikit, namun penulis mencoba mengemukakan sebuah karangan ilmiah

Use Case Diagram digunakan untuk menjelaskan manfaat sistem jika menurut pandangan orang yang berada diluar sistem atau actor. Dalam tahapan ini, use case

meneteskan larutan pengembang etanol-air sampai bersih (warna tetesan cairan yang keluar Kemudian lakukan prosedur yang sama terhadap sampel permen warna ungu (gunakan 5 tetes