• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kepimpinan dan Kedudukan Ulama dalam Organisasi Parti Islam Semalaysia (Pas)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Kepimpinan dan Kedudukan Ulama dalam Organisasi Parti Islam Semalaysia (Pas)"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

Kepimpinan dan Kedudukan Ulama dalam Organisasi Parti Islam Semalaysia (Pas)

1

Badlihisham Mohd Nasir & 2Napisah Karimah Ismail

1

Jabatan Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam

2

Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor

Abstrak: Penubuhan Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah bertitik tolak daripada perjuangan golongan ulama

yang mahu mewujudkan sebuah badan siasah demi memartabatkan Islam sebagai cara hidup dan sistem pentadbiran negara. Namun demikian, kemampuan dan kebolehan golongan ini sering dipersoalkan oleh sesetengah pihak. Walaupun telah terbukti melalui sokongan rakyat dalam pilihanraya dan telah pun mentadbir negeri Kelantan dan Terengganu pada satu ketika, namun kepincangan dan krisis dalaman parti yang berlaku pada era 1970an, membuka mata para ahlinya supaya status dan peranan ulama perlu diberi perhatian dan diperkukuhkan kedudukannya di dalam parti. Kesedaran Islam dalam masyarakat dan pengaruh luar seperti Ikhwanul Muslimin dan Revolusi Iran juga antara pencetus idea kepimpinan ulama dan penubuhan Majlis Syura Ulama yang mula dilontarkan oleh Dewan Pemuda PAS pada tahun 1982. Gagasan ini berjaya diimplimentasikan dalam parti sehingga kini mulai tahun 1983 apabila diluluskan melalui muktamar tahunannya. Justeru, kajian ini meninjau kepimpinan dan kedudukan ulama dalam PAS, khususnya melalui Dewan Ulama, Majlis Syura Ulama dan Jawatan Murshid ‘Am. Jawatan seperti Murshid ‘Am dan Majlis Syura Ulama yang disifatkan sebagai ‘supreme council’ adalah jawatan tertinggi dalam parti dan melaluinya segala keputusan dan tindakan parti diputuskan dan ini menunjukkan bahawa kedudukan dan peranan ulama telah diperkukuhkan dan diberikan mandat yang besar oleh parti.

PENGENALAN

Parti lslam Se-Malaysia atau ringkasnya PAS adalah sebuah parti politik yang ditubuhkan pada 24 November dan diluluskan pendaftarannya pada 31 Mei 1955. Sejarah penubuhan PAS amat sinonim dengan sejarah perjuangan Hizbul Muslimin yang ditubuhkan di Gunung Semanggol, Perak pada 14 Mac 1948 di bawah pimpinan Abu Bakar al-Bakir, seorang tokoh agama dan didokong oleh golongan elit agama tradisional yang terdiri daripada guru-guru dan pelajar agama. Parti ini kemudiannya diharamkan oleh British pada 18 Jun 1948 yang menyebabkan sebahagian ahli Hizbul Muslimin bertindak menganggotai Biro Agama UMNO bagi mengisi ruang perjuangan Islam dalam parti tersebut. Daripada biro tersebut, lahirlah Persatuan Ulama SeMalaya yang dipimpin oleh Tuan Haji Ahmad Fuad bin Hassan (Ishak Saat 2007: 132).

Walau bagaimanapun, terdapat desakan-desakan yang menuntut agar diwujudkan sebuah gerakan politik yang berteraskan Islam sepenuhnya dan bebas daripada UMNO berikutan terdapat pergeseran dalam kalangan ulama-ulama dalam UMNO. Justeru, pada 24 November 1951, satu perhimpunan yang dinamakan Persidangan Alim Ulama diadakan di perkarangan Kelab Melayu Bagan, Butterwoth, Pulau Pinang yang mengumpulkan para ulama dan

pertubuhan-pertubuhan Islam dari seluruh negara. Hasil daripada persidangan tersebut, Parti Islam Se-Malaysia ditubuhkan dengan rasminya setelah mendapat sokongan majoriti perwakilan (Riduan 2004: 1 & 50; Ishak Saat 2007: 134).

Bagi sesetengah pengkaji, mereka lebih cenderung mengaitkan PAS dengan Hizbul Muslimin berbanding dengan UMNO. Ini adalah kerana kedua-duanya adalah parti politik yang menjadikan Islam sebagai sumber dan matlamat perjuangan. Panduan mereka adalah al-Quran, Sunnah, Ijmak ulama dan Qias yang jelas dalam perlembagaan gerakan masing-masing. Di samping itu, mereka juga menetapkan matlamat untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu dan menjadikannya sebagai sebuah negara yang diperintah secara Islam (Badlihisham 2009: 5).

Kepimpinan ulama dalam PAS amat signifikan memandangkan PAS adalah sebuah parti politik yang menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan. Sementara tujuan atau matlamat perjuangan PAS pula ialah memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup lslam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah serta mempertahankan kesucian lslam, juga kemerdekaan dan kedaulatan negara (Fasal 5, Perlembagaan PAS). Selain itu, seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan PAS juga, hukum tertinggi yang Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) IV: Ulama Pemacu Transformasi Negara

disunting oleh: Azmul Fahimi Kamaruzaman, Ezad Azraai Jamsari, Ermy Azziaty Rozali, Farid Mat Zain, Hakim Zainal, Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad, Maheram Ahmad, Md Nor Abdullah, Napisah Karimah Ismail & Zamri Arifin © Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor ISBN 978-983-9368-57-4 (2011), http://www.ukm.my/nun/prosiding%20atas%20talian.htm

(2)

dipegang oleh parti ialah Kitabullah, iaitu Al-Quran, Sunnah Rasul serta Ijmak Ulama dan Qias. Berdasarkan kepada dasar, tujuan dan hukum tertinggi, secara tidak langsung menampakkan perlunya ulama dalam organisasi PAS. Ini adalah kerana ulama menurut konteks Malaysia, adalah golongan yang memahami ilmu-ilmu agama Islam seperti Al-Quran, Hadith, Tauhid, Fiqh dan sebagainya.

Oleh yang demikian, kepimpinan ulama dalam PAS perlu diberi perhatian yang sewajarnya memandangkan teras utama perjuangan parti adalah Islam. Justeru, kertas ini akan mengkaji kedudukan dan peranan ulama dalam organisasi PAS bermula sejak ia ditubuhkan sehingga kini. Tumpuan akan menjurus kepada beberapa jawatan penting seperti Majlis Syura Ulama, Dewan Ulama dan Murshid ‘Am.

Latar Belakang Kepimpinan Ulama dalam Pas:

Sejarah penubuhan PAS amat sinonim dengan perjuangan ulama untuk menubuhkan sebuah parti politik Melayu-Islam yang memperjuangkan Islam sebagai wadah perjuangan. Penglibatan beberapa orang ulama dan tuan guru pada peringkat awal memberi impak yang besar kepada politik Melayu. PAS mendapat tempat dan sokongan di kawasan-kawasan yang terdapat banyak institusi pengajian agama seperti pondok, khususnya di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Penglibatan tuan-tuan guru menjadi modal kepada PAS dalam kempen pilihan rayanya di samping suasana agama di sekitarnya yang memudahkan PAS memberi penerangan bahawa agama dan politik tidak boleh dipisahkan. Kejayaan PAS menarik golongan agama dan ulama menyebabkan mereka terlibat dalam kepimpinan parti di semua peringkat dan mereka menganggap bahawa penyertaan mereka dalam politik adalah sebahagian daripada kehidupan beragama (Idris 2011: 96).

Dalam soal kepimpinan, PAS mula diterajui oleh Haji Ahmad Fuad, kemudian diganti oleh Dr. Abbas Alias dan seterusnya dipimpin oleh Dr. Burhanuddin Al-Helmi mulai tahun 1956. Dato’ Mohd. Asri Muda kemudiannya menggantikan Dr. Burhanuddin mulai tahun 1959 hingga 1982. Seterusnya PAS diterajui oleh Haji Yusuf Rawa pada tahun 1982 hingga 1989. Kemudiannya Dato’ Fadzil Mohd. Noor mengambil alih jawatan tersebut pada tahun 1989 sehinggalah beliau kembali ke rahmatullah pada tahun 2002. Dato’ Haji Abdul Hadi Awang yang menjawat jawatan sebagai Timbalan Presiden ketika itu menggantikan tempat beliau sebagai Presiden dan terus menerajui PAS sehingga kini. Jika diteliti biografi kesemua pimpinan PAS, boleh dikatakan mereka mempunyai latar belakang pendidikan Islam dan tergolong sebagai ulama kecuali Dr. Abbas Alias yang merupakan seorang doktor perubatan dan juga pegawai perubatan bagi jemaah haji.

Tokoh yang menyerlah ialah Dr. Burhanuddin Al-Helmi yang memegang jawatan sebagai Yang Dipertua PAS selepas Dr. Hj. Abbas Alias. Beliau yang digambarkan sebagai cendekiawan Melayu Islam dan kepimpinannya digandingkan dengan profesional Melayu yang berpendidikan Islam, iaitu Prof. Zulkifli Muhammad sebagai Timbalan Yang Dipertua. Gabungan kedua-dua pemimpin ini telah membawa PAS kepada kedudukan yang lebih baik. Prof. Zulkifli begitu lantang memperjuangkan sistem politik Islam dan pelaksanaan undang-undang Islam dalam negara (Md. Akhir & Alwi 1993: 129). Menurut Abdul Rahman Abdullah (1998) kepimpinan kedua-dua tokoh tersebut merupakan suatu kombinasi ulama dan intelektual dan sehingga ke hari ini kepimpinan PAS adalah warisan kepimpinan ulama bermula daripada Haji Ahmad Fuad Hassan sehinggalah Haji Fadzil Mohd. Noor yang kemudiannya digantikan dengan Haji Abdul Hadi Awang. Pengambilalihan jawatan Yang Dipertua PAS oleh Haji Yusuf Rawa daripada Dato’ Asri pada tahun 1983 merupakan suatu peristiwa yang penting dan membuka lembaran baru bagi PAS ke arah Kepimpinan Ulama. Kepimpinan Ulama, menurut Haji Yusuf Rawa (2001) ialah kepimpinan yang bukan sahaja diterajui oleh ulama semata-mata, tetapi ia hendaklah diisi dengan ciri-ciri pentarbiyahan, dakwah, ilmu dan satu gerakan (harakah) yang menjadikan citra Islam sebagai teras dan matlamat perjuangan.

Sungguhpun pucuk pimpinannya dipegang oleh tokoh yang bergelar ulama, namun dari segi organisasi dan peranan yang dimainkan oleh badan ulama tidak begitu menyerlah. Pada peringkat awal penubuhan PAS sehingga tahun 1982, taraf Dewan Ulama adalah setanding atau sama taraf dengan dewan-dewan yang lain seperti Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat yang tidak mempunyai autoriti yang besar. Kedudukan ulama dalam hirarki parti pada ketika itu bukanlah sebagai pemutus walaupun sebahagian besar para pemimpin parti terdiri daripada kalangan ulama. Ia berterusan sehinggalah timbulnya desakan dalam kalangan ahli supaya institusi ulama diperkukuh dan diberi mandat dalam mentadbir parti. Desakan tersebut adalah berpunca daripada beberapa faktor yang datang daripada masalah dalaman PAS sendiri dan juga faktor-faktor luaran lain yang mengundang kepada kesedaran terhadap perlunya kepimpinan ulama diperkasakan. PAS mengalami pengalaman buruk dalam sejarah parti kerana ia bukan sahaja menerima kekalahan dalam Pilihan Raya Umum pada tahun 1978, bahkan turut disingkirkan daripada Barisan Nasional (Mohammad Agus 1994: 34). Kegagalan mempertahankan Kelantan yang menjadi kubu kuat PAS telah menyedarkan ramai para pendokongnya supaya kembali memperkasakan tarbiyah. Kekalahan tersebut juga telah mencetuskan ketidakpuasan hati terhadap kepimpinan Dato’ Asri. Golongan muda melihat Dato’ Asri gagal

(3)

menunjukkan kemampuannya bergerak sebagai sebuah parti Islam kerana beliau seolah-olah meletakkan ulama pada kelas kedua dan PAS pada ketika itu tidak menepati kehendak dan idealisme sebagai sebuah gerakan Islam. Beberapa lajnah (biro) dalam parti juga tidak memberikan kerjasama yang baik kepada beliau khususnya Setiausaha Agong, Ketua Pemuda dan Ketua Dewan Ulama.

Alias Mohamed (1994) menghuraikan krisis dalaman PAS adalah berpunca daripada beberapa perkara utama. Antaranya ialah keputusan Dato’ Asri menyertai Barisan Nasional pada tahun 1974 yang menyebabkan PAS terbahagi kepada dua kelompok, iaitu pro dan kontra. Keputusan tersebut menimbulkan bibit-bibit tidak puas hati para pendokong PAS. Perkara kedua ialah berkenaan dengan sikap dan stail kepimpinan Dato’ Asri yang didakwa mengamalkan kronisme dan nipotisme seperti memilih kawan dan keluarga untuk memegang jawatan dan menjadi calon dalam pilihanraya. Tindakan tersebut menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan ahli-ahli PAS terhadap kepimpinan beliau. Selain itu, kepimpinan Dato’ Asri juga kurang menonjolkan imej Islam, malah lebih bersifat nasionalisme Melayu tradisi. Selain tidak berpuas hati dengan Dato’Asri, pengikut-pengikut PAS juga tidak berpuasa hati dengan barisan pimpinan kerajaan PAS yang memerintah Kelantan. Menurut Halim Mahmood (1983), segala teguran yang dikemukakan kepada pucuk pimpinan tidak dihiraukan, ditambah pula dengan kes-kes penyelewengan tanah dan hutan balak di Ulu Kelantan. Keadaan menjadi bertambah buruk dengan peristiwa menggulingkan Datuk Haji Mohd Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan pada 15 Oktober 1977 dan diikuti dengan demonstrasi rakyat Kelantan yang mencetuskan keganasan dan banyak mengorbankan harta awam sehingga diisytiharkan darurat di Kelantan pada 8 November 1977 (Mohammad Agus 1994: 32-33).

Kekalahan PAS di Kelantan dalam pilihanraya pada Mac 1978 dan penyingkiran PAS daripada Barisan Nasional telah membawa kemasukan tokoh-tokoh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ke dalam PAS. Hal ini mengundang perubahan kepada PAS yang ketika itu dilanda krisis yang meruncing. Tokoh-tokoh besar seperti Fadzil Mohd. Noor (Timbalan Presiden ABIM), Nakhaei Ahmad (Naib Presiden ABIM), Syed Ibrahim Syed Abdul Rahman (Bendahari ABIM), Abdul Hadi Awang (Yang Dipertua ABIM Terengganu) dan Yahya Othman (Ahli Syura ABIM) telah bertanding dalam Pilihan Raya Umum pada tahun 1978 atas tiket PAS. Penglibatan mereka telah memberikan suntikan baru kepada PAS dengan mengenepikan sentimen nasionalisme Melayu kepada pendekatan Islam dan bergerak ke arah sebuah gerakan Islam. Pembabitan mereka juga telah membawa kemerosotan sokongan terhadap Dato’ Asri, lebih-lebih lagi selepas Kelantan jatuh ke tangan Barisan Nasional pada

tahun 1978. Tindakan beberapa pemimpin ABIM ini dipercayai atas nasihat Pak Natsir, seorang tokoh gerakan Islam Indonesia yang memimpin Parti Masyumi, yang melihat kepimpinan PAS perlu diperkukuhkan dengan diterujui oleh golongan ulama (Riduan 2004: 63).

Selain itu, kesedaran Islam dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia yang berlaku pada era 1970an dipercayai didorong oleh kemunculan pertubuhan-pertubuhan yang bergerak atas nama Islam dalam menjalankan aktiviti dakwah di seluruh negara seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Tabligh, al-Arqam dan Ar-Rahmaniyah. Sementara di peringkat pelajar pula, kebangkitan Islam dirasai dengan kewujudan Voice of Islam di United Kingdom, Islamic Representative Council (IRC), MISG, MISNA dan sebagainya di luar negara serta PKPIM dan Persatuan Mahasiswa Islam di universiti-universiti tempatan. Kemunculan pertubuhan-pertubuhan tersebut adalah cetusan daripada kebangkitan golongan penentangan penjajahan Barat di dunia Islam seperti gerakan Ikhwan al-Muslimin dan Jami‘ Islami serta gerakan-gerakan Islam lain yang pada ketika itu mencipta satu gelombang kesedaran Islam di seluruh dunia yang mahukan umat Islam kembali menghayati Islam sepenuhnya.

Menurut Riduan Mohd. Nor (2004), perjuangan PAS menerima pengaruh Ikhwan al-Muslimin pada awal tahun 1950an lagi apabila beberapa tokoh PAS mendapat tarbiyah secara langsung daripada tokoh-tokoh Ikhwan seperti Hassan al-Banna dan Sayyid Qutb. Antara mereka ialah Zulkifli Muhammad yang pernah menghadiri majlis ilmu yang diadakan di markas Ikhwan al-Muslimin di Kaherah ketika belajar dan memimpin persatuan pelajar di sana. Selain itu, Abdul Hadi Awang yang menjadi ikon politik bagi PAS pada era 1980an turut mendapat tarbiyah secara langsung daripada Ikhwan semasa menuntut di Madinah dan Mesir. Kesan daripada ini, PAS banyak mengadaptasi dan menjadikan Ikhwan Muslimin sebagai model dalam struktur organisasi, proses perkaderan dan pentarbiyahan serta orientasi perjuangannya.

Rentetan daripada pengaruh tersebut, perubahan pesat berlaku sama ada dari aspek program dan aktiviti, keahlian serta peranan yang dimainkan oleh ulama dalam menyelami arus kebangkitan Islam di negara ini. Gerakan usrah telah menjalar dalam kalangan anak muda, khususnya di kampus-kampus dengan berorientasikan tarbiyah yang dibawa oleh Ikhwanul Muslimin dan secara tidak langsung sedar bahawa PAS perlukan perubahan kepimpinan. Lujnah Tarbiyah PAS Pusat dalam usaha menggerakkan program tarbiyah telah memperkenalkan sukatan tarbiyah berkala yang meliputi usrah, tamrin, mukhayyam, liqa’ fikri dan ijtimak dengan melibatkan semua ahli dan kepimpinan bermula dari peringkat cawangan,

(4)

kawasan, perhubungan dan pusat. Peringkat tarbiyah harakiyah disusun dalam tiga tahap atau marhalah, iaitu ta‘rif (pengenalan), takwin (pembentukan) dan tanfiz (pelaksanaan). Teks-teks usrah yang digunakan disediakan sendiri oleh pimpinan PAS atau menggunakan buku-buku tulisan tokoh Ikhwan seperti Fiqh al-Sunnah (Sayyid Sabiq) al-‘Aqidah al-Islamiyyah (Hassan al-Banna), Usul al-Da‘wah (Abdul Karim Zaydan) dan lain-lain lagi (Riduan Mohd. Nor 2004: 88). Dari sini jelas bahawa Ikhwan telah memberikan pengaruh kepada PAS dari aspek pentarbiyah dan kefahaman terhadap Islam serta perjuangan menegakkannya.

Selain pengaruh Ikhwanul Muslimin, kesedaran Islam juga didorong oleh Revolusi Iran yang dipimpin oleh ulama dan pelajar agama serta anak muda kampus. Golongan ini telah berjaya membangunkan Republik Islam Iran dengan menumbangkan Diktator Shah Iran, kelompok sekular di negara tersebut. Tidak dinafikan kepimpinan ulama yang mengambil alih pemerintahan di Iran tersebut adalah antara faktor pemangkin kesedaran Islam serta menjadi aspirasi dan nafas baru kepada PAS untuk mengangkat golongan ulama sebagai teraju kepimpinan (Ishak Saat 2007: 250; Riduan Mohd Nor 2009: 12). Dilaporkan beberapa siri lawatan ahli-ahli pemuda PAS ke Iran telah diadakan untuk mengkaji dan melihat kejayaan golongan ulama dan intelektual Islam dalam mengisi kemenangan di Iran (Riduan Mohd Nor 2004: 80). Walau bagaimanapun, terdapat tuduhan yang dilemparkan bahawa PAS telah mengimport Revolusi Iran apabila ia cuba menegakkan kepimpinan ulama. Haji Yusuf Rawa menjawab tuduhan tersebut dengan mengatakan bahawa Revolusi Iran memang memberikan rangsangan kepada PAS, tetapi melakukan revolusi seperti itu adalah tidak sesuai di Malaysia.

Perubahan PAS yang memberikan kedudukan tinggi kepada ulama juga mengembalikan semula tokoh-tokoh PAS yang pernah keluar parti apabila tidak bersetuju dengan beberapa dasar sebelum ini, seperti Hasan Adli (bekas Ketua Pemuda PAS Pusat), Amaludin Darus (Bekas Ketua Pemuda PAS Pusat), Abu Bakar Umar, Abu Bakar Hamzah dan lain-lain lagi (Riduan 2009: 13-14). Di samping tokoh-tokoh besar ABIM yang menyertai PAS, terdapat juga sebahagian mereka yang menyertai UMNO. Antara mereka ialah Anwar Ibrahim, bekas Presiden ABIM. Bagi masyarakat belia Islam di kampus, kehilangan ikon gerakan belia Islam setelah beliau menyertai UMNO menyebabkan mereka beralih sokongan terhadap PAS, lebih-lebih lagi apabila PAS berubah dan bergerak seiring dengan kesedaran Islam yang dialami masyarakat.

Langkah-langkah awal ke arah kepimpinan ulama bermula ketika Muktamar Dewan Pemuda PAS pada tahun 1982 diadakan secara berasingan dengan Muktamar PAS Pusat. Ia juga tidak seperti biasa dirasmikan oleh Yang Dipertua Agong PAS,

Dato’ Asri, sebaliknya dirasmikan oleh Timbalan Presiden, Fadzil Mohd. Noor. Muktamar tersebut telah meluluskan dua usul penting yang menggambarkan status ulama dalam parti iaitu usul pemilihan kepimpinan parti mesti dilakukan secara syura dan ulama diberi kedudukan yang penting dalam parti. Dalam Muktamar PAS Pusat pada 22 Oktober 1982, Dato’ Asri meletak jawatan berikutan ucapan dasarnya ditolak oleh perwakilan. Beliau digantikan oleh Haji Yusuf Rawa selaku Pemangku Presiden yang digandingkan dengan Fadzil Mohd. Noor sebagai Timbalan Presiden dan Nik Abdul Aziz sebagai Ketua Dewan Ulama. Seterusnya, Muktamar Agung PAS Pusat kali ke-29 yang berlangsung pada 29 April 1983 telah meluluskan pindaan perlembagaan parti dengan Majlis Syura Ulama diwujudkan secara rasminya dalam parti. Pindaan ini kemudian diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan pada 18 Mac 1987 dan ini membolehkan seorang Murshid ‘Am dilantik. Murshid ‘Am pertama ialah Haji Yusuf Rawa yang dilantik pada November 1987 (Harakah, 27 November 1987: 1).

Dewan Ulama: Struktur pentadbiran PAS berbeza

dengan organisasi-organisasi politik yang lain yang hanya mempunyai Dewan Pemuda dan Dewan Wanita sahaja. PAS mempunyai ‘Dewan Ulama’ yang bertujuan untuk menyatukan tenaga dan pemikiran ulama demi perjuangan Islam di negara ini (Perlembagaan PAS, Fasal 40 (1)). Ini adalah kerana PAS melihat betapa perlunya ulama digabungkan dalam satu pentadbiran dan memainkan peranan mereka sendiri untuk kepentingan parti dan Islam. Sungguhpun begitu, pada peringkat awal penubuhannya, tarafnya hampir sama dengan Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat dari segi struktur organisasi, kekuasaan dan keilmuan. Syarat utama untuk menjadi ahli kepada dewan ini hanya satu sahaja, seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan PAS, Fasal 37 (3) yang menyebut “Ahli bagi Dewan Ulama itu ialah tuan-tuan guru atau siswazah-siswazah dari mana-mana Institut Pengajian Tinggi Islam yang telah menjadi ahli PAS”. Ini bermakna mereka yang bukan bertaraf tuan guru atau bukan siswazah dari Pengajian Islam tidak layak untuk menganggotai dewan ini.

Tugas-tugas am Dewan Ulama PAS seperti mana yang tercatat dalam perlembagaan parti ialah menyatukan tenaga dan pemikiran ulama bagi memperkuat dan mempertingkatkan pejuangan Islam dan berusaha mengembangkan dan menyebarkan kefahaman dan kesedaran Islam ke segenap lapisan masyarakat menerusi gerakan dakwah dan pengembelingan tenaga ummah yang berterusan. Selain itu, ia juga bertanggungjawab menyusun, mengatur dan menjalankan kegiatan tarbiyah dan pendidikan di kalangan ahli-ahli dan mengatur program-program latihan kepimpinan bagi membentuk petugas parti yang berilmu, beriman,

(5)

bertaqwa, berpengalaman dan memahami perkembangan semasa. Tugas ini adalah tugas baru bagi Dewan Ulama setelah ia distruktur semula kerana mengikut Perlembagaan yang dikeluarkan pada tahun 1977, tugas ini tidak termaktub lagi. Tugas-tugas lain seperti menghantar sepuluh orang wakil ke Muktamar Tahunan PAS, menyediakan peraturan yang berkenaan dengan dewan dan membentuk lajnah-lajnah yang difikirkan perlu adalah tidak berubah antara Perlembagaan tahun 1977 dan Perlembagaan Pindaan 1993.

Dewan Ulama terbahagi kepada dua kategori iaitu Dewan Ulama Pusat dan Dewan Ulama Negeri. Dewan Ulama PAS merupakan sebuah dewan yang tertinggi dalam PAS dan ditubuhkan melalui Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Pusat. Muktamar ini diadakan setahun sekali dan ia terdiri daripada Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap, ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Ulama PAS Pusat, Ketua-ketua dan Setiausaha-setiausaha Dewan Ulama PAS Negeri dan sepuluh orang wakil yang diangkat dan dilantik oleh Muktamar Dewan Ulama Negeri (Perlembagaan PAS 1993: 58-59). Berkaitan dengan Jawatankuasa Kerja Dewan Ulama PAS Pusat sebagaimana yang termaktub dalam Fasal 39 adalah terdiri daripada Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Naib Ketua, Setiausaha, Bendahari dan tidak lebih daripada lima belas orang ahli jawatankuasa kerja lain.

Dari segi perlantikan Ketua, Naib Ketua dan dua pertiga daripada Jawatankuasa sebagaimana yang tercatat di dalam Fasal 39 ceraian (1) (e) hendaklah dipilih dan dilantik oleh Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS pada tiap-tiap dua tahun sekali atau pada Muktamar Tahunan Ulama yang dipilih oleh para Ulama sendiri yang telah menjadi ahli PAS. Manakala Setiausaha, Bendahari dan satu pertiga daripada Jawatankuasa yang disebutkan dalam fasal 39 hendaklah dilantik oleh Ketua dan dengan persetujuan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan Ulama PAS Pusat daripada Ulama-Ulama PAS sendiri (Perlembagaan PAS 1993: 60). Jawatankuasa Kerja Dewan Ulama PAS Pusat ini hendaklah bersidang sekurang-kurangnya sekali dalam tiga bulan atau pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh Ketua atau dengan permintaan bersurat tidak kurang daripada satu pertiga daripada jumlah Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Dewan itu semua (Perlembagaan PAS 1993: 61).

Dewan Ulama Negeri dan Wilayah Persekutuan yang kemudiannya disebut ‘Dewan Ulama Negeri’ telah ditubuhkan oleh Badan Perhubungan Negeri dan Wilayah Persekutuan yang mana ahli-ahlinya terdiri daripada mereka yang disebutkan dalam fasal 37 (3) iaitu seperti mana Dewan Ulama PAS Pusat. Dewan ini akan mengadakan majlis muktamarnya sekali dalam setahun sebelum berlangsungnya Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Pusat atau bila-bila

masa yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Kerja Dewan Ulama PAS Negeri itu. Antara ahli-ahli bagi Muktamar Dewan Ulama PAS Negeri itu (Perlembagaan PAS 1993: 65-66) ialah Pengerusi Tetap dan Timbalannya, Jawatankuasa Kerja Dewan Ulama PAS Negeri dan ulama-ulama yang telah menjadi ahli PAS dan mendaftar diri sebagai Ulama PAS Negeri tersebut.

Di samping itu ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Ulama PAS Negeri adalah terdiri daripada Ketua, Naib Ketua, Setiausaha, Bendahari dan tidak lebih daripada dua belas orang ahli jawatankuasa yang lain. Ahli-ahli Jawatankuasa seperti Ketua, Naib Ketua dan dua pertiga daripada ahli Jawatankuasa lain dilantik oleh Muktamar Dewan Ulama PAS Negeri daripada Ulama-Ulama yang telah menjadi ahli PAS pada tiap-tiap dua tahun sekali atau dalam Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Negeri. Manakala Setiausaha, Bendahari dan satu pertiga daripada ahli Jawatankuasa yang lain dilantik oleh Ketua di dalam dan dengan mendapat persetujuan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan Ulama PAS Negeri itu daripada Ulama-Ulama yang telah menjadi ahli PAS dan akan memegang jawatannya selama dua tahun atau sehingga kepada Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Negeri diadakan.

Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Negeri ini telah mengadakan mesyuaratnya sekurang-kurangnya tiga kali dalam setahun atau pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh Ketua atau dengan permintaan bersurat daripada tidak kurang daripada satu pertiga dari jumlah ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Dewan itu. Dewan Ulama PAS Negeri berhak memilih dan menghantar sepuluh wakilnya ke Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Pusat (Perlembagaan PAS 1993: 67-68).

Majlis Syura Ulama: ‘Majlis Syura Ulama’ yang

boleh disifatkan sebagai ‘supreme council’ dalam PAS ini boleh dikatakan berfungsi sebagai mengambil alih fungsi Dewan Ulama yang dilihat kuasanya amat terbatas pada peringkat awalnya. Kewujudan majlis ini mungkin disebabkan PAS cuba menjalankan segala aktivitinya menjurus ke arah konsep ‘syura’ yang sememangnya sangat ditekankan dalam ajaran Islam. Apabila menyingkap sejarah PAS, kewujudan Majlis Syura Ulama ini adalah titik tolak bermulanya era ‘Kepimpinan Ulama’ yang memperlihatkan hasilnya hingga saat ini. Bermula ketika era kepimpinan Yusuf Rawa, perlembagaan parti telah dipinda beberapa kali setelah hampir setahun pimpinannya sehingga akhirnya terbentuk Majlis Syura Ulama yang merupakan badan tertinggi dalam PAS (Riduan 2004: 83).

Peranan Majlis Syura Ulama dapat dilihat dengan nyata bahawa ia diwujudkan bagi menjamin kekuasaan PAS yang diberi kepada Muktamar Tahunan dan kepada badan-badan lain supaya tidak

(6)

terkeluar daripada kehendak-kehendak yang diperuntukkan dalam fasal 7 (1) dan tidak berlawanan dengan dasar PAS seperti yang diperuntukkan dalam fasal 3 Perlembagaan PAS. Dengan kata lain, penubuhan Majlis Syura Ulama ini adalah ntuk menghapuskan semua kuasa mutlak yang ada dalam parti. Majlis ini ditubuhkan untuk memastikan ulama benar-benar membuat keputusan dalam menentukan hala tuju perjuangan dan bukan gimik untuk berubah kepada sesuatu yang baru semata-mata. Walaupun sebelumnya Dewan Ulama memainkan peranannya tetapi kebanyakan keputusan hanyalah meminta Dewan Ulama meluluskannya sahaja setelah diputuskan oleh Dewan Harian Pusat. Kini, dengan pendekatan syura yang diperkenalkan, Majlis Syura dilihat lebih berwibawa menentukan keputusan-keputusan parti (Riduan 2004: 83).

Majlis Syura Ulama diberikan kuasa dalam menghurai, menjelas dan mentafsir dasar PAS dan mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan PAS yang tidak menimbulkan kesamaran mengenai maksud dan tujuannya serta membuat ketetapan mengenainya. Ia juga berkuasa dalam mengeluarkan arahan dan perintah supaya dasar dan ketetapan tersebut dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan dalam PAS dan mengawasi serta memelihara supaya dasar dan ketetapan serta kehendak-kehendak dalam perlembagaan parti dipatuhi dalam kegiatan, gerakan dan pentadbiran PAS. Di samping itu, majlis ini juga berkuasa dalam memelihara, menjaga dan mengawal tatatertib PAS dan berkuasa melantik ahli-ahli jawatankuasa tatatertib PAS seperti yang terdapat pada Fasal 75 Perlembagaan Parti.

Ahli-ahli yang menganggotai Majlis Syura Ulama menurut Perlembagaan Pindaan 2009 adalah terdiri tidak lebih tujuh belas orang iaitu seorang Mursyidul ‘Am, seorang Timbalan Mursyidul ‘Am, seorang Setiausaha Majlis Syura ‘Ulamak dan tidak lebih empat belas orang Ahli Majlis Syura. Keanggotaannya disyaratkan seorang yang mengetahui masalah-masalah pokok (al-usul) dalam syariat Islam dan hukum-hukumnya, dapat merujuk masalah-masalah tersebut kepada Quran, al-Sunnah, Ijmak dan Qias dengan memahami maksud dan maknanya yang muktabar. Mereka juga adalah seorang yang adil, iaitu tidak melakukan dosa-dosa besar atau terus menerus melakukan dosa-dosa kecil, seorang yang terpelihara maruahnya dan semestinya ahli PAS.

Empat orang daripada ahli Majlis Syura 'Ulamak itu hendaklah dipilih dan dilantik oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan empat orang yang dipilih dan dilantik oleh Jawatankuasa Kerja Dewan ‘Ulamak PAS Pusat dan masing-masing dua orang yang dipilih dan dilantik oleh Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat dan Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Pusat dan tidak lebih lima orang yang baki itu dipilih dan dilantik oleh

Majlis Syura 'Ulamak itu sendiri. Keahlian seseorang ahli majlis itu boleh diperbaharui oleh pihak yang memilih atau melantiknya setelah tamat tempoh tersebut. Tempoh keahlian majlis ini adalah selama lima tahun dan ia boleh diperbaharui oleh pihak yang memilih dan melantiknya setelah tamat tempoh tersebut. Mereka juga boleh berhenti sebelum cukup tempoh lima tahun tersebut atau boleh diberhentikan oleh Majlis Syura Ulama yang mempunyai kuasa menentukan kelayakan seseorang ahli.

Dengan wujudnya Majlis Syura Ulama ini, organisasi PAS terbahagi kepada dua cabang yang penting iaitu Majlis Syura Ulama (Badan Penasihat) dan Jawatankuasa Kerja (Eksekutif). Kedua-duanya amat penting bagi organisasi dan berhubung-kait antara satu sama lain. Walaupun begitu Majlis Syura Ulama masih berada di tahap yang tertinggi kerana dilihat dalam beberapa perkara, Jawatankuasa Kerja PAS Pusat terikat dengan Majlis Syura Ulama dalam membuat keputusannya (Perlembagaan PAS 1993: 33). Di samping itu, majlis ini juga diperuntukkan kuasa kepadanya dalam Fasal 7(3)(c) perlembagaan untuk melantik semua ahli-ahli Jawatankuasa Tatatertib dari masa ke semasa. Jawatankuasa ini berperanan dalam memberi amaran, melucutkan hak-hak dalam parti, menggantungkan keahlian dan memecat daripada menjadi ahli terhadap mana-mana ahli yang dihadapkan ke jawatankuasa ini. Majlis Syura 'Ulamak boleh, mengikut budi bicaranya, membuat apa-apa peraturan bagi melicinkan pelaksanaan tugas dan kuasa-kuasa yang diberikan kepadanya dan menjaga serta memelihara keutuhan dan kehormatan serta kewibawaan Majlis Syura 'Ulamak tersebut (Perlembagaan PAS Pindaan 2009).

Majlis Syura Ulama ini dianggap sebagai kurang berfungsi pada praktiknya kerana masalah-masalah yang berkaitan dengan dasar, aktiviti atau badan PAS sendiri tidak banyak yang dikemukakan atau ditanggapi oleh majlis tersebut, sekalipun ia berkuasa dari segi mentafsir Perlembagaan PAS dan menasihati Jawatankuasa Kerja (Badan Eksekutif) serta mengawal keputusan-keputusan yang dibuat oleh Muktamar dan badan-badan lain. Walaupun begitu, peranan Majlis Syura ini memberikan satu kesan yang positif kepada pergerakan parti PAS sehingga menempatkan PAS di kemuncak yang memberangsangkan apabila era ‘Kepimpinan Ulama’ ditegakkan dan dengan adanya Majlis Syura ini PAS dapat menguasai kembali negeri Kelantan pada tahun 1990.

Jawatan dan Peranan Murshid ‘Am: Kewujudan

Majlis Syura dalam organisasi PAS telah memungkinkan kewujudan jawatan Murshid ‘Am, iaitu ketua bagi Majlis Syura Ulama. Ia adalah satu jawatan yang lebih kanan daripada jawatan Yang di Pertua Agong PAS atau Presiden. Mengikut Perlembagaan PAS, seorang ketua Majlis Syura

(7)

Ulama yang dikenali sebagai Murshid ‘Am dan naibnya, Timbalan Murshid ‘Am hendaklah dipilih dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama. Mereka akan memegang jawatan tersebut selama lima tahun dan boleh berhenti atau diberhentikan sebelum cukup tempoh tersebut dengan syarat persetujuan dua pertiga daripada ahli-ahli Majlis Syura Ulama serta boleh diperbaharui perlantikannya setelah tamat tempoh tersebut.

Murshid ‘Am bertanggungjawab dalam menetap dan mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Majlis Syura Ulama dan melantik seorang Setiausaha Majlis Syura Ulama yang terdiri daripada ahli-ahlinya atau mana-mana ahli PAS. Beliau juga bertangggungjawab dalam mengambil apa-apa jua langkah yang perlu bagi mengawasi dan memelihara dasar PAS dipatuhi dalam kegiatan, gerakan dan pentadbiran PAS. Murshid ‘Am dibantu oleh timbalannya dalam menjalankan tugas-tugas Murshid ‘Am dan mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Majlis Syura Ulama sekiranya Murshid ‘Am tidak dapat hadir atau berhalangan (Perlembagaan PAS 1993).

Semasa kewujudan Majlis Syura Ulama,11 orang ulama paling kanan dalam PAS telah memilih Haji Yusuf Rawa sebagai Murshid ‘Am yang pertama, manakala Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Timbalan Murshid ‘Am dan dalam masa yang sama beliau juga adalah ketua Dewan Ulama PAS Pusat. Pada tahun 1995, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat diberi amanah untuk memegang jawatan Murshid ‘Am kedua setelah Haji Yusuf Rawa melepaskan jawatan tersebut kerana keuzuran dan beliau tidak dapat menjalankan tugasnya dengan baik. Tambahan pula, pada ketika itu, aktiviti-aktiviti PAS semakin rancak memandangkan kejayaan PAS menawan Kelantan pada tahun 1990. Berikutan itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah melepaskan jawatan sebagai Ketua Dewan Ulama PAS Pusat dan digantikan oleh Ustaz Haji Harun Taib (Riduan 2004: 86-87).

KESIMPULAN

Perjuangan ulama untuk mewujudkan sebuah badan siasah atau parti politik Islam telah terlaksana dengan wujudnya PAS pada tahun 1951. Secara keseluruhannya, dari peringkat awal penubuhannya sehingga kini, ia dipimpin oleh mereka yang digelar ulama. Dari sini, jelas bahawa PAS mendapat tempat di hati mereka yang mempunyai latar belakang agama untuk memimpin parti serta mendapat sokongan daripada mereka yang kebanyakannya berpendidikan agama. Terdapat perbezaan dari segi kedudukan dan peranan ulama antara era sebelum 1983 dengan zaman selepas tahun tersebut. Pada sebelum tahun 1983, kedudukan ulama hanya terdapat dalam Dewan Ulama sahaja dan kuasanya amat terhad dan sama tarafnya dengan kedudukan Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat. Namun pada

tahun 1983, PAS mengalami anjakan paradigma berikutan berlakunya krisis dalaman yang meruncing serta kekalahan teruk dalam pilihan raya pada tahun 1978. Dewan Pemuda PAS Pusat telah mengusulkan penubuhan Majlis Syura Ulama dan kedudukan ulama diperkukuhkan. Justeru, era kepimpinan ulama diperkenalkan apabila usul tersebut diluluskan melalui Muktamar Tahunan PAS pada tahun 1983. Kedudukan ulama jelas dilihat melalui kewujudan jawatan Murshid ‘Am, penubuhan Majlis Syura Ulama dan kedudukan Dewan Ulama diperkukuhkan. Oleh kerana PAS adalah sebuah parti politik yang menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan, kedudukan dan peranan ulama dalam parti amat signifikan dan perlu mendapat pengiktirafan yang sewajarnya.

RUJUKAN

Abdul Rahman Abdullah. 1998. Pemikiran Islam di Malaysia: Aliran dan Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abu Bakar Hamzah. Quo Vadis PAS: Polemik Spontan di antara Abu Bakar Hamzah dan Ibn Muslim. Cheras: Media Cendiakawan Sdn. Bhd. Alias Muhamed. 1994. PAS Platform Development

and Change 1951-1986. Petaling Jaya: Gateway Publishing.

Badlihisham Mohd. Nasir. 2009. Dinamisme Gerakan Islam dan Cabaran Semasa. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.

Halim Mahmood. 1983. PAS Pimpinan Baharu: Falsafah dan Perjuangan. Kuala Lumpur: Hafar Interprise.

Harakah, 27 November 1987: 1.

Idris Haji Ahmad. 2011. Ulama Jantung Nadi PAS. Dlm. Riduan Mohamad Nor (pnyt.) Sejarah Emas Perjuangan Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Jundi Resources.

Ishak Saat. 2007. Sejarah Politik Melayu Pelbagai Aliran. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.

Md. Akhir Yaacob & Alwi Abd. Rahman. 1993. Zulkifli Muhammad. Dlm. Ismail Mat (pnyt.) Ulama Silam dalam Kenangan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohammad Agus Yusoff. 1994. Politik Kelantan selepas Pilihanraya 1990. Bangi: Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Riduan Mohd. Nor. 2004. Pengaruh Pemikiran Ikhwanul Muslimin terhadap Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Kuala Lumpur: Riduan Mohd Nor.

Riduan Mohamad Nor. 2004. Abdul Hadi Awang Murabbi, Ideolouge, Pemimpin. Kuala Lumpur: Jundi Resources.

Riduan Mohamad Nor. 2011. Menerjang Badai: 60 Tahun Mempersada Perjuangan. Kuala Lumpur: Jundi Resources.

(8)

Perlembagaan Parti Islam SeMalaysia (PAS) (Pindaan 1993). 1994. Batu Caves: Pejabat Agung PAS.

Perlembagaan PAS. 1977. Kuala Lumpur: Pejabat Agung Parti Islam SeMalaysia (PAS).

Perlembagaan PAS Pindaan 2009. Dlm. http://perlembagaan-pas.blogspot.com.

Referensi

Dokumen terkait

Mahasiswa wajib mengganti ijin yang telah dilakukan dengan jumlah hari yang sama jika ijin diketahui preceptor akademik dan preceptor klinik. Mengganti 2 x

[r]

Analisis data dilakukan dengan menyusun data yang diperoleh dengan sistematis, kemudian dianalisa dan di berikan makna dan dari makna itulah ditari kesimpulan, Hasil

Penerapan Model Antrean di Kantor Pelayanan Pajak Jakarta Setiabudi Dua Dalam Rangka Kelancaran Pelayanan Kepada Wajib Pajak , Tesis, Pasca FISIP UI. Sitorus, Markus

Kita sudah memiliki Negara Kesatuan Republik Indonesia yang merupakan prestasi besar dari bangsa Indonesia pada umumnya dan umat Islam pada khususnya.Berdasarkan

masanya dan pada masa kekinian, dan 3) t{ari>qah penafsiran menggunakan al-Fashl wal Washl telah terang-terangan men-dekontruksi pemahaman al-Qur’an. Akhirnya penulis

Saya senang jika dapat mengerjakan tugas dengan cara yang berbeda dari teman

Untuk memahami deskripsi akhlak seorang murid terhadap gurunya dalam konteks pemikiran Az-Zarnuji, menurut Awaluddin dalam tesisnya dapat dipahami dari pernyataannya