• Tidak ada hasil yang ditemukan

TANGGAL 31 OGOS 2007 maka genaplah 50 tahun

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "TANGGAL 31 OGOS 2007 maka genaplah 50 tahun"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

Penaung

Dato’ Haji Abd. Rahim bin Haji Ahmad Penasihat

Haji Arpan Shah bin Satu Ketua Pengarang

Haji Abd. Nasir bin Haji Ismail Penyunting

Azizan bin Othman Rohman bin Jasmani

Edisi Internet

Haninah bte Abd. Rahman Diterbitkan Oleh:

Lembaga Pertubuhan Peladang,

Blok C Utara, Pusat Bandar Damansara, Bukit Damansara, 50990 Kuala Lumpur.

Grafik/Illustrator Rohman bin Jasmani Kamaruzzan bin Hanif

Berita Transformasi Elektronik boleh dilayari di http://www.lpp.gov.my

16

yang mengusahakan tanaman kelapa sawit, ternakan lembu feedlot, kambing dan ayam kampung. Manakala industri asas tani yang dijalankan oleh ahli termasuklah pemprosesan makanan ringan seperti kerepek, kuih tradisional dan sebagainya. Keseluruhan projek pertanian dan industri asas tani yang diusahakan telah menjana isipadu perniagaan hamper RM8 juta juta setahun dengan keuntungan melebihi RM 2.5 juta.

Sehingga penghujung tahun 2006, Unit peladang ini telah dapat mewujudkan seramai enam orang usahawan peladang yang menjalankan pelbagai projek berasaskan pertanian.

U n i t i n i t e l a h b e r j a y a m e n y e d i a k a n sembilan daripada sepuluh perkhidmatan kepada ahli peladang seperti perkhidmatan p e n g u r u s a n d a n p e m b a n g u n a n s u m b e r m a n u s i a , a u t o m a s i l a d a n g , p e m a s a r a n , khidmat nasihat, pengendalian lepas tuai, p u s a t s u m b e r, p e m b i a y a a n , t e k n o l o g i pemprosesan dan infrastruktur ladang. Di samping itu atas inisiatif pengurusan unit pelbagai program telah dilaksanakan untuk kebajikan seperti perkhidmatan kredit dan program lain yang lebih kepada mengeratkan silaturahim sesama ahli. Seramai 15 orang a h l i t e l a h m e n d a p a t f a e d a h m e l a l u i p e r k h i d m a t a n k r e d i t y a n g d i s e d i a k a n

menggunakan dana Tabung Unit. Setiap ahli d i b o l e h k a n u n t u k m e m i n j a m s e h i n g g a RM2,000 untuk tempoh 12 bulan.

A t a s k e c e m e r l a n g a n y a n g d i c a p a i , U n i t P e l a d a n g K a m p u n g Ta n j u n g S e pa t t e l a h memperolehi pelbagai anugerah, antaranya ialah:

� A n u g e r a h P e r t u b u h a n B e l i a J a y a Peringkat Negeri Selangor Tahun 2006. � Anugerah Projek Kelompok Jaya HPPN Peringkat Negeri Selangor Tahun 2005. � Anugerah Projek Terbaik Sempena Hari K u a l i t i L P P P e r i n g k a t N e g e r i d a n Kebangsaan Tahun 2006.

S e m e n t a r a i t u , a t a s k e p i m p i n a n y a n g ditunjukan oleh Encik Painan bin Mat dan penglibatan dalam bidang pertanian, anaknya Encik Zulkarnain bin Painan telah menerima Anugerah Peladang Muda Jaya Peringkat Negeri Selangor Tahun 2001 dan 2005.

K e c e m e r l a n g a n y a n g d i c a p a i o l e h U n i t P e l a d a n g K a m p u n g Ta n j u n g S e pa t t e l a h menjadikan unit ini sebagai unit peladang contoh di negeri Selangor kerana selain dapat m e m b a n g u n k a n u n i t i a j u g a b e r j a y a mengubah taraf hidup masyarakat kampung di m a n a e k o n o m i k e s e m u a a h l i m e n c a p a i sasaran yang membanggakan.

(2)

T

ANGGAL 31 OGOS 2007 maka genaplah 50 tahun negara mengecapi kemerdekaan. Kemerdekaan bagi sesebuah negara bermakna ianya bebas daripada belenggu penjajahan dan mampu untuk mentadbir serta mengurus dengan sendirinya. Menjadi matlamat sebuah negara merdeka untuk membangunkan negara yang selama ini di bawah telunjuk penjajah dan seterusnya kerajaan yang merdeka akan cuba mengubah nasib rakyatnya supaya mampu berdikari. Apabila semangat kemerdekaan ini ditafsirkan kepada sektor pertanian di negara kita, persoalan yang mungkin bermain di fikiran, sama ada sektor ini telah benar-benar “merdeka”? Apakah masyarakat peladang, penternak dan nelayan telah bebas dari belenggu iaitu menjadikan pertanian yang diusahakan hanya untuk sara hidup semata-mata? Adakah pertanian boleh diuruskan sebagai suatu perniagaan?

Sudahkah masyarakat tani ini berjaya mengubah minda terhadap gaya hidup bertani daripada mengusahakan mengikut cara tradisional atau mentransformasikannya kepada penggunaan teknologi dan kejenteraan?

Sebahagian dari persoalan tersebut sebenarnya telah terjawab melalui penganjuran Perayaan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan (HPPN) yang diadakan setiap tahun. HPPN sering menunjukkan evolusi bagaimana pertanian di negara ini sentiasa mengalami perubahan. Perayaan HPPN disambut setiap tahun bukan sahaja di peringkat kebangsaan malah ianya turut dianjurkan di peringkat negeri. Ianya bukan semata-mata penganjuran untuk memenuhi kalender tahunan tetapi penganjurannya begitu signifikan dan memberikan impak yang cukup besar.

2

(3)

Menyingkap kembali sejarah lalu dalam tahun 1973, Perdana Menteri Malaysia pada masa itu, Tun Haji Abdul Razak bin Hussein (Allahyarham) telah mengisytiharkan 6 Ogos setiap tahun sebagai Hari Peladang. Sambutan pertama Hari Peladang telah diadakan pada 6 Ogos 1975 di Perkarangan Dewan Parlimen dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri. Kemudian, namanya telah ditukarkan kepada Hari Peladang, Penternak dan Nelayan dalam tahun 1987 dan terus digunakan sehingga ke hari ini.

Penganjuran HPPN pada tahun 2007 merupakan sambutan perayaan kali ke 33 diadakan. Kesemuanya

adalah bermatlamat untuk mengiktiraf peladang, penternak dan nelayan di atas sumbangan mereka kepada pembangunan pertanian negara yang turut menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Sektor pertanian telah mencatat kadar pertumbuhan purata tahunan sebanyak 3.2 peratus sejak tahun 1985. Jumlah nilai ditambah sektor pertanian telah meningkat daripada RM11.9 bilion pada tahun 1985 kepada RM16.2 bilion pada tahun 1995. Nilai eksport barangan hasil pertanian pula telah meningkat daripada RM13.9 bilion pada tahun 1985 kepada RM35.4 bilion pada tahun 1995 yang merupakan pertumbuhan purata tahunan sebanyak 9.8 peratus.

“Terdapat gerai (booth) agensi kerajaan dan swasta yang

mengambil bahagian bagi mempamerkan pelbagai informasi

dan teknologi yang digunapakai dalam sektor pertanian dan

industri berasaskan pertanian.”

“Terdapat gerai (booth) agensi kerajaan dan swasta yang

mengambil bahagian bagi mempamerkan pelbagai informasi

dan teknologi yang digunapakai dalam sektor pertanian dan

industri berasaskan pertanian.”

(4)

Selain itu, penganjuran tahunan HPPN juga berhasrat bagi memupuk semangat dan memperbaharui azam para peladang, penternak dan nelayan supaya sentiasa berusaha dengan lebih giat lagi dalam meningkatkan kualiti pengeluaran hasi-hasil pertanian, ternakan, akuakultur, penangkapan ikan dan industri berasaskan pertanian untuk kebahagiaan dan kemakmuran negara. Ia turut menggalakkan para peladang, penternak dan nelayan supaya bersatu dalam pergerakkan pertubuhan peladang dan persatuan nelayan bagi meningkatkan taraf sosio-ekonomi mereka dalam membenteras kemiskinan selaras dengan Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan oleh kerajaan.

Sebagai pengiktirafan kepada mereka yang telah menyumbang keringat kepada negara dan menjadi contoh kepada masyarakat tani lain dalam membangunkan sektor pertanian, setiap tahun diadakan pertandingan bagi mengukur kejayaan yang telah dicapai oleh individu dan organisasi dalam memartabatkan bidang pertanian dan

industri asas tani. Beberapa kategori pertandingan telah dijalankan dan semuanya dinilai secara profesional oleh satu jawatankuasa yang dilantik dan kemudiannya akan diumumkan pemenang-pemenang. Antara anugerah yang diumumkan dalam pertandingan yang dianjurkan adalah Peladang Jaya, Pertubuhan Peladang Jaya dan Unit Peladang Jaya. Semua anugerah yang disampaikan ini bertujuan untuk menaikkan semangat dan dorongan kepada yang lain untuk mencapai kecemerlangan.

Impak kepada penganjuran HPPN yang menelan belanja beratus-ratus ribu ringgit setiap tahun telah memberikan pulangan berlipat ganda akhirnya. Selain ilmu pengetahuan dan teknologi baru yang dapat dilihat dan diadaptasikan, penganjuran HPPN turut menjadi medan jualan hasil pertanian dan industri asas tani di mana berjuta-juta wang ringgit berlegar-legar di dalamnya bagi meransang pertubuhan ekonomi. Atas sebab itulah HPPN akan sentiasa dinanti oleh peladang, penternak dan nelayan serta masyarakat umum.

(5)

P

eringkat pengeluaran hasil merupakan proses terakhir yang dilakukan dalam aktiviti menternak udang kerana hasil yang diperolehi menjadi pengukur sama ada usaha yang dijalankan memberi kuntungan atau sebaliknya.

Kutipan hasil dilakukan bertujuan untuk memastikan udang boleh dikeluarkan dari kolam dalam keadaan yang segar. Ia juga memberi pulangan maksimum dalam tempoh singkat bagi mendapatkan tawaran harga tertinggi. Selain itu ke mana hendak dipasarkan, saiz dan kuantiti yang boleh dijual perlu diambil pertimbangan. Di samping itu jenis pasaran sama ada dalam bentuk hidup atau mati perlu ditentukan terlebih dahulu.

Waktu tangkapan yang paling sesuai adalah semasa cuaca redup. Keadaan cuaca yang sejuk akan mengekalkan kesegaran udang dan memelihara kualiti semasa penghantaran. Masa sebenar untuk pungutan hasil ditetapkan mengikut jarak ke tempat pasaran. Bagi jarak perjalanan yang jauh, kutipan hasil hendaklah dibuat pada lewat petang atau waktu malam untuk memastikan perjalanan dibuat dalam keadaan sejuk dan sampai ke tempat pasaran pada awal pagi.

Untuk ternakan yang telah dilaksanakan dengan baik, udang akan mencapai saiz 20 - 25 gm seekor semasa beumur 3 bulan. Saiz ini sesuai dihasilkan untuk pasaran restoran tempatan yang memerlukan udang hidup dengan harga yang lebih tinggi. Bagaimanapun pasaran udang hidup amat terhad dan permintaan untuk udang hidup hanya diperolehi dari Singapura, Johor Bahru, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

5

Oleh: Rizaludin Abd. Wahid (LPP Mersing Selatan)

(6)

Terdapat dua kaedah pungutan hasil yang biasa dilakukan iaitu pungutan hasil secara mengeringkan kolam dan memerangkap udang menggunakan tangkul. Bagi kaedah mengeringkan kolam, ia memerlukan rekabentuk kolam dan salur pembuangan air yang sesuai kerana hasil perlu dikutip dalam jangkamasa 4 – 6 jam. Kerja kerja memungut bermula diawal pagi dan berakhir sebelum tengahari bagi mengelakkan udang mengalami kemerosotan kualiti. Kaedah penangkapan tersebut tidak begitu sesuai untuk pengusaha secara besar besaran. Mereka biasanya lebih suka menunggu sehingga bulan keempat atau lebih bagi mendapatkan udang yang bersaiz melebihi 35 gm seekor. Dengan menggunakan kaedah ini air akan dilepaskan dari kolam dan udang akan ditangkap dengan menggunakan pukat sarung yang dipasang di pintu air keluar. Udang yang ditangkap perlu disejukkan dengan air batu serta merta bagi menjamin kualiti. Oleh kerana harga udang ditentukan mengikut saiz, peggredan perlu dilakukan sebelum dihantar kepasaran. Udang tersebut biasanya akan dihantar ke kilang untuk diproses sebelum dieksport keluar negara kerana permintaan pasaran antarabangsa terhadap udang sejuk beku semakin meningkat.

Bagi pemungutan hasil secara berperingkat, tangkapan boleh dilakukan dengan memilih udang telah mencapai saiz pasaran dan meninggalkan saiz yang kecil untuk pembesaran seterusnya. Pemungutan secara berperingkat dilakukan menggunakan pukat tangkul setelah ketinggian air dikurangkan ke paras 0.5 - 0.7m. Pukat tangkul akan ditenggelamkan ke dalam kolam pada waktu malam dan makanan diletakkan di atas tangkul sebagai umpan dan ditarik keesokan harinya. Melalui cara ini penangkapan boleh dilakukan setiap hari sehingga kebanyakan udang yang bersaiz pasaran ditangkap. Penangkapan udang cara ini adalah untuk pasaran hidup dan permintaan yang sedikit setiap hari.

Pengurusan hasil kutipan dengan cara teratur adalah mustahak bagi menjamin kualiti udang. Untuk jualan udang hidup, kebanyakan penternak akan menyimpannya disatu petak lain dalam kolam yang sama dengan sistem pengudaraan secukupnya. Dalam keadaan ini udang dapat dijual kepada pembeli dengan kadar hidup yang tinggi. Ada diantara setengah penternak menyimpan udang hidup menggunakan tangki gentian kaca yang dilengkapi dengan sistem pengudaraan. Udang hidup yang telah dipilih mengikut gred dimasukkan ke petak-petak tertentu dalam tangki tersebut. Setiap petak mampu memuatkan sehingga 100 kg udang hidup. Suhu air dalam petak perlu dipantau setiap jam menggunakan ais bagi memastikan udang tidak aktif tetapi boleh hidup semasa dalam perjalanan. Bagi pengendalian untuk jualan udang mati, kesegaran udang perlu dijaga kerana pengguna selalunya lebih mementingkan keadaan fizikal udang. Udang yang dipungut akan dibersihkan terlebih dahulu bagi mengelakkan kotoran atau lumpur melekat pada insang udang. Selepas itu udang perlu disejukkan serta merta dalam tangki dengan suhu 5ºC - 10ºC. Udang akan mati serta merta dalam keadaan kejutan suhu yang rendah dan keadaan ini akan memastikan kesegaran udang.

Ternakan udang mampu menghasilkan pulangan yang menguntungkan jika langkah-langkah pemeliharaan dituruti. Sebanyak 2.5 – 7.0 tan udang sehektar setiap pusingan mampu dihasilkan bergantung kepada kadar pelepasan dan kadar kemandirian. Untuk kos pengeluaran pula dianggarkan antara RM 20,000 - 28,000 setiap satu tan udang dengan harga jualan sekitar RM30 – RM40 sekilogram. Dengan harga berikut keuntungan diperolehi dan projek mampu berdaya saing.

(7)

B

idang pertanian yang satu masa dahulu tidak digemari kini telah melahirkan ramai usahawan kerana teknologi yang digunapakai dapat menarik minat dan membantu dalam melaksanakan projek.

Bagi Encik Sehidan bin Ismail, 43 tahun dari Arau, Perlis yang merupakan ahli Pertubuhan Peladang Kawasan A1 MADA, teknologi yang ada masa kini dapat menarik minat usahawan menceburi bidang pertanian secara komersial. Dilahirkan di Kampung Banat telah 24 tahun menjadi ahli dan mempunyai saham sebanyak RM1,500 di PPK. Manakala langganan di PPK berjumlah RM8,233 setahun. Mendirikan rumahtangga dengan Puan zainab binti Malik sejak 1988 telah dikurniakan dua orang anak lelaki dan dua perempuan. Kehidupan harmoni sejak berumahtangga membolehkan ia berkekalan hingga sekarang. Tugas mencari rezeki dijalankan oleh Sehidan dengan penglibatan sepenuh masa dalam bidang pertanian. Oleh kerana minat yang mendalam, beliau memulakan kerjaya dalam bidang pertanian pada tahun 1983 dengan mengusahakan tanaman padi seluas satu

hektar milik keluarga. Memandangkan usaha yang dilakukan memberikan pulangan menguntungkan, beliau kemudian menambah kawasan tanaman padi dengan menyewa tanah seluas 10 hektar.

Bermodalkan wang sendiri melebihi RM400 ribu yang dilaburkan secara berperingkat, beliau mengusahakan pelbagai aktiviti pertanian dan bukan pertanian. Aktiviti utama yang diusahakan ialah tanaman padi seluas 12.28 hektar.

Di samping itu beliau turut mengusahakan ternakan ikan keli sebanyak 10 buah kolam melalui khidmat nasihat Jabatan Perikanan, pembenihan ikan tilapia dan ikan keli sebanyak 10 buah kolam takungan, tanaman buluh rebung seluas 0.46 hektar dan semaian pokok bunga hiasan seluas 0.28 hektar.

Kesemua projek tersebut telah menjana isipadu perniagaan sebanyakRM261,000 dan telah mewujudkan peluang pekerjaan kepada 8 orang penduduk setempat. Dalam mempelbagaikan usaha dalam bidang pertanian, beliau turut menjalankan kerja kontrak pertanian dengan mengusahakan ladang mempelam Jabatan Pertanian Negeri Perlis seluas 33 hektar. Tugas pengurusan ladang tersebut dilakukan sendiri dengan bantuan 19 orang pekerja untuk kerja-kerja seperti pemangkasan, pembajaan, kawalan musuh dan penyakit, pengurusan pengairan, kawalan rumpai, membalut buah dan memungut buah serta pemasaran.

(8)

Bagi projek bukan pertanian yang dilakukan, Sehidan yang mempunyai lesen kontrak kelas F turut mengusahakan kontrak pertanian, sewaan lori, traktor dan case/back hoe di samping untuk kegunaan sendiri.

Meskipun banyak masa ditumpukan kepada projek-projek pertanian dan bukan pertanian, beliau aktif dalam aktiviti sosial dan kemasyarakatan, diantaranya sebagai:

� Timbalan Pengerusi JKKK Kg Banat. � Ahli Perwakilan PPK.

� Pengerusi PIBG Sekolah Kebangsaan Arau. � Setiausaha Kelab Sukan Komuniti Kawasan

Tambun Tulang.

� Setiausaha Kelab Bola Sepak Tambun Tulang. � Pengerusi Komuniti Bestari Kg Banat.

� Panel Pusat Penerangan Kesihatan Arau. Di atas kegigihan dan komitmen untuk memajukan diri, keluarga dan masyarakat beliau telah menerima anugerah Peladang Jaya Lelaki Peringkat Negeri Perlis Tahun 2007. Beliau yang mendapat pulangan lumayan setiap bulan daripada aktiviti pertanian dan bukan pertanian berbangga kerana dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada 37 orang penduduk setempat. Sebagai tanda kesyukuran beliau mengeluarkan zakat dan sehingga kini beliau menyimpan cita-cita untuk terus maju dibidang pertanian.

(9)

K

emajuan sektor pertanian dengan sokongan teknologi moden membolehkan sesiapa saja mengusahakannya masa kini. Kemudahan yang ada dapat menarik minat golongan muda dan tua, wanita dan lelaki untuk turut menceburi bidang tersebut secara sepenuh masa atau sambilan.

Puan Hajah Mariam bte Boon, 40 tahun merupakan ahli Pertubuhan Peladang Kawasan Rengit,Johor. Dilahirkan di Kampung Parit Hailam, Rengit telah dua tahun menjadi ahli PPK dengan saham RM2,000 dan simpanan berjumlah RM8,100.

Beliau mendirikan rumahtangga dengan Tuan Haji Azhar bin Rasman dan dikurniakan dua orang anak lelaki dan dua perempuan. Melibatkan diri dalam bidang pertanian semenjak tahun 1992 dengan mengusahakan tanaman ubi kayu dan pisang secara kecil-kecilan di atas tanah keluarga dan memproses makanan ringan serta menjual sendiri menggunakan jenama Azhar Food.

Pada tahun 1993, hasil dari keuntungan yang diperolehi, beliau laburkan semula bagi mendirikan kilang memproses makanan ringan bersama keluarga dengan mengeluarkan produk seperti kerepek ubi, pisang dan berbagai jenis makanan lain.

Melalui tabungan sendiri daripada usaha yang dilakukan, beliau membeli sebidang tanah seluas 0.4 hektar bagi mengembangkan projek pada tahun 1995. Bagi menampung permintaan daripada pelanggan

terutama semasa musim perayaan, Mariam seterusnya membesarkan kilang sedia ada dengan membina bangunan tambahan dan kedai serta menambah peralatan kilang yang dilakukan pada tahun 1997.

Langkah menyewa tanah daripada Syarikat Prolink Development Sdn. Bhd seluas 61 hektar adalah bertepatan dengan pembesaran saiz kilang. Hasil daripada tanah yang diusahakan dengan tanaman ubi kayu, pisang dan sukun digunakan bagi membekalkan bahan mentah kepada kilang yang dimiliki. Sehingga kini hanya 21 hektar daripada tanah yang disewa telah diusahakan dan selebihnya dalam proses pembangunan.

Produk keluarannya yang terdiri daripada pelbagai jenis kerepek adalah untuk pasaran tempatan iaitu sekitar negeri Johor. Atas inisiatif dan melalui rakan niaga, produk yang dihasilkan telah menembusi pasaran luar negara seperti Singapura dan Brunei.

Dalam mempelbagaikan aktiviti pemprosesan makanan, beliau juga menjadi pemborong makanan ringan seperti jeruk buah-buahan dan kuih tradisional daripada penduduk dan pembekal sekitar Rengit dan Batu Pahat. Aktiviti tersebut dikembangkan dengan mengimport produk makanan ringan dari Indonesia bagi pasaran di seluruh Semenanjung Malaysia dan Singapura.

(10)

Usaha dalam bidang pertanian tidak terbatas kepada pemprosesan makanan sahaja. Beliau juga mengusahakan tanaman kelapa sawit seluas 8 hektar di Yong Peng dan Rengit. Kesemua projek yang diusahakan dilakukan bersama keluarga dan dibantu 49 orang pekerja kilang dan ladang selain 30 orang yang diambil kerja secara bermusim. Sehingga kini pelaburan yang dikeluarkan bagi keseluruhan projek melebihi RM1 juta telah menghasilkan isipadu perniagaan mencecah RM4 juta dengan purata pendapatan bersih melebihi RM700 ribu setahun. Selain itu produk keluarannya yang menggunakan jenama Azhar Food Supplier telah mendapat Sijil Pengesahan Halal daripada JAKIM.

Meskipun banyak masa ditumpukan kepada projek-projek pertanian dan bukan pertanian, beliau aktif di dalam aktiviti sosial dan kemasyarakatan, diantaranya:

� Timbalan Ketua Peladang Nita PPK Rengit. � Pengerusi Koperasi Mutiara Batu Pahat

Berhad.

� AJK Penyelaras IKS FAMA Batu Pahat. � AJK Koperasi Johor Bahru.

� AJK PERKIM

Walaupun telah berjaya dalam bidang yang diceburi Mariam sentiasa memberi galakan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan dalam pemprosesan makanan. Beliau kerap memberi khidmat bimbingan kepada peladang, masyarakat setempat dan agensi yang berminat mengenai jenis dan teknik tanaman ubi yang berkualiti bagi menghasilkan makanan ringan. Beliau juga bersedia memberi khidmat nasihat kepada usahawan lain mengenai aktiviti pemprosesan makanan ringan. Di atas kegigihan dan komitmen untuk memajukan diri, keluarga dan masyarakat serta mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, keringatnya membuahkan hasil. Puan Mariam bersyukur kerana mampu memiliki tanah pertanian, simpanan di bank komersial, kenderaan untuk pelbagai kegunaan.

Beliau juga telah mendapat pengiktirafan dengan memenangi Anugerah Melayu Cemerlang Sempena ulangtahun UMNO ke-60 pada tahun 2006, Johan Pertandingan Produk Pemprosesan Hasil Pertanian Anjuran Jabatan pertanian Tahun 2005, Anugerah Khas HPPNK Tahun 2005 Kategori Industri Asas Tani – Sektor Tanaman, Anugerah Usahawan Wanita Asas Tani Negeri Johor Tahun 2005 dan Johan Pertandingan Hasil-hasil Pertanian Sempena HPPNK 2004

(11)

Encik Mohd Zakiron bin Zahid, 39 tahun dari Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Nilam Puri, Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) memenangi Anugerah Peladang Muda Jaya Lelaki pada tahun ini. Beliau dilahirkan di Kampung Perol, Kota Bahru, Kelantan.

Setelah 18 tahun menjadi ahli, dengan saham melebihi RM1,541, beliau merupakan ahli yang aktif di PPK. Jumlah simpanan beliau juga melebihi RM10,000 merupakan antara yang tertinggi.

Beliau yang berkelulusan Sijil Pelajaran Vokasional, mengekori jejak bapanya mengusahakan tanaman padi. Oleh kerana minat yang mendalam dalam bidang pertanian, beliau menceburi bidang tersebut sepenuh masa setelah menamatkan persekolahan. Beliau yang sudah mendirikan rumahtangga dikurniakan seorang anak lelaki dan tiga perempuan. Isteri beliau Siti Rubiah binti Jusof sentiasa memberi sokongan dan kadangkala turut membantu beliau di ladang.

Kerjaya dalam bidang pertanian yang diusahakan semakin berkembang setelah mengambil alih kilang padi Syarikat Kerjasama Asas Tani di kampung beliau yang tidak beroperasi.

Di samping mengusahakan tanaman padi seluas 52.61 hektar milik sendiri, beliau juga menyewa tanah sawah dan tanah terbiar milik orang kampung yang turut diusahakan dengan tanaman padi seluas 25 hektar. Kesemua tanaman padi yang diusahakan diadaptasikan dengan Amalan Pertanian Baik (APB) berpandukan Rice Check MARDI.

Oleh kerana kilang padi yang dimiliki mampu memproses padi sebanyak empat metrik tan/ sejam, jumlah bekalan padi yang diperolehi tidak dapat menampung keperluan kilang tersebut. Bagi mengelakkan pembaziran masa dan kos operasi, beliau mengambil inisiatif dengan membeli padi daripada petani dari kawasan berdekatan.

(12)

Beras hasil daripada kilang padi dipasarkan terus kepada pemborong dari Sekitar negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang dan sehingga ke Sabah. Beliau juga turut memperolehi pendapatan tambahan daripada hasil sampingan daripada aktiviti kilang padi seperti sekam padi, beras hancur, tenukut dan dedak yang boleh digunakan dalam industri asas tani.

Dalam menyahut seruan kerajaan untuk meningkatkan pengeluaran makanan, beliau turut mengusahakan dusun buah-buahan campuran seperti durian, dokong, rambutan dan salak seluas 2.83 hektar. Ternakan itik dengan kapasiti 800 ekor menghasilkan 400 biji telur yang diproses menjadi telur masin. Bagi menambahkan pendapatan, beliau juga menternak ikan keli dalam empat buah kolam untuk pasaran tempatan.

Sementara itu dalam kegiatan bukan pertanian, beliau yang memiliki sebuah case/backhoe, tiga buah traktor dan dua buah lori turut menjalankan khidmat sewaan. Kemudahan pengangkutan yang dimiliki digunakan dalam urusan pengangkutan hasil ladang untuk pasaran. Beliau juga mempunyai dua bengkel pertukangan besi bagi memenuhi permintaan setempat. Kegiatan pertanian dan bukan pertanian yang dijalankan memberi peluang pekerjaan kepada seramai 21 orang terdiri daripada penduduk setempat.

Sehingga kini sebanyak RM2.1 juta telah dilaburkan bagi menjayakan projek yang diperolehi melalui modal sendiri dan pinjaman daripada bank komersial. Secara keseluruhannya, projek yang diusahakan telah menjana isipadu perniagaan bernilai RM3,127,000 dengan pendapatan purata sebanyak RM712,449 setahun. Atas daya usaha yang dlakukan dalam bidang pertanian, beliau telah dianugerahkan Peladang Muda Jaya Lelaki Peringkat Negeri Kelantan pada tahun 1991,1993, 1994, 2001, 2004 , 2006 dan 2007.

Meskipun banyak masa ditumpukan kepada projek-projek pertanian dan bukan pertanian, beliau aktif di dalam aktiviti sosial dan kemasyarakatan, diantaranya:

� Ahli Jemaah Pengarah PPK Nilam Puri.

� Ahli Pewakilan Mesyuarat Pertubuhan Peladang Negeri Kelantan.

� AJK Masjid Kampung Perol.

� AJK PIBG Sekolah Kebangsaan Perol.

� Sebagai Penasihat Projek Tanaman Padi Ke arah 10 Metrik Tan.

Diatas kegigihan dan komitmen untuk memajukan diri, keluarga dan masyarakat, beliau mendapat pulangan lumayan setiap bulan dari aktiviti pertanian dan bukan pertanian yang diusahakan dengan perancangan yang teliti dan teratur.

(13)

P

ertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Seberang Perak, Perak merupakan pemenang bagi Anugerah Pertubuhan Peladang Jaya Kebangsaan 2007. Dengan keluasan pengendalian 19,851 hektar, PPK dengan 29 Unit Peladang mempunyai ahli seramai 2,799 orang dengan kebanyakkannya terlibat dalam bidang pertanian. Jumlah saham ahli di PPK melebihi RM600 ribu manakala simpanan ahli pula menjangkau RM272 ribu. PPK juga memiliki aset melebihi RM4 juta yang berupa tanah pertanian, bangunan, jentera dan lain-lain lagi.

Diketuai oleh Encik Mohd. Jefni bin Md Noor dengan dibantu seramai 23 orang kakitangan mementingkan kualiti dalam merangka program berkaitan pertanian untuk kebajikan ahli. Kearkaban yang terjalin diantara barisan Jemaah Pengarah yang diketuai oleh Tuan Haji Abd. Ghani bin Haji Abd. Rashid memudahkan usaha tersebut. Sementara itu seramai 12 orang pekerja lantikan PPK dan 25 orang pekerja kontrak/bermusim turut menjadi teras kepada pengurusan PPK.

Aktiviti utama yang dijalankan oleh PPK lebih kepada bidang pertanian. Antara projek yang dilaksanakan ialah:

� Projek semaian benih padi seluas 0.4 hektar. � Projek ladang benih padi dengan jabatan

pertanian seluas 72 hektar.

� Pemasaran benih padi sebanyak 120 m/tan semusim bagi kawasan seluas 400 hektar. � Pengedaran baja subsidi kerajaan untuk

kawasan tanaman 8,800 hektar.

� Projek kejenteraan ladang dengan kemudahan enam unit transplanter, 1 unit backhoe dan sebuah lori 5 m/tan untuk kegunaan pemasaran padi.

� Kedai input pertanian.

Kesemua projek ini menjana isipadu perniagaan bernilai RM 1,697,834 juta dengan keuntungan bersih sebanyak RM 261,862 setahun.

(14)

Dalam usaha mempelbagaikan kegiatan ekonomi PPK mengusahakan ladang kelapa sawit seluas 150 hektar yang diurus oleh Pertubuhan Peladang Negeri Perak. PPK juga turut menguruskankan ladang kelapa sawit ahli seluas 200 hektar dan mengusahakan pasar mini peladang serta menjalankan kerja-kerja kontrak am dan ladang/pertanian. Kesemua projek ini memberi faedah kepada lebih 300 orang ahli dan menjana isipadu perniagaan bernilai RM1,959,432 dengan keuntungan bersih sebanyak RM261,807 setahun. Di samping itu PPK menjalankan aktiviti sokongan seperti sewaan rumah kedai yang menjana pendapatan bernilai RM18,770 setahun.

Sehingga penghujung tahun 2006, PPK telah dapat melahirkan seramai 54 orang usahawan peladang melalui pelbagai projek ekonomi seperti tanaman dan semaian padi, tanaman nanas dan pisang, ternakan lembu dan kambing, ternakan ikan air tawar, memproses air kacang soya dan kuih tradisional.

PPK berjaya melaksanakan kesemua sepuluh perkhidmatan kepada ahli/peladang meliputi pengurusan dan pembangunan sumber manusia, mekanisasi/automasi ladang, bekalan ladang, pemasaran, infrastruktur ladang, khidmat nasihat, pengendalian lepas tuai, pembiayaan, pusat sumber dan teknologi pemprosesan. Seramai 200 orang ahli telah mendapat faedah melalui perkhidmatan pembiayaan kredit yang disediakan dengan nilai

melebihi RM1.4 juta. Manakala seramai 1,500 orang ahli telah mendapat faedah daripada program kebajikan yang dianjurkan seperti anugerah pelajaran, sumbangan kematian, hadiah galakan peladang dan sebagainya. Purata dividen yang dibayar kepada ahli sebanyak 12% setahun. Atas kecemerlangan yang ditunjukkan oleh PPK, pelbagai anugerah dan pengiktirafan telah diperolehi. Antara anugerah yang diperolehi ialah: � Anugerah Unit Jaya Peringkat Negeri Perak

pada tahun 2006.

� Anugerah Kualiti Pengurusan Projek Padi Benih Peringkat Negeri dan Kebangsaan pada tahun 2005.

PPK telah berjaya mengasaskan dan menggalakkan peladang menggunakan teknologi penanaman padi menggunakan semaian padi dan mesin “transplanter” serta membimbing peladang ke arah usahawan dengan menawarkan projek-projek tanaman semaian dan padi benih secara berkelompok

Berdasarkan kecemerlangan yang dicapai setakat ini, menjadi harapan PPK segala usaha yang dijalankan terus berdaya maju kerana selain dapat membangunkan PPK ia juga mampu mengubah taraf ekonomi ahli pada masa hadapan.

14

( Tanaman nanas antara projek yang di usahakan oleh PPK Seberang Perak ) ( Tanaman nanas anTanaman nanas anT tara projek yang di usahakan oleh PPK Seberang Perak ) ( Tanaman nanas antara projek yang di usahakan oleh PPK Seberang Perak )

(15)

U

nit Peladang Kampung Tanjung Sepat, Kuala Langat, Selangor merupakan pemenang bagi Anugerah Unit Peladang Jaya Kebangsaan 2007. Unit Peladang kepada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Barat Laut ini mempunyai ahli seramai 160 orang dengan kebanyakkannya petani di mana hampir 82% orang ahli terlibat secara langsung dalam bidang pertanian.

Diketuai oleh Encik Painan bin Mat sebagai Ketua Unit kerap berbincang dengan Encik Zuhan bin Jusoh, Pengurus Besar PPK bagi merangka program berkaitan pertanian untuk kebajikan ahli. Jumlah saham ahli di PPK melebihi RM40,000 dengan tabungan unit mencecah RM26,000. Unit Peladang telah dapat menggembleng seramai 26 orang ahli dalam pelbagai projek termasuklah projek tanaman sayur-sayuran, nanas, ubi kayu, pisang, keledek, keladi. Selain itu terdapat ahli

(16)

Penaung

Dato’ Haji Abd. Rahim bin Haji Ahmad Penasihat

Haji Arpan Shah bin Satu Ketua Pengarang

Haji Abd. Nasir bin Haji Ismail Penyunting

Azizan bin Othman Rohman bin Jasmani

Edisi Internet

Haninah bte Abd. Rahman Diterbitkan Oleh:

Lembaga Pertubuhan Peladang,

Blok C Utara, Pusat Bandar Damansara, Bukit Damansara, 50990 Kuala Lumpur.

Grafik/Illustrator Rohman bin Jasmani Kamaruzzan bin Hanif

Berita Transformasi Elektronik boleh dilayari di http://www.lpp.gov.my

16

yang mengusahakan tanaman kelapa sawit, ternakan lembu feedlot, kambing dan ayam kampung. Manakala industri asas tani yang dijalankan oleh ahli termasuklah pemprosesan makanan ringan seperti kerepek, kuih tradisional dan sebagainya. Keseluruhan projek pertanian dan industri asas tani yang diusahakan telah menjana isipadu perniagaan hamper RM8 juta juta setahun dengan keuntungan melebihi RM 2.5 juta.

Sehingga penghujung tahun 2006, Unit peladang ini telah dapat mewujudkan seramai enam orang usahawan peladang yang menjalankan pelbagai projek berasaskan pertanian.

U n i t i n i t e l a h b e r j a y a m e n y e d i a k a n sembilan daripada sepuluh perkhidmatan kepada ahli peladang seperti perkhidmatan p e n g u r u s a n d a n p e m b a n g u n a n s u m b e r m a n u s i a , a u t o m a s i l a d a n g , p e m a s a r a n , khidmat nasihat, pengendalian lepas tuai, p u s a t s u m b e r, p e m b i a y a a n , t e k n o l o g i pemprosesan dan infrastruktur ladang. Di samping itu atas inisiatif pengurusan unit pelbagai program telah dilaksanakan untuk kebajikan seperti perkhidmatan kredit dan program lain yang lebih kepada mengeratkan silaturahim sesama ahli. Seramai 15 orang a h l i t e l a h m e n d a p a t f a e d a h m e l a l u i p e r k h i d m a t a n k r e d i t y a n g d i s e d i a k a n

menggunakan dana Tabung Unit. Setiap ahli d i b o l e h k a n u n t u k m e m i n j a m s e h i n g g a RM2,000 untuk tempoh 12 bulan.

A t a s k e c e m e r l a n g a n y a n g d i c a p a i , U n i t P e l a d a n g K a m p u n g Ta n j u n g S e pa t t e l a h memperolehi pelbagai anugerah, antaranya ialah:

� A n u g e r a h P e r t u b u h a n B e l i a J a y a Peringkat Negeri Selangor Tahun 2006. � Anugerah Projek Kelompok Jaya HPPN Peringkat Negeri Selangor Tahun 2005. � Anugerah Projek Terbaik Sempena Hari K u a l i t i L P P P e r i n g k a t N e g e r i d a n Kebangsaan Tahun 2006.

S e m e n t a r a i t u , a t a s k e p i m p i n a n y a n g ditunjukan oleh Encik Painan bin Mat dan penglibatan dalam bidang pertanian, anaknya Encik Zulkarnain bin Painan telah menerima Anugerah Peladang Muda Jaya Peringkat Negeri Selangor Tahun 2001 dan 2005.

K e c e m e r l a n g a n y a n g d i c a p a i o l e h U n i t P e l a d a n g K a m p u n g Ta n j u n g S e pa t t e l a h menjadikan unit ini sebagai unit peladang contoh di negeri Selangor kerana selain dapat m e m b a n g u n k a n u n i t i a j u g a b e r j a y a mengubah taraf hidup masyarakat kampung di m a n a e k o n o m i k e s e m u a a h l i m e n c a p a i sasaran yang membanggakan.

Referensi

Dokumen terkait

Penelitian ini bermaksud untuk mendapatkan unjuk kerja kincir angin Savonius poros vertikal dengan 4 sudu 2 tingkat dari penelitian sebelumnya dengan variasi besar sudut

Masalah dalam penelitian ini adalah self management dalam belajar siswa yang rendah, hal ini dapat berdampak pada siswa tidak bisa dengan bijak mengelola sikap

Berdasarkan hasil penelitian yang dilakukan dan analisa data terkait kestabilan lereng maka dapat disimpulkan Design Mudpocket dapat diterapkan untuk proses pembuangan material

De+a&temen 'esehatan RI. Farmakope Indonesia

Berdasarkan pengamatan pada gigi yang tersisa tersebut dapat diketahui bahwa individu Leran 16 telah mengalami keausan sampai di bagian dentin yang cukup intensif, sehingga

Sig (2-tailed) < 0,05 yaitu 0,007 bahwa Ha diterima dan Ho ditolak, sehingga dapat disimpulkan bahwa adanya perbedaan dalam pemberian penyuluhan mengggunakan media power

Pembahasan univariat berdasarkan penurunan skala nyeri pada tabel 4 skala nyeri sebelum dilakukan terapi diketahui dari responden total berjumlah 17 orang dengan