• Tidak ada hasil yang ditemukan

2. YBrs. Dr Shaari Ngadiman, Timbalan Pengarah Kawalan Penyakit dan Ketua Sektor HIV/STI, KKM merangkap Presiden EPIMas Malaysia.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "2. YBrs. Dr Shaari Ngadiman, Timbalan Pengarah Kawalan Penyakit dan Ketua Sektor HIV/STI, KKM merangkap Presiden EPIMas Malaysia."

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

1 DRAF TEKS UCAPAN PERASMIAN

YB. DATUK SERI DR HAJI HILMI BIN HAJI YAHYA TIMBALAN MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

PERSIDANGAN AIDS PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-3 11 OKTOBER 2014

Tuan Pengerusi Majlis,

1. YH. Dato‟ Dr Norhizan Bin Ismail Pengarah Kesihatan Negeri Pahang

2. YBrs. Dr Shaari Ngadiman,

Timbalan Pengarah Kawalan Penyakit dan Ketua Sektor HIV/STI, KKM merangkap Presiden EPIMas Malaysia.

3. Mr Steve Krauss,

Regional Director, UNAIDS Asia Pacific, Based in Bangkok.

4. YBrs Dr Maheran Mustaffa

Presiden Persatuan Perubatan HIV Malaysia

5. YBhg. Datuk Dr Raj Karim Presiden Majlis AIDS Malaysia

6. Dr Chow Ting Soo

Pengerusi Persidangan AIDS Kebangsaan ke 3

7. International guests and speakers : Dr. Fonny J Silfanus, Ms. Shirley Mark Prabhu and Dr Devashish Dutta

8. Ketua-ketua Jabatan, peserta-peserta persidangan, barisan urusetia,

9. YBhg. Tan Sri/ Dato‟-Dato‟ / Datin-Datin / Dif-dif Kehormat / tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian

(2)

2 Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Jawatankuasa Penganjur yang telah sudi menjemput saya hadir ke Persidangan AIDS Kebangsaan Kali Ke-3 ini. Saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Jawatankuasa Penganjur yang telah berjaya menganjurkan persidangan ini, walaupun ianya sepatutnya diadakan pada tahun lepas, namun usaha-usaha bagi menganjurkannya pada tahun ini di Kuantan ini, haruslah diberikan pujian. Saya berharap agar persidangan ini dapat memberikan manfaat kepada semua peserta persidangan dan sekali gus dapat memberikan impak kepada Negara dalam usaha untuk membanteras HIV dan AIDS.

Di kesempatan ini juga, saya juga ingin mengalu-alukan kedatangan pembentang-pembentang dari luar Negara seperti Mr. Steve Krauss, Regional Director of UNAIDS based in Bangkok, „Welcome to Malaysia and nice

meeting you again since the last meeting in Melaka in 2013, Dr. Fonny J

Silfanus, Ms. Shirley Mark Prabhu and Dr Devashish Dutta, serta tak lupa barisan penceramah dari dalam negara yang saya pasti akan berkongsi pengalaman masing-masing. Sebagai contoh, implementasi Bandaraya Menuju Sifar (City Getting Zero) di mana ianya adalah yang pertama dilancarkan di rantau ini dan saya difahamkan, program ini sedang dilaksanakan ke Kuantan, Kota Kinabalu, Kuching dan Seremban pada tahun ini. Juga kepada pakar-pakar perubatan dan Kesihatan serta sukarelawan-sukarelawan NGO kita yang berkongsi pengalaman untuk sama-sama membanteras HIV dan AIDS di bumi Malaysia yang tercinta ini. Sesungguhnya kehadiran para hadirin ke majlis ini sangat dihargai dan sungguh bermakna dalam usaha bersama bagi menjayakan Majlis Perasmian Persidangan AIDS Kebangsaan Kali Ke - 3 ini.

YB/ YBhg. Tan Sri/ Dato’-Dato’ / Datin-Datin / Dif-dif Kehormat / Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian.

(3)

3 Persidangan AIDS Kebangsaan ke 3 pada kali ini yang dianjurkan secara bersama antara Persatuan Perubatan HIV Malaysia – MASHM, EPIMas Malaysia dan Majlis AIDS Malaysia dengan sokongan Kementerian Kesihatan Malaysia serta dibantu oleh agensi-agensi swasta serta badan antarabangsa seperti UNAIDS, UNICEF bertemakan : “Getting To Zero: More Need To Be

Done”, amat bertepatan dengan komitmen global pada 2011 iaitu “Getting to Zero: Zero New HIV Infection, Zero Discrimination and Zero AIDS-Related Death”. Ini sejajar dengan Matlamat Pembangunan Milenium (MDG) iaitu “to have halted the new HIV infection by 2015 and begun to reverse the spread of

HIV/AIDS”. Komitmen ini mensasarkan penurunan jangkitan HIV baru,

penurunan stigma serta diskriminasi dan penurunan kematian berkaitan AIDS. Di peringkat ASEAN, kita merealisasikan komitmen ini melalui “ASEAN Declaration

of Commitment 2011” yang juga menyentuh “Getting to Zero dan inisiatif kepada

Cities Getting to Zero Project”.

Malaysia komited dengan “ASEAN Declaration of Commitment 2011” dan “Cities

Getting to Zero Project” sejajar dengan usaha negara bagi memastikan mereka

yang dijangkiti mendapat rawatan dengan sempurna meliputi rawatan Antiretroviral (ARV), kaunseling, penjagaan dan juga sokongan yang akhirnya dapat mengurangkan kematian akibat AIDS.

Sehubungan dengan itu, Malaysia ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada ATFOA Indonesia kerana telah menjadi pencetus kepada Projek “Cities Getting

to Zero”. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada UNAIDS

terutamanya Mr Steve Krauss atas sokongan teknikal yang diberikan kepada Malaysia bagi memulakan “City Getting to Zero HIV/AIDS Project” dan tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada Melaka Bandaraya Bersejarah kerana telah merintis dan menjayakan projek ini.

(4)

4 YB/ YBhg. Tan Sri/ Dato’-Dato’ / Datin-Datin / Dif-dif Kehormat / tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.

Di Malaysia, sehingga akhir tahun 2013, secara kumulatif, terdapat seramai 101,672 kes jangkitan HIV telah dilaporkan semenjak kes pertama dilaporkan pada tahun 1986. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 20,235 adalah pesakit AIDS, dan 16,340 kes kematian berkaitan HIV dan AIDS. Kejadian kes HIV baru yang tertinggi dilaporkan berlaku pada tahun 2002 iaitu sebanyak 6,978 kes dengan kadar 28.5 notifikasi kes HIV baru bagi setiap 100,000 penduduk. Kerajaan telah komited di dalam mencapai Matlamat Pembangunan Melinium (MDG) dengan menetapkan sasaran untuk mengurangkan kadar notifikasi kes-kes baru HIV ini dari 21.7 bagi setiap 100,000 penduduk pada tahun 2000 kepada 11.0 bagi setiap 100,000 penduduk menjelang tahun 2015. Dengan langkah-langkah pencegahan yang telah dan sedang dilaksanakan secara menyeluruh, mulai tahun 2003 bilangan kes baru HIV yang dikesan telah mula menurun kepada 6,756 kes. Penurunan ini berlaku secara tetap dan pada tahun 2013, bilangan kes HIV baru adalah sebanyak 3,393 pesakit dengan kadar notifikasi sebanyak 11.4 bagi setiap 100,000 penduduk. Bagi enam bulan pertama tahun 2014 ini pula, seramai 1,676 kes baru HIV telah dilapurkan dan dianggarkan kejadian kes baru HIV adalah pada 11.1/100,000 penduduk. Berdasarkan fakta ini sasaran MDG mungkin akan dapat dicapai pada tahun 2015 ini nanti.

Tren penurunan ini menggambarkan usaha pelbagai pihak sama ada daripada kerajaan, bukan kerajaan dan individu selama ini telah pun membuahkan hasil yang boleh dibanggakan. Walau bagaimanapun, usaha ini perlu diterus dan dipertingkatkan lagi kerana sekiranya kita leka dengan kejayaan ini maka adalah tidak mustahil jangkitan ini akan meningkat semula.

(5)

5 YB/ YBhg. Tan Sri/ Dato’-Dato’ / Datin-Datin / Dif-dif Kehormat / tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.

Sebagai sebuah negara yang amat menitik beratkan pembangunan modal insan, adalah menjadi hasrat kerajaan untuk memastikan jangkitan HIV dan kematian berkaitan AIDS dapat dikurangkan, supaya setiap masyarakat dapat menyumbang kepada pembangunan negara. Sebagaimana sedia maklum, rawatan ARV dapat membantu memanjangkan jangka hayat PLHIV dan sekaligus membantu mereka meningkatkan kualiti kehidupan. Malaysia telah melaksanakan pemberian ARV bermula tahun 2001 dan sehingga Jun tahun ini, sebanyak 23,005 PLHIV (61.7%) telah dan sedang menerima rawatan dari anggaran mereka yang sepatutnya layak menerima rawatan berkenaan. Jumlah ini dilihat telah meningkat sebanyak 15.1% berbanding pencapaian pada tahun lalu. Kementerian Kesihatan amat berharap agar sekurang-kurangnya 80 ke 100% PLHIV yang layak akan menerima rawatan ini menjelang 2015. Di samping pemberian rawatan ARV yang dapat mengurangkan kadar kematian berkaitan AIDS, kerajaan juga telah mengambil beberapa langkah wajar dengan memberikan rawatan profilaksis bagi mencegah jangkitan sampingan lain seperti penyakit Tibi, PCP dan lain-lain.

Melalui rawatan ARV dan juga rawatan profilaksis ini, kita dapat lihat penurunan kes kematian berkaitan AIDS sejak lima tahun kebelakangan ini Kita menjangkakan jumlah kematian berkaitan penyakit ini akan terus berkurangan dengan perluasan kemudah-capaian untuk rawatan yang sedang kita laksanakan ini.

YB/ YBhg. Tan Sri/ Dato’-Dato’ / Datin-Datin / Dif-dif Kehormat / tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.

(6)

6 Kerajaan sentiasa melakukan yang terbaik dalam memastikan rakyat dapat hidup dalam keadaan yang selesa, selaras dengan janji kerajaan “Rakyat Diutamakan”. Kementerian Kesihatan begitu komited dalam membanteras penularan jangkitan HIV/AIDS dan juga memastikan sifar kematian berkaitan AIDS dapat dicapai. Berpegang kepada konsep “Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati”, kerajaan pada tahun 1985 telah memulakan program saringan HIV bagi mengesal awal jangkitan HIV dan seterusnya dapat memberi penjagaan, rawatan awal seterusnya mencegah kematian berkaitan AIDS kepada mereka yang dijangkiti. Sehingga 2012 sebanyak 2,861 klinik kesihatan dan klinik komuniti serta 140 buah hospital kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan bagi mereka yang ingin mengetahui tentang HIV dan AIDS serta pemberian kemudahan saringan HIV secara percuma. Justeru itu, saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk menggunakan kemudahan ini bagi mengetahui status kesihatan anda dan seterusnya mengambil langkah-langkah pencegahan yang telah disediakan oleh pelbagai pihak di dalam usaha untuk bersama-sama mengawal penularan jangkitan HIV di negara kita.

YB/ YBhg. Tan Sri/ Dato’-Dato’ / Datin-Datin / Dif-dif Kehormat / tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.

Pada tahun 2014 ini, semasa Persidangan AIDS Antarabangsa di Melbourne lalu, pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah melancarkan Garispanduan Baru WHO 2014. Terdapat beberapa perkara yang Malaysia telah laksanakan dan terdapat juga cadangan inisiatif baru yang boleh diteliti oleh Malaysia. Di kesempatan ini saya meminta agar semua agensi kerajaan dan bukan kerajaan meneliti dan mengunapakai Garispanduan baru WHO 2014 mengikut kesesuaian. Saya juga menyeru kepada semua agar mencapai kesefahaman

(7)

7 dalam bekerja sama ada antara government, inter-government, NGO dan

International partnership seperti WHO, UNAIDS, UNICEF dan lain-lain.

Semasa Persidangan Agung ke 69 lalu di New York, terdapat „side-meeting‟ bertajuk „Fast track: Ending AIDS Epidemic by 2030‟. Di antara perkara yang saya rasa menarik untuk diberi perhatian adalah tentang kemungkinan untuk dunia menanganu HIV dan AIDS dengan sepenuhnya dan sekiranya kesepakatan dan kesungguhan ini dilaksanakan dengan baik dan agresif, adalah tidak mustahil untuk kita mengakhiri AIDS menjelang tahun 2030. Saya selaku Pengerusi CCM Malaysia meminta agar kita memperhalusi „fast track targets‟ 90-90-90 iaitu 90% mereka yang dijangkita HIV mengetahui status mereka, 90% mereka yang mengetahui status mereka boleh akses kepada rawatan dan 90% yang mendapat rawatan mendapat supresi virus yang secukupnya iaitu transilasi dari 90% of people living with HIV knowing their status, 90% of people who

know their status having access to HIV treatment and 90% pf people on HIV treatment achieving viral suppression.

Saya berharap, pengetahuan yang diperolehi ini dimanfaatkan secara maksimum dalam membantu Negara menbanteras HIV dan akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada Jawatan Kuasa Penganjur yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis ini. Ucapan ribuan terima kasih juga kepada semua badan-badan bukan kerajaan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua warga kerja Kementerian Kesihatan Malaysia, terutamanya warga Jabatan Kesihatan Negeri Pahang dan juga warga kesihatan di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam menjayakan Majlis Perasmian Persidangan AIDS Kebangsaan ini.

(8)

8 Harapan saya agar majlis ini menjadi kesinambungan kepada majlis-majlis sebelumnya dalam mencapai sasaran negara untuk bebas daripada wabak HIV/AIDS. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya merasmikan Persidangan AIDS Kebangsaan kali ke tiga ini.

Sekian terima kasih,

Kementerian Kesihatan Malaysia 11 Oktober 2014

Referensi

Dokumen terkait

Menimbang bahwa terhadap eksepsi Termohon a quo, Mahkamah mempertimbangkan bahwa berkenaan dengan eksepsi perbaikan permohonan Termohon melewati tenggat waktu,

Besaran dan satuan Mekanik merupakan materi praktikum fisika dasar I di LFD UNSRI. Tujuan dari Praktikum Besaran dan Mekanik ini adalah mahasiswa akan dapat memahami

Dengan perolehan nilai rata-rata tersebut yang sangat baik maka dapat dikatakan bahwa dari pengelolaan pembelajaran yang baik maka akan mempengaruhi hasil belajar kognitif siswa

Perangkat kegiatan perencanaan Bantuan Operasional Kesehatan (BOK) yang mempunyai daya ungkit terhadap program Kesehatan Ibu dan Anak (KIA) terutama

Meski telah dijelaskan bahwa melakukan modifikasi kendaraan bermotor berarti telah melakukan penipuan ataupun telah terlibat dalam penadahan barang hasil kejahatan namun

penderita bicara non-fluent atau tidak lancar, tetapi juga disertai kemampuan memahami bahasa yang buruk, sementara kemampuan mengulang atau repetisi tetap baik..

Metode yang paling biasa dilakukan untuk menentukan kondisi tanah bawah permukaan dan pengambilan data tanah adalah dengan melakukan penyondiran pada titik-titik yang