• Tidak ada hasil yang ditemukan

[ISLAMIC VALUES FOR PROJECT MANAGEMENT ACTORS IN THE CONSTRUCTION INDUSTRY: A PRELIMINARY STUDY]

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "[ISLAMIC VALUES FOR PROJECT MANAGEMENT ACTORS IN THE CONSTRUCTION INDUSTRY: A PRELIMINARY STUDY]"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

MALAYSIAN JOURNAL FOR ISLAMIC STUDIES,5(1): 14-26

https://journal.unisza.edu.my/mjis

[ISLAMIC VALUES FOR PROJECT MANAGEMENT ACTORS IN THE CONSTRUCTION INDUSTRY: A PRELIMINARY STUDY]

NILAI-NILAI ISLAM UNTUK PELAKU PENGURUSAN PROJEK DI INDUSTRI PEMBINAAN: SUATU TINJAUN AWAL

1 MUSMULIADI KAMARUDING 1SITI HAMIDAH ABDULL RAHMAN 1SYAHRUN NEIZAM MOHD DZULKIFLI

2ROSNI ABDUL RANI @ IBRAHIM

1 Pengajian Kejuruteraan Awam, Kolej Pengajian Kejuruteraan Universiti Teknologi MARA, 40450, Shah Alam, Selangor, Malaysia

2Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, DRB-HICOM University of Automotive Malaysia, 26607, Pekan, Pahang, Malaysia

*Corresponding Author: [email protected] Received Date: 10 April 2021 • Accepted Date: 8 June 2021

Abstract

The construction industry is now labeled as a high-risk corruption industry. Corruption can occur either at the stage before the start of the construction project, or even while the project is still in the construction phase. One of the factors that have been identified as the cause of corruption in the construction industry is the lack of emphasis on value aspects among the construction project actors. Therefore, this study was conducted with two objectives. First, to identify the Islamic values that need to be applied by actors involved in construction project management. Second, to analyze the effects of the application of Islamic values on construction project management actors in the construction industry. To achieve the objectives of the study, this study uses a qualitative research approach through document review methods and content analysis methods with the help of ATLAS ti software. 8. As a result, this study identifies five Islamic values that need to be applied by all project management actors in the construction industry. Among them are the value of trust, the value of justice, the value of kindness, the value of shura ', and the value of team spirit. Among the effects of the application of these values and their impact on the country is that a person's life will be more blessed, increase determination to work, fear of fraud or malpractice and thus it can increase honesty in work and reduce corruption from occurring.

Keywords: Islamic values, corruption, project management actors, construction industry.

e-ISSN:2550-2042 http://dx.doi.org/

(2)

Abstrak

Industri pembinaan kini dilabelkan sebagai industri yang berisiko tinggi berlakunya rasuah. Rasuah boleh berlaku sama ada di peringkat sebelum bermulanya projek pembinaan, atau pun semasa projek masih dalam fasa pembinaan. Salah satu faktor yang telah dikenal pasti menjadi punca berlakunya rasuah di industri pembinaan ialah faktor tiadanya penekanan aspek nilai dalam kalangan pelaku yang terlibat dalam pengurusan projek pembinaan. Oleh itu, kajian ini dilakukan dengan dua objektif. Pertama, mengenal pasti nilai-nilai Islam yang perlu diterapkan oleh pelaku yang terlibat dalam pengurusan projek di industri pembinaan. Kedua, menganalisis kesan-kesan penerapan nilai-nilai Islam terhadap pelaku pengurusan projek di industri pembinaan. Untuk mencapai objektif-objektif kajian tersebut, kajian ini menggunakan pendekatan kajian kualitatif melalui kaedah kajian dokumen dan kaedah analisis kandungan dengan bantuan perisian ATLAS ti. 8. Hasilnya, kajian ini mengenal pasti lima nilai Islam yang perlu diterapkan oleh semua pelaku pengurusan projek di industri pembinaan. Antaranya ialah nilai amanah, nilai keadilan, nilai ihsan, nilai syura’, dan nilai semangat berpasukan. Antara kesan penerapan nilai-nilai tersebut dan impaknya kepada negara ialah kehidupan seseorang itu akan menjadi lebih berkat, meningkatkan kesungguhan untuk bekerja, takut melakukan penipuan atau penyelewengan dan sekali gus ia dapat meninggkatkan kejujuran dalam bekerja serta dapatkan mengurangkan perbuatan rasuah daripada berlaku.

Kata Kunci: Nilai-nilai Islam, rasuah, pelaku pengurusan projek, industri pembinaan

PENGENALAN

Industri pembinaan merupakan sebuah industri yang memainkan peranan penting untuk pembangunan ekonomi sesebuah negara (Mohd Shokory & Mohd Suradi, 2020). Malah, ia juga menjadi faktor kepada kemajuan atau kelangsungan pelbagai industri lain seperti industri pelancongan, industri perhotelan dan industri pendidikan (Anaman et al., 2016). Di Malaysia misalnya, industri pembinaan dikatakan menyumbang kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) dalam lingkungan 3-6 peratus setiap tahun (UKEssays, 2018). Tambahan lagi, ia juga telah membangunkan pelbagai jenis bangunan seperti bangunan kediaman, sekolah-sekolah, hotel-hotel, universiti dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, malangnya ialah industri pembinaan kini telah dicemarkan dengan fenomena rasuah yang semakin membimbangkan dalam kalangan pelakunya. Pelakunya di sini merujuk mana-mana pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam pengurusan projek di industri pembinaan. Contohnya, pengurus projek, jurutera, kontraktor, klien, pekerja bawahan, pembekal dan sebagainya. Fenomena rasuah ini bukan hanya berlaku di Malaysia sahaja, malah ia juga berlaku di negara-negara lain seperti Nigeria, Amerika Syarikat, China dan sebagainya (Anaman et al., 2016; Locatelli et al., 2017; Owusu et al., 2019). Malangnya lagi, industri pembinaan juga telah dilabelkan sebagai industri yang paling berisiko tinggi untuk berlakunya rasuah (SPRM), 2016).

Cite as: Musmuliadi Kamaruding, Siti Hamidah Abdull Rahman, Syahrun Neizam Mohd Dzulkifli & Rosni Abdul Rani @ Ibrahim. 2020. Nilai-nilai Islam untuk pelaku pengurusan projek di industri pembinaan: Suatu tinjaun awal. Malaysian Journal for Islamic Studies 5(1): 14-26.

(3)

Selain itu, rasuah di industri pembinaan juga telah dijadikan sebagai alat untuk memastikan organisasi perniagaan yang dijalankan sentiasa berkembang dan mempunyai daya saing (Yee & Ibrahim, 2018). Antara peluang seseorang itu untuk melakukan perbuatan rasuah di industri pembinaan adalah sama ada semasa di peringkat permulaan untuk mendapatkan projek, peringkat perancangan dan reka bentuk, peringkat penawaran dan pembinaan, atau pun semasa di peringkat penyelenggaraan (Le et al., 2014; Wells, 2015; Zou, 2006). Tambahan lagi, rasuah yang dilakukan itu mungkin ia berbentuk penipuan, pelanggaran tawaran, penyelewengan, sogokan, konflik kepentingan, dan pemerasan (Le et al., 2014).

Persoalannya, apakah faktor-faktor yang menyebabkan perbuatan rasuah itu berlaku di industri pembinaan? Kajian Yee dan Ibrahim (2018) telah mendapati bahawa antara faktor yang menyebabkan rasuah itu berlaku di industri pembinaan adalah disebabkan oleh faktor desakan untuk sentiasa bersaing, faktor peluang disebabkan kenalan rapat, faktor kelemahan undang-undang, faktor kawalan dalaman yang menganggap rasuah itu adalah perkara biasa, serta faktor budaya organisasi yang sering mengamalkan rasuah. Oleh hal yang demikian, perbuatan rasuah ini perlu ditangani sebelum ia semakin menjadi lebih parah dan menjejaskan industri pembinaan itu sendiri serta membantutkan pembangunan sosial yang lain.

Selain reformasi ke atas pentadbiran bagi mewujudkan undang-undang dan peraturan yang lebih ketat, penerapan atau pendedahan tentang nilai juga perlu dilakukan untuk membantu menangani atau mengurangkan isu rasuah di industri pembinaan (Owusu et al., 2019). Kajian ini juga berpandangan bahawa sememangnya penerapan dan pendedahan tentang nilai dalam kalangan pelaku pengurusan projek di industri perlu dilakukan. Hal ini kerana, melihat kepada faktor-faktor yang dinyatakan oleh Yee dan Ibrahim (2018), sebenarnya ia adalah berkait rapat dengan isu nilai. Jika pelaku menerapkan unsur nilai dalam diri mereka, sudah pasti mereka tidak akan terlibat dengan perbuatan rasuah. Oleh itu, kajian ini dilakukan dengan dua objektif utama. Pertama, mengenal pasti nilai-nilai Islam yang boleh dipraktikan atau diterapkan oleh pelaku yang terlibat dalam pengurusan projek di industri pembinaan. Kedua, menganalisis kesan-kesan penerapan nilai-nilai Islam kepada pelaku-pelakunya di industri pembinaan.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan pendekatan kajian kualitatif melalui kaedah kajian dokumen. Pendekatan ini adalah berasaskan kajian oleh penyelidik-peyelidik sebelum ini seperti Al-Zahraa Sami dan Rahim (2017); Hassan et al. (2017); Mokthar et al. (2018). Kesemua penyelidik ini telah menggunakan pendekatan kualitatif melalui kajian dokumen dengan bersumberkan dokumen-dokumen seperti al-Qur’an, hadith, artikel jurnal, surat khabar, buku-buku dan sebagainya. Sehubungan itu, data yang dikumpul dalam kajian ini adalah berdasarkan dokumen-dokumen seperti al-Qur’an dan hadith, artikel jurnal, surat khabar, buku-buku dan sebagainya seperti yang telah dilakukan oleh penyelidik-penyelidik tersebut. Dokumen-dokumen yang terpilih kesemuanya adalah bersesuaian dengan kajian yang dilakukan ini iaitu berkenaan dengan penerapan nilai-nilai Islam dalam pengurusan projek pembinaan bagi membantu menangani isu rasuah di industri pembinaan. Setelah itu, data dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan dengan bantuan perisian Atlas. ti versi 8. Semua dokumen yang berkaitan dimasukkan ke dalam perisian Atlas. ti versi 8 untuk dianalisis.

(4)

Penyelidik membuat kod-kod secara induktif dan deduktif dan seterusnya membentuk tema daripada kod-kod yang telah dihasilkan itu. Akhirnya, penyelidik melakukan perbincangan berasaskan tema-tema yang dibentuk untuk mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan sebelum ini.

HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Perbincangan dalam bahagian ini dibahagikan kepada dua tema iaitu nilai-nilai Islam yang perlu diterapkan oleh pelaku pengurusan projek di industri pembinaan dan kesan-kesan penerapan nilai-nilai Islam kepada pelaku pengurusan projek di industri pembinaan.

Nilai-Nilai Islam yang perlu diterapkan oleh Pelaku di Industri Pembinaan

Berdasarkan analisis yang dilakukan, terdapat lima nilai yang perlu diterapkan dalam diri pelaku yang terlibat dalam pengurusan projek di industri pembinaan. Antara nilai tersebut ialah nilai amanah, nilai adil, nilai ihsan, nilai syura’, dan nilai semangat berpasukan. Nilai-nilai ini adalah bersumberkan penyelidik-penyelidik terdahulu yang telah membincangkannya dari perspektif pembangunan manusia di sesebuah organisasi. Ia juga dilihat sesuai untuk dipraktikkan oleh pelaku pengurusan projek di industri pembinaan. Ringkasan tentang nilai-nilai Islam ini adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.

Jadual 1: Nilai-nilai Islam yang perlu diterapkan oleh Pelaku di Industri Pembinaan

Nilai-Nilai Islam Sumber

Amanah (Hassan et al., 2017; Idris et al., 2019; Muis et al., 2018; Nasution & Rafiki, 2019)

Keadilan

( Al-Zahraa Sami & Rahim, 2017; Hassan et al., 2017; Idris et al., 2019; Kamri, 2007; Mohamed Branine & Pollard, 2010; Nasution & Rafiki, 2019)

Ihsan

(Abdul Azmi Ghani, 2001; Al-Maududi, 1965; Al-Zahraa Sami & Rahim, 2017; Daud, 1994; Mohamed Branine & Pollard, 2010; Mokthar et al., 2018; Muis et al., 2018; YaPEIM, 2005)

Semangat Berpasukan

(Abdul Azmi Ghani, 2001; Daud, 1994; Idris et al., 2019; Kamri, 2007; Nasution & Rafiki, 2019; Rafiki & Wahab, 2014; Rasid Muhamad et al., 2008; YaPEIM, 2005)

Syura’ (Abdul Azmi Ghani, 2001; Daud, 1994; Hassan et al., 2017; Muis et al., 2018; Sulaiman, 1997; YaPEIM, 2005)

Perbincangan lanjut tentang nilai-nilai yang perlu diterapkan oleh pelaku yang terlibat dalam pengurusan projek di industri pembinaan adalah seperti berikut:

(5)

Nilai Amanah

Islam menganggap bahawa sesuatu pekerjaan yang diberikan kepada seseorang dalam sesebuah organisasi adalah sebagai satu amanah (Abu Sin, 1991). Pekerjaan yang diberikan itu bukanlah satu bentuk kemewahan atau keistimewaan diri. Sebaliknya ia adalah amanah yang akan dipersoalkan pada hari akhirat kelak. Ia selaras dengan firman Allah SWT:

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)” (Al-Anfal, 8:27).

Dan janganlah kamu menghampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya), sehingga ia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri); dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia), sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya. (Al-Isra’, 17:34).

Firman-firman Allah SWT ini jelas menunjukkan bahawa Allah SWT memerintahkan kepada hamba-Nya untuk sentiasa menjaga amanah yang diberikan kerana amanah tersebut akan dipersoalkan pada hari akhirat kelak. Untuk itu, YaPEIM (2005) menasihatkan agar amanah yang diberikan harus dilakukan dengan penuh rasa tanggungjawab. Justeru, pelaku di industri pembinaan yang terlibat dalam pengurusan projek perlulah menjaga amanah yang diberikan kepadanya. Mereka tidak boleh menggunakan amanah itu untuk melakukan penipuan, penyelewengan dan mengambil rasuah demi kepentingan peribadi. Hal ini kerana, amanah ini akan disoal pada hari akhirat kelak oleh Allah SWT.

Nilai Keadilan

Nilai keadilan sangat penting dalam diri seseorang yang memegang jawatan sebagai seorang pengurus atau majikan di sesebuah organisasi. Nilai keadilan merujuk keseimbangan, pemberian hak kepada mereka yang berhak dan meletakkan sesuatu pada tempatnya (Alhabshi, 1989; Mohamed Branine & Pollard, 2010). Menurut Al-Mawardi (1996) pula, nilai keadilan itu bersangkut paut dengan perkara-perkara seperti percakapan yang benar, jujur dan amanah, menjauhi perkara haram dan dosa serta perkara-perkara yang syubhah (keraguan), sentiasa tenang dalam apa-apa keadaan sekalipun di samping sentiasa menjaga maruah. Kamri (2007)

(6)

pula mengatakan nilai keadilan merujuk kepada sikap tidak pilih kasih, tidak menyalahgunakan kuasa, sentiasa melakukan kerja dengan penuh bijaksana, dan bertimbang rasa terhadap seseorang serta tidak akan memberikan kemudaratan kepada orang lain. Dalam Islam, Allah SWT telah memerintahkan hamba-Nya yang beriman agar sentiasa menegakkan keadilan walau dalam keadaan mana-mana sekalipun. Firman Allah SWT:

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.”(Al-Ma’idah, 5:8).

Sehubungan dengan firman Allah SWT tersebut, semua pelaku pengurusan projek di industri pembinaan tidak kira memegang apa-apa jawatan sekalipun perlulah menerapkan nilai keadilan dalam diri mereka.

Nilai Ihsan

Pelaku dalam pengurusan projek di industri pembinaan juga perlu menerapkan nilai ihsan dalam diri mereka. Hal ini kerana, nilai ihsan akan membawa kepada seseorang untuk melakukan sesuatu perkara dengan betul, menunjukkan tingkah laku yang baik, sentiasa suka melakukan kebajikan, mempunyai sifat ikhlas, baik hati, belas kasihan dan perasaan simpati terhadap orang lain serta berperikemanusiaan (Al-Maududi, 1965; Mohamed Branine & Pollard, 2010). Untuk lebih memahami maksud ihsan, ia ada diterangkan dalam hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Dia bertanya lagi: Tolong terangkan juga kepadaku apa itu ihsan? Rasul menjawab: Ihsan ialah beribadah kepada Allah SWT seolah-olah engkau melihat-Nya, dan jika engkau tidak melihatnya, engkau yakin bahawa Allah SWT pasti melihatmu” (Riwayat Muslim, Hadith No. 8). Melalui hadis Rasulullah SAW tersebut, nilai ihsan itu membawa maksud bahawa Allah SWT akan sentiasa melihat dan mengetahui apa-apa yang dilakukan oleh manusia sama ada ia dilakukan secara sembunyi mahupun terang-terangan. Dengan kata lain, setiap tingkah laku seseorang akan sentiasa diperhatikan oleh Allah SWT (Daud, 1994). YaPEIM (2005) pula menyatakan bahawa nilai ihsan itu adalah berkaitan dengan kesedaran seseorang tentang pemerhatian Allah SWT terhadap gerak geri perlakuannya termasuk suara hati dan lintasan fikirannya sehingga tidak ada satu pun yang akan terselindung.

(7)

Nilai Semangat Berpasukan

Nilai semangat berpasukan adalah penting dalam apa jua bentuk organisasi pengurusan (Daud, 1994; YaPEIM, 2005) termasuklah organisasi yang terlibat dalam pengurusan projek di industri pembinaan. Dalam Islam, semangat berpasukan digambarkan sebagai sikap tolong-menolong sesama manusia. Dengan lebih jelas lagi, ia juga adalah sikap saling bantu-membantu, kasih-mengasihi dan hormat-menghormati, sentiasa melaksanakan tugas secara kolektif di samping sentiasa melakukan mesyuarat sesama ahli organisasi sebelum membuat apa-apa tindakan. Sikap ini sangat disarankan oleh Allah SWT berdasarkan firman-Nya:

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ingat halal membuat sesuka hati mengenai syiar-syiar agama Allah, dan mengenai bulan-bulan yang dihormati, dan mengenai binatang-binatang yang dihadiahkan (ke Makkah untuk korban), dan mengenai kalong-kalong binatang hadiah itu, dan mengenai orang-orang yang menuju ke Baitullah Al-Haraam, yang bertujuan mencari limpah kurnia dari Tuhan mereka (dengan jalan perniagaan) dan mencari keredaanNya (dengan mengerjakan ibadat Haji di Tanah Suci); dan apabila kamu telah selesai dari ihram maka bolehlah kamu berburu. Dan jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaum kerana mereka pernah menghalangi kamu dari masjid Al-Haraam itu - mendorong kamu menceroboh. Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).” (Al-Ma’idah, 5:2).

Firman Allah SWT ini menunjukkan saranan daripada Allah SWT kepada hamba-Nya agar sentiasa tolong-menolong dalam melakukan amal kebajikan dan ketaqwaan. Pada masa yang sama juga, Allah SWT telah melarang hamba-Nya untuk bertolong-tolongan dalam melakukan kemaksiatan dan sebarang pencerobohan (Daud, 1994; Kamri, 2007 & Rasid Muhamad et al., 2008). Justeru, semua pelaku yang terlibat dalam pengurusan projek di industri pembinaan seharusnya bersama-sama mencegah perbuatan rasuah atau apa-apa perbuatan yang negatif kepada diri dan organisasi. Mereka hendaklah sentiasa bantu-membantu di antara satu

(8)

sama lain yang membawa kepada kebaikan diri sendiri dan juga organisasi bukannya yang membawa kemudaratan kepada orang atau organisasi lain.

Nilai Syura’

Dalam Islam, Allah SWT memerintahkan kepada semua umat Islam agar melaksanakan syura’ sebelum melakukan sesuatu perkara khususnya dalam hal-hal pengurusan sebagaimana yang telah dinyatakan dalam beberapa firman Allah SWT:

Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya (Ali-Imraan, 3:159)

“Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya;” (Al-Shuraa’, 42:38).

Melalui firman-firman Allah SWT tersebut, dapat dilihat secara jelas bahawa Allah SWT telah memerintahkan umat Islam untuk sentiasa melakukan syura dalam apa-apa urusan sekalipun. Melalui itu juga, dapat disimpulkan bahawa nilai syura ini merujuk nilai yang menggalakkan perundingan, perbincangan dan permesyuaratan dijalankan terlebih dahulu dalam sesebuah organisasi sebelum membuat apa-apa keputusan (Daud, 1994). Selain itu, nilai syura juga adalah merujuk nilai saling percaya-mempercayai, kesepakatan, kebebasan bersuara

(9)

serta kerjasama dalam kalangan ahli di sesebuah organisasi untuk menghasilkan sesuatu keputusan melalui permesyuaratan (Sulaiman, 1997; YaPEIM, 2005. Oleh itu, pelaku-pelaku dalam pengurusan projek di industri pembinaan perlu menerapkan nilai syura ini dalam organisasi masing-masing bagi menghasilkan sesuatu yang lebih baik di samping dapat mengelakkan perkara negatif berlaku.

Penerapan Nilai-nilai Islam dan Impaknya kepada Pelaku di Industri Pembinaan

Apabila nilai-nilai Islam diterapkan dalam diri pelaku yang terlibat dalam pengurusan projek di industri pembinaan, pelbagai kesan positif yang akan wujud. Antaranya ialah pelaku pengurusan projek tersebut akan lebih dekat lagi dengan Allah SWT di samping timbulnya perasaan takut dalam diri untuk melakukan perbuatan negatif termasuklah rasuah. Hal ini kerana, melalui nilai ihsan misalnya, apabila mereka memahami maksud sebenar nilai ihsan tersebut, mereka akan sentiasa yakin bahawa perbuatan mereka akan selalu diperhatikan oleh Allah SWT. Kefahaman ini sekali gus dapat mengawal gerak hati, tutur kata dan tindak tanduk pelaku pengurusan projek di industri pembinaan agar tidak melanggar perintah Allah SWT. Dengan kata yang lain, mereka tidak akan berani melakukan perbuatan rasuah mahupun penyelewengan (Daud, 1994; YaPEIM, 2005; Kamri, 2007).

Selain itu, penerapan nilai amanah misalnya juga dapat mewujudkan sikap positif dalam kalangan warga organisasi di industri pembinaan, di samping dapat melahirkan warganya yang setia dan komited terhadap tugas yang diberikan (Rasid Muhamad et al., 2008). Selain itu, melalui nilai amanah juga ia dapat mendidik akidah dan dapat memelihara jiwa para pelaku yang terlibat dalam pengurusan projek pembinaan agar sentiasa takut kepada Allah SWT dalam apa-apa sahaja keadaan dan pekerjaan yang dilakukan (Abu Sin, 1991). Hal ini bertitik tolak daripada kefahaman bahawa amanah yang diberikan untuk mengurus projek di industri pembinaan akan ditanya oleh Allah SWT pada hari akhirat kelak.

Seterusnya, penerapan nilai-nilai Islam juga dapat melahirkan keharmonian dan kemesraan semasa melaksanakan tugasan yang diberikan. Ia juga sekali gus dapat meningkatkan hasil dan mutu kerja untuk industri pembinaan. Hal ini dapat dicapai melalui penerapan nilai semangat berpasukan iaitu para pelaku di industri pembinaan akan sentiasa bekerjasama dan tolong-menolong dalam melaksanakan tugasan. Pada masa yang sama, perbuatan negatif seperti rasuah dan penyelewengan juga dapat di atasi melalui nilai semangat berpasukan ini kerana semua pelaku akan sentiasa ingat-memperingati agar tidak melakukan perbuatan negatif semasa melaksanakan tugasan yang diberikan (Daud, 1994).

Tambahan lagi, kezaliman dalam organisasi dan seterusnya dapat mewujudkan budaya dan persekitaran kerja juga dapat dicapai apabila adanya penerapan nilai Islam dalam diri pelaku pengurusan projek di industri pembinaan. Hal ini terhasil melalui penerapan nilai keadilan (Rasid Muhamad et al., 2008). Contohnya, semasa pemilihan pekerja atau kontraktor untuk menyertai pengurusan projek pembinaan. Isu rasuah atau penyelewengan dapat diatasi apabila adanya nilai keadilan diterapkan iaitu pemilihan dilakukan bukan atas dasar kenalan tetapi adalah berdasarkan kelayakan yang sebetul-betulnya.

Kesan lain dengan adanya penerapan nilai Islam seperti nilai syura’ dalam diri kalangan pelaku pengurusan projek di industri pembinaan juga dapat mengukuhkan hubungan ukhwah sesama pelaku dalam organisasi dan dapat memantapkan pemikiran dan kefahaman secara

(10)

bersama; dapat menghasilkan keputusan yang lebih baik dan mantap kerana ia melibatkan ramai orang yang memberi pandangan yang dijalankan secara matang dan mendalam; dapat mengelakkan sebarang kekeliruan dan kesalahfahaman dalam organisasi; dapat mengelakkan kesalahan yang besar dalam membuat keputusan; dapat meningkatkan komitmen pekerja kerana keputusan yang dibuat dalam organisasi dibuat secara bersama; dan dapat menjadi wadah untuk memanfaatkan mereka yang berilmu, berpengalaman dan berkemahiran dalam membuat sebarang keputusan (Abu Sin, 1991; Abdul Azmi Ghani, 2001; Rasid Muhamad et al.,2008).

Akhirnya, perkara yang lebih penting adalah, kehidupan semua pelaku dalam pengurusan projek di industri pembinaan akan menjadi lebih berkat dengan adanya penerapan nilai-nilai Islam. Hal ini kerana, penghayatan nilai-nilai Islam tersebut akan secara langsung memimpin mereka untuk melakukan kerja yang diberikan dengan bersungguh-sungguh, ikhlas dan sentiasa takut melakukan sebarang penipuan mahupun penyelewengan (Mohd Syahmir et al., 2019). Secara ringkasnya, kesan-kesan penerapan nilai-nilai Islam dalam kalangan pelaku pengurusan projek di industri pembinaan digambarkan seperti dalam Rajah 1.

Rajah 1 Kesan Penerapan Nilai Islam kepada Pelaku di Industri Pembinaan

KESIMPULAN

Berdasarkan kepada perbincangan yang telah dilakukan, ia jelas menunjukkan bahawa penerapan nilai-nilai Islam sangat perlu dalam kalangan pelaku yang terlibat menguruskan projek di industri pembinaan. Hal ini kerana banyak kebaikan yang diperoleh oleh pelakunya dan juga akan memberi manfaat kepada industri pembinaan. Penghayatan nilai-nilai Islam seperti nilai ihsan sangat perlu kerana ia akan membimbing pelaku untuk sentiasa takut melakukan perkara negatif kerana Allah SWT sentiasa melihat dan mengetahui gerak geri mereka. Begitu juga dengan nilai amanah, pelaku akan sentiasa menjaga amanah kerana mereka faham bahawa amanah yang dipikul itu akan dipersoalkan di akhirat kelak. Nilai-nilai lain

(11)

seperti nilai semangat berpasukan, nilai syura’ dan nilai keadilan membolehkan pelaku lebih menjadi tekun, bersungguh-sungguh dan bersemangat untuk melakukan tugasan yang diberikan serta membolehkan industri pembinaan menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih berkualiti. Penghayatan nilai-nilai Islam tersebut sebenarnya adalah elemen penting yang sangat ditekankan dalam konsep bekerja dari perspektif Islam. Semua umat Islam yang terlibat dalam pengurusan projek pembinaan disarankan untuk mempraktikkan nilai-nilai tersebut semasa melaksanakan tugasan yang diberikan. Justeru, diharapkan agar kajian ini dapat memberikan impak terhadap ilmu dalam pengurusan projek pembinaan dan sekali gus dapat membantu mengatasi atau mengurangkan masalah rasuah yang semakin berleluasa di industri pembinaan.

RUJUKAN

Abdul Azmi Ghani, I. (2001). Pengurusan Dari Perspektif Islam. Jurnal Syariah, 9(2), 85–102. Abu Sin, A. I. (1997). Pengurusan dalam Islam. (Terj. Abd Rashid Ngah & Jusoh Kadir). Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Alhabshi, S. O. (1989). Islam, ekonomi dan pengurusan. Shah Alam, Selangor: Penerbitan Hizbi.

Al-Mawardi, Abu Hasan Ali. (1996). Adab al-dunya wa-al-din, Beirut, Dar alFikr.

Al-Mawdudi, Abu Al-A’la. (1985). Cara hidup Islam. (Terj. Wan Salim Muhammad Nur). Shah Alam, Selangor: Dewan Pustaka Fajar Sdn Bhd.

Al-Zahraa Sami, F., & Rahim, A. A. (2017). Ethics and values in construction industry from Islamic perspective. Planning Malaysia, 15(1), 319–326. https://doi.org/10.21837/pmjournal.v15.i6. 248

Anaman, K. A., Amponsah, C. O., Anaman, K. A., & Osei-amponsah, C. (2016). Analysis of the causality links between the growth of the construction industry and the growth of the macro ‐ economy in Ghana Analysis of the causality links between the growth of the construction industry and the growth of the macro- economy in Ghana. Construction Management and Economics, 6193(July), 103–113.

Daud, M. (1994). Pengantar politik Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pusataka. Hassan, N., Salamon, H., & Rahman, H. A. (2017). Nilai dan Etika Pengurusan Islam dalam

Pembangunan Teknologi Hijau. Proceeding of International Conference of Empowering Islamic Civilization, 1(70), 154–161.

Idris, M., Wan Zakaria, W. F. A., Long, A. S., & Salleh, N. (2019). Kualiti Kerja dalam Organisasi: Tinjauan dari Perspektif Pengurusan Islam. International Journal of Islamic Thought, 15(1), 60–70. https://doi.org/10.24035/ijit.15.2019.006

Kamri, N. A’. (2007). Pelaksanaan kod etika Islam di institusi pembangunan berteraskan Islam: kajian kes di Lembaga Tabung Haji Malaysia. Tesis doktor falsafah yang tidak diterbitkan. Universiti Sains Malaysia.

Le, Y., Shan, M., Chan, A. P. C., & Hu, Y. (2014). Overview of Corruption Research in Construction. Journal of Management in Engineering, 30(4), 02514001. https://doi.org/10.1061/(asce)me.1943-5479.0000300

Locatelli, G., Mariani, G., Sainati, T., & Greco, M. (2017). Corruption in public projects and megap...n the room! _ Elsevier Enhanced Reader.pdf. International Journal of Project

(12)

Management, 35(2017), 252–268.

Mohamed Branine & Pollard, D. (2010). Human resource management with Islamic management principles: A dialectic for a reverse diffusion in management. Personnel

Review, 39 (6), pp.712-727. Diakses daripada http://dx.doi.org/

10.1108/00483481011075576

Mohd Shokory, S., & Mohd Suradi, N. R. (2020). Pengaruh Gaya Kepimpinan Pengurus Projek ke atas Prestasi Kerja Ahli-Ahli Pasukan Projek dalam Industri. Management Research Journal, 9(1), 1–16.

Mohd Syahmir, A., Mohammad Zulfakhairi, M., Abang Mohd Rzif, A. M., & Musmuliadi, K. (2019). Konsepsi Niat Menurut Ghazali : Implikasinya dalam Penyelidikan Al-Ghazali ’ s Conception of Intention : Its Implications in Research. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah, 432–442.

Mokthar, M. Z., Alias, M. S., Kamaruding, M., & Abang Muis, A. M. R. (2018). Impak Niat Terhadap Pekerja di Institusi Islam dari Perspektif Tasawur Islam. Sains Insani, 3(1), 92–97. https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol3no1.29

Muis, A. M. R. A., Alias, M. S., Kamaruding, M., & Mokthar, M. Z. (2018). Islamic Perspective on Human Development Management: A Philosophical Approach. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 8(4), 543–552. https://doi.org/10.6007/ijarbss/v8-i4/4031

Nasution, F. N., & Rafiki, A. (2019). Islamic work ethics, organizational commitment and job satisfaction of Islamic banks in Indonesia. RAUSP Management Journal, 55(2), 195– 205. https://doi.org/10.1108/RAUSP-01-2019-0011

Nordin, R. M., Takim, R., & Nawawi, A. H. (2011). Critical factors contributing to corruption in construction industry. ISBEIA 2011 - 2011 IEEE Symposium on Business,

Engineering and Industrial Applications, August 2016, 330–333.

https://doi.org/10.1109/ISBEIA.2011.6088831

Owusu, E. K., Chan, A. P. C., & Shan, M. (2019). Causal Factors of Corruption in Construction Project Management: An Overview. Science and Engineering Ethics, 25(1). https://doi.org/10.1007/s11948-017-0002-4

Rafiki, A., & Wahab, K. A. (2014). Islamic values and principles in the organization: A review of literature. Asian Social Science, 10(9), 1–7. https://doi.org/10.5539/ass.v10n9p1 Rasid Muhamad, Mohd Yadman Sarwan & S.Salahudin Suyurno. (2008). Pengurusan Islam:

Teori dan praktis. Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), UITM.

Sulaiman, S. TM. (1997). Pengurusan Islam dan pembangunan manusia. Selangor: Thinker’s Library Sdn. Bhd.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. (2016). Industri pembinaan dan latar belakang. Retrieved from http://www.sprm.gov.my/index.php/ace/sudut-ilmu/industri/pembinaan/ industri-latar-belakang

UKEssays. (November 2018). Malaysian Construction Industry Sector Economics Essay. Retrieved from https://www.ukessays.com/essays/economics/malaysian-construction-industry-sector-economics-essay.php?vref=1

Wells, J. (2015). Corruption in the construction of public infrastructure: Critical issues in project preparation. In U4 Anti-Corruption Resource Centre: Vol. March (Issue 8).

(13)

YaPEIM, P. A. (2005). Pengurusan dalam Islam menghayati prinsip dan nilai qurani. Kuala Lumpur: Akademi Pengurusan YaPEIM.

Yee, T. M & Ibrahim, M. Z. (2018). Rasuah Sebagai Strategi Persaingan: Kajian Kes Ke Atas Kontraktor Pembinaan, Dlm Siri Penyelidikan Pencegahan Rasuah: Rasuah, Siasatan dan Kawalan. Penerbit: Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA)

Zou, P. X. W. (2006). Strategies for minimizing corruption in the construction industry in China. Journal of Construction in Developing Countries, 11(2), 15–29.

Referensi

Dokumen terkait

[r]

[r]

Puji syukur dan terima kasih kepada Allah SWT, atas berkat dan anugerah-Nya penulis dapat menyelesaikan skripsi dengan judul Hubungan Paparan Karbon Monoksida

Deskripsi data evaluasi hasil belajar pada e-learning untuk pembelajaran terhadap guru dan siswa SMK bidang kealiah TIK di Kota Malang. Berdasarkan hasil penelitian yang

 Perbincangan melalui syarikat kawalan en Adillah dengan pembekal produk seperti pembekal produk khairat, set jenazah, pakej darul jenazah, wakaf dan penulisan wasiat dalam

Panitia ini yang kemudian Merumuskan lagi Pancasila pada tanggal 22 Juni 1945 yang kemudian dikenal sebagai Piagam Jakarta, sebagai berikut: (a) Ketuhanan dengan

Dari penelitian yang dilakukan ditemukan hal-hal sebagai berikut: (1) SMP Muhammadiyah 3 Yogyakarta telah menanamkan dan menerapkan nilai-nilai karakter (religius,

Dengan demikian didapat hipotesis yaitu H 0 ditolak dan H a diterima yang artinya artinya variabel bebas (Independen) yaitu SA (Sosialisasi Antisipatif) secara parsial