• Tidak ada hasil yang ditemukan

matematik-topik4,5

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "matematik-topik4,5"

Copied!
68
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

Tajuk 4: Perkembangan Professional

Guru Matematik

Perkembangan Profesional Guru Matematik Wacana akademik Badan-badan akademik Peranan guru Matematik Pendidikan sepanjang hayat

(3)

4.1 Wacana Akademik

Wacana: Sekumpulan ayat memperlihatkan satu kesatuan buah fikiran, fakta atau cerita.

(4)

Seminar

• Seminar merupakan satu perjumpaan untuk

berbincang atau bertukar-tukar pendapat

tentang perkara-perkara tertentu.

• Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan

Matematik akan menjadi wadah dan wacana

untuk berkongsi pengalaman yang dilalui

para pendidik, pengkaji, pengamal dan

semua pihak yang terlibat dalam pendidikan

sains dan matematik.

(5)

• Seminar Pengajaran dan Pembelajaran untuk

Mata Pelajaran Sains dan Matematik disertai

oleh guru-guru cemerlang untuk saling bertukar

idea dan berinteraksi dalam usaha meningkatkan

kepentingan Sains Matematik demi kemajuan

teknologi dalam bidang Sains dan Matematik.

• Dengan ini, para guru Matematik dapat

memperkembangkan pengetahuan dengan

melibatkan diri dalam seminar-seminar tersebut

dan seterusnya telah memperkembangkan

(6)

BENGKEL

• Bengkel merupakan mesyuarat atau

perbincangan secara berkelompok untuk

mengkaji sesuatu atau bertukar-tukar pendapat

tentang sesuatu.

• Bengkel Penandaan Matematik Kertas 1 dan 2

untuk guru-guru sekolah rendah bagi

meningkatkan tahap profesionalisme guru

berkenaan supaya lebih berkualiti, bersedia dan

berdaya saing.

• Pengetahuan ini dapat diaplikasikan pada situasi

lain yang serupa seperti peperiksaan bulanan

(7)

• Bengkel Inovasi Pedagogi dalam Penyelesaian

Masalah Matematik Sekolah Rendah dengan

Menggunakan Strategi Melukis Gambar Rajah

merupakan satu sesi perkongsian pengalaman untuk

mengaplikasikan strategi melukis gambar rajah

dalam menyelesaikan masalah matematik.

• Guru Matematik wajar menerokai pelbagai strategi

menyelesaikan masalah serta dapat

mengaplikasikannya dengan mengambil kira

perbezaan individu seperti kebolehan, minat, gaya

pembelajaran serta pelbagai kecerdasan pelajar.

(8)

PERSIDANGAN

• Persidangan LINUS Kebangsaan juga memainkan

peranan yang penting dalam memperkembangkan

pengetahuan kepada guru-guru Matematik.

• Objektif persidangan ini termasuklah berkongsi

rahsia amalan terbaik dalam pengajaran dan

pembelajaran untuk literasi dan numerasi

khususnya untuk murid-murid yang masih lemah.

• Justeru, satu komuniti pembelajaran profesional

dalam kalagan FasiLINUS dan guru-guru LINUS

dapat diwujudkan supaya prestasi murid yang

menguasai literasi dan numerasi dapat dicapai.

(9)

BUKU

• Buku Isu-isu Pendidikan Sains dan Matematik Edisi

pertama 2008 tebitan Universiti Teknologi Malaysia ditulis

untuk satu perkongsian ilmu melalui dapatan dalam

kajian-kajian yang telah dan sedang dijalankan secara berterusan

berkenaan mata pelajaran Sains dan Matematik.

• Penyelidikan, penemuan dan perbincangan dalam buku ini

berkisar kepada isu-isu tahap kompetensi guru-guru Sains

dan Matematik. Buku ini dapat menjadi rujukan kepada

guru-guru, pensyarah-pensyarah dan mereka yang terlibat

dalam membuat perancangan mata pelajaran Sains dan

Matematik dalam usaha untuk sama-sama menyumbang

kepada peningkatan prestasi yang dicita-citakan melalui

Falsafah Kebangsaan dan Dasar Wawasan Negara.

(10)

• Buku Pedagogi dalam pendidikan Matematik, 2001

dapat membantu guru-guru Matematik dalam

menambahkan pengetahuan mengenai cara-cara,

strategi-strategi dan teknik-teknik dalam menjalankan

proses pengajaran dan pembelajaran subjek

Matematik secara efektif di dalam kelas.

• Dengan ini, guru Matematik akan menggunakan

strategi yang paling berkesan seperti strategi

pemusatan murid bagi mengajar topik masa. Hal ini

dapat menambahkan pengalaman murid semasa

mempelajari topik ini di dalam kelas dengan

melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti yang

dijalankan.

(11)

JURNAL

• Jurnal merupakan terbitan atau majalah berkala yg khusus bagi sesuatu perkara, profesion, atau bidang tertentu.

• Jadi, amatlah penting bagi guru-guru terutamanya guru Matematik untuk mengemas kini dan sentiasa prihatin terhadap peristiwa yang berlaku terutamanya mengenai subjek Matemaik.

• Jurnal Kesan Pembelajaran Koperatif Terhadap Sikap dan Pencapaian

Matematik bagi Murid-murid Sekolah Rendah meliputi kajian untuk meninjau keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif terhadap sikap dan pencapaian Matematik apabila guru pelatih menggunakan pembelajaran koperatif

dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik.

• Dapatan kajian menunjukkan kaedah pembelajaran koperatif berkesan untuk meningkatkan pencapaian Matematik tetapi tiada perbezaan yang signifikan dalam sikap murid terhadap Matematik antara kumpulan rawatan dan

kumpulan kawalan.

• Natijahnya, guru-guru Matematik seharusnya menggunakan kaedah atau strategi yang lain dan lebih berkesan untuk mengubah sikap murid terhadap Matematik.

(12)

• Jurnal Minat, Motivasi dan Kemahiran Mengajar Guru

Pelatih memberi pendapat bahawa sikap, minat dan

motivasi memainkan peranan penting dalam menentukan

tahap pencapaian masing-masing. Justeru, guru dan pelajar

harus berusaha untuk memupuk sikap, minat dan motivasi

supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat

mencapai objektif yang telah disasarkan.

• Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru pelatih yang

bersikap positif berminat dalam kerjaya perguruan serta

bermotivasi tinggi untuk mencapai kejayaan dalam kerjaya.

Mereka juga menunjukkan prestasi yang lebih baik semasa

latihan mengajar berbanding mereka yang tidak berminat

dan rendah motivasinya.

(13)

BADAN-BADAN AKADEMIK

Persatuan

guru-guru

Matematik

(14)

National Council Of Teachers Of

Mathematic (NCTM)

• Bermula pada tahun 1920.

• Tujuannya : menambah baik proses pengajaran dan

pembelajaran (P&P) Matematik.

• NCTM memastikan setiap pelajar mendapat

pendidikan matematik yang sempurna dan

menyediakan perkembangan profesional yang

berterusan untuk setiap guru matematik.

• Misi NCTM : menunjukkan visi dan memberi

pemimpinan yang perlu supaya pelajar mendapat

pendidikan matematik yang berkualiti tinggi.

• NCTM ialah satu pertubuhan profesional yang

mendapat mandat dan kekuatannya dari ahli-

ahlinya yang terdiri daripada guru-guru matematik

sekolah, pensyarah universiti dalam bidang

pendidikan dan juga institusi pendidikan seperti

perpustakaan kolej dan sekolah.

(15)

• Melalui NCTM, guru-guru Matematik akan

mengetahui tentang perspektif asas yang perlu dirujuk oleh pendidik dalam membuat keputusan yang melibatkan pendidikan Matematik di

sekolah seperti keadilan, kurikulum, pengajaran dan pembelajaran, pentaksiran dan teknologi. Hal ini secara tidak langsungnya telah

meningkatkan profesional seseorang guru Matematik.

• Guru-guru Matematik dapat mempraktikkan

kandungan dokumen Principles and Standards for

School Mathematics di dalam kelas mereka. The Illuminations dibangunkan untuk menyediakan

rancangan mengajar bagi guru. Hal ini telah meningkatkan profesional guru Matematik. • NCTM telah menyediakan ruang dan peluang

untuk peningkatan profesionalisme guru melalui persidangan atau seminar kepimpinan, tahunan atau regional. Dalam persidangan atau seminar, para pakar dan guru saling berkomunikasi dan bertukar idea-idea yang bernas untuk membuat sesuatu keputusan. Justeru, profesional guru Matematik dapat diperkembangkan.

(16)

National Union of Teacher Profession

(NUTP)

• NUTP merupakan sebuah kesatuan pembela profesion

perguruan yang prihatin terhadap perkhidmatan para guru,

perhubungan kerjaya, keistimewaan khas serta

perkara-perkara lain yang berkaitan dengan profesion perguruan.

• Objektif : menjadikan Kesatuan Sekerja yang cekap dalam

memperjuangankan hak guru-guru serta berupaya memberi

perkhidmatan yang cemerlang.

• NUTP berusaha meningkatkan kebajikan ahli-ahli dari segi

sosial dan kebendaan menurut lunas undang-undang

sebagai kesatuan sekerja. Di samping membantu kaum guru

memahami peranan mereka dalam memenuhi hasrat

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), NUTP juga berusaha

untuk meningkatkan imej dan martabat profesionalisme

guru.

(17)

•NUTP telah menolak pelaksanaan sistem Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di peringkat sekolah rendah. Setiausaha Agung NUTP, Loke Yim Pheng, berkata delegasi menolaknya selepas

mendapati majoriti murid di sekolah rendah mengalami

kesukaran mengikutinya terutama dari segi memahami istilah Sains serta Matematik dalam Bahasa Inggeris.

•Mulai tahun 2013, program Pembangunan Profesional Berterusan untuk guru akan dipertingkat dengan tumpuan kepada keperluan individu dan latihan berasaskan sekolah. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata profesion guru abad ini dibina atas dasar persaingan, iaitu pendidikan selepas tamat persekolahan, latihan dan

pembangunan kerjaya. Justeru, ia perlu selari dengan visi dan misi negara ke arah menyediakan rakyat berilmu dan

berkemahiran. Tuntasnya, guru-guru Matematik dan lain dapat memperkembangkan kemahiran serta meningkatkan

(18)

Persatuan Sains Matematik Malaysia

(PERSAMA)

• Ditubuhkan pada tahun 1970 oleh sekumpulan ahli yang

terdiri daripada ahli akademik dan guru sekolah seluruh

negara.

• Misinya : meletakkan sains matematik dan ilmuannya ke

tahap yang unggul dalam pengartikulasian, pencanggihan,

penerokaan, penyatuan ilmu dan pembinaan insan.

• Berusaha untuk mendapatkan kerjasama dan sokongan

daripada orang ramai yang berminat di dalam bidang

Matematik.

• Persatuan ini menjemput semua pensyarah matematik di

universiti, institut, kolej dan guru-guru sekolah, mereka

yang menggunakan sains matematik sebagai alat di dalam

perniagaan atau profesion mereka dan mereka yang

mengiktiraf khidmat besar matematik di dalam

(19)

• Dengan menyertai persatuan ini, para guru Matematik

dapat mengekalkan status dan memajukan minat orang

ramai terhadap bidang Sains dan Matematik. Selain itu,

guru-guru Matematik juga dapat melaksanakan kemajuan

dalam pengajaran Sains dan Matematik. Justeru, sesi

pengajaran dan pembelajaran guru-guru Matematik

menjadi lebih menarik serta berkesan dan seterusnya telah

melahirkan generasi muda yang berminat dalam kedua-dua

bidang Sains dan Matematik.

• Guru-guru Matematik juga dapat mengembangkan

kemahiran komunikasi melalui penglibatan diri secara aktif

dalam persatuan ini. Hal ini disebabkan persatuan ini

bermatlamat untuk menyediakan kaedah komunikasi

antara pelajar, guru dan lain-lain yang berminat di dalam

bidang matematik dan pengajaran matematik.

(20)

• Guru-guru Matematik dapat memelihara

minat dalam pengajaran dan penglibatan

Sains dan Matematik serta kepenggunaannya.

Guru-guru Matematik juga dapat mengambil

langkah-langkah yang efektif bagi

mengembang pandangan-pandangan

persatuan berhubung dengan sebarang

persoalan yang mempunyai kesan terhadap

pembelajaran dan pengajaran sains

(21)

PERANAN Guru Matematik

Peranan Guru

Matematik

Perkembangan

pengetahuan

Perkembangan

komunikasi

Perkembangan

potensi kendiri

(22)

PERKEMBANGAN PENGETAHUAN

• Bagi seorang guru, setiap amalan

profesionalismenya perlu dikaitkan dengan

pengetahuan yang dimilikinya.

• Ini adalah kerana setiap unsur dalaman

(pengetahuan) perlu dikaitkan dengan satu

unsur luaran (amalan) supaya unsur

dalaman itu menjadi eksplisit.

• Setiap guru yang profesional perlu kerap

memindahkan pengetahuannya kepada

orang lain.

(23)

Samb.

• Proses pemindahan pengetahuan berlaku

pada perbincangan tak formal antara rakan

sekerja.

• Pemindahan pengetahuan boleh dilaksanakan

secara induktif, cth:

(24)

• Lantaran itu, proses pemindahan pengetahuan bukan

sahaja memindahkan pengetahuan sedia ada, tetapi

proses ini boleh juga membina suatu pengetahuan

yang baru. Oleh itu, suatu pengalaman baru boleh

dibina daripada pengetahuan sedia ada secara

deduktif, iaitu daripada umum kepada yang spesifik.

• Menurut Polanyi, 1967, pemindahan sesuatu

pengetahuan memerlukan proses mental yang

berfokus. Hal ini disebabkan sesuatu pengetahuan itu

perlu disusun aturkan supaya mudah difahami dan

diterima oleh orang lain. Oleh itu, seorang guru

Matematik ialah seorang individu profesional yang

mempunyai kemahiran mental yang sedemikian.

(25)

• Guru Matematik yang profesional seharusnya

memiliki kemahiran untuk membuat perkaitan

antara amalan dengan pengetahuan. Mereka

perlu berkemahiran untuk memindahkan

pengetahuan tersebut. Kedua-dua kemahiran ini

menjadikan pengetahuan yang dimiliki oleh

seorang guru adalah eksplisit. Pemilikan

pengetahuan eksplisit adalah ciri profesionalisme

seorang guru Matematik yang boleh

menyumbang pada kecemerlangan institusi

pendidikan mereka.

(26)

PERKEMBANGAN POTENSI

KENDIRI

• Pengetahuan yang berkesan adalah satu proses yang

berterusan bagi memperkembangkan potensi kendiri

masing-masing bagi setiap guru profesional.

• Guru perlu menyedari tentang kepentingan untuk sentiasa

belajar bagi mempertingkat dan meneruskan profesionalisme

masing-masing. Kesedaran ini menggalakkan setiap guru

untuk mengambil inisiatif sendiri untuk belajar tentang

sesuatu yang baru walaupun tiada sebarang bantuan luaran.

• Contohnya, seminar-seminar, persatuan Matematik seperti

NCTM dan PERSAMA, Kursus Peningkatan Profesionalisme

Pengajaran Matematik serta kerap membaca isu-isu semasa

mengenai subjek Matematik.

(27)

• Proses perkembangan potensi kendiri guru ini bermula

apabila mereka mengenalpasti sumber yang diperlukan bagi

pembelajaran barunya. Contohnya, sumber-sumber bagi

guru-guru Matematik untuk menambahkan ilmu adalah

buku-buku Matematik, jurnal Matematik seperti Teaching

Children Mathematics dan The Mathematics Teacher,

seminar Matematik dan lain-lain.

• Menurut Knowles (1975), tindakan kendiri seorang yang

profesional adalah seorang guru profesional menggunakan

keberkesanan pemikirannya untuk memahami ilmu baru di

peringkat pemerolehan ilmu berkenaan.

• Pemikiran yang sedemikian dilengkapi pula oleh

perasaannya yang peka untuk menguasai ilmu itu pada

peringkat seterusnya; Peringkat penguasaan ilmu.

Kedua-dua unsur kognitif serta afektif diperlukan bagi menjiwai

sesuatu ilmu.

(28)

PERKEMBANGAN KOMUNIKASI

• Komunikasi sifat mengufuk:

Komunikasi antara seorang guru profesional dengan

rakan sejawat. Komunikasi sebegini berlaku antara

individu yang setara.

• Komunikasi sifat menegak :

komunikasi ini berlaku antara pentadbir sekolah

dengan gurunya. Komunikasi menegak

menggunakan kuasa sebagai punca kewibawaan.

• Persamaan taraf antara guru menyebabkan

komunikasi antara mereka menjadi lebih terbuka.

Ini berlaku kerana komunikasi antara guru lebih

berfokus terhadap perkongsian pengalaman dan

maklumat bagi tujuan mencari penyelesaian

(29)

• Kegiatan koloboratif menyediakan peluang bagi guru untuk

sama-sama bekerja dan belajar dalam kumpulan kecil.

• Menurut Smylie (1995), kegiatan kumpulan koloboratif

guru menggalakkan perkongsian antara mereka.

Perkongsian yang sedemikian menyediakan wacana untuk

guru sama-sama berbincang tentang kepercayaan serta

amalan semasa terhadap pendidikan. Setiap guru sedang

melaksanakan penilaian kendiri terhadap kepercayaan

serta amalan pendidikan masing-masing semasa

perkongsian tersebut.

• Jadi perkongsian pengetahuan antara guru-guru seperti

guru Matematik mampu menambah perasaan kekitaan dan

kesamaan antara guru serta meningkatkan kemahiran

berkomunikasi bagi mencapai ciri profesionlisme seseorang

guru.

(30)

• Guru yang profesional juga percaya bahawa

komunikasi yang berkesan perlu dilaksanakan

melalui teladan. Role-model profesionalisme

perlu ditunjukkan secara eksplisit kepada rakan

sejawat. Peranan sedemikian dilaksanakan oleh

seorang guru profesional secara ikhlas.

• Keikhlasan itulah yang akan menyentuh sanubari

rakan sejawat mereka. Lantas, rakan sejawatnya

akan sama-sama berusaha untuk mencapai visi

kecemerlangan profesion perguruan.

(31)

PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT

Pendidikan

sepanjang hayat

Pendidikan

Jarak Jauh

(32)

PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT

• Pendidikan sepanjang hayat atau livelong education adalah

pendidikan dari alam prasekolahan dan berterusan

sepanjang hayat.

• Oleh yang demikian Perdana Menteri menekankan dalam

konteks dunia global sekarang, modal insan yang

benar-benar berkualiti sangat diperlukan jika negara ingin

melangkah ke era ekonomi global yang berpaksikan

pengetahuan (Berita Harian, 1 Mei 2006).

• Natijahnya, guru-guru wajar mengamalkan pendidikan

sepanjang hayat untuk menbangunkan kerjaya seseorang

bagi meningkatkan profesional sebagai seorang guru.

(33)

Pendidikan Jarak Jauh

• Pendidikan Jarak Jauh adalah satu bidang pendidikan yang

bertumpu kepada memberi pendidikan kepada pelajar yang tidak

berada di satu lokasi setempat seperti di institusi pengajian tinggi

atau IPT. Melalui pembelajaran jarak jauh (PJJ) pelajar dan pengajar

berkomunikasi di waktu dan ketika yang berlainan dan bersesuaian

dengan masa lapang mereka.

• Profesion perguruan adalah satu profesion mulia yang

mencurahkan ilmu pengetahuan dan mendidik pelajar sehingga

mereka berjaya ke peringkat pengajian tinggi dan akhirnya menjadi

insan yang berguna kepada bangsa dan negara.

• Jadi, guru-guru Sains dan Matematik seharusnya menyokong

amalan pendidikan sepanjang hayat dengan menyertai

kursus-kursus yang berkaitan dengan bidang Sains dan Matematik untuk

meningkatkan profesional guru.

(34)

• Open Universiti Malaysia (OUM) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia telah menawarkan Program Khas Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)

kepada guru-guru terlatih dan pegawai-pegawai perkhidmatan pendidikan bukan siswazah (PPPBS/ PPPLD) untuk meningkatkan taraf akademik dan seterusnya berpeluang dilantik sebagai PPP Siswazah (DG 41).

• Program ini dibiayai oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Skim Pinjaman Boleh Ubah. Selain itu, pembelajaran di OUM direka bentuk untuk memenuhi kehendak dan masa masing-masing. Pendidikan terbaik serta fleksibel hanya boleh didapati di OUM. Kursus-kursus yang

ditawarkan termasuklah Sarjana Muda Pendidikan Matematik, Sains dan TESL.

• Kursus pendidikan bidang Matematik yang ditawarkan di universiti adalah untuk menyediakan bakal pendidik dalam bidang matematik. Kursus di peringkat sarjana muda ini bertujuan untuk menyediakan pendidik di dalam bidang Matematik yang berdedikasi dan mempunyai daya

kepimpinan dalam menjalankan tugas sebagai guru. Semasa pengajian pelajar akan didedahkan dengan kursus-kursus mengikut pengkhususan yang dipilih seperti matematik. Pelajar juga akan diajar dengan kursus-kursus berkaitan kaedah pendidikan dan teknik-teknik mengajar.

(35)

Trenda dan Isu Pendidikan Matematik Pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris Matematik di Sekolah Bestari TMK dalam Pendidikan Matematik Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Program Literasi Dan Numerasi (LINUS) Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Penguasaan Bahasa Inggeris ( MBMMBI)

(36)

•Bertujuan membangunkan sumber tenaga manusia bagi

mencapai taraf negara maju yang dapat bersaing dalam era

globalisasi.

•Dilaksanakan secara berperingkat dari peringkat sekolah rendah

sehingga ke peringkat sekolah menengah, bermula pada sesi

persekolahan tahun 2003 dengan perintisnya ialah semua murid

Tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 serta

Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah

•UPSR, PMR, SPM&STPM dilaksanakan scr dwibahasa dari tahun

2003-2007.

•Terdapat pelbagai reaksi daripada banyak pihak tentang

pelaksanaan PPSMI.

(37)

 mencapai taraf negara maju dan persiapan supaya dapat bersaing dalam era globalisasi.

 memudahkan perolehan ilmu kerana kebanyakan asas istilah-istilah sains dan matematik adalah berasal dari Bahasa Inggeris.

 Pelbagai inovasi dan penemuan baru dalam bidang ini berlaku dengan pantas dan capaian maklumat mengenai perkembangan dalam bidang ini banyak terdapat dalam bahasa Inggeris.

Langkah-langkah dalam PPSMI

-Kelas tambahan -latihan bagi guru

sekolah dibekalkan dengan bahan pembelajaran untuk digunakan -sebagai bahan bantu pembelajaran dan rujukan guru.

-Perisian pengajaran ( perisian multimedia dalam bentuk cakera padat(CD) boleh digunakan oleh guru untuk sesi P&P.

(38)

Kesan Positif

-dapat mengelakkan mengelakkan salah faham dalam kebanyakan istilah

sn&math yang telah dimelayukan.

-Membangunkan generasi pelajar yang mampu menguasai bidang sains dan teknologi di tahap tinggi.

-Pendedahan yang awal kepada sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris akan membolehkan pelajar mengakses maklumat dan menerokai maklumat dengan mudah.

Kesan Negatif

-Bahasa ibunda adalah lebih sesuai untuk menjadi bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik kerana BM lebih mudah difahami.

-Dasar lebih memihak kepada murid di bandar yang mempunyai lebih banyak kemudahan untuk belajar.

-Mewujudkan perbezaan prestasi antara murid yang sosio-ekonomi ibu bapa mereka yang berpendapatan rendah sama ada di luar bandar dan di bandar.

-Pencapaian negatif pelajar terutama di kawasan luar bandar, pendalaman dan FELDA kerana kemudahan pembelajaran yang terhad.

-Pelajar tidak dapat memahami dan mengikuti pembelajaran serta penguasaan istilah atau konsep yang diajar oleh guru-guru dengan baik disebabkan penguasaan Bahasa Inggeris mereka yang lemah.

(39)

Sekolah Bestari ialah suatu sistem pendidikan yang mana proses

pengajaran dan pembelajaran lebih berpusat kepada pelajar

dengan menggunakan pendekatan yang lebih kritis dan kreatif

serta menggunakan teknologi sebagai pengupaya.

Pada peringkat permulaan, 4mata pelajaran, iaitu BM, BI, Math

dan Sains, akan diperkenalkan di Sekolah Bestari dengan

menggunakan teknolgi terkini sebagai kaedah dan teknik P&P.

Objektif

-

Pembangunan pelajar secara holistik.

-

Membuka peluang dan memperkukuh kebolehan individu.

-

Mendemokrasikan proses pendidikan.

-

Menghasilkan tenaga kerja yang mempunyai kemahiran

berfikir dan berasakan teknologi.

(40)

Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Rendah diolah khusus

untuk mengambil kira penekanan baru dalam dasar

pendidikan seiring dengan perkembangan dalam bidang

teknologi.

Matlamat Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Rendah

membentuk pelajar yang berpemikiran mantik serta

berkemahiran menggunakan pengetahuan matematik secara

berkesan dan bertanggungjawab untuk menyelesaikan

masalah supaya berupaya menangani cabaran dalam era

teknologi maklumat.

(41)

Untuk mencapai matlamat Kurikulum Bestari Matematik

Sekolah Rendah, kurikulumnya mempunyai objektif seperti

berikut

(42)

TMK dalam Pendidikan Matematik

Penggunaan

ICT

dalam

P&P

bermaksud

menggunakan ICT secara berfikrah, terancang

dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan

dan keberkesanan proses P&P. (Kementerian

Pendidikan Malaysia, 2001).

Pengajaran Berbantukan Komputer

Dapat memperkembangkan dan memperkayakan lagi

topik yang diajar.

Cockcroft

(1982)

menyarankan

bahawa

penggunaan komputer dalam pengajaran dan

pembelajaran matematik bukan sahaja boleh

memperbaiki

kualiti

pengajaran

malah

mengubahkan kepentingan sesuatu topik dalam

matematik.

(43)

Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan (Henderson and

Landersman, 1992) mendapati :

Pelajar yang menggunakan komputer dalam matematik

mempunyai sikap yang lebih positif terhadap

dirinya sebagai ahli matematik dan berkeupayaan

menyelesaikan masalah yang lebih kompleks.

Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran

akan dapat membantu pelajar memahami konsep dan

prinsip matematik dengan mudah dan berkesan.

Pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir menunjukkan

peningkatan yang ketara.

Kumpulan yang belajar berbantukan komputer mempunyai

kemampuan mengekalkan maklumat dalam jangka masa

yang lebih lama dan dapat menggunakannya dalam

bidang-bidang lain.

(44)

Membekalkan lebih banyak maklumat dan pengetahuan kepada pelajar.

Kebaikan

komputer dalam

P&P ( Menurut

Baharuddin &

Mohd, 1995)

Memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sendiri berdasarkan kemampuan masing-masing. Memudah dan mempercepatkan kefahaman sesuatu konsep matematik. Menjadikan aktiviti pembelajaran menarik dan menyeronokkan. Membantu pelajar mengulangi sesuatu isi pelajaran berulang kali.

(45)

KURIKULUM STANDARD

SEKOLAH RENDAH (KSSR)

• Melalui trasformasi kurikulum, Kurikululum Bersepadu Sekolah

Rendah (KBSR) diperkukuh serta ditambah baik dan dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

• Kurikulum Standard Sekolah Rendah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

• KSSR memberi penekanan kepada 4M iaitu kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul.

• KSSR mengekalkan kesemua prinsip KBSR. Prinsip-prinsip tersebut: 1. Pendekatan Bersepadu

2. Perkembangan Individu Secara Menyeluruh 3. Pendidikan Saksama Untuk Semua Murid 4. Pendidikan Seumur Hidup

• KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif.

(46)

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

BAGI MATA PELAJARAN MATEMATIK

Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran

Matematik ini diolah dan disusun semula.

Penyusunan semula ini mengambil kira kesinambungan yang

berterusan ke peringkat seterusnya.

Langkah yang diambil adalah selaras dengan keperluan untuk

menyediakan pengetahuan dan kemahiran matematik kepada

murid yang mempunyai latar belakang dan keupayaan yang

pelbagai.

MATLAMAT KSSR BAGI MATA PELAJARAN

MATEMATIK

untuk membina pemahaman murid tentang konsep nombor,

kemahiran asas dalam pengiraan, memahami idea matematik

yang mudah dan berketrampilan mengaplikasikan

pengetahuan serta kemahiran matematik secara berkesan

dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.

(47)

OBJEKTIF KSSR BAGI MATA PELAJARAN

MATEMATIK

KSSR bagi mata pelajaran matematik membolehkan murid:

 Memahami dan mengaplikasi konsep dan kemahiran matematik dalam

pelbagai konteks.

 Memperluaskan penggunaan kemahiran operasi asas tambah, tolak,

darab dan bahagi yang berkaitan dengan Nombor dan Operasi, Sukatan dan Geometri, Perkaitan dan Statistik.

 menaakul dan membuat penerokaan secara matematik dalam

kehidupan harian.

 Menggunakan pelbagai perwakilan untuk menyampaikan idea

matematik dan perkaitannya.

 Menghargai dan menghayati keindahan matematik.

 Menggunakan pelbagai peralatan matematik secara efektif termasuk

TMK untuk membina kefahaman konsep dan mengaplikasi ilmu matematik.

(48)

KERANGKA KURIKULUM MATEMATIK

Kerangka kurikulum matematik menunjukkan program

matematik yang diguna pakai di peringkat sekolah

rendah.

Pembelajaran matematik dirancang bermatlamatkan

(49)

STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD

PEMBELAJARAN

 Kurikulum Standard Matematik Sekolah Rendah digubal dengan memberi penekanan kepada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu diketahui dan dapat dilakukan oleh murid. i. Standard Kandungan

 Kenyataan umum tentang domain kognitif (pengetahuan) dan efektif (sikap dan nilai) yang boleh dicapai oleh murid dalam sesuatu subtopik. ii. Standard Pembelajaran

 Kenyataan khusus tentang apa yang murid patut tahu dan boleh lakukan dari segi pengetahuan atau konsep yang difahami dan keupayaan

melakukan sesuatu yang membolehkan murid menunjukkan profisiensi mereka dalam pemerolehan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam bentuk yang boleh diukur. Standard Pembelajaran tidak menunjukkan langkah pengajaran pembelajaran. Ini bertujuan memberi peluang

kepada guru menggunakan kreativiti dalam menyediakan persekitaran pembelajaran kondusif untuk murid membentuk konsep dan

(50)

CONTOH STANDARD KANDUNGAN DAN PEMBELAJARAN KSSR

MATEMATIK BAGI TOPIK MASA DAN WAKTU

Contoh

STANDARD KANDUNGAN

Murid dibimbing untuk …

5.1 Menamakan hari dan bulan dan menerangkan aktiviti sejajar

dengan hari persekolahan.

STANDARD PEMBELAJARAN

Murid berupaya untuk …

(i) Menyatakan waktu dalam sehari.

(ii) Menyatakan dalam urutan peristiwa dalam sehari (pada hari

persekolahan sahaja).

(iii) Menamakan hari dalam seminggu mengikut urutan.

(iv) Menamakan bulan dalam setahun.

(51)

Program Literasi

dan Numerasi

(LINUS)

LINUS adalah Akronim kepada perkataan LI (Literasi), NU

(Numerasi) dan S (Screening–Saringan).

Program LINUS dibentuk sebagai penambahbaikan program sedia

ada (KIA2M) dan dilaksanakan pada tahun 2010.

Matlamat program ini adalah untuk memastikan semua murid

mengikuti program LINUS berkeupayaan untuk menguasai literasi

dan numerasi kecuali murid yang berkeperluan khas selepas tiga

tahun mengikuti Program LINUS.

(52)

Melalui program ini, setiap murid menjalani proses saringan

tiga kali setahun bagi mengenal pasti mereka yang menghadapi

masalah membaca, menulis dan asas pengiraan yang kemudian

diletakkan di dalam kelas pemulihan khas untuk meningkatkan

prestasi mereka.

Program LINUS ini wajib dilaksanakan ke atas semua sekolah

SK, SJK(T), dan SJK(C).

Program ini dikendalikan oleh guru Bahasa Melayu, Matematik

dan Guru Pemulihan.

Instrument dibina dalam dwi-bahasa iaitu Bahasa

Melayu-Bahasa Inggeris, Melayu-Bahasa Cina-Melayu-Bahasa Inggeris dan Melayu-Bahasa

Tamil-Bahasa Inggeris.

(53)

Program Numerasi

dilaksanakan untuk memastikan semua murid berkeupayaan

untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea

matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan

serta kemahiran matematik dalam kehidupan harian

memastikan murid-murid dapat menguasai kemahiran mengira.

Dalam konteks kurikulum negara kita, proses mengira

ditakrifkan sebagai tambah, tolak, darab dan bahagi. Empat

proses tersebut disebut sebagai operasi asas aritmetik.

(54)

Proses Pelaksanaan Numerasi

Ada 3 saringan yang perlu dilalui oleh murid tahun 1,2 dan 3 yang akan bermula pada bulan MAC, JUN dan SEPTEMBER. Sekiranya murid gagal melepasi saringan 1, mereka akan ditempatkan di kelas LINUS.

(55)

Proses Numerasi (Tahun 1)

• Semua murid Tahun Satu akan

menduduki ujian LINUS Saringan 1 pada awal tahun untuk menilai tahap penguasaan kemahiran asas numerasi mereka.

• Murid yang dikenal pasti masih belum mencapai kemahiran asas numerasi akan diasingkan daripada murid arus perdana • akan diajar insentif oleh guru LINUS

dibantu oleh guru pemulihan khas LINUS

• dilaksanakan dalam waktu Matematik • Murid yang berjaya dipulihkan melalui

program ini, akan meneruskan pembelajaran di aliran perdana

(56)

Kandungan Modul

• Kandungan skop kurikulum numerasi merangkumi aspek nombor bermula dari sifar hingga angka 1000, yang melibatkan operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi, di samping mengaplikasikannya dalam pengiraan pengukuran seperti dalam jadual di atas. • Oleh itu, murid berupaya membaca, menulis, membilang dan menyusun nombor hingga

1000; membilang dua-dua, lima-lima dan sepuluh-sepuluh dalam lingkungan 1000 bermula daripada sebarang nombor; menyatakan fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi; dan mengaplikasikan pengetahuan operasi asas aritmetik dalam wang,

(57)

12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN NUMERASI

KONSTRUK KEUPAYAAN Konstruk 1 Pra nombor dan mengenal angka

Konstruk 2 Membilang

Konstruk 3 Memahami nilai nombor Konstruk 4 Membuat seriasi

Konstruk 5 Mengenal mata wang Malaysia Konstruk 6 Menyatakan waktu

Konstruk 7 Mengendalikan operasi asas

Konstruk 8 Mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia Konstruk 9 Mengukur panjang objek, jisim objek dan isi padu

Konstruk 10 Menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya Konstruk 11

Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad

kepada nombor bulat Konstruk 12

Keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian

(58)

Lembaga Peperiksaan (LP) telah dipertanggungjawabkan

menghasilkan instrumen saringan untuk mengesan dan

mengenal pasti murid yang tidak menguasai asas literasi dan

numerasi sepanjang tiga tahun mengikuti pendidikan rendah di

Malaysia.

Instrumen Saringan Literasi dan Numerasi direka bentuk

berdasarkan 12 konstruk asas numerasi sejajar dengan definisi

yang telah ditetapkan oleh pihak Bahagian Pembangunan

Kurikulum (BPK).

Semua instrumen saringan mengukur konstruk yang sama.

Item bagi setiap instrumen dibina berdasarkan kedalaman

kandungan (depth of the content) yang akur dengan perkara

yang dipelajari murid dalam tahun berkenaan

(59)

 Pelaksanaan PBS bagi sekolah rendah mulai Tahun 2011 adalah berdasarkan kepada Akta Pendidikan 1996.

 PBS ialah pentaksiran yang bersifat holistik, iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

 PBS terdiri daripada komponen berikut, iaitu Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum dan Pentaksiran Psikometrik.

(60)

Jadual Pelaksanaan Tahap 1

(Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3)

(61)

Jadual Pelaksanaan Tahap 2

(Tahun 4, Tahun 5, Tahun 6)

(62)

Pentaksiran Sekolah (PS)

 Pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru di sekolah yang berkenaan.

 PS dilaksana dalam bentuk pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran dan pentaksiran

sumatif di akhir unit pembelajaran, semester atau tahun.

 PS berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran dan pentaksiran tentang pembelajaran dan merujuk kepada Standard Prestasi yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan berdasarkan KSSR.

(63)

Kerangka Standard Prsetasi Matematik

yang digunakan dalam PS

Standard Prestasi murid Sekolah Rendah di Malaysia dalam pembelajaran Matematik mengikut tahap pencapaian masing-masing adalah seperti berikut:

Band 6 Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan masalah matematik yang kompleks secara kreatif dan inovatif

Band 5 Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran matematik dalam

menyelesaikan masalah matematik yang kompleks dengan menggunakan pelbagai strategi

Band 4 Tahu dan faham pengetahuan matematik bagi melakukan langkah-langkah pengiraan matematik secara terbimbing, penukaran dan menyelesaikan masalah matematik mudah

Band 3 Tahu dan faham pengetahuan asas matematik dan boleh melakukan operasi asas matematik, penukaran asas dan menyelesaikan masalah yang melibatkan perkataan

Band 2 Tahu dan faham pengetahuan asas matematik Band 1 Tahu pengetahuan asas matematik

(64)

Kepentingan pentaksiran dalam

bilik darjah matematik

Mewujudkan bilik darjah yang seimbang

Merancang perancangan pengajaran dan

pembelajaran.

Menyediakan maklum balas dan insentif

Mengenal pasti masalah pelajar.

(65)

P

ELAN

P

EMBANGUNAN

P

ENDIDIKAN

M

ALAYSIA

(2013-2025)

Berdasarkan pentaksiran PISA dan TIMSS, pencapaian

murid di Malaysia dalam bidang Matematik dan Sains masih rendah berbanding murid di negara-negara maju.

Hasil Kajian PISA dan TIMSS menjadi salah satu input

utama dalam merangka Pelan Pembangunan

(66)

T

RANSFORMASI

P

ENDIDIKAN

MATEMATIK

 Menurut PPPM, transformasi pendidikan matematik akan dilaksanakan dalam tempoh 13

tahun.

 Banyak inisiatif yang telah dibangunkan merupakan sebahagian daripada transformasi

yang akan dilaksanakan.

 Inisiatif pertama ialah memperkenalkan program ‘School Improvement Partners (SI

Partners) Plus and School Improvement Specialist Coaches (SISC) plus’ di Kedah dan Sabah dalam usaha membimbing guru bagi mata pelajaran Matematik, terutamanya di sekolah-sekolah yang berada dalam Band lima, enam dan tujuh.

 Inisiatif yang lain pula ialah melancarkan Video e-Guru untuk ditonton di semua sekolah.

Menerusi video e-Guru, setiap guru akan mendapatkan gambaran bersifat amali tentang amalan pengajaran yang dilaksanakan oleh guru cemerlang di bilik darjah dan berharap akan dimanfaatkan bagi menjayakan dasar Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik.

 Kementerian akan melaksanakan latihan kemahiran berfikiran aras tinggi (HOTS) kepada

31,000 guru Sains dan Matematik Tingkatan Satu, Dua dan Tiga dan menerusinya

diharapkan 20 peratus soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) adalah soalan pemikiran aras tinggi.

(67)

Memartabatkan Bahasa Malaysia dan

Memperkukuhkan Penguasaan Bahasa

Inggeris(MBMMBI)

 Dasar ini adalah untuk memastikan penggunaan bahasa

Malaysia sebagai bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan dan sekolah menengah serta memastikan murid boleh menguasai bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan fasih dan betul.

 Dasar ini menetapkan penggunaan bahasa Malaysia

sebagai bahasa P&P Sains dan Matematik di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah, Bahasa Cina di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Bahasa Tamil di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.

(68)

Pelaksanaan MBMMBI(Mata Pelajaran Sains dan

Matematik)

 Dasar ini dilaksanakan secara berperingkat-peringkat(soft landing)

mulai tahun 2012.

 Garis panduan yang betujuan untuk membantu pihak selkolah untuk

membuat keputusan tentang pemilihan bahasa dalam melaksanakan P&P Sains dan Matematik telah dikeluarkan bagi melincinkan pelaksanaan dasar tersebut dalam tempoh peralihan ini.

Antara perkara-perkara yang tertakluk dalam garis panduan tersebut ialah:

- Pemilihan penggunaan Bahasa Inggeris dalam P&P Sains dan Matematk tertakluk kepada kesediaan guru dan murid di peringkat sekolah.

- Sekolah diminta menggunakan glosari yang dibekalkan oleh KPM dalam usaha untuk menerangkan istilah dan konsep Sains dan Matematik dalam pengajaran.

Pada tahun 2016, dasar MBMMBI akan dilaksanakan

sepenuhnya.

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan Jadual 1.1 dapatlah disimpulkan bahawa hampir keseluruhan pelajar PJJ UKM, iaitu 97.4%, berpendapat penggunaan bahan cetak adalah berkesan dalam membantu

Berdasarkan hasil penelitian maka dapatlah kita ketahui bahwa kedisiplinan pegawai Lembaga Penjaminan Mutu Pendidikan Provinsi Kalimantan Timur tahun 2015 sebagai

Tokoh Kakek ini mampu memberikan motivasi untuk membaca yang didapatkan melalui kisah-kisah yang didalamnya.”Tak Terbaca” merupakan sebuah analogi dari setiap kisah yang dilalui

Kampus Tembalang, Semarang 50275 Telp/Fax. Limbah tersebut dapat diolah menjadi kitin dan kitosan. Kitosan sendiri memiliki berbagai manfaat yang memiliki nilai ekonomi

Tindakan kerajaan Malaysia selepas Dato‟ Seri Abdullah Ahmad Badawi menj adi Perdana Ment eri di l i hat sebagai per ang secar a besar -besaran t er hadap masal

Para filosof tidak terlalu banyak berbicara tentang akhir dari alam ini. memeperhatikan pendapat para filosof bahwa alam ini qadīm dan azālī, kemungkinan besar juga mereka

Input data nilai dengan menggunakan SPK untuk keempat aspek penilaian Henni Silvia yang ada di Carrefour. Tampilan input datanilai Henni Silvia dapat dilihat