• Tidak ada hasil yang ditemukan

AMALAN PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN KOMITMEN TERHADAP TUGAS PENGURUS KOKURIKULUM SEKOLAH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "AMALAN PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN KOMITMEN TERHADAP TUGAS PENGURUS KOKURIKULUM SEKOLAH"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

2126

AMALAN PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN KOMITMEN TERHADAP TUGAS PENGURUS KOKURIKULUM SEKOLAH

(Management Cocurricular Practices And Task Commitment of School Cocurricular Managers)

Shafiq Aizatullah Shaharuddin & Mohd Izham Mohd Hamzah Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia Email of corresponding author: shafiqaizatshah@gmail.com

Abstrak

Pengurus kokurikulum merupakan peneraju utama kejayaan sesebuah sekolah dalam bidang kokurikulum. Pengurus kokurikulum harus memainkan peranannya sebagai tonggak utama organisasi pengurusan kokurikulum di sesebuah sekolah. Kertas konsep ini membincangkan tentang amalan pengurusan dan komitmen tugas pengurus kokurikulum berdasarkan kajian lepas. Model pengurusan Stoner, Freeman dan Gilbert telah dijadikan rujukan dalam memastikan proses pengurusan kokurikulum di sekolah ditadbir dengan baik. Stoner et al. (2008) telah menghuraikan semua elemen penting dalam pengurusan. Menurut Stoner et al. (2008) lagi, pengurusan merupakan proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal usaha ahli organisasi dan menggunakan semua kelebihan dan kelengkapan yang ada untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan dalam organisasi. Menurut Meyer & Allen (1997), terdapat tiga komponen dalam model komitmen iaitu komitmen afektif, komitmen berterusan dan komitmen normatif. Terdapat dapatan daripada kajian lampau menunjukkan pentadbir kokurikulum tidak memainkan peranan sepenuhnya sebagai pengurus kokurikulum. Walau bagaimanapun, terdapat juga kajian yang mempunyai pandangan yang berlawanan dengan kajian ini. Begitu juga dengan komitmen pentadbir sekolah dalam mengurus kokurikulum. Implikasi daripada kertas konsep ini menyentuh mengenai bakat murid yang dapat dicungkil, pengurusan kokurikulum yang lebih sistematik, penerapan kemahiran insaniah dalam diri murid dan juga hak sama rata berdasarkan kemampuan seseorang murid dapat ditekankan. Kesimpulannya, setiap pengurus kokurikulum harus memainkan peranan dengan baik dalam menguruskan kokurikulum supaya hasil daripada pengurusan yang baik dapat melahirkan murid yang menepati kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Kata kunci : Pengurusan kokurikulum, pengurus kokurikulum, komitmen Abstract

Cocurricular Managers is leading the success of a school in the field of cocurricular. Cocurricular Managers should play its role as the main pillars of organization management cocurricular in a school. This concept paper discusses about management practices of cocurricular and the task commitment of cocurricular manager based on the past research. Stoner, Freeman and Gilbert Management Model were being used as references to make sure that the process of cocurricular management in school were being handled goodly. Stoner et al (2008) has elaborate all of the element that is very important in management. According to Stoner et al (2008), management is a planning process, organizing, leading and controlling the effort of organization member and used all of their abilities and equipment to accomplished the target that

(2)

2127

had been set in an organization. According to Meyer & Allen (1997), there were three components in commitment model that is affective, normative and continuous. There is a research shows that school administrator not played their true role as cocurricular managers in school. But, there is also a research that had a contradict in their research findings. There goes with the commitment as well in managing the school cocurricular. The Implication of this concept paper will shows the effect towards the kids talent that can be brought up, the cocurricular management that will becomes more systematics, the soft skill inside the Malaysian generation and the equality of all students in school according their abilities. In the conclusion, all cocurricular managers must play their role in managing the cocurricular activities in school.

Keywords: cocurricular, cocurricular Manager Management, commitment 1.0 Pengenalan

Bidang kokurikulum telah diletakkan sebagai salah satu bidang yang penting dan dititik beratkan dalam bidang pendidikan untuk negara Malaysia. Ini kerana, kokurikulum telah dikaitkan sebagai langkah untuk membentuk kemenjadian murid. Sebarang aktiviti yang berlanjutan dan dijalankan di luar bilik darjah digelar sebagai aktiviti kokurikulum (Ayob 2005; Ghani, Rahman & Zahir 2008). Kokurikulum membantu menyediakan pendidikan yang holistik dari segi peningkatan perkembangan kemahiran sosial murid dan mengukuhkan interaksi dan integrasi dalam kalangan para murid (Pati 2016). Berdasarkan Akta Pendidikan (1996), Kurikulum Pendidikan Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. Dengan berbuat demikian, maka setiap sekolah harus memandang serius usaha kerajaan untuk memastikan bidang kokurikulum dilaksanakan sepenuhnya di setiap sekolah.

Bidang kokurikulum tidak kurang pentingnya dengan bidang kurikulum. Aktiviti kokurikulum dan kurikulum mempunyai hubungan yang sangat rapat dalam memastikan kemenjadian murid itu sendiri (Dash & Dash 2008). Bidang kokurikulum kebiasaannya memberi ilmu dan pengetahuan kepada murid sesuatu yang tidak boleh dipelajari dari pembelajaran di dalam bilik darjah. Dengan melibatkan diri dengan bidang kokurikulum, murid dapat meningkatkan kemahiran-kemahiran insaniah dengan baik dan terlahirlah murid yang memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Negara. Antara kemahiran yang dapat dibina dalam melibatkan diri dengan aktiviti kokurikulum ialah kemahiran untuk bersosial. Menurut Esa & Siti Khadijah (2012) sesebuah generasi yang mempunyai set kemahiran memimpin yang tinggi akan menjadi aset yang berharga bagi sesebuah negara dan mampu untuk membawa negara bersaing di peringkat global. Malangnya, terdapat sesetengah pengurus kokurikulum tidak mempunyai pemikiran yang sama dengan penyataan ini.

Pengurus kokurikulum merupakan peneraju utama kejayaan sesebuah sekolah dalam bidang kokurikulum. Pengurus kokurikulum harus memainkan peranannya sebagai tonggak utama organisasi pengurusan kokurikulum di sesebuah sekolah. Pengetua sebagai ketua semua bidang di sekolah merupakan individu yang paling penting untuk menerajui kepimpinan kokurikulum (Anuar & Nor Azah 2011). Menurut Mohd Izham & Norziana (2015), peranan pengurus kokurikulum dan pengetua dalam sesebuah sekolah amat penting dalam kemenjadian sesebuah sekolah. Kemudian, ia diikuti dengan sokongan dan bantuan daripada Penolong Kanan Kokurikulum dan Setiausaha Kokurikulum sekolah. Kebiasaannya, pengurus kokurikulum atau

(3)

2128

pengetua meletakkan tanggungjawab sepenuhnya kepada guru penolong kanan kokurikulum dalam menguruskan bidang kokurikulum.

Pengurus Kokurikulum harus melibatkan diri sepenuhnya dalam bidang kokurikulum bagi memastikan bidang ini berjaya memberikan impak dan kesan kepada murid dalam melahirkan murid yang memenuhi kriteria-kriteria seperti yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Anuar & Nor Azah (2011) telah menyatakan sebagai pengurus kokurikulum, mereka seharusnya mempunyai asas-asas pengetahuan semasa yang terkini untuk menjalankan tugas mereka dengan lebih cekap, berwibawa, berkualiti serta berpandangan jauh dalam merangka program terhadap kemajuan kokurikulum dalam organisasinya.

2.0 Model Pengurusan Stoner, Freeman Dan Gilbert

Menurut Stoner et al (2008), proses adalah cara sistematik untuk mengendalikan aktiviti. Pengurusan dinyatakan sebagai suatu proses kerana ia melibatkan aktiviti yang saling berhubungan supaya dapat mencapai matlamat yang diinginkan. Justeru itu, pengurusan didefinisikan sebagai proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal kerja ahli-ahli organisasi dan penggunaan sumber-sumber organisasi yang ada untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan (Stoner et al 2008).

Dari segi amalan, proses pengurusan tidak boleh berlaku secara berasingan atau mempunyai hubungan yang longgar tetapi ia adalah saling berhubungan. Petunjuk arah (anak panah) dalam rajah 2.0 di bawah menunjukkan ia berlaku pada kedua-dua arah di mana proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal adalah saling berhubungan dan berlaku secara serentak.

Rajah 1.0 Model Pengurusan Stoner et al (2008)

Stoner et al. (2008) telah menghuraikan semua elemen penting dalam pengurusan. Menurut Stoner et al. (2008) lagi, pengurusan merupakan proses merancang, mengelola,

Merancang

Memimpin

Mengelola Mengawal

(4)

2129

memimpin dan mengawal usaha ahli organisasi dan menggunakan semua kelebihan dan kelengkapan yang ada untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan dalam organisasi. Menurut Abd. Alim (1995), dalam situasi pengurusan kokurikulum di sekolah, inputnya ialah kewangan, tenaga jurulatih, peralatan, dan kemudahan-kemudahan lain. Manakala output ialah murid atau pelajar yang mendapat sesuatu manfaat daripada penyertaan mereka alam aktiviti kokurikulum yang dirancang oleh sekolah atau persatuan dan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Merancang

Stoner et al. (2008) menghuraikan merancang dalam pengurusan sebagai suatu proses dalam menentukan matlamat dan menentukan corak tindakan yang diambil dalam memastikan matlamat yang ditentukan tercapai. Proses merancang dianggap sebagai proses yang paling awal dengan memerlukan seseorang pengurus itu berfikir mengenai matlamat, objektif dan hala tuju organisasi berdasarkan tindakan, perancangan, pemikiran yang tinggi.

Mengelola

Stoner et al. (2008) menyatakan mengelola adalah suatu proses mengatur dan membuat pembahagian tugas, mempunyai kuasa autoriti dan sumber untuk memacu ahli organisasi mencapai matlamat dan objektif yang telah dirancang. Mengelola bagi pengurusan organisasi merupakan usaha menyatukan dan menggerakkan dua atau lebih individu dalam organisasi untuk melaksanakan tugas yang telah ditetapkan dengan cara yang sistematik untuk mencapai matlamat yang telah dirangka.

Memimpin

Stoner et al. (2008) menyatakan perbuatan memberi arahan kepada orang lain dan mempengaruhi orang lain untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti mengikut matlamat yang ditetapkan digelar sebagai proses memimpin. Pengurus perlu melakukan aktiviti mengarah dan mempengaruhi motivasi orang bawahan untuk meningkat menjadi lebih positif untuk dikategorikan sebagai proses memimpin. Pengurus perlu mempunyai hubungan yang baik dengan ahli organisasi yang lain kerana pengurus yang mempunyai hubungan yang baik akan mempunyai pengaruh yang lebih besar.

Mengawal

Menurut Stoner et al. (2008), proses mengawal merupakan proses menyelaraskan semula aktiviti yang sudah dirancang supaya mengikut matlamat dan objektif. Pengurus perlu memastikan aktiviti dan tindakan yang diambil oleh ahli organisasi perlulah berdasarkan matlamat dan objektif organisasi. Proses mengawal boleh dilaksanakan dengan melihat kepada pencapaian organisasi dan menilai organisasi melalui proses penilaian. Melalui proses mengawal ini, pengurus dan pentadbir akan memastikan organisasi sentiasa menjalankan aktiviti dan mengambil tindakan mengikut objektif dan matlamat yang telah ditetapkan.

Pengurusan Kokurikulum

Pengurusan boleh didefinisikan sebagai proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan usaha-usaha organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi untuk mencapai matlamat organisasi, pengurus sebagai proses pengarahan, penyelarasan dan pengaruh ke atas operasi organisasi untuk mencapai matlamat yang dikehendaki dan prestasi sepenuhnya (Abd Aziz 2000).

Pengurusan ialah suatu proses untuk menempatkan corak pengendalian organisasi melalui aspek perancangan, pengelolaan, pengarahan, dan pengawalan bagi mendapat hasil daripada kendalian organisasi dan mencapai matlamat (Stoner 2005). Menurut Mohd Jaafar (1988),

(5)

2130

pengurusan boleh dilihat sebagai satu proses untuk mengagihkan sumber organisasi seperti perancangan, pengorganisasian, pengarahan, dan pengawalan untuk tujuan mendapat hasil yang diperlukan dan objektif organisasi dapat dicapai.

Pengurusan kokurikulum yang perlu dilaksanakan oleh pengurus kokurikulum, haruslah menjalankan tugas dengan penuh berdedikasi dan mempunyai pengetahuan pengurusan yang baik bagi memastikan pengurusan kokurikulum dapat berjalan dengan lancar. Menurut Ab Alim (1995), pengurus kokurikulum perlu mempunyai kemahiran untuk mengurus dengan baik supaya pelaksanaan aktiviti kokurikulum dapat dijalankan dengan menggunakan proses perancangan, penyusunan strategi, penyeliaan, pelaksanaan, pengarahan, memotivasikan, menghubungkan manusia dan menilai atau mendapatkan maklum balas. Oleh itu, pengurus kokurikulum perlu memastikan bahawa mereka berkeupayaan untuk memastikan proses pengurusan kokurikulum dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.

Pengurus kokurikulum merupakan kunci utama kepada pengurusan kokurikulum. Oleh yang demikian, setiap sekolah perlu mempunyai jawatankuasa kokurikulum yang turut sama membantu dalam melaksanakan proses pengurusan kokurikulum seperti merancang, mengelola, memimpin dan mengawal supaya aktiviti kokurikulum di sekolah dapat dijalankan dengan baik. Setiap sekolah mempunyai carta organisasi yang setiap organisasi perlu mempunyai senarai pengagihan tugas dan perincian tugas supaya setiap individu faham dengan jelas tugas dan perkara yang perlu dilakukan.

Memberikan komitmen sebagai pentadbir kokurikulum dalam menjalankan tugas pengurusan kokurikulum di sekolah adalah sesuatu yang mencabar pada masa kini. Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir bin Mohamed (1997) telah menekankan peranan guru dalam memastikan tugas guru di sekolah adalah untuk membangunkan sahsiah murid dan memastikan penglibatan kokurikulum murid yang semakin kurang tumpuan difokuskan semula. Berikutan itu, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum telah dibangunkan dan diikuti dengan mengukuhkan kepentingan penilaian SEGAK.

Mohamad Najib et al. (2011) menyatakan dalam kajian mereka bahawa komitmen guru dalam menguruskan kokurikulum di sekolah adalah berada pada tahap yang lemah. Hal ini menaikkan permasalahan bahawa tahap komitmen pentadbir kokurikulum di sekolah dalam menjalankan tugas berkaitan pengurusan kokurikulum seterusnya memastikan pencapaian kokurikulum sekolah dan murid berada pada tahap yang tinggi.

3.0 Model Komitmen Terhadap Tugas

Terdapat pelbagai definisi yang diutarakan oleh pengkaji-pengaji lepas mengenai komitmen kerja. Komitmen kerja didefinisikan oleh Metcalf & Dick (2000), sebagai pengukuran terhadap kemahuan untuk menyertai anggota dalam organisasi serta ingin berada pada peringkat keanggotaan yang paling tinggi dalam organisasi. Definisi ini mempunyai persamaan dengan pandangan Mathis & Jackson (2002) yang menyatakan komitmen kerja ialah keinginan untuk terus berada dalam organisasi dengan memberi kepercayaan dan menerima beban kerja dengan tujuan untuk mencapai matlamat organisasi. Individu yang mempamerkan kesanggupan untuk pertahankan keanggotaan dan organisasi juga menunjukkan komitmen individu tersebut, Robbins dan Judge (2007). Fauzilah Salled, Noryati Yaakub & Zaharah Dzulkifli (2011), menyatakan komitmen kerja merupakan kesanggupan individu untuk melaksanakan tugas bagi pencapaian kualiti, kuantiti, kerjasama, dan berwibawa.

(6)

2131

Definisi atau konsep komitmen kerja terhadap guru-guru pula ialah kesediaan guru di sekolah melibatkan diri dalam semua tugasan dan aktiviti yang dilaksanakan di sekolah. Komitmen guru adalah ciri-ciri penting yang harus dimiliki oleh semua guru untuk menghasilkan guru yang berkualiti dan mempunyai kesedaran yang tinggi tentang kepentingan peranan mereka selaku guru (Elliot & Crosswell, 2001). Komitmen guru juga meliputi peranan guru dalam mengajar, peranan mereka dalam profesion mereka dan peranan mereka kepada rakan sekerja mereka (Zahari, 2002).

Komitmen mempunyai pelbagai bentuk dan definisinya dalam literatur psikologi. Menurut Cooper Hakim & Viswesvaran (2005), komitmen boleh didefinisikan sebagai “kesanggupan untuk melakukan sesuatu tindakan”. Seseorang yang mempunyai komitmen terhadap tugas yang tinggi lebih cenderung untuk melakukan tindakan berpusatkan kerja berbanding seseorang individu yang mempunyai komitmen yang rendah. Pekerja yang mempunyai tahap komitmen yang tinggi juga suka untuk melakukan kerja yang positif (Cooper Hakim & Viswesvaran 2005)

Menurut Meyer & Allen (1997), terdapat tiga komponen dalam model komitmen iaitu komitmen afektif, komitmen berterusan dan komitmen normatif. Seseorang individu yang mempunyai komitmen afektif yang tinggi akan kekal menjalankan tugas dengan baik kerana mereka mahu melakukan tugas tersebut. Seseorang individu yang mempunyai komitmen berterusan yang tinggi merasakan bahawa mereka perlu untuk meneruskan tugas. Manakala, seseorang individu yang mempunyai komitmen normatif yang tinggi menjalankan tugas dengan baik kerana mereka sepatutnya melakukan tugas tersebut.

Afektif

Menurut Meyer & Allen (1997), komitmen afektif merupakan suatu ikatan secara emosi yang mengikat seseorang untuk melibatkan dirinya dalam organisasi. Komitmen afektif diambil kira sebagai penentu yang penting untuk melihat tahap dedikasi dan ketaatan seseorang terhadap pemimpin atau organisasi. Individu yang mempunyai tahap komitmen afektif yang tinggi cenderung untuk kekal menjalankan tugas, sikap kepunyaan yang tinggi terhadap organisasi, mempunyai ikatan yang kuat terhadap tugas, rasa kekeluargaan yang tinggi dalam menjalankan tugas, terikat secara emosi terhadap tugas, rasa kekitaan yang tinggi, dan merasakan tugas mempunyai impak yang besar secara peribadi terhadap diri.

Berterusan

Menurut Meyer & Allen (1997), komitmen berterusan menggambarkan seseorang individu yang menjalankan tugas kerana gusar terhadap kesan jika tidak menjalankan tugas, mempunyai sebab yang kuat untuk menjalankan tugas dengan baik, mengelakkan kehidupannya mendapat kesan yang negatif jika tidak menjalankan tugas, dan tidak mempunyai pilihan selain terpaksa menjalankan tugas dengan baik disebabkan akibat yang akan melanda kehidupannya.

Normatif

Menurut Meyer & Allen (1997), komitmen normatif berlaku apabila seseorang individu kekal berada dalam sesebuah organisasi berpandukan norma sosial dan sikap yang baik. Seseorang individu yang mempunyai normatif yang tinggi memerlukan seseorang itu mempunyai nilai seperti ketaatan dan berhati-hati. Individu yang mempunyai normatif yang tinggi akan sentiasa menunjukkan sikap yang sama dan tingkah laku yang menunjukkan kepada komitmen afektif.

(7)

2132 4.0 Dapatan Kajian Lampau dan Perbincangan

Berdasarkan kajian Mohd Anuar & Nor Azah (2011) mendapati bahawa pengetua tidak memainkan peranan yang sepatutnya sebagai pengurus sekolah dalam mentadbir bidang kokurikulum. Menurut Hamidah & Rahman (2012), menyatakan bahawa guru-guru dan pengetua mempunyai tahap kefahaman yang sederhana dalam memastikan kejayaan dan menguruskan bidang kokurikulum. Kajian yang dijalankan oleh Mohd Fazli, Suhaida & Soaib (2013) guru-guru mempunyai persepsi yang sederhana terhadap penglibatan kokurikulum murid.

Pelajar yang melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum di institusi pengajian tinggi mempunyai kemahiran insaniah (soft skill) yang tinggi untuk menerajui masa depan negara kelak (Abd Malek & Hamsah 2007; Kementerian Pengajian Tinggi 2006). Kenyataan ini disokong oleh Salihah (2009) dalam buku Kecerdasan Pelbagai yang menyatakan penggunaan perasaan dalam menyatakan sesuatu atau berkomunikasi adalah lebih memberi kesan dari menyatakan secara kenyataan ataupun logikal sahaja. Oleh itu, pentingnya peranan pengurus kokurikulum dalam melaksanakan pengurusan kokurikulum mengikut dan memastikan pencapaian kokurikulum pelajar berada pada tahap yang tinggi.

Sewarjagat ini, masih terdapat guru yang memandang rendah terhadap keperluan dan kepentingan kokurikulum terhadap perkembangan murid. Hal ini kerana, guru sedia maklum mengenai pengetahuan berkaitan kokurikulum tetapi mereka tidak melaksanakannya dengan baik (Hamidah Yusof & Rahman Ahmad, 2012). Akan tetapi, pengurus kokurikulum haruslah memainkan peranannya dalam memastikan pengurusan kokurikulum dijalankan dengan baik. Pemimpin yang baik juga telah dikatakan harus mempunyai ciri-ciri yang bertepatan dengan kehendak Model Teori Big Five (Hanif, Sharifah, Norhazwani & Azlin, 2013).

Selain itu, pemimpin juga haruslah mempunyai amalan kepimpinan dan kebijaksanaan yang tinggi untuk memastikan organisasi yang dipimpin mereka seiring dengan matlamat yang telah ditetapkan (Razaq, Johdi, Mahzan & Nazifah, 2013). Peranan pengetua dan guru besar dalam menguruskan kokurikulum amat penting. Pengetua didapati mempunyai aspek perancangan yang baik, mampu untuk mengelola organisasi dengan baik, memberikan contoh pemimpin yang berkesan dan mengawal orang bawahan dengan sempurna dan menjalankan tugas sebagai pengurus kokurikulum yang baik (Mohd Izham & Norziana Ayob, 2015).

Walau bagaimanapun, bagi pengetua dan guru besar yang baharu terdapat isu dan permasalahan yang timbul. Akan tetapi, terdapat beberapa cara untuk mengatasi permasalahan sebagai guru besar dan pengetua yang baharu antaranya ialah menyelesaikan masalah dengan baik, adil dalam menjalankan tugas, mengurus dengan baik, membuat keputusan yang tepat dengan situasi, menunjukkan ciri-ciri kepimpinan yang baik, peka terhadap persekitaran, menanam minat untuk menjalankan tugas, meningkatkan motivasi kendiri, mengawal tekanan dengan baik, menerapkan nilai dalam pendidikan, berkomunikasi secara lisan, berkomunikasi secara bertulis, memahami perbezaan budaya, memastikan diri sentiasa cergas secara fizikal, berketerampilan, menangani individu yang bermasalah dengan baik, mengukuhkan pengetahuan dan mengembangkannya dan memupuk sahsiah yang baik (Tang Keow Ngang, 2004). Tambahan lagi, pemimpin juga boleh menggunakan ciri-ciri cendekiawan (berpengetahuan tinggi), adil dalam menjalankan tugas, sentiasa rajin dalam melaksanakan tugas dan berani untuk melakukan sesuatu dan perubahan (Andi, Suhana & Azmi, 2015).

Terdapat juga kajian yang mendapati bahawa dengan menyertai aktiviti kokurikulum dapat memperbaiki kelemahan dan keyakinan diri supaya menjadi pemimpin yang berkeyakinan

(8)

2133

(Lokman & Osmayati, 2010). Walau bagaimanapun, terdapat guru yang merasakan pengurusan kokurikulum ini tidak penting dan ini secara tidak langsung akan memberi kesan kepada murid-murid dalam menyertai aktiviti kokurikulum (Jaafar & Teik, 2010).

Kajian oleh Najib & Jamaliah (2011), menyatakan komitmen guru besar terhadap pengurusan kokurikulum adalah berada pada tahap yang lemah. Berbeza pula kajian yang dijalankan oleh Siti Rafiah et al (2012) dalam menunjukkan tahap komitmen pentadbir dalam menguruskan tugas kokurikulum berada pada tahap yang tinggi. Kedua-dua kajian yang dijalankan ini menunjukkan terdapat guru besar yang mempunyai komitmen yang tinggi manakala terdapat juga guru besar yang mempunyai komitmen yang lemah.

5.0 Implikasi Kajian

5.1 Dapat mencungkil lebih banyak bakat dalam bidang sukan dan kepimpinan.

Pelaksanaan kokurikulum mengikut tatacara yang telah ditetapkan mampu membantu murid untuk lebih menonjol dalam bidang kokurikulum seperti bidang sukan, kelab dan persatuan. Dengan pengurusan yang baik, murid diberi peluang untuk menunjukkan bakat. Hal ini dapat membantu sistem pendidikan dalam negara dengan merealisasikan hasrat pendidikan iaitu ingin melahirkan murid yang mempunyai kemahiran yang holistik. Selain itu, dengan pengurusan yang baik oleh pentadbir kokurikulum mampu mendidik murid untuk berhadapan dengan situasi sebagai seorang pemimpin dan cara menyelesaikan masalah. Hal ini dapat menjadikan murid-murid di sekolah dalam Malaysia mampu untuk menjadi seorang pemimpin yang baik dan mengurus negara pada suatu masa akan datang dengan pengurusan yang cekap.

5.2 Pengurusan kokurikulum di sekolah akan menjadi lebih teratur dan sistematik.

Pengurusan kokurikulum yang baik akan menjadikan sistem pengurusan menjadi lebih teratur dan sistematik. Pengurusan yang sistematik akan menjadikan pelaksanaan sesuatu dasar yang dihasilkan oleh kementerian dapat dilaksanakan dengan baik. Selain itu, dengan penguruan yang sistematik dapat membantu sekolah untuk memperbaiki kelemahan dapat pengurusan pada setiap kekurangan yang dilakukan.

5.3 Melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran insaniah (softskill) yang tinggi.

Negara Malaysia seringkali mempunyai masalah dalam melahirkan pelajar yang mempunyai softskill yang tinggi. Hal ini memberi kesan kepada kadar penggangguran dalam negara. Individu yang tidak mempunyai kemahiran softskill yang baik dikhuatiri akan mempunyai kemahiran sosial yang rendah. Mereka juga tidak mampu untuk mengadaptasi terhadap persekitaran kerja yang mencabar dan berubah setiap hari. Individu yang mempunyai softskill yang rendah juga tidak boleh menjadi seorang pemimpin yang baik kerana mereka kurang rasa empati terhadap orang bawahannya. Tambahan pula, individu yang mempunyai softskill yang rendah juga cenderung untuk melakukan salah laku semasa menjalankan tugas. Oleh yang demikian, dengan memastikan sistem pendidikan negara melaksanakan pengurusan kokurikulum yang baik, dapat membantu pelajar untuk memiliki softskill yang tinggi, lantas membantu pelajar Malaysia bersaing dengan semua orang daripada negara lain terutama negara maju.

5.4 Dasar hak sama rata semua kanak-kanak akan lebih diperkasakan.

Pelaksanaan kokurikulum yang baik dapat membuka peluang kepada semua murid supaya menceburi bidang mengikut kelebihan yang mereka ada. Setiap murid mempunyai kecerdasan yang pelbagai. Oleh yang demikian, amat penting untuk sekolah menguruskan kokurikulum dengan baik supaya murid-murid dapat mengetengahkan kemahiran mengikut kecerdasan yang mereka perolehi. Maka, dengan itu kita akan berjaya melahirkan murid yang berkemahiran dalam

(9)

2134

pelbagai bidang. Lantas, ia mampu untuk menjadikan negara mempu bersaing dengan negara-negara maju.

6.0 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, pengurus kokurikulum harus memainkan peranan yang penting dalam mengurus kokurikulum. Hal ini kerana, murid-murid mampu dibentuk dengan ciri-ciri yang tidak boleh dipelajari dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Oleh yang demikian, amat penting bagi pengurus kokurikulum untuk melaksanakan pengurusan kokurikulum dengan baik supaya kita dapat melahirkan pelajar yang memiliki ciri-ciri seperti yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

Rujukan

Abd Malek, A. & Hamsah, H. 2007. Kadet Remaja Sekolah. Kuala Lumpur: PTS Professional Sdn. Bhd.

Abd. Alim Abdul Rahim. 1995. Pengurusan Kokurikulum. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti. Abdul Ghani Abdullah, Abd. Rahman Abd. Aziz & Mohammed Zahir Ahmed. 2008. Gaya-gaya

Kepimpinan dalam Pendidikan. Batu Caves: PTS Professional Publishing.

Abdul Razaq Ahmad, Mohamad Johdi Salleh, Mohd Mahzan Awang & Nazifah Alwani Mohamad. 2013. Investigating Best Practice and Effectiveness of Leadership Wisdom among Principals of Excellent Secondary School Malaysia: Perceptions of Senior Assistants. International Education Studies, 8(6): 38-46. http://dx.doi.org/10.5539/ies.v6n8p38

Ahmad Esa & Siti Khadijah Ab Manap. 2012. Pembangunan Kemahiran Kepimpinan Menerusi Kadet Remaja Sekolah (KRS) dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik. Jurnal Personalia Pelajar, 15 (1): 45-50.

Akta Pendidikan. 1996. Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) (Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97. Aleng, P.A. 2016. Transformasi Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan.

https://books.google.com.my/books?id=ZYBRCwAAQBAJ [30 Mei 2016]

Andi Nurfitri, Suhana Saad & Azmi Aziz. 2015. Membangun Kepimpinan Organisasi Berasaskan Budaya Lokal: Suatu Analisis Perbandingan. Malaysian Journal of Society and Space,

11(9): 54-66.

http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&item=2&thn=2015&vol=11&issue= 9&ver=loc

Cooper-Hakim, A., & Viswesvaran, C. 2005. The construct of work commitment:Testing an integrative framework. Psychological Bulletin, 13 (1): 241-259.

Dash, M.D.N. 2008. School Management. New Delhi: Atlantic Publishers & Distributors (P) Limited.

Elliott, B., & Crosswell, L. 2001. Commitment to teaching: Australian perspectives on the interplays of the professional and the personal in teachers' lives. Paper presented at the International Symposium on Teacher Commitment at the European Conference on Eduactional Research, Lille, France.

Fauzilah Salled, Noryati Yaakub, & Zaharah Dzulkifli. 2011. The Infuence of Skill Levels on Job Performance

Hamidah Yusof & Rahman Ahmad. 2012. Analisis Kepentingan-Kejayaan Pengurusan Kokurikulum. Management Research Journal, 1(2): 75-85. http://www.myjurnal.my/public/article-view.php?id=89697

(10)

2135

James, A. F., Stoner, R., Freeman, E., Daniel, R., & Gilbert, J. R. 2008. Management (Sixth ed.). New York: Prentice Hall.

Jantan, A. 2005. Pengetua Sekolah Yang Efektif. Batu Caves: PTS Professional Publishing. Kementerian Pengajian Tinggi. 2006. Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah (Soft Skills)

Untuk Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (2006). Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Lokman Mohd Tahir & Osmayati Othman. 2010. Keperluan Aktiviti Kokurikulum (Beruniform) Kepada Pelajar Tingkatan Empat Di Sekolah Menengah Kebangsaan Di Daerah Langkawi. Jurnal tak terbit. 1-8. http://eprints.utm.my/11595/

Mathis, L. Robert & Jackson, H. John. 2002. Manajemen Sumber Daya Manusia. Jakarta: Salemba Empat.

Metcalfe, B & Dick, G. 2000. Can you feel the force? Exploring organisation commitment in the police. Journal of Managerial Psychology, 8 (15): 71-85.

Meyer J and Allen N. 1997. Commitment in the Workplace: Theory, Research, and Application. New York: Sage Publications.

Mohd Anuar Abdul Rahman & Nor Azah Azman. 2011. Peranan Pengetua Sebagai Pengurus Kokurikulum di Sekolah Menengah Daerah Mersing. Journal of Educational Management, 1 (1): 14-30.

Mohd Anuar Abdul Rahman & Nor Azah Azman. 2011. Peranan Pengetua Sebagai Pengurus Kokurikulum di Sekolah Menengah Daerah Mersing. Journal of Educational Management, 1 (1): 14-30.

Mohd Fazli Hasan, Suhaida Abdul Kadir & Soaib Asimiran. 2013. Hubungan Persekitaran Sekolah dengan Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Kokurikulum di Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 38 (2): 1-9

Mohd Hanif Mohd Zin, Sharifah Sofiah Abdul Rahman, Norhazwani Hassan & Azlin Norhaini Mansor. 2015. Profil Tret Personaliti Pengetua Cemerlang Dalam Pengurusan Dan Pentadbiran Sekolah. Prosiding ASEAN Comparative Education Research Conference. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi, Malaysia.

Mohd Izham Mohd Hamzah & Norziana Ayob. 2015. Peranan Pengetua dalam Pengurusan Kokurikulum dari Perspektif Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Zon Keramat Jurnal Pendidikan Malaysia, 40 (2): 129-138.

Mohd Izham Mohd Hamzah & Norziana Ayob. 2015. Peranan Pengetua dalam Pengurusan Kokurikulum dari Perspektif Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Zon Keramat Jurnal Pendidikan Malaysia, 40 (2): 129-138.

Mohd Najib A Ghafar & Tamyis Arbak. 2008. Gaya Kepimpinan Pengetua dan Ciri-ciri yang Efektif. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, 13(1): 73-84. http://eprints.utm.my/10661/

Mohd Nor Jaafar & Kung Teik Seng. 2010. Pengurusan Kokurikulum dan Hubungannya dengan Tahap Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Kokurikulum. Tesis Sarjana, Bahan Tak terbit.

Universiti Utara Malaysia,

http://lintas.uum.edu.my:8080/elmu/index.jsp?module=webopac&action=fullDisplayRetri ever.jsp&szMaterialNo=0000805577

Mohd.Jaafar Abdul Karim 1988. Pengurusan Sekolah. Petaling Jaya : Maju Enterprise.

of Public Service Employees in Malaysia. Business and Management Review, 1(1): 31– 40.

Robbins, S. & Judge, T. 2007. Organizational Behavior, 12th edition. New York: Prentice Hall. Tang Keow Ngang. 2004. Cabaran dan Masalah Pengetua dan Guru Besar Baru. Jurnal

Referensi

Dokumen terkait

Penyelidik ingin membangunkan satu instrumen dan seterusnya menjalankan kajian untuk mengenalpasti tahap amalan pihak sekolah bagi setiap aspek dalam elemen

“Bagaimanakah sistem aplikasi kejohanan sukan secara web dapat membantu Jawatankuasa Urusetia Pertandingan dalam mengendalikan pengurusan acara- acara kejohanan dengan cepat, tepat

Oleh kerana pengurusan kewangan sekolah merupakan satu aspek yang amat penting maka pihak Kementerian Pelajaran perlu mengambillangkah untuk memastikan staf pe- jabat sesebuah

Berdasarkan analisis daripada dapatan kajian, pengkaji mendapati tahap pengurusan risiko dalam kalangan guru sekolah rendah daerah Sepang berada pada tahap yang sangat

Jawatankuasa Pengurusan Sekolah Kualiti Ke arah MS ISO 9001 : 2008 Pengurus Kualiti : Mohamed Noh bin Hassan GB Pen. Nor

program dan akiviti Kurikulum, Kokurikulum serta Pengurusan Perkhidmatan Pendidikan Memastikan semua dasar Pendidikan dilaksanakan di sekolah Merancang dan Melaksanakan

Pengetahuan Pelajar Dan Amalan Pengurusan Sisa Pepejal Di Sekolah Menengah Daerah Penampang, Sabah ABSTRACT Masalah pengurusan sisa pepejal yang tidak cekap merupakan antara isu

Sekolah perlu memastikan penetapan kelas dan murid telah dibuat di Modul Institusi MOEIS serta guru yang terlibat telah diberi peranan sebagai Guru Kelas atau Guru Kokurikulum..