• Tidak ada hasil yang ditemukan

SOALAN LAZIM (FAQ) SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERSEPADU (SPPB): PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN & KOKURIKULUM (PAJSK)

N/A
N/A
SK BALUN KPM-SK-Admin

Academic year: 2024

Membagikan "SOALAN LAZIM (FAQ) SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERSEPADU (SPPB): PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN & KOKURIKULUM (PAJSK)"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

SOALAN LAZIM (FAQ)

SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERSEPADU (SPPB):

PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN & KOKURIKULUM (PAJSK)

BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN

(2)

SOALAN LAZIM (FAQ) SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERSEPADU PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM (SPPB-PAJSK)

BIL. SOALAN JAWAPAN

1. Apakah Modul Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (SPPB-PAJSK)?

Modul SPPB-PAJSK merupakan satu daripada modul dalam Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu

(SPPB).

2. Apakah fungsi Modul SPPB-PAJSK? Modul ini digunakan untuk merekod pentaksiran

kokurikulum murid Tahun 4 - 6 (sekolah rendah) dan Tingkatan 1 - 6 (sekolah menengah dan STAM)

3. Apakah status penggunaan Sistem PAJSK yang sebelum ini? (pajsk.moe.gov.my)

Sistem PAJSK ini telah ditutup dan digantikan dengan Modul SPPB-PAJSK sepenuhnya

4. Apakah perkara yang perlu direkodkan dalam Modul SPPB-PAJSK?

Pelibatan, Penyertaan dan Prestasi murid dalam aktiviti Kelab dan Persatuan, Sukan dan Permainan, Pasukan Badan Beruniform serta Ekstra Kurikulum

5. Bagaimanakah cara untuk log masuk ke Modul PAJSK?

Melalui https://idme.moe.gov.my/login

-> Klik tab/menu Aplikasi

-> Klik Modul Pengurusan Pentaksiran.

(3)

SOALAN LAZIM (FAQ) SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERSEPADU PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM (SPPB-PAJSK)

BIL. SOALAN JAWAPAN

6. Apakah perkara utama yang perlu dibuat oleh sekolah sebelum memulakan pengisian?

Sekolah perlu memastikan penetapan kelas dan murid telah dibuat di Modul Institusi (MOEIS) serta guru yang terlibat telah diberi peranan sebagai Guru Kelas atau Guru Kokurikulum.

7. Siapakah yang bertanggungjawab untuk merekod skor aktiviti PAJSK dalam Modul PAJSK?

Guru Kelas dan Guru Kokurikulum

8. Siapakah yang bertanggungjawab untuk menyemak markah yang direkod?

Guru Kelas, Guru Kokurikulum, Penyelaras PAJSK, Guru Penolong Kanan Kokurikulum

9. Siapakah yang boleh membuat penetapan peranan dalam sistem idMe?

Guru data atau Pentadbir SPPB atau guru yang diberi peranan sebagai pentadbir sistem di sekolah oleh

PPD.

(4)

SOALAN LAZIM (FAQ) SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERSEPADU PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM (SPPB-PAJSK)

BIL. SOALAN JAWAPAN

10. Adakah Guru Kokurikulum Tingkatan 6 juga boleh membuat pengisian PAJSK ?

Guru Kokurikulum Tingkatan 6 perlu diberi peranan sebagai Guru Kokurikulum untuk membuat pengisian.

11. Siapakah yang bertanggungjawab untuk

membuat pengesahan markah yang direkod?

Pentadbir sekolah (PGB atau PK Kokurikulum) yang diberi peranan sebagai Penyelaras PAJSK oleh

Pentadbir SPPB.

12. Bolehkah peranan Penyelaras PAJSK dan Guru Kokurikulum dilantik lebih daripada seorang dalam satu sekolah?

Boleh, mengikut kesesuaian dan keperluan sekolah.

13. Adakah data keahlian aktiviti untuk tahun

sebelum akan terus dipaparkan dalam sistem pada tahun semasa ?

Data keahlian aktiviti untuk pengisian 2023/2024 perlu dibuat pengisian semula. Untuk sesi 2024/2025, data keahlian boleh ditarik dari tahun sebelum.

(5)

SOALAN LAZIM (FAQ) SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERSEPADU PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM (SPPB-PAJSK)

BIL. SOALAN JAWAPAN

14. Apakah analisis keputusan petakisran yang boleh dimuat turun melalui Modul PAJSK?

i. Analisis Keseluruhan;

ii. Analisis Kelab Persatuan iii. Analisis Badan Beruniform

iv. Analisis Sukan Permainan

Guru perlu klik pada butang muat turun [ XLS ] bagi format Microsoft Excel (atau [PDF] bagi format pdf) di paparan Analisis.

15. Adakah laporan pencapaian murid boleh dicetak?

Ya. Guru kelas dan penyelaras PAJSK boleh muat turun slip pencapaian murid. Guru perlu klik pada butang

cetak [ ] pada paparan.

16. Apakah pelayar web (browser) terbaik untuk capaian Modul PAJSK?

Google Chrome dan Microsoft Edge dengan resolusi skrin 1366 x 768

(6)

SOALAN LAZIM (FAQ) SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERSEPADU PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM (SPPB-PAJSK)

BIL. SOALAN JAWAPAN

17. Bolehkah data yang diisi oleh guru disunting (EDIT) ?

Boleh, sebelum guru kelas dan penyelaras PAJSK belum HANTAR markah tersebut.

18. Bolehkah data yang telah dihantar oleh guru kelas kepada Penyelaras PAJSK disunting (EDIT)?

Boleh, sebelum Penyelaras PAJSK membuat pengesahan.

19. Bolehkah data yang telah disahkan (HANTAR) oleh Penyelaras PAJSK disunting (EDIT)?

Data yang telah dihantar/disahkan oleh penyelaras, sekolah perlu membuat permohonan kepada Pegawai Meja PAJSK di PPD atau JPN untuk penetapan semula (SEMAK

SEMULA) pengesahan (HANTAR) data.

(7)

SOALAN LAZIM (FAQ) SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERSEPADU PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM (SPPB-PAJSK)

BIL. SOALAN JAWAPAN

20. Adakah data boleh disunting semula untuk keseluruhan sekolah?

Penetapan semula (SEMAK SEMULA) data adalah

mengikut kelas dan sekolah perlu memaklumkan kepada

pegawai meja di PPD atau JPN kelas yang mempunyai ralat sahaja.

21. Apakah perkara yang boleh dilakukan dalam sistem selepas tempoh pengisian ditutup ?

Laporan dan Analisis sahaja, selain daripada ini tidak boleh lagi dibuat sebarang perubahan.

22. Bolehkah guru penasihat Kelab dan

Persatuan atau Sukan dan Permainan atau Pasukan Badan Beruniform membuat

pengisian markah?

Boleh, guru tersebut perlu diberi peranan sebagai Guru Kokurikulum.

23. Bolehkah slip keputusan individu di muat turun selepas tarikh tutup pengisian ?

Boleh, tetapi guru dinasihatkan untuk memuat turun slip keputusan secara individu atau pukal mengikut kelas

sebelum tamat tempoh pengisian.

(8)

SOALAN LAZIM (FAQ) SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERSEPADU PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM (SPPB-PAJSK)

BIL. SOALAN JAWAPAN

24. Adakah markah yang dimasukkan akan terus dibuat analisis oleh sistem ?

Tidak, sistem hanya akan membuat pengemaskinian data antara jam 3.00 pagi - 5.00 pagi setiap hari.

25. Adakah sekolah perlu membuat cetakan laporan PAJSK murid?

Ya, Slip Pelaporan PAJSK perlu dimuat turun, dicetak, dan disimpan di tempat yang selamat sebagai contoh di storan awan atau fail peribadi murid (untuk rujukan pada masa hadapan). Salinan juga perlu diserahkan kepada murid.

26. Adakah markah murid yang telah diisi tetapi bertukar sekolah dalam tempoh pengisian akan hilang?

Markah PAJSK tersebut akan dibawa ke sekolah baharu secara dalam sistem bersama-sama data peribadi

murid.

Penyelaras PAJSK di sekolah terkini perlu membuat proses tarik data.

(9)

SOALAN LAZIM (FAQ) SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERSEPADU PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM (SPPB-PAJSK)

BIL. SOALAN JAWAPAN

27. Adakah Murid Berkeperluan Pendidikan Khas terlibat dalam perekodan dan pelaporan?

Murid Berkeperluan Pendidikan Khas yang

melaksanakan aktiviti kokurikulum perlu ditaksir dalam sistem, sekiranya tidak melaksanakan aktiviti, guru

kelas boleh klik kepada tidak laksana (TIDAK DITAKSIR ) dalam sistem.

28. Bolehkan ibu bapa mengakses keputusan PAJSK murid secara dalam talian?

Tidak boleh, sekolah perlu memaklumkan kepada ibu bapa keputusan PAJSK murid melalui slip keputusan yang dimuat turun dari sistem

29. Sekiranya menghadapi masalah dalam pengoperasian Modul PAJSK berkaitan

perkara dasar dan peraturan, siapakah yang boleh dihubungi?

Pegawai Meja Modul PAJSK:

PPD: (rujuk PPD masing-masing) atau JPN: (rujuk JPN masing-masing) atau

KPM: 03-8872 1617 (Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian)

(10)

SOALAN LAZIM (FAQ) SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERSEPADU PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM (SPPB-PAJSK)

BIL. SOALAN JAWAPAN

30. Sekiranya terdapat aduan/isu berkaitan teknikal sistem PAJSK.

Pengguna boleh membuat aduan melalui sistem aduan iaitu https://isd.moe.gov.my/.

Pengguna boleh rujuk video berikut sebagai panduan penggunaan sistem isd

https://youtu.be/EZnWqnwENiw

atau hubungi talian hotline yang tertera pada paparan dashboard idMe.

(11)

aduan.pajsk@moe.gov.my

Terima kasih

Referensi

Dokumen terkait