• Tidak ada hasil yang ditemukan

Contoh Proposal Penyelidikan Pendidikan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Contoh Proposal Penyelidikan Pendidikan"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

CONTOH PROPOSAL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN, PhD

Tahap Kesediaan Guru Dalam Penggunaan Frog VLE di Sekolah Luar Bandar

Pengenalan

Ledakan terhadap teknologi yang kian pesat kini, satu aplikasi baru telah diwujudkan sebagai satu inovasi baru dalam dunia pendidikan iaitu FROG VLE. Frog Vle adalah merupakan suatu kaedah yang diaadaptasi daripada e- pembelajaran dimana ia adalah untuk kegunaan guru, pelajar dan ibu bapa dan ianya tidak mempunyai limitasi tempat dan masa untuk di akses oleh pengguna. Frog adalah VLE yang dipilih bagi projek 1BestariNet. Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah. Dengan menggunakan Frog VLE guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE. Ibu bapa juga boleh berkomunikasi dengan pihak sekolah manakala pentadbir sekolah boleh menguruskan kalendar sekolah dan mewar-warkan notis sekolah melalui Internet. Para guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yang telah dikemaskinikan oleh pentadbir sekolah.

1BestariNet merupakan perkhidmatan rangkaian “End To End” (E2E) bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta pengurusan dan pentadbiran bagi kesemua 10,000 sekolah dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai VLE ialah satu system pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya.Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar

(2)

tugasan serta menyemak markah menerusi VLE. Para guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yang telah dikemaskinikan oleh pentadbir sekolah. Menerusi Frog VLE dan sambungan internet 4G, pendidikan boleh dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila masa melalui Frog VLE yang berasaskan cloud. Dengan ini, pembelajaran boleh dilaksanakan di mana-mana: di sekolah ataupun di rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Menurut KPM (2012) di bawah projek 1BestariNet, sekolah-sekolah akan dilengkapkan dengan penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pentadbiran dijalankan secara atas talian. Ia adalah sistem pembelajaran berasaskan laman web yang menyerupai pendidikan dunia sebenar dengan menyatukan konsep pendidikan konvensional. VLE Frog merupakan suatu kaedah yang diadaptasi daripada e-pembelajaran. Pembelajaran Maya Frog (VLE Frog) sebagai intranet, bilik darjah melalui atas talian dan ruang sosial untuk sekolah, semuanya dalam di bawah satu bumbung. Sebagai contoh, guru-guru boleh memberi tugasan, ujian dan markah secara maya, sementara para pelajar boleh menghantar kerja rumah mereka dan menyemak markah yang diperolehi melalui VLE Frog. Ibu bapa pula boleh berkomunikasi dengan guru-guru, dan pihak pentadbir sekolah boleh menyusun takwim sekolah dengan memaparkan notis melalui Internet (KPM, 2012). 781 The 4th International Conference on Learner Diversity (ICELD 2014) VLE Frog diperkenalkan sebagai satu strategi baru dalam kaedah pembelajaran bagi menggantikan sistem pendidikan yang lama. Tujuannya untuk membantu pelajar agar dapat memperolehi maklumat, menyesuaikan maklumat dan mengaplikasikannya. Sesungguhnya, sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia akan dapat memperkembangkan potensi individu sepenuhnya. Peranan pendidikan amat penting dalam menjayakan Misi Nasional yang

menekankan tentang pembangunan modal insan ‘minda kelas pertama’ dan bina upaya sebagai pendekatan utama bagi melonjak ke status negara maju. Dua daripada kelimalima teras Misi Nasional iaitu teras kedua dan teras ketiga ada menyatakan peranan

(3)

Pendidikan (PIPP) yang dilancarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (2006) turut meletakkan isu ICT dalam pendidikan antara isu yang diberi penekanan utama. Dalam Teras Strategik PIPP yang keempat iaitu Merapatkan Jurang Pendidikan, antara jurangjurang pendidikan yang diberi perhatian adalah Jurang Digital. Jurang digital merupakan

perbezaan daripada segi akses kepada kemudahan ICT antara lokasi dan penguasaan kemahiran ICT di kalangan pelajar dan guru. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah berusaha keras untuk memastikan infrastruktur, perkakasan, perisian dan latihan yang mencukupi diberi kepada sekolah-sekolah di kawasan luar bandar yang kurang terdedah dengan ICT. Sejajar dengan program pembestarian sekolah, semua sekolah luar bandar disasarkan untuk dilengkapi dengan makmal komputer, bilik komputer dan perkakasan yang mencukupi. Selain itu, sekolah-sekolah juga dirangkaikan dengan akses capaian internet jalur lebar SchoolNet dan pusat akses turut dibina di sebahagian sekolah

luar bandar dan pedalaman. Untuk mencapai hasrat Kementerian dalam mewujudkan Persekitaran

Pembelajaan Maya (VLE), Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama YTL Communication telah memperuntukkan lebih dari 1 juta ringgit untuk mendapatkan lesen menggunakan VLE Frog sehingga tahun 2015 daripada syarikat yang

membangunkan platfrom ini di United Kingdom. VLE Frog adalah platform berteras cloud yang fleksibel dan boleh diakses dimana-mana jua dari luar kawasan sekolah. Fail dan data yang disimpan di cloud boleh diakses dimana-mana sahaja pada bila-bila masa dengan capaian Internet. Malah, pengguna diberi akses percuma ke VLE setiap kali log masuk dari rangkaian Yes dengan menggunakan ID log masuk VLE. Yes merupakan salah sebuah syarikat yang bertanggungjawab untuk membekalkan kemudahan internet kepada pengguna di Malaysia. Samada menggunakan rangkaian Yes atau Yes Hotspot tiada caj yang dikenakan bagi penggunaan VLE.

VLE Frog adalah satu sistem berasaskan web yang menyerupai dunia pendidikan sebenar dengan mengintegrasikan pendidikan konvensional dalam persekitaran maya. Sebagai contoh, guru boleh berkongsi maklumat, memberi tugasan, membuat ujian dan menanda tugasan secara maya manakala pelajar pula boleh menyiapkan kerja rumah dan melihat keputusan mereka melalui VLE. Pihak pentadbir sekolah pula boleh menyusuan atur kalendar aktiviti sekolah untuk dikongsi dengan pelajar, guru dan ibu bapa secara

(4)

atas talian dan ibu bapa juga boleh melihat perkembangan terkini tentang sekolah secara atas talian di mana jua pada bila-bila masa.

Antara fungsi-fungsi yang disediakan dalam VLE Frog ini adalah : (i) Akademik

a) Sumber rujukan dan pengisian kandungan

Guru boleh memuat naik bahan pengajaran untuk kegunaan pelajar.

b) Kolaborasi dan Perkongsian

Guru boleh saling berkongsi sumber pengajaran dan pembelajaran sesama guru-guru serta pelajar.

c) Tugasan dan semakan elektronik

Tugasan boleh diberikan secara atas talian kepada pelajar dan guru juga boleh menyemak tugasan yang diberi serta memberi

maklumbalas secara atas talian. (ii) Komunikasi

a) Notis

Pihak sekolah dan guru boleh memuat naik notis pemberitahuan kepada pelajar dan guru secara atas talian.

b) Forum

Pelajar dan guru boleh membuat perbincangan dengan menggunakan aplikasi forum.

c) Laman Web

VLE direkabentuk sebagai sebuah laman web untuk dilayari oleh pelajar dan guru bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.

(iii) Pentadbiran

a) Tempahan sumber rujukan

VLE menyediakan kemudahan aplikasi tempahan bilik-bilik khas dan peralatan di sekolah untuk mengelakkan pertindanan

(5)

b) Kalendar

VLE menyediakan kemudahan aplikasi kalendar untuk membolehkan pentadbir menyusun aktiviti tahunan sekolah.

VLE Frog ini bukan sahaja boleh diakses dengan menggunakan komputer, malah boleh juga dilayari dengan menggunakan sebarang peranti elektronik yang mempunyai jaringan internet seperti telefon bimbit, tablet dan sebagainya. Persekitaran Pembelajaran Maya yang interaktif ini diyakini mampu menarik minat pelajar untuk sentiasa belajar di mana jua pada bila-bila masa. Dengan ini, diharapkan projek ini dapat menjadi salah satu pemangkin untuk mencapai matlamat kerajaan dalam RMK-10 iaitu Membangun dan Mengekalkan Modal Insan Bertaraf dunia.

Kini, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Bahagian Teknologi

Pendidikan (BTP) setiap daerah di Malaysia sedang mempergiatkan usaha dalam menyebarkan maklumat tentang VLE Frog ke sekolah-sekolah agar projek ini berjaya dimanfaatkan oleh semua pihak. Guru-guru penyelaras ICT dipanggil untuk menghadiri kursus pengaplikasian VLE Frog yang dikendalikan oleh pihak BTP dan seterusnya mereka bertanggungjawab untuk menyebarkan informasi ini kepada warga sekolah masing-masing melalui kursus dalaman.

1.1 Pernyataan Masalah

Kebanyakan guru tidak mahir dan kurang pendedahan dalam menggunakan aplikasi FROG VLE dalam pdp mereka. Malahan, menurut kajian yang dibuat oleh Mohd Zaaba dan Zurida ( ) kebanyakan guru masih lagi tidak pasti akan keupayaan mereka untuk menggabungjalinkan ICT dalam pdp mereka di kelas. Justeru, adalah penting bagi guru untuk membuat persediaan yang mencukupi agar dapat memenuhi tuntutan dan

jangkaan masyarakat untuk menggabungkan ICT dalam pengajaran. Sikap

serta keyakinan dan efikasi yang tinggi membantu memudahkan proses

peningkatan kemahiran dalam pelaksanaan ICT dalam proses pengajaran dan

(6)

untuk meningkatkan efikasi guru terhadap penggunaan ICT ialah dengan menyediakan latihan kemahiran ICT kerana ia berupaya meningkatkan efikasi guru. Menyokong pendapat Albion (1999) ialah Jones (2002) yang menyatakan bahawa apabila guru menggunakan ICT untuk tujuan pengajaran, keyakinan diri akan muncul sebagai petunjuk yang pcnting ke atas seseorang guru untuk mengajar ICT dalam bilik darjah. Hal ini diperkukuhkan lagi oleh Moersch (2001), bahawa penggunaan ICT dalam pengajaran adalah bergantung kepada keyakinan diri guru untuk mengguna

dan mengendalikan peralatan ICT. Ting dan Woo (2005) mendapati masalah

yang utama dihadapi guru yang kurang atau tidak menggunakan komputer untuk membantu pengajaran dan pembelajaran mereka adalah kekangan masa untuk menghabiskan silibus. Perkara ini dilihat oleh pengkaji akan menjadi isu kepada kurangnya minat guru untuk menggunakan aplikasi yang melibatkan internet kerana mereka terpaksa memilih dan menilai bahan yang bersesuaian untuk dikongsikan bersama pelajar. Guru di sekolah sewajarnya bersikap kreatif dan inovatif dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran, terutamanya dengan mengaplikasikan penggunaan komputer dalam pembelajaran seharian. Hoy, Bayne dan Wood (2000), turut menyatakan pandangan mereka iaitu pendidik harus dinamik dan bersikap proaktif serta responsif terhadap sebarang perkembangan pendidikan semasa. Oleh yang demikian, dalam kajian tindakan ini, penyelidik memberi fokus terhadap aspek pengetahuan dan kemahiran dalam usaha membantu guru menguasai VLE Frog dengan mudah. Berdasarkan fenomena-fenomena dan dapatan-dapatan tersebut, pengkaji berhasrat mengenalpasti tentang tahap pengetahuan guru-guru sekolah terhadap penggunaan aplikasi VLE Frog dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

-Guru tidak menggunakan peralatan dan kemudahan ICT yang disediakan oleh KPM dalam pdp. Para guru perlu mencari idea pembelajaran dan bahan bantu mengajar yang menarik untuk memotivasikan

(7)

minat dan mewujudkan daya tarikan dalam proses pembelajaran kurikulum pendidikan (Liew 2007; Sharifah Nor 2010). Guru masa kini semakin berpengetahuan dan peka dengan persediaan menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Fisher (2003), di negara Barat peningkatan pengintegrasian ICT dalam bilik darjah amat memberangsangkan sejak tiga puluh tahun yang lalu. Dalam era ICT yang berkembang hebat guru perlu memfokus dua bidang utama. Bidang pertama melibatkan pembelajaran menggunakan teknologi di mana guru didedahkan dengan pelbagai kemahiran bagaimana menggunakan ICT dari aspek pengurusan hal peribadi sehinggalah aspek profesional. Guru melalui proses pembelajaran mengenai ICT sama seperti mereka mempelajarinya di sekolah. Kecekapan ICT ini dikenali sebagai literasi ICT meliputi pengetahuan tentang konsep asas dan operasi ICT. Aspek yang terkandung dalam literasi ICT termasuklah konsep asas ICT, penggunaan komputer, pemprosesan perkataan, hamparan elektronik, pangkalan data, pengurusan fail, penghasilan dokumen, persembahan, serta informasi dan komunikasi (Norton & Wiburg 2003). Guru didedahkan dengan pelbagai kaedah bagaimana ICT digunakan sebagai medium untuk mengakses maklumat daripada Internet, mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi atau melihat demontrasi sesuatu kejadian, membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran seperti menghasilkan karangan, melakar gambar dan sebagainya (Maier & Warren 2002; Jonassen

2003). Parker (2008) dalam kajiannya mendapati pengajaran menggunakan ICT meningkatkan minat

dan perhatian murid, menggalakkan maklum balas, menawarkan pengalaman pembelajaran

intelektual, membantu perkembangan literasi serta kemahiran pemikiran tahap tinggi dalam kalangan

murid. Oleh yang demikian perubahan-perubahan pedagogi menggunakan ICT adalah perlu dalam

(8)

usaha menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik lagi berkesan

(Mohd. Arif & Rosnaini 2002; Fauziah Ahmad 2006). Pengetahuan yang kurang menyebabkan guru tidak berminat untuk menggunakan VLE Frog di dalam proses PdP penyataan ini disokong oleh Othman dan Lukman (2008) minat merupakan satu sifat afektif berfungsi untuk mendorong guru-guru ke arah membudayakan penggunaan ICT khususnya berkaitan dengan tugas pengajaran. Minat terhadap ICT juga seterusnya akan meningkatkan kesediaan guru-guru untuk memajukan diri sendiri serta mengubah sikap ke arah yang lebih positif. Oleh yang demikian, latihan yang berterusan perlu diberikan kepada guru supaya mendapat pendedahan yang secukupnya berkaitan dengan penggunaan VLE Frog bagi meningkatkan minat guru menggunakan VLE Frog dalam proses PdP.

-Aplikasi Frog VLE adalah tidak mesra pengguna, sering mengalami gangguan dan pelbagai masalah. Langkah awal dalam merealisasikan gelombang pertama ini telah dijalankan iaitu dengan menyediakan infrastruktur untuk jaringan dan landasan pembelajaran melalui 1BestariNet. 1BestariNet merupakan projek yang diusahakan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Di bawah projek ini, dijangkakan sepuluh ribu buah sekolah rendah dan menengah di seluruh negara akan dilengkapi akses Internet 4G dan Persekitaran Pembelajaran Maya atau turut dikenali sebagai Virtual Learning Environment (VLE) pada penghujung 2013. Sambungan internet berkelajuan tinggi dan akses kepada Penyelesaian Pembelajaran Bersepadu (Integrated Learning Solution) bertaraf dunia akan menjadi pemangkin kepada penerapan ICT dalam operasi harian kementerian, dan mampu memacu Malaysia ke barisan hadapan inovasi ICT dalam pendidikan. Kementerian akan memastikan semua guru dilatih dan cekap menggunakan VLE

menjelang 2015. Visi 1BestariNet adalah mengubah platform pendidikan di Malaysia serta merapatkan jurang digital di antara murid kawasan bandar dan luar bandar dengan menyediakan pendidikan berteras Internet yang berkualiti kepada semua rakyat Malaysia. Inisiatif kerajaan ini bakal menjadikan Malaysia negara pertama di dunia yang

(9)

Malaysia.

-Kesukaran pelajar luar Bandar untuk capaian internet dan mengakses penggunaan FROG VLE. Menurut Alessi dan Trollip (2001) pembelajaran menerusi ICT mempunyai banyak kelebihan. Antara kelebihan itu ialah: murid boleh mencapai bahan pembelajaran pada bila-bila masa dan di mana jua mereka berada; bahan pembelajaran boleh dirangkaikan daripada sumber tambahan yang terdapat di seluruh dunia; pengurusan dan mengemas kini bahan menjadi semakin mudah dan pantas; dan pelbagai bentuk saluran komunikasi boleh disediakan bagi kegunaan pelajar dan guru. Jonassen (2003) pula berpandangan

kemudahan hiperteks dan hipermedia dalam ICT dapat menyediakan suasana pembelajaran yang

bercirikan konstruktif. Penggunaan ICT menjadikan proses pencarian maklumat menyeronok dan

menghiburkan. Interaktiviti membolehkan proses latihan atau pengajaran dijalankan mengikut

kesesuaian, keperluan dan cita rasa pelajar. Isu pertama yang perlu diberi perhatian dalam memastikan projek VLE Frog

ini dapat digunakan secara optimum adalah kesediaan dari aspek kelengkapan ICT di sekolah. Semenjak tahun 1999 hingga 2010, pihak Kementerian telah melaburkan lebih kurang RM6 bilion untuk inisiatif ICT dalam pendidikan. Sebanyak RM 2.6 bilion dari dana tersebut diperuntukkan kepada penyediaan makmal komputer tambahan bagi menyokong program PPSMI dan RM2.5 bilion diperuntukkan untuk membina makmal komputer di setiap sekolah. Walaubagaianapun, kajian yang dilaksanakan oleh pihak Kementerian pada tahun 2010 mendapati penggunaan ICT di sekolah adalah terhad. Hampir 80% guru menggunakan ICT kurang daripada 1 jam seminggu dan hanya satu pertiga pelajar menyatakan guru mereka kerap menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut kajian yang dijalankan oleh Yusof Boon dan Sani Ngatimin

(10)

(2008), tahap penggunaan makmal komputer di sekolah berada pada tahap yang sederhana dan antara masalah utama yang dihadapi dalam penggunaan makmal

komputer di sekolah adalah kelewatan penyelenggaraan komputer-komputer yang rosak. Berdasarkan kajian-kajian tersebut, didapati pihak kementerian sudah mengambil

langkah bijak dengan memperuntukkan satu nilai yang besar untuk kelengkapan

infrastruktur ICT di sekolah, namun penggunaan ICT di sekolah masih lagi berada di tahap yang rendah. Walaupun perancangan dan perlaksanaan di peringkat kementerian

kelihatan sempurna, namun secara realitinya masih wujud kepincangan dalam proses perlaksanaan di peringkat sekolah yang perlukan penambahbaikan.

-kekurangan peralatan dan kemudahan di sekolah-sekolah luar bandar menjadikan aplikasi FROG VLE tidak dapat dijalankan. Menurut kajian yang dijalankan oleh Yusof Boon dan Sani Ngatimin (2008), tahap penggunaan makmal komputer di sekolah berada pada tahap yang sederhana dan antara masalah utama yang dihadapi dalam penggunaan makmal komputer di sekolah adalah kelewatan penyelenggaraan komputer-komputer yang rosak. Berdasarkan kajian-kajian tersebut, didapati pihak kementerian sudah mengambil langkah bijak dengan memperuntukkan satu nilai yang besar untuk kelengkapan infrastruktur ICT di sekolah, namun penggunaan ICT di sekolah masih lagi berada di tahap yang rendah. Walaupun perancangan dan perlaksanaan di peringkat kementerian kelihatan sempurna, namun secara realitinya masih wujud kepincangan dalam proses perlaksanaan di peringkat sekolah yang perlukan penambahbaikan.

1.2 Persoalan Kajian

-Kemahiran untuk menggunakan aplikasi ini adalah mengambil masa yang lama dan selalu digunakan namun tuntutan kerja yang tinggi menyebabkan guru tiada masa untuk menggunakannya.

-Guru tidak berminat untuk menggunakan system ini kerana tidak mesra pengguna dan ada banyak kekangan dalam penggunaannya.

(11)

- Kesukaran guru untuk mengubah gaya pdp sehingga menyebabkan pelajar kerugian dalam penerokaan dunia ICT dalam pdp

-Kekangan masa dan tuntutan sukatan matapelajaran untuk dihabiskan menyebabkan guru tidak mahu membuang masa untuk menggunakan FROG VLE dalam pdp

-sistem FROG VLE yang disediakan tidak mesra pengguna

-Aplikasi sistem tidak mesra pengguna dan pelajar sukar untuk mengakses system tersebut atas beberapa kekangan

1.2 Objektif Kajian

kesediaan guru dalam mengintegrasikan VLE Frog dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Fiskie (1991), penggunaan komputer dapat dimanfaatkan dalam tiga cara iaitu (dipetik daripada Zaidatun dan Lim, 2010, m.s 2) :

i. sebagai alat penyediaan bahan bantu mengajar. ii. sebagai media pengajaran dan pembelajaran.

iii. memudahkah pengurusan maklumat di kalangan guru di sekolah. Kajian daripada Fiskie ini adalah selari dengan konsep yang cuba diterapkan dalam VLE Frog. Pihak Kementerian melalui Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dan Pusat Kegiatan Guru Daerah sedang giat melaksanakan kursus penyebaran penggunaan VLE Frog di kalangan guru di sekolah-sekolah agar dapat diimplementasikan di peringkat sekolah. Menurut kajian yang dijalankan oleh Zainuddin (2004), guru dan pelajar mempunyai persepsi yang positif dalam penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru berperanan besar dalam menggerakkan pelajar untuk mengintegrasikan

(12)

pembelajaran dalam persekitaran maya dan sekaligus membudayakan sikap cintakan ilmu dalam kehidupan. Oleh itu, kesediaan guru adalah penting dalam memastikan pelaburan lebih dari RM1 juta oleh pihak kementerian tidak berakhir dengan pembaziran semata-mata.

Seterusnya adalah kesediaan pelajar untuk menyahut cabaran dunia pendidikan pada masa kini yang lebih kepada pembelajaran akses kendiri berbanding kebergantungan kepada guru di bilik darjah semata-mata. VLE Frog yang disediakan oleh pihak kementerian kepada warga sekolah termasuk guru, pelajar dan ibu bapa direka dengan antaramuka yang mesra pengguna dan mudah diakses tanpa perlu

pendedahan yang terperinci. Konsep yang digunakan dalam mengaplikasikan VLE Frog ini adalah sama dengan penggunaan laman sosial lain seperti blogspot dan laman facebook. Menurut Siti Ezaleila dan Azizah (2011), rakyat Malaysia meluangkan purata masa hampir 20 jam seminggu di laman sosial untuk tujuan komunikasi, perkongsian maklumat serta hiburan. Mereka juga bersetuju bahawa laman sosial merupakan satu platform tambahan kepada interaksi luar talian yang biasa digunakan dan diyakini mampu menggantikan komunikasi lain dalam masa terdekat. Menurut Rossafri dan Shabariah (2011), kaedah pembelajaran menggunakan laman sosial iaitu facebook dapat meningkatkan motivasi dan kefahaman pelajar. Berdasarkan kajian tersebut, sepatutnya tidak wujud masalah yang besar kepada pelajar dari segi kemahiran untuk menggunakan platform pembelajaran maya yang disediakan oleh pihak kementerian ini.

Walaubagaimanapun, sejauh mana motivasi pelajar untuk mengakses VLE Frog ini berbanding dengan laman-laman sosial yang lain? Adakah VLE Frog ini mempunyai faktor-faktor yang mampu menarik pelajar untuk menggunakannya dalam meningkatkan ilmu pengetahuan secara akses kendiri?

Untuk mengkaji tahap Kesediaan Guru Dalam Menggunakan FROG VLE di sekolah Luar Bandar. Menurut Fiskie (1991), penggunaan komputer dapat dimanfaatkan dalam tiga cara iaitu (dipetik daripada Zaidatun dan Lim, 2010, m.s 2) :

(13)

i. sebagai alat penyediaan bahan bantu mengajar. ii. sebagai media pengajaran dan pembelajaran.

iii. memudahkah pengurusan maklumat di kalangan guru di sekolah.

Kajian daripada Fiskie ini adalah selari dengan konsep yang cuba diterapkan dalam VLE Frog. Pihak Kementerian melalui Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dan Pusat Kegiatan Guru Daerah sedang giat melaksanakan kursus penyebaran penggunaan VLE Frog di kalangan guru di sekolah-sekolah agar dapat diimplementasikan di peringkat sekolah. Menurut kajian yang dijalankan oleh Zainuddin (2004), guru dan pelajar mempunyai persepsi yang positif dalam penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru berperanan besar dalam menggerakkan pelajar untuk mengintegrasikan pembelajaran dalam persekitaran maya dan sekaligus membudayakan sikap cintakan ilmu dalam kehidupan. Oleh itu, kesediaan guru adalah penting dalam memastikan pelaburan lebih dari RM1 juta oleh pihak kementerian tidak berakhir dengan pembaziran semata-mata.

1.4 Metodologi Kajian 1.4.1 Reka Bentuk Kajian

Penyelidikan ini akan dijalankan dengan menggunakan pendekatan kajian tinjauan.

1.4.2 Lokasi Kajian

Lokasi penyelidikan ialah di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan,Malaysia.

(14)

Sampel dipilih berdasarkan persampelan bertujuan. Ini berdasarkan kepada pendapat Chua Yan Piaw bahawa persampelan bertujuan (Purposive sampling) merujuk kepada prosedur persampelan di mana sekumpulan subjek yang mempunyai ciri-ciri tertentu dipilih sebagai responden kajian. Oleh yang demikin, penyelidikan ini menggunakan persampelan bertujuan yang mana hanya pelajar kemurungan yang dikenal pasti melalui soal selidik inventori Beck akan dipilih sebagai sampel kajian.

1.4.4 Pengumpulan Data

Patton (1980) menyatakan terdapat tiga jenis temu bual iaitu temu bual formal, temu bual tidak formal dan temu bual terbuka. Merriem (1998) menyatakan pula terdapat tiga jenis temu bual iaitu temu bual berstruktur, temu bual separa berstruktur dan temu bual tidak berstruktur.

Dalam penyelidikan ini, penyelidik akan menggunakan kaedah kulitatif iaitu temu bual dengan kaunselor dan sampel untuk mendapatkan data serta maklumat. Temu bual secara separa berstruktur dengan menggunakan protokol temu bual. Soalan temu bual dibina oleh penyelidik berdasarkan persoalan kajian seperti profil pelajar kemurungan, faktor-faktor penyebab kemurungan dan salah laku yang dilakukan pelajar yang mengalami kemurungan.

Kajian kepustakaan juga digunakan bagi memperoleh kajian lepas berkaitan pendekatan kaunseling, pendekatan kaunseling Islam dan masalah kemurungan meliputi faktor penyebab kemurungan, salah laku yang dilakukan pelajar mengalami kemungan.

Manakala kaedah kauntitaitf juga berbentuk soal selidik akan digunakan bagi mengenal pasti latar belakang pelajar yang mengalami kemurungan,

(15)

menganalisis faktor-faktor penyebab berlakunya kemurungan, salah laku yang dilakukan pelajar yang mengalami kemurungan. Soal selidik Inventori Beck yang diubahsuai .

1.3.5 Penganalisisan Data

Data yang diperolehi akan diproses dengan menggunakan program Statistic Package for Sosial Science (SPSS).

1.5 Limitasi Kajian

Kajian ini hanya akan melibatkan pelajar Islam Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang mengalami masalah kemurungan.

1.6 Tinjauan Literatur

1.7 Kerangka Kerja Teoritikal

Kajian ini menggunapakai konsep kerangka Technology Acceptance Model (TAM). Technology Acceptance Model atau model penerimaan teknologi adalah sebuah model teori system maklumat. Model ini adalah bertujuan untuk menjelaskan bagaimana seseorang pengguna itu menerima dan menggunakan teknologi dengan mengambilkira factor tingkah laku pengguna. Model ini juga menerangkan bahawa apabila sesuatu teknologi baru diperkenalkan kepada pengguna, beberapa factor akan memberi kesan kepada keputusan tentang bagaimana dan bila teknologi tersebut akan digunakan.

(16)

MODEL PENERIMAAN TEKNOLOGI

Tahap (Tam) ditentukan oleh 6 faktor iaitu:

1) External- (pembolehubah luaran) – pemboleh ubah luaran akan mempengaruhi perceived usefulness (persepsi faedah pengguna) dan perceived ase of use (persepsi mudah untuk digunakan) secara langsung.

2) Perceived usefulness (persepsi faedah penggunaan) – pengguna percaya bahawa prestasi kerja dapat ditingkatkan dengan menggunakan teknologi/ system.

3) Perceived aese of use (persepsi mudah untuk digunakan) – pengguna percaya bahawa teknologi dapat menyelesaikan masalah dan memudahkan kerja.

4) Attitude toward using (sikap terhadap penggunaan) – sikap mempengaruhi perilakau pengguna dimana penggunaan sesuatu

PERCEIVED/ USEFULLNE SS ACTUAL SYSTEM USE EXTERNAL VARIABLES ATTITUDE TOWARDS USING BEHAVIAOR AL INTENTION IN USE PERCEIVED EASE OF USE

(17)

teknologi akan membentuk penerimaan atau penolakan untuk pengguna menggunakan sesuatu teknologi.

5) Behavioral intention to use (kecenderungan tingkah laku) – pengguna akan mempunyai kecenderungan tingkah laku untuk menggunakan sesuatu teknologi.

6) Actual system usage (penggunaan system sebenar) – pengukuran terhadap perasaan pengguna untuk suatu tempoh masa sesuatu teknologi itu digunakan samada pengguna yakin atau tidak bahawa system tersebut mudah digunakan sekaligus dapat meningkatkan produktiviti kerja mereka.

1.8 Signifikan Kajian

1.9 Definisi Operasional

1.8 Rujukan

BIBLIOGRAFI

Technology acceptancemodel (TAM)

Referensi

Dokumen terkait

Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk menentukan tahap kesediaan kemahiran generik pelajar PKPG yang mengambil mata pelajaran Kemahiran Hidup dalam aspek kemahiran

Jadual 10.2 menunjukkan analisis tahap kemahiran penyelesaian masalah rutin tidak berayat yang menguji tahap kemahiran pelajar dalam menyelesaikan masalah persamaan

Hasil daripada analisis dapatan kajian, rumusan dan perbincangan yang dibuat, maka dapatlah dikatakan bahawa tahap pengetahuan pelajar-pelajar Pendidikan Kemahiran Hidup

kalangan pelajar dari segi aspek komunikasi, penyelesaian masalah dan bekerja dalam kumpulan adalah tinggi. Kemahiran bekerja dalam kumpulan adalah paling tinggi dikuasai

Kajian ini adalab bertujuan untuk menilai sejauh mana MPKK Pembangunan Kemahiran Dalam Penyelidikan dapat membantu pensyarah dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap pengaplikasian kemahiran amali, pengaplikasian pengetahuan daripada segi pengetahuan teori dan

PERBINCANGAN DAN RUMUSAN Berdasarkan dapatan kajian, skor purata persetujuan pelajar terhadap komponen kemahiran generik dalam model penerimaan m-Pembelajaran yang melibatkan

PERBEZAAN DARI SEGI KUMPULAN ETNIK TERHADAP TAHAP KEMAHIRAN Analisis varians terhadap kesan persepsi pelajar daripada kumpulan etnik yang berbeza terhadap tahap kemahiran mendapati