• Tidak ada hasil yang ditemukan

SP 1 : PENGURUSAN AKTIVITI RUTIN PERMATA STANDARD PEMATUHAN 1 PENGURUSAN AKTIVITI RUTIN PERMATA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "SP 1 : PENGURUSAN AKTIVITI RUTIN PERMATA STANDARD PEMATUHAN 1 PENGURUSAN AKTIVITI RUTIN PERMATA"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

PENILAIAN PEMATUHAN

STANDARD PEMATUHAN 1

PENGURUSAN AKTIVITI RUTIN PERMATA

1.1 MENYAMBUT KETIBAAN (ARRIVAL) YA TIDAK CATATAN 1.1.1 Kanak-kanak disambut dengan dengan senyuman

mesra.

1.1.2 Pendidik memberi salam/ucapan “Selamat Pagi” dan bersalam dengan kanak-kanak.

1.1.3 Kanak-kanak menyusun selipar/kasut di rak.

1.1.4 Ibu bapa/penjaga merekod kedatangan kanak-kanak dalam buku rekod kehadiran.

1.1.5 Pendidik bertanya khabar kanak-kanak, memeriksa keadaan fizikal kanak-kanak dan merekodkan dalam buku Log Anak PERMATA.

1.2 CIRCLE TIME / PERJUMPAAN PAGI YA TIDAK CATATAN 1.2.1 Pendidik mengumpulkan semua kanak-kanak mengikut

kumpulan umur dan duduk bersama-sama di ruang utama.

1.2.2 Pendidik memastikan kanak-kanak selesa dan bersedia.

1.2.3 Permulaan: Pendidik memberi salam dan bertanya khabar dengan ceria dan mesra, mengambil kedatangan dan memanggil nama dengan penuh kasih sayang.

1.2.4 Pendidik memulakan dengan doa, diikuti dengan nyanyian lagu NegaraKu, lagu Kebangsaan Negeri dan lagu PERMATA. Pendidik dan kanak-kanak berdiri tegak dan menyanyi dengan penuh bersemangat. (selepas itu teruskan menyanyi lagu-lagu patriotik atau aktiviti bercerita).

1.2.5 Kanak-kanak membaca ikrar (Rukun Negara).

1.2.6 Kanak-kanak melakukan aktiviti senaman/pergerakan kreatif.

SP 1 : PENGURUSAN AKTIVITI RUTIN

PERMATA

(2)

1.3 MAKAN DAN MINUM (PAGI/TENGAHARI/PETANG) YA TIDAK CATATAN Sebelum Makan

1.1.1 Kanak-kanak beratur mengikut kumpulan dan mencuci tangan.

1.1.2 Kanak-kanak duduk dengan selesa dan menunggu makanan dihidangkan atau mengambil sendiri makanan masing-masing.

1.1.3 Kanak-kanak membaca doa (bersama pendidik) sebelum makan.

Semasa Makan YA TIDAK CATATAN

1.1.4 Kanak-kanak makan dengan sopan dan tertib (hanya dibantu sekiranya perlu).

1.1.5 Pendidik menjadikan masa makan ceria dan gembira.

1.1.6 Pendidik menggalakkan kanak-kanak menghabiskan makanan yang dihidangkan.

Selepas Makan YA TIDAK CATATAN

1.1.7 Kanak-kanak membersihkan tempat makan, membasuh tangan, mulut dan mengelap tangan dengan tuala.

1.1.8 Kanak-kanak membaca doa lepas makan setelah semua kanak-kanak selesai makan

1.1.9 Kanak-kanak beredar ke ruang aktiviti bebas untuk berehat selepas makan. Pendidik menunggu bersama kanak-kanak.

1.4 MEMBASUH TANGAN YA TIDAK CATATAN

1.4.1 Pendidik memastikan kanak-kanak membasuh tangan dengan betul, menggunakan sabun dan membilas celah-celah jari dan tapak tangan.

1.4.2 Kanak-kanak mengelap tangan dengan tuala kecil masing-masing.

1.4.3 Kanak-kanak diajar menjimatkan air dengan menutup pili air.

1.5 MENGGOSOK GIGI YA TIDAK CATATAN

1.5.1 Pendidik memastikan kanak-kanak menggunakan ubat gigi, memberus gigi, berkumur dan mencuci mulut dengan betul, kemudian menyimpan berus gigi di tempat asal.

1.5.2 Kanak-kanak mengelap mulut dan tangan dengan tuala kecil masing-masing.

1.6 MANDI YA TIDAK CATATAN

(3)

1.6.1 Kanak-kanak yang sudah berdikari (3-4 tahun) Sebelum Mandi

1.6.1.1 Kanak-kanak mengeluarkan pakaian ganti. Pendidik membantu kanak-kanak yang masih perlu bantuan.

1.6.1.2 Kanak-kanak lelaki dan perempuan diasingkan 1.6.1.3 Kanak-kanak menanggalkan pakaian dan memakai

tuala dalam kumpulan kecil (2-3 orang), manakala yang lain menjalankan aktiviti bebas sambil menunggu giliran.

1.6.1.4 Kanak-kanak melipat dan memasukkan pakaian kotor ke dalam beg pakaian kotor masing-masing.

1.6.1.5 Kanak-kanak bersedia untuk mandi dalam kumpulan kecil (2-3 orang).

Semasa Mandi YA TIDAK CATATAN

1.6.1.6 Kanak-kanak digalakkan membuang air dan mencuci bahagian sulit sebelum mandi.

1.6.1.7 Pendidik memastikan kanak-kanak membasahkan seluruh anggota badan.

1.6.1.8 Pendidik memastikan kanak-kanak meratakan sabun/gel mandian ke seluruh anggota badan termasuk pelipat dan bahagian sulit.

1.6.1.9 Sekiranya kanak-kanak mencuci rambut, Pendidik memastikan syampu diguna dalam kuantiti yang sesuai.

1.6.1.10 Pendidik memastikan kanak-kanak membilas seluruh anggota badan dengan sempurna.

1.6.1.11 Pendidik memastikan kanak-kanak menutup pili air selepas mandi.

1.6.1.12 Pendidik membantu kanak-kanak mengelap badan dari bahagian kepala hingga ke kaki termasuk bahagian pelipat dan bahagian sulit sehingga kering.

1.6.1.13 Pendidik memastikan kanak-kanak memakai tuala ketika keluar dari bilik mandi.

Selepas Mandi YA TIDAK CATATAN

1.6.1.14 Pendidik menggalakkan kanak-kanak memakai baju dan mengemas diri sendiri (hanya beri bantuan jika perlu).

1.6.1.15 Kanak-kanak menyidai tuala di tempat yang disediakan.

1.6.1.16 Kanak-kanak menyimpan semua alatan/sikat/

losyen/beg pakaian yang telah digunakan.

(4)

1.6.2 Kanak-kanak yang belum berdikari (1-2 tahun) Sebelum Mandi

1.6.2.1 Pendidik membantu kanak-kanak mengeluarkan pakaian ganti.

1.6.2.2 Pendidik mengasingkan kanak-kanak lelaki dan perempuan

1.6.2.3 Pendidik membantu menanggalkan pakaian dan memakaikan tuala kepada 2-3 orang kanak-kanak, manakala yang lain bermain bebas sambil

menunggu giliran.

1.6.2.4 Pendidik membantu kanak-kanak melipat dan memasukkan pakaian kotor ke dalam beg pakaian kotor masing-masing.

1.6.2.5 Kanak-kanak bersedia untuk mandi dalam kumpulan kecil (2-3 orang).

Semasa Mandi YA TIDAK CATATAN

1.6.2.6 Pendidik menggalakkan kanak-kanak membuang air dan mencuci bahagian sulit sebelum mandi.

1.6.2.7 Pendidik membantu kanak-kanak membasahkan seluruh anggota badan.

1.6.2.8 Pendidik membantu kanak-kanak meratakan sabun/gel mandian ke seluruh anggota badan termasuk pelipat dan bahagian sulit.

1.6.2.9 Sekiranya kanak-kanak mencuci rambut, Pendidik membantu mensyampu rambut kanak-kanak.

1.6.2.10 Pendidik membantu kanak-kanak membilas seluruh anggota badan dengan sempurna.

1.6.2.11 Pendidik menggalakkan kanak-kanak menutup pili air selepas mandi.

1.6.2.12 Pendidik membantu kanak-kanak mengelap badan dari bahagian kepala hingga ke kaki termasuk bahagian pelipat dan bahagian sulit sehingga kering.

1.6.2.13 Pendidik membantu kanak-kanak memakai tuala ketika keluar dari bilik mandi.

Selepas Mandi YA TIDAK CATATAN

1.6.2.14 Pendidik menggalakkan/membantu kanak-kanak memakai baju dan mengemas diri sendiri.

1.6.2.15 Kanak-kanak diajar menyidai tuala di tempat yang disediakan.

1.6.2.16 Kanak-kanak diajar menyimpan semua alatan/sikat/

losyen/beg pakaian yang telah digunakan.

1.6 MANDI YA TIDAK CATATAN

(5)

1.6.3 Memandikan Bayi Sebelum Mandi

1.6.3.1 Pendidik basuh tangan terlebih dahulu dan memastikan kepanasan air.

1.6.3.2 Pendidik menanggalkan pakaian dan lampin bayi, membalutnya dengan tuala - bersedia untuk mandi.

Semasa Mandi YA TIDAK CATATAN

1.6.3.3 Kaki bayi dibasahkan dan bayi dimasukkan perlahan- lahan ke dalam besen yang beralas.

1.6.3.4 Pendidik membersih muka, mata, telinga dan hidung bayi dengan betul.

1.6.3.5 Pendidik memandikan bayi dengan teknik yang betul.

Selepas Mandi YA TIDAK CATATAN

1.6.3.6 Bayi diletakkan di atas tuala kering, digosok losyen/

minyak dan dilakukan urutan ringan (2-3 minit).

Sambil mengurut, Pendidik bercakap dengan bayi dengan mesra dan kasih sayang.

1.6.3.7 Bayi dipakaikan pakaian dengan cara yang betul.

1.7 REHAT DAN TIDUR YA TIDAK CATATAN

Sebelum Tidur

1.7.1 Kanak-kanak diasingkan mengikut jantina.

1.7.2 Pendidik pastikan kanak-kanak berpakaian bersih dan selesa.

1.7.3 Kanak-kanak digalakkan menyiapkan sendiri tempat tidur mereka.

1.7.4 Kanak-kanak Muslim membaca doa tidur.

1.7.5 Pendidik memperdengarkan alunan zikir atau muzik yang menenangkan.

1.7.6 Pendidik membacakan buku cerita kepada kanak- kanak belum mahu tidur/sukar untuk tidur

Semasa Tidur YA TIDAK CATATAN

1.7.7 Lampu dipadam dan suasana bilik tidak terlalu terang atau gelap.

1.7.8 Pastikan suasana sekeliling senyap, Cuma ada alunan zikir/muzik sepanjang masa tidur.

1.7.9 Perlu ada orang dewasa mengawasi setiap kumpulan kanak-kanak yang sedang tidur.

1.7.10 Pastikan muka bayi/kanak-kanak tidak ditutupi selimut.

1.7.11 Pastikan botol susu tidak dibiar berada dalam mulut

(6)

1.7.12 Kanak-kanak yang tidak mahu tidur, dipastikan ia dapat berbaring dan berehat di tempatnya atau berikan aktiviti yang senyap dan tidak mengganggu rakan-rakan yang sedang tidur.

Selepas Bangun Tidur YA TIDAK CATATAN

1.7.13 Kanak-kanak membaca doa selepas bangun tidur.

1.7.14 Kanak-kanak mengemas tempat tidur masing-masing dan membantu rakan-rakan.

1.7.15 Kanak-kanak bersedia untuk mandi dan menyalin pakaian.

1.8 LOG HARIAN ANAK PERMATA DAN REKOD

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK YA TIDAK CATATAN

1.8.1 Log Harian Anak PERMATA

1.8.1.1 Setiap kanak-kanak mesti ada Log Harian masing- masing.

1.8.1.2 Pendidik mencatat dan menuliskan apa yang berlaku sepanjang hari kepada kanak-kanak semasa berada di pusat/taska dalam buku Log ini. Buku Log Harian Anak diserah kepada ibu bapa semasa mengambil kanak-kanak pulang.

1.8.1.3 Ibu bapa menyemak Log Harian Anak tiap-tiap hari dan mengisi maklumat yang berkaitan dan

menyerahkan kepada Pendidik di waktu pagi semasa datang ke pusat/taska.

1.8.2 Rekod Anekdot dan Rekod Berterusan YA TIDAK CATATAN 1.8.2.1 Pendidikan menulis rekod anekdot setiap kanak-

kanak sekurang-kurangnya sekali seminggu.

1.8.2.2 Pendidik juga menyediakan rekod berterusan berkaitan perkembangan kanak-kanak berasaskan pemerhatian semasa sesuatu peristiwa tertentu.

1.8.3 Senarai Semak Perkembangan Kanak-kanak YA TIDAK CATATAN 1.8.3.1 Pendidik menggunakan Senarai Semak untuk

memerhati dan merekod perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak – bagi menentukan sekiranya pekembangan/pertumbuhan adalah normal atau tidak secara berkala dan berterusan.

1.8.3.2 Pendidik menggunakan Senarai Semak yang sesuai dengan umur kanak-kanak.

1.8.4 Portfolio Anak PERMATA YA TIDAK CATATAN

1.8.4.1 Pendidik menyediakan portfolio (koleksi bahan- bahan hasil pembelajaran dan pencapaian) setiap kanak-kanak yang disimpan dalam folder, fail, kotak atau dalam bentuk CD untuk boleh ditunjukkan semasa perbincangan dengan ibu bapa.

1.9 PULANG YA TIDAK CATATAN

(7)

1.9.1 Pendidik memastikan barangan kanak-kanak semuanya telah dimasukkan ke dalam beg.

1.9.2 Kanak-kanak membawa beg keluar dan menyusun ke tempat yang disediakan.

1.9.3 Kanak-kanak berkumpul dalam kumpulan kecil dan berbincang dengan Pendidik apa yang telah dipelajari pada hari tersebut (membuat refleksi).

1.9.4 Kanak-kanak membuat aktiviti bebas (bermain dengan blok, puzzle, buku ceria, dsb) atau aktiviti luar

(berbasikal, main bola, dsb) sementara menunggu kedatangan ibu bapa.

1.9.5 Pendidik dan kanak-kanak mengucap salam kepada ibu bapa yang datang.

1.9.6 Pendidik menyerahkan buku Log Harian Anak PERMATA (dan maklumat tertentu misalnya ada kecederaan kanak-kanak, dsb) kepada ibu bapa.

1.9.7 Ibubapa/penjaga menandatangani buku rekod keluar kanak-kanak.

1.9.8 Kanak-kanak bersalam dengan Pendidik dan mengucapkan selamat tinggal.

 

Referensi

Dokumen terkait

Adanya variasi waktu penahanan yang diberikan pada briket batok kelapa muda pada proses pirolisis fluidisasi bed menggunakan media gas argon, mampu memperbaiki

Dengan mengucapkan syukur Alhamdulillah kehadirat Allah Yang Maha Kuasa karena dengan rahmat dan karunia-Nya tesis yang berjudul “ANALISIS TENTANG KONSOLIDASI TANAH PADA DESA

1) Fokus sasaran: balita pada rumahtangga miskin, terutama balita laki-laki berusia 1- 3 tahun dengan jenis kelamin laki-laki, dengan tetap tidak mengabaikan balita perempuan. 2)

[r]

Penelitian ini secara umum bertujuan menganalisis pengaruh pola asuh belajar, lingkungan pembelajaran, motivasi belajar, dan potensi akademik terhadap prestasi akademik siswa

Dengan dikembangkannya aplikasi Alat Musik Tradisional Jawa Tengah dengan metode single marker dan markerless 3D objek tracking, serta dilakukan pengujian aplikasi

Tugas Akhir ini mengambil judul “ Pengendalian Kualitas Pada Proses Produksi Plastik Injeksi pada Front bumper Spoiler Dengan Menggunakan Metode Failure Mode and

Setelah melalui proses evaluasi dan analisa mendalam terhadap berbagai aspek meliputi: pelaksanaan proses belajar mengajar berdasarkan kurikulum 2011, perkembangan