• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pelanggan AmSignature Priority Banking bermakna pemegang akaun utama yang mendaftar sebagai Pelanggan AmSignature Priority Banking.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Pelanggan AmSignature Priority Banking bermakna pemegang akaun utama yang mendaftar sebagai Pelanggan AmSignature Priority Banking."

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

1 |Terma & Syarat bagi Kempen Deposit untuk Emas Terma & Syarat

Kempen AmBank Deposit For Gold

1. Takrifan

1.1 Untuk tujuan Terma dan Syarat ini, perkataan dan ungkapan berikut akan mempunyai maksud yang diperuntukkan kepadanya kecuali konteks memerlukan yang sebaliknya:- “Bank” bermakna AmBank (M) Berhad (No. Syarikat 8515-D) dan AmIslamic Bank Berhad

(No. Syarikat: 295576-U), syarikat yang telah diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 dan mempunyai alamat berdaftarnya di Tingkat 22, Bangunan AmBank Group, No.55, Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur.

“Kumpulan AmBank” bermakna semua Syarikat dan Syarikat Bersekutu bagi Bank sama ada diperbadankan di dalam atau di luar Malaysia, wujud pada masa ini atau pada masa akan datang dan rujukan kepada ‘Kumpulan AmBank’ dalam Terma dan Syarat dalam dokumen ini akan merangkumi semua atau apa-apa entiti dalam Kumpulan AmBank.

“Pelanggan AmSignature Priority Banking” bermakna pemegang akaun utama yang mendaftar sebagai Pelanggan AmSignature Priority Banking.

“Hari” bermakna Isnin hingga Jumaat yang pejabat berdaftar bagi Bank dibuka, kecuali dinyatakan sebaliknya.

“Notis Terlebih Dahulu” bermakna notis daripada Bank tentang fakta tertentu atau keadaan tertentu yang sekurang-kurangnya dua puluh satu (21) hari kalendar.

“Produk Layak” untuk Peraduan bermakna semua akaun Deposit dan MasterCard Debit yang ditawarkan dan dikeluarkan oleh Bank.

“Produk Layak” untuk Hadiah Percuma Tahun Baharu Cina bermakna semua akaun Deposit dan MasterCard Debit yang ditawarkan dan dikeluarkan oleh Bank kecuali akaun berasaskan Wadiah iaitu Basic Savings Account-i, Basic Current Account-i, Savers’ G.A.N.G. Account-i.

“Pelanggan Sedia Ada” bermakna individu atau bukan individu yang memiliki mana-mana satu Produk sebelum Tempoh Kempen bermula.

“Pelanggan Baharu” bermakna individu atau bukan individu yang tidak memiliki mana-mana Produk Layak dengan Bank sebelum Tempoh Kempen bermula.

“Peserta Layak” bermakna Pelanggan Baharu atau Sedia Ada yang merupakan pemegang akaun utama/prinsipal yang membuka atau mengekalkan Produk Layak semasa Tempoh Kempen.

“Peserta Disenarai Pendek” bermakna Peserta Layak yang disenarai pendek menurut fasal 5.

“Pemenang Berpotensi” bermakna Peserta Disenarai Pendek yang dipilih berdasarkan fasal 8.1.

“Pelanggan Layak” bermakna pelanggan yang layak diberikan hadiah Tahun Baharu Cina berdasarkan fasal 10.2.

(2)

2 |Terma & Syarat bagi Kempen Deposit untuk Emas

“Dana Segar” bermakna wang atau dana yang tidak dipindahkan dari mana-mana Akaun Deposit AmBank dan/atau AmIslamic Bank yang sedia ada. Untuk tujuan Kempen ini, dana yang dipindahkan dari bank lain ke dalam akaun AmBank dan/atau AmIslamic Bank pemegang akaun mestilah telah dipindahkan dalam masa tujuh (7) hari kalendar sebelum peletakan.

“Kempen” bermakna Peraduan Deposit For Gold (“Peraduan”) dan Hadiah Percuma Tahun Baharu Cina yang dianjurkan oleh Bank menurut Terma dan Syarat yang ditetapkan dalam dokumen ini.

1.2 Perkataan yang menandakan seseorang akan merangkumi orang yang masih hidup, dan jika berkenaan, badan atau orang yang diperbadankan atau tidak diperbadankan. Perkataan yang menyatakan bilangan mufrad (

singular

) juga akan merangkumi bilangan jamak (

plural

) dan sebaliknya. Perkataan yang menyatakan jantina lelaki akan merangkumi jantina perempuan dan jantina yang bersifat neutral.

1.3 Istilah “Syarikat Bersekutu” akan membawa makna yang diperuntukkan padanya di bawah Seksyen 2(1) dalam Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, mengikut mana-mana yang berkenaan. Istilah “Syarikat Berkaitan” akan membawa makna yang sama yang diperuntukkan padanya di bawah Seksyen 6 dalam Akta Syarikat 1965.

2. Tempoh Kempen

2.1 Kempen akan berjalan dari 2 Februari 2015 hingga 30 April 2015 (termasuk kedua-dua tarikh) (“Tempoh Kempen”)

2.2 Bank berhak mengubah atau meminda jangka masa Tempoh Kempen atas budi bicara mutlaknya, dengan Notis Terlebih Dahulu.

3. Kelayakan

3.1 Mana-mana Peserta Layak boleh menyertai Kempen ini kecuali:-

a) para pekerja tetap dan/atau kontrak Kumpulan AmBank (termasuklah subsidiari dan syarikatnya yang berkaitan) dan ahli keluarga mereka yang terdekat (pasangan, anak-anak dan ibu bapa);

b) wakil, vendor dan/atau ejen (termasuklah ejen pengiklanan dan promosi) bagi Kumpulan AmBank (termasuklah pekerja, subsidiari dan syarikatnya yang berkaitan) dan ahli keluarga mereka yang terdekat (pasangan, anak-anak dan ibu bapa); dan/atau

c) individu di bawah umur lapan belas (18) tahun

3.2 Peserta Layak Bukan Individu akan terdiri daripada yang berikut sahaja: a) Pemilikan tunggal/perkongsian; dan/atau

b) SME (

Small Medium Enterprise

/Perusahaan Kecil dan Sederhana dengan pusing ganti tahunan kurang daripada RM10 juta); dan/atau

(3)

3 |Terma & Syarat bagi Kempen Deposit untuk Emas

3.3 Kedua-dua Peserta Layak Individu dan Bukan Individu akan diberikan penyertaan automatik tertakluk pada pemenuhan kriteria seperti yang ditetapkan dalam jadual di bawah fasal 5.2. 3.4 Jika Produk Layak dipegang dalam akaun bersama, hanya pemegang akaun bersama yang

pertama dinamakan iaitu pemegang akaun utama layak untuk menyertai Kempen.

3.5 Pelanggan bukan individu juga layak menyertai Kempen ini tetapi hanya satu daripada penandatangan yang dibenarkan akan dianggap sebagai Peserta Layak.

3.6 Bagi Produk Layak yang dipegang sebagai akaun pemegang amanah, Peserta Layak ialah ibu bapa/penjaga sah bagi benefisiari (mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas).

4 Hadiah Peraduan Deposit untuk Emas

4.1 Terdapat 4 kategori hadiah yang akan diberi di bawah Kempenini dan ia adalah seperti berikut:

a) Hadiah Bulanan: 3 gram Emas 999.9 untuk setiap pemenang

60 pemenang setiap bulan; 180 pemenang keseluruhannya sepanjang Peraduan b) Hadiah Ketiga pada penghujung Peraduan

Hadiah Ketiga: 1 x 300 gram Emas 999.9

c) Hadiah Kedua pada penghujung Peraduan

Hadiah Kedua: 1 x 800 gram Emas 999.9 d) Hadiah Utama pada penghujung Peraduan

Hadiah Utama: 1 x 1.8 kilogram Emas 999.9

4.2 Bilangan hadiah maksimum yang berpeluang dimenangi oleh Peserta Layak di bawah Peraduan ini sepanjang Tempoh Peraduan ialah:

• Satu (1) Hadiah Bulanan; dan

• Satu (1) Hadiah Utama atau Hadiah Kedua atau Hadiah Ketiga

5 Penyertaan ke Peraduan

5.1 Peserta Layak tidak akan perlu mendaftar dan akan diberikan penyertaan automatik dengan memenuhi kriteria seperti yang ditetapkan dalam jadual di bawah.

5.2 Pelanggan Sedia Ada berhak untuk mendapatkan dua kali ganda (2X) bilangan penyertaan yang diperolehi oleh Pelanggan-Pelanggan Baru dengan kriteria yang sama seperti mana yang tertera dalam jadual di bawah. Pelanggan AmSignature Priority Banking berhak untuk mendapat sejumlah tiga kali ganda (3X) bilangan penyertaan yang didapati oleh Pelanggan-pelanggan Baru.

Kriteria kelayakan untuk Peserta Layak Bilangan penyertaan automatik bagi Pelanggan Baharu Bilangan penyertaan automatik bagi Pelanggan Sedia Ada Bilangan penyertaan automatik bagi Pelanggan AmSignature Priority Banking Akaun Deposit

(4)

4 |Terma & Syarat bagi Kempen Deposit untuk Emas

5.3 Penyertaan untuk setiap kategori hadiah akan dikira berdasarkan tempoh pengesanan berikut:

i. Hadiah Utama, Hadiah Kedua dan Hadiah Ketiga: 2 Februari 2015 hingga 30 April 2015 ii. Hadiah Bulanan:

Bulan Peraduan Tempoh Pengesanan

Bulan 1 2 Feb 2015 hingga 28 Feb 2015 Bulan 2 1 Mar 2015 hingga 31 Mar 2015 Bulan 3 1 Apr 2015 hingga 30 Apr 2015

6. Pengiraan Deposit Tambahan

6.1 Deposit Tambahan ditakrif sebagai deposit tambahan dalam Akaun Deposit Peserta Layak yang dikira berdasarkan:-

i. Untuk Hadiah Utama, Hadiah Kedua dan Hadiah Ketiga, deposit tambahan akan dikira berdasarkan baki penutupan pada 30 April 2015 ditolak baki pembukaan pada permulaan Tempoh Kempen iaitu 2 Februari 2015.

ii. Untuk kategori Hadiah Bulanan, deposit tambahan akan dikira berdasarkan baki penutupan ditolak baki pembukaan bagi Bulan Peraduan yang dinyatakan dalam fasal 5.3 (ii).

6.2 Untuk Akaun Deposit baharu yang dibuka semasa Tempoh Peraduan, garis dasar untuk mengira Deposit Tambahan ialah Ringgit Malaysia Sifar (RM0).

7. Penyelenggaraan Akaun Deposit

7.1 Peserta Layak harus memastikan bahawa akaun kekal aktif sepanjang Tempoh Kempen, jika gagal Peserta Layak akan dibatalkan kelayakannya secara automatik.

7.2 Status aktif akan bermakna mesti terdapat sekurang-kurangnya satu (1) transaksi yang berasal daripada pelanggan dalam masa dua belas (12) bulan yang lalu (cthnya. transaksi Melalui (a) Setiap tambahan deposit Dana Segar

sebanyak RM1,000 (Ringgit Malaysia Satu Ribu) ke dalam akaun semasa / akaun simpanan

10 20 30

(b) Setiap peletakan Dana Segar sebanyak RM10,000 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu) ke dalam akaun deposit berjangka

5 10 15

Kad Debit

(5)

5 |Terma & Syarat bagi Kempen Deposit untuk Emas

Kaunter (“OTC”), Arahan Tetap (“SI”) dan transaksi mesin layan diri) yang dijalankan oleh pemegang akaun yang sekiranya gagal berbuat demikian, Peserta Layak akan dibatalkan kelayakannya.

7.3 Peletakan deposit yang dibuat melalui cek tertakluk pada penjelasan cek tersebut dan akan hanya dianggap sebagai peletakan deposit yang dibuat oleh Peserta Layak selepas cek dibayar atau dijelaskan dan hanya akan dianggap baik jika tidak dikembalikan sebagai cek tak laku.

7.4 Peserta Layak yang Kad Debit mereka tidak diaktifkan, digantung, dibatalkan dan/atau ditamatkan atas apa-apa jua sebab sekalipun semasa Tempoh Kempen atau semasa pemenuhan Hadiah Kempen, tidak akan layak menyertai Kempen ini.

7.5 Untuk mengelakkan apa-apa keraguan, Bank boleh berhenti menawarkan mana-mana Produk dan/atau menukar Produk terlibat yang sedia ada atas apa-apa jua sebab sekalipun, termasuk tetapi tidak terhad kepada memastikan pematuhan dengan apa-apa undang-undang dan/atau peraturan yang diterima pakai.

8. Mekanisme Pemilihan Pemenang Peraduan

8.1 Pihak Bank akan menggunakan kaedah “pemilihan rawak pacuan sistem” untuk memilih Pemenang Berpotensi daripada Peserta Disenarai Pendek berdasarkan penyertaan yang diberi.

8.2 Pemilihan Pemenang Berpotensi akan dilakukan dalam masa enam puluh (60) hari dari tarikh akhir Tempoh Kempen atau pada bila-bila masa seperti yang dianggap sesuai dan wajar oleh Bank.

8.3 Pemenang Berpotensi untuk Hadiah Utama, Hadiah Kedua dan Hadiah Ketiga akan dihubungi melalui telefon pada bila-bila masa pada waktu pejabat (9.00 pagi - 6.00 petang) dari hari Isnin hingga Jumaat dan sebaik sahaja mereka berjaya dihubungi, Pemenang Berpotensi itu akan dikehendaki menjawab dua (2) soalan dengan tepat. Panggilan telefon yang dibuat kepada Pemenang Berpotensi adalah berdasarkan kepada nombor telefon terkini yang dikemukakan kepada pihak Bank dan ada tercatat di dalam rekod Bank. Peserta yang Layak bertanggungjawab untuk memastikan bahawa alamat dan nombor telefon yang diberi kepada pihak Bank adalah terkini, dan ia dikemaskinikan dengan pihak Bank.

8.3.1 Jika percubaan pertama untuk menghubungi Pemenang Berpotensi gagal (iaitu tiada jawapan, nombor telefon tiada dalam perkhidmatan, tidak dapat dihubungi, dll.), suatu percubaan lagi akan dibuat. Jika percubaan-percubaan seterusnya masih gagal, maka pihak Bank akan membuat pertimbangannya yang muktamad untuk membatalkan Pemenang Berpotensi itu.

8.3.2 Sekiranya Pemenang Berpotensi tersebut tidak dapat menjawab soalan dengan betul, Pemenang Berpotensi seterusnya daripada senarai akan dipilih untuk menjawab soalan. Pemenang Berpotensi yang menjawab soalan dengan betul akan dipilih sebagai pemenang.

8.3.3 Pihak Bank berhak untuk merakam perbualan-perbualan telefon ini dan menggunanya bagi apa juga aktiviti promosi Bank dengan memberi notis terdahulu kepada Peserta yang Layak itu.

8.4 Pemenang Berpotensi untuk Hadiah Bulanan akan dihubungi oleh Bank pada siang hari melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) melalui nombor telefon yang disimpan dalam rekod Bank dan

(6)

6 |Terma & Syarat bagi Kempen Deposit untuk Emas

dikehendaki menjawab satu (1) soalan dengan betul dan memberi respons melalui SMS menurut format, rangka masa dan nombor telefon yang ditetapkan oleh Bank.

8.4.1 Pemenang akan diumumkan berdasarkan enam puluh (60) Pemenang Berpotensi yang pertama setiap bulan yang memberi respons yang betul dalam masa paling pantas. 8.5 Bank mempunyai hak dan budi bicara mutlak untuk mengubah / menyemak semula / meminda

kriteria / mekanisme / proses pemilihan sebagaimana yang dianggapnya sesuai dan wajar pada bila-bila masa dengan memberikan Notis Terlebih Dahulu.

8.6 Bank berhak membatalkan kelayakan Pemenang Berpotensi yang tidak memenuhi fasal 8.4 termasuk dan tidak terhad kepada:

a. Balasan yang tidak dilakukan oleh pemenang berpotensi; b. Balasan SMS pendua dan/atau berbilang;

c. Balasan SMS yang tidak lengkap dan/atau tidak tepat; d. Balasan SMS selepas rangka masa yang ditetapkan;

e. Balasan SMS yang tidak dihantar ke nombor telefon yang dinyatakan; f. Balasan SMS yang tidak menurut format yang dinyatakan; dan

g. Balasan yang tidak berjaya disebabkan kegagalan rangkaian dan/atau gangguan oleh Operator Syarikat Telekomunikasi atas apa-apa jua sebab sekalipun.

8.7 Bank tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa caj Syarikat Telekomunikasi, caj perayauan atau telefon, sama ada di dalam atau di luar Malaysia yang muncul daripada penyertaan dalam Peraduan ini.

8.8 Semua Peserta Layak bertanggungjawab memastikan bahawa nombor mudah alih yang mereka beri merupakan nombor Malaysia yang terkini dan sah serta dikemas kini dengan Bank.

8.9 Pengumuman pemenang akan dibuat di laman web rasmi Bank di www.ambank.com.my dalam masa sembilan puluh (90) hari setelah berakhirnya Tempoh Kempen.

8.10 Bank tidak akan bertanggungjawab sekiranya para Pemenang Berpotensi tidak dapat dihubungi atas apa-apa jua sebab sekalipun.

8.11 Pada masa pemilihan sehingga dan termasuk hari hadiah disampaikan, tertakluk pada kepuasan Bank, Akaun Deposit yang berkaitan milik pemenang MESTI kekal terbuka, aktif dan sah, sekiranya gagal berbuat demikian, Bank dalam melaksanakan budi bicara mutlaknya semata-mata, akan membatalkan kelayakan peserta sedemikian.

9. Penebusan Hadiah Peraduan

9.1 Bank akan mengeluarkan Surat Pengesahan kepada pemenang berdasarkan alamat pemenang yang dikekalkan dalam rekod Bank dalam masa tiga puluh (30) hari dari pengumuman para pemenang di www.ambank.com.my atau pada bila-bila masa yang dianggap sesuai dan wajar oleh Bank

9.2 Pemenang hadiah perlu membawa surat pengesahan dan mengemukakannya kepada cawangan AmBank/AmIslamic Bank atau tempat yang ditetapkan dalam surat pengesahan untuk menebus hadiah.

9.3 Pemenang Peraduan mungkin dikehendaki menghadiri dan menyertai Majlis Penyampaian Hadiah dan/atau apa-apa acara promosi yang dianjurkan oleh Bank pada mana-mana tarikh dan masa yang akan ditentukan oleh Bank. Pemenang akan dimaklumkan oleh Bank melalui panggilan telefon atau apa-apa bentuk komunikasi lain seperti yang dianggap wajar oleh

(7)

7 |Terma & Syarat bagi Kempen Deposit untuk Emas

Bank berkenaan dengan tarikh, masa dan tempat yang khusus untuk Majlis Penyampaian Hadiah dan/atau apa-apa acara promosi yang akan diadakan oleh Bank. Jika percubaan pertama untuk menghubungi pemenang gagal, percubaan kedua akan dibuat. Sekiranya percubaan kedua itu juga gagal, tiada lagi percubaan akan dibuat oleh Bank untuk memaklumkan kepada pemenang.

9.4 Hadiah akan diberi atau dikeluarkan atas nama pemenang dan ia tidak boleh dipindah milik. 9.5 Pemenang bertanggungjawab untuk membayar semua dan apa-apa cukai, kos sampingan

tidak terhad kepada mana-mana cukai yang dikenakan, dan semua perbelanjaan peribadi yang lain dan/atau apa-apa caj lain berkaitan dengan kutipan mana-mana hadiah dan / atau Peraduan.

9.6 Sekiranya pemenang mengeluarkan wang tambahan atau menutup akaun dalam jangka masa Tempoh Peraduan atau semasa pemenuhan Hadiah Peraduan, atas apa-apa jua sebab sekalipun, pemenang akan dibatalkan kelayakan secara automatik.

9.7 Bank tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa cukai, kos sampingan, caj dan/kerosakan yang disebabkan hadiah dan apa-apa yang tidak dipenuhi oleh mana-mana ejen / pengedarnya.

9.8 Bank tidak akan bertanggungjawab dan ia juga tidak akan menerima apa-apa bentuk liabiliti walau apa pun sifatnya dan walau macam mana pun ia timbul atau dialami oleh pemenang (termasuk kecuaian) berkaitan dengan kematian, kecederaan, apa-apa kerugian, kerosakan atau kemalangan yang timbul daripada penggunaan hadiah yang dimenangi oleh pemenang. 9.9 Bank dengan jelas mengecualikan dan menafikan apa-apa representasi, waranti atau

pengendorsan, tersurat atau tersirat, bertulis atau lisan berkaitan dengan kualiti atau kesesuaian hadiah. Bank juga tidak memikul tanggungjawab untuk menyelesaikan pertikaian dengan pengilang atau pembekal hadiah dan pemenang juga perlu berurusan terus dengan pengilang atau pembekal untuk semua maklumat waranti.

9.10 Bank berhak membatalkan kelayakan atau menarik balik hadiah yang diberi kepada pemenang jika individu sedemikian telah melakukan penipuan atau tindakan salah berhubung dengan akaun mereka.

10. Hadiah Percuma Tahun Baharu Cina

10.1 Terdapat 2 jenis hadiah Tahun Baharu Cina yang akan diberi dalam Tempoh Kempen iaitu Mainan Lembut Kambing dan Payung Perayaan. Jadual berikut menetapkan kriteria untuk dipenuhi oleh Pelanggan Layak agar berhak menerima item premium.

10.2 Secara keseluruhannya, akan terdapat 26,000 Payung Perayaan dan 10,000 Mainan Lembut Kambing untuk diberikan di cawangan-cawangan di seluruh negara.

Akaun Deposit Hadiah Percuma Tahun Baharu Cina

Deposit minimum dana segar sebanyak RM 2,000 (Ringgit Malaysia Dua Ribu) ke dalam

(8)

8 |Terma & Syarat bagi Kempen Deposit untuk Emas

 Deposit minimum dana segar sebanyak RM5,000 (Ringgit Malaysia Lima Ribu) bagi Individu dan dana segar sebanyak RM10,000 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu) bagi Bukan Individu ke dalam akaun semasa /simpanan; atau

 Minimum Dana Segar sebanyak RM20,000 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Ribu) ke dalam akaun deposit berjangka

Payung Perayaan

10.3 Tertakluk pada Fasal 10.1, setiap Pelanggan Layak akan berhak menerima hadiah apabila mereka mendepositkan dana segar ke dalam akaun deposit mereka Melalui Kaunter (OTC -

Over the Counter

) semasa Tempoh Kempen.

10.4 Setiap Pelanggan Layak berhak menerima maksimum satu (1) Mainan Lembut Kambing dan satu (1) Payung Perayaan sepanjang Tempoh Kempen.

10.5 Bank tidak akan bertanggungjawab untuk menggantikan mana-mana hadiah yang rosak atau dicuri. Hadiah tidak boleh dipindah milik atau ditukar dengan wang tunai atau barangan lain dan tertakluk pada Terma dan Syarat yang dinyatakan dalam dokumen ini.

10.6 Bank tidak membuat representasi atau waranti berkaitan dengan hadiah dan terutamanya tidak membuat waranti berkaitan dengan kualiti hadiah atau kesesuaiannya untuk apa-apa tujuan.

10.7 Bank tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kecederaan yang dialami atau kematian apa jua yang timbul akibat hadiah.

10.8 Bank akan berhak menggantikan atau mengubah hadiah pada bila-bila masa atas budi bicaranya sendiri dengan memberikan Notis Terlebih Dahulu.

11. Umum

11.1 Bank berhak menggunakan, menerbitkan atau memaparkan butiran Pemenang yang terpilih dalam apa-apa bentuk seperti yang dianggapnya perlu dan wajar (termasuklah tetapi tidak terhad kepada) nama, gambar dan bandar tempat tinggal pemenang untuk tujuan pengiklanan dan publisiti (jika ada). Dengan menyertai Kempen ini, pemenang yang terpilih dengan ini secara nyata membenarkan dan bersetuju untuk Bank melaksanakan hak-hak yang tersebut sebelumnya. Peserta Layak perlu mempunyai budi bicara untuk mengakses dan mengemaskinikan butiran peribadi mereka dengan memaklumkan kepada Bank secara bertulis sepanjang Tempoh Kempen.

11.2 Keputusan Bank berkenaan semua perkara dan/atau pertikaian yang berkaitan dengan Kempen ini adalah muktamad, mengikat untuk semua Peserta Layak, Peserta Disenarai Pendek, Pemenang Berpotensi, Pemenang dan Pelanggan Layak, tiada surat-menyurat atau rayuan akan dilayan.

11.3 Semua transaksi yang direkodkan oleh Bank adalah terakhir dan muktamad.

11.4 Bank akan mempunyai hak mutlak untuk membatalkan, menamatkan atau menggantung Kempen ini pada bila-bila masa tanpa memberikan apa-apa sebab dengan Notis Terlebih Dahulu melalui laman web rasmi Bank atau di cawangannya.

(9)

9 |Terma & Syarat bagi Kempen Deposit untuk Emas

11.5 Bank akan mempunyai hak dan budi bicara mutlak untuk mengubah, meminda, memadam atau menambah kepada mana-mana Terma dan Syarat yang dinyatakan secara khusus dalam dokumen ini, secara keseluruhan atau dalam mana-mana bahagian dari masa ke masa termasuklah mengubah tempoh Kempen seperti yang dianggap perlu dan wajar dengan Notis Terlebih Dahulu melalui laman web rasmi Bank di www.ambank.com.my atau di cawangan Bank. Kecuali dinyatakan sebaliknya dalam Terma dan Syarat ini, apa-apa notis yang diberi oleh Bank akan dianggap telah diberi apabila disiarkan di laman web rasmi www.ambank.com.my atau cawangannya, yang mana lebih awal.

11.6 Bank akan mempunyai hak mutlak untuk mengubah, menggantikan, menambah atau membatalkan mana-mana Hadiah Kempen pada bila-bila masa tanpa memberikan apa-apa sebab dengan Notis Terlebih Dahulu melalui laman web rasmi Bank atau di cawangannya. 11.7 Bank akan mempunyai hak dan budi bicara mutlak untuk membatalkan kelayakan

mana-mana Peserta Layak yang didapatinya atau diputuskannya telah didapati mengubah atau sedang mengubah proses kemasukan dan/atau operasi Kempen, bertindak melanggar atau berpotensi melanggar Terma dan Syarat dalam dokumen ini.

11.8 Terma dan Syarat ini akan mengatasi mana-mana peruntukan dan/atau representasi lain yang terkandung dalam mana-mana bahan promosi lain yang mengiklankan Kempen ini. 11.9 Dengan menyertai Kempen ini, Peserta dan/atau mana-mana pihak yang berkaitan dalam

dokumen ini bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat ini.

11.10 Dalam apa keadaan sekalipun, Bank tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian atau kerosakan, termasuklah tanpa had kepada kerugian pendapatan, keuntungan, nama baik, secara langsung atau tidak langsung, sampingan, turutan, teladan, kerosakan punitif atau khas bagi mana-mana pihak termasuklah pihak ketiga, walau macam mana sekalipun ia timbul sama ada dalam kontrak, tort, kecuaian atau sebaliknya, berhubung dengan Kempen ini, atau mana-mana Hadiah Kempen, atau Bank telah melaksanakan hak dan kelayakannya di bawah Terma dan Syarat ini, termasuklah tetapi tidak terhad kepada menurut fasal 4, 5, 6, 7, 8, 9 dan 10. Walaupun jika Bank telah dinasihatkan lebih awal tentang kemungkinan kerugian sedemikian, semua kerugian sedemikian dengan ini secara jelas dikecualikan.

11.11 Bank tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa keingkaran berkaitan dengan Kempen disebabkan mana-mana bencana alam, peperangan, rusuhan, mogok, sekat masuk, tindakan industri, kebakaran, banjir, kemarau, ribut, kegagalan teknikal atau sistem atau apa-apa peristiwa di luar kawalan munasabah Bank.

11.12 Semua Terma dan Syarat yang ditetapkan dalam dokumen ini akan ditadbir dan ditafsirkan menurut undang-undang Malaysia.

11.13 Sekiranya terdapat apa-apa percanggahan atau konflik dalam tafsiran Terma dan Syarat ini, versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia bagi setiap Terma dan Syarat ini akan ditafsirkan sebagai setara dan setiap Terma dan Syarat yang ditetapkan ini akan membawa maksud yang sama.

11.14 Semua pelanggan/peserta diminta melayari laman web korporat Bank tentang maklumat kemas kini promosi di http://www.ambank.com.my/eng/promotions bagi mendapatkan Terma & Syarat terkini, jika ada.

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan latar belakang yang sudah diuraikan, rumusan masalah yang akan dibahas dalam tugas akhir ini adalah bagaimana membuat suatu sistem informasi berbasis web

Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui Perbedaan Sensasi Nyeri Menggunakan Aromaterapi Bunga Mawar Dengan Teknik Nafas Dalam Tarhadap Tingkat Nyeri Persalinan Kala 1

Ada dua jenis sekulerism menurut Kuru a) sekularisme pasif seperti Amerika Serikat yang membolehkan symbol-simbol agama di ruang public dan sekularisme aktif seperti

Berdasarkan uraian diatas, maka sangat penting untuk melakukan analisa produktivitas pekerja. Produktivitas pekerja merupakan nilai yang tidak dapat terlihat secara

Selain dari itu juga karena tingginya permintaan pasar akan kain tenun sebagai maskawin serta permintaan kreasi tenun, sehingga saya tergerak untuk mendirikan sanggar yang diberi

Rencana Kerja Dinas Kominfo Kabupaten Temanggung Tahun 2021 adalah dokumen perencanaan daerah Kabupaten Temanggung untuk periode Tahun 2021 yang memuat

Raimundo Pannikkar (1978, 77) seorang orientalis Kristian yang beribukan penganut Katholik dan berbapakan penganut Hindu mengungkapkan bahawa, “kebenaran yang dikemukakan baik

KERJA JENIS HIDANGAN YANG PENYAJIAN... Perintis Kemerdekaan