75
KESAN PEMASARAN TERHADAP WAKAF PENDIDIKAN TINGGI DI MALAYSIA
Mohd Shahid Azim Mohd Saufi
1, Mohamad Abdul Hamid
21,2Centre for Islamic Finance Education and Research, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah International Islamic University (UniSHAMS-CIFER) Malaysia
Abstrak
Wakaf merupakan amalan yang menyokong ibadah fardu di dalam Islam, seperti zakat. Melalui pendekatan wakaf ini, ia mampu untuk mendidik umat Islam bahawa setiap individu yang berkemampuan mempunyai tanggungjawab sosial disamping zakat untuk membangun kesejahteraan ummah. Pendidikan merupakan keperluan yang besar dalam pelaksanaan wakaf pendidikan terutamanya dalam institusi pengajian tinggi kerana kerajaan memerlukan penglibatan yang menggalakkan daripada masyarakat untuk menyumbang kepada wakaf pendidikan. Untuk menjayakan perlaksana wakaf pendidikan adalah menerusi kekuatan strategi pemasaran institusi tersebut Kaedah promosi bagi sesebuah institusi merupakan satu strategi pemasaran yang dapat memberi nilai kebolehpasaran yang tinggi dan mengekalkan institusi berkenaan pada tahap yang cemerlang dengan suasana pembangunan wakaf pendidikan tinggi Peranan masyarakat dalam membantu perkembangan wakaf pendidikan tinggi merupakan kaedah sokongan yang baik kerana ia berupaya melahirkan insan yang mempunyai rasa tanggungjawab didalam membantu saudara muslim yang lain dari sudut bantuan melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi melalui kaedah wakaf pendidikan. Dapatan data kajian ini diperolehi daripada sumber kajian kepustakaan dan analisis dokumen yang berkaitan.
Kata kunci: Dana wakaf, Pemasaran, Wakaf Pendidikan Tinggi
Abstract
Waqf is a practice that supports obligatory worship in Islam, such as zakat. Through this approach, it is able to educate Muslims that every capable individual has a social responsibility besides zakat to develop the well -being of the ummah. Education is a big need in educational endowment especially institutions of higher learning because the government has to encourage community’s involvement to contribute in waqf education. The marketing strategy of the institutions should be strengthened in order to ensure the successful of waqf education. The method is good since it can produce people who gave mutual responsibility in assisting other Muslim brothers to further their higher education studies by having sponsorship through waqf higher education. The data findings of this study were obtained from sources of library research and analysis of related documents.
Keywords: Waqf funds, Marketing, Waqf Higher Education
76
Pengenalan
Pembangunan wakaf pendidikan tinggi merupakan satu elemen di dalam konsep kebajikan yang sangat dianjurkan dalam Islam. Ini kerana konsep ini merupakan salah satu daripada maqasid syariah ataupun objektif hukum hakam dalam Islam iaitu menjaga akal. Kesan terhadap pembangunan pendidikan tinggi ini secara tidak langsung menyumbang kepada kematangan fikiran dan kebijaksanaan sesorang indivi di dalam membuat keputusan sekaligus dapat mendorong seseorang individu muslim untuk menjaga lima perkara-perkara dharuriyyat yang telah ditekankan dalam konsep maqasid syariah iaitu menjaga agama, nyawa, akal, harta dan keturunan. Kesan penekanan didalam pembangunan wakaf pendidikan tinggi dikalangan muslim mampu untuk memacu sesorang itu di dalam membuat pertimbangan berkaitan urusan yang berkaitan soal daruriyyat, hajiyyat dan tahsiniyat.
Al Quran dan Sunnah merupakan sumber utama yang telah disyariatkan di dalam Islam secara jelas telah menyatakan keistimewaan bagi orang yang menginfaqkan harta mereka pada jalan Allah. Selain daripada itu, terdapat hadis yang menyebutkan bahawa Apabila mati seseorang manusia, habislah amalnya (tidak bertambah lagi kebaikan amalnya itu) kecuali tiga perkara:
sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak yang soleh yang mendoakan kedua ibubapanya”.
(Hadis Riwayat Muslim) oleh itu, perkara yang telah disebutkan oleh Rasulallah SAW seperti sedekah jariah (wakaf), ilmu yang berguna dan anak yang soleh dapat disempurnakan melalui wakaf dalam institusi pendidikan iaitu merujuk kepada sedekah jariah memandangkan konsep wakaf ini ialah sifat yang berkekalan.
Selain itu, untuk menjamin pembangunan dari aspek pendidikan, sumber dana wakaf yang diberikan oleh orang ramai atau disumbangkan oleh individu tertentu mahupun syarikat tertentu menjadi satu cara penyelesaian di dalam menangani masalah kekangan kewangan bagi institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta. Kesedaran masyarakat tentang kepentingan pendidikan dalam arus kemodenan ini menjadi satu titik tolak wujudnya dana wakaf yang diperlukan untuk pembiayaan kos pengajian. Jika diambil contoh daripada institusi pendidikan di Negara Mesir yang menjadikan wakaf sebagai instrumen yang penting bukan sahaja untuk pendidikan malahan untuk pembangunan dan maslahah umum sejak Islam bertapak pada zaman Bani Ummayyah. Dana yang diberikan adalah untuk membiayai yuran pengajian yang semakin tinggi disamping kos sara hidup para pelajar. Hutang yang dibebani oleh pelajar dapat dilangsaikan dengan menggunakan dana wakaf ini sebagai biasiswa. (Mohd Taib, Mujani, Yaakub, & Rifin, 2017)
Terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi oleh institusi pengajian tinggi kini menjadi satu halangan untuk menjadikan wakaf sebagai instrumen penting dalam pembangunan sesebuah institusi.
Antara kekangan utama yang menjadi halangan ialah dari aspek kewangan untuk membangunkan kemudahan atau infrastruktur sesebuah institusi dengan menggunakan dana wakaf sedia ada yang telah disumbangkan. Model-model wakaf IPT yang terdapat di Malaysia lebih kepada pembangunan oleh IPTA di mana dana diperolehi daripada hubungan kerjasama dengan pelbagai agensi swasta. Persepsi dan reputasi sesebuah institusi pengajian tinggi menjadi satu faktor utama dalam pemilihan sesebuah agensi dalam menjalinkan hubungan kerjasama untuk
77
membangunkaan sesebuah IPT dalam bentuk pembinaan aset kekal mahupun berupa biasiswa kepada pelajar-pelajar.(Nor & Rosman, 2017)
Sorotan Literatur
Ilmu berkaitan wakaf merupakan satu foktor yang penting untuk memupuk kesedaran dan kefahaman dikalangan masyarakat di dalam membudayakan wakaf pendidikan tinggi di negara kita khususnya. Faktor ini bukan sahaja dapat memberikan manfaat kepada individu, masyarakat bahkan kepada negara secara keseluruhannya terutama kepada sektor pendidikan tinggi. Sistem wakaf sudah lama diamalkan terutama untuk pembinaan sekolah-sekolah pondok pada suatu masa dahulu. Masyarakat sebenarnya sudah didedahkan kaedah asas berwakaf bagi tujuan pendidikan khususnya wakaf tanah untuk tujuan pembinaan sekolah-sekolah pondok ataupun sekolah agama rakyat (Ali, Don, & Kanan, 2016).
Institusi pengajian tinggi telah mengambil pelbagai kaedah dalam mempromosikan produk wakaf untuk tujuan pendidikan tinggi dengan menggunakan kaedah sedia ada seperti e-mel, khutbah jumaat, portal-portal universiti dan lain-lain lagi. Melihat kepada wujudnya produk pemasaran dalam memasarkan wakaf pendidikan ini boleh dikembangkan dan dipertingkatkan supaya kesedaran masyarakat untuk berwakaf untuk tujuan pendidikan tinggi. Kekangan yang dilihat wujud pada peringkat negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) sendiri yang masih belum dapat mempromosikan wakaf bagi tujuan pendidikan tinggi kerana tidak mempunyai produk yang khusus tentang wakaf dalam sektor pendidikan ini (Md Nuruddin, Wahid, & Abdul-Rahman, 2019) Kreativiti dan inovasi dalam mewujudkan kepelbagaigain produk wakaf yang selari dengan kehendak syariat perlulah diseragamkan bersama urus tadbir wakaf bagi memudahkan masyarakat memahami dengan lebih terperinci mengenai manfaat yang akan diperolehi apabila berwakaf melalui IPT. Pihak Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan IPT perlu menggunakan pelbagai saluran yang ada untuk menyampaikan kepada seluruh masyarakat maklumat yang tepat mengenai pembangunan wakaf agar sokongan padu sentiasa diterima dalam membangunkan sesebuah projek wakaf. Dalam program promosi Baitulmal, pihak MAIN perlulah melakukan transformasi dalam aspek pengurusan termasuk konteks pembangunan wakaf bagi menjana modal dan pulangan yang lebih kompetitif kepada MAIN. Hal ini seharusnya memberikan manfaat yang lebih menyeluruh kepada semua pihak (Hydzulkifli & Asmak, 2012).
Kesan pemasaran terhadap wakaf pendidikan tinggi
Kesan terhadap cabaran dan isu yang dihadapi oleh pihak pengurusan sesebuah badan tadbir urus wakaf yang menjadikan pemahaman masyarakat terhadap perlaksanaan wakaf pendidikan tinggi menjadi kurang berkesan. Antara yang menjadi perbincangan menurut (Rahman, 2009) iaitu konsep pemasaran dan promosi kerana hasil daripada kejayaaan perlaksaan ini mampu memberikan konsep yang besar dalam memberikan kesedaran kepada masyarakat berkaitan kepentingan wakaf di IPT (Abdulkader, 2016). Lima komponen yang digariskan adalah bagi memberikan impak kepada pembangunan institusi wakaf pengajian tinggi.
78
Rajah 1.1
Berdasarkan kepada rajah 1.1, kesan pemasaran terhadap wakaf pendidikan dipengaruhi oleh lima faktor yang penting iaitu imej, kuantiti, kualiti, personaliti dan kebolehpercayaan. Elemen imej merupakan perkara yang merujuk kepada gambaran individu atau organisasi yang memberi kesan terhadap sokongan komuniti terhadap sesuatu perlaksanaan. Kuantiti dan kualiti ialah satu elemen yang merujuk kepada bilangan dan taraf sesuatu organisasi itu yang menjadi tanda aras terhadap sokongan masyarakat terhadap sesuatu perlaksaaan yang dijalankan. Manakala personaliti merujuk kepada individu yang mempunyai sesuatu kedudukan yang mampu mempengaruhi pihak lain dalam melibatkan diri dalam aktiviti yang diwar-warkan. Faktor yang kelima merujuk kepada kebolehpercayaan terhadap sesuatu aktiviti yang dijalankan. Kesan kepada kebolehpercayaan ini dapat memberi nilai tambah untuk jangka masa panjang terhadap aktiviti yang dijalankan. Kesan keseluruhan faktor-faktor ini dapat memberikan impak yang positif terhadap wakaf pendidikan tinggi kerana penilaian masyarakat dalam melibatkan diri terhadap aktiviti wakaf didorong oleh lima elemen yang dinyatakan. Penglibatan pihak industri terutamanya terhadap kolaborasi yang ingin dijalankan bersama pihak IPT banyak dipengaruhi oleh kelima-lima faktor dalam rajah 1.1 kerana parameter ini ada perlu bagi pihak industri meletakkan satu tanda aras terhadap kualiti sesebuah institusi.
Dalam memastikan institusi yang melaksanakan pembangunan wakaf ini dapat menggerakkan dengan teratur dan sempurna, konsep kebolehpercayaan adalah satu aspek yang wajib diamalkan supaya sesubuah institusi atau organisasi yang terlibat mampu untuk memenuhi target yang ingin dicapai. Oleh yang demikian konsep tadbir urus yang efisyen dapat diterapkan kepada tanggungjawab pihak pengursan tertinggi, sistem kawalan dalaman dan peranan audit untuk memastikan urusan institusi dapat dilaksanakan dengan cekap dan amanah serta kepentingan pemilik dan pihak-pihak lain dapat dipenuhi. Konsep seperti ini biasanya digunapakai oleh sektor swasta. Manakala konsep sektor kerajaan pula governan merupakan asas bagi institusi awam terbabit untuk menjamin akauntabiliti dan membina integriti serta kepercayaan masyarakat terhadap institusi tersebut selaras dengan kehendak dan harapan masyaraka serta kepentingan
79
negara. Secara tidak langsung kita dapat merialisasikan kesedaran masyarakat terhadap wakaf di peringkat institusi pengajian tinggi semakin meningkat.
Kesimpulan
Pelan promosi dan pemasaran terhadap perlaksaan wakaf pendidikan tinggi merupakan satu mekanisma yang dapat dijadikan kaedah serta pilihan bagi membantu masyarakat di Malaysia secara umumnya didalam memperkasakan bidang pendidikan terutamanya di Institusi pengajian tinggi. Dalam situasi ekonomi negara yang sedang dilanda wabak pandemik covid-19 ketika ini, kebanyakan rakyat dinegara ini khususnya mengalami pelbagai masalah terutamanya melibatkan pendapat isi rumah. Oleh yang demikian kaedah wakaf pendidikan tinggi merupakan satu pendekatan yang baik bagi membantu mereka yang terkesan dengan keadaan ekonomi ketika ini.
Dalam masa yang sama, pihak pengurusan sesuatu organisasi yang diberikan mandat atau amanah perlu melaksanakan tanggungjawab dan tugas ini dengan penuh integriti, bertanggungjawab, telus, konsisten dan efisien melalui konsep governan yang menekankan kepada elemen-elemen asas dalam pengurusan dan menggabungkan prinsip-prinsip yang telah diterapkan dalam agama Islam. Maka keberkesanan sesebuah organisasi dalam merangka dan melaksanakan dasar, terutamanya dalam pembangunan wakaf mampu mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
Kesan daripada pembangunan wakaf pengajian tinggi ini mampu diterima oleh semua masyarakat secara umumnya dan bersama-sama membantu untuk mempromosikan wakaf pendidikan tinggi ini kerana konsep wakaf ini mampu untuk memberi pulangan yang positif terhadap pembangunan negara dari sudut pembangunan modal insan serta pembangunan spiritual.
Corresponding Author
Mohd Shahid Azim bin Mohd Saufi, Centre for Islamic Finance Education and Research, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah International Islamic University, [email protected] Kuala Ketil, Kedah Malaysia.
Rujukan
Abdulkader, S. Z. S. (2016). Kerangka Undang-undang pengurusan Wakaf Di Malaysia: Ke Arah Keseragaman Undang-undang. Jurnal Undang-Undang Malaysia, 1(28), 101–106.
Ali, M., Don, M., & Kanan, P. (2016). Peranan Wakaf Untuk Pembangunan Pendidikan Tinggi ; Sejarah Silam Dan Pelaksanaan Di Malaysia, 2016(March), 188–194.
Hydzulkifli, H., & Asmak, A. R. (2012). Pengurusan Pembangunan Harta Wakaf: Pengalaman Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) Terhadap Wakaf Seetee Aishah. International Journal of Management Studies, 19(2), 103–123.
Md Nuruddin, N., Wahid, H., & Abdul-Rahman, A. (2019). Pembangunan Tanah Wakaf Secara Penswastaan: Kajian Terhadap Projek Menara Imarah Wakaf Oleh Majlis Agama Islam
Wilayah Persekutuan. Jurnal Syariah, 27(1), 45–76.
https://doi.org/10.22452/js.vol27no1.3
80
Mohd Taib, M. S., Mujani, W. K., Yaakub, N. I., & Rifin, M. K. I. (2017). Wakaf pendidikan di Malaysia: suatu pengenalan. Proceedings of the International Conference on Islam, Development and Social Harmony in Southeast Asia 2017, 389–395.
Nor, S., & Rosman, R. (2017). Cabaran dalam Melaksanakan Wakaf Pendidikan Bagi Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia. Retrieved from http://conference.kuis.edu.my/i- maf/images/eproceedings/2017/296-308-imaf-2017.pdf
Rahman, A. A. (2009). Peranan Wakaf Dalam Pembangunan Ekonomi Umat Islam Dan Aplikasinya Di Malaysia *. Jurnal Syariah, Jil. 17, Bil (Vol. 1). Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/JS/article/download/22746/11291