1. PENGENALAN KEPADA JEJAK WARISAN PANTANG LARANG PELBAGAI KAUM DI GEORGE TOWN
2. TARGET MURID Darjah 4 hingga Darjah 6
(Note: Murid akan dibahagikan kepada 4 orang dalam 1 kumpulan)
3. SUMBER YANG DIPERLUKAN
Vest Keselamatan (untuk setiap murid), Wisel (4 pcs), Papan Klip (10 pcs); Pen/Pensil (10 pcs);
Soalan-soalan dari aktiviti CABARAN PANTANG LARANG PELBAGAI KAUM (10 set).
Perhatian:
1 set soalan aktiviti cabaran ini mengandungi:- a) Muka depan
b) 1 soalan pokok c) 1 soalan etika makan d) 1 soalan bahagian badan e) 1 peta jejak warisan
(Semua diklipkan sebagai satu set. Soalan-soalan boleh dicampur-adukkan supaya murid tidak semuanya dapat soalan dalam urutan yang sama)
4. JALAN CERITA JEJAK WARISAN PANTANG LARANG PELBAGAI KAUM
MASA SUMBER KANDUNGAN LOKASI
10 min 1.
Latar- Belakang Tapak Warisan Dunia
GT & M diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia pada 7 Julai 2008.
3 point penting:-
- GT sebagai pelabuhan untuk pertukaran perniagaan
- Pelbagai kaum tinggal bersama – 1 Malaysia - Senibina dan bangunan yg unik – pengaruh
pelbagai kaum
Taman di depan Rumah Syed Alatas
2.
Pantang Larang Tahun Baru Cina
Terangkan Jejak Warisan Pantang Larang Pelbagai Kaum:-
- Apa yang akan dipelajari hari ini
- Tanya murid samada mereka tahu – Apa itu pantang larang?
- Contohnya: Semasa perayaan Tahun Baru Cina:
pakai baju merah = warna merah menakutkan roh jahat dan nasib malang;
tidak boleh sapu lantai = meyapu keluar tuah pada tahun baru; dll.
Lepaskan mercun = menakutkan roh jahat
Taman di depan Rumah Syed Alatas
3.
Sejarah PP ringkas
Siapa tahu pengasas PP?
- FL, 1786
Terangkan sedikit tentang sejarah PP
- PP kepunyaan Sultan Kedah yg hilang hak milik PP ketika membuat perjanjian perlindungan askar dari FL
- Hingga hari ini, PP kena bayar RM10000 kepada K
Taman di depan Rumah Syed Alatas
MASA SUMBER KANDUNGAN LOKASI Peta Asia
Tenggara
Mengapa British datang mendirikan PP sebagai pelabuhan?
- Kerana dulu, rempah kena diimport. British kena cari tempat untuk dapatkan rempah ratus – dapat cari PP, hantar FL ke PP.
- FL, jemput pelbagai kaum ke PP (tunjuk peta – migrasi kaum ke PP) – peniaga pertama yg dijemput = orang Cina; kedua = orang India;
ketiga = orang Acheh.
- Terangkan tentang orang Melayu yang asal dari Kepulauan Melayu – semasa FL datang, sudah ada orang Melayu di PP. Merekan menempat di kawasan sini (tunjuk taman) – Kampung Melayu.
- Tetapi sekarang Lebuh Armenian - kerana dulu org Armenia tinggal di sini.
Bawa murid ke 124 Lebuh Armenian.
Taman di depan Rumah Syed Alatas
10 min 4.
Rumah Kedai
Pelabuhan, gudang, jalan dan rumah kedai dibuka bagi memajukan GT. Perniagaan dan kediaman dilakukan dalam rumah kedai. Di Lebuh Armenian, kebanyakan kaum India buat perniagaan
mengumpul barang kitar semula – merupakan controh tradisi hijau. Mereka kumpul balik banyak benda – guni, besi, tembaga, botol lama.
Masuk ke dalam rumah kedai:
- Apa yang dapat dilihat?
- Apakah rumah kedai? Apakah perbezaan dengan rumah sendiri?
- Tanya – dari manakah cahaya dan udara masuk ke rumah?
- Mengapa cahaya dan udara penting? – kaitkan dengan feng shui = alir udara yang baik, bagus untuk keharmonian keluarga.
- Lepas itu, terangkan pantang larang org Cina berkaitan dengan tingkap banyak = akan
cetuskan banyak pergaduhah. Cerita sebaliknya
= keselamatan.
- Tunjukkan pintu – terangkan pantang larang org Melayu = tidak boleh duduk dipintu, nanti rezeki tak boleh masuk.
124 Lebuh Armenian
5 min 5.
114 Lebuh
Armenian & Rumah orang Cina
Semasa jalan di sepanjang Lebuh Armenian menuju ke kedai kopi, tunjukkan satu lagi rumah kedai orang India yang gantung daun mempelam di pintu depan.
Terangkan pantang larangnya.
Tunjukkan juga senibina rumah Cina yang mempunyai motif kelawar – kaitkan dengan pantang larangnya = motif kelawar – bawa tuah kepada tuan punya.
2 rumah di Lebuh Armenian
6.
Persekitaran Pondok Talifon
Kumpulkan murid di tempat lapang berdekatan pondok talifon.
Tanya murid apa yang boleh dilihat dari
persekitaran – jawapan = kedai kopi cina, kedai kopi konsep eropa; tokong; pokok-pokok – relate to pokok mambu
Pondok Talifon
5 min 7.
Yap Temple
Terangkan sejarah ringkas mengenai migrasi orang Cina terutamanya Hokkien ke GT. Tokong/Kongsi digunakan sebagai sistem sokongan kepada penduduk yang berhijrah ke GT dari segi kebajikan dan agama kerana mereka sembah kepada dewa- dewa yg sama di negara Cina.
Yap Temple:
Setiap nama keluarga contohnya Yap mendirikan kongsi bagi menyembah kepada dewa sendiri yang diambil dari negara Cina. Mereka juga menjaga kebajikan bagi nama keluarga sendiri.
Beri murid 5 minit untuk masuk ke dalam Yap Temple.
Yap Temple
MASA SUMBER KANDUNGAN LOKASI 10 min 8.
Kedai Kopi
Dari luar Yap Temple, terangkan kepada murid info dibawah:
- Kaitkan kedai kopi dengan perniagaan orang Cina.
- Pada mulanya, tiada isteri yang memasak, jadi lelaki Cina makan di luar seperti makan di kedai kopi.
- Semasa berhijrah ke sini, mereka juga bawa makanan sendiri seperti wan tan mi, dim sum, nasi ayam dan sebagainya.
- Orang India pula bawa makanan dari negara asal seperti mi goreng, nasi kandar, teh
tarik dan putu mayam.
- Tunjukkan Nasi Kandar Beratur = makanan orang Melayu.
Tanya murid adakah apa pantang larang yang mereka pernah dengar mengenai etika makan?
Sekiranya tak ada – beri contoh yang tak terdapat dalam soalan cabaran.
Suruh murid lihat kedai kopi Cina. Penjuru kedai kopi bulat atau tajam? Ada makna mengapa dibina seperti itu? Kaitkan dengan pantang larang
mengenai bangunan yang ada sudut tajam.
Luar Yap Temple
9.
Meja di dalam Kedai Kopi Cina
Bawa murid masuk kedai kopi Cina.
Terangkan tentang perabot dalam kedai kopi – meja marmar – pengaruh orang Eropa.
Kedai Kopi
10.
Kedai Basikal
Jalan ke Tua Pek Kong.
Sebelum masuk, terangkan tentang pengangkutan.
- Apa pengangkutan yg murid pernah guna? Beca?
Basikal? Motosikal?
- Pada mulanya, tiada pengangkutan yang lain selain daripada kereta lembu, basikal dan beca, jadi muncullah kedai basikal.
Kedai Basikal
10 min 11.
Tua Pek Kong
Bawa murid ke dalam Tua Pek Kong (TPK).
Terangkan kepada murid bahawa TPK - ditubuhkan pada tahun 1840. Ianya adalah pejabat untuk 5 nama keluarga kongsi Hokkien – Khoo, Cheah, Yeoh, Lim dan Tan.
Penduduk Cina bersembah kepada Tua Pek Kong yang dibawa dari negara China.
Beritahu murid, dulu, TPK juga pusat kongis gelap pada masa dahulu. Kongis gelap pada masa dahulu menjaga kebajikan dan mencari pekerjaan bagi golongan nama keluarga sendiri.
Tunjuk murid pintu-pintu keluar rahsia utk lari keluar. Tunjuk bendera merah juga.
Tanya murid – dapat lihat apa pantang larang di sini?
- Tunjukkan kaki pintu – paksa orang menunduk sebelum masuk ke dalam tokong.
Tua Pek Kong
12.
Lebuh Cannon
Dari TPK, bawa murid ke Masjid Melayu Lebuh Acheh.
Disepanjang jalan, tanya murid apa yang mereka boleh lihat?
Tunjukkan jenis pokok yg ditanam. Apa pantang larang berkaitan pokok tersebut? E.g. Di luar kedai kopi Cina - lotus plant (kesucian) dan misai kucing (sbg ubat); money plant (untuk tuah); fu kui hua (untuk tuah kerana sebutannya dalam bahasa cina);
MASA SUMBER KANDUNGAN LOKASI 10 min 13.
Masjid Melayu Lebuh Acheh
Di depan Masjid, terangkan tentang sejarah ringkas mengenai migrasi orang Acheh serta fungsi tempat ini untuk perkumpulan haj serta perniagaan lada hitam.
Bawa murid ke bahagian perkuburan (bahagian kanan) dan terangkan pantang larang tentang perkuburan:-
- Kepala mayat ditanam ke arah Mekah - Kubur dan dewan sembahyang berasingan
Bawa murid ke 3 rumah banglo – terangkan tentang senibina rumah serta fungsi rumah No 67 sebagai madrasah pada masa dahulu dan rumah pertama adalah tempat penerbitan buku agama.
Sebelum FL datang ke PP, dia sudah berniaga di Acheh. Beliau pun menjemput peniaga Acheh – Tengku Syed Hussain (TSH) untuk berniaga di PP.
Masjid ini dibina oleh TSH pada tahun 1808. TSH ialah seorang peniaga lada hitam dari keluarga diraja Acheh.
Masjid Melayu Lebuh Acheh
40 min 14.
Set soalan-soalan
Cabaran Pantang Larang Pelbagai Kaum
- Terangkan peraturan cabaran ini kepada murid.
- Pemenang bukan yang habis paling cepat sekali tetapi yang dapat soalan betul yang paling banyak.
- Cabaran dilakukan berkumpulan – 4 murid dalam satu kumpulan.
- Jumpa balik di GTWHi.
Perhatian:
- Soalan-soalan mengandungi 1 soalan Pokok; 1 soalan Etika Makan; 1 soalan Bahagian Badan.
Sepanjang Lebuh Armenian, Lebuh Acheh
& Lebuh Cannon
20 min Jumpa balik di GTWHi.
Kerja Kumpulan:
- Bincang dalam kumpulan mengenai jawapan cabaran.
- Setiap kumpulan beri jawapannya.
Semasa kumpulan beri jawapan, tanya murid tentang cerita disebalik pantang larang. Pada pendapat mereka, apa ceritanya?
Lepas itu, beritahu murid bahawa pokok di GT banyak kegunaan yang membawa faedah kepada Penduduk GT:-
Pokok Pisang
- Masakan (kukus, bakar, goreng) & makanan (buah, bunga, bahagian dalam batang di makan oleh orang Burma);
- Pinggan dan pelapik;
- Berkhasiat dengan vitamin B & potassium;
Pokok Kemboja
- Bau wangi digunakan sebagai haruman atau aromaterapi;
- perhiasan/kalung bunga;
- Bunga, dahan, daun, pucuk – semuanya boleh dikeringkan dan digunakan sebagai ubat tradisi untuk sembelit, demam panas, demam kuning, cirit-birit, kidney stone.
Pokok Weeping Willow
- Kayu digunakan jika terdapat tulang patah;
- Daunnya dimakan oleh beruang dan kambing;
- Akarnya mempunyai protin yang tinggi dan jika dikeringkan boleh dibancuh dengan air dan minum; pucuk muda sekiranya bancuh dengan air boleh menyembuh penyakit kuning dan arthritis.
Pokok Mambu
- “Pokok Sembuh Semua” atau “Pokok Suci”.
- Semua bahagian pokok (bunga, biji, daun, kulit kayu) digunakan sebagai ubat tradisional.
- Digunakan sebagai cara semulajadi untuk mengawal serangga.
- Pokok ini yang paling banyak menghasilkan oksigen.
- Sekiranya tidur diatas daun mambu semasa demam campak, akan menghalang gatal- gatal badan.
- Daun dan bunga digunakan semasa perayaan Hindu.
GTWHi
MASA SUMBER KANDUNGAN LOKASI Kesimpulan:
Ada banyak kaum datang ke GT. Mereka bawa banyak adat, pantang-larang & budaya tradisi nenek moyang mereka seperti cara berniaga, cara makan, pokok yang ditanamkan dan sebagainya.
Pantang larang dalam sesebuah masyarakat bertujuan mendidik anak-anak muda supaya lebih beradab. Walaupun kehidupan kini semakin moden, pantang larang masih dikekalkan dan diamalkan oleh masyarakat kerana orang tua percaya ia boleh membawa kemakmuran dan kekayaan dalam kehidupan.
GTWHi
2 jam TAMAT
Perhatian:
Masa perlu diperuntukkan untuk rehat – 10 min; Buffer = 20 min.