NILAI-NILAI ISLAM DALAM SOSIO-BUDAYA
MASYARAKAT BRUNEI DARUSSALAM
Mohammad Muslihuddin Syah bin Haji Mustafa
ABSTRAK
Kertas kerja ini memberi fokus dan membincangkan mengenai sosio-budaya ataupun kehidupan masyarakat Brunei Darussalam yang berpaksikan serta berlandaskan nilai-nilai keIslaman. Kertas kerja ini bertujuan untuk melihat sejauhmana dan bagaimana agama Islam itu diterjemahkan dalam cara hidup masyarakat Brunei Darussalam. Dengan menggunakan metod kajian perpustakaan dan pemerhatian, penulis cuba mengupas persoalan tersebut. Kajian mendapati bahawa Islam merupakan teras sosio-budaya masyarakat Brunei Darussalam. Islam juga berperanan sebagai benteng di dalam mempertahankan identiti kebangsaan. Seterusnya, ianya juga dijadikan falsafah sosial atau sistem nilai dalam semua tindak tanduk kehidupan bernegara. Islam menjadi pilihan utama dalam semua gerak laku kehidupan, sama ada di pihak kerajaan mahu pun di pihak rakyat. Mana-mana kegiatan kehidupan yang jauh terpesong dari ajaran agama Islam adalah menjadi sesuatu yang bertentangan dengan kehidupan sosio-budaya Negara Brunei Darussalam. Nilai-nilai keIslaman ini penentu dan penjamin survival bangsa. Ia memberi keyakinan dan jati diri kepada bangsa Brunei Darussalam untuk berhadapan dan berinteraksi dengan masyarakat dunia antarabangsa dalam segenap bidang.
Kata Kunci: Nilai-Nilai Islam; Sosio-Budaya; Masyarakat Brunei Darussalam
PENDAHULUAN
Tidak dapat dinafikan lagi, agama Islam ialah agama yang suci lagi mulia yang memimpin manusia ke arah kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Ia merupakan sebesar-besar nikmat Allah Subḥānahu Watacālā kepada umat Manusia. Sebagaimana firman-Nya: cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu (al-Qur’an, al-Ma’idah 5:3).
Penggubalan Perlembagaan Brunei Darussalam pada 29 September 1959 dan seterusnya pengisytiharan kemerdekaan penuh Negara Brunei Darussalam pada 1 Januari 1984 telah mengiktiraf kehadiran Negara Brunei Darussalam di arena hubungan serantau dan juga antarabangsa berbekalkan falsafah negara yang tersendiri iaitu falsafah Melayu Islam Beraja. Ia sekaligus telah meletakkan dirinya tampil sebaris dengan negara-negara yang lain. Alhamdulillah, setelah kira-kira 30 tahun
‘berdikari’ dengan sendirinya, Negara Brunei Darussalam telah mencapai kemajuan
dan perubahannya yang tersendiri di segenap aspek tanpa menghilangkan acuan
‘keIslaman’ dan ‘kebruneian’ dan ini termasuklah dari aspek kehidupan dan
SEJARAH KEDATANGAN AGAMA ISLAM KE BRUNEI DARUSSALAM
Menurut Mahmud Saedon Othman (1996), agama Islam ke Brunei Darussalam dikhabarkan telah datang ke Brunei Darussalam sejak abad ke-10 Masihi lagi. Islam pada masa itu kurang mendapat sambutan daripada penduduk tempatan dan mungkin hanya dianuti oleh sebahagian kecil rakyat biasa, atau hanya golongan pedagang-pedagang Islam ini yang berada di Brunei Darussalam. Sambutan dingin terhadap kedatangan agama Islam ini mungkin berpunca daripada wujudnya persaingan dengan pengaruh hindu yang telah lama dianuti oleh penduduk-penduduk alam melayu. Kekuatan kerajaan-kerajaan Hindu dalam abad ke-10 Masihi dan seterusnya, menyebabkan pengaruh Hindu ini semakin tersebar luas hingga berkemungkinan dapat membantutkan usaha-usaha untuk mengembangkan ajaran agama Islam, jika ada. Hanya setelah kerajaan-kerajaan Hindu dan Buddha mengalamai kemerosotan pada abad ke-13, barulah Islam mula mendapat tempat di kalangan penduduk Asia Tenggara termasuk Brunei Darussalam. Ini adalah peringkat pertama daripada perkembangan Islam di Brunei Darussalam.
Peringkat kedua pula ialah Islam telah mendapat sambutan daripada raja dan majoriti rakyat yang membawa kepada tertubuhnya Kesultanan Melayu Islam di Negeri Brunei Darussalam.
Peringkat ketiga pula ialah bermulanya penyebaran Islam secara besar-besaran dari Brunei Darussalam hingga ke kawasan-kawasan sekitarnya seperti Filipina dan pesisir pantai Pulau Borneo. Ini terjadi dalam kurun yang ke-16. Peringkat inilah juga disalahertikan oleh beberapa penyelidik sebagai peringkat bermulanya kedatangan Islam. Padahal pada waktu itu, Islam di Brunei Darussalam berada di peringkat kedaulatan yang tertinggi.
Pehin Orang Kaya Amar Diraja Dato Seri Utama Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri bin Begawan Pehin Udana Khatib Dato Seri Paduka Haji Awang Umar (1971) pula menyatakan, latar belakang Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara Islam dapat dibuktikan melalui tulisan Khatib Abdul Latif di Batu Bersurat atau Batu Tarsilah, yang bertarikh 1806:
Dan adalah yang bernama Kerajaan di negeri Brunei membawa agama Islam dan mengikut syariat Nabi kita Muḥammad Ṣallallahu cAlaihi Wasallam iaitu Paduka Seri Sultan Muhammad dan saudaranya Sultan Ahmad. Maka beranak seorang perempuan dengan isterinya saudara Raja China yang diambil daripada China Kinabatangan. Maka puteri itulah yang diambil oleh
Sharif Ali yang turun dari negeri Ta’if. Maka Sharif Ali itulah Kerajaan,
dinamai akan dia Paduka Seri Sultan Berkat dan ialah mengeraskan syariat Rasulullah Ṣallallahu cAlaihi Wasallam, dan berbuat masjid dan segala rakyat hina berbuat Kota Batu. Maka Sharif Ali itu pancir-pancir silsilah daripada
Amirul Mu’minin Hassan, cucu Rasulullah Ṣallallahu cAlaihi Wasallam.
Ia membuktikan bahawa Islam di Brunei Darussalam telah bermula sejak Sultan Brunei Darussalam yang pertama lagi, Sultan Muhammad Shah. Sebelum beginda memeluk agama Islam, beliau dikenali sebagai Awang Alak Betatar. Penerapan nilai-nilai Islam meningkat dan menonjol dalam zaman pemerintahan Sultan Brunei Darussalam yang ketiga iaitu Sultan Sharif Ali. Sultan Sharif Ali ini
untuk mengembangkan dan menyebarkan syari’at Islam di Brunei Darussalam. Baginda adalah sultan yang kuat beribadat dan mempunyai berkat sehingga baginda termashyur dengan gelaran Sultan Berkat. Bagindalah yang mula-mula mendirikan masjid, mengatur dan mengukuhkan pertahanan negara dengan mengarahkan rakyat mendirikan kota batu.
Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri bin Begawan Pehin Udana Khatib Dato Seri Paduka Haji Awang Umar (1990) juga menyatakan, dengan corak pemerintahan yang teratur dan adil mengikut lunas-lunas pentadbiran agama Islam, Brunei Darussalam termasyhur sebagai sebuah negara yang disegani. Di ketika itu, meskipun hubungan Brunei Darussalam dan China telah renggang, tetapi perdagangan anatara kedua-dua belah pihak masuh berjalan lancar. Orang Cina yang menetap di Brunei Darussalam menguruskan perniagaan mereka dengan China, Patani dan negeri-negeri di sekelilingnya. Zaman pemerintahan Sultan Sharif Ali ini juga disebut zaman kegemilangan agama Islam, keamanan dan kesentosaan sehingga Brunei dinamakan
negara ‘Darussalam’.
Dengan itu, Brunei dikenali sebagai ‘Brunei Darussalam’ dan jelaslah ia telah menjadi sebuah negara Islam. Sesebuah negara itu apabila ia dipimpin dan dikuasai oleh raja-raja beragama Islam dan disemadikan pula dengan gelaran ‘Darussalam’ iaitu negara aman dan selamat, tidak dapat dinafikan lagi akan lahirlah identiti keislamannya.
Amalan baginda Sultan Sharif Ali yang berusaha menegakkan agama Islam dan mengamalkan syariah ini dianggap satu pusaka yang sentiasa diingati dan diikuti oleh anak cucu baginda. Begitu juga sebagai kewajipan utama kepada Sultan-Sultan Brunei Darussalam selepas baginda iaitu menegakkan syiar agama Islam dan menjalankan pemerintahan menurut lunas-lunas hukum Islam.
Agama Islam yang telah menenangkan hati dan sanubari kita menurut ajaran-ajaran yang dibawa oleh Rasulullah Ṣallallahu cAlaihi Wasallam untuk kita mengenal Allah Subḥānahu Watacālā dan untuk menjadi bekalan hidup di dunia dan di akhirat adalah sebahagian daripada jasa dan usaha peninggalan Sultan Sharif Ali kepada umat Islam Brunei Darussalam.
Sebelum itu, sungguhpun agama Islam sudah ada di Brunei Darussalam iaitu ketika zaman pemerintahan sultan Brunei Darussalam yang pertama, Sultan Muhammad Shah, akan tetapi keadaan umat Islam pada waktu itu belum cukup teratur dan semangat Islam yang suci itu belum merasuk lagi di sanubari masyarakat Brunei Darussalam. Pada masa itu, pengaruh Hindu Buddha masih ada di kalangan masyarakat Brunei Darussalam. Di samping itu juga, penyebaran ajaran-ajaran agama Islam masih di peringkat permulaan.
Dalam hal ini, dapatlah digambarkan betapa hebatnya perjuangan Sultan Sharif Ali pada waktu itu untuk menukarkan fikiran dan fahaman orang Brunei Darussalam untuk menjadi umat Islam yang sejati yang mempunyai semangat keislaman yang kukuh dan bertambah subur turun-temurun hingga sekarang. Peninggalan jasa baginda kepada seluruh rakyat Brunei Darussalam inilah yang sentiasa menjadi ristaan zaman.
diterima oleh rakyat Negara Brunei Darussalam dan agama Islam telah menjadi asas kehidupan rakyat.
Dalam konteks ini, masyarakat Brunei Darussalam secara umumnya sudah lama mengamalkan dan menghayati unsur-unsur Islam dalam kehidupan seharian mereka iaitu sejak berabad-abad lamanya. Jelas di sini bahawa nilai-nilai Islam itu merupakan nilai bangsa yang sudah membudaya (Hashim Abdul Hamid 2008).
ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI NEGARA
Agama Islam telah diberi kedudukan yang istimewa di dalam pentadbiran dan hala tuju negara. Perlembagaan Brunei Darussalam 1959 telah memperuntukkan bahawa agama rasmi bagi Brunei Darussalam adalah agama Islam dan ketua ugama negara adalah Sultan.
Wawasan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara Islam dan seterusnya sebagai Negara Melayu Islam Beraja (MIB) dengan jelasnya diperkukuhkan lagi dengan titah pemasyhuran kemerdekaan oleh Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mui’zzaddin
Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Permasyhuran Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam pada 1 Januari 1984, di mana baginda telah bertitah:
Negara Brunei Darussalam adalah dengan izin dan limpah kurnia Allah
Subhanahu Wata’ala, akan selama-lamanya kekal menjadi sebuah Negara
Melayu Islam Beraja yang Merdeka, Berdaulat dan Demokratik bersendikan kepada ajaran-ajaran Ugama Islam menurut Ahli Sunnah Waljama’ah dan dengan berasaskan keadilan dan amanah dan kebebasan, dan dengan petunjuk serta keredhaan Allah Subḥānahu Watacālā jua akan sentiasa berusaha pada memperolehi ketenteraman dan keselamatan, kebajikan serta kebahagian bagi rakyat Beta, dan demikian juga pemeliharaan perhubongan persahabatan di kalangan antarabangsa atau dasar saling menghormati terhadap kemerdekaan, kedaulatan, persamaan dan keutuhan (kukuh) wilayah bagi semua negara yang bebas dan campur tangan dari luar negeri.
Menerusi perlembagaan dan titah Baginda di atas, jelas menunjukkan bahawa Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara berfalsafah MIB telah menjunjung
dan menanai Islam menurut aqidah Ahli Sunnah Waljama’ah sebagai asas dalam
mencorak dan membentuk serta membangunkan negara dan rakyat ke arah jalan yang diredhai Allah Subḥānahu Watacālā sejak zaman berzaman lagi. Dalam erti kata yang
lain, aliran yang berbeza dengan aliran Ahli Sunnah Waljama’ah tidak akan mendapat
tempat di dalam pentadbiran kerajaan dan masyarakat keseluruhannya. Ke arah itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Mui’zzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ada
menegaskan di dalam titah Baginda di Majlis Sambutan Israk Mikraj 1411H pada 12 Februari 1991:
Di samping itu, satu perkara lagi yang paling mustahak beta sebutkan di sini ialah mengenai dengan ajaran-ajaran agama Islam yang kita amalkan selama ini perlulah dipastikan ianya berjalan dengan kukuh dan baik. Pegangan kita yang kuat itu ialah menurut aqidah Ahli Sunnah Waljama’ah semata-semata.
(I) dan Beraja (B). Dalam menafsirkan MIB sebagai falsafah Negara Brunei Darussalam, ketiga komponen M, I dan B tidak boleh dilihat secara berpisah-pisah. Oleh kerana komponen M, I dan B mempunyai kaitan antara satu dengan yang lain. MIB haruslah dilihat secara integral dan utuh sehingga bentuk MIB sebagai falsafah Negara Brunei Darussalam menjadi unik. Pemahaman MIB secara parsial dan terpisah-pisah akan membuat konsep MIB itu menjadi kurang bermakna.
Konsep Melayu Islam Beraja atau MIB yang menjadi falsafah Negara Brunei Darussalam ini hendaklah dilihat pada nilai yang wujud dalam konsep berkenaan. Oleh itu konsep tersebut hendaklah dilihat sebagai sesuatu yang berintegrasi antara satu sama lain. Yang paling penting, Islam yang terkandung di dalamnya bukan sahaja sebagai akar dan paksi bagi mengimbangi konsep berkenaan, malah sebagai penentu dan rujukan bagi setiap tindakan.
Sebagaimana titah Kebawah Duli yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam, di Majlis Pertandingan Membaca Al-Qur’an Peringkat Kebangsaan pada 14 Januari 1991:
Maka demikianlah halnya dengan nilai-nilai yang ada pada kita. Kita ambil satu contoh nilai yang paling agung dan tertinggi iaitu konsep Melayu Islam Beraja. Ia tidak syak lagi merupakan benih satu-satunya yang boleh tumbuh di bumi Brunei Darussalam. Kerana dari sifat-sifat semulajadinya menunjukkan bahawa ianya memang benih yang asli, yang sudah sedia wujud dan ditakdirkan oleh Allah Subḥānahu Watacālā untuk Brunei Darussalam. Daripadanya akan terpancar segala kebajikan yang kita perlukan. Ialah panduan tata negara kita, bahawa dari tafsirannya dan huraiannya yang meletakkan kita di barisan negara-negara yang bukan sekular yang mempunyai identiti dan imej tersendiri yang teguh.
Komponen Islam di dalam MIB diakui sebagai agama rasmi negara menurut aqidah Ahli Sunnah Waljama’ah yang dihayati menjadi cara hidup yang lengkap, sempurna dan unggul. Menurut Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Ustaz Haji Awang Mohd Zain bin Haji Serudin (1994), sebagai satu bangsa secara keseluruhannya, maka masyarakat Brunei Darussalam tidak pernah luput daripada pegangan serta sifat-sifat mulia. Cara hidup yang sangat membanggakan iaitu cara hidup ‘kebruneian’ dengan unsur serta corak Melayu, Islam dan Beraja adalah sentiasa menjadi asas dan landasan bagi rakyat dan penduduk Brunei Darussalam menikmati kehidupan yang penuh berkebajikan. Sehubungan dengan itu, maka dorongan-dorongan untuk masyarakat Brunei kekal bersatu padu dan meningkatkan mutu perpaduan adalah sangat jelas. Dengan pegangan taat kepada Allah Subḥānahu Watacālā, setia kepada raja dan kerajaan, maka terbentuklah sebuah kelompok masyarakat yang cintakan hidup rukun damai, hormat-menghormati, bersopan lagi beradab di bawah pimpinan kerajaan yang tidak putus-putus berkhidmat bagi kebajikan serta kesejahteraan segala isi di dalamnya.
Menurut Dato Seri Laila Jasa Awang Haji Mohd. Salleh Haji Hidup (1992), asas dan hala tuju Brunei Darussalam dengan falsafah Melayu Islam Beraja ini juga dapat dilihat sejak sebelum kemerdekaan lagi. Persepsi Kerajaan British secara rasmi terhadap Negara Brunei Darussalam adalah tetap sebagai sebuah negara yang dimiliki oleh orang-orang Melayu yang menganut agama Islam dan mempunyai raja. Inilah persepsi di Pejabat Kolonial di London. Sebab itulah, dalam perundingan-perundingan Negara Brunei Darussalam dengan Kerajaan British di London, kedudukan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara Melayu, beragama Islam dan dipimpin oleh seorang raja tidak pernah digugat atau dipersoalkan. Pendirian Kerajaan British ini jelas dalam perbincangan Sultan Brunei Darussalam yang ke-28, Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Saadul Khairi Waddien dengan Pejabat Kolonial dalam tahun 1957:
Her Majesty’s Government were determined that nothing should be proposed
which would in any way depress the status Brunei as a Malay Islamic State.
Tidak cukup dengan itu, Negara Brunei Darussalam melangkah setapak lagi ke hadapan dengan berusaha menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai Negara Zikir. Negara Zikir merupakan suatu impian baharu yang diilhamkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
melalui titah Baginda sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha 1428H pada 19 Disember 2007 seperti berikut:
Brunei adalah negara yang selalu bersama-sama dengan al-Raḥman (yang Maha Pengasih), yang sentiasa berhias dengan zikir dan menjadikannya s ebagai rutin kebiasaan. Kerana itu Allah pun, dengan rahmat-Nya, memalingkan kita daripada sebarang kesusahan dan bencana, dari pelbagai anasir yang boleh merosakkan keamanan.
Beta, Insya Allah, akan terus berazam untuk menjadikan Brunei Darussalam sebuah ‘Negara Zikir’ yang sentiasa mengagungkan Allah, supaya kita selalu berada dalam perhatian dan pemeliharaan-Nya, sesuai dengan janji-Nya dalam Surah al-Baqarah ayat 152 tafsirnya, ‘kamu ingati Aku, nescaya Aku
akan mengingati kamu pula’.
Keazaman Baginda tersebut lahir daripada keyakinan mendalam bahawa Negara Zikir itu pasti diberkati oleh Allah Subḥānahu Watacālā dan akan mendapat rahmat serta pertolongan-Nya. Tidak syak lagi, konsep ini merupakan aspirasi dan harapan Baginda dalam merealisasikan usaha membangun umatnya. Baginda sangat menitikberatkan ajaran agama Islam dan sentiasa berusaha untuk memastikan ajaran agama Islam mekar dan subur berkembang di bumi Darussalam ini.
Walau apa pun cabaran yang mendatang, negara yang kecil lagi harmoni dan sejahtera ini tetap teguh dengan nilai-nilai keIslamannya yang ‘tidak akan luput dek
hujan, tak lekang dek panas’. Perkara ini bertepatan dengan titah Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mui’zzaddin
Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, di Forum Demokrasi Bali Indonesia 2009 pada 10 Disember 2009:
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP MASYARAKAT BRUNEI DARUSSALAM
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Mui’zzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
telah memilih agama Islam sebagai agama rasmi negara dan ia hendaklah dipastikan berjalan dengan kukuh dan baik.
Pegangan yang teguh dengan ajaran agama Islam dapat menangkis segala gejala-gejala yang boleh menggugat aqidah kita. Hamba Allah yang taat akan selalu mendapat kemenangan, sementara yang ingkar akan menerima padah pada akhirnya. Begitu juga dengan jati diri bangsa kita. Jika tidak dikekalkan dan dipelihara, masyarakat Brunei Darussalam pasti akan tumpas atau musnah akibat dari proses globalisasi. Oleh itu, masyarakat Brunei Darussalam perlulah mengasuh diri berbuat yang benar dan menolak mungkar, di samping membina masyarakat yang bersatu padu dan teguh pendirian agar tidak leka dibuai arus kemodenan yang mengasyikkan.
Sebagaimana titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mui’zzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam di Majlis Sambutan Sambutan Israk Mikraj 1426H pada 1 September 2005:
Dalam hubungan kita membina masyarakat dan negara, hendaklah jangan terlalu leka dibuai dibuai oleh arus kemodenan yang serba mengasyikkan. Kita mesti lebih berhati-hati memilih dan menggunakan elemen-elemen kemajuan, selaras dengan garis pandu yang telah disyariatkan oleh Allah Subhanahu Wata'ala. Sangat penting bagi kita memilih cara yang betul agar menghasilkan kesan positif yang berpanjangan. Janganlah sekali-kali memilih cara yang kelihatannya betul, tetapi pada hakikatnya satu perkara yang batil yang akhirnya boleh mendatangkan kesan negatif yang sukar dipulihkan.
Pada dasarnya, nilai-nilai Islam yang dipraktikkan dalam sosio-budaya masyarakat Brunei Darussalam dapat dilihat dari beberapa aspek antaranya ialah aspek keberkatan, aspek sosial, aspek pendidikan, aspek kesenian dan aspek kepercayaan.
Aspek Keberkatan
Usaha bagi merealisasikan Islam sebagai cara hidup negara dapat dilihat ketika Pemashyuran Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam pada 1 Januari 1984, kalimah Allahu Akbar dilaungkan sebanyak tiga kali dengan diketuai oleh Almarhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien, sebagai tanda keberkatan dan memohon petunjuk daripada Allah Subḥānahu Watacālā.
Budaya celik al-Qur’an amat dititikberatkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Ia selaras dengan titah baginda di Majlis Sambutan Nuzul Al-Qur’an 1412H pada 22 Mac 1992:
Munasabah sempena dengan kita memperingati Nuzul Al-Qur'an ini, serta demi untuk mendapatkan keberkatan dan cahaya dari Al-Qur'an itu, maka adalah seelok-elok pekerjaan untuk dijadikan tabiat khasnya oleh pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan, melazimkan diri masing-masing untuk membuka dan membaca kitab suci Al-Qur'an, walaupun setakat beberapa ayat sahaja pada tiap-tiap hari, sebelum memulakan tugas dan pekerjaan masing- masing. Tujuannya ialah agar dengan berkat Al-Qur'an itu apa jua tugas dan khidmat kita untuk negara ini, akan sentiasa terpimpin atau dipandu oleh petunjuk dan hidayat Allah, sesuai dengan sifat Al-Qur'an itu sendiri sebagai 'Hudan Lilmuttaqin' yakni petunjuk bagi orang-orang yang suka bertakwa.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal
Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam juga telah memperkenankan perintah bagi penutupan premis perniagaan sewaktu sembahyang jumaat serta larangan kepada restoran yang dimiliki oleh orang Islam untuk menghidangkan makanan kepada semua orang (termasuk yang bukan Islam) di siang hari bulan Ramadhan. Baginda juga menegaskan supaya Hari-Hari Kebesaran Islam seperti Sambutan Maulud Nabi Muhammad Ṣallallahu cAlaihi Wasallam, Sambutan Nuzul Al-Qur’an, Sambutan Israk Mikraj disambut secara besar-besaran. Salah satu cara ke arah membesarkan dan mengagungkan hari-hari kebesaran Islam ialah dengan cara memperingatinya yang diisi dengan acara yang bercorak keugamaan. Di samping pengisian yang sesuai dengan hari atau peristiwa yang sesuai dengan hari atau peristiwa yang diperingati itu, ia juga akan lebih bermakna lagi jika diadakan diperingkat negara atau kebangsaan yang sekaligus akan turut disertai oleh kepala negara, orang-orang kenamaan, pembesar-pembesar negara dan umat Islam seluruhnya. Cara ini sangatlah penting dari segi kepimpinan dan membesarkan syiar Islam itu sendiri. Antara lain baginda bertitah sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Ṣallallahu cAlaihi Wasallam 1411 Hijriah pada 1 Oktober 1990:
Demikian juga beta telah mensarankan supaya hari-hari kebesaran Islam disambut dengan cara yang besar-besaran, termasuk diantaranya ialah Maulud Nabi Sallallahu cAlahi Wasallam. Perkara ini beta maksudkan sebagai penekanan, bahawa kita adalah benar-benar terlibat dengan Islam, bukan Islam sambil lewa, atau Islam ambil lepas, tetapi adalah Islam yang benar-benar mantap dan rakat di hati dan di jiwa, Islam yang ikhlas, yang diadun dengan sifat amanah serta niat semata-mata kerana Allah jua.
Perkembangan yang lain termasuklah kelahiran Mushaf Negara Brunei Darussalam yang yang dilancarkan pada 3 Oktober 1992. Ia telah diterima dengan baik oleh rakyat. Apatah lagi setiap keluarga yang beragama Islam di negara ini dihadiahkan secara percuma sebuah mushaf tersebut. Lanjutan dari itu juga, Mushaf Brunei Darussalam dan Terjemahannya juga telah dilancarkan pada tahun 2009.
atau hanya di majlis-majlis semata-mata, tetapi ia sebagai ingatan kepada para ilmuwan yang terdidik di negara ini supaya tidak melupakan al-Qur’an sebagai kitab suci dan memberi perhatian yang wajar kepada isi kandungannya untuk diambil iktibar dan beramal dengannya.
Sebagaimana titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam di Majlis Konvokesyen kali ke-10, Universiti Brunei Darussalam pada 16 September 1998:
Mengenai penggantian cokmar Universiti Brunei Darussalam kepada Mushaf
Al-Qur’an tulisan tangan sebagaimana yang kita maklum adalah atas asas,
al-Qur’anlah yang patut di‘highlight’ sebagai sumber ilmu, lambang ketinggian
ilmu dan bahkan sumber segala-galanya yang menjadi suluh hidup di dunia dan di akhirat. Semoga dengan berkat al-Qur’an itu ‘generasi ilmuan’ yang telah dan bakal lahir juga ialah ‘generasi al-Qur’an’ yang sentiasa membaca serta mengamalkannya.
Dalam hal yang berkaitan, ayat-ayat suci al-Qur’an dan kalimah-kalimah arab juga telah digunakan pada lambang rasmi kerajaan mahu pun alat-alat kebesaran diraja. Umpamanya, mohor rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menggunakan ayat al-Qur’an iaitu:
Maha berkat Allah yang menguasai kerajaan yang di dalam kekuasaan-Nya.
Pada panji-panji Negara Brunei Darussalam pula tertulis kalimah Arab iaitu:
نومئادلا
.ىدهاب نونسحا
Maksudnya:
Sentiasa membuat kebajikan dengan petunjuk Allah.
Pada tempat bersemayam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pula, yang disebut sebagai patarana atau takhta, tertulis di depannya ayat al-Qur’an:
Tafsirnya:
Katakanlah wahai Tuhan yang memiliki segala kekuasaan, Engkau beri kerajaan kepada siapa yang Engkau kehendaki.
Dan apa yang diberikan Rasulullah kepada kamu, maka hendaklah kamu terima, dan apa yang dilarangnya, maka hendaklah kamu berhentikan.
Dan di sebelah kiri pula tertulis:
Negara yang aman makmur dan Tuhan yang pengampun
Selain itu, semasa Majlis Menuai Padi Laila pada 3 Ogos 2009, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam juga merasmikannya dengan berdoa memohon rahmat dari Allah Subhanahu Watacala:
Allahumma Ya Allah, sekiranya rezeki kami ada di langit, maka turunkanlah ia, sekiranya ada di bumi maka keluarkanlah ia, sekiranya ada kepayahan maka mudahkanlah ia, sekiranya ia jauh maka dekatkanlah ia, sekiranya sedikit banyakkanlah ia. Ya Allah Ya Tuhan kami berkatilah kami dan negara kami padanya.
Pada 22 Oktober 2013 pula, Negara Brunei Darussalam telah melakar sejarah
besar apabila mengazetkan Akta Perintah Kanun Hukunan Jenayah Syar’iah yang
berkuatkuasa enam bulan selepasnya secara berfasa. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengumumkan perkara tersebut ketika bertitah di Perasmian Majlis Ilmu 2013. Hal ini jelas membuktikan kewibawaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang sentiasa berusaha untuk menerapkan nilai-nilai dan syariat Islam dalam sistem pemerintahan, perundangan dan kehidupan masyarakat Brunei Darussalam.
Baginda antara lain bertitah:
Dengan izin Allah jua, Akta Perintah ini, pada hari ini, 22hb Oktober, 2013 mula digazetkan, dan akan mula berkuatkuasa enam bulan selepasnya secara berfasa. Dengan ini Alhamdulillah, pada perintah ini tanggungjawab kita di hadapan Allah telahpun tertunai.
Undang-Undang Allah disyari’atkan, bukanlah untuk kepentingan-Nya sendiri. Allah sama sekali tidak mempunyai apa-apa hajat, kerana Dia sendiri adalah Maha Sempurna. Yang berhajat itu ialah kita para hamba, termasuk hajat untuk dapat menikmati keadilan dan kesejahteraan. Lalu kerana hajat kita itulah, Allah Subḥānahu Watacālā pun, dengan segala sifat kepemurahan-Nya, telah menciptakan undang-undang untuk kita, supaya kita menggunakannya bagi tujuan memperolehi keadilan.
Aspek Permakanan
Seterusnya perkembangan mengenai isu-isu permakanan. Sejarah pentadbiran makanan halal yang sistematik di Negara Brunei Darussalam bermula apabila Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Mu’izzaddin Waddaulah telah bertitah sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan yang
ke-51 tahun pada 15 Julai 1997, mengenai usaha untuk menubuhkan sebuah badan yang bertanggungjawab ke atas kawalan makanan halal di Negara Brunei Darussalam. Titah itu berbunyi:
Dalam konteks ini, sudah tiba masanya bagi pihak-pihak berkenaan dalam kerajaan untuk mengkaji kemungkinan bagi mengadakan satu badan atau seumpamanya selaku pihak yang mengawal halal haram bahan-bahan makanan dan, termasuk segala jenis daging serta lain-lain bahan gunaan di negara ini. Kewajipan ini menjadi prioriti, kerana kedudukan kita selaku sebuah negara Islam adalah wajib memelihara agama dan ibadat rakyat serta penduduk yang berada di dalamnya.
Sejak itu, Badan Pengeluar Permit Import Daging Halal (kini dikenali sebagai Bahagian Kawalan Makanan Halal) telah ditubuhkan. Akta-akta yang berkaitan juga telah dikuatkuasakan seperti Akta Daging Halal 1998, Akta Kesihatan Awam (Makanan) 1998 dan Perintah Sijil Halal dan Label Halal 2005. Akta-akta ini secara tidak langsung merupakan satu usaha Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam menjaga kehalalan makanan di negara ini. Ia secara tidak langsung menggambarkan ketegasan Negara Brunei Darussalam dalam mengamalkan agama Islam sebagai cara hidup dan tidak terkecuali dari segi permakanan.
Kepentingan makanan halal ini ditekankan oleh
Kebawah Duli YangMaha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin
Waddaulah dalam titah Baginda sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan yang ke-54 tahun pada 15 Julai 2000:
Pengharaman terhadap arak atau minuman keras bagi Negara Brunei Darussalam juga berlaku secara berperingkat-peringkat. Peringkat pertama, pengharaman daripada Syarikat Penerbangan Diraja Brunei atau Royal Brunei Airlines (RBA) yang tidak lagi menghidangkan arak dalam sebarang penerbangannya berkuatkuasa mulai 30 November 1988. Peringkat kedua, pengharaman daripada kelab-kelab Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang berkuatkuasa mulai 31 Julai 1990. Peringkat terakhir, pengharaman secara menyeluruh iaitu menegah kemasukan arak ke Negara Brunei Darussalam yang berkuatkuasa mulai 1 Disember 1991. Semua permit untuk kemasukan segala jenis arak yang dikeluarkan sebelum tarikh tersebut adalah dibatalkan dengan serta-merta. Sementara itu, arak yang sudah dimasukkan atau dibuat dalam negara ini adalah dimansuhkan pada 1 Januari 1991 (Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned 1992).
Langkah tegas ini juga diambil berikutan semakin ramainya umat Islam daripada pelbagai peringkat termasuk kanak-kanak sekolah dan belia-belia terlibat meminum minuman keras. Pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hanya membenarkan kemasukan arak bagi kegunaan persendirian orang-orang bukan Islam. Itupun hanya terhad dalam jumlah yang ditetapkan. Hukuman denda dan penjara boleh dikenakan ke atas mana-mana orang Islam yang sabit bersalah meminum minuman keras di tempat awam. Langkah tegas melarang kemasukan segala jenis minuman keras ke Negara Brunei Darussalam ini mencerminkan kesungguhan kerajaan menyelaraskan nilai dan kehendak hukum Islam yang berkonsepkan MIB. Pada masa yang sama, pihak kerajaan juga boleh memastikan segala macam pintu maksiat ditutup seberapa yang boleh (Pusat Da’wah Islamiah 2011).
Pada 22 Mac 2010, dalam Persidangan Majlis Mesyuarat Negara, berlaku percubaan untuk membuka ruang kemasukan arak ke Negara Brunei Darussalam. Walau bagaimanapun, Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Ustaz Haji Awang Mohd. Zain bin Haji Serudin menolak dengan tegas cadangan supaya zon khas jual beli arak diwujudkan untuk pelancong bukan Islam di Negara Brunei Darussalam (Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat 2010). Beliau berkata:
Selepas itu mungkin akan timbul yang kedua, mengadakan night-night club, mengadakan cabaret. Selepas itu, timbul nanti ada zon pelacuran dan selepas itu kasino. Semua ini membawa kerosakan kepada Negara Brunei Darussalam. Yang paling ditakuti ialah kemurkaan Allah. Kerana maksiat yang berlaku itu mendatangkan kemurkaan Allah. Kemurkaan Allah bukan sahaja pelakunya yang menerima, bahkan orang lain pun akan terkena. Eloklah kita kekalkan Brunei Darussalam yang aman sejahtera.
Sepanjang pengharaman minuman keras masuk ke Negara Brunei Darussalam, banyak percubaan untuk menyeludup masuk minuman tegahan ini tetapi pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan Kastam dan Eksais Diraja dan Pasukan Polis Diraja Brunei berjaya menghalang sebarang penyeludupan minuman keras. Kesedaran orang ramai memberikan maklumat berkaitan dengan sebarang penyeludupan ini juga banyak membantu pencegahan ini (Ahmad Abdussalam Abdul Rahman 2010).
maksiat yang lain. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji
Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah juga pernah membicarakan berkaitan
dengan pengharaman arak ini dalam titah baginda sempena Sambutan Nuzul Al-Qur’an 1416H pada 7 Februari 1996:
Kalau dahulu arak pernah beredar di negara kita, di daratan mahupun di udara, sekarang Alhamdulillah, arak sudah menjadi barang terlarang dan haram di negara yang kecil mongel ini. Namun dalam pada itu pun, Penerbangan RBA masih sahaja tetap laku, dan semua kalangan dan peringkat.
Selain itu, Negara Brunei Darussalam juga turut memperkenalan Jenama Brunei Halal. Jenama Brunei Halal merupakan satu projek utama kerajaan yang dilaksanakan oleh Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama dengan kerjasama Kementerian Kesihatan, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan MUIB. Projek Jenama Brunei Halal ini akan memperkenalkan Negara Brunei Darussalam ke pasaran antarabangsa, menarik pelaburan asing ke Negara Brunei Darussalam dan memberikan peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan (Jabatan Pertanian 2009).
Antara objektif projek ini ialah menunaikan kewajipan fardu Kifayah. Ia bermaksud kewajipan untuk memudahkan umat Islam mendapatkan produk-produk halal. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk mempelbagaikan ekonomi negara dan sebagai platform bagi memajukan produk tempatan. Dalam projek ini, Negara Brunei Darussalam bukan hanya mengiktiraf produk yang dihasilkan di negara ini, malah juga akan mengiktiraf halal bagi produk-produk daripada luar negara yang menepati kualiti yang telah ditetapkan dalam piawaian Jenama Brunei Halal. Melalui inisiatif ini, Negara Brunei Darussalam akan meningkatkan pendapatan melalui bayaran pendaftaran dan royalty (Jabatan Pertanian 2009).
Perkara ini selaras dengan titah Kebawah Duli yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di
-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Perasmian Ekspo Produk Halal Antarabangsa 2006 pada 7 Ogos 2006:
Beta penuh yakin dan percaya Negara Brunei Darussalam sebagai negara Islam yang dilengkapi dan mempunyai kelebihan untuk meletakkan negara ini sebagai salah satu penggerak utama terkemuka dalam pasaran halal global. Kita menyedari peluang sebanyak AS$560 juta pasaran tahunan untuk keseluruhan industri halal di mana sektor makanan halal dianggarkan berjumlah AS$150 juta setiap tahun dan terdapat banyak ruang untuk semua orang bekerja bersama dalam potensi yang amat besar itu.
Halal 2010: Why Choose Brunei Halal Brand). Di samping itu, tiga projek sokongan juga sedang dijalankan iaitu Pusat Sains Halal, Taman Agro teknologi Brunei dan Pembesaran Pulau Muara Besar (Jabatan Pertanian t.th.).
Aspek Sosial
Aspek sosial ini dapat dilihat dari pelbagai sudut seperti dari sudut berpakaian dan sudut kemasyarakatan.
Dari sudut berpakaian, kita dapat melihat terdapatnya pengaruh Islam di dalamnya. Kita dapat menyaksikan sendiri pakaian yang menutup aurat lebih menjadi pilihan kepada majoriti masyarakat Brunei Darussalam. Pemakaian tudung juga telah menjadi pilihan ramai wanita di negara in dengan fesyen yang pelbagai mengikut kesesuaian zaman. Pegawai dan kakitangan lelaki di jabatan-jabatan Kerajaan hendaklah berpakaian kemas dan sopan sama ada berseluar panjang dan berbaju kemeja lengan panjang; berseluar panjang dan berbaju MIB ataupun berbaju cara melayu lengkap dengan bersamping. Bagi Pegawai dan perempuan pula hendaklah berpakaian menutup aurat iaitu berbaju kurung labuh yang tidak menampakkan susuk tubuh badan dan memakai tudung kepala yang labuh serta melepasi dada. Adapun semasa majlis Beradat Istiadat, majlis Kebesaran Negara dan majlis Kebesaran Islam, kod etika pakaian ialah Baju cara melayu lengkap dengan bersamping bagi lelaki dan baju kurung serta bertudung bagi perempuan.
Dalam konteks agama Islam, mengeratkan silaturrahim di antara satu dengan yang lain amatlah digalakkan. Namun begitu pergaulan diantara lelaki dan perempuan ada batasannya. Begitu juga dengan pergaulan di dalam masyarakat Islam di Brunei Darussalam yang begitu peramah dan mudah mesra di antara satu dengan yang lain. Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru bahkan ia telah wujud sejak dulu lagi. Contohnya jika seorang perempuan ingin berjumpa dengan lelaki yang bukan muhrim hendaklah membawa bersama seorang wanita atau lelaki muhrimnya bagi mengelakkan kesangsian masyarakat sekeliling.
Budaya bergotong-royong merupakan satu amalan yang mulia dan sangat dituntut di dalam agama Islam. Budaya ini sememangnya menjadi amalan di dalam masyarakat Melayu di negara ini. Ini dapat kita lihat dengan jelas apabila diadakan acara-acara kemasyaratan atau majlis-majlis perkahwinan. Budaya yang lebih dikenali sebagai memucang-mucang ini sememangnya dapat mengeratkan silaturahim di antara kaum keluarga serta rakan-rakan. Kerja yang berat menjadi ringan ibarat
kata pepatah ‘Yang Berat Sama Dipikul, Yang Ringan Sama Dijinjing’ dan ‘Sepakat
membawa berkat’.
Tolong-menolong merupakan salah satu lagi amalan mulia yang amat-amat dituntut di dalam agama Islam. Di zaman moden ini, dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), budaya ini tetap diteruskan. Contohnya menderma melalui SMS bagi derma anak-anak yatim, derma bagi mangsa-mangsa bencana dan sebagainya.
terpuji; setiakawan, syura dan bermuafakat membawa berkat serta pemedulian asas perpaduan (Jabatan Perkhidmatan Awam 2012).
Aspek Pendidikan
Di Negara Brunei Darussalam, pihak kerajaan sememangnya mengambil berat akan pendidikan bagi rakyatnya. Seperti yang kita sedia maklum, maju dan mundurnya sesebuah negara itu bergantung kepada tahap pendidikan rakyatnya.
Falsafah pendidikan Negara Brunei Darussalam adalah pendidikan yang berterusan bersumberkan naqli dan ‘aqli ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh bagi melahirkan insan yang berilmu dan berkepandaian, beriman, bertaqwa dan beramal serta berakhlak mulia yang akan menimbulkan suatu identiti kebangsaan berdasarkan falsafah Negara iaitu Melayu Islam Beraja bersendikan kepada ajaran-ajaran agama Islam menurut aqidah Ahli Sunnah Waljama’ah sebagai tapak pertumbuhan ketaatan kepada agama, raja dan Negara Brunei Darussalam.
Perkara ini selaras dengan titah Kebawah Duli yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di
-Pertuan Negara Brunei Darussalam, sempena Sambutan Hari Kebangsaan kali ke-21 pada 23 Februari 2005:
Pendidikan pada khususnya mestilah jelas, bahawa keperluan umum tidak akan mengatasi keperluan ugama. Dalam makna, pendidikan ugama juga hendaklah sama-sama diutamakan. Di peringkat asas, pendidikan ugama hendaklah sempurna, sementara di peringkat tinggi pula hendaklah mampu melahirkan ulama dan cendekiawan berwibawa. Jangan sama sekali ia kurang atau dikurangkan kerana berdasarkan fakta sejarah di mana-mana sahaja, jika pendidikan ugama lemah, maka akan lemahlah pula bangsa.
Banyak sekolah-sekolah serta institusi-institusi pendidikan tinggi telah ditubuhkan bagi memberikan pendidikan kepada rakyatnya termasuk sekolah-sekolah agama dan menengah arab. Penubuhan Universiti Sultan Sharif Ali merupakan salah satu tanda mercu jaya bagi pendidikan yang berteraskan Islam di Brunei Darussalam. Sebagaimana yang dititahkan oleh Kebawah Duli yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, sempena Sambutan Awal Tahun Baru Masihi 2007 pada 1 Januari 2007:
Beta dengan amat sukacita mengumumkan penubuhan sebuah Universiti Islam sebagai universiti kedua di negara ini, Universiti tersebut akan dikenali sebagai UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI. Universiti ini kita hasratkan akan menjadi mercu kegemilangan Islam di negara kita, dan insya Allah, ia akan turut berperanan melahirkan para ulama dan cendikiawan yang berwibawa yang diperlukan oleh negara.
Pada 20 Januari 2007 pula iaitu sempena Sambutan Awal Tahun Baru Hijrah 1428, Baginda telah menitahkan bagi Maktab Perguruan Ugama Seri Begawan dinaikkan taraf menjadi Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan. Baginda antara lain bertitah:
penubuhannya ialah untuk menghasilkan sumber tenaga guru ugama tempatan agar kita tidak selamanya bergantung kepada tenaga luar semata-mata.
Matlamat ini, Alhamdulillah, telah berjaya dicapai dan setelah kita berjaya pada satu tahap sepatutnya kita bergerak ke tahap yang lain-lain iaitu tahap untuk memiliki kualiti yang diperlukan. Dengan apakah cara untuk kita sampai kepada tahap yang dimaksudkan sudah barang tentu kita perlu meninggikan taraf maktab berkenaan dengan memberikan nama dan aspirasi baru. Beta berpendapat, nama dan aspirasi tersebut hendaklah konsisten kepada perguruan semata-mata. Ia tidak wajar dicampur-adukkan dengan yang lain-lain. Kerana sebarang percampuran mungkin saja akan mencairkan matlamat asal perguruan.
Oleh itu, bersukut dengan Tahun Baru Hijrah 1428 ini, beta dengan amat sukacita mengumumkan bahawa Maktab Perguruan Ugama Seri Begawan akan ditingkatkan tarafnya menjadi kolej universiti perguruan. Ia akan dikenali dengan nama Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan. Kolej universiti ini nanti dihasratkan bagi mengeluarkan diploma dan ijazah.
Sistem pendidikan rendah & menengah di negara ini juga tidak lupa menyelitkan unsur-unsur keislaman dan kesedaran berbangsa dan bernegara seperti mata pelajaran Pengetahuan Ugama Islam(Islamic Religious Knowledge), Bahasa Arab, MIB dan Pendidikan Pencegahan Rasuah. Di samping itu pakaian para penuntut adalah mengikut kesesuaian semasa dengan berlandaskan agama Islam. Contohnya bagi penuntut lelaki ialah memakai berseluar panjang, berbaju kemeja dan bersongkok. Bagi perempuan pula ialah memakai pakaian baju kurung dan tudung.
Menurut Pengiran Dato Sero Setia Haji Muhammad Pengiran Haji Abdul Rahman (2006), para penuntut diajar adab-adab dan nilai-nilai kerohanian yang murni lagi luhur sejak dari peringkat rendah lagi. Mereka telah diajarkan kaedah beribadat yang sempurna, pandai membaca al-Qur’an, pandai membersihkan diri daripada hadas kecil dan hadas besar, pandai ilmu Fiqh, pandai ilmu Tauhid, ilmu Faraidh, ilmu Adab dan sebagainya. Sebelum memulakan sesuatu pelajaran, doa sebelum belajar akan dibaca dan begitu juga sesudah belajar. Ini adalah bertujuan untuk memberkati apa yang dipelajari oleh mereka. Budaya memberi salam turut dipraktikkan bagi membiasakan para penuntut berinteraksi dengan cara Islam. Para penuntut turut diajar bagi menghormati orang-orang yang lebih tua, contohnya bersalam-salaman dengan guru atau orang yang lebih tua. Begitu juga, jika berjalan di depan orang tua, badan hendaklah dibongkokkan sedikit serta tangan kiri disimpan ke belakang badan manakala tangan kanan diturunkan ke depan.
Di samping meningkatkan keupayaan di dalam ilmu matematik, ilmu sains atau ilmu ICT, asas kerohanian inilah yang akan membezakan anak-anak Brunei Darussalam berbanding anak-anak lain. Ia diharap akan membentuk generasi berilmu, beriman dan berakhlak seperti yang dihasratkan oleh negara.
Aspek Kesenian
Di antara bidang kesenian yang popular dikalangan masyarakat Brunei Darussalam ini ialah tulisan Jawi, ukiran serta reka bentuk yang pelbagai corak dan menarik atau pun dikir Syarafil Anam.
Tulisan jawi merupakan satu lagi cara bagi masyarakat Brunei Darussalam bagi mendekatkan diri kepada kesenian Islam dan ia adalah salah satu aktiviti yang selalu diadakan terutamanya ketika hari-hari kebesaran Islam. Pertandingan-pertandingan juga turut diadakan baik di peringkat negara mahu pun di peringkat serantau bagi mengekalkan dan memartabatkan tulisan jawi ke seluruh pelusok dunia. Pada zaman teknologi yang canggih ini, penggunaan alat-alat elektronik turut digunakan bagi memudahkan dan mencantikkan lagi tulisan Jawi di samping untuk menarik minat para belia bagi menceburi bidang penulisan Jawi ini.
Dalam hal yang berkaitan, perhiasan rumah yang mempunyai unsur-unsur yang berbentuk keIslaman lebih digemari berbanding perhiasan rumah yang terdiri daripada tanduk-tanduk binatang, patung-patung serta ukiran-ukiran yang berbentuk patung, namun kini ia sudah digantikan dengan unsur-unsur yang berbentuk keislaman. Nama-nama dan kalimah-kalimah dari ayat-ayat suci al-Qur’an lebih menjadi pilihan bagi keberkatan serta keamanan tempat kediaman.
Reka bentuk yang selalu dihasilkan oleh masyarakat Brunei Darussalam adalah sering bermotifkan keislaman. Begitu juga dengan gerbang-gerbang yang didirikan semasa perayaan Hari Kebangsaan dan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang berdiri megah dengan tidak melupakan unsur-unsur keislaman.
Tidak dilupakan juga, seni dikir Syarafil Anam. Menurut Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman (2008), dikir Syarafil Anam adalah rangkaian kata berirama yang berbentuk puisi atau syair. Ia bertemakan puji-pujian untuk Nabi Muḥammad Ṣallallahu cAlaihi Wasallam yang menggambarkan signifikan kelahiran baginda, keelokan rupa dan akhlak perangai baginda, kemuliaan nasab keturunan baginda dan seumpanya lagi yang dikisahkan dengan bahasa yang indah dan padat dengan kiasan yang membangkitkan ketakjuban pembaca dan para pendengar.
Kebudayaan Brunei Darussalam sangat kuat dipengaruhi oleh unsur-unsur agama Islam dan adat istiadat Brunei Darussalam yang menjadikan wajah dan susuk Brunei Darussalam sebagai masyarakat, bangsa dan negara sangat manis dipandang kerana bersendikan agama Islam. Dari itu, wajarlah cabang kesenian yang bercorak agama seperti dikir itu dikembangkan dan menjadikan ia sebagai suatu tradisi ilmu seni dikir turun-temurun. Selawat-selawat ke atas Nabi Muḥammad Ṣallallahu cAlaihi Wasallam dalam masa berdikir adalah bertetapan dengan seruan Allah Subhanahu Watacala supaya kita umat Nabi Muḥammad Ṣallallahu cAlaihi Wasallam sentiasa mengucapkan selawat sebagai suatu yang mendampingkan diri kita kepada Baginda.
PENUTUP
Dari perbincangan di atas, dapatlah kita simpulkan bahawa Islam adalah teras sosio-budaya masyarakat Brune Darussalam. Islam juga berperanan sebagai benteng di dalam mempertahankan identiti kebangsaan. Seterusnya, ianya juga dijadikan falsafah sosial atau sistem nilai dalam semua tindak tanduk kehidupan bernegara.
kekuatan dan kesinambungan fahaman dan amalan kehidupan berfalsafah MIB. Walaupun konsep MIB tersebut nampaknya mempunyai tiga komponen, tetapi komponen Melayu dan komponen Beraja itu terikat dengan komponen Islam, di mana konsep Melayu Islam Beraja itu tidak boleh tanpa pegangan Islam. Atas dasar ini, Islam menjadi pilihan utama dalam semua gerak laku kehidupan, sama ada di pihak kerajaan mahu pun di pihak rakyat. Mana-mana kegiatan kehidupan yang jauh terpesong dari ajaran agama Islam adalah menjadi sesuatu yang bertentangan dengan kehidupan sosio-budaya Negara Brunei Darussalam.
Nilai-nilai keIslaman adalah sebagai penentu dan penjamin survival bangsa Falsafah ini memberi keyakinan dan jati diri kepada bangsa Brunei Darussalam untuk berhadapan dan berinteraksi dengan masyarakat dunia antarabangsa dalam bidang infrastuktur, ekonomi dan lain-lain lagi.
Elemen keIslaman ini juga adalah landasan bagi mendapatkan ilmu pengetahuan, kerohanian, teknologi dan berbagai cabang kemahiran. Apa yang jelas, pembangunan negara yang berasaskan agama Islam ini menekankan kepada pembangunan yang seimbang di antara material dan spiritual.
Dalam tempoh 30 tahun melalui arus kemerdekaan, Negara Brunei Darussalam di bawah nilai-nilai keIslaman telah dapat memenuhi perlaksanaan dan halatuju wawasan yang telah divisikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke arah menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai:
.
Sehubungan dengan itu, amatlah wajar kita berpegang teguh kepada hasrat hasrat dan cita-cita untuk menjadi sebuah negara yang aman makmur dipenuhi dengan masyarakat-masyarakat yang bersatu padu dan sebuah kerajaan yang sentiasa berusaha ke arah memelihara keamanan, meningkatkan taraf hidup rakyat dan kemakmuran negara, serta menegakkan syiar dan memuliakan Islam sebagai agama rasmi negara. Nilai-nilai keIslaman itu Insya Allah akan menjadi cahaya yang menerangi sebagaimana titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Awal Tahun Baru Hijrah 1431 pada 17 Disember 2009:
RUJUKAN
al-Qur’an
Ahmad Abdussalam Abdul Rahman. 2010. Brunei Darussalam Negara Zikir: Hasrat Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Proceedings of Annual Conference on Islamic Studies, hlm. 66-84.
Colonial Office 1030/460 Note of meeting between the Secretary of State and His Highness the Sultan of Brunei held at the Colonial Office, 30 September 1957.
Dato Seri Laila Jasa Awang Haji Mohd. Salleh bin Haji Hidup. 1992. Penyerapan MIB Dalam Pentadbiran. Dlm. Akademi Pengajian Brunei. Melayu Islam Beraja, hlm. 134-144. Brunei: Akademi Pengajian Brunei, Universiti Brunei Darussalam.
Hashim Abdul Hamid. 2008. Qarar. Brunei: Dewan Bahasa dan Pustaka
Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat. 2010. Laporan Penuh Persidangan Majlis Mesyuarat Negara. Brunei, 11-22 Mac
Jabatan Perkhidmatan Awam. 2012. Peraturan-Peraturan Am / Perkhidmatan dan Hal Ehwal Pengurusan Dalam Perkhidmatan Awam. Brunei: Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jabatan Pertanian. 2009. Pelan Strategik Jangka Program Pelaksanaan Jangkamasa Sederhana (2008-2013). Brunei: Jabatan Pertanian
Jabatan Pertanian. t.th. Prospektus Jenama Brunei Halal.
Mahmud Saedon Othman. 1996. Perlaksanaan Dan Pentadbiran Undang-Undang Islam Di Negara Brunei Darussalam: Satu Tinjauan. Brunei: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned. 1992. Islam di Brunei Zaman Pemerintahan KDYMM Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Brunei: Pusat Sejarah Brunei.
Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri bin Begawan Pehin Udana Khatib Dato Seri Paduka Haji Awang Umar. 1990. Latar Belakang Sejarah Brunei. Brunei: Pusat Sejarah Brunei
Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Ustaz Haji Awang Mohd. Zain bin Haji Serudin. 1994. MIB Sebagai Landasan Cara Hidup. Dlm. Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Ustaz Haji Awang Mohd. Zain bin Haji Serudin. Brunei Sebuah Negara Islam: Latar Belakang Keislamannya. hlm 133-173. Brunei: Akademi Pengajian Brunei, Universiti Brunei Darussalam.
Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Aziz bin Begawan Pehin Udana Khatib Dato Seri Paduka Haji Awang Umar. 1992. Melayu Islam Beraja Negara Brunei Darussalam. Dlm. Akademi Pengajian Brunei. Melayu Islam Beraja, hlm. 2-26. Brunei: Akademi Pengajian Brunei, Universiti Brunei Darussalam.
Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman. 2008. Ucapan di Majlis Pertandingan Akhir Dikir Syarafil Anam Antara Sekolah-Sekolah Dan Maktab-Maktab Senegara Bagi Kali Ke-2. Anjuran Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan dan dikelolakan oleh Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna. Dewan Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna Brunei. 23 Julai.
Pengiran Dato Seri Setia Haji Muhammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman. 2006. Membentuk Generasi Berilmu, Beriman dan Berakhlak: Hubungannya Dengan Negara. Dlm. Jabatan Perdana Menteri. Mendukung Kedaulatan Raja: Raja Berdaulat Negara Berkat Rakyar Selamat. hlm. 105-125. Brunei:Jabatan Perdana Menteri.
Pusat Da’wah Islamiah. 1432H/2011. Negara Sejahtera Tanpa Arak. Brunei: Pusat
Da’wah Islamiah.
Titah Permasyhuran Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam, 1 Januari 1984.
Titah sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Ṣallallahu cAlaihi Wasallam 1411H, 1 Oktober 1990.
Titah di Majlis Pertandingan Membaca Al-Qur’an Peringkat Kebangsaan, 14 Januari 1991.
Titah di Majlis Sambutan Israk Mikraj 1411H, 12 Februari 1991.
Titah di Majlis Sambutan Nuzul Al-Qur’an 1412H, 22 Mac 1992.
Titah sempena Sambutan Nuzul al-Qur’an 1416H, 7 Februari 1996.
Titah sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan yang ke-51 tahun, 15 Julai 1997.
Titah di Majlis Konvokesyen kali ke-10, Universiti Brunei Darussalam, 16 September 1998.
Titah sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan yang ke-54 tahun, 15 Julai 2000.
Titah sempena Sambutan Hari Kebangsaan kali ke-21 pada 23 Februari 2005.
Titah di Majlis Sambutan Israk Mikraj 1426H, 1 September 2005.
Titah di Perasmian Ekspo Produk Halal Antarabangsa 2006, 7 Ogos 2006.
Titah sempena Sambutan Awal Tahun Baru Masihi 2007, 1 Januari 2007.
Titah sempena Sambutan Awal Tahun Baru Hijrah 1428, 20 Januari 2007.
Titah sempena Sambutan Awal Tahun Baru Hijrah 1431, 17 Disember 2009.
Titah di Forum Demokrasi Bali Indonesia 2009, 10 Disember 2009.